Review Drama : Hotel King (K-Drama)

Assalamualaikum..


Hai semuaaaa... Hehe.. Eksaited gila bila akhirnya dapat jugak aku apdet blog hari ni.. Kat entry sebelum ni aku dah gtau kan website untuk download drama Korea? Perasan tak gambar boiprengg aku kat hujung entry tu?? Yeahh, aku tau.. Tu bukan boipren aku sorang.. Ramai lagi yang mengaku lelaki tu boipreng diorang..Takpe, kita share okeii?? Hehehe..


Pernah tengok tak drama Korea yang bertajuk My Girl?? Kalau pernah, mesti korang kenal kan hero ngan heroin dalam cerita tu? Haaa, dalam drama terbaru ni diorang digandingkan sekali lagi.. Ohmaiiii... Aku memang suka sangat ngan couple ni sejak diorang berlakon sama2 dalam cerita My Girl tu.. Rasa macam nak cari balik cerita tu.. Hihihi..


Ok, first jom kita tengok the hero & heroin of this drama..

Haa kauu.. Besar gedabak punya gambar aku bagi.. hehe
Lee Dong Wook a.k.a Cha Jae Wan


Lee Da Hae a.k.a Ah Mo Ne


Drama ni bergenrekan romantik, melodrama dan jugak dendam.. Jarang2 aku layan drama genre melodrama & dendam kesumat ni sebab banyak sangat air mata & sakit hati.. Hehehe.. Tapi oleh kerana hero & heroin ni peberet aku, so aku layankan je la.. Walaupun ada 32 episod kesemuanya.. Gigih jugak aku men'download'nya pun.. 


Sinopsis drama : 

"This drama portrays the story of a heiress, Ah Mo Ne who lives a sheltered life like a princess but a catastrophe pushes her to do all she can to protect her h0tel. She and the general manager of the h0tel, Cha Jae Wan who appears cold on the outside but carries emotional baggage, fall in love. Cha Jae Wan and his mother were abandoned by his father. As an adult, he begins to work at a h0tel and becomes an enemy to his father who abandoned him."

Setakat entri ni ditaip, drama ni baru episod 12.. Bagi aku, drama ni memang best sebab watak hero dan heroin tu berbeza sangat. Watak Cha Jae Wan ni seorang yang dingin, penuh dengan dendam & sentiasa serius sepanjang masa.. Susah sangat nak tengok dia senyum dalam drama ni.. Hehehe.. Watak heroin pulak, sorang yang gila-gila, comel & agak berlagak sikit sebab dia kan anak pemilik hotel.. Hehehe..


Oleh kerana drama ni masih on-going lagi, so tak banyak la yang dapat aku ceritakan.. Moh ler kita sama2 menontonnya pun.. Kalau korang nak download, boleh cari kat link yang aku bagi kat entry sebelum ni.. Cari je kat website yang aku bagi tu.. Don't worry, English subtitle is available.. Hehehe..


Jom layan gambar ckit.. Hehehe..











Thanks for reading!! ^__^

26 comments:

  1. Okay malam ni juga start tengok ! Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. salam. heee nice review..sy jarang da layan korea..layan anime saja hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. anime pun best kan? tapi banyak sangat episodnya.. hehe

      Delete
  3. Wah2.. Bila kak anne promote ja, terus rasa nak layan.. Kihkih... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. thank u dear.. jom layan sama2.. hihihi..

      Delete
  4. terima kasih... mama sekarang peminat dorang tauuuuu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 mama.. :)
      diorang sesuai berlakon sama2 kan? hehe

      Delete
  5. teringat drama my girl. <3. alahaii kenapa lah kak anne bagitau time ecah dah nk masuk matrik.. huhu xley nak layan..sobsob

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann? best tengok diorang dua ni berlakon..
      takpe, ada cuti nanti boleh la layan.. hehehe..

      Delete
  6. lisa tak boleh tengok cete korea ni nanti tersenyum sorang2 kalah orang sawan, hahaha. dahlah hero tu handsomeee aduhaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kalau akak bukan setakat senyum, ketawa, nangis sedih pun sorang2.. tak kisah dah orang sekeliling..hehehe..

      Delete
  7. wan nak kumpul semua episode dulu baru nak tengok...nak buat marathon.... ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah kalau marathon, kang ada yang tak tidur sampai ke pagi.. ahahaha..

      Delete
  8. Replies
    1. tau takpe kak.. tengok drama ni pun entah dah berapa banyak kali dah asyik puji Dong Wook ensem.. hahaha~

      Delete
  9. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      insya Allah nanti anne follow balik.. thanks.. :)

      Delete
  10. aduiii banyaknya drama yang tak tengok lagi~
    drama ni dah lah lee dongwook dengan lee da hae digandingkan lagi <3
    tapi macam tak ada masa je nak tengok T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe, download je dulu..
      ada masa baru layan marathon punya.. hehehe..

      Delete
  11. Muka lelaki tu tak macam korean lah.. kacak betul hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sbb mata dia tak sepet sangat kot.. hehe..

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain