Earth Hour 2011 Part 1

Assalamualaikum.. =)

Morning suma.. Pagi2 lagi ujan dah cni. Nasib aku dapat bangun awal tadi pagi, lau ndak konpem masi tidur lagi sekarang ni. Hehehe...

Ok, balik pi tajuk entri hari ni. Aku mo cerita pasal Earth Hour. Maybe ada yang belum pernah dengar & x pernah tau pasal Earth Hour ni. Mesti ada yang tertanya-tanya.. Hah, apa tu? Sejenis jam baru ka? Nama planet baru ka tu?? Apa baitu benda?? And macam2 persoalan lagilah.. 

Untuk pengetahuan kita bersama, Earth Hour ni ialah satu acara tahunan yang pada mulanya dikendalikan oleh World Wide Fund (WWF)  Australia dan Sydney Morning Herald  pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008. Earth Hour disambut pada hari Sabtu terakhir dalam bulan Mac. Okey kawan2, jom tengok kalendar masing2.. Bila Sabtu terakhir? Berapa haribulan? 26 Mac kan? Hah, cepat buat reminder di hp atau laptop masing2.. Kamu taip sana, 'Earth Hour'. Bukan hari jadi c polan, c Usop atau Kak Limah.. Bukan jugak tarikh dating sama skandal baru kamu.. Muahahahaha... Okey, sudah2 la merepek.. 

Pada 26 Mac nanti, bersamaan pukul 8.30 malam, semua lampu dan peralatan elektrik hendak lah dimatikan. Switch off ye, bukan kill kill die die.. Earth Hour berlangsung selama 1 jam saja, so lepas jam 9.30 tu bolehlah kasi idup balik lampu, pc, peti sejuk, kipas dan yang sewaktu dengannya. Tapi kalau mo bergelap terus pun xpa, ok gak tu.. And sebelum terlupa, bukan rumah persendirian jak yang perlu matikan lampu n peralatan letrik tu, opis2 pun kena matikan jugak tau??

Tujuan Earth Hour ni diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perubahan iklim yang berlaku kat bumi sekarang. Syukur Alhamdulillah, setiap tahun makin ramai yang sedar pasal kempen ni dan turut sama2 menyertai nya. So, anda bila lagi?? *macam iklan jak* huhuhu... Aku sejak tau pasal kempen ni beria-ia betul mo kasi mati lampu. I'm sooooo excited... Kalau boleh, lampu rumah orang yang aku x kenal pun aku mo kasi mati. Tapi... Ko gilakk? Ada kena tangkap nanti.. Hihihi...

Jom layan pic2 untuk Earth Hour...









Anne bilang :: Aku suka bulan Mac.. Huhuhu... =)


3 comments:

  1. agak2 la sampai mau kasi mati lampu orang lain.. kahkahkhak... kalau mau rasa baldi hinggap d kepala.. cuba2 la kasi mati lampu orang lain.. kahkahkah..

    ReplyDelete
  2. kalau mau rasa baldi hinggap d kepala.. sila la kasi mati lampu orang lain.. kahkahkah...

    ReplyDelete
  3. tu la ba..
    takut jgk aku mo merasa baldi hinggap d kpala..
    jd diam2 sak la aku...
    ahahaha...

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain