Showing posts with label korean drama. Show all posts
Showing posts with label korean drama. Show all posts

Review Drama : It's Okay, That's Love (K-Drama)

Assalamualaikum & haluuuu chuollss!!



Agak lama jugak aku tak buat review drama especially drama Korea ni kan? Eh, review drama aku  memang semua K-drama la.. Hehehe.. Dalam laptop aku sekarang ada 23 drama Korea yang dah siap donlod. Belum masuk lagi yang dalam waiting list untuk didonlod. Hehehe.. Dah banyak drama aku tengok sampai tak tau mana satu aku nak buat review dulu. Tapi biar la kita mula dengan drama yang baru ja aku layan time cuti sekolah ritu..


The title is ............ tengok tajuk entri nih.. Hahaha.. Barisan pelakon adalah seperti berikut..


Hero : Jo In Sung 
Amboii gambar, nak yang macho je kan?
Credit to Google Images

Heroin : Gong Hyo Jin



Antara pelakon yang lain...

D.O (EXO), Sung Dong Il & Lee Kwang Soo (Running Man)


Drama ni ada 16 episod. Genre pulak romance & medical.. Watak si hero dalam drama ni adalah seorang penulis novel misteri yang terkenal. Dia jugak seorang DJ radio. Manakala si heroin ni pulak seorang pakar psikiatri. Jalan cerita drama ni bertemakan psikologi dimana si hero ni rupanya ada penyakit psikologi yang aku takkan bagitau nanti tak surprise la.. Hehehe.. Aku bagitau ja yang si hero ni ada Obsessive-Compulsive Disorder (OCD). Nak tau boleh google ye?? Hehehe..


Diorang (hero & heroin) jumpa dalam satu rakaman untuk rancangan temu bual la katanya.. Start dari situ la cerita pasal diorang ni berkembang.. Aku malas nak cerita banyak, better korang yang sukakan drama Korea tu terus masukkan drama ni dalam list korang.. Hehehe...


Bagi korang yang layan Running Man mesti korang kenal Kwang Soo ni kan? Hehehe.. Watak Kwang Soo dalam cerita ni ialah seorang yang menghidap sindrom Tourette.. Nak tau apa jenis sindrom ni sila google sekali lagi. Hehehe.. Kwang Soo ni tinggal serumah dengan heroin & sorang lagi doktor psikiatri iaitu Sung Dong Il (lelaki baju oren dalam gambar atas ni).


Bagi aku drama ni memang best sebab banyak benda yang kita tak jangka. Tambahan pula, ada banyak pendedahan pasal psikologi. So bertambah la jugak pengetahuan kita kan? Tu yang penting tu.. Hehehe..


Sedikit screenshot dari drama ni..
Credit to Google Images



Bagi peminat K-drama selamat menonton!! 
Nak download boleh cari kat sini ------> GetDrama




Review Drama : Hotel King (K-Drama)

Assalamualaikum..


Hai semuaaaa... Hehe.. Eksaited gila bila akhirnya dapat jugak aku apdet blog hari ni.. Kat entry sebelum ni aku dah gtau kan website untuk download drama Korea? Perasan tak gambar boiprengg aku kat hujung entry tu?? Yeahh, aku tau.. Tu bukan boipren aku sorang.. Ramai lagi yang mengaku lelaki tu boipreng diorang..Takpe, kita share okeii?? Hehehe..


Pernah tengok tak drama Korea yang bertajuk My Girl?? Kalau pernah, mesti korang kenal kan hero ngan heroin dalam cerita tu? Haaa, dalam drama terbaru ni diorang digandingkan sekali lagi.. Ohmaiiii... Aku memang suka sangat ngan couple ni sejak diorang berlakon sama2 dalam cerita My Girl tu.. Rasa macam nak cari balik cerita tu.. Hihihi..


Ok, first jom kita tengok the hero & heroin of this drama..

Haa kauu.. Besar gedabak punya gambar aku bagi.. hehe
Lee Dong Wook a.k.a Cha Jae Wan


Lee Da Hae a.k.a Ah Mo Ne


Drama ni bergenrekan romantik, melodrama dan jugak dendam.. Jarang2 aku layan drama genre melodrama & dendam kesumat ni sebab banyak sangat air mata & sakit hati.. Hehehe.. Tapi oleh kerana hero & heroin ni peberet aku, so aku layankan je la.. Walaupun ada 32 episod kesemuanya.. Gigih jugak aku men'download'nya pun.. 


Sinopsis drama : 

"This drama portrays the story of a heiress, Ah Mo Ne who lives a sheltered life like a princess but a catastrophe pushes her to do all she can to protect her h0tel. She and the general manager of the h0tel, Cha Jae Wan who appears cold on the outside but carries emotional baggage, fall in love. Cha Jae Wan and his mother were abandoned by his father. As an adult, he begins to work at a h0tel and becomes an enemy to his father who abandoned him."

Setakat entri ni ditaip, drama ni baru episod 12.. Bagi aku, drama ni memang best sebab watak hero dan heroin tu berbeza sangat. Watak Cha Jae Wan ni seorang yang dingin, penuh dengan dendam & sentiasa serius sepanjang masa.. Susah sangat nak tengok dia senyum dalam drama ni.. Hehehe.. Watak heroin pulak, sorang yang gila-gila, comel & agak berlagak sikit sebab dia kan anak pemilik hotel.. Hehehe..


Oleh kerana drama ni masih on-going lagi, so tak banyak la yang dapat aku ceritakan.. Moh ler kita sama2 menontonnya pun.. Kalau korang nak download, boleh cari kat link yang aku bagi kat entry sebelum ni.. Cari je kat website yang aku bagi tu.. Don't worry, English subtitle is available.. Hehehe..


Jom layan gambar ckit.. Hehehe..











Thanks for reading!! ^__^

Download Drama Korea

Assalamualaikum WBT..


Hai.. Hai semuaaa!!!!
Currently me is busy with Firman the robot..
Esok pertandingan dah.. Hari ni busy buat coding untuk gerakkan Firman..
Hehehe.. Tapi sempat pulak update blog kan?? Mihmihmih..


Okei, ni sebab ada cik anon tadi tanya pasal link nak download drama Korea ni..
Boleh rujuk entry yang ni, Tutorial download drama Korea..
FYI, website yang dulu tu dah takde link untuk download..
Website tu dah banyak kali kena delete..
Tapi oleh kerana kegigihan si tukang upload drama tu, dia buat lagi website baru..


So, here's the step on how to cari website tempat download tu.. 


1. Boleh klik kat SINI kalau nak pegi website tu..
Kalau tak dapat, boleh taip www.shunx.pw secara manual, k?


Kalau one day nanti korang tak jumpa website ni, korang try cara ni..
1. Ada akaun Twitter tak??
2. Kalau ada, sila follow Twitter Shun Hyung kat SINI..
3. Tak pun, cari Shun Hyung ni kat FB page dia kat  SINI..


Anything you can ask him there.. 
Nak tanya aku pun boleh..
^___^




Next drama review..........




Owhhh melting~~

Review drama : Cunning Single Lady (K-Drama)

Assalamualaikum WBT & hai hai korang!!


Hai jugak buat peminat drama Korea.. Hikhikhik.. Hari tu baru habis tengok drama yang bertajuk Cunning Single Lady ni.. Aku tak tau pun cerita ni best.. Aku try ja download.. Lepas tengok episod pertama tu terus tertarik nak tengok next episod la plak.. Kan dah addicted.. Hehehe..



Drama ni mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang kahwin pastu bercerai sebab c isteri dah tak sanggup hidup susah dengan c suami yang berhenti kerja gomen semata-mata untuk memulakan bisnes. Kiranya masa tu kalau kerja gomen ni memang terjamin la hidup manakala kalau buat bisnes ni dikira penghutang. So, memang teruk jugak la hidup diorang sampai si isteri dah tak tahan dengan suaminya then bercerai...


Lepas 3 tahun bercerai, c suami ni pun dah berjaya. Dah jadi CEO company sendiri tuu.. Si isteri pulak masih hidup biasa2.. Disebabkan dendam & ego jugak la si isteri ni apply jadi intern kat company suaminya. Dari situ la bermulanya kisah diorang, cmana diorang membalas dendam masing2 tapi dalam nak balas dendam & perasaan ego tu boleh pulak terjatuh cinta balik.. Overall, cerita ni memang best!! Tak bosan pun tengok.. Recommended sangat2 untuk sapa2 yang suka drama Korea tu.. Hihihi..


Watak si suami ni nerd tau? Pakar IT la kononnya. Tapi diorang sweet sangat.. Kat syarikat bukan main macho lagi dia jadi CEO, tapi kalau ngan wife dia, dia balik ke perangai nerd & takut2 bini dia tu.. Hehehe..

Hero - Joo Sang Wook

Heroin - Lee Min Jung

Comel kan diorang?? Hehehe..


Ni time si hero masih nerd & belum jadi CEO lagi..


Haha.. yang ni lawak.. CEO kena jadi model untuk apps syarikat dia sendiri

Drama ni bergenre romantik & komedi.. 
Ada 16 episod semuanya..
Nak download boleh klik sini -------> Cunning Single Lady 


Oh ya, dalam drama ni korang akan perasan yang diorang ada guna satu apps ni, nama apps tu Dontalk.. Lebih kurang macam Wechat ngan Line jugak la.. Kononnya hero ni CEO kat company yang develop apps ni. Kalau nak try apps tu boleh try cari kat PlayStore. 

Click this pic for more info! :)

Aku dah download kat phone tapi sunyi sepi sebab takda kawan chat.. 
Terasa diriku ini forever alone.. 
Hahaha..


Tutorial download drama di KJDORAMA.NET

Assalamualaikum & holaaa guys!!


Kali ni nak buat tutorial download drama pulak sebab masa buka nuff aku tadi nampak keyword ini jadi carian kat blog aku.. Aku memang selalu download drama korea kat website ni.. Malas nak tengok online sebab kelajuan tenet adalah sangat hampehh.. 


So, here's the tutorial.. hehehe..


1. Pergi ke website kjdorama.net.
2. Pilih drama mana yang korang berkenan.. Hehehe.. 


Aku pilih drama korea yang baru ni, My Love From Another Star.. Hehe..


3. Kalau time korang klik tu ada pop-up ads, terus CLOSE je eh? Tu gangguan semata2.. Hahaha..
4. Dah masuk kat drama yang korang nak tu, sila skrol ke bawah dan cari Download Link..

Cite ni ada 20 episod rupanya.. hehe


5. Klik kat episod mana yang korang nak, kalau ada pop-up ads, macam biasa, close je.. hehe.. 
6. Lepas klik link untuk download tu, automatik akan buka new tab dengan iklan AdF.ly.. Tunggu 5 saat pastu klik Skip Ad..



Lepas tu, ada lagi iklan dari Linkbucks, tunggu & Skip Ad jugak.. Hehehe..




7. Lepas skip dua ads tadi, maka sampai la korang ke tempat nak download episod tu. TAPI kan, kekadang akan muncul iklan macam kat bawah ni, tutup iklan yang menyemak itu ye? hehe..




8. Kat sini, diorang akan bagi pilihan nak format video yang macam mana.. Ada 2 jenis iaitu .avi ngan .mp4.




9. Aku selalu pilih yang format .mp4 je, sebab nak jimat space hardisk aku.. Hehehe..

10. Lepas dah tentukan nak saiz dan jenis video yang korang nak, sekarang pilih lokasi file hosting yang korang nak pulak.. Hehehe..

Jenis2 file hosting

Masa aku try ni, Sockshare ngan MixtureCloud ada problem, so takleh tunjuk la macamana nak download dari situ.. Aku bagi contoh untuk Zippyshare, 1fichier ngan EmbedUpload je la ekk?? Hehehe..


11. Ni contoh nak download kat Zippyshare.. Nak download just click kat button oren yang aku dah tanda tu ek? 




12. Ni kalau nak download kat 1fichier.. Klik kat tempat yang aku dah highlight tu..




13. Bawah ni kalau korang pilih EmbedUpload. Kat sini ada lagi banyak file hosting, terpulang pada korang nak pilih yang mana.. hehehe..




14. Fuhh penat mak printscreen2 semua benda alah ni.. Mohon abaikan watermark yang menyibuk di setiap gambar.. Hahaha..


Info tambahan

1. Setiap kali korang klik kat mana2 link, iklan AdF.ly & Linkbucks tu sentiasa ada, so kena tunggu beberapa saat & skip ad baru boleh download.. 

2. Setiap kali klik juga akan ada Pop-up Ads, so sila close iklan2 tersebut tanpa menyumpah seranah atau mencaci maki website tersebut.. Dapat dosa je nanti.. Hehehe..

3. Kat website tu dia bagi banyak2 file hosting, so bila korang klik kat Zippyshare tapi fail tu dah takde, korang try la pulak cari kat file hosting yang lain eh?


Memang leceh tapi tu je la cara tuan punya website tu nak dapatkan income untuk maintain kan website serta web hosting dia.. Nak video yang clear & bukan part by part korang kena la banyak bersabar.

Kalau korang takde IDM (Internet Download Manager), fail2 tu semua akan dimuaturun direct ke browser korang.. Kalau nak tau cara install IDM sila google ek? Aku takda buat tuto untuk install IDM. Hehehe..



Okei dear, thats all for the tuto.. 
Should you encounter any problem, dont shy shy cat..
Tanya je eh? Hehehe..
Kalau malu & malas bertanya, maka tak dapat la download drama kegemaran korang.. 
Hehehe..


Anne Nurain