Hobi baru sayaaaa...


Assalamualaikum WBT..


Jawab salam tau? Tak jawab dosa.. hihihi..

Sekarang ni aku dah ada hobi baru..
Nak tau hobi apa??
Ni haa.. Tengok pic kat bawah ni..


Keychain My Heart :)


HP Pouch Merah Mak Ngah



Mula-mula nak try ja..
Buat untuk diri sendiri..
Tapi housemate aku terpikat la pulak dengan HP pouch rekaan aku ni..
Hahaha..
Tolong jangan muntah ijau kat sini ya??

So, sekarang aku ada 2 tempahan untuk HP pouch from my housemate, 
1 from my coursemate & another 1 from my cousin..
Akak sepupu aku siap nak mintak aku buat pencil case jugak untuk anak-anak dia..
Aku dah la masih di tahap budak-baru-belajar-kalau salah-tolong-tunjukkan ..
Tapi takpa, aku anggap tu satu cabaran untuk aku..

Yes, I can!!

Muahahahaha...
(Gelak jahat)

Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway


Assalamualaikum! :)

Hari ni rajin lagi nak join GA..
Nasib baik syarat GA ni simple..
Jom join reramai!!





Syarat-syarat sah join:

1. Follow blog Nukilan Kenit (senang nak follow up result nanti kan). Tak kisah la nak add biasa atau Google +


2. Buat satu entry bertajuk "Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway"


3. Copy je kod entri yang disediakan di bawah ni.


4. Dah siap? baru leh hantar link entry korang ke diruang komen di bawah sebelum 3hb Oktober 2013 11.59 tghmalam.



Senang tak syarat2nya? senang je kannnnn hehe. Kenit mencari 17 orang pemenang bertuah. Pemilihan pemenang akan dibuat melalui Random.org. Jika penyertaan kurang dari 50 pun Kenit akan teruskan. sob sob...kasi chan la yek :D



Hadiah yang bakal korang menangi:

1)Top-up RM10 X 3 pemenang

2)Top-up RM5 X 4 pemenang 

3) 10 blog bertuah yang akan dimasukkan dalam 
bloglist Nukilan Kenit bulan Oktober
(5 Oktober - 5 November 2013)

Giveaway ini akan tamat pada 3hb Oktober11.59 tghmalam



Semoga 1st GA kenit ni dapat mengeratkan lagi hubungan maya
sesama kita (^_^)
Have fun guys!

Kempunan nak pegi sana....


Assalamualaikum..


Hai! Hai! Hai korang!!!
Rasa macam dah lama sangat tak update blog..
Hehehe..
Tadi baru siapkan flyers untuk program Jelajah Pulau Lagenda..
Best woo..
Mula-mula baca paperwork memang excited sangat2 sebab diri ku yang kesian ini
 belum berkesempatan lagi nak gi jalan-jalan kat Langkawi..
 Aktiviti program tu best2 belaka contohnya pegi Langkawi cable car, Telaga Tujuh & banyak tempat-tempat menarik yang lain..
Aku just mention 2 tempat ni ja sebab 2 tempat ni ja yang aku nak pegi..
Hehehe..


TAPI kan....


Rupa-rupanya semua itu adalah dusta semata-mata..
Eh, bukan dusta tapi aku baru dapat tahu yang tu adalah pakej percutian anjuran
 oleh MMKLK atau kepanjangannya..
'Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus'


Harga pakej 3 hari 2 malam tu RM 260..
Mahal woo..
Aku ingatkan FREE..
huhuhu..
Sedeyyy... Takda can la aku nak gi Langkawi ni..

Hanya mampu melihat gambar semata-mata.. :(


Ada tak sapa2 nak belanja aku pegi Langkawi??
Plishhh.. Plishh.. Plishh..


Muehehehe~~




Jom shopping perfume wangi2 kat SINI.. :D




Report LI dah siap! Yeahhh!!


Assalamualaikum WBT..





Syukur Alhamdulillah sebab dipermudahkan segala urusan..
Rasa lega bila report dah siap & dah hantar..
Cuma nebes la nak tahu result LI tu nanti..
Harap2 bolehlah dapat result yang cemerlang..
hehehehe..




Maaf, saya busy yang amat...


Assalamualaikum..


Baru buka blog, tengok semua post pasal Wordless Wednesday..
Then baru teringat tadi hari rabu..
Demmmm..
Terlepas nak post gambar untuk wordless2..
Hehehe..



Ekceli, aku agak busy kebelakangan ni..
Tapi tetap menyempat kat Instagram.. hehehe..
Aku busy sebab nak siapkan report LI..
Alhamdulillah dah 90% siap..
Tinggal buat final check bab mana yang tertinggal, ayat mana yang macam tergantung & tak seswai, and then yang paling penting check kesalahan ejaan..
Insya Allah esok dah boleh print.. :)
Harap2 takda la masalah lagi..


Jumaat ni nak hantar report dah..
Lepas dah hantar baru lega rasa hati ni..
Boleh la fokus dengan esaimen subjek len pulak..
And, boleh blogwalking dengan bergayanya..
Cewahh.. hehehe..




2 3 hari ni Tanjung Malim panas ja..
Sampai aku pun panas dalam..
Mata bengkak & 2 bijik ulser dalam mulut..
Fuhh cabaran betul kalau nak makan..
Silap kunyah boleh tergigit dinding mulut..
Tapi semua ni tetap ada hikmahnya..
Ulser kat mulut menjadikan aku seorang yang ayu ketika makan..
Hahaha..



Segmen Klik-Klik Weekend #3 by Sally Samsaiman


Assalamualaikum WBT..


Another click2 segmen!
Hehehe..
Jom merajinkan diri join segmen ni..
Tolong-menolong dalam menaikkan earning Churp2 & 8Share sesama kita..
hihihi..


Sebelum tu, klik cupcakes comel kat bawah ni.. :)
Pastikan clear cache & delete cookies dulu eh?








Klik banner kalau nak join eh?



Support my online biz! :)
Jom LIKE Gojess Boutique!



Cash out ChurpChurp


Assalamualaikum WBT..


Awal bulan 7 hari tu duit kat Churp2 dah boleh cash out..
Tapi aku cash out hujung bulan sebab kalau buat awal2 pun Churp2 akan proses di akhir bulan tu jugak..
Cek aku sampai minggu lepas..
Hepi kemain mak jemah tau??


Walaupun tak banyak mana tapi boleh la untuk sara diri sendiri..
Dah beso ni rasa segan plak nak mengharap duit mak bapak..
Lagipun aku sambung study atas kehendak sendiri, semua aku urus sendiri..
So, taknak la susah kan mak bapak aku..
Hihihi..




Thanks Churp2!!
Thanks jugak pada rakan2 yang tolong klik2 my ads..
Hihihi..


Bagi yang belum register Churp2 & berminat nak jana pendapatan pasif macam aku bolehlah klik gambo kat bawah ni untuk register..
Nanti aku akan guide korang cmana nak share link.. :)





Support my online biz! :)


Segmen: Klik-2 Iklan by Miss Kawaii


Assalamualaikum... :)


Jom join segmen ni!
Klik banner untuk maklumat lanjut.. :)



Klik 3 ekor meow kat bawah ni eh?
Tunggu sampai habis loading baru tutup..
Mesti jujur tau??
Hihihi..


                 



Saya nak tag : Intan Akma :)




7 tahun sudaaaaa...


Assalamualaikum...


Ehem.. Ehemm.. Tau tak apa yang dah 7 taun tu?? 
Hehehe.. 
Segan la pulakk.. 
Tengok ja la gambar bawah ni..






We're in love for 7 years oredi!!
Hehehe..
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT, hubungan kitorang dapat bertahan sampai tahun yang ke 7..
Walaupun makin naik tahun mesti soalan paling pemes di alam semesta akan kerap berkumandang di gegendang telinga..


"Bila nak kahwin??"


Pastu dengan poyo nya aku akan jawab,


"No comment.."


Haa kau, ala2 artis giteww..
Sabor je la ye, ada jodoh kawin la kitorang..
Sekarang ni fokus ngan study dulu, ada setahun lebih lagi di UPSI..


Oleh yang demikian...

Jom semua wish aku ngan Min supaya dipercepatkan jodoh, dipermudahkan urusan & cepat kawen..

Aamiin...

Muehehehehe~~




Suka perfume??
Jom LIKE Gojess Boutique!!

Wordless Wednesday ~16~ : Kem Bina Semangat



Off to Kuala Kubu Baru


Assalamualaikum..


Esok aku ngan semua housemate aku pegi kem kat Kuala Kubu Bharu. Kitorang ada kem Pemantapan Rakan Exco MMKLK & Perlantikan Rakan Exco. Fuhh panjang siot nama kem yang aku nak pegi ni.. Hehehe.. Kat umah kitorang ni ada 2 orang exco, kitorang yang lain ni jadi rakan exco ja.. Boleh la kan kalau nak timba pengalaman..


Sekarang ni housemate aku semua bz packing, aku lak bz update blog.. Hehehe.. Haruslah update blog dulu sebelum packing barang kan? Nanti lepas penat packing boleh terus tido.. Esok kena bangun awal.. Kitorang kuar rumah pukul 9, sarapan dulu pastu pukul 10 baru gerak ke KKB..


Kem ni 3 hari 2 malam.. Start esok sampai hari khamis.. So, xda la tengok blog dalam 3 hari ni. Dont miss me ya?? Hahaha.. Perasan sungguh mak jemah ni.. Tak dapat jugak la nak blogwalking.. Huhuhu.. Nanti balik dari kem baru aku update lagi, tu pun kalau larat laa.. Huhuhu...


Okei, doakan aku & kawan2 selamat pergi & kembali tau?? Babaiiii uollsss...



Follow blogshop saya!


Like page online shop saya!


Wifi umah jiran


Assalamualaikum..






Nampak ni tadi kat page Himpunan Cerita Lawak..
Ada betulnya jugak kan?
Tapi wifi jiran aku semua ada password..
Muehehehe...



Follow blogshop saya!


Like page online shop saya!

Tutorial : Menu tab di tepi blog


Assalamualaikum & holaa uollss!!


Hari ni rajin sikit nak buat tutorial.. Hehehe.. Sebenarnya aku nak ubah menu tab aku tukar ke jenis imej.. Untuk memudahkan aku di lain hari, kot2 la nak cari balik tuto buat benda ni better aku buat tutorial camna nak buat kan? Tak la susah nak cari nanti.. 


Tu haa menu tab yang kat sebelah kiri tuu..

Caranya senang saja..

1. Add a gadget > HTML/JavaScript..

2. Copy & paste coding ni ke dalam HTML tu tadi.


<div style='display:scroll; position:fixed; top:200px; left:-20px;'>
<style>
.menu-vertikal, .menu-vertikal li ul{
list-style-type: none;
margin: 40px;
width: 145px;} //lebar kotak menu
.menu-vertikal li{position: relative;}
.menu-vertikal li a{
background: #FFC9EE; //warna kotak menu
border: 2px dotted #000000;
font: bold 12px Verdana, Helvetica, sans-serif;
color: #000000; display: block; width: auto;
padding: 5px 0;padding-left: 5px; text-decoration: none;}
.menu-vertikal li ul{position: absolute; width: 250px; display: none;}
.menu-vertikal li ul li{float: left;}
.menu-vertikal li ul a{width: 145px;}
.menu-vertikal li a:visited, .glossymenu li a:active{color: white;}
.menu-vertikal li a:hover{
background: #6BC1FB;} //warna kotak menu bila dihalakan cursor
</style>
<ul id="verticalmenu" class="menu-vertikal">
<li><a href="URL"> LABEL MENU</a></li>
</ul>
</div>


3.  Untuk URL tu masukkan link untuk menu tu. LABEL MENU tu pulak nama menu yang korang nak. Contohnya macam ni..
<li><a href="http://anne-nurain.blogspot.com"> HOME</a></li>

4. Korang bolehlah copy & paste coding kat atas ni banyak kali. Ikut korang la nak ada berapa menu.

5. Kalau nak ubah warna background ke, jenis border ke, jenis font atau lain2 lagi, korang just tukar nilai yang ada kat dalam coding atas tu.. Pandai2 la try & error.. Jangan terus save, preview dulu tau?? Kalau dah OK, dah kena dengan citarasa korang, baru la save..



Follow blogshop saya!


Like page online shop saya!



Officially Semester 5!!


Assalamualaikum & hai uollss!!


Tadi baru ja register untuk semester akan datang ni.. And now, i'm officially semester 5!! Tak sedar dah 2 tahun aku kat UPSI ni eh.. Ada lagi baki 2 tahun pengajian.. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT.. Jom aminkan ramai2.. Hihihi..

Ni timetable untuk semester 5..


Banyaknya masa untuk tidooo.. haha.. :P


Ok dah jadual ni tapi hari Isnin tu agak kelam kabut sebab 2 subjek tu kat tempat yang berlainan.. Pukul 8 - 11 kat kampus lama, pukul 11 - 1 pulak kat kampus baru.. Langsung xda gap.. Dahlah dua2 kampus ni jauh.. Terpaksa la tukar jadual.. Tak pun mintak jasa baik lecturer untuk kuar awal & masuk lambat.. Tu pun kalau dapat lect yang bagus la..


Penat la, tiap2 sem dapat jadual xda gap macam ni.. Kalau aku ada kenderaan sendiri takpa la, ni terpaksa mengharap dengan bas kitaran tu ja.. 


Setakat ni semua kelas aku sama dengan Min.. Cuma subjek ko-kurikulum je la tak sama.. Aku ambik persatuan Multimedia, Min pulak ambik unit beruniform bomba & penyelamat. Kelas dia hari Sabtu, aku pulak tak da kelas hari Sabtu.. Boleh bangun lewat la nanti.. huhuhu...


Isnin depan dah start semester baru.. Time tu la baru boleh add & drop subjek.. Harap2 la boleh tukar jadual dengan mudahnya. Semoga subjek minor yang student nya cuma 7 orang tu tak di cancel. Kalau tak, 14 jam kredit ja la sem ni.. Rugi tau, dah la sem panjang.. Tunggu dan lihat ja la nanti cmana.. Hehehe..



Follow blogshop saya!


Like page online shop saya!

Anne Nurain