Maybank2u berwajah baru

Assalamualaikum W.B.T


Buka website Maybank2u tadi..
Tetiba terkejut tengok interface dah lain..
Ingatkan phishing site.
Nasib baik bukan..
Kehkehkeh..


Interface depan ala-ala Windows 8



Second interface dengan macam2 menu..



Pendapat aku tentang interface baru ni..
One word, ailaikkk.. 
Hehehe..
Pendapat korang pulak cmana?? :)



Salam.. ^___^

QOTD : Quote Of The Day #5

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :)


Credit to : WeHeartIt



Tapi jangan ketawa lebih2 pulak terutamanya tengah malam..
Hahaha..


Berhenti mengeluh & bersyukurlah...

Assalamualaikum W.B.T



Mendengar isteri membebel di rumah, bermaksud aku masih ada keluarga...

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bermaksud aku masih ada suami...

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bermaksud aku masih ada mak dan ayah...

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bermaksud aku mampu bekerja keras...

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tetamu di rumah, itu bermaksud aku ada kawan-kawan...

Pakaianku terasa agak sempit, itu bermaksud aku cukup makan...

Mencuci dan menseterika baju yang banyak, itu bermaksud aku memiliki pakaian...

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bermaksud aku ada tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bermaksud aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bermaksud aku boleh mendengar..

Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bermaksud aku masih hidup..

Mendapat banyak komen di blog, itu bermaksud blog aku masih ada pengunjung.. hehehe..



Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. 
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Semoga yang membaca post ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.. :D




Jumpa kat pesbuk & edit sikit.. hihi.. :D


Kebaikan mandi tengah malam

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera.. :D



Mandi tengah malam pun ada kebaikan eh?
Bukan tak bagus ke mandi tengah malam ni?
Eh, mana satu betul ni??
Hahaha..
Berapa banyak soalan daaa..


Kebaikan mandi tengah malam adalah :

1. Jimat air
Kenapa jimat?? Sebab kalau mandi waktu tengah hari, mesti nak mandi lama2 sebab panas. Kalau malam kan sejuk, mesti nak mandi cepat2 sebab tak tahan sejuk. Hehehe..


2. Tak kelam kabut
Kalau mandi waktu siang mesti nak cepat je.. Nak pegi keja la, nak pegi kelas la, nak kemas rumah la.. Pendek kata, siang banyak keja nak kena buat. So takleh mandi slow2. Hehehe.. Kalau tengah malam dah kurang keja, lepas mandi boleh terus tido.. Tido pun mesti lena sebab sejuk kan? Hehehe..


3. Senang nak tido 
Ni sesuai diaplikasikan bila cuaca panas di waktu malam, atau pun kipas @ air-cond korang rosak. Kalau dah cuaca malam tu panas, kipas @ air cond rosak mesti korang tak selesa kan? Badan berpeluh, melekit sana sini, tergaru sana tergaru sini.. Haa, so apa kata korang mandi? Lepas mandi air sejuk, badan korang akan segar & selesa. Nak sambung buat keja, siapkan asgnment @ update blog pun boleh..


Bestnye mandi.. Segarrrr...


Haa tu ja yang mampu aku kongsikan. 
Ni sebenarnya entri merapu sebab tuan punya blog ni tak mandi lagi. 
Hahahaha~
Please don't try this at home ya? Kat opis takpe..


Oo tak mandi lagi eh?


Tak bagus sebenarnya mandi lewat malam ni.. 
Tak baik untuk kesihatan..
Kalau nak tau kenapa tak bagus mandi lewat malam p tanya pokcik Google..
Don't ask me sebab aku tak layak nak nasihat korang sebab aku pun selalu mandi lewat malam.. 
Huhuhu..




Pic credit to pokcik Google

Salam.. ^__^

Follow mollow~ Apekahh??

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera..



Jangan lupa jawab salam dulu bagi yang muslim.. :)
Ekceli tak tau nak update pasal apa tapi tangan ni gatal jugak pegi tekan new post..
Pastu bila dah terpampang editor ni mula la blank..


Pesbuk aku buat perangai malam ni..
Takleh scroll jauh2 ke bawah..
Balik2 refresh pun masih jadi benda yang sama..
Mark Zuckerberg tak suruh aku buang masa depan pesbuk kot?
Macam tau2 je aku ada banyak esaimen kan?
Hehehe..


Sapa ada akaun Instagram??
Jom follow mollow..
Hehehe..
Klik je gambar bawah ni kalau nak follow..
Ataupun boleh klik button kat sidebar kanan yang bawah gambar tokey blog tu..
Hehehe..


Credit : Google


Aku kalau online kat henpon memang IG je la yang aku selalu bukak..
Aku suka tengok gambar2 kat Instagram tu..
Ada yang gambar tahap tak kira angle, ada yang biasa2, dan ada jugak gambar yang profesional..
Cantik2 pulak tu.. Jeles makk nok.. Ahaha..


Follow adalah risiko anda sendiri..
Sebarang kemualan dan masalah kesihatan disebabkan radiasi wajah comel tuan punya blog adalah tanggungjawab tuan2 dan puan2 sendiri..


Hahaha..
Ampun!! Tokey blog hanya bercanda semata2..
Mohon jangan unfollow blog ni pulak ye?
Muehehehe~


Hari ni hari mengundi untuk PRK kat universiti aku..
Dah baca manifesto2 dari calon2 yang bertanding..
Macam2 janji, harap dah menang nanti tunaikan la janji korang tu eh?
Hehehe..



>Salam<

Giveaway Peserta Bertuah

Assalamualaikum W.B.T..



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013




Berapa banyak loghat di Malaysia yang korang tau?

Assalamualaikum W.B.T


Hai.. Hai.. Salam 1 Malaysia..
Tetiba semangat patriotik la pulak..
Just a short update before going to dinner at my faculty..
Salam 1Malaysia tu memang ada kaitan dengan tajuk..
Kita sebagai rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum & bahasa..
Ada Malay, Chinese, Indian, Iban, Bidayuh, Bugis, Bajau & so on..
Tu tak termasuk lagi pendatang2 asing kat negara kita ni, laaaagi banyak bahasa.. Hehehe..


Straight to the tajuk, ada berapa banyak loghat yang korang tau?
Kalau aku la kan, boleh kira banyak jugak la..
Aku Sabahan, berbangsa Brunei + Bajau..
Tapi kat sini kadang2 aku cakap KL, cakak ganu, kecek kelate & terikut loghat utagha..
Bukan sebab nak mengada-ngada, tapi sebab kawan2 seuniversiti datang dari seluruh pelosok Malaysia..
So, memang jadi rojak la bahasa aku..
Tapi serojak mana pun bahasa aku, masih ada lagi yang faham kan?
Kenapa? Sebab semua tu loghat orang Malaysia.. :D


Kalau nak belajar semua loghat yang ada kat Malaysia ni boleh tengok SINI..
Macam2 loghat ada.. Jom try semua loghat! Hehehe..
Kamek dah biasa klaka swak ngan +Aefa Aerisya .. Kan Aefa? Hehehe..






Out pi dinner! huhu..


Tun M dan punca kesibukan

Aku memang fail kalau nak buat tajuk.. Hentam saja la labuu.. :P


Assalamualaikum W.B.T


Awal2 nak gitau, ni entry autopublish yang ditaip pada pukul 12.44 pagi di kala tuan punya blog tengah menahan mulut dari terbuka seluas-luas alam time menguap.. Ngantuk bebeno dah ni tapi gigih lagi nak update blog.. Jangan ditanya kenapa buat autopublish kerana jawapannya pasti menyakitkan hati dan jantung korang iaitu, "Sukati aku la, blog aku.Huh!!"
Sakit ati tak? Sakit tak? Sakit tak? Lempang dulu sedas dua.. Hewhewhew..
Apa aku merepek ni?? Hehe..


Time korang baca ni aku ada kat bangunan fakulti kitorang sebab aku, Min, Shamsul ngan Tihah jadi AJK Teknikal untuk Seminar ICT Dalam Pendidikan yang bermula hari ni.. Petang semalam pegi setup tempat, pastu pagi ni pegi siapkan kerja yang tak siap tadi. Awal pulak tu kena pegi, dalam pukul 7.30 pagi mesti dah ada kat fakulti. Awal kot.. Biasanya kalau kelas pukul 8 pagi, 7.30 aku baru pegi mandi. Alaa, apa ada hal, kampus kat belakang rumah sewa aku je. Hehehe..


My Idol :)



Cantik tak? Cantik tak? Cantik tak yang kat dalam frame tu? Ni kat bahagian pameran hasil karya student2 seni kalau tak silap. Oleh kerana takde satu pun part2 komputer kat sana, so jelas sangatlah bukan hasil karya budak IT macam kami ni. Huhuhu.. Nampak tak yang poster ni gabungan dari gambar2 Tun M yang banyak? Kreatip sungguh orang yang buat poster ni.. Student UPSI kalau nak tengok poster ni atau nak amik gambar macam yang tokey blog ni buat, sila lah ke bangunan E-Learning, tingkat 5. Tapi tak tau la sampai bila poster ni ada kat sana.. Hehehe..


My BFF :D


Ni bukan nak suruh fokus kat insan pakai baju petak2 tu.. Kat gambar ni boleh nampak yang poster tu sebenarnya diorang buat guna teknik anyaman.. *Mohon betulkan kalau tersilap* Rajin orang tu anyam poster kan? Kemas pulak tu. Hehehe..


Seminar ni berlangsung selama 2 hari, 26 Nov sehingga 27 Nov. Maka dengan ini, aku ingin mengisytiharkan yang minggu ni aku akan jarang update dan jarang golek2 pegi blog korang. Kalau ada pun mungkin autopublish jugak macam entry yang ni. Hehehe..


Oh ya, pilihanraya kampus untuk uni kitorang dah start semalam.. Kalau tak silap, kitorang akan mengundi 29 Nov nanti. So mula hari ni, akan busy la kampus & kolej2 kediaman dengan kempen2 manifesto dari calon2 yang bertanding. Good luck la untuk mereka2 yang bertanding. Hehehe..


Kalau ada sedikit masa terluang, aku akan singgah mana2 blog yang sempat, okei?? :D



P/s : Isi tabung plisss.. hihi..

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum W.B.T


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.


Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.


Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.


Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.


Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...

  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.


Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.

  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI

Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 



Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com




Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.


Morning wishes & motivation..

Assalamualaikum W.B.T..


Morning uolls!!
Apdet sekejap sebelum bersiap pegi kelas.. hehehe..
Apa khabar korang hari ni?
Harap sihat je la eh?
Harap2 takde la yang Monday Blues hari ni..
Here's morning wishes & motivation for all of u.. hihihi..
Don't stress2, smileeeee... :D











Credit : WeHeartIt

Hari sabtu aku

Assalamualaikum W.B.T


Hai uollss!! Weee rindunya kat blog..
Kalau sehari tak update rasa macam ada yang tak lengkap je.. Hehehe..
Apa aktiviti korang hari ni?


Hari sabtu aku minggu ni agak tenang sikit sebab takde pikir pasal assignment pun. Hahaha.. Penat la satu minggu bertungkus lumus siapkan assignment, so ari ni kira hari rehat la.. Esok baru sambung buat assignment lagi.. Best tak aku atur jadual? Hahaha..


Aktiviti hari ni, bangun pagi, cuci kain, sidai kain pastu bekpes biskut cicah ngan milk tea.. Pastu terleka berjam-jam menghadap blog & pesbuk.. Dah dekat tengah hari baru kelam kabut potong kain chiffon sebab nak pegi hantar kedai jahit, suh jahit tepi. Ku pikirkan senang nak potong kain chiffon tu, rupanya berpeluh jugak aku nak potong kain tu.. 


Lepas potong kain, bersiap nak pegi pekan. Hari ni kan ada pasar malam kat Tanjung Malim, so kami sebagai penghuni Tanjung Malim yang setia haruslah pegi ke pasar malam untuk memeriahkan lagi pasar malam disamping menghabiskan duit membeli makanan untuk sang perut tersayang.. Aku ingat nak amik gambar suasana pasar malam tapi sampai kat sana je terus lupa. Panas gila kat pasar malam tadi.. Nama je pasar malam tapi kitorang pegi dalam pukul 3 lebih macam tu.. Opkos la panas kan? Hohoho..




Hasil tangkapan di pekan tadi selain daripada laksa utara ngan ayam Uncle Bob yang dah selamat masuk dalam perut. Bunga kaler biru & merah tu brooch.. 3 ketul untuk RM5. Banyak sangat pilihan, last2 design tu je yang aku amik. Manik2 ni beli kat kedai jahit tempat aku hantar kain chiffon yang nak jahit tepi tu. Ada projek besar bakal menyusul selepas ni. Harap2 menjadi jugak.. Hehehe..


So, how was ur saturday? 
Kalau  +Aefa Aerisya aku tau hari dia tak best hari ni.. 
Kitak sabar jak owh? Hehehe..



Dah jumpa tak?

Assalamualaikum W.B.T 



Credit : Weheartit




>Autopublish<

QOTD : Quote Of The Day #4

Assalamualaikum W.B.T..




Credit : Weheartit






Hari ni post gambar je banyak.. 
Abaikan kesalahan ejaan di atas..
Tokey blog busy nak jadi cikgu.. Ahaks!
Jumpa malam nanti! :D




Ini sangat comel..

Assalamualaikum W.B.T... :D








Sumber : Kongsi Video

Cerita presentation tadi..

Assalamualaikum W.B.T


Hai uollss!! Hehehe.. Nampak macam happy je kan? Memang pon happy sebab presentation dah lepas tadi.. Alhamdulillah, presentation tadi berjalan dengan lancar. Walaupun tak sempat nak gabung slide PowerPoint tu masuk dalam Prezi. Hehehe..


Muka happy lepas present.. kuikuikui


Lecturer memang tak banyak bising sebab lecturer tu memang sempoi habis.. First time jumpa lect pompuan yang macam tu.. Bawak sling bag pastu silang kat badan macam budak sekolah selalu buat. Tapi lect tu memang baik. Tak cerewet macam sesetengah lect yang aku kenal.. Hehehe..



Ni memang muka2 satu group ngan aku dari sem 2 lagi.. hehe


Lagipun kelas untuk subjek Advanced IT Application ni memang sikit je student dier, semua coursemate aku jugak cumanya tak ramai sebab ni subjek untuk student yang amik minor programming. Coursemate yang lain ada yang amik minor B. Melayu, Perdagangan, Geografi  & banyak lagi la.. 


Haa!! Main candy crush! Report lect kang.. huhuhu..


Kat Malaysia ni tak semua sekolah menengah ada subjek ICT kan? Sebab tu kami kena amik jugak minor subjek lain. Adik2 yang masih bersekolah tu, sekolah korang ada tak subjek ICT? Kalau ada boleh jugak akak nak apply praktikum kat sana untuk tahun depan nanti.. Hehehe.. Nak jadi akak2 jap, nanti semester 7 jadi cikgu2 pulak.. Berdebar pulak rasanya.. Hihihi..


Insya Allah kalau berkesempatan nanti aku share sedikit sebanyak tentang tajuk presentation kami tadi iaitu "Aplikasi ICT dan Kesannya Terhadap Kehidupan". Banyak input yang berguna tau? Lebih2 lagi untuk para blogger yang rasanya paling banyak menghabiskan masa depan komputer/laptop. Hehehe..



Salam.. ^___^


Wordless Wednesday ~22~ : Presentation materials

Assalamualaikum W.B.T







Wordless Wednesday ~21~ : Special day for me..

Assalamualaikum W.B.T...








Jangan jeles.. 
Muahahahaha~


Hujan redakan sakit hatiku

Assalamualaikum WBT





Alhamdulillah, Allah turunkan hujan di Tanjung Malim..
Kali ni mungkin Pina pulak yang tak dapat pegi kelas sebab hujan lebat.. Kehkehkeh..
Kebetulan hati tengah panas sekarang ni, mungkin hujan ni mampu tolong redakan sakit hati & amarah yang tengah menggelegak ni.. Eceh, ayat.. Hehehe..
Aku tengah panas hati sekarang ni, menggigil dah tangan nak control rasa marah ni..
Nanti dah reda rasa marah ni baru aku cerita ngan korang eh?
Takut kang dapat dosa mencarut ja kalau cerita sekarang.. Hehehe..
Keep calm bebeh.. Aku ni dah dewasa, so mesti timbang dulu baik buruk sesuatu perkara sebelum buat apa2 tindakan.. Think wisely kata orang barat.. hehehe..
Tarik nafas dalam2 & tenangkan fikiran dulu..
Okei, nak siapkan presentation untuk esok. hehehe..


Salam.. ^___^

Acik Lana & novel yang best!

Assalamualaikum WBT..


Korang suka baca novel melayu tak? Kalau minat, kenal tak dengan novelis Acik Lana?? Beliau ada blog, nama blog tu, Luahan Dari Otak Kecil. Dalam blog tu ada baaaaanyak novel dan cerpen hasil karya beliau. 


Novel first yang aku baca, Pelangi Cinta Buat Suami. Memang super duper best la novel ni.. Aku baca kat blog tu dari bab 1 sampai la bab 31 + 1 mini episod.. Aku ingatkan cite tu ada kat blog sampai ke endingnya.. Rupa-rupanya novel tu dah dibukukan ponn.. Aku je ni yang ketinggalan zaman betul. Hahaha.. Oleh kerana masa tu hujung sem, poket kosong, ada duit pun cukup2 untuk belanja makan, maka aku dengan sabarnya menghitung hari menanti hari penyerahan baucer buku. Hahaha..


Imanina & Tengku Qalif


Bila dapat baucer je terus beli novel tu.. Happy kemain daku masa tu. Tak sabar2 nak sambung baca. Citer tu memang best!! Lepas dah habis baca tu aku pegi baca novel lain lagi kat blog tu.. Ada 3 buah lagi novel Acik Lana yang belum ada kat aku.. Sila tunggu giliran baucer buku semester depan eh?


Mikail & Mya Arlissa

Zidan Adiputra & Adara


Luqman & Melina



Selain novel kat atas tu, Acik Lana ada keluarkan novel limited edition jugak tau? Tajuknya, Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC). Baru2 ni Acik ada keluarkan cetakan kedua & mungkin yang terakhir. Setakat ni novel tu ada 4000 buah je yang dicetak. Dan dengan tidak segan silunya daku meminta Mr. Min belikan novel tu untuk aku sedangkan masa tu birthday Mr. Min. Hahaha..


Novel lain boleh je aku bagi pinjam tapi NOT this one! :D

Thanks soooo much to Mr. Min sebab hadiahkan novel ni untuk aku, walaupun sebenarnya aku yang mintak dulu lepas tu boleh pulak malu2 & tarik balik permintaan tu. Hehe.. Mungkin sebab ni first time aku mintak something dari Mr. Min, so dia pun berkeras jugak nak belikan aku novel ni. Hihihi..


Sekarang ni Acik on the way nak siapkan manuskrip untuk novel terbaru beliau yang dijangka akan dipublish tahun depan. Tajuknya Akadku Yang Terakhir.. Kalau nak baca boleh la request masuk dalam group FB dia kat SINI. Setakat ni dah sampai episod 19 dah.. Citer yang ni pun best giler.. Tak sabar nak tunggu tahun depan sebab Acik cakap nak stop update sampai episod 20 je.. Wuwuwu.. TT___TT


So, pada peminat2 novel tu boleh la terjah blog beliau kalau nak baca novel beliau yang memang best. Setiap novel yang Acik tulis mesti ada disertakan sekali pic hero & heroin citer tu untuk penghayatan yang lebih semasa membaca. Hehehe.. Happy reading! ^__^



Salam.. :D


Alkisah pak cik psiko

Assalamualaikum WBT


Hai semuaaa!!!
Apa khabar? Harap sihat la ye? Tokey blog ni alhamdulillah sihat walafiat jugak.. 
Ni nak stori mori kisah semalam ni.. Sebelum tu, baca ni dulu..




Euuwww.. Scary isn't it? Ni status jiran sebelah kiri rumah kitorang. Memang semalam pakcik tu berhenti kat depan rumah kitorang.. Dia ulang alik banyak kali dari simpang hujung taman ke rumah kitorang. Masa tu Nad nak pegi sidai kain tapi lampu luar tak on lagi. So Nad intai la dari dalam.. Rupanya jiran sebelah pun perasan perbuatan pakcik tu. Pakcik tu berhenti depan rumah pastu tu patah balik pegi simpang hujung taman ni. 


Aku tau pun sebab kebetulan aku nak kuar semalam.. Time tengah tunggu Min tu la aku ngan Nad keluar ke depan rumah sebab nak tengok kalau pakcik psiko ni masih ada kat simpang.. And guess what?? Pakcik tu ada kat simpang & at the same time dia pun tengah tengok aku ngan Nad.. Masa tu memang dah agak dah pakcik ni tak betul..


Lepas tu kami nampak pakcik tu kayuh basikal nak keluar dari kawasan taman, so aku ngan Nad keluar lagi la sebab nak pastikan pakcik tu dah takde.. Kebetulan pulak masa tu pakcik tu toleh belakang, lepas nampak kami je dia terus u-turn balik ke simpang tadi. Aku ngan Nad terus lari balik masuk dalam rumah & tutup pagar. Tak lama lepas tu Min datang. Masa lalu kat simpang tu ngan Min, pakcik psiko tu dah takde..


Taman U ni memang bahaya.. Sebelum ni pencuri je yang banyak, tapi sekarang ni dah ada pulak golongan yang macam ni kat sini.. Menakutkan.. 


Perasan tak kat atas tu aku tekankan jiran sebelah kiri rumah kitorang? Sebab masa cuti midsem hari tu pun ada jugak kes orang psiko ni tapi orang tu bawak motor pulak. Dia kacau jiran sebelah kanan rumah kitorang siap panjat pagar rumah pulak tu.. Dah la masa cuti tu aku ngan Zalia je ada kat rumah.. Nasib baik tak de pape yang jadi kat kitorang berdua. Polis memang tiap2 malam akan buat rondaan.. Waktu siang time cuti pun polis rajin buat rondaan.. Tabik spring la kat abam2 & pacik2 polisi kita.. Hehehe..


Harap2 malam ni & malam seterusnya pakcik tu atau mana2 psiko ngan pencuri penyamun segala bagai tu dah takde.. Kitorang dah plan da, kalau pakcik tu datang lagi kitorang nak gi sound dia ramai2. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah. Ramai2 memang la berani kan? Hehehe..


Sebenarnya, ada je orang tak siuman selalu ulang-alik kat depan kampus kitorang ni tapi dia tak pernah pun kacau orang. Dulu dia ada basikal, dia selalu pungut sampah. Tapi sekarang basikal dia dah takde, dia jalan kaki je dari kedai hujung sana ke kedai hujung sini.. Tu je keja dia hari2.. Hehehe..



Jenis ganjaran atau rewards dari ChurpChurp

Assalamualaikum WBT..


Hai uolls! Apa khabar? Harap sihat la ye?
Hari ni nak buat entri pasal Churp2 lagi.. Harap takde la yang bosan ye? Entri ni sebagai panduan je buat mereka yang baru join Churp2 ni.. Untuk yang dah lama join pon boleh jugak.. Kalau yang baru nak join pon tersangat la boleh.. Tapi kena daftar dulu okei? Klik je kat menu yang ada kat sebelah kiri blog ni. Hihihi..


Okei, straight to the point.. Entri hari ni adalah untuk mencirikan, ecehh ayat macam nak buat esei je.. Hehehe.. Sebenarnya, just nak explain kat Churpers sekalian tentang jenis2 rewards yang Churp2 'akan' bagi. Kenapa 'akan' bagi? Sebabnya, ada jenis2 rewards yang kadang-kadang je boleh dapat.


Ringkasan jenis-jenis ganjaran


Jenis-jenis ganjaran :

1. SOCIAL SHARE
Ni yang biasa punya rewards. *apa punya ayat daa* Memang akan dapat.. Pilih mana2 campaign @ iklan, share kat mana2 social media, then dapat earning.. Tu pun kalau ada orang klik la.. Hehehe..



2. SOCIAL SEED
Kempen untuk Churpers yang terpilih sahaja.. Contoh kempen macam kat bawah ni..


Ni campaign untuk social seed yang aku dapat


Untuk rewards yang ni, korang kena cipta ayat sendiri dan masukkan beberapa ayat wajib yang ditentukan oleh Churp2.. Lepas dah send ayat yang korang cipta tadi, kena tunggu pihak Churp2 approve. 


Dalam kotak merah tu adalah ayat wajib yang kena ada dalam tweet ciptaan korang..

Rajin2 la jenguk Twitter korang.. Kalau ayat yang korang cipta tu dah ada kat status twitter korang, itu bermakna ayat ciptaan korang dah di approved. Maka, korang akan dapat la ganjaran yang dijanjikan. Senang kan? hihihi..



3. SNAP SHARE
Yang ni aku tak da rezeki lagi nak dapat. Hehe.. Ni pun senang je.. Just amik gambar pastu upload kat instagram & sertakan sekali keywords yang diberi oleh Churp2. Siappp!! 

Contoh snap share campaign dari Churp2 Singapore



4. CAMPAIGN SEED
Yang ni pun aku belum pernah dapat lagi.. Mungkin pernah tapi masa tu aku sombong dengan Churp2. Padan muka.. Hahaha.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pegi blog Cik Itah, dia dah buat entri pasal ni sebab dia dah pernah dapat.. Jeles I taww.. Hihihi..



Sekian, tu je yang mampu dikongsikan bersama.. Ada mana2 part yang tak paham sila angkat kening dan tanya soalan ye? Kalau cikgu boleh jawab, insya Allah cikgu jawab.. Kalau tak dapat jawab, kita tanya pacik Google ramai2.. Muehehehe..





p/s : Isi tabung plisss.. hihi..


Program Convoy & Charity Pangkor


Assalamualaikum W.B.T


Hai korang!! Harap korang sihat je hari ni.. :D

Program ni time 19-20 Oktober hari tu.. Dah berkurun duk dalam draft baru hari ni terasa nak publish. Hahaha.. Nampak bebeno tokey blog ni pemalas.. Bukan apa, banyak sangat gambar sampai aku pun terkeliru gambar yang mana satu nak masukkan dalam blog.Hehehe..


Program konvoi ni terbuka untuk lelaki sahaja, kitorang yang gegurl ni naik bas. Ingatkan dapat la tengok konvoi ni sepanjang perjalanan pegi Pangkor, rupanya tak. Kitorang ikut jalan kampung, diorang ikut highway.. Tak puas hati sungguh sebab tak nampak kekacakan & ke'cool'an BFF aku.. Huhu..


Apa-apa pun, jom kita tengok gambar2 ni dulu..
Hehehe...


Peserta konvoi warming up dulu sebelum memulakan perjalanan.. Jaket biru is my bf.. haha..



Antara peserta konvoi.. Eh, jaket biru ada lagi? hehehe..



Aku ngan housemate aku yang pegi..



Program tanam pokok dan pembersihan pantai



Isi perut sambil menyibukkan diri.. haha



It's him again! Kyaaa!! XD


Overall program ni memang best..
Walaupun tak dapat naik banana boat.. Wuwuwu  TT___TT
Dapat pengalaman tanam pokok dalam hujan lebat, makan tengah hari ramai-ramai sambil duduk kat atas pasir dan menghadap pantai, spent time with my dearest housemate, semua ni dah cukup.. :D
Next time ada program jalan2 lagi mesti join punya.. hehe..



Cerita hujan dan payung

Assalamualaikum WBT...



Tanjung Malim hujan lebat sekarang ni, angin pun kuat.. Kejap lagi pukul 5 aku ada kelas.. Hujan ni macam tak bagi je aku gi kelas kan? Ni kalau keluar pakai payung pun sure payung tu akan terbalik.. I know la, pengalaman okeii?? Hahaha..


Dulu masa semester 1 sampai la semester 3 aku duduk kolej & setiap semester tu lah aku akan beli payung baru sebab setiap sem jugak la payung aku akan rosak gara2 hujan lebat.. Bukan sebab aku ganas orangnya ya? No, tokey blog ni tersangatlah ayu dan sopan santoon orangnya.. Haha..


Cakap pasal payung ni kan, korang sanggup tak pakai payung kat bawah ni??


Ni best! Kaki je basah, badan tak.. hehe..


Ni lagi best, langsung tak basah.. Kaki je la.. hehe


Ni confirm la basah kalau hujan.. -__-



Payung for couple.. hihi



Payung kalerpul kat lorong di Portugal

Cantik kan?? Ni kat Portugal, kat KL pun ada aku nampak baru2 ni tapi tak sure la kat mana.. Aku baca tajuk artikel tu ja, lepas tu bila nak cari balik langsung tak jumpa.. Macam-macam dah keyword aku try kat Google tapi yang kat Portugal ni jugak la yang muncul.. Hehehe..


So, apa cerita korang dengan payung ni? Ada kawan aku suka beli payung yang besar tu, bukan yang payung pasar malam pulak ye? Payung yang biasa cuma saiz dia agak besar. Payung yang aku ada sekarang kaler pink, ada renda2 kat tepi, saiz cukup2 untuk aku sorang. Hahaha.. Terserlah ke'gegurl'an ku di situ.. hihi..




Pic credit to : Google


p/s : Jangan lupa isi tabung ye?? hihihi.. :D

QOTD : Quote Of The Day #3

Assalamualaikum WBT..







Smileeeeee.. :)


Anne Nurain