Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Download Drama Korea

Assalamualaikum WBT..


Hai.. Hai semuaaa!!!!
Currently me is busy with Firman the robot..
Esok pertandingan dah.. Hari ni busy buat coding untuk gerakkan Firman..
Hehehe.. Tapi sempat pulak update blog kan?? Mihmihmih..


Okei, ni sebab ada cik anon tadi tanya pasal link nak download drama Korea ni..
Boleh rujuk entry yang ni, Tutorial download drama Korea..
FYI, website yang dulu tu dah takde link untuk download..
Website tu dah banyak kali kena delete..
Tapi oleh kerana kegigihan si tukang upload drama tu, dia buat lagi website baru..


So, here's the step on how to cari website tempat download tu.. 


1. Boleh klik kat SINI kalau nak pegi website tu..
Kalau tak dapat, boleh taip www.shunx.pw secara manual, k?


Kalau one day nanti korang tak jumpa website ni, korang try cara ni..
1. Ada akaun Twitter tak??
2. Kalau ada, sila follow Twitter Shun Hyung kat SINI..
3. Tak pun, cari Shun Hyung ni kat FB page dia kat  SINI..


Anything you can ask him there.. 
Nak tanya aku pun boleh..
^___^




Next drama review..........




Owhhh melting~~

Cashout ChurpChurp kali kedua

Assalamualaikum my sweety2 pie nyum nyum..


Hahaha.. Ada rasa geli gelimat tak kat tengkuk korang? Hahaha.. Anyway, faktor penyebab 'sweety2 pie' tu adalah kerana aku tengah lapar.. Baru je makan nasik lauk ayam-masak-kicap-tengah-hari-punya time maghrib tadi. Tapi sekarang ni dah lapar balik. Perut apakah ini?? Sekarang terasa nak makan pizza, aiskrim, kepsi, cheese cake, kekacang, pizza, aiskrim, kepsi, ehh?? Hahaha.. 


Sebenarnya bukan nak cerita pasal makan ponn tapi dah terlanjur lapar, cerita la sekali kan? Hekhekhek.. Oleh kerana hari ni dah hari terakhir dalam bulan Mac, maka aku pun telah membuat keputusan untuk cash out aku punya Churpchurp.. Kenapa tunggu hujung bulan? Sebab kalau ikut prosedur Churpchurp, sebarang cashout dalam bulan tu akan di proses di hujung bulan.. So, bagi tidak membazirkan masa bagus hold dulu & tunggu hujung bulan.. Dan, inilah hasilnya....



Earning dah reset pegi kosong kosong kooosoonggg balik.. Huhuhu.. Start esok kumpul earning baru lagi.. Kali ni aku nak kumpul sampai RM500 pulak baru cash out. Azam ni, jangan main2.. Azam bulan baru.. Hehehe.. 


Ada yang berminat tak nak join Churpchurp ni? Jom la daftar sekarang. Klik SINI kalau nak daftar ye? Earning memang tak menentu, kalau rajin share, ada orang klik link baru la earning tu akan bertambah. Memang kena sabar laa.. Earning aku yang baru2 ni pun aku kumpul dari bulan 8 tahun lepas.. Alhamdulillah, banyak la jugak.. Boleh la buat sara hidup.. Kehkehkeh..



Tips untuk Churpchurpers~




Collagen Plus Vit E berbahaya??

Assalamualaikum WBT & selamat petang.. :D


Baru je terbaca artikel pasal "bahayanya produk Collagen Plus Vit E " ni tadi..
Korang baca sendiri kalau nak tau pa citaa~ hehehe..


Sumber : Google


Siyesly, terkejut sangat sebab aku pakai produk ni sekarang..
Tapi aku guna sabun dia je la sebab aku memang tak suka pakai krim siang & krim malam ni..
Leceh.. Terutamanya krim malam.. Hehehe..
Memang krim malam tu mencurigakan sebab susah nak sapu kat muka, berkilat then muka tak selesa, melekit-lekit & gatal2 jadinya..
Sebab tu aku tak pakai dah..


Kesian la sabun tu kena buang..
Isk..isk..isk.. Membazir dah aku beli sabun tu..
Tapi takpe la kan? Takkan nak teruskan jugak, kang rosak kulit muka aku..


Mungkin orang akan cakap produk tu produk tiruan sebab tu jadi macam tu..
Tapi walaupun produk tu ori, kandungan bahan kimia tu tetap dari bahan yang merbahaya..
So, better hentikan la dan guna produk yang diiktiraf KKM dan halal..
Kan? Kan? Hehehe..


Nampaknya terpaksa la aku cari produk pencuci muka yang baru..
Takut sangat kulit muka jadi macam diorang2 yang dah jadi mangsa..
Habis kulit muka tumbuh bintik2 kasar walaupun kulit dah cerah..


Korang tau tak produk apa yang selamat nak pakai?
Tanak dah pakai produk2 yang jual kat pasar malam ni..
Salah aku jugak, cepat sangat terpengaruh ngan produk2 yang menjanjikan kesan sepantas kilat ni.. Kesan tu memang betul ada tapi kesan jangka panjang daripada bahan2 kimia merbahaya tu kita tak tau lagi cane.. So, better ambil langkah berjaga-jaga..
Huhuhu~


Okey, stop kat sini dulu.. 
Nak kol mak aku suh stop pakai produk tu.. Hehehe..



Cara detect spammer di Cbox

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :D


Aku tau mesti ramai yang memang dah geram sangat2 ngan individu2 yang 
suka tinggalkan link iklan di Cbox kan?? 
Lebih2 lagi iklan-klik-dapat-duit macam 8Share & Churpchurp..
Tapi kan, jangan la sampai nak tipu..

Letak nama Syasya tapi link bukan URL blog, dia letak link iklan pulak..
Cari duit biar ikut cara yang betul ek?
Nak ke makan duit haram hasil menipu orang lain??
Lain kali inform je kalau nak mintak tolong klik kan iklan..

Takyah nak mengelirukan sekaligus menipu blogger sebab 
some blogger tak tahu yang link tu sebenarnya link iklan..
Ingatkan ada kawan blogger datang gi blog, then kononnya nak la BW balik ke blog orang tu..
Sekali klik, eh, iklan rupanya..
Tertipu sudaaaa..
Hehehe..

Bagi yang belum tahu nak detect link spam ni, caranya senang je..
Tengok printscreen yang aku dah highlight kat bawah ni..




Just halakan cursor korang gi nama kat Cbox tu..
Then tengok kat bawah sebelah kiri browser korang..
Kat situ korang boleh tengok URL @ link tu sama ada link iklan atau blog..
Kalau aku baik hati memang aku klik je link tu tapi kalau aku malas....
Hmm.. Faham2 la ya?? Owner blog ni pemalas orangnya..
Kehkehkeh..



Tutorial download drama di KJDORAMA.NET

Assalamualaikum & holaaa guys!!


Kali ni nak buat tutorial download drama pulak sebab masa buka nuff aku tadi nampak keyword ini jadi carian kat blog aku.. Aku memang selalu download drama korea kat website ni.. Malas nak tengok online sebab kelajuan tenet adalah sangat hampehh.. 


So, here's the tutorial.. hehehe..


1. Pergi ke website kjdorama.net.
2. Pilih drama mana yang korang berkenan.. Hehehe.. 


Aku pilih drama korea yang baru ni, My Love From Another Star.. Hehe..


3. Kalau time korang klik tu ada pop-up ads, terus CLOSE je eh? Tu gangguan semata2.. Hahaha..
4. Dah masuk kat drama yang korang nak tu, sila skrol ke bawah dan cari Download Link..

Cite ni ada 20 episod rupanya.. hehe


5. Klik kat episod mana yang korang nak, kalau ada pop-up ads, macam biasa, close je.. hehe.. 
6. Lepas klik link untuk download tu, automatik akan buka new tab dengan iklan AdF.ly.. Tunggu 5 saat pastu klik Skip Ad..



Lepas tu, ada lagi iklan dari Linkbucks, tunggu & Skip Ad jugak.. Hehehe..




7. Lepas skip dua ads tadi, maka sampai la korang ke tempat nak download episod tu. TAPI kan, kekadang akan muncul iklan macam kat bawah ni, tutup iklan yang menyemak itu ye? hehe..




8. Kat sini, diorang akan bagi pilihan nak format video yang macam mana.. Ada 2 jenis iaitu .avi ngan .mp4.




9. Aku selalu pilih yang format .mp4 je, sebab nak jimat space hardisk aku.. Hehehe..

10. Lepas dah tentukan nak saiz dan jenis video yang korang nak, sekarang pilih lokasi file hosting yang korang nak pulak.. Hehehe..

Jenis2 file hosting

Masa aku try ni, Sockshare ngan MixtureCloud ada problem, so takleh tunjuk la macamana nak download dari situ.. Aku bagi contoh untuk Zippyshare, 1fichier ngan EmbedUpload je la ekk?? Hehehe..


11. Ni contoh nak download kat Zippyshare.. Nak download just click kat button oren yang aku dah tanda tu ek? 




12. Ni kalau nak download kat 1fichier.. Klik kat tempat yang aku dah highlight tu..




13. Bawah ni kalau korang pilih EmbedUpload. Kat sini ada lagi banyak file hosting, terpulang pada korang nak pilih yang mana.. hehehe..




14. Fuhh penat mak printscreen2 semua benda alah ni.. Mohon abaikan watermark yang menyibuk di setiap gambar.. Hahaha..


Info tambahan

1. Setiap kali korang klik kat mana2 link, iklan AdF.ly & Linkbucks tu sentiasa ada, so kena tunggu beberapa saat & skip ad baru boleh download.. 

2. Setiap kali klik juga akan ada Pop-up Ads, so sila close iklan2 tersebut tanpa menyumpah seranah atau mencaci maki website tersebut.. Dapat dosa je nanti.. Hehehe..

3. Kat website tu dia bagi banyak2 file hosting, so bila korang klik kat Zippyshare tapi fail tu dah takde, korang try la pulak cari kat file hosting yang lain eh?


Memang leceh tapi tu je la cara tuan punya website tu nak dapatkan income untuk maintain kan website serta web hosting dia.. Nak video yang clear & bukan part by part korang kena la banyak bersabar.

Kalau korang takde IDM (Internet Download Manager), fail2 tu semua akan dimuaturun direct ke browser korang.. Kalau nak tau cara install IDM sila google ek? Aku takda buat tuto untuk install IDM. Hehehe..



Okei dear, thats all for the tuto.. 
Should you encounter any problem, dont shy shy cat..
Tanya je eh? Hehehe..
Kalau malu & malas bertanya, maka tak dapat la download drama kegemaran korang.. 
Hehehe..


Tutorial Letak Iklan 8Share & Churp2 (Teks)

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera..


Hari ni nak bagi tuto simple pulak..
Tuto ni Hariz Hilman yang tanya..


Hariz ni blogger baru lagi..
Sila terjah blog beliau eh? 
Jom support new blogger.. hihihi..


Bagi korang2 yang ada akaun 8Share atau ChurpChurp tu 
korang boleh la letak link iklan korang dalam blog.. 
Kot2 ada orang nak klik kan? 
Rezeki tuu.. hehehe..


Tuto yang ni untuk iklan dalam bentuk TEKS.. 
Kalau nak yang dalam bentuk imej, nanti aku buat.. Hehehe..


1. Dashboard > Layout > Add a Gadget  > HTML/JavaScript

2. Masukkan coding kat bawah ni..
<a href="URL Iklan"> Teks </a>
 URL Iklan : Link iklan 8Share @ Churp2 korang..
Teks : Ayat yang korang nak letak.. Apa2 pon boleyy.. hehe..


3. Kalau nak bagi teks tu kat tengah kotak, just tambah  <center> kat depan coding dan </center> kat belakang coding..


4. Kalau nak bold kan tulisan, just tambah <b> kat depan coding dan penutup, </b> kat belakang coding.. Nanti coding korang akan jadi macam ni..

<center><b> <a href = "URL"> Ayat korang </a> </b> </center>


5. Kalau nak letak banyak link, copy & paste coding tu banyak kali.. Hehehe..

6. Satu lagi cara yang senang iaitu guna Text.. Add a Gadget > Text.


7. Taip ayat yang korang nak, pastu klik pada ikon macam dalam kotak merah tu untuk create a link.



8. Masukkan link korang dan tekan OK dan SAVE.. Senang kan?? 

9. TAPI kan... Teks ni duduk kat tepi, kalau nak dia duk kat tengah, korang kena masukkan jugak coding center tu. Hehehe.. Caranya pun senang je, klik Edit Html yang kat atas kotak tu pastu paste kan <center> & </center> tu kat depan dan belakang coding.. hehehe..


10. Save & tengok jadi ke tak.. Kalau tak jadi, bagitau aku eh? Nanti aku tolong.. hehehe..






Tutorial pasang widget nRelate

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera uollss..


Hari ni nak buat tutorial khas untuk kak Atien..
Kalau korang nak try pon boleyy.. ^___^
Widget nRelate ni sama macam Linkwithin tapi yang ni lagi best kot..
hehehe..


Contoh widget nRelate kat blog aku

Langkah-langkah :

1. Pegi nrelate.com, cari button LOG IN. Bagi yang belum ada account tu, sila la create account ye? Lepas dah isi segala yang diminta, nRelate akan hantar activation link kat email korang. Kena tunggu jugak la, kekadang email tu lambat sampai. Kalau tak sabar sila la refresh email korang banyak kali.. Hehehe..


2. Bila account korang dah aktif, sila la klik INSTALL kat menu atas tu.. Pastu pilih platform blog yang korang nak masukkan widget tu.


Pilih platform



3. Dah pilih platform, masukkan pulak URL blog.

Masukkan URL blog


4. Pastu pilih nak widget yang macam mana.. Honestly, aku tak sure apa beza 3 benda ni.. Hehehe.. Just try & error je la eh? 

Pilih versi widget


UPDATE : Kalau pilih 'Posts only', widget tu akan kuar kat setiap post korang.. Kalau 'Posts and Homepage', widget tu akan kuar kat post & kat Home @ laman utama blog korang.. Kalau 'All pages' pulak, widget tu akan ada kat pages lain kat blog korang.. hehe.. Sory & thanks jugak to +Affy Afiqah sebab dah try tutorial ni & dari situ la aku tau apa beza version2 widget ni.. hehe..



5. Lepas dah pilih & klik hok mano yang berkenan tu, korang akan dibawa ke page element macam kat bawah ni.. Pilih blog mana yang korang nak letak widget ni & klik Add Widget.


Pilih blog


6. Lepas tu korang dah boleh nampak yang widget ni dah ada kat layout blog korang. Tapi bila korang preview, kekadang widget ni belum muncul lagi. Korang kena tunggu dalam 10 minit camtu. Untuk tidak membuang masa, apa kata korang pegi page nRelate tadi dan klik SETTING. Pastu akan kuar macam kat bawah ni..

Status widget


7. Tengok kat status tu, kalau dah 'ready to go' tu maksudnya widget nRelate tu dah ada kat blog korang! Yippieee!!! Hip hip horeyy!! Sori, over pulak.. Hehehe..  TAPI, eh ada tapi lagi? Widget korang tu akan nampak bosan macam kat bawah ni..


Plain, boring~



8. So, the solutions is..... Skrol bawah lagi kat setting tu then korang akan jumpa cara nak mencantikkan lagi widget nRelate korang..


Sedikit panduan nak setting widget



9. Kalau dah puas hati dengan segala perubahan dalam settings ni, klik SAVE.. Pastu refresh blog korang.. Ni contoh yang aku buat kat blogshop aku..


Dah menjadi pun! hihi



Hah, tu je la cara2 nak masukkan widget ni.. Takde la susah mana pun, just try & error.. Hehe.. Selamat mencuba! Kalau ada yang tak paham, jangan malu jangan segan, tanya cepat2. Cekgu Anne sedia membantu.. Hikhikhik..




Jenis ganjaran atau rewards dari ChurpChurp

Assalamualaikum WBT..


Hai uolls! Apa khabar? Harap sihat la ye?
Hari ni nak buat entri pasal Churp2 lagi.. Harap takde la yang bosan ye? Entri ni sebagai panduan je buat mereka yang baru join Churp2 ni.. Untuk yang dah lama join pon boleh jugak.. Kalau yang baru nak join pon tersangat la boleh.. Tapi kena daftar dulu okei? Klik je kat menu yang ada kat sebelah kiri blog ni. Hihihi..


Okei, straight to the point.. Entri hari ni adalah untuk mencirikan, ecehh ayat macam nak buat esei je.. Hehehe.. Sebenarnya, just nak explain kat Churpers sekalian tentang jenis2 rewards yang Churp2 'akan' bagi. Kenapa 'akan' bagi? Sebabnya, ada jenis2 rewards yang kadang-kadang je boleh dapat.


Ringkasan jenis-jenis ganjaran


Jenis-jenis ganjaran :

1. SOCIAL SHARE
Ni yang biasa punya rewards. *apa punya ayat daa* Memang akan dapat.. Pilih mana2 campaign @ iklan, share kat mana2 social media, then dapat earning.. Tu pun kalau ada orang klik la.. Hehehe..



2. SOCIAL SEED
Kempen untuk Churpers yang terpilih sahaja.. Contoh kempen macam kat bawah ni..


Ni campaign untuk social seed yang aku dapat


Untuk rewards yang ni, korang kena cipta ayat sendiri dan masukkan beberapa ayat wajib yang ditentukan oleh Churp2.. Lepas dah send ayat yang korang cipta tadi, kena tunggu pihak Churp2 approve. 


Dalam kotak merah tu adalah ayat wajib yang kena ada dalam tweet ciptaan korang..

Rajin2 la jenguk Twitter korang.. Kalau ayat yang korang cipta tu dah ada kat status twitter korang, itu bermakna ayat ciptaan korang dah di approved. Maka, korang akan dapat la ganjaran yang dijanjikan. Senang kan? hihihi..



3. SNAP SHARE
Yang ni aku tak da rezeki lagi nak dapat. Hehe.. Ni pun senang je.. Just amik gambar pastu upload kat instagram & sertakan sekali keywords yang diberi oleh Churp2. Siappp!! 

Contoh snap share campaign dari Churp2 Singapore



4. CAMPAIGN SEED
Yang ni pun aku belum pernah dapat lagi.. Mungkin pernah tapi masa tu aku sombong dengan Churp2. Padan muka.. Hahaha.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pegi blog Cik Itah, dia dah buat entri pasal ni sebab dia dah pernah dapat.. Jeles I taww.. Hihihi..



Sekian, tu je yang mampu dikongsikan bersama.. Ada mana2 part yang tak paham sila angkat kening dan tanya soalan ye? Kalau cikgu boleh jawab, insya Allah cikgu jawab.. Kalau tak dapat jawab, kita tanya pacik Google ramai2.. Muehehehe..





p/s : Isi tabung plisss.. hihi..


Lollipop Bait

Assalamualaikum WBT..


Hai people!! Jumpa video ni kat fb tadi.. Satu peringatan buat ibubapa yang kadang kala terleka dan seterusnya mengabaikan keselamatan anak-anak mereka.. Video ini dibawakan oleh agensi pengiklanan TBWA Kuala Lumpur bagi pihak Kidproof SEA sebagai peringatan kepada ibubapa agar tidak meninggalkan anak-anak mereka tanpa pengawasan.. 


Ye la, dari dulu sampai sekarang kan ada je kes kehilangan kanak-kanak.. Ada yang dijumpai selamat dan ada juga yang sebaliknya.. Sedihkan bila dengan berita kanak-kanak yang tak berdosa tu ada yang dibunuh dengan kejam? Ntah apa salah diorang kat pembunuh tu.. :(






Lepas ni, diharap ibubapa akan lebih memberi perhatian pada anak-anak mereka terutamanya apabila berada di kawasan yang terbuka dan ramai orang, contohnya kat shopping mall.. Selalu sangat aku jumpa parents yang suka biarkan anak diorang.. Sekali bila dah hilang tau pulak nak meraung2 mintak carikan anak diorang.. 


Tapi, tanggungjawab ni bukan untuk ibubapa semata-mata tau? Family member contohnya datuk, nenek, abang, kakak, makcik, pakcik pun kena la tolong jugak tengok2 kan cucu cicit, anak sedara ataupun adik beradik memasing.. Orang awam pun kalau ternampak kanak-kanak yang tersesat ataupun terpisah dari family dia, pegi la tolong carikan, bukan tengok je.. Mana la tau mak budak tu pegi berebutkan barangan yang tengah diskaun gila2 kan? Nanti barangnya dapat, anaknya pulak hilang.. Na'uzubillah min zalik.. 


Sama2 la kita beringat ye? Anyway, best kan video ni? Idea yang sangat bagus dalam menyampaikan mesej.. Tapi ada jugak budak-budak sekarang yang tak tertarik dengan lolipop, diorang tertarik dengan benda lain pulak.. Klik SINI kalau nak tau..





Sumber : Says.my




Kehidupan Sebuah Perkahwinan :)

Assalamualaikum WBT...


Hai semuaaaa.... Apa khabar? Harap sihat la ye.. Macam menarik je kan tajuk kat atas tu? Menarik sangat2 terutamanya bagi aku yang belum kawin ni.. Hahaha.. Apa punya intro daaa.. -__-


Sebenarnya, aku nak share something yang aku dapat dari ceramah motivasi yang aku pegi hari tu.. Ceramah tu masa 27 Oktober hari tu lagi tapi baru ingat nak citer pasal tu sekarang.. 
Cerita basi.. -___- Hahaha.. Tapi pengisian dalam ceramah tu takkan pernah basi sebab masih segar dalam ingatan.. Almaklum la, tajuk "Kehidupan Sebuah Perkahwinan", mesti semua pun suka kan? Termasuklah aku yang nak sangat kahwin tapi tak sedar diri tu belum ready.. Ahakss!


Penceramah jemputan untuk ceramah ni adalah Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang beliau boleh la merajinkan diri tu tanya cik Google eh? Aku sempat tengok fb page ustaz tadi, ustaz belajar guna Bitstrip woo.. Komik yang ustaz buat pun sejibik macam muka dia.. Hihi.. Nak terjah fb page ustaz boleh klik ------> SINI


Antara student yang hadir..


Antara pengisian yang aku dapat tangkap sepanjang ceramah tu ialah : 

1. Mahar @ mas kahwin

Mestilah berupa sesuatu yang bermakna.. Bukannya seperti ayat2 mat jiwang nak tackle awek, "Cukup la kasih sayang ku sebagai mahar buat mu" <---- Yang ni, NO! Tak boleh dikira sebagai mahar. Contoh mahar yang boleh diterima selain daripada wang adalah sepersalinan kelengkapan solat dan sebuah Al-Quran.. Contoh je la, boleh lagi la pikir benda lain lagi.. Hehehe..


2. Persiapan sebelum nak kahwin

i. Perancangan kewangan
Menurut ustaz, sebelum nak kahwin pastikan buat perancangan kewangan terlebih dahulu terutama pada yang kurang mampu. Maksudnya disini, takyah la nak kawin grand sangat kan? Fikirkan kehidupan selepas kahwin tu yang lebih penting.. 


ii. Kenali diri sendiri baru kenali pasangan..
Sebelum kahwin pastikan korang kenal diri korang sendiri.. Apa yang korang suka, tak suka, boleh terima, tak boleh terima... Kenal pasti apa kelebihan dan kekurangan diri korang.. Lepas tu baru la kenali pulak pasangan korang. Mesti kenal diri dia yang sebenar-benarnya.. Jangan bila dah kahwin baru keluar semua yang buruk2 dari pasangan korang.. Time tu la baru menyesal la, nak cerai la.. So, cari la pasangan yang benar2 boleh terima diri korang seadanya.. :)


3. Istikharah & istisyarah

Sebelum nak kahwin lakukan istikharah & juga istisyarah.. Istikharah mesti dah ramai yang tahu kan? Tapi ramai yang salah faham yang solat sunat istikharah ni dilakukan semata-mata bila nak kawin je, sedangkan ianya adalah sebagai kemudahan untuk kita memohon pertolongan pada Allah sekiranya hendak membuat apa saja keputusan..  Manakala istisyarah pulak adalah seperti kita meminta pendapat orang lain contohnya ibubapa, mengumpul maklumat dan pandangan terhadap situasi yang sedang kita hadapi.


Hanya mampu bergambar dengan banner.. hehehe

Tu saja yang dapat aku share.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la cari kat google eh. Banyak je ceramah2 motivasi pasal perkahwinan ni.. Dari korang je rajin ke tak nak cari dan baca @ dengar.. Sekian sahaja dari saya, segala yang baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari pihak tokey blog ini.. Sekiangggg!!! Wassalam.. :D




Ayat mengorat paling tak boleh blah!!


Klik untuk mata yang sihat

Jom tukar ke Fibox!!


Holaaa!!! Ce klik kat encek Domo aku tu.. Korang leh nampak aku dah tukar Shoutbox aku ke Fibox.. Ni semua gara-gara Shoutbox dah x free lagi start taun depan..

Jom ramai-ramai tukar ke Fibox!! Mudah je, just pegi website Fibox macam kat bawah ni..
 



Pilih SIGN UP ...




Pastu masukkan email, password, retype password then tick kat kotak kat bawah tu.. PASTIKAN email korang tu aktif ye? Pastu Continue je... Lepas korang klik continue tu, korang kena buka email untuk verify link plak.. Korang klik je link yang diorang send tu, otomatik akan ada new tab untuk masukkan semula email dan password yang korang masukkan masa mula-mula tadi. 


Lepas log in, akan ada keluar macam kat atas ni. Just klik setting untuk lihat tetapan yang korang leh ubah untuk Fibox korang. Contoh macam kat bawah ni.


Kat bahagian ni la korang boleh buat apa yang korang suka kat Fibox korang, tapi setakat ni feature yang ada masih terhad coz Fibox ni kan baru lagi..  Di bahagian stats dier ada bagitau total message kat Fibox korang. Selain itu, (ewahh, macam karangan plak da..) korang boleh set width dan height untuk Fibox korang ikut suka hati dan jiwa raga korang la nak set berapa.. Hehehe... Bila dah puas hati ngan rupa bentuk Fibox korang tu, boleh la ambik/copy coding kat dalam kotak tu then paste kat HTML blog korang.

Kalau aku, aku just gantikan ngan coding Shoutmix aku yang sebelum ni. Mudah je kan? Tapi kalo masih ada yang nggak paham, jangan segan dan jangan malu, hubungi gue aja ya? Maap ya, tetiba mood sinetron plak. Ni gara-gara roomate aku la ni tengok sinetron kat sebelah aku.. Huhuhu...

Kalau korang pilih login melalui Facebook, secara otomatis Fibox akan menggunakan gambar profil d facebook sebagai gambar profil kat Fibox.. Nama kat Fibox pun akan sama dengan nama kat Facebook.. Kalau dah logout Facebook, baru korang leh tukar nama kat Fibox tu..

Apa lagi? Jom ramai-ramai tukar ke Fibox!! ^____^

Tips untuk korang yang 'Homesick'

Assalamualaikum...

Hari tu masa taip pasal aku homesick tu aku terjumpa tips ni.. Just nak share ngan korang-korang yang homesick macam aku.. Tips ni dalam bahasa Inggeris, aku malas nak translate..Huhuhu...

1. Talk it out!
It’s ok to feel homesick. The more you talk about it, the better you will feel. So, call a friend and let them know all about it. - Kalau xda kedit, sms pon bley.. huhu..



2. Get out
Grab a roommate and check out the campus, get lunch or go shopping. Find fun things to do and it will help you adjust quicker to your new locale. - Macamana nak shopping kalau duet xdak?? haha..



3. Bring familiar items with you
Your blanket from home, photos, pillows and stuffed animals will all help you to feel more comfy in your new digs. - Uwaaa!!! Rindu teddy bear, c pink bunny ngan spongebob aku....


4. Get to know your new home
Walk around and familiarize yourself with your new space. The more you know, the in control you will feel. - Nanti nak round kolej nek beskal.. hoho..



5. Plan!
Plan trips home, to audition for a play, dinner out with classmate or just to get your nails done. Having something to look forward is a great way to ward off homesickness. - IKSAS ada buat aktiviti Khamis ni, x sabar mo jumpa the other Sabahan student.. :)


Thanks to :  everycollegegirl.com

Aku tak tau apa tu notis berenti keja... Asi ka??

Assalamualaikum & selamat malam kawan2 blogger ku yang disayangi..


Wahh, intro macam surat cinta zaman kanak2 jak.. Opss!! Hehehe...

Sekarang ni dalam kepala hotak aku asik terpikir pasal urusan masuk UPSI jak.. 
Macam2 aku pikir.. 
Mana mo beli tiket lagi, urus penangguhan PTPTN lagi, bayar yuran, notis berenti keja lagi..
Iya, benda last ni yang aku tengah pikir sekarang..
Aku x pernah lagi terlibat ngan notis berenti keja ni..
Ndak kisah la notis 1 jam ka, 24 jam ka, 1 minggu ka atau 1 bulan..
Keja yang sebelum ni aku berenti begitu jak..
Just mesej manager tu gtau aku mo berenti...
Senang jak gitu kan?
Hehehe...

Kat tempat keja aku sekarang ni mo notis 1 bulan..
Maksudnya, aku kena bagi notis tu sebulan sebelum aku berenti la kan?
Pliss correct me if i'm wrong ya??
Sapa2 yang ada pengalaman tu, tulung2 la saya ya...

Okehh la, tu saja la..
Nite2 eberibadi! 
^___^



Macamana korang handle masalah korang??

Assalamualaikum..

Aku tengah ada problem sekarang ni..
Kadang2 rasa mo mengeluh jak tapi terus ingat, mengeluh tu ndak bagus..
Jadi aku sabar jak la..
Memang kali ya, hidup kita ni ndak pernah sunyi dari masalah..
Lepas satu masalah, datang satu lagi masalah..

Kalau aku ada masalah, first skali otak aku akan pikir penyelesaian laju2 sampai kepala pun pening2..
Bila sudah terasa pening barulah aku perasan yang aku suda memaksa otak ku bekerja keras ..
Maka lepas tu aku akan rehat2 kan kepala hotak dan tenangkan fikiran ku dengan baca zikir penenang hati..
Pastu lau ndak tenang lagi baca Al Ma'thurat atau Quran..
Bagi yang tengah ber'cuti' tu, dengar bacaan Quran pun boleh tenangkan fikiran dan jiwa korang..

Selain sakit kepala, muka aku jugak akan berubah dari muka comel *ahaks* ke muka kencang macam mo makan orang dan dahi yang sentiasa berkerut..
Kadang2 abis orang sekeliling ku kena marah..
Semua serba ndak kena.. Itu salah ini salah.. Itu ndak boleh, ini pun ndak boleh jugak..
Mak aku cakap, macam kucing baru beranak.. Ndak boleh kacau anaknya ckit terus mo mencakar.. Hehehe...

Last sekali, aku akan bawak masalah ku tu tidur..
Mana tau jumpa jalan penyelesaian dalam mimpi kan? Hehehe...
Gurau jak.. At least xda la orang kena tempias anginku lau aku tidur..
Kurang ckit la dosa.. Hehehe..
Dah bangun tidur baru boleh fikir masalah tu pelan2..
Aku selalu cerita masalah ku ngan kanda ku sebab aku ndak mo family ku ikut susah hati ngan problem yang aku hadapi..
Biarlah kanda ku yang ikut pening kepala ngan aku..
Baek tak aku?? Hakhakhak...

Fakta yang aku cipta sendiri..

Tahukah anda? Muka anda yang sedang marah atau mengamuk adalah muka yang paling huduh sekali..

Tipu jak tu lau ada orang cakap, "Wui cantiknya c polan lau marah"... Semua tu dusta belaka.. Muka paling cantik atau hensem ialah muka time korang senyum dengan ikhlas.. =)  So, jangan la marah2 n mengamuk2 ya?! *Peringatan untuk diri sendiri*

Jom senyum macam aku.. huhuhu... ^___^

Masa online pesbuk tadi pagi aku terjumpa satu page ni, dia ada Quran online..
Best wooo... Siap boleh dengar bacaan ngan ada translator jugak..
Sambil online pesbuk boleh gak korang baca terjemahan ayat suci Al-Quran..
Mana2 surah yang korang dah hafal tu boleh cek balik, manatau korang ada salah sebut.. ^__^

Okies dear2 sekalian alam, patik mo beradu dulu..
Daaaaaaaa............. (-_-)


Tiada Idea Tapi.....

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Aku xda idea mo update pasal apa hari ni tapi tangan ni ringan jak mo menaip.. Mo cerita apa ya hari ni? Idea.. Idea.. Cepat laa datang hinggap p otak ku ni.. hehehe..

Sebenarnya aku tengah kekenyangan ni.. Sebelum tu, Alhamdulillah dulu.. Hihihi.. Walaupun lunch hari ni ndak sesedap dan seenak lunch orang lain, aku tetap rasa bersyukur sebab dapat jugak aku lunch hari ni. Tahniah perut, anda tidak kelaparan hari ni. ^_^

Semalam lepas makan nasi lauk telur dadar, tapak tanganku terus rasa gatal-gatal. Tapak kaki pun ikut jugak gatal tapi ndak la segatal tapak tangan ku. Heran gak aku, takkan la aku alergik ngan telur.. Kan tu makanan peberet aku.. Tapi orang tua2 bilang, lau tapak tangan gatal tu maksudnya mo dapat duit nanti.. Kan bagus kalau betul.. Hahaha...

Tadi pagi plak, aku nek city bus p keja. Aku dapat seat d depan, sebelah driver.. Yang lucunya, driver nya moody pastu penumpang pun moody jugak. Macam2 suda ayat keluar dari mulut dorang, aku senyum jak dengar dorang membebel..

Aku selalu pastikan hari-hari ku bermula dengan baik, dengan perasaan yang gembira, no moody2.. Bangun tidur jak terus pikir benda-benda positif.. Kalau terlewat bangun, sedapkan hati sendiri.. 

"Ndak pa, bos lambat masuk jugak.. Ndak jugak tu dia marah.."  

Elakkan pikir masalah di waktu pagi, biar berat cmana pun masalah tu cuba elakkan.. Kalau mo pikir pun, pikir la di waktu lain.. Setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya.. ^_^ 




>> Thanks sudi baca! <<


Anne Nurain