Jom tukar ke Fibox!!


Holaaa!!! Ce klik kat encek Domo aku tu.. Korang leh nampak aku dah tukar Shoutbox aku ke Fibox.. Ni semua gara-gara Shoutbox dah x free lagi start taun depan..

Jom ramai-ramai tukar ke Fibox!! Mudah je, just pegi website Fibox macam kat bawah ni..
 



Pilih SIGN UP ...




Pastu masukkan email, password, retype password then tick kat kotak kat bawah tu.. PASTIKAN email korang tu aktif ye? Pastu Continue je... Lepas korang klik continue tu, korang kena buka email untuk verify link plak.. Korang klik je link yang diorang send tu, otomatik akan ada new tab untuk masukkan semula email dan password yang korang masukkan masa mula-mula tadi. 


Lepas log in, akan ada keluar macam kat atas ni. Just klik setting untuk lihat tetapan yang korang leh ubah untuk Fibox korang. Contoh macam kat bawah ni.


Kat bahagian ni la korang boleh buat apa yang korang suka kat Fibox korang, tapi setakat ni feature yang ada masih terhad coz Fibox ni kan baru lagi..  Di bahagian stats dier ada bagitau total message kat Fibox korang. Selain itu, (ewahh, macam karangan plak da..) korang boleh set width dan height untuk Fibox korang ikut suka hati dan jiwa raga korang la nak set berapa.. Hehehe... Bila dah puas hati ngan rupa bentuk Fibox korang tu, boleh la ambik/copy coding kat dalam kotak tu then paste kat HTML blog korang.

Kalau aku, aku just gantikan ngan coding Shoutmix aku yang sebelum ni. Mudah je kan? Tapi kalo masih ada yang nggak paham, jangan segan dan jangan malu, hubungi gue aja ya? Maap ya, tetiba mood sinetron plak. Ni gara-gara roomate aku la ni tengok sinetron kat sebelah aku.. Huhuhu...

Kalau korang pilih login melalui Facebook, secara otomatis Fibox akan menggunakan gambar profil d facebook sebagai gambar profil kat Fibox.. Nama kat Fibox pun akan sama dengan nama kat Facebook.. Kalau dah logout Facebook, baru korang leh tukar nama kat Fibox tu..

Apa lagi? Jom ramai-ramai tukar ke Fibox!! ^____^

Jelajah KL bah...



Muehehehe~~ Nak sengih2 dulu sebelum memulakan topik hari ni.. Hehehe... Sengih lagi.. CUKUP!! Hahaha.. Rasanya aku agak happy hari ni sebab tu lah sikit2 nak sengih pastu ketawa(syok sendiri nampak..hehe..) Okey, stop sengih2.. Nanti orang pikir aku gila plak..

Hari ini hari Sabtu.. Ok, fine.. Ada apa dengan hari ni? Jeng..Jeng...Jeng... Hari ni kitorang student Sabah n Sarawak ada program Jelajah KL.. Sebenarnya takde la jelajah sangat coz kitorang just pegi Muzium Negara, Planetarium ngan Sunway Piramid je.. 

View dari jejantas nak pegi Muzium

First kitorang pegi Muzium Negara dulu. Ada la dalam sejam kat sana, round2 muzium dengan encik kekanda sambil ambik gambar sesuka ati dan jiwa raga kami.. Dan sudah tentu la gambar aku paling banyak.. Huhuhu... 

Ho-Yeah!! Suda sampai Muzium Negara nye pun.. XD

Dah puas round muzium, kitorang jalan kaki lak pegi Planetarium.. Sebelum tu singgah jap beli makanan & minuman.. Lapar kot xda sarapan.. Lepas isi perut, aku ngan encik Kekanda mendaki tangga menuju puncak ke planetarium. Semput owh..
 

Masa kat planetarium kitorang dibawa pegi menonton teater pasal angkasa lepas.. Best giler tapi pening laa.. Rasa macam kita pun berada kat tempat dalam teater tu.. Kitorang pegi angkasa, tengok roket dekat-dekat, pegi bulan, tengok bintang.. Memang best lah.. Asal part yang memeningkan kepala mesti aku tutup mata. Hahaha... 

Tapi kitorang kejap je kat sana, lepas teater terus berkumpul kat luar sebelum naik bas pegi Sunway Piramid. Dapat tangkap gambar sikit je, ramai giler orang kat sana tadi.. Nak ambik gambar pun ada macam-macam halangan.. Orang lalu lalang macam kat pasar.. Hahaha...

Rehat sebentar bersama encik Kekanda.. ^___^

Lama kitorang kat Sunway, semua dah berpecah ikut haluan masing-masing.. Tinggal aku ngan encik Kekanda ja round2 sekitar Sunway Piramid tu.. Sekadar cuci mata dan melonggarkan sendi-sendi lutut.. Hahaha... Dalam pukul 6 begitu baru kitorang bertolak balik ke Tanjung Malim..

Syukurlah aktiviti kami berjalan dengan lancar walaupun tak dapat pegi banyak tempat.. Tiga pun dah kira banyak la tu kan?? Hehehe... Thanks to encik Kekanda yang sudi temankan aku ke sana ke mari pastu jadi photographer tak berbayar lagi.. Hahaha...


Silent Reader.. Really??


Perrggghhhh.... Lama gila aku tak update blog ni kan? Ceh, macam ja ada orang yang perasan. Hehehe.. Aku memang tak update blog tapi hari-hari aku buka blog ni, nak tengok sama ada blog ni sihat lagi ke tak.. hikhikhik..

Tak lama lagi kitorang final exam, sekarang ni pun dah ada kelas yang dah abis. Assignment pun tinggal assignment berkumpulan yang aku rasa takde la stress sangat kot.. Minggu ni rasanya aku ada banyak masa free, insya Allah nanti aku rajin-rajin update blog ni.. Rasa sunyi sangat kalau tak dapat luahkan apa yang terpendam kat ati & fikiran ni. 

Oh ya, aku baru tau yang aku ada silent reader.. Hihihi.. Tak sangka plak tau, ada jugak orang yang suka baca blog merapu ku ni.. Kalau ada yang perasan, *kalau ada laa...* dulunya blog ni ada selitkan info-info sikit selain personal story pasal aku.. Tapi sekarang aku langsung takda masa nak sharing info kat sini.. Banyak cerita pasal aku ja kan? Huhuhu... Thanks la pada sapa2 yang rajin singgah & baca blog aku ni eh? ^___^

Tapi, macam blogger lain selalu cakap, "blog aku, aku punya suka la..". Tapi sebagai peringatan, sendiri punya suka pun jangan la sampai nak malukan diri sendiri dan orang lain kan?? And 1 thing yang sangat-sangat important, please la, jangan sesekali sebarkan cerita-cerita yang korang sendiri tak tahu dan tak pasti kebenaran cerita tersebut.. Kalau korang sebarkan then tetiba cerita tu tak benar, korang dah dikira memfitnah tau tak?? 

"Dan sesungguhnya memfitnah itu lebih kejam dari membunuh"

Tapi kalau benda tu fakta, contohnya,

Sebenarnya... Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya....

Kalau macam ni takpe kot.. Am I right, peeps?? Ok la, tu je la. Nak tidooo... Huhuhu...

Dah layak ke nak kahwin??


Ramainya kawan-kawan aku kawin dalam masa terdekat ni..
Minggu lepas sorang, minggu ni plak 2 orang..
Entah-entah minggu depan pun ada lagi..


PERSOALANNYA...
Aku bila lagi?????

Biar aku jawab..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Errr.... No komen kot..
Muehehehehe...

Bila pikir-pikir balik, jeles gak ngan kawan-kawan yang dah kawin ni..
Ye la, diorang dah ada hubungan yang halal..
Dah xde lagi orang yang pandang serong kalau jalan berdua, nek motor berdua, keluar sampai tengah malam pun xde sapa nak bising..

Tapi, bila fikir pasal tanggungjawab suami isteri tu, rasa macam tak ready lagi kot..
Masih banyak kekurangan dalam diri ni..
Masak nasi pun kadang-kadang jadi bubur..
Masak lauk plak kadang-kadang terlebih masin la, masih mentah la..
Buat kerja rumah pun masih ada rasa malas2 lagi.. Aish, anak sapa la ni.. hehehe..

Agak-agak korang la kan, macam mana nak tau kalau seseorang tu dah layak kawin??
Apa syarat-syarat yang melayakkan seseorang tu untuk kawin??
Perlu ke orang tu sorang yang dah berkerjaya?
Dah ada 5 6 bijik kereta?
Banglo di setiap negeri?
Gaji 5k sebulan?
Umur mesti 30 taun ke atas?

Korang tolong la jawab eh?
TAPI kan..... Apsal aku tiba-tiba je buat entri kawin2 ni?
Konpius aku~~
Muehehehehehe......



Entri Yang Sedikit Lega



Agak-agak gambar ada kaitan tak dengan entri??

Ada sedikit rasa lega hari ni setelah beberapa hari yang lepas jadual adalah sangat pack..
Syukur laa, hari ni dah boleh rehat dan layang blog sekejap..
Ada perasan tak aku salah eja kat atas?
Hahaha.. Abaikan, aku malas nak betulkan..

Segala macam test yang mencabar sudah berlalu..
Minggu ni ada lab test untuk programming, harap-harap boleh lah run programming aku..
Esok, forum untuk subjek Kenegaraan, harap-harap boleh buat yang terbaik..
Next week plak test Pemasangan PC.. 
Semoga PC tu tak hancur oleh aku.. Hahaha...

Nak tau tak??
My Kanda baca blog aku!!!
Siap LIKE page FB untuk blog aku lagi..
Muehehehe..
Unsangkarable betulll....
Tapi thanks la untuk encek Kanda yang telah buat aku hepi..
Ni yang buat aku makin sayang dia ni.. Maaf,agak gedik di situ..
Ngeh..ngeh..ngeh..

Sebenarnya kan........
Ada perasaan rindu yang bersarang kat dalam hati aku ni..
Ceyy.. Agak kejiwangan ayat diatas..
Aku rindu family aku laa...
Rindu kakak & adik yang kat KK..
Ngan rindu kawan-kawan lama jugak... 
Baru je tadi best friend aku buat prank call kat aku..
Ceitt.. Aku terkena.. Hahaha..
Dia la yang buat aku tetiba dalam mood rindu-rinduan jadi kenang-kenangan ni..
Jaga la ko lau aku balik LD nanti..
Hahaha...

Okehh la, kesimpulan dari perkara diatas ialah saya rindu dan saya lega..
Sekian, terima kasih.. ❤❤❤

Anne :: Congrats Harimau Malaya.. (^____^)v

I will survive!!! hohoho~~


Lama dah x update..
Busy sangat2 sekarang ni..
Tadi baru lepas exam untuk subjek Discrete Math..
Alhamdulillah, boleh la jawab jugak..
Tapi x sure la jawapan betul atau tak..
Huhuhu...

Nak tau??
Satu minggu ni semua kelas kitorang sampai malam..
Nahh kauuu... Balik je konpem penat.. (capek dehh~~)
Ni jadual aku untuk minggu ni (kelas malam je..).
Kot2 ada orang nak buat appointment ngan aku kan??
Muehehehe...

Isnin, 14 Nov, Pemasangan PC
Selasa, 15 Nov, Exam Discrete Math
Rabu, 16 Nov, Exam Structured Programming
Khamis, 17 Nov, Kuliah ganti untuk CAO
Jumaat, 18 Nov, Exam CAO
Sabtu @ Ahad, Pemasangan PC & OS Installation 

Fuhhhh...
I will survive!! Yeahh!!
I hope laa~~ Huhuhu..
=____='




Anne :: Ada la lau ada.. ^_______^

Gembira yang hanya sementara

Assalamualaikum..


Sesungguhnya aku tak dapat menahan diriku dari update blog malam ni walaupun sebenarnya aku ada banyak benda lagi nak setel kan.. 

Tadi aku jumpa encik Kekanda.. 
Pegi makan sama-sama je pun tapi tetap best sebab dapat luangkan masa & sembang-sembang ngan dia..
Sebelum ni masing-masing busy ngan assignment yang sangat banyak..
Bila semua assignment dah hantar, segala macam urusan pun dah selesai baru boleh jumpa pastu rasa macam back to normal balik..
Sebab sebelum ni macam dingin sikit, biasa la kan tension..
Hehehe...

Tapi esok confirm tak best sebab Kanda ku balik Sabah wei...
Uwaaaa... Aku pun nak balik jugakkk!!!
Nak nyanyi lagu Marsha la kejap..
Mood sedih dah datang...

"Tinggal la akuuu... menanti..."
"Mimpi yang indah... kan mewarnai hatiiii....."

Hukhukhuk...
Semoga encik Kekanda sentiasa dalam lindunganNya...
Selamat pegi & selamat kembali..


Tadi aku minta baju yang encik Kekanda pakai..
Nak tau aku nak buat apa ngan baju tu??
Kalau aku rindu, aku cium la baju tu sebab ada bau encik Kekanda..
Ngee~~ 
Aku tau mesti ada yang rasa benda tu pelik kan?
Tapi bagi aku, tu je cara nak ubat rindu ngan dia.. 
Harap-harap bau kat baju tu tak hilang... :)

Masa makan kat restoran tadi ada budak pompuan kecik2 umur dalam 3 @ 4 taun rasanya..
Comellll sangat... Tapi dia asik pandang Kanda aku je.. 
Aku yang kat sebelah dia tak pandang pun..
Masa nak balik dia lambai Kanda aku tapi tak lambai aku pun..
Haishh... Kecik-kecik dah pandai ehh??
Hahaha.. Tapi budak tu memang cute sangat..

Ok, nak tido la..
Sunyi lak kolej, dah ramai yang balik kampung..


Anne :: Macam nak ikut encik Kekanda pegi airport lah esok.. Kesian dia tunggu flight petang tapi dah ada kat airport awal pagi lagi..


Selamat Tinggal Blog...

Assalamualaikum..



Terima kasih sudi datang blog ni.. 
Terima kasih jugak buat sapa-sapa yang tidak sengaja datang @ tersesat then terjumpa blog berpuaka ni..
Hahaha.. Takde la, gurau je..
Cuma blog ni macam nampak suram dan gelap gelita je disebabkan background dah tertukar ke kaler HITAM..
Don't worry, bukan virus atau bukan dijahanamkan oleh sesiapa pun..
Cuma tuan punya blog yang hobinya di masa lapang ialah makan dan tidur ni tersangat lah busy sekarang..
Hari tu kononnya nak edit blog, nak tukar kaler la, nak tukar header la...
Dah semangat da nak tukar hari tu, tiba-tiba sikap MALAS tuan punya blog datang..
Maka, terbiarlah blog ini dengan wajah yang tak siap ni..
Header plak tiba-tiba ke kiri sangat..
Haihh~~ Apa nak jadi la ngan tuan punya blog ni ekk??
Korang pedulikan je la ye??
Buat-buat tak tau..
Buat-buat macam blog ni cantik sangat sampai korang rasa jeles yang amat..
Hahaha...

Oh ya, aku dah ada satu lagi blog baru tapi ni bukan personal punya tau??
Ni blog untuk individual project, sekarang masih dalam proses permulaan..
Hari tu baru nak try test template yang best2..
Kalau korang tengok pun masih xde pa pe lagi..
Mungkin blog personal ini akan LEBIH terabai buat masa ni kerana aku akan menumpukan lebih perhatian terhadap blog untuk project tu..

Hmm..
Selamat tinggal (buat sementara) blog ku sayang..
Guys, doakan aku selamat pergi dan balik..
Eh, merapu lagi..
Doakan projek blog aku berjaya dan dapat memuaskan hati lecturer..
Huhuhu...
Kalau korang nak komen blog aku yang untuk projek tu pun boleh tapi bukan sekarang la coz aku belum post apa-apa pun lagi..
Aku harap korang boleh la komen supaya aku boleh perbaiki lagi blog aku tu..
Sekian, terima kasih.. ^___^


Jiwang yang pelik.. Pelik ke??

Assalamualaikum..


Rindu 'dia' yang dulu..


Hope I can find the old him again..

:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tapi, nak cari kat mana?
Lu pikir la sendiri..
Hahaha..

Rasa pelik je kalau nak jiwang2 ni..
Apapontakbley..
Haishhh...
Sekian..


Tips untuk korang yang 'Homesick'

Assalamualaikum...

Hari tu masa taip pasal aku homesick tu aku terjumpa tips ni.. Just nak share ngan korang-korang yang homesick macam aku.. Tips ni dalam bahasa Inggeris, aku malas nak translate..Huhuhu...

1. Talk it out!
It’s ok to feel homesick. The more you talk about it, the better you will feel. So, call a friend and let them know all about it. - Kalau xda kedit, sms pon bley.. huhu..



2. Get out
Grab a roommate and check out the campus, get lunch or go shopping. Find fun things to do and it will help you adjust quicker to your new locale. - Macamana nak shopping kalau duet xdak?? haha..



3. Bring familiar items with you
Your blanket from home, photos, pillows and stuffed animals will all help you to feel more comfy in your new digs. - Uwaaa!!! Rindu teddy bear, c pink bunny ngan spongebob aku....


4. Get to know your new home
Walk around and familiarize yourself with your new space. The more you know, the in control you will feel. - Nanti nak round kolej nek beskal.. hoho..



5. Plan!
Plan trips home, to audition for a play, dinner out with classmate or just to get your nails done. Having something to look forward is a great way to ward off homesickness. - IKSAS ada buat aktiviti Khamis ni, x sabar mo jumpa the other Sabahan student.. :)


Thanks to :  everycollegegirl.com

'Rumahsakit' melanda...

Assalamualaikum...

Homesick sebenarnya.. Tapi bila translate ikut suka suki terus jadi macam tu.. Bukan rumah sakit yang hospital tu tau.. 

Kredit to : everycollegegirl.com

Cuti sempena Deepavali dah start hari ni. Ramai dah yang balik kampung, kolej pun sunyi sepi je.. Padahal semalam riuh je sebab ada PC Fair kat sini.. 

Dah lama tak rasa berjauhan ngan family macam ni.. Tetiba rasa homesick la pulak.. Sebelum ni ok je pun, mungkin sebab busy sangat kot.. Selalu time hari kuliah kurang sikit masa nak ingat-ingat kampung ni tapi bila dah cuti ni, ditambah lagi dengan housemate yang lepas sorang, sorang balik kampung, hati tetiba rasa sedih pulak.. Terus sentimental la pulak perasaan ni.. Tak suker laa... Rasa nak nanges je... T____T

Hope my family tak baca ni, nanti ada jiwa-jiwa yang ikut sentimental macam aku especially my mom.. Hehe.. Kalau kakak atau adik aku terbaca ni, jangan gtau mak ya? Awas korang!! Hahaha..

Aku belum ada apa-apa plan lagi untuk cuti ni, maybe kat umah je kot buat esaimen ngan group project yang dah beratur panjang dalam to-do list aku ni.. IKSAS ada buat aktiviti gak hari Rabu ni untuk student Sabahan yang tak balik kampung.. Aku tak sabar nak pegi, tak tahan la duk umah terus.. Nak jalan-jalan gi KL pun takde duit.. Haihh~~ Bila la PTPTN nak datang ambik borang kelompok kedua ni?? Pokai tahap papa kedana dah ni.. Hahaha...

Sekarang tengah pikir nak buat apa esok.. Kalau ada mood, nak siapkan esaimen la.. Harap-harap la cuaca ok je esok.. Kalau ujan confirm la tido je keje.. Kehkehkeh...


Entri Terpendek Aku

Assalamualaikum semuaaa....


Mood sekarang adalah agak tensen sebab study dengan perut yang mendendangkan irama kecorong keroncong yang agak sumbang bunyinya sehinggakan roomate aku pun tak dapat tidur dengan lena.. *Tu la sapa suruh x belanja aku makan.. Hahaha...*

Budak-budak sem 1 tengah kaya sekarang ni, tau tak??  Aku terkecuali la coz aku kelompok kedua.. Hukhukhuk.. T____T   

Tu jugak la punca aku berlapar sekarang ni.. Petang tadi turun konon nak pegi cucuk duit aku yang berjuta-juta lemon tu tapi x dapat nak kuarkan la plak sebab hencik ATM tu xda duit pecah, dia ada not RM50 jerrr... Tao la PTPTN da masuk, semua guna duit besar2, aku je ni yang guna not kaler merah tu.. Wuwuwuwu...

Okehh la, tu je la.. Malas nak taip panjang-panjang, kondisi perut tidak mengizinkan aku untuk meneruskan aktiviti meng'apdet' blog ini.. Nak meraung boleh?? Laaaappppppaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrr!!! Hah, puas hati aku.. Huhuhu...

P/s :: Ni entry terpendek aku ke?? Sekian, terima kasih.. 0___o

Punca aku bersemangat..

Assalamualaikum semuaaa... ^____^

Huhu.. 
Hari ni aku bersemangat sekali untuk meng'update' blog.. 
Kenapa?? 
Usah ditanya sebab aku sendiri pun xtau kenapa.. 
Mungkin kah kerana mood aku happy hari ni?? 
Ohh.. Tidak sama sekali, aku tension hari ni sebab banyak asignment x siap lagi.. 
Hmm.. Adakah kerana semalam aku bermimpi bertemu dengan Kanda ku? 
Pun tidak jugak sebab hari2 aku jumpa Kandaku d sini.. Hehehe... 
Rasanya sebab lappy aku dah dapat connect WIFI kolej kot.. Haha.. 
Sebelum ni aku guna broadband je, slowwww gilak macam siput vavi.. 
OK, aku tipu.. 
Takda la slow sampai macam tu sekali.. 
Cuma WIFI kolej ni tersangat la menawan hatiku sebab aku dah boleh blogwalking dengan penuh bergaya sekali.. Huhuhu...


Pagi ni kelas kat Proton City pukul 10..
So, ada masa sikit untuk aku merapu di sini.. Hehehe...
Malam ni kitorang student dari Sabah ada perjumpaan..
Tak sabar rasanya mo berjumpa ngan kawan2 Sabahan yang lain..
Selama ni kenal dari Facebook jak.. Hehe..
Student dari negeri-negeri lain dah buat perjumpaan..
Masing-masing ada nama tersendiri..
Kitorang IKSAS: Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah.. 
M@jor (Johor), Himsak (Kelantan), Permata (Terengganu) dan yang lain-lain aku x ingat.. Huhu..


Jom p kelas!! huhuhu...

Okehh laa, nak sambung buat asignment..
Take care eberibadi..
*Masih ada ka orang baca blog aku ni??huhuhu...*
Salam.. ^____^


Forum Oh Forum

Assalamualaikum...


Hari ni tiba-tiba nak update blog la plak.. Mungkin sebab dah banyak cerita yang tersimpan kat memori aku ni, takut kalau simpan lama-lama kang kena virus habis la semua data kat memori aku ni..So, better aku cerita kat sini kan?? Hehehe..

Just a short story about what happen today, I mean yesterday la coz sekarang dah 7 Oktober..Hihihi...

Tadi pagi kitorang ada kelas Kenegaraan kat Proton City. Nak tau? Aircond kat sana sejuk giler, masuk pintu utama je terus rasa sejuk. Rasa macam masuk shopping complex tapi lebih sejuk ckit kot.. Dah la kelas tu 2 jam, terpaksa la tahan sejuk. Lepas kelas terus balik kolej untuk lunch.. 

Pukul 2 ada kelas Wacana Akademik Bahasa Melayu plak. Kitorang ada forum tadi. Sepatutnya last week dah mula tapi lect terlupa, so tadi dah mula. Group kami dapat giliran ke 4 tapi oleh kerana salah sorang dari group 3 tu tak sihat maka terpaksa la group kitorang yang mula dulu. Aku memang xda berlatih sangat sebab aku rasa aku bole buat dengan bersahaja tapi tak sangka plak bila dah pegang mic terus idea yang mula-mula tadi melimpah ruah tiba-tiba hilang begitu saja. Kelu lidah beb... Balik2 tersasul.. Hadoi laaa~~

Tapi xpa, lepas ni ada forum Kenegaraan plak.. Hope boleh buat yang lebih baik lagi la.. Okehh la, nak tido dulu. Esok ada kelas kul 8, kena bangun awal la jawabnya.. Huhuhu... Nite2 u ols.. :)



Pink gitu.. XD
Ni masa kat kelas @ Proton City. Nampak lobang idung aircond yang besar tu?? hehe..


A new life begin ~~Part 2~~

Assalamualaikum..


Kesian aku tengok blog ku ni, jarang d update & d jenguk.. Tengok jumlah post untuk bulan ni pun terus hilang semangat.. Nak update pun kena tunggu mood blogging tu datang n tunggu ada masa free baru dapat update.. Ish..Ish..Ish.. Apa la nak jadi ngan aku ni.. Hahaha...

Sekarang dah masuk minggu ketiga aku kat UPSI ni.. Setakat ni ok jak la.. Perut pun dah boleh terima makanan kat sini.. Sebelum ni macam hilang selera sikit coz tengok makanan sini banyak yang pedas.. Aku bukan tak tahan pedas tapi tak suka tengok biji lada yang tersangat banyak.. Penat mo buang, kalau bantai jak nanti ada yang kena apendiks.. Haha..

Kawan-kawan aku pun dah ramai.. Sebelum ni ada masalah komunikasi la ckit sebab ada yang x paham aku cakap sabah.. Kadang-kadang kena ulang 2 kali baru diorang faham.. Tak pun kena cakap Malay la jugak walaupun tersekat-sekat & tak berapa pandai susun ayat.. Hehehe.. Tapi, its getting better.. Sekarang dah boleh la speaking Malay sikit2.. Maybe aku akan start dari blog.. Jangan terkejut kalau tiba2 buka blog ku tapi ayat ada campur semenanjung sikit, Melayu baku sikit & Sabahan jgk.. Hehehe.. Kan nak jadi cikgu (insya Allah), mestilah guna bahasa yang boleh diterima oleh semua orang.. Lagipun kat sini memang selalu guna bahasa Melayu.. Next week kami ada forum yang memerlukan kami bertutur dalam bahasa Melayu baku yang bukan level SPM tapi level yang lebih tinggi.. Dah namanya IPTA kan?? Hehehe...

Okehh la, nanti aku sambung lagi.. Nak siapkan teks untuk forum next week dulu.. Salam semua... ^____^

A new life begin ~~ Part 1 ~~

Assalamualaikum..


Yuhuuuuuu eberibadi !! Akhirnya dapat jugak aku apdet blog aku ni.. Huhuhu.. Kebetulan hari ni aku langsung xda kelas, so ambik la sikit masa untuk apdet blog kesayangan aku ni.. Banyak yang aku nak cerita ni, dats means entry kali bakal memakan masa anda selama berjam-jam untuk membacanya.. Haha.. Melampau kan? Suka ati aku la kan? Tak nak baca pegi jau2.. hihi.. :P

Flight aku hari tu 6hb pukul 3.55 petang, tapi delay sampai pukul 4.25.. Yang bestnya, bukan family aku jak yang hantar aku tau? Mak n adik Kanda ku pun datang jugak.. Aku ingatkan Kanda ku jak yang datang, rupanya mak mertua ngan adik ipar masa depan pun ada sekali.. Hehehe.. Sebenarnya masa dekat2 raya hari tu aku ngan enchek kekanda ada gaduh skit (sikit jerr.. hihi..), tapi bila dia datang jumpa aku kat airport hari tu, aku tau dia dah x marah aku lagi dah.. Hehehe... Sebelum masuk balai berlepas sempat la dating jap ngan dia, padahal esok jumpa jugak d UPSI.. Hahaha.. Xda la, dia tau aku tengah berperang dengan perasaan masa tu.. Aku sedih sebab nak pergi jauh dari family aku, tapi dia sengaja buat aku happy2 jak.. Bila nak masuk balai berlepas tu, aku tahan jak perasaan aku.. Aku xnak nangis, nanti mak aku pun ikut nangis jugak.. Huhuhu.. 

Masa menunggu flight delay tu, ada sorang akak ni mintak aku tolong jaga anak dia yang baru berumur 10 bulan.. Geram tengok budak tu, comel giler.. Tiba2 aku rasa macam pernah nampak lak budak tu, tapi x ingat laa.. Huhuhu..

Anak aku yang baru berusia 10 bulan.. muahahaha...
Boring giler kat kapal.. Dahlah xda kawan nak cerita2, sejuk n lapar lagi.. Hehehe.. Tido pun kejap jak.. Bila dah sampai KLIA, aku dah mula bersemangat.. Ingatkan sampai jak terus naik bas UPSI, rupanya kena tunggu student lain lagi.. Sekali lagi aku merasa bosan yang amat sebab terpaksa stay airport yang sejuk tu sampai pukul 1.30 pagi.. Fuhh, 6 jam d airport sangatlah menyeksa jiwa dan raga ku.. Dah la x kenal sapa2 lagi masa tu.. First time lagi sampai sana.. Luckily, i'm survive.. Hahaha.. Pukul 1.30 baru naik bas pegi kolej kediaman masing2.. Perjalanan lebih kurang 2 jam, aku sempat gak tidur.. Aircond bas pun sejuk yang amat, nasib baik aku boleh tahan.. Penatnya, Tuhan jak yang tau.. Sampai d KHAR terus di bagi bilik sementara ngan budak sabahan yang lain.. Sempat berkenalan sekejap sebelum menidurkan diri masing2.. Hahaha...

Tu jak la dulu, aku x larat mo taip panjang2 ni.. Nantikan Part 2 di masa akan datang.. (Aku malas sebenarnya..) Hahaha..



Pemalas yang amat!! XD

Assalamualaikum dan selamat hari raya semuaaa!!!!!!


Firstly, aku nak mintak maap banyak2 kat sapa2 yang aku pernah buat salah tu ya? Andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, tersalah tingkah, tergurau yang ndak patut, tergurau yang kasar2 sampai mengecikkan hati korang, ampunkan lah aku ya?? Hihihi..

Fuhh, lama suda aku ndak update tauk! Ni gara2 line d kampung la ni, slow gilak macam siput vavi.. Hari ni tiba2 ok plak line tenet ni, macam tau2 jak hari ni hari terakhir aku kat kampung.. Esok aku balik KK da, family aku hantar..

Sekarang ni aku tengah packing la ni tapi mo ambik kesempatan dulu d atas kelajuan line hari ni yang sangat mengujakan hati dan sanubari ku.. Hukhukhuk... Sebenarnya, aku paling x suka la bab2 packing barang ni.. Rasa malas jak.. Kalau la baju tu boleh masuk sendiri dalam beg kan best.. *Dasar pemalas!!* Hahaha..

Hari ni packing untuk balik KK, nanti 6hb packing barang untuk pegi UPSI.. Pastu bila dah sampai sana, unpacking barang la plak.. Adehh.. Awal2 lagi benda tu yang aku pikir.. Ketara la sangat yang aku ni pemalas tahap gaban.. Shhh.. Korang diam2 tau? Jangan sampai bakal mak mertua aku tau aku ni pemalas.. Hahaha...

Okehh la, tu jak mo update hari ni.. Nanti lambat2 x okey plak line.. Doakan aku ngan family aku esok selamat sampai ke destinasi ya?? Sayang korang!! Daaaaa.... XD

Anne :: Blogger dah tukar interface baru kan? Aku baru perasan.. Lambat sangat ke aku nih?? hohoho..

Day 6 - 10 Items You Can't Live Without

Assalamualaikum & selamat malam..

First sekali, thanks coz sudi singgah d blog ku yang x best ni.. (merendah diri la plak..hehehe..)

Second, aku hampir lupa yang aku ada Cabaran 10 Hari yang belum siap lagi.. Hahaha.. Ni mesti kes excited balik kampung ni kan? Ish..Ish..Ish.. Aku baru teringat tadi lepas aku belek2 buku nota kesayangan aku ni.. Sambung dulu la ya??

Day 6 :: 10 items you can't live without

1. Handphone. Memudahkan aku berhubung dengan orang tersayang & kawan2 aku.. Selain tu, hp yang ada kalendar ngan jam jugak sangat2 memudahkan aku.. Aku xda jam tangan, so harap pada hp jak la.. hehehe..

2. My lappy. Wui kalau xda ni konpem boring gilak aku.. Kalau sebelum ni aku x kisahkan sangat laptop ku ni sebab aku lebih suka tengok tv.. Tapi sejak aktif dalam blogging ni, lappy ku ni jadi benda yang sangat penting bagi ku..

3. Wallet yang mengandungi IC, kad ATM & DUIT !! Kalau xda duit tak bleh makan tauk?? Kalau x dapat makan maka akan mati lah kan? Aku berharap wallet ku sentiasa dipenuhi duit.. Ah boleh ka begitu?? Hahahaha..

4. Cermin. Hahaha.. Yang ni penting jugak.. Penting untuk apa? Opkos la untuk menambah keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.. Kalau pakai tudung wajib tengok cermin, pakai lip balm pun mesti tengok cermin jugak.. Kalau tengah berjalan-jalan tetiba ada angin kuat terus cari cermin, mana la tau tudung dah senget ka, ada benda asing menyangkut kat tudung ka.. Kan? Kan? Hehehe..

5. Sweater. Aku ni jenis yang x tahan sejuk. Kalau lama-lama dalam bank pun aku x tahan.. Sebab tu la aku sangat2 perlukan sweater ni.. Aku suka beli sweater @ jaket yang tebal2 pastu ada bulu2 tu.. Terus rasa macam d luar negara la plak.. Hahaha.. Berangan jak kan? Tapi best la jaket tebal2 tu, dapat menghalang aku dari kesejukan yang mencucuk ke tulang itam.. hehehe..

6. Tisu. Aku ni sensitif ngan habuk @ debu.. Sikit2 nak bersin.. Lepas tu mula la selesema yang 1 @ 2 hari baru sembuh.. Kalau kat tempat sejuk pun tiba2 jak boleh selesema.. Contoh macam kat kampung sekarang ni.. Sejuk sangat2 terutamanya waktu subuh.. Nasib baik la ada bekalan tisu.. hehehe..

7. Makanan. Yang ni semua pun x boleh hidup kalau benda ni xda kan?? Ke aku sorang jak?? Hahaha..

8. Kamera. Ambik gambar adalah salah satu hobi ku.. Asal pegi mana2 pun mesti bawak kamera.. Sekarang aku masih guna kamera yang biasa2 jak, insya Allah kalau ada rezeki mo angkat DSLR la plak. Hihihi.. Kadang-kadang aku terlupa bawak.. Time tu la jugak ada view yang cantik tapi oleh kerana kamera xda, maka diriku ini akan rasa menyesal yang amat.. Sayang sangat2 kalau x dapat ambik gambar.. :(

9. Mp3 player. Aku suka dengar lagu.. Lagu2 apa2 pun aku layan, yang penting telinga ku suka.. hehehe.. Aku x suka dengar lagu dari hp.. Ada jak gangguan, orang kol la, mesej la.. Nanti tengah feeling2 dengar lagu  Agnes Monica tiba2 ada plak lagu Waka Waka Eh Eh tanda ada mesej masuk.. hahahaha...

10. Beg. Tak kisah la beg macamana pun.. Sling bag ka, handbag ka, backpack ka.. Yang penting barang-barang penting ku boleh masuk. Aku ni kalau berjalan p mana-mana banyak barang aku mo bawak.. Bukan macam orang lelaki, bawak wallet, hp, rokok ngan lighter jak.. Hahahaha...

Tu jak la benda2 yang aku x bleh hidup kalau benda2 tu xda.. Abaikan yang no. 7 tu sebab tu kan perkara basic yang semua orang pun boleh mati kalau xda benda tu.. Aku cuma x tau nak letak apa lagi.. Ampunkan patik ya? Hahahaha...

Well, happy reading ya!!
^_____^

Wordless Wednesday ~8~


Klik untuk tumbesaran yang lebih jitu

Balik Kampung!!!

Assalamualaikum & selamat pagi.. ^____^

Apdet sekejap sebelum balik LD..
Awal giler aku sampai Terminal Inanam ni..
Gara-gara adik aku la ni..
Dia yang belikan tiket bas ni kemarin..
Dia kata bas aku jalan pukul 8..
Aku pun awal la bangun tadi walaupun mata sebenarnya belum mau terbuka..
Bersiap pun sangat la ekspress..
Baju x ber'iron', tudung pun tudung ekspress jak..
Takda masa mo pakai shawl lilit2, pin sana pin sini..

Oleh kerana ni 1st time aku pegi terminal sendiri2 *sebelum ni ada orang hantar*, aku terpaksa naik bas pegi KK pastu bila sampai sana terus naik bas pegi Inanam lagi..
Fuhh.. Penat owh..
Entah kenapa, aku bangun jak tadi pagi terus rasa macam nak termuntah..
Macam tau2 jak perut ni yang aku mo naik bas ekspress hari ni..
Harap2 aku x muntah la nanti..
Oh ya, mo beli minyak cap kapak nanti..
Kang pening2 boleh la sapu kat kepala..
Hehehe...

Aku risau sangat ni..
Sekarang pun tekak rasa x selesa jak..
Macam x sempat jak naik bas terus termuntah ni..
Hahaha..

Kalau la ada bas pegi LD yang selesa macam City Bus kan best..
Slow jak aku menaip ni..
Tangan kanan aku menggeletar gara2 bawak beg berat tadi..
Hehehe..

Okeh la para sahabat alam maya, doakan aku selamat sampai ya?
Doakan jugak supaya aku tidak termuntah..
Muahahahahaha....
Bas aku naik ni terus hantar aku sampai kampung halaman..
Jalan pukul 9.30, mungkin pukul 6 atau 7 baru sampai..
Harap2 bas aku naik ni laju jugak..
Xda la krem bontot duduk lama2 dalam bas..
Hahaha..

Okehh la, *berapa kali 'okehh' daa* mo layan chat Kanda ku dulu..
Huhuhu..
Assalamualaikum..


Jom cari gaduh!!

Assalamualaikum & selamat malam boipren & girlpren.. ^___^

Hah, hari ni cerita pasal gaduh2 pulak.. Hehehe..
Memang x sah kan kalau dalam satu hubungan xda kes gaduh2 ni?
Gaduh ni kira perencah dalam sesuatu hubungan tu..
Bayangkan la selama korang kapel tu langsung xda pergaduhan, xda selisih faham..
Macam x best ja kan?
Dah macam masak megi kari tapi x campur pun perencah tu..
Makan megi kosong jak..
Perghh, apa la rasanya tu..
Ke aku jak yang rasa macam tu??
kehkehkeh...

Bagi aku la kan, time bergaduh tu la kita boleh kenal pasangan kita..
Dari situ kita boleh tau yang dia tu jenis yang marah hanya sekejap pastu ok balik @ jenis yang berdendam dalam diam @ jenis yang marah sikit terus baling pinggan mangkuk *bagi orang perempuan* dan terus bagi pelempang *bagi orang lelaki*..
Ada sesetengah pasangan yang terlampau seronok bercinta, sentiasa d buai perasaan yang indah2 tapi bila dah kahwin terus jadi x indah..
Orang lain makan nasi, dia makan penampar...
Adehh... Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara macam tu..

Jangan jadi macam ni sudah.. huhu..

Kalau sesama adik beradik plak, gaduh tu dah macam hobi..
Terus teringat la plak masa kecik2 dulu..
Suka cari gaduh ngan adik lelaki aku..
Bila dia dah marah, aku cepat2 lari pegi bilik pastu kunci pintu..
Macam nak pecah jak pintu bilik tu kena tendangan adik aku yang sangat2 mengamuk..
Hahaha...


Tapi yang bestnya gaduh ngan adik-beradik ni, lepas 2 3 jam boleh2 jak bertegur balik..
Tak da simpan dendam pun..
Kecik ati pun tidak..
Tapi cuba kalau gaduh ngan kawan..
Kadang2 boleh buat hubungan tambah rapat bila dah berbaik..
Kadang2 ada yang terus jadi musuh..
Lainlah kalau kawan tu memang bespren dari zaman tadika yang sangat2 memahami korang..


Apa yang aku nak simpulkan kat sini ialah, jom cari gaduh!!
Ok,bai!


Lelaki Gelojoh

Assalamualaikum...

Last update dari opis coz hari ni hari terakhir aku keja kat sini.. Sedih gak la sebab bos n isteri bos baik sangat2.. Dorang pun macam berat jak mo lepaskan aku.. Tapi apa boleh buat kan?? Sabor je lah~~

Ok, balik p tajuk.. Aku bukan nak cerita pasal lelaki gelojoh part makan2 tapi gelojoh dalam berkenalan atau lebih tepat lagi kalau nak tackle pompuan.. Aku cerita ni dari pengalaman aku la.. Aku ni boleh la jugak dikatakan sombong sebab aku memilih kawan.. Memilih tu perlu ya? Jangan nak kawan ngan orang sembarangan, nanti tersalah pilih kawan baru tau.. 

Aku suka berkawan tapi kalau ngan lelaki susah sikit sebab banyak yang x ikhlas n gelojoh.. Baru kenal terus tanya...

>> Tinggal d mana?
>> Berapa orang adik-beradik?
>> Mak bapa kerja apa?
>> Masih study ka atau dah keja?
>> Suda ada boyfriend ka belum?
bla..bla..bla..bla..

Sambil diselitkan dengan,
... aktiviti puji memuji yang amatlah memualkan tekak..
... bercerita pasal diri sendiri tanpa mengambil kira sama ada aku teringin nak tahu atau tidak..
... panggil aku dengan nama yang aku x biasa guna, konon mo lain dari yang lain.. *lain la sangattt*
... tiba-tiba mintak no. phone.. Alasan, mo kenal dengan lebih rapat lagi..

APAKAH?? Ko ni ikhlas mo berkawan ka atau semata-mata mo cari makwe jak?? Baru kenal tiba-tiba mintak no. phone.. Ntah berbaloi ka tidak kalau aku mesej ngan ko nanti.. Ntah2 bazir kredit jak.. 

Kesimpulannya, kalau ada yang nak kenal ngan aku x payah la mo tanya soalan2 kat atas tu.. Buat macam dah lama kenal jak la, kalau ada benda mo tanya pun boleh tanya bila2.. Tak perlu la kelam kabut tanya semua soalan tu.. Slow & steady jak bha.. Hehehe... 

Tu jak la, mo balik dah ni.. Sedih lak tiba2.. Ok,bai! 

Day 5 - 10 Wishes

Assalamualaikum & selamat petang dear friend.. :)


Jom sambung cabaran untuk hari kelima ni.. Banyak hari sudah tertangguh, baru2 ni aku busy download drama Korea. Tak dapat nak update sebab line tenet adalah sangat slow macam siput vavi.. Hahaha.. Bha, jom tengok apa wishes ku, manatau ada yang mo jadikan kenyataan.. Huhuhu...

1. Menamatkan pengajian dengan jayanya dan seterusnya menjadi cikgu yang berwibawa macam bapa aku.. Hihihi..

2. Memiliki DSLR sendiri then belajar ilmu photography & poyography.. *kan Sudir Suichi?? kehkehkeh..*



3. Aku nak baiki rumah kami yang kat kampung..

4. Belikan bapa aku sebuah bot, boleh pegi memancing satu keluarga.. X payah nak tarik2 pukat lagi.. Hahaha...

5. Hantar mak & bapa p naik haji.. *Semoga dipanjangkan umur..*

6. Mo buat bungee jumping, paragliding & skydiving..



7. Mo hidup bahagia ngan keluarga n kanda ku.. huehuehue...

8. Mo pegi Eiffel Tower, Millau Bridge, gunung Roraima ngan tempat2 menarik yang lain.. *Baaaaaanyaak lagi.. Hehehe..*

Jambatan Millau @ Millau Viaduct

9. Mo memiliki sebuah Mini Cooper kaler apa2 pon boleh.. Hihihi..


10. Aku nak tanah yg luas supaya boleh tanam manggis, mangga, tembikai.. Hmm.. Tanam sayur jugak la, walaupun aku x berapa suka sayur.. Hehehe..


Yess!! Siap sudah..
Huhuhu...
^______^

Bukan Wordless Wednesday laa...

Assalamualaikum...




Mau ka?
Ambil jak kalau mau..
Tapi wallpaper ni saiz kecik, 640 x 480 & 300 x 500 jak..
Kalau mo yang besar gtau jak, nanti aku buat kan..
*tapi ada ka jugak orang mau ni??*
Hehehe..

Anne :: Semangat raya suda ni.. ^___^

Hujan Batu Di UCA

Assalamualaikum dan selamat petang eberibadi.. ^___^

Sekarang kita dah berada d pertengahan bulan ramadhan.. Lagi 2 minggu mo raya sudah.. Minggu ni adalah minggu terakhir aku keja d sini.. Insya Allah hujung minggu ni aku balik LD suda.. Yeah, BALIK KAMPUNG woo!!! huhuhu..

Mo tau?? Semalam aku, adik n kawan adik ku, Ena buat keja gila.. Hahaha.. Ekceli xda la gila sebenarnya, bodoh jak kali.. Hahaha..

Gini ceritanya...

Petang kemarin aku defrost peti sejuk kat umah sebab mo buang ais yang sudah menebal dalam ruang sejuk beku tu. Aku defrost dari pagi sampai malam baru boleh cabut ais tu.. Ada 4 keping ais semuanya.. Besar2 lagi tu..

Lebih kurang camni la ais di peti sejuk kami. Hehe..

Tiba-tiba Ena bagi idea buang ais tu ke bawah. Mula-mula aku x mau sebab takut nanti kena bumbung tempat parking d bawah tu. Tapi Ena kata buang la jauh2 dari bumbung tu.. Pastu kami pegi ambik ais then lempar ke bawah..

Pap!! Pecah berderai ais tu.. Tiba-tiba rasa seronok plak.. Adik ku yang tengah buat keja lain pun terus mo join kami jugak.. 

Macam buduh2 jak rasa.. Tiga2 berlari p dapur ambil ais pastu lari2 p tingkap. Adik ku orang first buang ais tu. Dah la bongkah aisnya paling besar, x kuat lagi dia lempar. Aku dah larang awal2 supaya ambil yang kecil tapi dia kata dia larat jugak.. Nah, sekali kena bumbung tempat parking tu.. Punya kuat bunyi nya.. Aku pun terkejut woo.. Lepas tu giliran Ena lagi. Kali ni kena jugak bumbung. Aku terus ndak berani buang jauh2, aku buang tepat2 kat bawah tingkap tu jak.. Tapi tetap ada bunyi la jugak..

Masa tu kami langsung x pikir pasal jiran2 blok kami tu.. Pikir mo happy jak.. Tiba2 ada suara lelaki marah2 dari bawah. Fuhh, terkejut kami.. Macam2 la lelaki tu cakap.. Kami d atas senyap2 jak.. Suda tau buat salah kan, ketakutan la apa lagi.. Jantung pun DUP DAP DUP DAP.. Lepas 10 minit tunggu macam xda pa pa.. Tiba2 ada orang ketuk pintu.. Masa tu masing2 takut suda.. Adik ku siap x mo buka pintu lagi..

Tapi aku terpaksa jugak buka. Takut nanti tambah teruk lagi masalah tu.. Buka jak pintu terus disajikan dengan muka2 kencang jiran bawah rumah.. Nasib student jak, kalau mak @ bapak budak tadi habislah aku kena ceramah free.. Dalam 7 orang tu, cuma 2 orang jak yang bersuara.. Sorang tu ok, cakap pun penuh sopan tapi yang satu lagi tu kencang jak owh.. Siap sindir2 lagi.. Padahal malam semalam dorang la paling bising d bawah, melalak macam orang gila.. Orang gila pun ndak melalak macam dorang.. Hahaha...

Masa mendengar luahan ketidakpuasan hati budak2 tu aku cuma boleh cakap "Sorry" jak.. Ndak tau mo cakap apa lagi sebab memang terang2 kami yang salah.. Tahan malu jak la.. Mungkin kalau kami ni lelaki jugak konpem ada yang bertumbuk tu semalam.. Mesti dorang sangka hujan batu ba tu sebab kebetulan semalam kan KK hujan.. Kalau tengok pun memang macam hujan batu jak sebab bertabur ais kat atas jalan tu.. Hehehe...

Buat adik2 d bawah rumah tu, mana la tau kamu terbaca blog ku ni kan, kakak minta maap ya.. Len kali ndak buat lagi.. Kalau mo buat pun kakak inform dulu.. Ndak pun ajak kamu sekali ka.. Bwahahahahaha...


Anne :: Thanks pada yang sudi singgah & follow belog ni.. Nanti aku singgah blog kamu pulak ya? Sekarang ni busy ckit.. Harap maap yer... ^___^

Day 4 - 10 Things You Want To Say To 1 Person

Assalamualaikum dan selamat tengah hari..


Selamat berpuasa di hari yang ke 12.. :)
Sekarang ni aku tengah layan lagu2 raya..
Sejak akhir2 ni mood raya semakin membuak-buak..
Lagi seminggu nak balik kampung..
Rasa x sabar sangat..

Okehh balik p tujuan asal entri iaitu menyambung cabaran 10 hari yang telah terbengkalai selama beberapa hari.. 
Cabaran dihari ke 4 ni agak susah sikit sebab aku xtau lagi sapa orang yang terpilih ni.. 
Wajib sorang jak ka? 
Dua tiga orang x boleh ka? Hehehe..
Aku pilih Kanda ku laa.. Senang sikit.. Hehe..

P/s :: AMARAN!! Entri kali ni mungkin ada sikit memualkan so sila lah baca entri lain kalau xmo baca yang ini..
Hehehe...


Wahai kekanda ku yang jauh d mata namun dekat dihati, meh sini baca apa yang aku mo sampaikan ngan kanda ni.. hekhekhek...


1. Hai, pa kabar? *Boleh ka mula begini??* Hahaha...
 
2. Mula2 aku mo berterima kasih ngan ko sebab bersabar ngan perangai ku yang amatlah manja & kebudak-budakan dari dulu.. Banyak kali dah buat ko marah tapi ko tetap sabar ngan aku..

3. Thanks sebab ndak merempit sudah.. Hehehe.. Kasi cantik la tu motor, x payah kasi laju.. Banyak menyimpan kenangan tu.. Hihihi.. Lagipun aku x suka tengok ko bingung2 lagi mo cari duit untuk kasi bagus motor tu.. 

4. Raya datang p rumah bha.. Taun ni ramai suda kawan-kawan mu yang aku kenal, so xda lagi alasan xda teman p beraya aa? 

5. Kalau ada masalah share2 bha.. Aku x suka tengok ko susah hati sendiri2.. Walaupun mungkin aku ndak dapat tolong selesaikan masalah tu, sekurang-kurangnya aku boleh faham keadaanmu.. Dulu2 aku selalu buat ko marah & tertekan sebab aku x tau apa yang ko hadapi masa tu.. 

6. Tahniah dapat sambung study jugak.. Rajin2 belajar aa?? Jangan jadi macam di poli dulu, banyak main jak dari belajar.. Hehehe... Ingat betapa eksaited dan gembira nya aku punya future mother-in-law bila ko dapat UPSI.. Jangan hampakan harapan dorang ya? 

7. Masuk UPSI nanti rajinkan diri join apa2 aktiviti yang diadakan.. Dari sekolah menengah lagi ko begitu kan? Selalu x nampak muka kalau ada majlis2 d asrama.. Aku pun terus xda semangat sebab ko xda.. Hehehe..

8. Semoga apa yang ko impikan akan tercapai.. Wahh, macam ucapan birthday jak.. Hehe..

9. Kurangkan merokok ya! Jadilah bakal cikgu yang sihat dan bebas dari rokok.. Hihihi..

10. Sayang ko berjuta-juta lemon.. Hahaha..


Siap akhirnya surat cinta untuk kanda ku.. Hehehe..
Kalau x suka baca boleh klik 'X' laju2..

 

Sejenak aku teringat.. Perghhhh....

Assalamualaikum & selamat petang..


Selamat berpuasa jugak bagi yang puasa tu.. Hehehe..
Hari ni aku mo share pic tempat aku study dulu..

Rindu plak time study dulu..
Rindu kawan-kawan..
Rindu belajar sama-sama..
Rindu makan sama-sama..
Mengutuk pun sama-sama.. 
Hehehe..

Pic ni aku ambil dari group kelas aku.. 
"Geng DIP :: Batch Kami Paling Best"
Sejak bulan puasa ni, classmate ku yang lain sangat aktif dalam group ni..
Dah lama ndak bergosip kali..
Lepas upload pic jak terus komen beramai-ramai..
Time tu la keluar semua kenangan2 masa kat poli..
Hehehe..


Ni depan poli.. 
Nampak tu pondok pak guard?
Hehehe..
Kat belakang tu Gunung Serapi..
Asrama kitorang dekat kaki gunung tu la..
Sejuk wehh.. 
Terutamanya waktu pagi n lepas hujan..
Paling siuk tidur time sejuk2 kan??
Hehehe..



Yang ni plak jalan pegi Kamsis Desa Serapi a.k.a asrama..
Sebelah kiri pic ni ada asrama lelaki, koperasi ngan kafe..
Sebelah kanan plak ada asrama perempuan, rumah warden ngan masjid..
Ini la laluan kitorang pegi n balik kelas hari-hari..
Cuaca masa ni sejuk, cuba tengok putih2 kat atas tu..
Aku x pasti la tu awan ka kabus.. 
Hahaha...


Ni pic masa kat networking lab..
Nampak macam x ramai student kan?
Ramai lagi kat depan tu cuma terlindung oleh PC..
Aku plak kat tepi sebelah kanan..
Out of the photo..
Hehehe...



Hah, yang ni bukan pic poli..
Pic ni cuma nak tunjukkan gunung Serapi yang dilitupi awan *atau kabus kali..* hehehe..
Ni kawasan rumah sewa budak poli..
Sebelah kiri S.M Agama.... 
*aku x ingat nama sekolah tu* Hehehe...
Sebelah kanan flat Batu 9, S.M Teknik Matang & Taman Palma.. *Tempat kitorang menyewa*

Tiga tahun kat sana memang banyak kenangan kitorang..
Pahit, manis, masam, masin dan tawar pun ada..
Semua tetap sekepala..
Ponteng perjumpaan kelab IT pun sama2..
*Tak sabar sebab pinjaman dah kuar*
Hahahaha...

To budak DIP06, aku rindu korang semua..
Bila la mo jumpa lagi kan?
Balik2 sebut pasal reunion tapi xda pa pa jugak..
Habuk pun tarak..
Sampai Nurul pun boring suda dengar perkataan 'reunion' tu..
Hahaha...
Sabar la ya, tunggu semua dah abis study baru kita jumpa ramai2..
Just keep in touch ya.. ^__^


Anne Nurain