Siswi maut terjatuh dari bangunan

Assalamualaikum,morning!! :D




Pagi ni bangun dengan otak yang rasa macam baru kena format.. Bangun2 ja terus ingat balik apa yang terjadi semalam.. (dah macam dalam drama plak) hehehe..

Begini kot rasanya kalau banyak sangat benda-benda yang tak disangka terjadi.. Aku tak suka feeling macam ni, terus rasa macam lemah semangat ja..

Semalam kitorang dikejutkan dengan kejadian mahasiswi UPSI yang maut terjatuh dari bangunan.. Dan sudah pasti la, akan banyak cerita-cerita yang sangat tidak enak timbul.. Masing-masing buat andaian sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Contohnya, website akhbar Sinar Harian ni.. Pagi ku yang indah dan tenang sambil ditemani secawan teh susu tiba-tiba jadi huru-hara bila baca berita dari Sinar Harian ni.. Sakit hati, marah, terkejut dan macam-macam lagilah yang aku rasa. 

Awak siapa nak tentukan syurga dan neraka??

Apa kaitan arwah terbunuh dengan maruah UPSI??

Paling aku tak bole terima...

Tambah-tambah lagi bila baca komen sesetengah orang yang rasanya umur dah macam bapak budak tapi fikiran macam budak-budak, sekolah tinggi tapi macam langsung tak sekolah.. ( U mad bro??)

Aku ingatkan Sinar Harian ni akhbar yang boleh dipercayai, rupanya 2x5 ja ngan Harian Metro and the other paper. Tajuk ja lebih.. Tak takut dosa ka korang ni?? Best sangat ka dapat berita macam tu pastu terus letak tajuk yang kononnya boleh melariskan paper korang? Korang ada fikir tak kalau family korang masuk paper pastu cerita yang dicanangkan paper sangat tidak betul?? Harap korang boleh rasa macamana keluarga arwah tu rasa bila korang aibkan orang lain...

Aku sakit hati sangat.. Aku dah rasa sebelum ni bila kawan yang dikenali dijumpai bunuh diri dengan menggantung dirinya, pastu heboh dekat fb.. Macam-macam orang tuduh arwah walaupun dorang tak tau cerita sebenar.. Hanya orang terdekat ja yang tahu apa yang terjadi.. Walaupun aku tak rapat dengan arwah,(kenal pun sebab dia bestfriend enchek Kekanda) sakit hati sangat bila baca komen orang yang mempersendakan arwah, buat macam-macam spekulasi.. 

Aku tahu, setiap orang ada hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing tapi agak-agaklah. Kalau benda yang korang tak tahu cerita sebenar, baik berdiam diri je. Takyah nak campur.. Sedekahkan al-Fatihah adalah lebih baik daripada korang dapat dosa memfitnah dan kena maki dalam hati oleh orang-orang yang marah dengan golongan macam korang.. 



P/s :: Mari sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah dan doakan supaya arwah ditempatkan dengan golongan yang beriman.. Aminnn...

Lebih penting dari makan nasi kukus...

Assalamualaikum adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian.. hihihi..




Ambik masa jap nak update blog..
Baru lepas siapkan assignment yang sangat penting..
Lebih penting dari makan nasi kukus kat restoran depan kampus..
Hahahaha...


Rasa lega sikit bila assignment dah siap..
Esok boleh bangun awal and pegi kelas dengan semangat serta senyuman yang menawan..
Semoga lecturer pun tertawan lalu membatalkan kelas jam 8 pagi esok..


Malasnya nak pegi kelas awal pagi nih..
Masuk kelas konpem akan ngantuk..
Kena lagi suhu aircond yang very the suitable untuk tidoooo...
Huahuahua...


Macamana la nak pandai kalau asik tidoooo je kat kepala hotak ni..
Kelas boring, nak tido..
Balik dari kelas, nak tido..
Nak buat assignment pun asik rasa nak tido jaa...

Pasni nak kurangkan tido la..
Tido waktu malam ja..
Tapi bangun bila matahari dah tegak atas kepala..
Hahahaha..

Silakan la menjamu mata anda dengan senyuman kerek saya.. hahahaha..



Nanite olssss...
Muah..
Jom baca doa sebelum tidooooo...




Serius seram....

Assalamualaikum & selamat pukul 2 pagi..




Siyes!! Sorang-sorang kat rumah time guruh berdentum-dentam memang sangat menyeramkan..
Terus terpikir nak tido ngan lampu on ja malam ni..
Then berdoa supaya cepat siang.. Huhuhuh..

Anything yang bergerak disebabkan angin dari kipas pun boleh buat aku seram lalu segera menyedapkan hati..
Dah cukup, seram lak aku..

Sekarang aku tengah pikir cmana nak tido ni..
Nak tido pun susah, tido siang bukan main senang..
Baring ja terus terlelap..

Masa ni la baru aku menghargai penghuni-penghuni yang suka buat bising..
At least aku tau la bukan aku sorang ja kat aras 8 ni..

Uwaaaaaaaa....
Nak tidooooo!!!!!


Random things...


Assalamualaikum..
Boring cuti ni..
Assisgnment berlambak sampai tatau mana satu yang nak siapkan dulu..
Pastu snap sana sini untuk isi masa lapang yang sebenarnya tak lapang pun..

Kaler biru itu adalah headphone-murah-tapi-comel kesayanganku..


Meja belajar yang tak berapa kemas..
Macam-macam adaaaa...
Jom cari barang tersembunyi!! hohoho~~
1. Pendrive
2. Cermin
3. Webcam
4. Sepit rambut

Jumpa tak?? 
Tak jumpa pun takpa, bukannya ada hadiah ponnn.. 
Huhuhu...

L.O.V.E is sintaaaaa~~


Siap-siap nak pegi lunch ngan si Kekanda tapi rupanya dia belum mandi lagi.. 
Terpaksa tunggu sambil TERPAKSA ambik gambar sendirik..
Hahahaha...

Nak tau tak?
Dia panggil tudung yang aku pakai ni tudung bulat..
Asal aku pakai tudung ni ja, mesti dia tak suka..
Dia lagi suka aku pakai tudung bawal, lagi COMEL katanya..
HAHAHAHAH~~
WHAAAATTT???
Ok, fine..
Sila la muntah sekarang..
Nah baldi, ambik sorang satu..
Jangan rebut-rebut..
Kehkehkeh...







U Mad Bro??

Assalamualaikum dan selamat pagi yang sangat awal.. Dah pukul 1.30 rupanya...

Aku baru habis buat Gantt chart untuk projek group kami.. Kejap ja pun sebenarnya buat benda tu cuma banyak betul gangguan masa nak buat tu.. Gangguan apa? Paham2 ja la.. 5 saat buat Gantt chart, 15 minit tengok facebook, komen kat status orang, chat ngan ketua projek, menjuihkan bibir sambil buat muka meluat baca status orang yang ndak kenak dihati.. Hahahaha~~

Well, aku ni jahat jugak sebenarnya.. Selalu buat orang sakit ahti ngan aku especially adik lelaki aku. Aku suka kacau gf dia di facebook.. Adalah benda yang aku tak suka pasal budak tu.. Hehehe...  

Susah aku nak buang tabiat buruk aku yang satu ni, kalau aku tak suka kat orang tu, aku akan terus terang & aku susah nak layan orang tu dengan baik.. Jahat tak aku? Tapi setakat yang aku ingat, seumur hidup aku baru 2 orang yang aku buat camtu. Budak baru kat sekolah aku masa form 4 & gf adik aku la ni..

Tapi aku tak la benci sangat kat dua orang ni, tak baik tau benci-benci orang... Cuma ada perbuatan dorang yang aku tak suka.. My future student, please la jangan tiru perangai cikgu korang ni.. Hohoho... 


Aku tau aku pun tak la perfect tapi aku lebih suka terus terang daripada jadi someone yang hipokrit.. Depan baik gila, belakang macam orang gila jaja keburukan orang.. Walaupun dengan berterus-terang tu kadang-kadang boleh menyakitkan hati orang but for me, it is better than kena cakap belakang.. Sakit woo kena 'stab from the back' bilang orang putih (eh, aku penah rasa ke ni??)

Ok, sila maapkan diriku sekiranya ada yang terasa dengan post ni. Aku saja ja mo merepek pagi-pagi buta ni coz aku susah nak tido selagi belum pukul 2 lebih.. Huhuhu.. Bila la masa tidur aku balik p normal ni?? Hurmm...

Untuk adik lelaki ku, lau ko terbaca post ni, ko maapkan la kakak mu yang jahat ni.Muehehehehe... Ada sebab kenapa aku buat begitu tapi x payah la ko tau sebab aku sendiri pun tak tau apa sebabnya... HAHAHAHA... Just kiddin' ok? kehkehkeh~~


Daaaaa~~
Assalamualaikum..




Kini Aku Kembali.....

Assalamualaikum!!! Holaaaa.... Cey, tajuk tak boleh blahhh... Macam apa ja kan? Teehee~~



Sebenarnya beta berasa eksaited yang amat bukan kerana telah berjaya menang kereta Ferrari sejibik didalam peraduan tarik rambut dalam tepung TAPI sebab beta dah ada peluang nak apdet blog beta yang dah lebih sebulan tak ber'update' dan langsung tak dijenguk pun.. Cian dier~~ Huhuhu...


Ada tak yang tercari-cari ngan tuan punya belog yang lupa daratan belog nih?? Ceyy, bajet retis la plak kan? Kehkehkeh~~


FYI... Ceh... Sekarang kan cuti mid sem, so KHAR sekarang umpama aku yang punya. Lebih-lebih lagi line internet yang bapak laju sekarang ni, aku sukeeeeee sangat2.. TAPI... Yang tak berapa best ialah aku tinggal sendiri ja kat umah ni. Seram jugak la kalau dah tengah malam time nak tido, macam-macam la yang terlintas dalam fikiran.. Huhuhu~~


Hah, ni la kolej kediaman kitorang.. Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) atau kalau ikut ejaan pacik bas yang selalu hantar kitorang pegi kampus, KEHA.. Hihihi.... Rumah aku nun kat atas tu, yang dalam rounded rectangle tuh.. Kat balkoni tu la tempat kitorang sidai baju tapi oleh kerana ramai yang dah balik kampung maka takde la baju yang bersidai.. Semua sidai baju kat kampung.. Untonglaaaa koranggggg... *Jelessss* =.="


Mungkin lepas ni aku akan cari masa untuk sentiasa update blog aku ni.. Bila tengok blogger lain update blog, aku pun teringin jugak tapi disebabkan aku ni busy kalah lecturer-lecturer aku, jadi tunggu cuti ja la baru dapat update.. 


Kita stop kat sini dulu, lepas ni boringla korang tengok aku update selalu... Harap-harap laaa... Kihkihkih...




Anne Nurain