Review Drama : It's Okay, That's Love (K-Drama)

Assalamualaikum & haluuuu chuollss!!



Agak lama jugak aku tak buat review drama especially drama Korea ni kan? Eh, review drama aku  memang semua K-drama la.. Hehehe.. Dalam laptop aku sekarang ada 23 drama Korea yang dah siap donlod. Belum masuk lagi yang dalam waiting list untuk didonlod. Hehehe.. Dah banyak drama aku tengok sampai tak tau mana satu aku nak buat review dulu. Tapi biar la kita mula dengan drama yang baru ja aku layan time cuti sekolah ritu..


The title is ............ tengok tajuk entri nih.. Hahaha.. Barisan pelakon adalah seperti berikut..


Hero : Jo In Sung 
Amboii gambar, nak yang macho je kan?
Credit to Google Images

Heroin : Gong Hyo Jin



Antara pelakon yang lain...

D.O (EXO), Sung Dong Il & Lee Kwang Soo (Running Man)


Drama ni ada 16 episod. Genre pulak romance & medical.. Watak si hero dalam drama ni adalah seorang penulis novel misteri yang terkenal. Dia jugak seorang DJ radio. Manakala si heroin ni pulak seorang pakar psikiatri. Jalan cerita drama ni bertemakan psikologi dimana si hero ni rupanya ada penyakit psikologi yang aku takkan bagitau nanti tak surprise la.. Hehehe.. Aku bagitau ja yang si hero ni ada Obsessive-Compulsive Disorder (OCD). Nak tau boleh google ye?? Hehehe..


Diorang (hero & heroin) jumpa dalam satu rakaman untuk rancangan temu bual la katanya.. Start dari situ la cerita pasal diorang ni berkembang.. Aku malas nak cerita banyak, better korang yang sukakan drama Korea tu terus masukkan drama ni dalam list korang.. Hehehe...


Bagi korang yang layan Running Man mesti korang kenal Kwang Soo ni kan? Hehehe.. Watak Kwang Soo dalam cerita ni ialah seorang yang menghidap sindrom Tourette.. Nak tau apa jenis sindrom ni sila google sekali lagi. Hehehe.. Kwang Soo ni tinggal serumah dengan heroin & sorang lagi doktor psikiatri iaitu Sung Dong Il (lelaki baju oren dalam gambar atas ni).


Bagi aku drama ni memang best sebab banyak benda yang kita tak jangka. Tambahan pula, ada banyak pendedahan pasal psikologi. So bertambah la jugak pengetahuan kita kan? Tu yang penting tu.. Hehehe..


Sedikit screenshot dari drama ni..
Credit to Google Images



Bagi peminat K-drama selamat menonton!! 
Nak download boleh cari kat sini ------> GetDrama




28 comments:

  1. Alaaaa jangan macam ni , cite yang Rain dangan Dong Wook berlakon pun tak khatam lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa yg tu hold dlu la, masih ongoing lagi kan? yang ni dah complete dah.. kehkehkeh..

      Delete
  2. Asalam..tak pernah pon tgk kwang soo berlakon..asyik gelak ja tgk dlm RM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. kwang soo dah banyak kali berlakon.. jadi watak jahat pun pernah.. memang lain sangat watak kwang soo banding dgn yg dalam RM.. hehehe..

      Delete
  3. Replies
    1. dalam memories of bali hero ni agak berisi ckit tang pipi... comel giteww, skrg dah macho dah.. hehehe..

      Delete
  4. eh.. knp blog2 yang Jie singgah hari nie asyik cerita pasal korea je nie? hari nie hari blog korea sedunia ke ? hiii.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kebetulan kot.. tu petanda jie kena tengok drama korea tu.. haha..

      Delete
  5. Best! Saya belum habis tengok lagi ni.

    ReplyDelete
  6. cerita2 drama Korean selalunya tak kosong, banyak ilmu and culture mereka yg kita nampak.
    yg kita.. asyik2.. hantu.. rempit.. gangster.. kahwin pakse.. errr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. betul tu.. setiap drama korea ada tema tersendiri.. contoh cerita hotel king,drama ttg hotel tapi dlm masa yang sama diorang promote tempat2 yang cantik kat tempat diorang..

      mungkin sbb tu drama melayu agak kurang dpt sambutan.. hmm..

      Delete
  7. hoi hoi...kelas tgh on going ni...jangan nak buat review macam best sgt boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ala, dah terlanjur buat.. nanti tengok eh? hahaha..

      Delete
  8. Macam best je ni, pelakon2 boleh tahan.. tapi kalau aku nk tengok online, tahu tak link mana yg bagus utk tgk kdrama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best pun.. dpt belajar ttg beberapa penyakit psikologi..hehe..
      klu nk tgk online bole tgk kat epdrama.com atau gooddrama.net.. ^__^

      Delete
  9. cmne nk buat bloglist mcm blah knan tu..? ajar ckit

    ReplyDelete
    Replies
    1. bloglist yg ada scroll tu ek? kalau yg tu, tutorial ada kat sidebar ni jugak.. hehehe

      Delete
  10. pergh banyak gila dalam list. tak terkejar nak join tgk. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. nasib baik lpas praktikum ni cuti 3 bulan.. boleh la kot utk ilangkan boring.. hehehe

      Delete
  11. hari ni naik LRT, terduduk kat sebelah seorang wanita yang kebetulan tengah layan cerita ni dalam phone dia.
    apa lagi, tumpang sekaki ler.. mwahahaha..

    btw, memang template blog cik anne ni, kita tak boleh reply komen by author ye?
    mohon pencerahan.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tu perasan tak awak tumpang menonton?? hehe..

      a'ah, ubah coding hr tu.. lama dah perasan tapi takdan nak ubah balik.. busy katanyaaa~ kehkehkeh..

      Delete
  12. Kak anne haritu qila tersekat weh tgk the heirs hahaahahahaahaha ada tak cerita yg hero dia muka jahat setan tp ncem nak mampos ughhhh hahahahha

    ReplyDelete
  13. Awak sllu download drama korea kat mana eh ?hehe mintak share sikit 😊

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain