LM Day #2 - Sesi menyesuaikan diri..

Assalamualaikum..


Holaaaa uolls!! Cikgu Aini disini.. Hahaha..
Intro tah pa pe.. Mohon abaikan.. -__-
Hari ni aku takda kelas, so duk dalam lab seharian memang sangat memenatkan..
Walaupun keja aku cuma duduk dan online semata-mata.. *Sigh*


Hari ni datang sekolah pukul 7.15..
Aku sewa bilik kat umah depan sekolah ni ja..
So, kalau TERawal kuar dari rumah aku boleh berlenggang kangkung ja pi sekolah..
And, kalau tiba2 TERlambat, boleh la lari lelaju ala2 Usain Bolt..
Korang bayangkan la camna aku nak lari sambil bawak beg lappy yang seberat beras 5 kilo tu kat belakang pastu handbag ala2 retiss gitu kat tangan kanan, then buku RPH kat tangan kiri..
Fuhhh.. Hilang la kemachoan aku di depan anak2 murid.. Hahaha..


Hari ni jugak kawan2 aku yang lain lapor diri kat sekolah memasing..
Kawan2 itu termasuklah BBFF aku, Min.. Hekhekhek..
Time praktikum ni kitorang berdua memang jauh terpisah.. 
Isk3x.. Sedeyy.. T___T
Aku kat Kedah, dia kat Klang.. 
Sekolah pompuan pulak tuhh.. Hmph!! *Jeles*
Kalau semalam dia yang sibuk2 tanya aku, camna 1st day kat sekolah, hari ni turn aku plak p banyak tanya kat dia.. 
Dia risaukan aku, aku plak risaukan dia..
Seswai sangat la tuh kan, sama2 risau, sama2 lega, sama2 rindu.. Opss!! Hahaha..


Masa sampai kat makmal komputer tadi, sempat jugak la sembang dengan macik cleaner tu..
Nasib baik macik tu gtau yang kat sekolah ni setiap hari ada perhimpunan ringkas..
Hari Khamis pulak ada bacaan Yasiin..
Pastu tadi sempat jugak berkenalan ngan guru2 yang lain. 
Walaupun tak ingat sangat nama & rupa cikgu2 tu. Hehehe..


Oh ya, rumah tempat aku sewa bilik tu setakat ni ok ja..
Semalam berbuka sama2, sahur pun sekali jugak ngan orang rumah tu..
Walaupun rasa segan sangat, tapi lama2 biasa la tu kot kan?? Hehehe..
Aku duk kat bilik atas sorang2, so ada jugak la privacy sikit..
Nak tido golek2 dari katil sampai depan tv pun takpa, xda orang nampak..
Hahaha..

7 comments:

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain