Aku yang dulu & aku yang sekarang

Assalamualaikum WBT..


Entri ni bukan nak cerita pasal Tegar, penyanyi "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" tu. Jauh sekali nak menyanyi. Tapi kalau korang suka lagu tu nyanyi je la.. Lagu tu best jugak kan? Hehehe..


Tadi aku godek2 album lama kat pesbuk aku sebab aku baru teringat yang aku pernah upload gambar aku ngan kawan2 aku masa sekolah menengah dulu.. 
Bila tengok balik gambar-gambar tu semua... 
Ya Allah... Rindunya time sekolah dulu.. Rindunya dengan kawan-kawan aku.. Aku dari form 1 sampai la form 5 still kat sekolah yang sama & setia menjadi budak hostel.. Hehehe.. Teringat pulak kat komik kartunis Ubi tu.. Korang pernah baca tak?? Hehehe..





Ni gambar masa form 5 kalau tak silap.. Amik gambar pagi2 sebelum gi kelas sebab tu la muka putih suci melepak macam opera cina.. Dalam 5 orang ni, dua orang dah kawen.. Dua2 kawen dalam tahun ni jugak.. Dua2 wedding aku tak dapat pegi.. Wuwuwu.. TT___TT





Ni gambar kat depan kelas aku. Tapi bukan semua ni classmate aku. Kira gabung la kawan kat hostel ngan kawan kat kelas.. Tapi semua jugak kawan aku.. Hehehe..





Gambar di tempat yang sama tapi angle yang lain.. Haha.. Dulu2 amik gambar pakai kodak.. Tak boleh amik gambar sesuka hati.. Mesti nak jimat kodak.. Dah la mahal pastu mesti nak guna kodak yang paling banyak, kalau tak silap yang 36 keping punya.. Eh, korang paham tak apa aku merepek pasal kodak ni?? Hehehe..




Dah macam gambar keluarga pulak kan? Hahaha.. Ni masa kitorang jadi fasilitator dalam orientasi asrama. Kitorang pegi tolong handle jungle trekking kat dalam hutan belakang asrama kitorang.. Best tengok orang berendam dalam kolam berlumpur.. Hehehe..




Haa, gambar last ni masa aku form 3 kalau tak silap, ke time form 1? Aku pun tak pasti.. Ni one of my bestfriend, A-rien. Dah kawin & ada anak 2 dah pun sekarang.. Aku je still single.. Takpe, belum ada rezeki nak kawin kan? Sabor je laa~ Hehehe..


Nampak tak perubahan aku yang dulu dengan aku yang sekarang?? Mohon senaraikan perubahan yang anda lihat. Hahaha..


Seriously, aku rindu kawan2 aku. Lepas SPM kitorang dah jarang jumpa. Bila sambung degree, kawan2 aku ramai yang dah keja.. Sebab tu kalau nak jumpa pun susah.. Nak pegi wedding diorang pun tak dapat.. Maap la yer kawan2.. Nanti wedding aku jangan tak datang pulak.. Hehehe..



Salam.. ^__^

16 comments:

  1. masih tersimpan elok gambar lama ya...akak pun pernah guna kodak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, nasib sempat scan hari tu.. sekarang gmbar ori tak tau mana dah.. hihi..
      yeayy, kita sama! hihi

      Delete
  2. byk perubahan cikgu...dr pakai tudung bawal, skrg pakai shawl je..hehehe...tp ketinggian tu macam tak berubah je..hikhik...cikgu jgn marah saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. gaya mesti ikut peredaran zaman kan? tapi tu la, kenapa la tak tinggi2 jugak.. hahaha

      Delete
  3. hik hik nak senaraikan perubahan tu hana tak sure la. sebab comel tu tetap sama. :)

    ReplyDelete
  4. wahh. aefa tak tau letak kat mane gmbr2 dulu hehe..

    ReplyDelete
  5. dulu dan sekarang..itu tandanye waktu berjalan..
    hargai waktu yg sedang berjalan.. jom2..

    ReplyDelete
  6. syok kan tgk gambaq2 lama .. muka memang jauh beza lahh dulu dgn skrg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dulu macam tembam gila pipi.. sekarang dah kurus cikeding.. haha..

      Delete
  7. Replies
    1. kan? ni boleh tunjuk kat anak ni nanti.. haha..

      Delete
  8. sapa2 pun, muka masa sekolah dulu mmg lain sikit.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, lagipun dah bertahun.. memang akan ada perubahan.. hehe

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain