Showing posts with label With Friends. Show all posts
Showing posts with label With Friends. Show all posts

Happy Birthday To Me !!

Assalamualaikum..


Morning uolls!!
Hari ni birthday aku yang ke ____..
Sila isi tempat kosong.. Hahaha..


Semalam housemate aku buat surprise kat aku..
Memang tak sangka sangat sebab mula2 ingat tu majlis makan2  ngan our lecturer yang jugak merupakan pemilik rumah sewa kitorang..
Patut la sampai majlis nak mula pun lecturer tak datang2..
Alih2 diorang bawak keluar kek dari bilik..
Ish3x... Tokojut den.. Hehehe..


Apa2 pun, thanks a lot my kesayangan semua..
Tak sangka sampai Min pun ikut subahat sekali..
Rupanya Min pun dah tau yang majlis tu surprise birthday party untuk aku ngan Iyqa yang kebetulan sama bulan lahir ngan aku..
Cuma dia tak datang la, segan katanya.. Hehehe..






Ni la dia muka2 yang telah men'surprise'kan aku ngan Iyqa semalam..
Memang "thorrrrbaeeeekk" la korang punya plan..
Mo bagi berapa bintang yaa??
Hehehe..


Sebelum nak hantar tetamu balik kolej, kitorang sempat ber'groufie' beramai2 kat luar rumah..
Tak kisah dah ngan jiran2 sekeliling..
Orang dok lalu lalang pun mungkin senyum2 kambing ja tengok gelagat budak final year yang tak matang ni.. Hahaha..
Ada banyak lagi gambar groufie, dari dalam rumah sampai la ke luar..
Asik aku jaa yang pegang monopod tuh..
Sampai naik lenguh tangan pegang monopod..
Tapi demi kekawan, I sanggup nokss!!
Hahaha..


Dear friends, aku harap persahabatan kita akan kekal sampai bila2..
Walau dah kawen, anak berderet, aku harap kita semua still kamceng lagi..
Sedih sebab ni last semester kita together-geder..
Korang semua duk Semenanjung, senang la nak jumpa..
Aku sorang ja Sabah.. Hukhukhuk..


Jom habiskan semester terakhir kita dengan kenangan2 yang manis sampai semut pun tak larat. Hahaha..



Much love, 
~Anne Nurain~

Baucer buku!!

Assalamualaikum & hai hai korang!!


Hari ni baru ada kesempatan nak update blog.. Sori la tak sempat nak balas kunjungan korang2 yang datang ke blog ni.. Komen2 pun aku publish je, tak sempat nak reply.. Ampunkan patik ya kawan2? Hehehe.. Bagi yang baru follow blog aku ni, aku ucapkan billion2 terima kasih sebab sudi follow blog yang serba kekurangan ini.. Hehehe.. Insya Allah kalau ada masa aku follow korang balik eh? Kalau sudi, join la jugak GA aku eh? Banyak hadiah best2 tau? Nak join klik -------> SINI.


Semalam kitorang dah dapat baucer buku.. Hooreeyyyyy!!! Jom joget2 happy sekali.. Hehehe.. Sepatutnya turn semester 6 amik baucer hari Jumaat & Sabtu ni. Tapi kebetulan kaunter tempat amik baucer tu tak ramai orang, so kami pun pegi la menyibuk jugak nak ambik. Nasib baik boleh ambik awal.. 

Eh kenapa RM150 je??


Pastu kebetulan lagi minggu ni ada event kat kampus, anjuran kursus Geografi kot, banyak la gerai2 baju, buku, kerongsang & makanan kat kampus.. Alang2 dah keluar dari tempat persembunyian (rumah la.hehe..) kami pun ronda2 la sekitar tapak jualan tu.. Dan dengan pantasnya, baucer aku dah habis RM100.. Kehkehkeh.. Nak tau aku beli apa? Ni ha, kat bawah ni.. Hehehe..


Buku rujukan yang sangat penting.. :P


Ni baru 3 novel dari senarai aku yang very the panjang.. Hihihi.. Ada 4 novel lagi yang aku tengah target sekarang ni.. Harap2 dapat la novel2 tu jatuh ke tangan aku.. Hohohohoho... Gelak sin chan jap.. Thank u soooo much la kerajaan sebab bagi kitorang BB1M ni.. Harap2 tahun depan naik la pulak pegi RM300.. Muehehehehe...


Hari ni result SPM dah kuar kan? Huhu.. Mesti blogger2 yang lepasan SPM ni nebes gila especially adik aku yg nun jauh d kampung. Dan tak lupa jgk +Akeyla Azmi , +Ninaa Hassan & semua la yang berkenaan.. Yang perasan nak jadi lepasan SPM pun boleh jugakk.. Hehehe.. Semoga dapat result yang hebat2 debabomb gituu.. Kalau tak dapat seperti yang dijangka pun takpe, semua tu ketentuan Allah.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. :D



Cerita gambar seminar ICT@Edu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ekceli kan, dah lama nak post pasal gambar ni..
Ntah kenapa aku suka gambar ni.. Hehehe..
Ni gambar masa kitorang join jadi AJK Teknikal time Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan yang berlangsung hari tu..  Eceh, dah macam ayat karangan sekolah menengah la pulak.. hehe..
Rasanya dah cerita sikit dalam entry Tun M hari tu.. Hehehe..




Kat ujung kiri tu Puan Maryati, kitorang jadi AJK under dia la.. Puan ni la yang jadi penyelia kitorang berempat time latihan industri hari tu.. Dia jugak yang suruh kitorang jadi AJK Teknikal. Hehehe..
Sebelah puan tu, Tihah.. Pastu Shamsul, aku & Min, my buah doyan.. *Malu nak cakap buah hati lettew* Hahaha.. Mohon abaikan..


Ni masa dah habis buat keja, sebab tu mungkin muka ada nampak macam penat sikit..
Kitorang kira bertuah sangat sebab dapat join seminar ni.. Walaupun hanya sebagai penjaga masa untuk pembentang tapi banyak input yang kami dapat. *Selain dapat makan free selama 2 hari.hehehe..* Lagipun isi kandungan seminar ni memang bersangkut paut dengan bidang kitorang pun, kitorang kan bakal pendidik.. Hehehe.. Insya Allah.. :D


Mereka2 yang join seminar ni terdiri daripada student yang amik master & PhD. Diorang dikehendaki untuk membentang hasil kajian & perisian yang diorang buat.. Memang best la, sebab semua hebat2.. Seminar ni buat aku berfikir nak sambung lagi ke lepas degree ni?? Tapi aku tak tau lagi camna.. Insya Allah.. Nanti difikirkan semula.. 


Sekarang ni nak fikir pasal kit ABBM aku yang tak siap lagi oi~ Hari Jumaat ni ada kuiz KPD 3016, hari Jumaat ni jugak ada speaking test & hari Jumaat ni jugak hari terakhir kuliah.. Yuhuuuu!!! Study week seminggu pastu final exam 2 minggu, pastu balik Sabah lagi!! But this time balik Sabah with my buah doyan.. Muehehehehe~



Salam.. ^___^

Cerita presentation tadi..

Assalamualaikum W.B.T


Hai uollss!! Hehehe.. Nampak macam happy je kan? Memang pon happy sebab presentation dah lepas tadi.. Alhamdulillah, presentation tadi berjalan dengan lancar. Walaupun tak sempat nak gabung slide PowerPoint tu masuk dalam Prezi. Hehehe..


Muka happy lepas present.. kuikuikui


Lecturer memang tak banyak bising sebab lecturer tu memang sempoi habis.. First time jumpa lect pompuan yang macam tu.. Bawak sling bag pastu silang kat badan macam budak sekolah selalu buat. Tapi lect tu memang baik. Tak cerewet macam sesetengah lect yang aku kenal.. Hehehe..



Ni memang muka2 satu group ngan aku dari sem 2 lagi.. hehe


Lagipun kelas untuk subjek Advanced IT Application ni memang sikit je student dier, semua coursemate aku jugak cumanya tak ramai sebab ni subjek untuk student yang amik minor programming. Coursemate yang lain ada yang amik minor B. Melayu, Perdagangan, Geografi  & banyak lagi la.. 


Haa!! Main candy crush! Report lect kang.. huhuhu..


Kat Malaysia ni tak semua sekolah menengah ada subjek ICT kan? Sebab tu kami kena amik jugak minor subjek lain. Adik2 yang masih bersekolah tu, sekolah korang ada tak subjek ICT? Kalau ada boleh jugak akak nak apply praktikum kat sana untuk tahun depan nanti.. Hehehe.. Nak jadi akak2 jap, nanti semester 7 jadi cikgu2 pulak.. Berdebar pulak rasanya.. Hihihi..


Insya Allah kalau berkesempatan nanti aku share sedikit sebanyak tentang tajuk presentation kami tadi iaitu "Aplikasi ICT dan Kesannya Terhadap Kehidupan". Banyak input yang berguna tau? Lebih2 lagi untuk para blogger yang rasanya paling banyak menghabiskan masa depan komputer/laptop. Hehehe..



Salam.. ^___^


Program Convoy & Charity Pangkor


Assalamualaikum W.B.T


Hai korang!! Harap korang sihat je hari ni.. :D

Program ni time 19-20 Oktober hari tu.. Dah berkurun duk dalam draft baru hari ni terasa nak publish. Hahaha.. Nampak bebeno tokey blog ni pemalas.. Bukan apa, banyak sangat gambar sampai aku pun terkeliru gambar yang mana satu nak masukkan dalam blog.Hehehe..


Program konvoi ni terbuka untuk lelaki sahaja, kitorang yang gegurl ni naik bas. Ingatkan dapat la tengok konvoi ni sepanjang perjalanan pegi Pangkor, rupanya tak. Kitorang ikut jalan kampung, diorang ikut highway.. Tak puas hati sungguh sebab tak nampak kekacakan & ke'cool'an BFF aku.. Huhu..


Apa-apa pun, jom kita tengok gambar2 ni dulu..
Hehehe...


Peserta konvoi warming up dulu sebelum memulakan perjalanan.. Jaket biru is my bf.. haha..



Antara peserta konvoi.. Eh, jaket biru ada lagi? hehehe..



Aku ngan housemate aku yang pegi..



Program tanam pokok dan pembersihan pantai



Isi perut sambil menyibukkan diri.. haha



It's him again! Kyaaa!! XD


Overall program ni memang best..
Walaupun tak dapat naik banana boat.. Wuwuwu  TT___TT
Dapat pengalaman tanam pokok dalam hujan lebat, makan tengah hari ramai-ramai sambil duduk kat atas pasir dan menghadap pantai, spent time with my dearest housemate, semua ni dah cukup.. :D
Next time ada program jalan2 lagi mesti join punya.. hehe..



Aku yang dulu & aku yang sekarang

Assalamualaikum WBT..


Entri ni bukan nak cerita pasal Tegar, penyanyi "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" tu. Jauh sekali nak menyanyi. Tapi kalau korang suka lagu tu nyanyi je la.. Lagu tu best jugak kan? Hehehe..


Tadi aku godek2 album lama kat pesbuk aku sebab aku baru teringat yang aku pernah upload gambar aku ngan kawan2 aku masa sekolah menengah dulu.. 
Bila tengok balik gambar-gambar tu semua... 
Ya Allah... Rindunya time sekolah dulu.. Rindunya dengan kawan-kawan aku.. Aku dari form 1 sampai la form 5 still kat sekolah yang sama & setia menjadi budak hostel.. Hehehe.. Teringat pulak kat komik kartunis Ubi tu.. Korang pernah baca tak?? Hehehe..





Ni gambar masa form 5 kalau tak silap.. Amik gambar pagi2 sebelum gi kelas sebab tu la muka putih suci melepak macam opera cina.. Dalam 5 orang ni, dua orang dah kawen.. Dua2 kawen dalam tahun ni jugak.. Dua2 wedding aku tak dapat pegi.. Wuwuwu.. TT___TT





Ni gambar kat depan kelas aku. Tapi bukan semua ni classmate aku. Kira gabung la kawan kat hostel ngan kawan kat kelas.. Tapi semua jugak kawan aku.. Hehehe..





Gambar di tempat yang sama tapi angle yang lain.. Haha.. Dulu2 amik gambar pakai kodak.. Tak boleh amik gambar sesuka hati.. Mesti nak jimat kodak.. Dah la mahal pastu mesti nak guna kodak yang paling banyak, kalau tak silap yang 36 keping punya.. Eh, korang paham tak apa aku merepek pasal kodak ni?? Hehehe..




Dah macam gambar keluarga pulak kan? Hahaha.. Ni masa kitorang jadi fasilitator dalam orientasi asrama. Kitorang pegi tolong handle jungle trekking kat dalam hutan belakang asrama kitorang.. Best tengok orang berendam dalam kolam berlumpur.. Hehehe..




Haa, gambar last ni masa aku form 3 kalau tak silap, ke time form 1? Aku pun tak pasti.. Ni one of my bestfriend, A-rien. Dah kawin & ada anak 2 dah pun sekarang.. Aku je still single.. Takpe, belum ada rezeki nak kawin kan? Sabor je laa~ Hehehe..


Nampak tak perubahan aku yang dulu dengan aku yang sekarang?? Mohon senaraikan perubahan yang anda lihat. Hahaha..


Seriously, aku rindu kawan2 aku. Lepas SPM kitorang dah jarang jumpa. Bila sambung degree, kawan2 aku ramai yang dah keja.. Sebab tu kalau nak jumpa pun susah.. Nak pegi wedding diorang pun tak dapat.. Maap la yer kawan2.. Nanti wedding aku jangan tak datang pulak.. Hehehe..



Salam.. ^__^

Guess where am I??


Assalamualaikum W.B.T


Jawab salam dulu bagi yang muslim.. hihi..


Hari ni nak tepek gambar ni ja..
Nanti next post aku buat entri panjang beratus meter..
Hahaha..


Oh My Tudung!!




Raya Haji dan bermalas-malasan


Assalamualaikum W.B.T..


Sumber : Google

Haipp! Rasanya belum terlambat kalau nak ucap kan?
BTW, selamat hari raya aidil adha!! 
Gambar cedok dari Google menandakan aku takda mood nak buat wallpaper sendiri..
Hehehe..
Dah 5 hari aku tak update blog..
Last post pun pasal teka-teki umur housemate aku..
Nak try jawab?
Kalau betul dapat review blog dari aku..
Kalau nak try suka2 pon boleh je..
Hehehe..


Aku tak update blog bukan sebab aku busy ngan esaimen ponn..
Kitorang cuti raya haji sampai hari ni ja tapi confirm ramai 
yang sambung cuti sampai ahad..
Hehehe..
Memandangkan aku sorang ja Sabahan kat rumah ni, 
memang sah2 la aku tak balik beraya..
Nasib baik ada 3 orang lagi housemate aku yang tak balik..
Tiga2 ni orang utara, tak balik pon sebab tiket train habis.. Hehehe..
Nasib baiklah ada teman kat rumah..
Tapi cuti midsem akan datang tak tau lagi camana..
Ntah2 semua balik kampung..
Huhuhu..


Okei la, tu ja catatan untuk hari ni..
Masih dalam mood bermalas-malasan sempena cuti..
Esok dikira masih cuti sebab aku takda kelas langsung..
Kbai!!







Housemate kesayangan + review blog


Assalamualaikum W.B.T..


Hari tu roomate tanya bila nak masukkan gambar diorang dalam blog..
Nak jugak femes katanya..
Hehehe..

So, moh ler kita berkenal-kenalan dengan housemate2 kesayangan aku ni..


Dari kiri : Iyqa, Pika, Nurul, Murni, Pina, Nad, aku & Zalia..

Sebenarnya, ada lagi housemate aku yang lain..
Tapi ni ja yang kamceng..
Lagipun kitorang menyewa sama2 dari semester lepas lagi..

Murni ngan Nurul ambik Pendidikan Seni..
Aku ngan yang lain pulak Pendidikan Teknologi Maklumat..
Tapi kitorang bawah 1 fakulti yang sama..

Gamba ni masa pegi kem hari tu..
Kitorang kan tak duduk kolej..
Student yang menyewa kat luar diletak bawah jagaan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK)
Zalia ngan Iyqa ni exco UKLK..
Kitorang yang lain ni rakan exco je..
Hihihi..

Okei, sekarang jawab soalan ni..
Tetiba pulak ada kuiz kan?
Hehehe..

Antara ramai2 tu, ada sorang yang umur terlebih..
Maksud aku, yang paling tua..
Pastu cari yang korang rasa paling muda..
Kalau paling comel rasanya dah tau da sapa..
Hahaha...

Ce teka.. Ce teka..
Sapa jawab dengan betul dapat hadiah review blog.. :D



Off to Kuala Kubu Baru


Assalamualaikum..


Esok aku ngan semua housemate aku pegi kem kat Kuala Kubu Bharu. Kitorang ada kem Pemantapan Rakan Exco MMKLK & Perlantikan Rakan Exco. Fuhh panjang siot nama kem yang aku nak pegi ni.. Hehehe.. Kat umah kitorang ni ada 2 orang exco, kitorang yang lain ni jadi rakan exco ja.. Boleh la kan kalau nak timba pengalaman..


Sekarang ni housemate aku semua bz packing, aku lak bz update blog.. Hehehe.. Haruslah update blog dulu sebelum packing barang kan? Nanti lepas penat packing boleh terus tido.. Esok kena bangun awal.. Kitorang kuar rumah pukul 9, sarapan dulu pastu pukul 10 baru gerak ke KKB..


Kem ni 3 hari 2 malam.. Start esok sampai hari khamis.. So, xda la tengok blog dalam 3 hari ni. Dont miss me ya?? Hahaha.. Perasan sungguh mak jemah ni.. Tak dapat jugak la nak blogwalking.. Huhuhu.. Nanti balik dari kem baru aku update lagi, tu pun kalau larat laa.. Huhuhu...


Okei, doakan aku & kawan2 selamat pergi & kembali tau?? Babaiiii uollsss...



Follow blogshop saya!


Like page online shop saya!


Kisah Min & budak suka makan & membazir..


Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera...


3.35 petang, 22 Ogos 2013......


Baru nak menaip dah menguap.. Bukan sekali, berkali-kali pulak tuh.. Mengantuk sangat dah ni.. Waktu2 sekarang ni memang masa yang sesuai untuk tidur kan?? Lepas dah kenyang, opis sejuk, memang tinggal letak kepala kat atas meja ja ni.. Konpem lena.. 


Padahal tadi tak makan banyak pun.. Makan nasi lemak Pn. Nurul bawak, pastu kul 11 kuar gi minum, tadi plak Pn. Zai bagi cup cake sorang satu. Memang best kat opis ni, asyik ada makan2 ja.. Aku memang suka bab2 makan ni.. Semalam pun kitorang ada makan2 jugak kat opis. Pn. Zai ngan Pn. Lia buat open house diorang kat opis ja. Ada daging masak black pepper my feveret, ada tomyam campur, ada sambal sotong.. Macam2 lagi la.. Pendek kata memang kenyang la makan..


Tiap kali kitorang kena ajak makan mesti Min suruh aku pegi dulu sebab aku ja yang kurang pemalu sikit lau bab2 makan ni.. hehehe.. Dah orang ajak banyak kali kan? Takkan nak biarkan ja? Mesti la aku pun pegi join makan kan?? Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.. hehehe...


Aku memang suka makan.. Tapi aku jenis makan banyak tapi x pandai gemuk.. Syukur la kan sebab xyah risau nak diet & turunkan berat badan. Kena jaga kesihatan ja la.. Tapi masalah nya aku ni makan ikut suka hati. Dahla makan sayur pun dua tiga jenis ja, suka minum ais, makan x kira masa & macam2 lagi la tabiat makan yang x sihat..




1.00, 23 Ogos 2013......


Ni dah jadi 2 hari dalam satu entri ni.. Ni la jadinya kalau nak update blog tapi tertangguh2.. hehehe..


Tadi pegi makan ngan Min lagi. Aku yang ajak.. Alasan, malas masak.. Min siap panggil aku budak membazir lagi.. hehehe.. Tadi makan kat restoran yang kitorang selalu pegi kalau aku rasa nak makan nasi goreng thai.. Takda la sedap mana pun tapi ok laa.. Hehehe..


Pastu main ngan kucing kat sana.. Kucing tu dah kenal kami kot.. Asal pegi makan kat sana mesti kucing tu datang kat tempat kami pastu nak manja2. Miau tu manja2 ngan Min dulu pastu baru manja2 ngan aku.. Miau gegurl kot.. Gedik lettew.. kekeke~


Tadi packing barang.. Tapi bukan packing sebab nak balik kampung.. Esok, eh hari ni hari last kitorang LI.. Ada lebih kurang 2 minggu lagi sebelum buka sem baru. Teha balik kampung, so aku terpaksalah balik umah sewa aku balik. And, kebetulan jugak hari sabtu nanti housemate aku balik. Nasib baik.. Kalau tak sendiri2 ja la aku kat TM ni.. Min pulak nak gi umah kawan dia di Sunway.. Taktau bila balik sini.. Mesti aku rindu dia nanti.. :(


Harap2 aku tak bosan la nanti bila Min xda kat sini.. Kena rajin masak.. Kalau malas masak takda Min nak teman makan kat luar. Kena jaga diri jugak, nanti Min risau aku kat sini. Teringat masa aku balik sini hari tu.. Min sanggup x tidur & x makan sebab risaukan aku sorang2 kat airport. Nanti la ada masa aku cerita detail pasal kisah malang tu.. Malang la sangat kan.. hehehe..


Okei, tido dulu.. Ngantuk tahap gaban dah ni.. Daa... Assalamualaikum..



Dia nak BREAK????


Assalamualaikum WBT..

Hari ni masa kat opis tetiba dapat chat dari Mrr Min..
Ingatkan dia send link video ka, gambar ka..
Memang tu dah jadi kebiasaan kami sejak LI ni..
Asal ada gambar @ video yang lucu mesti share antara kami bdua..

Tapi tadi...
Tiba-tiba Min send ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Jom break??
Min nak break??
huk..huk..huk..





Fuhhhh...
Nasib baik cepat ja taip 'slh send' tu..
Eh, abaikan panggilan manja tu eh?
Jangan dipikirkan sangat, kang ada yang muntah ijau lak..

Min nak send kat Shamsul tapi tak perasan tertaip kat chatbox aku..
Kat dalam opis ni kadang2 kitorang malas nak cakap..
Jadi taip kat chatbox ja kalau nak apa2..
Takpun guna isyarat tangan..
Pemalas yang amat kan??
Hahahaha..

Lepas tu terus kuar gi makan..
Baru pukul 10 aku dah makan nasi berlauk..
So tengah hari nanti takyah makan, isi masa rehat dengan TIDO..
Hehehehe..
Kitorang rehat dah macam staf permanent rehat..
Makan pastu sembang2 sampai dah tak ingat jalan balik opis..
Tadi sembang pasal chat yang Min salah hantar, pasal Mesir, pasal kes tembak yang makin menjadi-jadi sekarang ni & macam2 lagilah kitorang sembangkan.
Dalam sembang tu ada jugak terkutuk kawan..
Ish.. ish.. ish..
Tak ingat dosa ke hapa??
hehehe..






Teaser utk next update.. cehhh~~


Banyaklah aku punya teaser2 kan?
Ekceli, nak update pasal ujian kenaikan bengkung hari sabtu baru2 ni..
Tapi sekarang esaimen masih taknak meninggalkan aku..
So, next time la aku update ya?
Ni gambar pendahuluan..
kehkehkeh...

Dari kiri - Pina, Zalia, aku laa~~


Muka-muka fresh sebelum ujian..
Tunggu la lepas ujian nanti cmana..
hohoho~~


Aku Terima Nikahnya...


Aku ada mention kan yang hari tu aku pegi tengok Aku Terima Nikahnya secara FREE!! Haha.. Ekceli, kawan aku belanja sebab dia nak sangat tengok cerita tu sedangkan bestfriendnya yang 2 orang lagi tanak tengok. So, terpaksa la dia belanja kitorang supaya dapat temankan dia tengok wayang.

Aku bukannya nak buat review tentang filem ni sebab aku tak pandai. So, i just giving out my opinion 'bout this movie. Secara keseluruhannya, movie ni best jugak la.. Walaupun ada yang kata filem ni tiru filem orang putih, The Vows tapi Malaysian punya has its own identity.. Bagi aku la kan, takpa la kalau sama sekali pun sebab dalam dunia perfileman sekarang ni pun semua movie lebih kurang sama jak jalan ceritanya tak kisah la filem Melayu, Omputih, Indon and so on.. Yang penting aku rasa terhibur and terkesan dengan movie tu..

Masa tengok movie tu, mata aku asik aim Nora Danish punya dress. Kawan aku, Mira lak asik aim kasut Nora Danish ja.. Serius, aku suka sangat tengok dress yang Nora pakai dalam cerita tu.. Especially dress kaler dark blue yang dia pakai masa dia bawak Adi Putra a.k.a husband yang ilang ingatan tu balik semula ke tempat diorang honeymoon dulu.. 

Aku ngan Mira memang agak bising sepanjang tengok citer tu.. Dialog paling sadis kitorang, "Ruginya Jejai tinggalkan Nora Danish untuk Fasha. Fasha bukannya cantik mana pun..". Hahaha.. Sadis tak? Sadis tak? Kehkehkeh.. Suka-suki ja kitorang cakap macam tu kan? Sedangkan tu semua kehendak Allah yang nak jadikan jalan hidup diorang macam tu.. :D

Ada beberapa part dalam cerita tu yang buat air mata aku menitis. Cewahhh.. Tapi takda la nangis sakan pun, air mata pun 2 3 titis je jatuh tapi bila sampai part Nora Danish a.k.a Arlisa tu mengalah & minta dilepaskan, air mata aku memang dah mengalir dengan lajunya tanpa sempat untuk aku cover supaya orang kiri kanan tak nampak aku nangis. Hahahaha.. Memang feeling habis la aku tengok cerita tu.. Kena lagi time tu mood aku tengah tak bagus.. Memang harus la kan layan perasaan.. Kekeke~~

Ahad yang macam-macam ada..


Banyak sangat nak update tapi mood tu kejap ada kejap takda.. 

1. Tadi pagi aku ikut roomate aku ngan kawan2 dia pegi Aeon kat Rawang.. Ingat just pegi jalan-jalan beli barang ja, rupanya Mira belanja kitorang tengok Aku Terima Nikahnya.. Pergghhhh... Untung giler aku join.. Thanks to Mira yang sanggup belanja kitorang tengok wayang.. Kihkihkih.. Nanti aku cerita lebih lanjut lagi eh?

2. Aku bersyukur sangat sebab Kanda ku dah ok.. Dia dah tegur aku.. Sebelum ni ada problem sikit tapi aku malas nak cerita kat sini.. Hehehe.. Kesabaran ku terbalas akhirnya.. Syukur alhamdulillah,ya Allah..

3. Tadi pegi beli makanan kat bawah, dalam pukul 10 gitu la kalau tak silap.. Sambil tunggu makanan tu siap masak, aku tengok la tv.. Then ternampak iklan 100 Plus.. Starring by.... Dato' Lee Chong Wei.. Alaaa.. Yang dia lawan main badminton ngan sorang budak tu.. Pastu tetiba ramai yang datang bawak raket nak lawan ngan Chong Wei.. Comel je tengok DLCW dalam iklan tu.. Hehehe.. Kalau tak tengok lagi, apa kata korang duduk depan tv, pastikan tv3 eh? Pastu tunggu la sampai iklan tu muncul kat kaca tv korang.. Hehehe~~

Okehh, tu je dulu untuk entri di awal Isnin ni.. Nak tidoooo... :D


Aku dah gemuk.. Yeahh....


Kemarin lepas kelas singgah jap kat kedai di Taman U tu..
Jalan sorang2 sambil window shopping..
Ahakss..
Pastu ternampak satu baju tshirt ni..
Kebetulan baju tshirt aku banyak yang dah buruk(hahaha), so aku pun teringin la beli yang baru setelah ternampak harganya yang agak murah sedikit..
Hehehe..
Setelah puas belek-belek baju tu, aku pun membuat keputusan untuk membelinya..
Masa belek2 tu ingatkan baju ni longgar kat badan aku..
Sampai umah aku terus basuh baju tu..
Hari ni bila dah kering, eksaited yang amat nak pakai..
Maklum la baju baru..
Kehkehkeh...
TAPI.... 
Baju tu kecik aaaaa....
Takda la kecik betul pun, cuma ngam2 kat badan..
Ingatkan longgar macam baju Angry Bird kaler pink aku kat bawah ni..

Kitorang dulu geng budak hostel.. hihi....

Boleh pakai kat bilik je baju ni..
Takleh pakai kat luar, cekci..
Ketara montot..
Hahaha...
Tapi, bila pikir2 balik..
Aku rasa, aku dah gemuk..
Sebab tu baju tu ngam2 kat badan..
Sedapkan hati sendiri..
Hahaha...


Day 7 - 10 important people

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.. Hah, jawab jangan tak jawab.. Dosa tau kalau tak jawab.. Hihihi..

Cabaran untuk hari ke 7 ni pasal orang-orang yang penting bagi aku.. At first aku tak sure lagi sama da list secara individu or grouping.. Sebab kalau nak list family aku, dah ada 8 orang plus enchek Kekanda dah 9 orang.. In the end tinggal 1 last spot ja lagi which is untuk bestfriend2 aku.. Hehehe..

Tapi, aku buat random ja la.. Just taip apa yang terlintas di kepala otak ku yang comel ni.. Hahaha..

Gambar kat KKIA masa nak hantar aku  pegi UPSI


1. Bapa aku. Sumber inspirasi untuk nak jadi cikgu di masa depan and sumber kewangan jugak.. Kekeke...

2. Mak aku. My shopping partner. Hahaha... And, cikgu memasak aku.. Aku suka kacau mak aku masak masa aku kecik-kecik dulu.. Hihihi..

Dari Gaya Street, beli hamster yang comelsss


3. Kakak aku. Orang yang bertanggungjawab sponsor makan and tengok wayang.. Hahaha..

Identiti yang tidak dapat dikenalpasti.. Hehehe


4. Kanda ku. Buah hati. Hahaha.. Merangkap bestfriend & coursemate ku masa di Politeknik dulu and sekarang, di UPSI.. 

5. Naminiaijarien Vasulara. Hah, yang ni mungkin pelik bagi korang. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa benda 'Naminiaijarien Vasulara' ni? Sebenarnya ni adalah gabungan nama 10 orang geng kamceng aku masa sekolah menengah dulu. Nanti la aku buat entri pasal geng-geng aku ni.. Kalau cerita sekarang nanti jadi karangan ilmiah plak. Hehehe...

Geng makan-makan.. Hahaha


6. Geng-geng time study di Poliku (Politeknik Kuching) dulu. Yang ni takda nama khas tapi boleh panggil geng makan jugak la coz kitorang selalu berkumpul time makan. Tak kira la makan malam ka, makan tengah hari ka, sarapan ka, supper ka.. Almost all the time kitorang makan. Asal makan ja berkumpul, asal berkumpul ja makan.. Hahaha..

7. Umie & husband.. Bestfriend jugak ni. Umie ni aku kenal masa praktikal di kolej Cosmopoint KK, classmate & housemate kakak aku. Husband dia plak bestfriend & housemate Kanda ku, sama-sama study kat Poliku dulu. Dia keja cikgu Tabika Kemas, dah ada anak sorang and sorang lagi 'on the way'. Hihihi.. Insya Allah...

8. 'Org Bg Keja'. Aku tak tau nama orang ni, kitorang just berhubung via email and phone ja. Dia ni sumber kewangan aku jugak. Bukan sugardaddy ya?? Hahaha.. Sebelum sambung study aku keja kat advertising agency, sekarang aku jadi freelance ja. Orang ni la yang selalu bagi aku keja design banner & trace logo. Adalah income sikit.. Hihihi...

Okei, ada 2 lagi tapi aku tak tau dah sapa lagi orang-orang yang penting bagi aku.. Dah dekat sejam aku pikir ni. Hihihi...

9. Lecturer-lecturer kat UPSI. Hah, amekawww... Penting jugak ni, student macam aku ni sentiasa dahagakan ilmu. Cewahh.. Ayat tak boleh blah.. :P  Oleh kerana kitorang ni bakal pendidik maka adalah penting untuk kami mengajar benda yang betul, bukan yang main hentam keromo jak. So, study kenalah serius. No play-play, understand?? 

10. Pembaca blog ni. Huhuhu... Aku terharu sebenarnya, ada jugak orang yang datang blogku & baca post2 ku yang kebanyakannya merapu dan syok sendiri ni.. Thanks korang!! Kamsahamnida.. Arigato Gozaimas.. Thank you.. Terima kasseyyyy!!!! (Alleycats version) Hahaha...


Wanita berkaki 1 dan entri bergambar


Assalamualaikum...

Ehem.. Ehemm..

Menikmati aiskrim yang tak manis a.k.a tawar

Mana wanita berkaki 1 nya??
Jumpa tak??
Hohoho...


Aku tak tipu tau..
Dah memang gambar pompuan tu jadi macam tu..
Sebelah kaki ja yang jelas..
Sapa suruh interframe gambar kitorang..
Hahahahaha...


Jom layan gambar2 kitorang masa cuti taun baru Cina hari tu..


Memperkenalkannnnn............

Aku
Atie [adik aku]
Ena [kawan adik aku]
Aini [kawan adik aku]

(pandai-pandai la korang teka nama dengan tuan punya badan.. huhuhu..)


Bapak naga, tanglung gergasi ngan kapal yang penuh duit emas.. konon larh...


Aktiviti mengisi perut yang kosong


pokok buluh pelesu..

kat eskalator pon jadik laa...

Sekian...


Mood exam still ON~~


Firstly, nak bagitau yang ni adalah post pertama aku di tahun 2012..
Muehehehe.. Orang lain dah berpuluh-puluh post aku baru satu..
Tu pun dah bangga yang amat..
Ada sesapa nak bagi aku hadiah tak sempena post pertama aku di taun 2012 ni??
Hikhikhik~~


Nah, amek kaw!! Muka besar cikgu-IT-masa-depan..


Sekarang ni masih dalam mood exam..
Minggu ni ada dua paper lagi..
Pembangunan Blog & Laman Web hari Rabu ni..
Pastu hari Khamis lak paper Wacana Akademik Bahasa Melayu..
Next week ada 1 paper lagi, hari Isnin, subjek Kenegaraan..


Orang lain sibuk ulang kaji, aku dah terer dah.. hakhakhaktuih!!


Alhamdulillah, core subject dah habis minggu lepas..
Memang struggle abis jugak la study semua subjek killer tu..
Nasib baik takda yang terbunuh oleh subjek-subjek tu..
Ngeh..Ngeh..Ngeh..

Papepon, harap-harap kitorang semua dapat result seperti yang diharapkan..
Jangan la ada yang terpaksa repeat..
Daku tak sanggup weyy..



Lelaki Gelojoh

Assalamualaikum...

Last update dari opis coz hari ni hari terakhir aku keja kat sini.. Sedih gak la sebab bos n isteri bos baik sangat2.. Dorang pun macam berat jak mo lepaskan aku.. Tapi apa boleh buat kan?? Sabor je lah~~

Ok, balik p tajuk.. Aku bukan nak cerita pasal lelaki gelojoh part makan2 tapi gelojoh dalam berkenalan atau lebih tepat lagi kalau nak tackle pompuan.. Aku cerita ni dari pengalaman aku la.. Aku ni boleh la jugak dikatakan sombong sebab aku memilih kawan.. Memilih tu perlu ya? Jangan nak kawan ngan orang sembarangan, nanti tersalah pilih kawan baru tau.. 

Aku suka berkawan tapi kalau ngan lelaki susah sikit sebab banyak yang x ikhlas n gelojoh.. Baru kenal terus tanya...

>> Tinggal d mana?
>> Berapa orang adik-beradik?
>> Mak bapa kerja apa?
>> Masih study ka atau dah keja?
>> Suda ada boyfriend ka belum?
bla..bla..bla..bla..

Sambil diselitkan dengan,
... aktiviti puji memuji yang amatlah memualkan tekak..
... bercerita pasal diri sendiri tanpa mengambil kira sama ada aku teringin nak tahu atau tidak..
... panggil aku dengan nama yang aku x biasa guna, konon mo lain dari yang lain.. *lain la sangattt*
... tiba-tiba mintak no. phone.. Alasan, mo kenal dengan lebih rapat lagi..

APAKAH?? Ko ni ikhlas mo berkawan ka atau semata-mata mo cari makwe jak?? Baru kenal tiba-tiba mintak no. phone.. Ntah berbaloi ka tidak kalau aku mesej ngan ko nanti.. Ntah2 bazir kredit jak.. 

Kesimpulannya, kalau ada yang nak kenal ngan aku x payah la mo tanya soalan2 kat atas tu.. Buat macam dah lama kenal jak la, kalau ada benda mo tanya pun boleh tanya bila2.. Tak perlu la kelam kabut tanya semua soalan tu.. Slow & steady jak bha.. Hehehe... 

Tu jak la, mo balik dah ni.. Sedih lak tiba2.. Ok,bai! 

Anne Nurain