Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Berhenti mengeluh & bersyukurlah...

Assalamualaikum W.B.T



Mendengar isteri membebel di rumah, bermaksud aku masih ada keluarga...

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bermaksud aku masih ada suami...

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bermaksud aku masih ada mak dan ayah...

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bermaksud aku mampu bekerja keras...

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tetamu di rumah, itu bermaksud aku ada kawan-kawan...

Pakaianku terasa agak sempit, itu bermaksud aku cukup makan...

Mencuci dan menseterika baju yang banyak, itu bermaksud aku memiliki pakaian...

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bermaksud aku ada tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bermaksud aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bermaksud aku boleh mendengar..

Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bermaksud aku masih hidup..

Mendapat banyak komen di blog, itu bermaksud blog aku masih ada pengunjung.. hehehe..



Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. 
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Semoga yang membaca post ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.. :D




Jumpa kat pesbuk & edit sikit.. hihi.. :D


Bulan cantik & Boipren x romantik



"Tgk bulan, cantekkk..."

"Sama jgk pun, msih jgk bulan aku tgk.."

"Mmang la, tp wrna ny lain dr biasa. yg biasa wrna ptih.."

"knpa skrg wrna hijau ka blan tu?? hehe.."

"Ndak la, wrna pink. haha.."


Betapa ndak lomentiknya buah ahti ku ni..
-____-


BTW, bulan sangat cantik malam ni..
Maha Suci Allah yang menciptakannya..

nota kecik >> sedih ndak dapat post gambar bulan yang cantik.. wuwuwu..

Takut ngan budak2 sekarang...

Assalamualaikum & selamat petang... ^___^


Aku update lagi setelah 2 3 hari ni aku tiada masa mo update.. Asal mo update jak terus tiba2 blank, jadi bagus biarkan jak dulu.. Hehehe.. Hari ni aku xda keja, bos pun jarang ada d opis, boleh la jugak aku rehat2 kjap sambil layan pesbuk ngan update blog tercinta ni.. Hehehe..

Sekarang ni orang heboh pasal budak 14 taun yang terang-terangan mengaku tiada dara d blognya.. Aku pun ikut2 jugak p serbu blog budak tu. Punya semangat aku membaca segala post2 nya tu.. Tapi sayang x banyak post nya.. Mungkin dia ni baru2 jugak la dalam dunia blog ni coz aku tengok xda pun dia reply komen2 dalam semua post2 ny tuh, widget yang penting2 pun xda.. Mungkin budak ni ingat blog ni macam diari, dia sendiri jak yang boleh baca pastu boleh post apa saja termasuk hal peribadi dan aib dirinya tu..

Kalau korang rajin pegi la bw p blog budak tu.. Hampir semua post nya tu kena komen yang kaw-kaw punya.. Macam biasa la, ada komen yang membina dan ada jugak komen yang menjatuhkan.. Apa2 pun aku enjoy baca komen kamu semua.. Hehehe.. Tapi bila la budak tu mo reply aa?? Aku mo jugak tengok cmana dia mo survive ngan komen2 pedas tu semua.. ^___^

Tapi masalah ni bukan berlaku ngan budak bandar jak, budak2 kat kampung aku pun ada yang teruk macam ni.. Aku tau pun dari mak aku.. Aku kan jarang balik kampung, so ndak berapa update la ngan cerita2 hangat d kampung.. Nasib ada mak aku jadi reporter ndak bertauliah.. Hehehe..

Mostly budak2 belasan tahun la yang paling teruk d kampung sekarang.. Kat depan umah ku ada bukit, atas bukit tu plak ada satu bangunan kayu. Dulu bangunan tu jadi pusat kegiatan wanita @ macik2 kat kampung aku.. TAPI.. Sekarang bangunan tu jadi PUSAT MAKSIAT... Selalu jak nampak pasangan2 bodoh p beromen d sana.. Dorang tau ada orang nampak dorang tapi dorang ndak kisah owh.. Punya hebakkk kan dorang?? Bertambah hebakkk dan berani lagi dorang bila bangunan tu bersebelahan jak ngan masjid!! Ndak ka buduh tuh?? 

Bila d pikir2 balik, aku takut plak ngan budak2 sekarang ni.. Terutamanya yang berbangsa Melayu & Islam.. Begini ka umat akhir zaman?? (skema ny ayat ku. ehehe..) Budak2 ni baru mo meningkat remaja sudah terlibat ngan benda2 ndak senonoh, suda berani buat dosa besar n tanpa segan silu mengaku lagi dengan bangganya yang dia sudah pernah 'main'.. 

Main apa tu dik? Main tapuk2? Oohhh.. Tu feveret kakak tu masa umur2 kamu.. Ah bukan? Main polis pencuri ka palek? Ni pun best jugak dik, men kejar2 bawah rumah sampai round2 kampung.. Apa?? Bukan jugak? Owh.. Kamu moden suda bha kan? Lagi pun budak bandar.. Ndak main la game standard budak2 ni kan? Kamu kan 'dewasa' suda.. Boleh buat apa yang orang dewasa boleh buat, malah lebih lagi kan? 

Kamu bangga kenal ngan mat2 rempit & geng itu geng ini... 
Kamu bangga kamu suda pernah 'main'.. 
Kamu bangga kamu suda 'rasa' si itu ngan si ini.. 
Kamu bangga kamu suda pernah minum air haram.. 
Jangan la dik, kamu tu muda lagi... 

Kamu pikir ada ka ibu bapa yang akan senyum bangga ngan 'kejayaan' kamu tu?? 
Ada ka orang normal mo tumpang gembira ngan 'pencapaian hebat d usia muda' kamu tu?? 
SETAN jak tu yang bangga ngan kamu dik.. 

Sudah la, penat jugak membebel ni ya?? Huhuhu... Kalau ada yang marah atau terasa hati dengan post ni aku mintak maap banyak2.. Aku cuma mo luah jak apa yang aku rasa n fikir.. Aku sedar, aku pun bukan lah baik sangat.. Masih ada yang kurang pada diriku ini.. Ngeh3x.... Pa pa pun, renung2kan dan selamat beramal.. 

Daaa.... Salam... ^_______^


>> Thanks sudi baca!! <<

Macamana korang handle masalah korang??

Assalamualaikum..

Aku tengah ada problem sekarang ni..
Kadang2 rasa mo mengeluh jak tapi terus ingat, mengeluh tu ndak bagus..
Jadi aku sabar jak la..
Memang kali ya, hidup kita ni ndak pernah sunyi dari masalah..
Lepas satu masalah, datang satu lagi masalah..

Kalau aku ada masalah, first skali otak aku akan pikir penyelesaian laju2 sampai kepala pun pening2..
Bila sudah terasa pening barulah aku perasan yang aku suda memaksa otak ku bekerja keras ..
Maka lepas tu aku akan rehat2 kan kepala hotak dan tenangkan fikiran ku dengan baca zikir penenang hati..
Pastu lau ndak tenang lagi baca Al Ma'thurat atau Quran..
Bagi yang tengah ber'cuti' tu, dengar bacaan Quran pun boleh tenangkan fikiran dan jiwa korang..

Selain sakit kepala, muka aku jugak akan berubah dari muka comel *ahaks* ke muka kencang macam mo makan orang dan dahi yang sentiasa berkerut..
Kadang2 abis orang sekeliling ku kena marah..
Semua serba ndak kena.. Itu salah ini salah.. Itu ndak boleh, ini pun ndak boleh jugak..
Mak aku cakap, macam kucing baru beranak.. Ndak boleh kacau anaknya ckit terus mo mencakar.. Hehehe...

Last sekali, aku akan bawak masalah ku tu tidur..
Mana tau jumpa jalan penyelesaian dalam mimpi kan? Hehehe...
Gurau jak.. At least xda la orang kena tempias anginku lau aku tidur..
Kurang ckit la dosa.. Hehehe..
Dah bangun tidur baru boleh fikir masalah tu pelan2..
Aku selalu cerita masalah ku ngan kanda ku sebab aku ndak mo family ku ikut susah hati ngan problem yang aku hadapi..
Biarlah kanda ku yang ikut pening kepala ngan aku..
Baek tak aku?? Hakhakhak...

Fakta yang aku cipta sendiri..

Tahukah anda? Muka anda yang sedang marah atau mengamuk adalah muka yang paling huduh sekali..

Tipu jak tu lau ada orang cakap, "Wui cantiknya c polan lau marah"... Semua tu dusta belaka.. Muka paling cantik atau hensem ialah muka time korang senyum dengan ikhlas.. =)  So, jangan la marah2 n mengamuk2 ya?! *Peringatan untuk diri sendiri*

Jom senyum macam aku.. huhuhu... ^___^

Masa online pesbuk tadi pagi aku terjumpa satu page ni, dia ada Quran online..
Best wooo... Siap boleh dengar bacaan ngan ada translator jugak..
Sambil online pesbuk boleh gak korang baca terjemahan ayat suci Al-Quran..
Mana2 surah yang korang dah hafal tu boleh cek balik, manatau korang ada salah sebut.. ^__^

Okies dear2 sekalian alam, patik mo beradu dulu..
Daaaaaaaa............. (-_-)


Kenapa orang Islam sembah Kaabah

Assalamualaikum & selamat hari Jumaat semua.. ^_^

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku mo share samting yang menarik.. Ni aku dapat dari fb kawan.. Aku copy paste jak tapi ada la jugak edit2 dan tokok tambah ckit..  Dia suruh share, jadi aku pun share la dengan senang hati.. Hehehe.. Pa pa pun, jom baca!! ^_^

A : Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
B : Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah.
A : Baitullah tu apa?
B : Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah
A : Allah ada dalam tu?
B : Tak..
A : Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
B : Yang saya sembah bukannya bangunan tu..
A : Kamu sembah apa?
B : Saya sembah Allah swt 
A : Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
B : Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..
A : Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..
B : Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
A : Pernah.. selalu..
B : Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?
A : Tengok perlawanan bola la..
B : Di mana?
A : Dalam tv la.. 
B : Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.. 
A : Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.. 
B : Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..
A : So..?
B : Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?
A : Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..
B : Peliknya..
A : Sebab apa pulak pelik?
B : Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..
A : Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..
B : Hurm.. jadi tak peliklah ni..? 
A : Ya.. tak pelik.. 
B : Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..
A : Erk.. kau betul..
_________________________________________________________________________________

Sebab kenapa orang Islam sembah Kaabah..

Surah Al-Baqarah 2:144 ada menyebut :
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”


1. Islam menganjurkan perpaduan

Jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin menghadap utara, ada yang ingin menghadap selatan. Untuk menyatukan umat Islam dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Jika ada umat Islam yang tinggal di sebelah barat Kaabah, mereka menghadap ke timur. Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur Kaabah, mereka menghadap ke barat.

2. Tawaf mengelilingi Kaabah menandakan satu Tuhan

Apabila orang muslim pergi ke Masjidil Haram di Mekah, mereka tawaf ataupun membuat pusingan mengelilingi Kaabah. Perbuatan ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat. Maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.

3. Kaabah terletak di tengah peta dunia

Orang Islam merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, Kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.


Anne bilang :: Hanya mampu share jak, sharing is caring rite? Kalau ada mo tambah, just share it.. Semoga bertambah ilmu kita.. ^_^


>> Thanks sudi baca! <<

Bestnya minta maaf.. ^_^

Assalamualaikum & salam sejahtera.. ^_^



Ni cerita dari kemarin lagi ba ni tapi hari n baru dapat cerita coz semalam penat + ngantuk betul aku rasa. Drama My Princess yang tinggal last episod pun belom aku tengok, apa lagi mo menaip. *Erk, apa maksud??*

Gini ceritanya....

Setiap hari aku pegi n balik keja nek bas. Bas yang aku slalu nek time balik keja ialah City Bus, ndak penah lagi aku nek bas biru putih tu sejak aku start keja ni. Hehehe.. Kalau ada blogger yang nampak aku dalam City Bus tu tegur2 la ya? Dun worry, i x sombong pun.. Ngeh3x...  

Bila dah nek bas, aku pun duduk la d port biasa ku iaitu d seat belakang & dekat tingkap. Pastu ada la 2-3 girls ni nek & duduk d seat belakang ku. Tiba2 dengan ndak d sangka2, 1 girl tu p siku kepala comel ku ni. *ahaks!* 

Aku tengok pompuan tu, tapi ndak da pun dia minta maaf. SIbuk jak bercerita ngan kawan2nya.. Sakitnya ati!! Terus aku tengok cermin d sebelah ku sambil membayangkan muka pompuan tu ada d cermin tu, kalau tumbuk best jugak ni rasanya kan? Tapi malu la I kalau abang2 ensem d luar tu nampak aku tumbuk2 cermin bas tu, mesti dorang sangka aku gila. Hahaha... 

So, aku pendam jak kemarahan ku tu dalam hati.. Mesti sentiasa ingat, ndak bagus marah2 nanti cepat tua, kalau dah tua ndak comel suda.. >_< 

Lepas 5 minit gitu baru pompuan tu minta maaf ngan aku.. Mo tau apa yang bestnya? Terus ilang rasa marah ku tu bila dengar dia minta maaf.. Hilang semua rasa yang ndak best dalam hati.. Rasa ringan jak kepala.. Dari muka marah terus tukar p muka suci lagi murni.. Konpem makin comel aku pasni.. Hahaha... :p

So, moral of my story, mintak maaf tu penting.. Kecil cmana pun kesalahan tu bagi kita, mesti minta maaf jugak. And most important, minta maaf mesti ikhlas taukk!!! Jan plak mulut kata maaf tapi muka macam ndak rela jak. Orang gitu tu bagus kena tampar pakai kuali jak tu.. Ahahaha...

Bagi yang jadi mangsa tu plak, boleh rasa marah tapi jan lebih2 nanti ndak comel sudah.. >_<

Anne bilang :: Ter'siku' sebenarnya.. ^_^

>> Thanks sudi baca!! <<

Adab Memberi Salam

Assalamualaikum..


Jawab jangan x jawab tau?? 
Tadi aku round2 di alam maya pastu terjumpa satu artikel pasal adab bagi salam..
Tertarik ngan artikel tu jadi aku pun share la di belog ku yang serba kekurangan ni.. Hehehe..
Sebelum tu, aku mo ingatkan. 
Aku just share artikel ni, kalau ada yang salah aku minta maaf awal2..
Tolong jangan kutuk atau bagi komen pedas2, bagi lah pendapat atau komen yang bernas.. Okehh?? 
Let's cekidaut!!!

Adab-adab dalam memberi salam ialah:
  • Digalakkan mengucapkan salam 3 kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya.
  • Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.
  • Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
  • Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya.
  • Disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong. 
  • Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat. *Ingat tu, makruh ya?? Hehehe*
  • Disunnatkan memberi salam kepada kanak-kanak.
  • Tidak memulakan memberikan salam kepada Ahlu Kitab.
  • Disunnatkan memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
  • Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.
  • Disunnatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya.
  • Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya.
Okey lah, tu saja aku mo share..
Mohon maaf berjuta-juta lemon sekiranya ada yang salah..
Kamu boleh baca yang full di SINI ya?? 
MESTI baca sebab lebih lengkap & terperinci.. =)
Siap ada hadis & penerangan lagi.
Kalau ada sebarang kemusykilan boleh tanya sana jugak..
 
Jom dengar lagu peberet aku masa kecik2 dulu.. 
Sampai sekarang aku suka lagu ni. Ada lirik, boleh karoke sama2.. 
Woohooooo... *wei, sopan ckit laa... ngee..*


Anne bilang :: Jom amalkan bagi salam sesama muslim.. (^_^)

Awan Oh Awan !!

Assalamualaikum n selamat hari Jumaat !!


Aku bukan mo cerita pasal Awan Dania. 
Meskipun aku suka cerita tu tapi sekarang aku ndak tengok suda..
Bukan sebab x minat tapi xda tv.. 
Hakhakhak...

Aku mo share pic awan2 hari ni..
Aku suka ambil pic awan..
Sebab bagi aku, awan tu cantik..

Satu lagi, bentuk awan ni sentiasa berubah-ubah..
Pendek kata, aku suka awan laa..
Everything yang ada di langit aku suka..

Sila klik untuk pemandangan yang lebih menarik..
(^_^)v

Lokasi : Depan bengkel motor di Taman Canggih
Catatan : Ni masa jalan2 ngan my Kanda baru2 ni.. 


Lokasi : Bukit Bendera, KK
Catatan : Ni pun masa jalan2 ngan my Kanda. Cantik kan??

Lokasi : Aku x ingat.. Hikhikhik...
Catatan : Awan tebal yang macam gula2 kapas.. Nasib x warna pink.. Hehehe..

Lokasi : Dari jendela umah aku kat UCA..
Catatan : Ni time dkat2 nak maghrib..

Lokasi : Depan rumah aku kat kampung
Catatan : Masa tu gotong-royong bersihkan halaman rumah bersama keluarga.. Hihihi...

Lokasi : Dari jendela umah aku kat UCA
Catatan : Ni pulak pagi punya sunrise.. Tapi masa tu matahari masih malu2 mo kluar.. Hehehe...


Anne bilang :: Subhanallah.. Masya Allah.. Indahnya kan  ciptaan Tuhan...

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...



Malam ni short update jak..
Aku just mo ucap Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H...
Banyak2 kan la berselawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W...
Dimana2 ada sambutan tu, join jak ya? 
Teringat plak time skolah menengah dulu... 
*uik, mcm lama betul plak* hehehe...
Sebagai budak asrama, wajib ikut perarakan..
Best eh, berarak ramai2 ngan kawan2...
Semangat tul selawat..
Pas berarak ada pertandingan sepanduk lagi...
Wahhh... Rindunyaa...
Macam mo p sekolah menengah lagi la..
Hihihi...

Beautiful pic thanks to:

Anne Nurain