Adab Memberi Salam

Assalamualaikum..


Jawab jangan x jawab tau?? 
Tadi aku round2 di alam maya pastu terjumpa satu artikel pasal adab bagi salam..
Tertarik ngan artikel tu jadi aku pun share la di belog ku yang serba kekurangan ni.. Hehehe..
Sebelum tu, aku mo ingatkan. 
Aku just share artikel ni, kalau ada yang salah aku minta maaf awal2..
Tolong jangan kutuk atau bagi komen pedas2, bagi lah pendapat atau komen yang bernas.. Okehh?? 
Let's cekidaut!!!

Adab-adab dalam memberi salam ialah:
  • Digalakkan mengucapkan salam 3 kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya.
  • Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.
  • Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
  • Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya.
  • Disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong. 
  • Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat. *Ingat tu, makruh ya?? Hehehe*
  • Disunnatkan memberi salam kepada kanak-kanak.
  • Tidak memulakan memberikan salam kepada Ahlu Kitab.
  • Disunnatkan memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
  • Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.
  • Disunnatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya.
  • Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya.
Okey lah, tu saja aku mo share..
Mohon maaf berjuta-juta lemon sekiranya ada yang salah..
Kamu boleh baca yang full di SINI ya?? 
MESTI baca sebab lebih lengkap & terperinci.. =)
Siap ada hadis & penerangan lagi.
Kalau ada sebarang kemusykilan boleh tanya sana jugak..
 
Jom dengar lagu peberet aku masa kecik2 dulu.. 
Sampai sekarang aku suka lagu ni. Ada lirik, boleh karoke sama2.. 
Woohooooo... *wei, sopan ckit laa... ngee..*


Anne bilang :: Jom amalkan bagi salam sesama muslim.. (^_^)

4 comments:

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain