Novel-novel Melur Jelita

Assalamualaikum WBT & hai korang semuaaa!!!


Hari ni nak sembang pasal novel pulak..
Ada tak antara pembaca blog aku ni yang suka baca novel macam aku??
Ce angkat kening ala2 kak Ziana Zain jap, nak buat survey ni..
Hekhekhek..


Sebelum ni aku ada cerita pasal novelis yang aku suka kat SINI..
Hari ni nak stori mori lagi kat korang tentang sorang lagi novelis yang aku suka..
Suka sangat sangat.. Hihiks.. Dont worry, aku straight orangnya.. Hahaha..


Aku suka penulisan kak Melur Jelita ni sebab details sangat sampai kita pun senang je nak imagine apa yang diceritakan olehnya.. Pastu lagi, penulisan dia sangat matang.. Dia banyak masukkan unsur2 keagamaan, tu yang jarang jumpa dalam banyak2 novel yang ada kat pasaran sekarang ni.. Sambil baca novel, kita pun boleh belajar tentang kehidupan..  Tu yang paling aku suka..


Setakat ni, akak Melur Jelita ni baru ada 3 novel iaitu..








Aku dah baca ketiga-tiga novel ni.. 
Novel 1st yang aku baca, Awak Suka Saya Tak?..
Sumpah best giler.. I'm fall in love with Hilman.. 
Tapi aku belum ada novel tu, hari tu baca roomate punya..
Takpa, nanti aku beli jugak untuk koleksi novel kesayangan aku.. Hihihi..


Pastu, hari tu aku beli I Love You Stupid pulak.. 
This time aku jatuh cinta pulak ngan abang pedas iaitu Inspektor Firman Ebrahim..
Tapi tak puas baca sebab novel ni ada kesinambungannya iaitu My Precious Iris..
So, aku sasau & angau selama seminggu sebelum dapat beli novel My Precious Iris ni..
Hahaha.. Over sangat la kan sampai sasau & angau..
Ada sakit mental ke apa?? Hehehe..


Aku ada baca kat page kak Melur Jelita semalam..
Insya Allah tak lama lagi kak Melur Jelita akan terbitkan novel keempat beliau..
Auww.. Tak sabarnya.. Tajuknya dah ada, The Unsung Hero..
Perghhh.. Adakah aku akan jatuh cinta lagi dengan hero yang ketiga ini??
Just wait & see.. Hekhekhek..


Ada tak pembaca blog ni yang dah baca novel2 kak Melur Jelita ni??
Jom share2 pendapat korang!! :)


32 comments:

  1. Kita ada yang first book tu je , lepas tu dah tak beli dah. Ketagih dengan Fixi punya pasal. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la nanti, boleh fefeeling sama2.. haha..
      baru google pasal Fixi tadi.. hehe.. macam best je, macam nak try je.. haha..

      Delete
  2. Wahh rajinnya membaca,

    Buku yang dibeli di pesta buku di PICC hari tu pun belum habis baca lagii kesemuanya. Tetapi komik yg baru dipinjam beberapa naskah tu cepat je habis. -.-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun ikut musim jugak.. haha..
      wahh komik pun best kan??
      kalau nak buat library kat rumah pun confirm akan penuh dgn novel & komik.. hihi..

      Delete
  3. Confirm eh best?
    Qila nak belanja umi niii hihihihi <3
    kak anne taknak dtg ke PWTC niiiiiii pesta buku okay :p
    hihihihi. kak anne, takperlu cakap kak anne straight lah hahahahahha lawak betul lah kak anne ni haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, best sgt! hihi..
      umi qila suka baca novel jgk eh? boleh geng ni.. hehehe..
      baucer dah habis yunk oi~ hanya mampu melihat je la nanti kalau pegi pesta buku tu..
      hikhikhik..

      Delete
  4. Tak pernah baca lagi 3 buku ni.. Masukkan dalam to read list.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh la cari kat pesta buku nanti.. hehe..

      Delete
    2. Betul betul betul :) Ke tengok ada tak kawan yang ada novel ni boleh barter :3

      Delete
  5. hilman yong.. my oppa<3 ecah baca novel tu awak suka saya tak byk kali. sebab sweett sgt. yg precious iris tu lagi lah.. nangis smpai hingus cecah lantai. tssk tssk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. lawak la ecah ni.. tapi memang sedih sgt baca my precious iris tu.. akak pun nangis sampai meleleh hngus.. tapi tak la sampai cecah lantai.. hahaha..

      Delete
  6. anne jom pi pesta buku antarabangsa kat pwtc until next week..boleh shoping sakan novel dan jumpa penulis2nya ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. baucer buku dah habis la kak..
      nanti kempunan je tengok buku2 tu semua.. hehehe..

      Delete
    2. Salam kepada semua peminat tegar MJ. Jika boleh cari dua karya MJ lagi yang best, iaitu The Unsung Hero Wira Yang Tidak Didendang dan The One ( Yang Terunggul ). Selamat terokainya. Salam :)

      Delete
  7. pertama kali lya dengar nama penulis nie...nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la baca nanti lya, kot2 terjatuh hati jugak.. hehe..

      Delete
  8. cara anne describe tu buat akak tertarik nak baca jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. anne describe ikut feeling2 anne je tu.. hehe..
      baca la kak, boleh join jatuh cinta kat hero2 tu..
      kekeke~

      Delete
  9. semua novel tu niesa xpernah baca..hukhuk...sekarang dh jarangg gila membaca novel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dulu pun pernah stop baca novel sebab dah xde masa tap sejak sambung study tetiba banyak masa la pulak nak baca novel.. hehehe..

      Delete
  10. dah baca. mulanya sebab nak isi masa senggang masa balik kampung. tiba tiba addicted. biarlah tebal tahap boleh buat patah hidung ke apa ke, nak jugak beli. sebab banyak pengajaran dalam karya kak melur jelita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. novel dia semua tebal2.. ailaikk.. hehe..
      betul tu.. selalunya anne tak baca semua, ada je yg kena skip tapi kalau novel kak melur jelita ni memang takde skip.. baca semua sbb nak hadam segala pengajaran yang ada kat dalam novel tu.. hehe..

      Delete
  11. Replies
    1. amik la, akak dah ada firman walaupun firman tak kaya macam hilman.. hahaha..

      Delete
  12. Asalamualaikum...novel yg trbaru tu dh kluar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam anon.. sori lambat reply.. hihi..
      novel yg baru tu dah kuar dah.. :D

      Delete
  13. sya peminat setia..semua pon de.kak melur,yg peramah;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess kita geng! tu la, slalu tgk fb page kak melur.. hehe..

      Delete
  14. Nk join jgk - dh bc tiga novel MJ. Blh x sesapa xplain camne abg pedas masih hidup sedangkan ikut situasi sblm menjurus pd firman dh mati? Tlg, i confuse...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne dah tak ingat cmna tp masa baca tu mmg tanak abg pedas tu mati.. nasib baik dia tak mati.. kihkihkih..

      Delete
    2. if x mistaken la kan.. firman bkan nya mati.. tp time dia bergelut nak selamatkan iris.. dia kira cam nazak la.. dah x larat nak bangun lagi.. coz kita tau firman x kan berhenti dr protect iris.. cuma mj x cerita detail la what happened to firman.. 4 sure.. dia x ckap pown firman dah mati . hehhe.. sorry kalau ada salah info.. dah lama jgak tggalkan novel tu.. hheh

      Delete
    3. Abang Pedas tak mati... dia dalam keadaan macam koma....rehab sebelum kembali pedas ngan Iris dan anak mereka.. Susah nak cari orang macam Firman... MJ Top of my list of favourite local writers... #1 bukan sebab heronya.. tapi pengisiannya ... manusia tetap manusia... fikrah dan fitrah manusia tapi macam mana kita balancekan kehendak seorang manusia dengan kehendak ketuhanan.... no other novels macam novels MJ...

      Delete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain