Aku kena TAG!!

Salam suma penghuni alamaya, bukan Adamaya ya?! ekekeke....
Aku baru jak pas makan ni, tiba-tiba ada notifikasi dari Gmail ku gtau ada email dari c Pinung ni. Ingatkan mesej cinta ka, dapat duit ka, berita2 best ka.... Tengok2 di tag nya aku. Aku ndak pandai ba ni men TAG2 ni... Tapi, i will try my best untuk tidak menghampakan penjahat ni.hahahaha.... Gurau2 jak aa... 


~questions about your blog~


What is your blog's title and reason to make it yours?

Nama blog aku ni ikut surat beranak, ~~Anne-Nurain~~. Asal-usul nama ni dari kepala otak aku yang geliga ni. Aku ni bijak sebenarnya, cuma aku malas ckit.Naa, merepek lagi... Anne tu ejaan panjang untuk huruf N yang mewakili nama panggilan kawan-kawan ngan aku. Ada plak ejaan panjang ya? Ingatkan short form jak ada... huhuhu...  Nurain tu plak singkatan real name yang mak n bapa aku bagi kat aku.. Hebat tak aku buat nama ada short & long form? hahaha... Mula-mula aku xda selera mo ber'blog' ni, tapi sejak ada broadband n sejak berenti keja ni aku pun try la meng'aktif'kn diri ku dalam dunia blog ni & insya Allah akan hyperaktif lagi pasni.hahaha...


Your blog is categorized as a? ;personal, photography, food, place, fashion etc...
Blog aku ni adalah tempat untuk aku kongsi2 cerita tentang aku, hidup aku, apa yang aku rasa & alami. Aku ni nampak jak pendiam tapi sebenarnya aku ni sangat sangat sangat suka bercerita. Lau x caya tanya la cik abang aku yang di cintai selalu.Hahaha... Aku selalu cerita ngan Min jak tapi kami jarang jumpa, mo kol kedit takda. Takkan mo sms cerita ku yang panjang ni kan? So, aku share la di blog aku yang penuh rasa cinta ni.hahahaha....  Sabar jak la sapa2 yang terbaca cerita aku ni.Aku memang syok sendiri tapi kadang-kadang jak la. Tapi aku kisah apa, blog ku jugak kn? Bukan blog mu.hahahaha....





~Randomly about you~



Your favorite colors.

Aku suka suma kaler tapi ada benda2 tertentu yang aku mo mesti kaler pink contohnya patung Bunny aku, baju raya aku taun lepas, vakum laptop aku yang langsung takda anginnya, t-shirt comel aku & macam2 lagi la. hehehehe....




What is your happiest childhood memory?

Bagi aku suma kenangan time budak2 aku suma best belaka. Happy jak, langsung takda problem yang menghantui fikiran. Pokoknya, bahagia la... Bukan macam sekarang... Macam-macam nak kena fikir... Nak jadi budak2 selamanya pun tak boleh kan? Syukur jak la masih bernafas hingga sekarang... Alhamdulillah...




What is your all time favorite song? Link it from youtube etc.

Aku ndak berapa sure la, banyak betul lagu aku suka sejak aku pandai dengar lagu ni.. Aku list jak la,asi ka?hehehe...

Westlife - I lay my love on you
Zureda - Kelmarin
Sharifah Aini - Seri dewi malam
S Club 7 - Never had a dream come true
Ramli Sarip ft ....lupa lak sapa... - Doa buat kekasih




What song will you hear to get you sleep at night?

Yang ni aku ndak pasti, lagu apa-apa pun boleh. Yang penting lagu sentimental la, ndak jugak dengar lagu rancak lau mo tidur kan? hahahaha....




Who was the last person you messaged?

Chenta ku.. Tapi kadang-kadang mak aku.. hihihi...




What was the best vacation you ever had?

Suma la best... Mana da vacation yang ndak best bagi manusia yang suka berjalan-jalan cam aku ni.hahahaha...




Food and beverages?

Masakan mami ku la.. Lau aku sebut pun bukan kamu tau pa benda tu. Masakan kampung bha, orang2 tertentu jak yang tau. hehehe... Aku suka suma makanan & minuman, apa lagi lau yang dibelanja.hahahaha...




~Your favorite quote~ 

Asi ka kawan?




~Your inspiration photo~




~A smiling picture of you~

Alalala.... Ni jak pic smile aku yang latest.. Kira masih fresh lagi senyuman aku ni.huhuhu...



P/S :: Aku ndak tau camana mo tag orang len. Biar la aku saja yang terkena, ada masa nanti aku tag orang len. wahahahaha....

Hujung minggu di Gaya Street...

Assalamualaikum...
Macam best jak tajuk diatas tu kan? Tapi memang best pon... Jalan-jalan dihujung minggu ni dianggotai oleh aku, kakak n adik aku yang study di poli. Ketiga-tiga awek cun (cun ka jgk??hahaha) ni keboringan jadi dorang pun ambik keputusan mo memenatkan diri dengan pegi ke Gaya Street dengan berjalan kaki dari Terminal Wawasan coz kenderaan tiga awek cun ni cuma bas biru putih tu jak.hehehe... Merepek lagi aku ni.. Nasib baik la cuaca tadi pagi tak berapa panas so, x berapa nak basah la ketiak kami berjalan p Gaya Street tu.hahaha....



Jalan punya jalan akhirnya sampai jugak kami di tempat yang dituju.. Orang x payah cakap la, jem terus. Lain jem di laluan kereta, laluan sepanjang gerai-gerai pun jem jugak owh.. Habis basah ketiak.Hahaha... Niat di hati konon mo cuci mata jak, pasal poket kering bha.hehehe... Sekali kakak ku ternampak hamster yang comel lote terus terbang duit ku jugak masa tu.Beli hamster sekali ngan sangkar, makanan & habuk kayu, semuanya RM27. Kira murah jugak la coz hamster cuma RM8, sangkar RM15 tolak diskaun jadi RM13, habuk kayu ngan makanan hamster RM6.Dari situlah terhasilnya operasi matematik yang memberi jawapan RM27 dan sekaligus menerbangkan duit gaji ku.. hahahaha....

Lepas dah habis round, aku still belum jumpa lagi apa yang aku mau. Cuba teka apa yang aku cari? Handbag? Baju? Puppy? Hahaha... Suma salah.. Jeng.. jeng... jeng... Ni yang aku cari-cari dari tahun lepas lagi, sejak first time aku nampak dia aku terus teringatkan dia jak.Lau mo tau, cuba scroll p bawah...

scroll lagi...







lagi....




dan lagi....





hah, ni la yang aku cari tu...


Dari tahun lepas lagi aku nampak dia ni di Lintasan Deasoka ngan tuan dia.Aku mo pegi jumpa dia tapi masa tu aku ngan mak aku yang asal sebut pasal ular ja terus meremang bulu roma.hehehe... So, melepas la peluang ku masa tu. Ingatkan tak dapat jumpa dia lagi, rupanya hari ni memang jodoh ku la kali mo jumpa dia.hahaha... First aku tengok-tengok ja, ada ramai orang kerumun masa tu. Rupanya pacik-pacik tuan empunya ular tu ada buat perkhidmatan ambik gambar dengan kadar bayaran yang amatlah berpatutan iaitu RM10 jer... So sapa yang berminat tu boleh la try2 ya? Amat2 lah digalakkan... hehehe... Saya dah, anda bila lagi? Ceh, cam dalam iklan pulak.hehehe.... Jom cuci mata tengok pic aku yang mintak puji ni. hahaha...

Mula-mula cucuk2 badan ular tu... First time sentuh ular. hahaha....


Pastu try picit plak, mo rasa camana badan ular ni.hehehe...


Mo pegang kepala ular tu tapi ular tu macam malu-malu jak.


Ular tu tiba2 da ada kat leher aku. 
Suka2 ati je pacik tu p letak ular tu kat leher aku.hahaha....


Ni last pic aku. Jurukamera aku takut ular, so takda la pic yang close up punya.hehehe...


Ada gak pic aku version polaroid, pacik tu bagi free. Boleh la tunjuk kat mak aku nanti.hahaha.... Pa pa pun, aku puas hati coz dah dapat apa yang aku nak.Ternyata diriku ini berani jugak ya? Balik rumah jak terus kempen ngan Min.Upload gambar di pesbuk pun aku tag Min sekali.Sungguh mintak puji betul diriku ini.hahaha....

Tak cukup dengan bergambar ngan ular, kami pegi test keberanian lagi ngan nonton wayang Khurafat. 

 Khurafat

Tak kisah la terbang duit bikin beli tiket yang penting dapat tengok movie tu coz ramai kawan kata movie tu best. Tapi memang best jugak la,lebih best dari Jangan Pandang Belakang. Seram, saspen & sedih gak.. huhuhu... Apa-apa pun, aku suka lakonan Shamsul Yusof & Liyana Jasmay lam movie tu. Siuknya nonton sambil ada bunyi latar dari belakang & kiri kanan aku. Mo tau bunyi apa? Bunyi penonton teriak la, kakak aku pun ikut teriak jugak. Lucu plak rasa... hahaha... Ending cerita tu sedih, sempat nanges jap.huhuhu... Bagus kamu pi tengok sendiri la, cerita banyak pun tara guna oo... Lepas nonton kami terus balik, penat gilak. Tumit pun sakit. hehehe... Tu jak tu hari ni, mo men game dulu. Kehkehkeh...



Giant Pink Bunny

Ha, artikel ni aku dapat time surfing2 internet nak cari gambar tuk project Adobe aku.. Last2 terjumpa pasal arnab besar ni.hehehe... 


Lokasi arnab pink giant ni kat Italy. Lau korang ada masa pegi la lawat arnab ni. Arnab giant ni direka oleh sekumpulan insan-insan seni dari Vienna yang kreatif yang dah xda keja len nak buat dan telah menyusahkan puluhan grannies kat Italy untuk mengait arnab pink ni.


Tujuan projek ni adalah untuk membuatkan pendaki yang daki bukit ni tersenyum dan menyediakan tempat tuk dorang relax n berbaring.


Tapi lau korang ada hati nak try baring n relax2 kat atas patung ni baik korang pikir:
  1. Korang nak ke baring atas patung yang dah kena ujan, pastu panas, pastu ujan lagi... 
  2. Sampai hati ke korang nak baring atas bunny yang digambarkan seperti mangsa payung terjun terhempas? Dengan mulut terbuka n siap ada lagi organ-organnya terkeluar... huhuhu...


Nampak comel jak bunny ni dari atas, macam soft jak rasa.. Aku ada bunny kaler pink tapi bukan camni la, comel lg dari yang ni... huhuhu...


Apa Itu Kuku?


KUKU. Sapa tau KUKU tu apa cepat angkat kaki.. Hehehe... Untuk pengetahuan korang, kuku adalah keratin protein yang juga boleh ditemui dalam kulit dan rambut. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Fungsi utama kuku ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Yang ni suma pun mesti tau kn? Kalau ada yang x tau tu, bagus kamu cabut jak kuku kamu tu.Hahaha... Fungsi yang kedua ialah untuk memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh manusia. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor.

ha, ni adalah bahagian-bahagian yang terdapat pada kuku kita. 

Setiap bahagian pada kuku mempunyai fungsinya yang tersendiri dan boleh memnyebabkan kecacatan pada kuku jika rosak. Nah, lepas ni jaga la bahagian-bahagian kuku kamu tu ya? Hehehe...


Penyakit yang berkaitan dengan kuku


Kuku yang sihat. Macam kuku aku la ni tp kuku aku x la panjang pakai pngilat cam ni.. (malu mo upload kuku sendiri, tangan tak cantik la.hahaha)

Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal, menjadi longgar, dijangkiti fungus atau menjadi lebih buruk.
Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
  • Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
  • Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.

Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan strutur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kukunya.

Tips Penjagaan Kuku Tangan & Kaki

Produk-produk penjagaan kuku saja tidak cukup untuk memelihara kesihatan kuku. Berikut adalah beberapa panduan mudah dalam penjagaan kuku:-
  1. Jangan salah gunakan kuku anda. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu. Yang ni aku tau,mesti ramai yang selalu salah guna kuku ni. Aku kadang-kadang jak... huhuhu...
  2. Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  3. Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama. Jadilah seperti adik aku yang skema, cuci pinggan sikit je pun mau jgk pakai sarung tangan. huhuhu...
  4. Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam (jangan sesekali guna yang tumpul tau!) dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  5. Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.
  6. Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan
  7. Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
  8. Makan banyak buah-buahan dan protein.
  9. Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
  10. Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki harus discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
  11. Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.Sediakan tuala khas untuk lap keringkan kaki. Jangan plak tuala untuk muka kamu guna juga untuk kaki.. hehehe..
  12. Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
  13. Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
  14. Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap. 
  15. Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
  16. Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
  17. Sapukan bedak khas untuk kaki.
  18. Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya. Bahaya tauk??

Nah, tu jak tips2 yang sempat aku cari. Sakit pinggang da ni.. huhuhu... Sebelum mengundurkan diri (ayat skema la plak), jom layan pic2 kuku.. Macam-macam ada... huhuhu



Euww!! Nenek sapa la ni.. Camana la dia mo makan ni, menyusahkan diri jak.. huhuhu...

Kuku yang ada darah beku.. hihihi...

Hmm... Nice.. Cumil gitu lorh... Tapi x minat la.. Menyusahkan. hahaha...



Anne Nurain