Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain

STICKY POST

Assalamualaikum W.B.T


Hai chuollss!! Whats up?? Hehehe..
Salam aidil adha aku ucapkan, masih tak terlambat kan? 
Amacam cuti korang? Best dak? Cuti aku sangat menyedihkan..
Tapi malas la nak cerita, nanti ada plak segmen ratapan naluri tetiba kat sini..
Hehehe..


Okey, seperti yang tertera pada tajuk entry ni..
Aku bercadang untuk melancarkan sebuah segmen dimana ianya sangat la mudah..
Semudah menekan keyboard pada laptop @ komputer anda..


Banner express.. Kekeke~


Cara-cara nak join adalah seperti berikut :

1. Follow blog penganjur iaitu aku la kan.. Hehehe..
2. Buat satu entry simple bertajuk "Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain".
3. Tepek banner ni sekali sambil backlink ke entry ni..
4. Tag 3 orang blogger. Pastikan mereka tahu ye?
5. Tinggalkan URL entry korang kat ruangan komen entry ni..
6. Buat satu bloglist baru yang mengandungi blog penganjur & peserta segmen.
(Senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa, begitu juga bloglist korang)



Kenapa BLOGLIST??
Okey, teman-teman sekalian.. Dengar sini gue mo ngomong ni.. Hehehe..
Bloglist adalah sangat penting untuk meningkatkan trafik dan backlink blog..


"Lagi banyak backlink anda di merata-rata blog, lagi mudah anda dikenali. Itu adalah platform untuk anda terus maju. Lagi pula, jika blog anda berada di blog blogger otai!!.. Blog otai yang sentiasa menerima kunjungan pembaca yang banyak setiap hari, anda juga menerima tempiasnya."

~www.mamaniza.com~


Dah faham? Tunggu apa lagi, jom la joinggg beramai-ramai.. 
Hehehe..



p/s : Segmen ni akan berlangsung sehingga cukup 50 penyertaan.

3 CPUV menyinggah~

Assalamualaikum WBT..



Hai semuaa~
Masih tak sempat lagi nak update pasal Pulau Payar..
Busy derr.. Habis cuti je trus exam..
Tak sempat nak update blog..
Nak BW pun tak sempat..
Mintak ampunnn sesangat ye?


Selama minggu yang busy ni aku sempat tengok Nuffnang ja..
Ntah apa motip aku p tengok Nuffnang tah..
Hahaha..
Buat2 tak tau pulak kan?
Padahal nak tengok earning bertambah ke idok, ada cpuv ke idok..
 Hehehe..


Kali ni aku dapat 3 CPUV plak iaitu dari Transitions Optical, Lan Berambeh 2014 dan yang lagi satu tak dapat dikenalpasti sumbernya.. Hehehe..




Lan Berambeh ni ialah satu karnival untuk anak2 Sarawak yang ada kat Semenanjung.
Ia akan berlangsung pada 31 Oktober sehingga 2 Nov ini..
Haaa korang yang rasa2 diri tu orang Sarawak yang duk kat Semenanjung ni boleh la menghadirkan diri ye? Best tuu dapat jumpa orang negeri sendiri..
Hehehe..


Karnival untuk Sabahan takde ke?? Hehehe..


Btw, thanks sooo much pada Nuffnang yang rajin bagi CPUV walapun tokey blog ni agak mengabaikan blog yang sedikit kurang kasih sayang ni..
Harap2 rajin la korang klik2 tabung kawen aku ni ye?
Dapat gak kawen dengan kadar mee segera..
Kehkehkeh..



Ke pulau ke kiterr??

Assalamualaikum & hai semuaaaa....


Sekarang ni dok heboh pasal event IWTTAD tu kan?
Tapi aku taknak komen pape..
Serahkan je pada yang pakar..
Kita yang tak pakar ni just amik pengajaran dari apa yang berlaku..


Asalnya hari ni nak mula 30 Days Photo Challenge tu..
Tapi lupa plak esok aku nak gi Pulau Payar, Langkawi..
Sekolah aku ada program kat sana..
Nama program tu, Kem Pendidikan Marin..
Aku sebagai cikgu praktikal haruslah terlibat sama..
Markah tu beb! Hehehe..
Aku bertolak esok dan balik sini hari Jumaat pagi..
Doakan perjalanan pergi balik kami selamat ye?


Pulau tu orang selalu pegi untuk snorkeling..
Takde la besar mana pun, pastu takda orang tinggal sana..
Sebab pulau tu dah diwartakan sebagai taman laut..
Kalau dah namanya taman laut opkos la pulau tu cantik, kaya dengan batu karang & hidupan laut yang unik, yang jarang kita jumpa kat mana2 pantai..


So, aku eksaited jugak la..
Tapi nebes at the same time..
Ntah napa, aku pun tak sure.. Hahaha..










All image credit to Google..
Pic dari aku kena tunggu aku balik dari pulau..
Hehehe..


Awat comel sangat ni???

Assalamualaikum & hai semuaaaa...


Tajuk tu bukan tujukan kat korang ye?
Jangan nak perasan.. Hahaha..
Sebenarnya ayat kat tajuk tu aku tujukan kat budak kat bawah ni...




Comel kan?? Kan??
Ya Allah, tak sabar sangat nak balik jumpa budak tecik ni..
Nak tau tak? Tiap2 hari adik2 & akak aku akan send gambar budak ni kat wechat..
Kalau tak puas tengok gambar, aku suh diorang send video plak..
Dan tiap2 hari jugak la aku rasa nak fly balik Sabah..
Hehehe..


Maapkan ke'eksaited'an aku ni ye?
Kot2 ada yang menyampah dengan aunty Anne ni kan?


Okei Anne, teruskan menghitung hari habis praktikum..
Teruskan menanda "X" kat kalendar..
Seminggu terakhir mohon packing barang awal2..
Hahaha..



Review Drama : It's Okay, That's Love (K-Drama)

Assalamualaikum & haluuuu chuollss!!



Agak lama jugak aku tak buat review drama especially drama Korea ni kan? Eh, review drama aku  memang semua K-drama la.. Hehehe.. Dalam laptop aku sekarang ada 23 drama Korea yang dah siap donlod. Belum masuk lagi yang dalam waiting list untuk didonlod. Hehehe.. Dah banyak drama aku tengok sampai tak tau mana satu aku nak buat review dulu. Tapi biar la kita mula dengan drama yang baru ja aku layan time cuti sekolah ritu..


The title is ............ tengok tajuk entri nih.. Hahaha.. Barisan pelakon adalah seperti berikut..


Hero : Jo In Sung 
Amboii gambar, nak yang macho je kan?
Credit to Google Images

Heroin : Gong Hyo Jin



Antara pelakon yang lain...

D.O (EXO), Sung Dong Il & Lee Kwang Soo (Running Man)


Drama ni ada 16 episod. Genre pulak romance & medical.. Watak si hero dalam drama ni adalah seorang penulis novel misteri yang terkenal. Dia jugak seorang DJ radio. Manakala si heroin ni pulak seorang pakar psikiatri. Jalan cerita drama ni bertemakan psikologi dimana si hero ni rupanya ada penyakit psikologi yang aku takkan bagitau nanti tak surprise la.. Hehehe.. Aku bagitau ja yang si hero ni ada Obsessive-Compulsive Disorder (OCD). Nak tau boleh google ye?? Hehehe..


Diorang (hero & heroin) jumpa dalam satu rakaman untuk rancangan temu bual la katanya.. Start dari situ la cerita pasal diorang ni berkembang.. Aku malas nak cerita banyak, better korang yang sukakan drama Korea tu terus masukkan drama ni dalam list korang.. Hehehe...


Bagi korang yang layan Running Man mesti korang kenal Kwang Soo ni kan? Hehehe.. Watak Kwang Soo dalam cerita ni ialah seorang yang menghidap sindrom Tourette.. Nak tau apa jenis sindrom ni sila google sekali lagi. Hehehe.. Kwang Soo ni tinggal serumah dengan heroin & sorang lagi doktor psikiatri iaitu Sung Dong Il (lelaki baju oren dalam gambar atas ni).


Bagi aku drama ni memang best sebab banyak benda yang kita tak jangka. Tambahan pula, ada banyak pendedahan pasal psikologi. So bertambah la jugak pengetahuan kita kan? Tu yang penting tu.. Hehehe..


Sedikit screenshot dari drama ni..
Credit to Google Images



Bagi peminat K-drama selamat menonton!! 
Nak download boleh cari kat sini ------> GetDrama




Random post

Assalamualaikum & hai semuaaaa....


Nah saya belanja teh ais ikat tepi.. hehehe


Takda apa nak update pon sebenarnya hari ni..
Tapi nak update jugak..
Orang tanak baca pun takpa..
Hehehe..


Hari ni sekolah..
Ingatkan minggu ni dah mula exam akhir tahun..
Rupanya next week baru mula..
Esok PT3 je yang mula..
Aku takda ngajar form 3..
Gud luck pada semua form 3 yang amik PT3 esok ye??


Thanks pada yang dah join segmen aku..
Yang belum join tu, tunggu apa lagi?
Join la cepat.. Hehehe..


Pada yang join tu, jangan lupa buat bloglist..
Pastu sentiasa update bloglist korang..
Senarai peserta pun aku akan sentiasa update..


Okei, dah nak balik ni..
Sambung kat rumah pulak..
Babai...





The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum semuaaa...


Sebenarnya kena tag dari bulan lepas lagi tapi baru ada masa untuk buat..
Terima kasih banyak2 kat Kak Wafee dan Kak Ana yang dah tag Anne..
Korang sila la jenguk blog Kak Wafee dan Kak Ana Jingga ni..





Ini adalah syarat-syarat untuk award ni..


1. Ucap terima kasih kepada blogger yang memilih anda
2. Tag blogger yang memilih anda
3. Tuliskan 7 fakta mengenai diri anda
4. Tagkan 15 blog yang anda ikuti dan calonkan sebagai VBA



7 Fakta Mengenai Diri


1. Sangat suka MAKAN.. *lapar*

2. Suka jalan-jalan & menikmati keindahan alam.. Ececeh..

3. Pelajar tahun akhir kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

4. Bakal cikgu IT.. Insya Allah.. ^__^

5. Suka tengok drama Korea & Korean variety show

6. Teringin nak try bungee jumping, paragliding, sky diving & segala yang berkaitan dengan tempat tinggi..

7. Suka sangat ngan kucing tapi malangnya ada alahan ngan kucing.. Sedihnyaaaa....



15 blog yang aku nak calonkan award ni..

6. Ibu Ainul ^ Alif (http://adna2029.blogspot.com/)
15. Nadratul Syazwana (http://nad-lifeisfun.blogspot.com/)



Fuhhh.. Ramai nau nak tag.. Hehehe..
So, pada mereka yang kena tag mohon rajinkan diri untuk jawab award ni..
Tapi tak paksa pun.. Hihihi..


CPUV : SME Micro Finance

Assalamualaikum W.B.T


Tau tak dalam sehari berapa kali aku cek Nuffnang aku??
Banyak kali tau? Hahahaha..
Motip jenguk Nuffnang banyak kali adalah semata2 untuk cek ada tak CPUV yang masyukkk..
Tetiba tengok hari ni, ada jugak iklan baru yang lekat..




Alhamdulillah syukur, murah rezeki bulan ni..
Banyak nau CPUV yang tengah ongoing..



CPUV kali ni adalah dari Maybank..
Maybank sekarang ada buat pembiayaan untuk Mikro PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana)..
So, sesapa yang teringin nak buat pinjaman boleh la klik iklan Maybank tu then dia akan tunjukkan syarat-syarat untuk dapatkan pembiayaan..
Tapi ni pembiayaan untuk perniagaan tau? 
Bukan personal loan.. Hehehe..



Okei, jom join Segmen Bloglist Exchange saya jom!! ^__^


Senarai peserta Segmen Bloglist Exchange by Anne Nurain

Assalamualaikum W.B.T..


Holaaa chuolss!!
Harap korang semua sihat hari ni..
Ni aku dah update senarai peserta, so peserta2 yang disayangi sekalian...
Boleh la masukkan blog2 yang ada kat bawah ni ke dalam bloglist blog korang..
TAPI, jangan lupa masukkan blog penganjur sekali tau??
Mihmihmih..
Untuk nama bloglist tu, suka hati jiwa dan raga korang nak letak apa..
TAPI, make sure letak nama yang orang lain boleh tau yang bloglist tu ada spesel untuk segmen ni, okeh eberibadi??

Contoh bloglist



Berikut adalah senarai peserta setakat ini :


1. http://mysweetpealife.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
2. http://sakuraungu92.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
3. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
4. http://adna2029.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
5. http://khatyaiman.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
6. http://sayasukala.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
7. http://blog-wafee.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
8. http://hidayuayumie.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
9. http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
10. http://azraalyana.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
11. http://www.empayarmarlisha.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
12. http://zianaeunos.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
13. http://norshamimi.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
14. http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
15. http://fatihazainal.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
16. http://khudri2337.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
17. http://karyamahirah.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
18. http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
19. http://nomilicouz.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
20. http://jindrisska.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
21. http://www.zinniaza.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html
22. http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-exchange-by-anne-nurain.html



p/s: Andai ada tersalah taip link blog korang, mohon inform me ASAP! ^___^


Officially... Aunty Anne...

Assalamualaikum W.B.T..


Alhamdulillah, syukur ya Allah..
 Akak aku dah selamat melahirkan baby boy yang comel..


Sampai sekarang aku masih tak percaya lagi yang aku dah jadi mak sedara..
Ohmaigaddd siyesly??
Sebelum ni dok tengok anak2 cousin ja..
Ni yang buat aku makin tak sabar nak habis praktikum ni..
Hehehe..




His unofficial name is Muhd Aqil Naufal..
Lahir dalam pukul 2 ke pukul 3 pagi camtu kalau tak silap..
Lepas bersalin ja akak aku terus bagitau kat group wechat yang dia dah bersalin..
Tapi aku masih dibuai mimpi masa tu.. 
Hahahaha...
Lepas tu dalam pukul 5 pagi dia mesej aku suh on wechat..
Dia suh tengok gambar baby..
Ohh maiii.. Aku rasa nak balik time tu jugak..
Nasib baik Sabah tu jauh..
Wuwuwu.. T___T


Guys, doakan kakak aku & her baby sentiasa sihat walafiat ye??
Thanks in advance.. ^___^


The Unsung Hero by Melur Jelita

Assalamualaikum W.B.T


Beberapa minggu kebelakangan ni, keyword blog aku kat Nuffnang banyak pasal novel daripada novelis kegemaran aku iaitu akak Melur Jelita.. 
Kalau tengok stats kat dashboard pun, entry pasal novel2 kak Melur Jelita ni yang paling banyak orang view.. 


Baru-baru ni kak Melur Jelita ada publish new novel lagi tau?
Tajuk novel tu sama macam tajuk entri ni.. Hehehe..


~THE UNSUNG HERO~


Pic credit to Google



Ni bukan review novel ye? 
Sebab aku belum berkesempatan lagi nak dapatkan novel ni.. 
Aku nak habiskan dulu praktikum yang berbaki sebulan lagi.. 
Oh maiiii~ Tak zabarnyaaaa!!!


 Kalau dah habis praktikum, baru la boleh baca novel yang dah confirm2 best gila talak ni..
Takyah nak pikir benda lain lagi dah..
Huhuhu..


Sapa yang belum dapatkan novel ni, mohon dapatkan dengan kadar mee segera..
Cari ja kat kedai2 buku yang berhampiran..
Atau nak lagi senang, beli online kat Karya Seni dengan harga diskaun RM3.. 

Tapi kalau tak sabar, boleh baca kat penulisan2u.my tapi bukan la yang full punya..
Nak yang full, p beli naa??


Klik sini kalau nak baca ------> The Unsung Hero 





Tolong klik ---> Satu, Dua, Tiga & Empat  (Terima kasih!)


Ke mana kan ku bawa diri...

Assalamualaikum W.B.T...


Tajuk je dah drama queen sangattt.. 
But, seriously aku masih dalam dilema sekarang..
Kedah cuti raya Haji sampai hari Isnin..
So, dats mean aku ada 4 hari cuti iaitu Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin..


Nak balik KL ke atau duk bilik sewa aku ja..
Kalau balik KL, mesti penat naik bas berjam-jam..
Tapi kalau aku duk sini ja, confirm aku bosan yang amat..
Dah la duk kat kawasan kampung, nak kuar gi mana2 pun tak boleh..
Takda kenderaan, public transport pun takda..


Aku tanya Min, dia tak suh balik KL..
Katanya nanti penat, sampai KL Jumaat pagi..
Pastu Isnin pagi dah balik Alor Setar lagi..
Dia suh aku download ja drama Korea banyak2 untuk hilangkan bosan..


Duduk kat sini tak best, aku sorang2 ja..
Ada kawan tapi aku segan, nanti menyusahkan ja..


Kalau tak balik KL, terpaksalah aku sorang2 kat sini..
Dapat kah aku tahan kebosanan cuti 4 hari dengan hanya stay kat bilik ja??
Boleh jadi gila kot kalau dah stress sangat..
Tambah2 lagi emosi aku sekarang tak menentu..
Emosional + sensitif sangat aku sekarang ni..


Hmm.. Kalau la boleh balik kampung kan best..
Sebelum ni aku ok je kalau beraya kat umah sewa masa kat uni..
Sebab aku ada kawan..
Tapi raya Haji taun ni aku takda sapa2 kat sini..


So, patut ka aku balik KL??
Atau stay kat sini ja??



Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar

Assalamualaikum W.B.T...


Jom join!!
Kot2 tersenarai dalam bloglist CUN ni..
Hehehe..





Syarat sonang ja aihh..

Syarat-syarat :
1. Follow blog penganjur
2. Buat entry bertajuk Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar
3. Copy banner cun kat atas tu
4. Link kan entry tersebut ke ruang komen


Haaa.. Simple kan? Kan? Kan? 
Muehehehehe..
Join cepat, sampai hari je tau?
I pon baru tau uolss..
Tapi oleh kerana syarat senang macam ni, kejap ja siap entry..
Hehehe..


CPUV : Sime Darby LPGA 2014

Assalamualaikum WBT..


Sebelum ni dah ada 3 cpuv tengah on going tapi aku tak berkesempatan nak update..
Busy la katakannnn.. Kehkehkeh..


Alhamdulillah hari ni dapat satu lagi cpuv..
So sekarang ada 4 cpuv yang tengah on going..
Thanks sooooo much to Nuffnang..
Hehehe..



Thanks jugak pada korang yang sudi singgah blog aku ni..
Walaupun tuan punya blog sekarang dah jarang gila apdet blog.. Hehehe..
Aku takda idea sebenarnya..
Bila ada idea, masa plak takda. Hehehe..


Pada yang singgah tu, kalau ternampak iklan tu tengah aktif..
Ringan2 kan la tangan korang untuk klik ya?? 
Hehehe..


Giveaway Contest By TwoSevenZeroSixZeroNine

Assalamualaikum..


Seorang makhluk Allah telah mentag aku untuk join GA ni..
Nasib baik syarat is veli de simple, so aku pun join la..
Hihihi..




Cara nak joingggg :

1. Follow blog penganjur.. 
2. Buat entry fasal giveaway nih.( wajib letak banner okayyy)
3. Tag 4 orang blogger lain.


Me want to tag this lucky blogger.. Hihihi..



The hadiah is sooo gegurl tauu??
So, blogger gegurl boleh la join ini GA..
Jom reramai support blogger baru ni..
Moh le kiter mengembangkan lagi dunia blogger ini..
Di samping dapat berkenalan dengan blogger baru kan??





Wordless Wednesday ~33~ : Bingo!!

Assalamualaikum..





Terobekk~
Aktiviti elak mengantuk time kuliah yang boring.. 
Hehehe..

Pensyarah datang observe

Assalamualaikum...


Memula letak tajuk 'penyeliaan kali kedua' tapi terasa diriku ini skema la plak..
Terus tukar ke tajuk macam kat atas tu..
Straight.. Direct to the point.. Mihmihmih..


Hari ni pensyarah penyelia aku datang nak tengok aku mengajar..
Ni dah kali kedua.. 
Kali pertama pertengahan bulan 8 hari tu..
Masa first lect nak datang tu, nebes gila bakhang..
Tapi bila kali kedua ni, nebes sikit ja..
Mungkin sebab dah biasa mengajar kat depan, dah kenal ngan student..
So, tahap keyakinan tu dah level super saiya dah..
Kehkehkeh...


Aku bernasib baik sebab dapat pensyarah yang baik..
Segala macam komen dari lect aku terima dengan hati yang terbuka..
Ohh myyy.. Memang banyak lagi yang kena baiki..
Sometimes ada yang lupa nak buat..
Dalam buku rekod mengajar dah plan cantik dah..
Tapi bila dah kat ngajar otomatik terlupa dan terbuat benda lain..


Betul la kan, kita hanya mampu merancang.. 
Allah SWT yang tentukan samada jadi ke tak plan kita tuh..
Hehehe..


Cuti dah habissss~

Assalamualaikum..


Tolonglah terima kenyataan wahai diriku..
Cuti dah habis..
Tapi mood cuti tu masih berkeliaran dalam diriku..
Membuatkan aku merasa macam2 perasaan yang opkos la tersangat tidak best perasaan ituuu..
Wuwuwuwu.. T___T


Aku balik Alor Setar lewat sehari disebabkan ada masalah sikit..
Aku baru sampai semalam dari KL..
Dalam perjalanan yang sejuk tu aku melayan perasaan..
Sedih kottt.. Sedih sangat.. 
Tambah2 lagi aku ni jenis yang emosional..
Bila Min, Ika (adik Min) n Kak Lina (kakak Min) lambai ja pun terus sedih bagai..
Apekehellll... T___T


Korang pernah rasa tak perasaan bilamana sebelum ni kau happy ja..
Takde rasa stress, bebas nak buat apa yang kau suka..
Kau boleh keluar jalan2 pegi mana2 yang kau suka..
Spend time dengan orang2 yang kau sayang atau lebih tepat lagi family..
Kau gelak sesama, makan apa yang kau nak makan, selfie sesama..
Ya Allah, heaven sungguh perasaan tu..


Tapi bila tetiba (walaupun tak tiba2 sangattt) terpaksa berpisah dan berjauhan.......
 Ya Allah, kenapa tetiba macam basah je mata ngan pipi aku ni??
Over reacting je ayaq mata ni tauu~ Lempang nakk??


Sabaq Anne, praktikum tinggal sebulan lebih je lagi..
Aku & housemate aku sibuk kira berapa minggu je lagi praktikum..
Oh my dear housemate, akak rindu korang jugak..
Rindu nak sembang ngan korang, p cari makan sesama, p kelas sesama, gosip sesama..
Muehehehehe..


Ni memang entry rindu rinduan jadi kenang kenangan kot..
Hehehe..



Cuti sekolahhhh...

Assalamualaikum WBT..


Sejak aku menjalani praktikum ni, tiap kali cuti sekolah aku la yang paling eksaited nak cuti..
Jap, buat checklist dulu..


Tiket bas - dah beli
Transport - dah mintak tolong ngan makcik tuan rumah
Packing - Belum.haha.. 
Buku rekod mengajar - Siap!!
Soalan Sivik - Dah edar ngan form 2
Skema jawapan - Pun dah bagi kat cikgu2


Ala, cuti seminggu ja.. 
Baju pun tak banyak nak bawak..
Cuti ni mungkin aku akan online sepanjang masa, kecuali time tido..
Insya Allah..  Hehehe..


So, boleh la jenguk blog selalu..
Selain tu, boleh menambahkan duit tabung ChurpChurp jugak..
Pssttt.. Korang rajin2 kan la klik iklan2 aku tu eh?
Hehehe..


Hari ni jugak merupakan ulang tahun aku ngan Min yang ke 8..
Selamat ulang tahun untuk kami berdua!!!! Hohoho~




Okei, japg ada kelas..
Selamat bercuti kepada sapa2 yang terlibat ngan cuti sekolah ni ek??
Doakan perjalanan aku balik KL lancar dan selamat ye?




Mini Merdeka Giveaway

Assalamualaikum..


Aku kena tag join GA ni..
So, meh la kita menjoinkan diri memandangkan the rules is very the simple..
Hehehe..




Okei, suma rules dah buat..
Blog dua2 dah follow..
Page pun dah like..
Intagram pun dah follow..


So, nak tag sapa ekk? Aku nak tag insan bertuah ni la.. Hihi..
- Aqileh
- Ecah -


Done..
Gud luck untuk semua!!



Lagu tema hari kemerdekaan

Assalamualaikum WBT..


Hai hai hai semuaaaaa...
Mesti korang dah dengar kan lagu tema hari merdeka tahun ni?
Alaaa yang tajuk "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" tuuu...
Siyesly, ni la first lagu patriotik yang aku sukaaaa sangat..
Nak nyanyi pun terasa semangat patriotik tu tetiba muncul dari hati dan sanubari aku..
Perggghhhh.... Terasa bhai~


Sebelum mula kelas ICTL tingkatan 2 pun tadi aku ajak student aku karoks..
Nyanyi lagu tu la.. Diorang pun suka lagu tu.. Hihihi..
Korang suka tak lagu ni?? 
Kalau suka jom nyanyi sama2!! 






Fuhhh.. Sedapnya sora I nyanyi..
Kekeke~

Tenggelam timbul

Assalamualaikum...


Hai semua, ingat aku lagi tak? Hehehe..
Camna tajuk camtu la aku sekarang ni..
Ingatkan time praktikum ni banyak masa free so bolehla rerajin apdet blog..
Tapi haktuihhh je la, xdak masa pon..
Busy manjang.. Balik dari sekolah aku terus memengsankan diri kat bilik..
Malam plak aku siapkan rancangan pengajaran untuk kelas esoknya..
Tapi tu pun kalau xda rancangan best la kat tv..
Aku memang buat semua keja depan tv, tu yang susah nak siap keja tu.. 
Hehehe..


Masih tak terlambat rasanya nak ucap Selamat Hari Raya kan??
Okei, aku sebagai pemilik blog ni ingin mengucapkan...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Mintak maap la ye kalau ada terkasar bahasa, tersilap komen, terlupa follow balik, terlupa nak BW balik pegi blog korang.. Sooooo sorry ye syg2 semua.. Hikhikhik..
Mana2 yang singgah blog aku nanti aku g terjah korang balik ye?
Hari ni ada masa sikit, keja pun dah siap..
Sebelum ni banyak keja tak siap sebab suka tangguh2 keja...
Ish..ish..ish.. Tak baik tau tabiat suka menangguh2 keja ni..
Ingat pesan cikgu ni ye??
Hehehe..


Selpie sedasss sebelum mula kelas.. hehe..


CPUV : Mayfair Bodyline

Assalamualaikum WBT..


Hai semua!! Posa tak hari ni?
Harap posa la ye? Hehehe..
Sekarang dah minggu kedua aku praktikum..
Minggu lepas kemain lagi semangat nak update hari2..
Tapi lepas tu puihh la, penyakit M pun datang..
Ada gak update hari ketiga & keempat tapi duk basi dalam draft ja..
Hehehe..
Sekarang ni aku nak buat catatan mingguan ja la..
Kalau ni pun aku tak buat, alamatnya terpaksa la buat catatan bulanan.. Hehehe..


Oh ya, cek Nuffnang tadi tetiba dapat cpuv lagi..
Aku jarang update blog pun En. Nuffnang bagi jugak CPUV kat aku..
Isk.. Isk.. Terharunya akuu...
Thanks la Nuffnang, cpuv ni buat aku semangat pulak nak update blog lg pasni..
Hehehe..




Aku dapat cpuv dari Mayfair Bodyline..
Auww.. Ni sesuai sangat untuk korang2 yang nak slim melim kan body korang..
Mayfair ada buat promosi rawatan PERCUMA bermula Julai sehingga September ni..
So, korang2 yang rasa nak dapatkan S-line boleh la try..
Kot2 la boleh dapat body slim bak kerengga berposa sebulan kan best tu??


Korang yang singgah blog ni pun tolong la klik2 segala tabung yang ada ya?
Mihmihmih..


LM Day #2 - Sesi menyesuaikan diri..

Assalamualaikum..


Holaaaa uolls!! Cikgu Aini disini.. Hahaha..
Intro tah pa pe.. Mohon abaikan.. -__-
Hari ni aku takda kelas, so duk dalam lab seharian memang sangat memenatkan..
Walaupun keja aku cuma duduk dan online semata-mata.. *Sigh*


Hari ni datang sekolah pukul 7.15..
Aku sewa bilik kat umah depan sekolah ni ja..
So, kalau TERawal kuar dari rumah aku boleh berlenggang kangkung ja pi sekolah..
And, kalau tiba2 TERlambat, boleh la lari lelaju ala2 Usain Bolt..
Korang bayangkan la camna aku nak lari sambil bawak beg lappy yang seberat beras 5 kilo tu kat belakang pastu handbag ala2 retiss gitu kat tangan kanan, then buku RPH kat tangan kiri..
Fuhhh.. Hilang la kemachoan aku di depan anak2 murid.. Hahaha..


Hari ni jugak kawan2 aku yang lain lapor diri kat sekolah memasing..
Kawan2 itu termasuklah BBFF aku, Min.. Hekhekhek..
Time praktikum ni kitorang berdua memang jauh terpisah.. 
Isk3x.. Sedeyy.. T___T
Aku kat Kedah, dia kat Klang.. 
Sekolah pompuan pulak tuhh.. Hmph!! *Jeles*
Kalau semalam dia yang sibuk2 tanya aku, camna 1st day kat sekolah, hari ni turn aku plak p banyak tanya kat dia.. 
Dia risaukan aku, aku plak risaukan dia..
Seswai sangat la tuh kan, sama2 risau, sama2 lega, sama2 rindu.. Opss!! Hahaha..


Masa sampai kat makmal komputer tadi, sempat jugak la sembang dengan macik cleaner tu..
Nasib baik macik tu gtau yang kat sekolah ni setiap hari ada perhimpunan ringkas..
Hari Khamis pulak ada bacaan Yasiin..
Pastu tadi sempat jugak berkenalan ngan guru2 yang lain. 
Walaupun tak ingat sangat nama & rupa cikgu2 tu. Hehehe..


Oh ya, rumah tempat aku sewa bilik tu setakat ni ok ja..
Semalam berbuka sama2, sahur pun sekali jugak ngan orang rumah tu..
Walaupun rasa segan sangat, tapi lama2 biasa la tu kot kan?? Hehehe..
Aku duk kat bilik atas sorang2, so ada jugak la privacy sikit..
Nak tido golek2 dari katil sampai depan tv pun takpa, xda orang nampak..
Hahaha..

LM Day #1 - Praktikum start!!

Assalamualaikum WBT..


Hai semua!!
'Semua' means sapa2 la yang singgah atau tersesat kat blog aku ni..Hehehe..


Hari ni aku dah start praktikal kat sekolah..
Nebes takyah cakap laa..
Dari start cuti semester hari tu lagi dah nebes, siap menghitung hari lagi..
And today, finally, hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba..
Aku datang lewat ke sekolah sebab urusan bilik sewa aku tak selesai lagi..
Harap lepas sekolah ni dah boleh masuk la..
Kalau tak jadi gelandangan la aku kat sekolah ni.. Hehehe..


Untuk hari pertama ni, aku tak ngajar lagi..
Just some briefing dari Pengetua, PK HEM & guru pembimbing aku..
Oleh kerana course aku adalah IT, so kat sekolah ni aku akan mengajar subjek ICT tingkatan 4 dan jugak ICTL tingkatan 1 dan 2..


Guru pembimbing aku cakap, nanti ajar form 1 @ 2 kena tunjuk muka garang & strict sikit ngan diorang..
Tapi, aku tak tau camna nak garang2 ni..
Aku kalau nebes aku banyak senyum ja.. Hahaha..
Korang ada tips tak cane nak buat ala-ala cikgu garang ni??
Share la korang punya onion opinion..
Hehehe..


Sepatutnya hari ni aku ada kelas ICT tingkatan 4..
Tapi oleh kerana baru lapor diri, RPH tak tulis lagi, tatau nak ajar apa..
So, hari ni just sesi berkenal-kenalan sahaja..
Aku perkenalkan diri kat diorang, then diorang perkenalkan diri balik kat aku..
Buat benda senang tu pun aku nebes tahap petala langit yang ketiga tau??
Takut tershashul terkeluar bahasa Sabah aku.. Hehehe..


Dugaan betul mengajar dalam bulan posa ni..
Kering tekak cikgu oii nak bercakap ngan student2..
Nasib baik hari ni tak ngajar lagi..
Tak tau lagi la esok lusa camna..
Hehehe..


Alor Setar!!!! Here I come~ hehe..

Assalamualaikum & haiiiiii~


First of all, selamat berpuasa semuaaaaa!!! 
Setelah sebulan menghilangkan diri, (ehemm, balik kampung sebenarnya.. hehehe..) 
Hari ni aku muncul balik... Ada yang rindu aku tak?? Muahahahaha...


Sekarang ni aku ada kat KLIA, tengah tunggu flight nak gi Alor Setar..
Buat apa kat Alor Setar??
FYI, start 13 Julai ni aku dah start praktikum..
Aku akan jadi guru pelatih kat SMK Muadzam Shah, Kota Sarang Semut selama 4 bulan..
FYI jugakk, ni first time aku menjejakkan kaki dan roda beg aku kat Alor Setar..
Very the nebes u know?? 


Nak cerita pasal hari ni..
Aku amik flight dari Lahad Datu pastu K.Kinabalu pastu K.Lumpur then sampai la kat Alor Setar..
Penat tau tak naik 3 flight?? Dah la sejukk nak mammphh.. Posa plak tu..
Dugaan.. Dugaan..
Flight dari LD tadi pukul 11.10 pagi, aku sampai Alor Setar nanti dalam pukul 9 camtu la..
Nebes nak gi  tempat orang, but at the same time macam eksaited la plakk..
Hehehe.. Tapi kan.. Aku kan..
Already miss my family & Min soooo damn much!!


Dah la sekarang ni bulan posa, tak lama lagi raya..
Haruslah jiwa aku ni terlebih sensitip..
Tengok cite komedi pun boleh nangis..
Lebih2 lagi bila mengenangkan tiket balik raya yang tersangat la MURAH! -__-
Huwaaaaaargghhh~~


Okei la, nak luahkan perasaan je ni..
Jap lagi nak masuk kapal..
Korang.. Nak mintak tolong boleh??
Tolong doakan segala urusan praktikum aku selama 4 bulan ni dipermudahkan olehNya..
Aaminn.. ^___^


CPUV : Whisper Mesh & Cotton (PC...)

Assalamualaikum...


Hai semuaaaa.. Winduuuuuuu~
Hahaha.. Gedikss yawhhh..
Ada yang rindu aku tak?? Hah?? Takde??
Takpe laaaa... *Lari gi cangkung menghadap sudut bilik*
Hahaha.. Gurau je, tak main la majok2 ni..
Kiter jiwa kental bhaiii..
Hehehe..


Nak citer pasal En. Nuffnang bagi CPUV je pun..
Tapi opening macam haghammmm..


Firstly, nak ucap berlemon-lemon terima kasih la kat En. Nuffnang..
Walaupun aku jarang update, pageview dah jatuh terjelepuk, CPUV yang lain dah credited..
Blog pink-perasan-comel ni masih lagi dapat CPUV..
Hukhukhuk... Terharu sangat....




Semua still kosong~ kosong~ kosong~ sebab baru je dapat..
Iklan dia pun tak nampak lagi kat blog.. Hehehe..
Refresh beribu ratus belas kali pun still takdak..
So, kalau korang nampak iklan Whisper ni kat blog, mohon klik sepantas kilat menyambar..
Kot2 Whisper buat promosi yoga bersama blogger terkenal lagi kan??
Untung2 boleh join sihat dengan yoga..
Hehehe..



Tengah-tengah dunia

Assalamualaikum...


Hai hai hai semuaaaa!!!
Curi masa sikit.. Steghehhh (stress) nak siapkan report FYP ni..
Badan pun dah lenguh sana sini.. 
So, jom apdet blog kejap..
Hehehehe...


Cerita pasal tengah dunia..
Tau tak kat mana titik tengah dunia ni??
Haaaa tau tak? Tau tak?


Aku teringat masa aku kecik2 dulu..
Bapa aku selalu membebel kalau nampak something yang bukan kat tempatnya..
Contohnya kalau laptop tu terbiar kat lantai, then menghalang laluan bapa aku..
Mesti dia akan cakap, "Ni apa ni, letak laptop kat tengah2 dunia ni??"
So, aku pun dengan bingungnya bertanya kat bapa aku balik..
"Camna bapa tau ni tengah2 dunia??"
"Ce try ukur", kata bapa aku..
Then aku pun blurrrr..
Hahaha..


Ko giler nak ukur??
DUNIA tu bhai... Bukan BUMI..
Kalau bumi pun memang takyah ukur pun kita takkan jumpa mana tengahnya..
Bumi kan bulat.. Tapi ada yang cakap Kaabah tu titik tengah bumi..
Wallahualam.. Allah je yang tahu.. :)


Okei, sambung buat report balik..
Sori pada yang singgah, yang komen, yang follow..
Me is busy right now.. 
Huhuhuhu...


Anne Nurain