Acik Lana & novel yang best!

Assalamualaikum WBT..


Korang suka baca novel melayu tak? Kalau minat, kenal tak dengan novelis Acik Lana?? Beliau ada blog, nama blog tu, Luahan Dari Otak Kecil. Dalam blog tu ada baaaaanyak novel dan cerpen hasil karya beliau. 


Novel first yang aku baca, Pelangi Cinta Buat Suami. Memang super duper best la novel ni.. Aku baca kat blog tu dari bab 1 sampai la bab 31 + 1 mini episod.. Aku ingatkan cite tu ada kat blog sampai ke endingnya.. Rupa-rupanya novel tu dah dibukukan ponn.. Aku je ni yang ketinggalan zaman betul. Hahaha.. Oleh kerana masa tu hujung sem, poket kosong, ada duit pun cukup2 untuk belanja makan, maka aku dengan sabarnya menghitung hari menanti hari penyerahan baucer buku. Hahaha..


Imanina & Tengku Qalif


Bila dapat baucer je terus beli novel tu.. Happy kemain daku masa tu. Tak sabar2 nak sambung baca. Citer tu memang best!! Lepas dah habis baca tu aku pegi baca novel lain lagi kat blog tu.. Ada 3 buah lagi novel Acik Lana yang belum ada kat aku.. Sila tunggu giliran baucer buku semester depan eh?


Mikail & Mya Arlissa

Zidan Adiputra & Adara


Luqman & Melina



Selain novel kat atas tu, Acik Lana ada keluarkan novel limited edition jugak tau? Tajuknya, Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC). Baru2 ni Acik ada keluarkan cetakan kedua & mungkin yang terakhir. Setakat ni novel tu ada 4000 buah je yang dicetak. Dan dengan tidak segan silunya daku meminta Mr. Min belikan novel tu untuk aku sedangkan masa tu birthday Mr. Min. Hahaha..


Novel lain boleh je aku bagi pinjam tapi NOT this one! :D

Thanks soooo much to Mr. Min sebab hadiahkan novel ni untuk aku, walaupun sebenarnya aku yang mintak dulu lepas tu boleh pulak malu2 & tarik balik permintaan tu. Hehe.. Mungkin sebab ni first time aku mintak something dari Mr. Min, so dia pun berkeras jugak nak belikan aku novel ni. Hihihi..


Sekarang ni Acik on the way nak siapkan manuskrip untuk novel terbaru beliau yang dijangka akan dipublish tahun depan. Tajuknya Akadku Yang Terakhir.. Kalau nak baca boleh la request masuk dalam group FB dia kat SINI. Setakat ni dah sampai episod 19 dah.. Citer yang ni pun best giler.. Tak sabar nak tunggu tahun depan sebab Acik cakap nak stop update sampai episod 20 je.. Wuwuwu.. TT___TT


So, pada peminat2 novel tu boleh la terjah blog beliau kalau nak baca novel beliau yang memang best. Setiap novel yang Acik tulis mesti ada disertakan sekali pic hero & heroin citer tu untuk penghayatan yang lebih semasa membaca. Hehehe.. Happy reading! ^__^



Salam.. :D


20 comments:

  1. untungla ada voucher~ haha.. minat novel.. tp xminat baca dr blog or e-book.. mesti dalam bentuk buku :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi belom dapat lagi.. haha.. anne pun tak minat tapi tak sabar punya pasal, baca je la.. hehehe..

      Delete
  2. Mmg minat novel, tp skrng x kesempatan masa nk mmbaca.. nice sharing ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, hujung2 semester ni busy sikit dgn assgnment.. hehe.. thanks.. :D

      Delete
  3. waa..banyak ya..pinjam satu? hehe macam best ja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best pun, tebal2 pulak tu semua.. hehe.. nak? ambil je.. kikiki..

      Delete
  4. ierah pun suka baca novel tp semua keluaran Siti Rosmizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu nvel siti rosmizah anne tak pernah baca lagi tp ramai cakap novel dia pun best. maybe someday i'll read it, tu pun lepas habis baca semua novel acik lana.. kuikuikui..

      Delete
  5. Akak bukan peminat novel...kalau baca buku jeh mesti conpem tido..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mesti senang ja akak nak tido ni kan? hehe

      Delete
  6. voucher buku tu kalo kat sini xleh beli novel2 tu. adik kak la yang cakap. acik lana ni akak kenal sebab dia pernah dtg Kedah kot sekali utk buat sesi bertemu peminat kalo xsalah la... buku dia mmg lgsg xpernah baca ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sesetengah kedai ja yang tak terima baucer buku tu.. anne beli online kat kaki novel, diorang memang terima baucer.. hehe.. try la baca novel dia, best.. hihi..

      Delete
  7. aya pon suka baca novel...tp dah lama x sentuh novel..sebab takot nanti x buat kerja sebab best dok baca novel.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, ni kalau dah baca novel memang dah tak terbuat la keja lain..hehehe..

      Delete
  8. Novel2 Acik Lana mmg best xm'yesal la klu beli,......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?? hihi..
      sekarang ni dalam proses kumpul semua novel acik lana.. hehe

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain