LM Day #1 - Praktikum start!!

Assalamualaikum WBT..


Hai semua!!
'Semua' means sapa2 la yang singgah atau tersesat kat blog aku ni..Hehehe..


Hari ni aku dah start praktikal kat sekolah..
Nebes takyah cakap laa..
Dari start cuti semester hari tu lagi dah nebes, siap menghitung hari lagi..
And today, finally, hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba..
Aku datang lewat ke sekolah sebab urusan bilik sewa aku tak selesai lagi..
Harap lepas sekolah ni dah boleh masuk la..
Kalau tak jadi gelandangan la aku kat sekolah ni.. Hehehe..


Untuk hari pertama ni, aku tak ngajar lagi..
Just some briefing dari Pengetua, PK HEM & guru pembimbing aku..
Oleh kerana course aku adalah IT, so kat sekolah ni aku akan mengajar subjek ICT tingkatan 4 dan jugak ICTL tingkatan 1 dan 2..


Guru pembimbing aku cakap, nanti ajar form 1 @ 2 kena tunjuk muka garang & strict sikit ngan diorang..
Tapi, aku tak tau camna nak garang2 ni..
Aku kalau nebes aku banyak senyum ja.. Hahaha..
Korang ada tips tak cane nak buat ala-ala cikgu garang ni??
Share la korang punya onion opinion..
Hehehe..


Sepatutnya hari ni aku ada kelas ICT tingkatan 4..
Tapi oleh kerana baru lapor diri, RPH tak tulis lagi, tatau nak ajar apa..
So, hari ni just sesi berkenal-kenalan sahaja..
Aku perkenalkan diri kat diorang, then diorang perkenalkan diri balik kat aku..
Buat benda senang tu pun aku nebes tahap petala langit yang ketiga tau??
Takut tershashul terkeluar bahasa Sabah aku.. Hehehe..


Dugaan betul mengajar dalam bulan posa ni..
Kering tekak cikgu oii nak bercakap ngan student2..
Nasib baik hari ni tak ngajar lagi..
Tak tau lagi la esok lusa camna..
Hehehe..


7 comments:

  1. Saya bekas pelajar ict pom 4 and pom 5. tolonglah jangan garang hahahaha apa2 pun, goodluck ye kak =) nerbes tuu biasalah kan. hehehe have a great journeyyyyyyy ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? ok tak cikgu elina ngajar? hehe..
      anyway, thanks dear! :D

      Delete
  2. Wah cikgu an dah lama tak nampak kat cne

    ReplyDelete
  3. Oh, sekarang ni memang musim cikgu berpraktikum ya? Esok sekolah saya akan menerima 4 orang cikgu praktikum dari IPG.

    Huhu, cikgu comel macam ni, ngajar sekolah menengah pasti pelajar tertarik ni.... Mula-mula memang rasa takut, tapi bila dah lama oklah. Saya yang dah ngajar 3 tahun ni pun masih ada rasa nervousnya.

    Ya, kali pertama masuk kelas mesti jual mahal sikit. Jangan layan sangat budak-budak tu. Jadi, mereka akan anggap cikgu ni garangnya. hehehe..

    Semoga berjaya ya.

    ReplyDelete
  4. ALL THE BEST. semoga praktikum berjalan dengan lancar. hehe. Ngajar Form 1 dan 2 ok lagi dari form 4 dan 5.

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain