Review drama : Cunning Single Lady (K-Drama)

Assalamualaikum WBT & hai hai korang!!


Hai jugak buat peminat drama Korea.. Hikhikhik.. Hari tu baru habis tengok drama yang bertajuk Cunning Single Lady ni.. Aku tak tau pun cerita ni best.. Aku try ja download.. Lepas tengok episod pertama tu terus tertarik nak tengok next episod la plak.. Kan dah addicted.. Hehehe..



Drama ni mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang kahwin pastu bercerai sebab c isteri dah tak sanggup hidup susah dengan c suami yang berhenti kerja gomen semata-mata untuk memulakan bisnes. Kiranya masa tu kalau kerja gomen ni memang terjamin la hidup manakala kalau buat bisnes ni dikira penghutang. So, memang teruk jugak la hidup diorang sampai si isteri dah tak tahan dengan suaminya then bercerai...


Lepas 3 tahun bercerai, c suami ni pun dah berjaya. Dah jadi CEO company sendiri tuu.. Si isteri pulak masih hidup biasa2.. Disebabkan dendam & ego jugak la si isteri ni apply jadi intern kat company suaminya. Dari situ la bermulanya kisah diorang, cmana diorang membalas dendam masing2 tapi dalam nak balas dendam & perasaan ego tu boleh pulak terjatuh cinta balik.. Overall, cerita ni memang best!! Tak bosan pun tengok.. Recommended sangat2 untuk sapa2 yang suka drama Korea tu.. Hihihi..


Watak si suami ni nerd tau? Pakar IT la kononnya. Tapi diorang sweet sangat.. Kat syarikat bukan main macho lagi dia jadi CEO, tapi kalau ngan wife dia, dia balik ke perangai nerd & takut2 bini dia tu.. Hehehe..

Hero - Joo Sang Wook

Heroin - Lee Min Jung

Comel kan diorang?? Hehehe..


Ni time si hero masih nerd & belum jadi CEO lagi..


Haha.. yang ni lawak.. CEO kena jadi model untuk apps syarikat dia sendiri

Drama ni bergenre romantik & komedi.. 
Ada 16 episod semuanya..
Nak download boleh klik sini -------> Cunning Single Lady 


Oh ya, dalam drama ni korang akan perasan yang diorang ada guna satu apps ni, nama apps tu Dontalk.. Lebih kurang macam Wechat ngan Line jugak la.. Kononnya hero ni CEO kat company yang develop apps ni. Kalau nak try apps tu boleh try cari kat PlayStore. 

Click this pic for more info! :)

Aku dah download kat phone tapi sunyi sepi sebab takda kawan chat.. 
Terasa diriku ini forever alone.. 
Hahaha..


11 comments:

  1. awwwh <33333
    mcm best je mcm best je hihihi thanks kak anne bertambah lah lagi collection future qila nanti ekeke <333

    ReplyDelete
  2. Macam besssttt je ! Kita sekarang tengah layan Goddess of Marriage. Best gak cite tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. best eh? nanti nak download jugak la.. baru google td, 36 ep woo..
      haha.. takpe, slow2 donlod.. hehe..

      Delete
  3. okehh sila tengok cepat!
    haha.. siyes cite ni byk part2 yg lucu.. hehe..

    ReplyDelete
  4. haha. tajuk dah masuk list menunggu untuk dipertontonkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. ok set.. dah tengok nnt share tau? hehe

      Delete
  5. tengok cite bride of the cntury sekali. awal2 je la best tapinya. ending dia tu la malas tengok. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah kenapa ngan ending dia?
      baru plan nak tengok cite tu.. hehehe

      Delete
  6. owh.. korea.. dah lama sangat x layan korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jarang dengar lelaki suka tengok cite korea.. hehe

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain