Day 7 - 10 important people

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.. Hah, jawab jangan tak jawab.. Dosa tau kalau tak jawab.. Hihihi..

Cabaran untuk hari ke 7 ni pasal orang-orang yang penting bagi aku.. At first aku tak sure lagi sama da list secara individu or grouping.. Sebab kalau nak list family aku, dah ada 8 orang plus enchek Kekanda dah 9 orang.. In the end tinggal 1 last spot ja lagi which is untuk bestfriend2 aku.. Hehehe..

Tapi, aku buat random ja la.. Just taip apa yang terlintas di kepala otak ku yang comel ni.. Hahaha..

Gambar kat KKIA masa nak hantar aku  pegi UPSI


1. Bapa aku. Sumber inspirasi untuk nak jadi cikgu di masa depan and sumber kewangan jugak.. Kekeke...

2. Mak aku. My shopping partner. Hahaha... And, cikgu memasak aku.. Aku suka kacau mak aku masak masa aku kecik-kecik dulu.. Hihihi..

Dari Gaya Street, beli hamster yang comelsss


3. Kakak aku. Orang yang bertanggungjawab sponsor makan and tengok wayang.. Hahaha..

Identiti yang tidak dapat dikenalpasti.. Hehehe


4. Kanda ku. Buah hati. Hahaha.. Merangkap bestfriend & coursemate ku masa di Politeknik dulu and sekarang, di UPSI.. 

5. Naminiaijarien Vasulara. Hah, yang ni mungkin pelik bagi korang. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa benda 'Naminiaijarien Vasulara' ni? Sebenarnya ni adalah gabungan nama 10 orang geng kamceng aku masa sekolah menengah dulu. Nanti la aku buat entri pasal geng-geng aku ni.. Kalau cerita sekarang nanti jadi karangan ilmiah plak. Hehehe...

Geng makan-makan.. Hahaha


6. Geng-geng time study di Poliku (Politeknik Kuching) dulu. Yang ni takda nama khas tapi boleh panggil geng makan jugak la coz kitorang selalu berkumpul time makan. Tak kira la makan malam ka, makan tengah hari ka, sarapan ka, supper ka.. Almost all the time kitorang makan. Asal makan ja berkumpul, asal berkumpul ja makan.. Hahaha..

7. Umie & husband.. Bestfriend jugak ni. Umie ni aku kenal masa praktikal di kolej Cosmopoint KK, classmate & housemate kakak aku. Husband dia plak bestfriend & housemate Kanda ku, sama-sama study kat Poliku dulu. Dia keja cikgu Tabika Kemas, dah ada anak sorang and sorang lagi 'on the way'. Hihihi.. Insya Allah...

8. 'Org Bg Keja'. Aku tak tau nama orang ni, kitorang just berhubung via email and phone ja. Dia ni sumber kewangan aku jugak. Bukan sugardaddy ya?? Hahaha.. Sebelum sambung study aku keja kat advertising agency, sekarang aku jadi freelance ja. Orang ni la yang selalu bagi aku keja design banner & trace logo. Adalah income sikit.. Hihihi...

Okei, ada 2 lagi tapi aku tak tau dah sapa lagi orang-orang yang penting bagi aku.. Dah dekat sejam aku pikir ni. Hihihi...

9. Lecturer-lecturer kat UPSI. Hah, amekawww... Penting jugak ni, student macam aku ni sentiasa dahagakan ilmu. Cewahh.. Ayat tak boleh blah.. :P  Oleh kerana kitorang ni bakal pendidik maka adalah penting untuk kami mengajar benda yang betul, bukan yang main hentam keromo jak. So, study kenalah serius. No play-play, understand?? 

10. Pembaca blog ni. Huhuhu... Aku terharu sebenarnya, ada jugak orang yang datang blogku & baca post2 ku yang kebanyakannya merapu dan syok sendiri ni.. Thanks korang!! Kamsahamnida.. Arigato Gozaimas.. Thank you.. Terima kasseyyyy!!!! (Alleycats version) Hahaha...


6 comments:

  1. walaikumsalamwarahmatullahiwabarakatuh *tiada space*

    part kakak tuh, kalau aku kakak tempat belanja makan selalu. hihi

    ckap pasal kawan-kawan pulak..haaa~ rindu pulak dengan kawan aku terus

    ReplyDelete
  2. Kira Kekuri haha.. terus tiada space aa.. aku pun rindu terus ngan kawan2ku masa buat entri ni.. semua jauh2 suda.. huhu..

    ReplyDelete
  3. muke same dengan kakak.muke fotostat , SEBIJIK :D

    ReplyDelete
  4. moga orang-orang yg di sayang
    menjadi kesayang selamanya

    ReplyDelete
  5. Elysa Sofia :: same kan? dari sekolah menengah lagi orang selalu tanya kalau kitorang ni kembar.. hehe..

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain