Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Review Drama : It's Okay, That's Love (K-Drama)

Assalamualaikum & haluuuu chuollss!!



Agak lama jugak aku tak buat review drama especially drama Korea ni kan? Eh, review drama aku  memang semua K-drama la.. Hehehe.. Dalam laptop aku sekarang ada 23 drama Korea yang dah siap donlod. Belum masuk lagi yang dalam waiting list untuk didonlod. Hehehe.. Dah banyak drama aku tengok sampai tak tau mana satu aku nak buat review dulu. Tapi biar la kita mula dengan drama yang baru ja aku layan time cuti sekolah ritu..


The title is ............ tengok tajuk entri nih.. Hahaha.. Barisan pelakon adalah seperti berikut..


Hero : Jo In Sung 
Amboii gambar, nak yang macho je kan?
Credit to Google Images

Heroin : Gong Hyo Jin



Antara pelakon yang lain...

D.O (EXO), Sung Dong Il & Lee Kwang Soo (Running Man)


Drama ni ada 16 episod. Genre pulak romance & medical.. Watak si hero dalam drama ni adalah seorang penulis novel misteri yang terkenal. Dia jugak seorang DJ radio. Manakala si heroin ni pulak seorang pakar psikiatri. Jalan cerita drama ni bertemakan psikologi dimana si hero ni rupanya ada penyakit psikologi yang aku takkan bagitau nanti tak surprise la.. Hehehe.. Aku bagitau ja yang si hero ni ada Obsessive-Compulsive Disorder (OCD). Nak tau boleh google ye?? Hehehe..


Diorang (hero & heroin) jumpa dalam satu rakaman untuk rancangan temu bual la katanya.. Start dari situ la cerita pasal diorang ni berkembang.. Aku malas nak cerita banyak, better korang yang sukakan drama Korea tu terus masukkan drama ni dalam list korang.. Hehehe...


Bagi korang yang layan Running Man mesti korang kenal Kwang Soo ni kan? Hehehe.. Watak Kwang Soo dalam cerita ni ialah seorang yang menghidap sindrom Tourette.. Nak tau apa jenis sindrom ni sila google sekali lagi. Hehehe.. Kwang Soo ni tinggal serumah dengan heroin & sorang lagi doktor psikiatri iaitu Sung Dong Il (lelaki baju oren dalam gambar atas ni).


Bagi aku drama ni memang best sebab banyak benda yang kita tak jangka. Tambahan pula, ada banyak pendedahan pasal psikologi. So bertambah la jugak pengetahuan kita kan? Tu yang penting tu.. Hehehe..


Sedikit screenshot dari drama ni..
Credit to Google Images



Bagi peminat K-drama selamat menonton!! 
Nak download boleh cari kat sini ------> GetDrama




Review Drama : Hotel King (K-Drama)

Assalamualaikum..


Hai semuaaaa... Hehe.. Eksaited gila bila akhirnya dapat jugak aku apdet blog hari ni.. Kat entry sebelum ni aku dah gtau kan website untuk download drama Korea? Perasan tak gambar boiprengg aku kat hujung entry tu?? Yeahh, aku tau.. Tu bukan boipren aku sorang.. Ramai lagi yang mengaku lelaki tu boipreng diorang..Takpe, kita share okeii?? Hehehe..


Pernah tengok tak drama Korea yang bertajuk My Girl?? Kalau pernah, mesti korang kenal kan hero ngan heroin dalam cerita tu? Haaa, dalam drama terbaru ni diorang digandingkan sekali lagi.. Ohmaiiii... Aku memang suka sangat ngan couple ni sejak diorang berlakon sama2 dalam cerita My Girl tu.. Rasa macam nak cari balik cerita tu.. Hihihi..


Ok, first jom kita tengok the hero & heroin of this drama..

Haa kauu.. Besar gedabak punya gambar aku bagi.. hehe
Lee Dong Wook a.k.a Cha Jae Wan


Lee Da Hae a.k.a Ah Mo Ne


Drama ni bergenrekan romantik, melodrama dan jugak dendam.. Jarang2 aku layan drama genre melodrama & dendam kesumat ni sebab banyak sangat air mata & sakit hati.. Hehehe.. Tapi oleh kerana hero & heroin ni peberet aku, so aku layankan je la.. Walaupun ada 32 episod kesemuanya.. Gigih jugak aku men'download'nya pun.. 


Sinopsis drama : 

"This drama portrays the story of a heiress, Ah Mo Ne who lives a sheltered life like a princess but a catastrophe pushes her to do all she can to protect her h0tel. She and the general manager of the h0tel, Cha Jae Wan who appears cold on the outside but carries emotional baggage, fall in love. Cha Jae Wan and his mother were abandoned by his father. As an adult, he begins to work at a h0tel and becomes an enemy to his father who abandoned him."

Setakat entri ni ditaip, drama ni baru episod 12.. Bagi aku, drama ni memang best sebab watak hero dan heroin tu berbeza sangat. Watak Cha Jae Wan ni seorang yang dingin, penuh dengan dendam & sentiasa serius sepanjang masa.. Susah sangat nak tengok dia senyum dalam drama ni.. Hehehe.. Watak heroin pulak, sorang yang gila-gila, comel & agak berlagak sikit sebab dia kan anak pemilik hotel.. Hehehe..


Oleh kerana drama ni masih on-going lagi, so tak banyak la yang dapat aku ceritakan.. Moh ler kita sama2 menontonnya pun.. Kalau korang nak download, boleh cari kat link yang aku bagi kat entry sebelum ni.. Cari je kat website yang aku bagi tu.. Don't worry, English subtitle is available.. Hehehe..


Jom layan gambar ckit.. Hehehe..











Thanks for reading!! ^__^

CPUV : OLAY AQ Lighthouse

Assalamualaikum & selamat hari Ahad..


Hai semuaaaaa!!!
Selamat berhujung minggu.. 
Bagi student, selamat berhempas pulas dengan assignment yang nak kena submit..
Especially aku la tu.. Tak sedar diri langsung..
Hahaha..


Oh ya, hari ni en. Nuffnang bagi surprise CPUV lagi..
Kali ni aku dapat CPUV dari Olay la pulak..
Terharu sangat.. Thank u en. Nuffnang..



Olay Aquaction ni khas untuk moisturize tau?
So, pada sapa2 yang ada masalah kulit kering tu boleh la try Olay Aquaction ni untuk kelembapan kulit yang berpanjangan especially mereka2 yang sepanjang hari duk dalam aircond ngan yang terdedah dengan pencemaran udara dan jugak cahaya matahari yang membahayakan..


Harap2 cpuv ni duk lamaaaa la kat blog aku..
mihmihmih...
Sekiannnn... ^__^


Review drama : Cunning Single Lady (K-Drama)

Assalamualaikum WBT & hai hai korang!!


Hai jugak buat peminat drama Korea.. Hikhikhik.. Hari tu baru habis tengok drama yang bertajuk Cunning Single Lady ni.. Aku tak tau pun cerita ni best.. Aku try ja download.. Lepas tengok episod pertama tu terus tertarik nak tengok next episod la plak.. Kan dah addicted.. Hehehe..



Drama ni mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang kahwin pastu bercerai sebab c isteri dah tak sanggup hidup susah dengan c suami yang berhenti kerja gomen semata-mata untuk memulakan bisnes. Kiranya masa tu kalau kerja gomen ni memang terjamin la hidup manakala kalau buat bisnes ni dikira penghutang. So, memang teruk jugak la hidup diorang sampai si isteri dah tak tahan dengan suaminya then bercerai...


Lepas 3 tahun bercerai, c suami ni pun dah berjaya. Dah jadi CEO company sendiri tuu.. Si isteri pulak masih hidup biasa2.. Disebabkan dendam & ego jugak la si isteri ni apply jadi intern kat company suaminya. Dari situ la bermulanya kisah diorang, cmana diorang membalas dendam masing2 tapi dalam nak balas dendam & perasaan ego tu boleh pulak terjatuh cinta balik.. Overall, cerita ni memang best!! Tak bosan pun tengok.. Recommended sangat2 untuk sapa2 yang suka drama Korea tu.. Hihihi..


Watak si suami ni nerd tau? Pakar IT la kononnya. Tapi diorang sweet sangat.. Kat syarikat bukan main macho lagi dia jadi CEO, tapi kalau ngan wife dia, dia balik ke perangai nerd & takut2 bini dia tu.. Hehehe..

Hero - Joo Sang Wook

Heroin - Lee Min Jung

Comel kan diorang?? Hehehe..


Ni time si hero masih nerd & belum jadi CEO lagi..


Haha.. yang ni lawak.. CEO kena jadi model untuk apps syarikat dia sendiri

Drama ni bergenre romantik & komedi.. 
Ada 16 episod semuanya..
Nak download boleh klik sini -------> Cunning Single Lady 


Oh ya, dalam drama ni korang akan perasan yang diorang ada guna satu apps ni, nama apps tu Dontalk.. Lebih kurang macam Wechat ngan Line jugak la.. Kononnya hero ni CEO kat company yang develop apps ni. Kalau nak try apps tu boleh try cari kat PlayStore. 

Click this pic for more info! :)

Aku dah download kat phone tapi sunyi sepi sebab takda kawan chat.. 
Terasa diriku ini forever alone.. 
Hahaha..


Review CLINICELL Oral Skincare

Assalamualaikum WBT..


Ingat lagi tak hari tu aku ada dapat produk CLINICELL Oral Skincare secara percuma??  Pastu ramai jugak yang tanya aku camna boleh dapat free. Lepas aku gtau je cara nak dapat free tu, terus ramai yang try. Hehehe..

Jom kita kenali apa tu produk Clinicell Oral Skincare Anti Aging & Whitening Essence.. Perghhh... Panjang gila nama tapi cukup la kita tahu keyword untuk produk ni ialah anti penuaan & pencerahan.





INFO PRODUK
Nama : CLINICELL Oral Skincare - Anti Aging & Whitening Essence
Keluaran : CLINICELL COSMECEUTICALL (M) SDN.BHD
Buatan : Malaysia
Pengesahan : JAKIM & KKM
Harga : RM 145/kotak (15 sachet) - NP
            RM 120/kotak - Promotion Price


Produk ni merupakan sebuah formulasi termaju menggunakan ekstraks sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan “salah satu molekul Anti Aging yang terhebat”. Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 Mineral yang diperlukan oleh badan. Menyegarkan, mengembalikan keanjalan dan memutihkan di samping memberikan kelembapan kepada kulit.


Bahan-bahan utama Clinicell Oral Skincare


Kelebihan produk :
  • 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
  • 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
  • 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
  • 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
  • 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³

Antara khasiat Clinicell Oral Skincare


Berikut adalah jadual penggunaan produk ni. Kalau nak berkesan kena la ikut jadual ni. Produk ini disyorkan di ambil 1 paket sebelum waktu tidur. Ia perlu di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.

Jadual penggunaan Clinicell Oral Skincare

Kalau nak kesan yang optimum, korang kena la :

  • Banyakkan minum air (8 gelas sehari)
  • Kurangkan atau berhenti merokok
  • Makan banyak buahan, sayuran dan kekacang
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.


Okei, ni review dari aku pulak.. Tadaaa... Ni la muka aku sebelum dan selepas 2 minggu consume Clinicell ni.. Perubahan yang aku perasan la kan... Tapi jangan nak harap la perubahan yang boom boom kebaboom punya sebab aku try 1 kotak (15 sachet) je.. hihihi..

  1. Muka dah kurang berminyak. Yippieeee!!! 
  2. Parut bekas jerawat pun dah berkurangan. FYI, muka aku ni kalau tumbuh jerawat kejap je hilang tapi parut tu yang susah nak hilang.. Tapi bila minum  Clinicell ni ada parut2 lama yang dah pudar.
  3. Masalah rambut gugur dah kurang.
  4. Rasa Clinicell tu sedaaappp dap dap.. Rasa oren.. Yummyyy!!
  5. Jangan risau, shaker disediakan.. Satu sachet tu korang bancuh dengan 150ml air.. Tapi kalau nak lagi sedap, kurangkan air tu. Hehehe..





Sekian saja review dari aku.. Hihihi.. So, kalau rasa-rasa berminat nak try tu bolehlah hubungi pihak Clinicell sekarang dan dapatkan Clinicell korang dengan harga promosi!!


[Website CLINICELL Oral Skincare, http://www.clinicell.com.my ]



Review produk??

Assalamualaikum & salam Jumaat everyone!! 


Fuhh selama ni aku memang tak pernah nak review2 produk bagai ni.. Review drama Korea ngan novel pernah la. Nak tengok drama Korea yang aku pernah review boleh tengok SINI, SINI, dan SINI. Tak banyak mana ponn..


For the first time in forever~ Cehh ternyanyi lagu Frozen lak.. Hehehe.. Ni first time aku review produk & produk yang bertuah tu, bertuah la sangat kan? Hehehe.. Produk tu adalah produk yang semakin hangat di pasaran iaitu Clinicell Oral Skincare. Rasanya korang pun mesti perasan kan sekarang ni, ramai dah blogger yang buat review tentang produk ni.




Clinicell ni aku dapat free tau? Just emel je admin Clinicell tu bagitau nak review produk diorang then diorang akan balas ur emel. Dalam 1 kotak ni ada 15 sachet, aku nak consume 1 sachet sehari. So, kita tunggu kesannya dalam masa 2 minggu lagi. Nanti aku bagi full review tentang kelebihan produk ni.. Bagi yang tak sabar tu, boleh jugak pegi terjah blog2 lain yang ada buat review pasal produk Clinicell ni.. Produk ni best tau?? Jom la kita cuba produk ni secara berjemaah.. Hehehe..


Okei la, nak gi jumpa penyelia final year project ni.. Malasnya lahai nak bersiap.. Hehehe~



Jom join GA kat SINI!!


Secret Drama OST

Assalamualaikum & salam sejahtera uollss~~



Dah baca review drama ni? Kalau belum, baca sini dulu ye? -----> SECRET LOVE..


Lepas habis je tengok citer ni terus cari OST dia kat youtube. 
Aku download 4 lagu ni ja..
Pastu ulang berbelas ratus ribu kali..
Aku tak download yang mp3 sebab kalau mp3 tu boleh dengar lagu ja..
Kalau video ada scene2 dari drama tu..
Terubat jugak rindu kat Ji Sung..
Ahaks!!



1. Incurable Disease - Navi feat. Keebee






2. I want to go back - Kim Bo Kyung





3. Tears stole the heart - Ailee






4. That person - Goo Ja Myung





Jom layannn...
Nanti nak convert video ni, nak masukkan Ji Sung dalam phone..
Boleh tengok Ji Sung selalu..
Muehehehehe~



Salam.. ^__^

Review drama : Secret Love (K-Drama)

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera uolls...



Okei, hari ni nak buat review tentang drama korea yang buat aku busy 2 3 hari ni.. Hehehe.. Sebenarnya tak terpikir pun nak tengok drama ni sebab tak kenal sangat ngan pelakonnya kecuali the hero, Ji Sung.. Aku memang kenal Ji Sung ni dari drama 'Protect The Boss' lagi.. Eceh, perkataan 'kenal' tu macam dah pernah jumpa ja kan? Kekeke.. Cuma hairan kenapa rating drama ni lagi tinggi dari The Heirs.. Dah tengok baru tau citer ni best..


Ji Sung @ Jo Min Hyuk

Hwang Jung Eum @ Kang Yoo Jung


Sinopis :
Min-Hyuk (Ji Sung) dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Beliau mempunyai segala-galanya termasuk rupa, kebijaksanaan, tetapi dia tidak mempunyai kebaikan. Dia kehilangan teman wanitanya dalam kemalangan langgar lari. Yoo-Jung (Hwang Jung-Eum) dipenjarakan gara2 kemalangan langgar lari yang membunuh teman wanita Min-Hyuk. Sedangkan yang bersalah dalam kemalangan itu adalah teman lelakinya. Yoo Jung kemudiannya dikhianati oleh teman lelakinya, Ahn Do Hoon. Apabila mengetahui Yoo Jung adalah punca kematian teman wanitanya, Min Hyuk pun membalas dendam tetapi lama-kelamaan dendam tersebut bertukar menjadi cinta..




Kehkehkeh.. Ayat dramatis sungguh.. Tapi drama ni memang best lah.. Dari benci dan dendam boleh pulak jatuh cinta.. Drama ni bergenre melodrama.. Memang ada part2 yang menyentuh perasaan. Tapi ada jugak yang lawaknya..


Antara scene yang agak lawak.. Hehehe..


Mulanya aku tak terpikir pun nak donlod drama ni tapi kebetulan hari tu pegi library dengan Min.. Line tenet kat library memang superb, so aku pun try la donlod drama tu.. Kejap je dah habis donlod 16 episod. Balik rumah terus mulakan maraton.. Hehehe.. Permulaan cerita lagi dah melibatkan emosi, geram sangat dengan heroin tu sebab sanggup gantikan bf dia masuk penjara. Pastu si hero ni pulak penuh ngan dendam ja.. Start heroin tu kuar penjara barulah ada loving2 sikit.. Auww~~


Hero & heroin


Ada satu lagu OST drama ni yang memang khas untuk scene hero & heroin ni.. Asal part diorang dua je mesti kuar lagu ni.. Best pulak tu.. Nak dengar, klik SINI.. Hehehe.. OST lain pun best.. Aku sarankan korang yang peminat drama Korea tu tengok la drama ni. Yang dah tengok jom ulang tayang balik.. Hahaha~



Ji Sung ni dah kawin tau? Baru2 ni jugak.. Tak sempat nak jadikan husband no. 3. hahahaha



Masa ni masing2 dah ada feeling dah.. kekeke~


Kalau nak download drama ni boleh klik --------> Secret Love Download






Sekian, salam.. ^___^

Acik Lana & novel yang best!

Assalamualaikum WBT..


Korang suka baca novel melayu tak? Kalau minat, kenal tak dengan novelis Acik Lana?? Beliau ada blog, nama blog tu, Luahan Dari Otak Kecil. Dalam blog tu ada baaaaanyak novel dan cerpen hasil karya beliau. 


Novel first yang aku baca, Pelangi Cinta Buat Suami. Memang super duper best la novel ni.. Aku baca kat blog tu dari bab 1 sampai la bab 31 + 1 mini episod.. Aku ingatkan cite tu ada kat blog sampai ke endingnya.. Rupa-rupanya novel tu dah dibukukan ponn.. Aku je ni yang ketinggalan zaman betul. Hahaha.. Oleh kerana masa tu hujung sem, poket kosong, ada duit pun cukup2 untuk belanja makan, maka aku dengan sabarnya menghitung hari menanti hari penyerahan baucer buku. Hahaha..


Imanina & Tengku Qalif


Bila dapat baucer je terus beli novel tu.. Happy kemain daku masa tu. Tak sabar2 nak sambung baca. Citer tu memang best!! Lepas dah habis baca tu aku pegi baca novel lain lagi kat blog tu.. Ada 3 buah lagi novel Acik Lana yang belum ada kat aku.. Sila tunggu giliran baucer buku semester depan eh?


Mikail & Mya Arlissa

Zidan Adiputra & Adara


Luqman & Melina



Selain novel kat atas tu, Acik Lana ada keluarkan novel limited edition jugak tau? Tajuknya, Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC). Baru2 ni Acik ada keluarkan cetakan kedua & mungkin yang terakhir. Setakat ni novel tu ada 4000 buah je yang dicetak. Dan dengan tidak segan silunya daku meminta Mr. Min belikan novel tu untuk aku sedangkan masa tu birthday Mr. Min. Hahaha..


Novel lain boleh je aku bagi pinjam tapi NOT this one! :D

Thanks soooo much to Mr. Min sebab hadiahkan novel ni untuk aku, walaupun sebenarnya aku yang mintak dulu lepas tu boleh pulak malu2 & tarik balik permintaan tu. Hehe.. Mungkin sebab ni first time aku mintak something dari Mr. Min, so dia pun berkeras jugak nak belikan aku novel ni. Hihihi..


Sekarang ni Acik on the way nak siapkan manuskrip untuk novel terbaru beliau yang dijangka akan dipublish tahun depan. Tajuknya Akadku Yang Terakhir.. Kalau nak baca boleh la request masuk dalam group FB dia kat SINI. Setakat ni dah sampai episod 19 dah.. Citer yang ni pun best giler.. Tak sabar nak tunggu tahun depan sebab Acik cakap nak stop update sampai episod 20 je.. Wuwuwu.. TT___TT


So, pada peminat2 novel tu boleh la terjah blog beliau kalau nak baca novel beliau yang memang best. Setiap novel yang Acik tulis mesti ada disertakan sekali pic hero & heroin citer tu untuk penghayatan yang lebih semasa membaca. Hehehe.. Happy reading! ^__^



Salam.. :D


Review drama : The Heirs @ The Inheritors


Assalamualaikum W.B.T.. :)


Hai! Hai! Hai! 
Jangan lupa jawab salam ek? hehehe..


Hari tu dah buat review untuk drama The Master's Sun..
Hari  ni nak buat review untuk drama baru yang bertajuk The Heirs..
The Heirs ni drama Korea jugak.. Hihihi..
Genre drama ni adalah romantik dan komedi..
Tapi belum complete lagi laa..
Setakat ni baru tengok episod 1 - 5..
So, review pon berdasarkan episod yang dah tengok..
Mungkin boleh buat review menyeluruh lepas citer ni habis nanti..
hehehe..


Ni antara pelakon-pelakon dalam drama ni..

Ghamainyerr...


Watak utama pulak ialah my 2nd boipren, Lee Min Ho.. 
Hahaha.. Gurau je k? 
Aku masih setia dengan So Ji Sub aku.. 
Muehehehe..


Lee Min Ho & Park Shin Hye



Drama ni pasal kehidupan anak2 orang kaya..
Semua kaya kecuali heroin atas tu..
Dia anak orang gaji je.. Hehehe..
Pastu tak sah la kan drama kalau takda watak jahat, sombong dan yang sewaktu dengannya..
Dah citer pun pasal anak2 orang kaya-raya..
Pegi sekolah pon cerita pasal saham jatuh, untung rugi bagai..
Padahal lakonan je pon.. 
Kehkehkeh..


So, kepada peminat-peminat drama Korea boleh la tengok cerita ni..
Nak download sila la pegi sini ----> The Heirs.. :)




Review drama : The Master's Sun


Assalamualaikum W.B.T


First, nak gtau yang drama ni drama Korea..
Almaklum la, owner blog ni memang minat sangat2 kat drama Korea..
Hehehe..


Antara watak utama dalam drama ni


Drama ni bergenre horror-romantic comedy..
Hah kau, sekali 3 genre dia gabung..
Ada 17 episod kesemuanya..
Tak puas, sikit sangat episodnya.. hihi..
Tapi drama ni memang best!!


Heroin - Gong Hyo Jin

Heroin ni boleh nampak hantu..
Dia start nampak benda-benda alah ni lepas dia terlibat dalam 1 eksiden..
Start dari situ la hidup dia huru-hara sebab selalu terserempak dengan hantu..



Hero - So Ji Sub   *melting*

Hero ni pulak jenis yg tak percaya dengan benda yang dia tak nampak..
Hero ni sorang CEO yang dingin, dalam pala otak dia ada $$ ja.. hihi..
Tapi hero ni ada disleksia, dia tak boleh baca..
Asal tengok huruf ja mesti pening2 & nak muntah..
Ni disebabkan oleh tragedi dia kena culik masa zaman muda remaja dulu..
Hehehe..


Oleh kerana drama ni bergenre horror, memang agak banyak la hantu yang ada..
Tapi rasanya better panggil diorang ni roh2 yang berkeliaran.. Hehehe..


Roh2 berkeliaran yang pelbagai.. hehe

Bagi yang penakut tu, tak digalakkan tengok waktu tengah malam ye?
Kang ada plak yang tak dapat tido..
Hehehe..


Memula tak berminat nak tengok pun drama ni sebab heroin tak cun..
Sekali bila dah tengok, eh cun apa..  Comel & sesuai sangat dengan watak tu..
Rasanya kalau letak Song Hye Kyo jadi heroin citer ni belum tentu menjadi wataknya..
Hehehe..


Lepas tengok citer ni aku terus jatuh cinta kat hero tu..
Tapi aku suka tengok dia masa kat dalam citer ni je sebab style rambut dia..
Bila google cari gambar yang lain...
Erkhh... Macammm... Kurang ensem laa..
Hahahaha...
Lain orang, lain pandangan kan?? hehe..


Nak download??
Klik sini ------> The Master's Sun


Kalau korang pengguna antivirus Avast, sila disable protection dulu ye?
Nanti tak boleh download.. :)


Ada sesiapa yang dah tengok tak drama ni??
Jom share pendapat korang pasal drama ni.. :)





Anne Nurain