Alkisah pak cik psiko

Assalamualaikum WBT


Hai semuaaa!!!
Apa khabar? Harap sihat la ye? Tokey blog ni alhamdulillah sihat walafiat jugak.. 
Ni nak stori mori kisah semalam ni.. Sebelum tu, baca ni dulu..




Euuwww.. Scary isn't it? Ni status jiran sebelah kiri rumah kitorang. Memang semalam pakcik tu berhenti kat depan rumah kitorang.. Dia ulang alik banyak kali dari simpang hujung taman ke rumah kitorang. Masa tu Nad nak pegi sidai kain tapi lampu luar tak on lagi. So Nad intai la dari dalam.. Rupanya jiran sebelah pun perasan perbuatan pakcik tu. Pakcik tu berhenti depan rumah pastu tu patah balik pegi simpang hujung taman ni. 


Aku tau pun sebab kebetulan aku nak kuar semalam.. Time tengah tunggu Min tu la aku ngan Nad keluar ke depan rumah sebab nak tengok kalau pakcik psiko ni masih ada kat simpang.. And guess what?? Pakcik tu ada kat simpang & at the same time dia pun tengah tengok aku ngan Nad.. Masa tu memang dah agak dah pakcik ni tak betul..


Lepas tu kami nampak pakcik tu kayuh basikal nak keluar dari kawasan taman, so aku ngan Nad keluar lagi la sebab nak pastikan pakcik tu dah takde.. Kebetulan pulak masa tu pakcik tu toleh belakang, lepas nampak kami je dia terus u-turn balik ke simpang tadi. Aku ngan Nad terus lari balik masuk dalam rumah & tutup pagar. Tak lama lepas tu Min datang. Masa lalu kat simpang tu ngan Min, pakcik psiko tu dah takde..


Taman U ni memang bahaya.. Sebelum ni pencuri je yang banyak, tapi sekarang ni dah ada pulak golongan yang macam ni kat sini.. Menakutkan.. 


Perasan tak kat atas tu aku tekankan jiran sebelah kiri rumah kitorang? Sebab masa cuti midsem hari tu pun ada jugak kes orang psiko ni tapi orang tu bawak motor pulak. Dia kacau jiran sebelah kanan rumah kitorang siap panjat pagar rumah pulak tu.. Dah la masa cuti tu aku ngan Zalia je ada kat rumah.. Nasib baik tak de pape yang jadi kat kitorang berdua. Polis memang tiap2 malam akan buat rondaan.. Waktu siang time cuti pun polis rajin buat rondaan.. Tabik spring la kat abam2 & pacik2 polisi kita.. Hehehe..


Harap2 malam ni & malam seterusnya pakcik tu atau mana2 psiko ngan pencuri penyamun segala bagai tu dah takde.. Kitorang dah plan da, kalau pakcik tu datang lagi kitorang nak gi sound dia ramai2. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah. Ramai2 memang la berani kan? Hehehe..


Sebenarnya, ada je orang tak siuman selalu ulang-alik kat depan kampus kitorang ni tapi dia tak pernah pun kacau orang. Dulu dia ada basikal, dia selalu pungut sampah. Tapi sekarang basikal dia dah takde, dia jalan kaki je dari kedai hujung sana ke kedai hujung sini.. Tu je keja dia hari2.. Hehehe..



18 comments:

  1. kena lebih berhati-hati .. ishh macam2 sekarang nie ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. pagar depan belakang memang sentiasa berkunci.. hihi..

      Delete
  2. takut pulak teman dengonya.. hati2 la yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang yang mengalami ni lagi takut.. hehe..

      Delete
  3. dekat area rumah saya ni pun ada jugak org psycho ni. takut jugak sbb kdg2 tinggal sorg kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya tu dear.. pastikan rumah selalu kunci tau? :)

      Delete
  4. hmm x berani fae tinggal sorang2 kalo mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, nasib baik hari tu berdua kat rumah.. sekarang ni dah ramai dah sebab cuti dah habis.. hehe..

      Delete
  5. uihh, bahayanya.ekceli, taman u ni kat mana? dekat khar n kuo lama ke ? ke silap? hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la, taman U ni kat belakang barisan kedai yang depan pintu timur tu je.. hehe.. dekat khar n kuo lama tu taman bahtera.. hehe..

      Delete
  6. be careful dear. sekarang banyak benda kan yang aneh2. dunia2. lahai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah dear.. tu la, macam2 dah sekarang ni.. kena extra careful.. :D

      Delete
  7. make sure rumah berkunci. if possible simpan no jiran n polis berdekatan :) take care ok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, rumah kami memang 24 jam sentiasa berkunci.. tapi no phone jiran sebelah kiri belum mintak lagi.. hehehe..

      Delete
  8. Org sakit mental mcu tu, mmg kena berhati2.. take care..

    ReplyDelete
  9. please do make sure you'all be careful...skrg ni byk benda yang pelik jadi...take care yup.

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain