Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Download Drama Korea

Assalamualaikum WBT..


Hai.. Hai semuaaa!!!!
Currently me is busy with Firman the robot..
Esok pertandingan dah.. Hari ni busy buat coding untuk gerakkan Firman..
Hehehe.. Tapi sempat pulak update blog kan?? Mihmihmih..


Okei, ni sebab ada cik anon tadi tanya pasal link nak download drama Korea ni..
Boleh rujuk entry yang ni, Tutorial download drama Korea..
FYI, website yang dulu tu dah takde link untuk download..
Website tu dah banyak kali kena delete..
Tapi oleh kerana kegigihan si tukang upload drama tu, dia buat lagi website baru..


So, here's the step on how to cari website tempat download tu.. 


1. Boleh klik kat SINI kalau nak pegi website tu..
Kalau tak dapat, boleh taip www.shunx.pw secara manual, k?


Kalau one day nanti korang tak jumpa website ni, korang try cara ni..
1. Ada akaun Twitter tak??
2. Kalau ada, sila follow Twitter Shun Hyung kat SINI..
3. Tak pun, cari Shun Hyung ni kat FB page dia kat  SINI..


Anything you can ask him there.. 
Nak tanya aku pun boleh..
^___^




Next drama review..........




Owhhh melting~~

Cashout ChurpChurp kali kedua

Assalamualaikum my sweety2 pie nyum nyum..


Hahaha.. Ada rasa geli gelimat tak kat tengkuk korang? Hahaha.. Anyway, faktor penyebab 'sweety2 pie' tu adalah kerana aku tengah lapar.. Baru je makan nasik lauk ayam-masak-kicap-tengah-hari-punya time maghrib tadi. Tapi sekarang ni dah lapar balik. Perut apakah ini?? Sekarang terasa nak makan pizza, aiskrim, kepsi, cheese cake, kekacang, pizza, aiskrim, kepsi, ehh?? Hahaha.. 


Sebenarnya bukan nak cerita pasal makan ponn tapi dah terlanjur lapar, cerita la sekali kan? Hekhekhek.. Oleh kerana hari ni dah hari terakhir dalam bulan Mac, maka aku pun telah membuat keputusan untuk cash out aku punya Churpchurp.. Kenapa tunggu hujung bulan? Sebab kalau ikut prosedur Churpchurp, sebarang cashout dalam bulan tu akan di proses di hujung bulan.. So, bagi tidak membazirkan masa bagus hold dulu & tunggu hujung bulan.. Dan, inilah hasilnya....



Earning dah reset pegi kosong kosong kooosoonggg balik.. Huhuhu.. Start esok kumpul earning baru lagi.. Kali ni aku nak kumpul sampai RM500 pulak baru cash out. Azam ni, jangan main2.. Azam bulan baru.. Hehehe.. 


Ada yang berminat tak nak join Churpchurp ni? Jom la daftar sekarang. Klik SINI kalau nak daftar ye? Earning memang tak menentu, kalau rajin share, ada orang klik link baru la earning tu akan bertambah. Memang kena sabar laa.. Earning aku yang baru2 ni pun aku kumpul dari bulan 8 tahun lepas.. Alhamdulillah, banyak la jugak.. Boleh la buat sara hidup.. Kehkehkeh..



Tips untuk Churpchurpers~




Tutorial download drama di KJDORAMA.NET

Assalamualaikum & holaaa guys!!


Kali ni nak buat tutorial download drama pulak sebab masa buka nuff aku tadi nampak keyword ini jadi carian kat blog aku.. Aku memang selalu download drama korea kat website ni.. Malas nak tengok online sebab kelajuan tenet adalah sangat hampehh.. 


So, here's the tutorial.. hehehe..


1. Pergi ke website kjdorama.net.
2. Pilih drama mana yang korang berkenan.. Hehehe.. 


Aku pilih drama korea yang baru ni, My Love From Another Star.. Hehe..


3. Kalau time korang klik tu ada pop-up ads, terus CLOSE je eh? Tu gangguan semata2.. Hahaha..
4. Dah masuk kat drama yang korang nak tu, sila skrol ke bawah dan cari Download Link..

Cite ni ada 20 episod rupanya.. hehe


5. Klik kat episod mana yang korang nak, kalau ada pop-up ads, macam biasa, close je.. hehe.. 
6. Lepas klik link untuk download tu, automatik akan buka new tab dengan iklan AdF.ly.. Tunggu 5 saat pastu klik Skip Ad..



Lepas tu, ada lagi iklan dari Linkbucks, tunggu & Skip Ad jugak.. Hehehe..




7. Lepas skip dua ads tadi, maka sampai la korang ke tempat nak download episod tu. TAPI kan, kekadang akan muncul iklan macam kat bawah ni, tutup iklan yang menyemak itu ye? hehe..




8. Kat sini, diorang akan bagi pilihan nak format video yang macam mana.. Ada 2 jenis iaitu .avi ngan .mp4.




9. Aku selalu pilih yang format .mp4 je, sebab nak jimat space hardisk aku.. Hehehe..

10. Lepas dah tentukan nak saiz dan jenis video yang korang nak, sekarang pilih lokasi file hosting yang korang nak pulak.. Hehehe..

Jenis2 file hosting

Masa aku try ni, Sockshare ngan MixtureCloud ada problem, so takleh tunjuk la macamana nak download dari situ.. Aku bagi contoh untuk Zippyshare, 1fichier ngan EmbedUpload je la ekk?? Hehehe..


11. Ni contoh nak download kat Zippyshare.. Nak download just click kat button oren yang aku dah tanda tu ek? 




12. Ni kalau nak download kat 1fichier.. Klik kat tempat yang aku dah highlight tu..




13. Bawah ni kalau korang pilih EmbedUpload. Kat sini ada lagi banyak file hosting, terpulang pada korang nak pilih yang mana.. hehehe..




14. Fuhh penat mak printscreen2 semua benda alah ni.. Mohon abaikan watermark yang menyibuk di setiap gambar.. Hahaha..


Info tambahan

1. Setiap kali korang klik kat mana2 link, iklan AdF.ly & Linkbucks tu sentiasa ada, so kena tunggu beberapa saat & skip ad baru boleh download.. 

2. Setiap kali klik juga akan ada Pop-up Ads, so sila close iklan2 tersebut tanpa menyumpah seranah atau mencaci maki website tersebut.. Dapat dosa je nanti.. Hehehe..

3. Kat website tu dia bagi banyak2 file hosting, so bila korang klik kat Zippyshare tapi fail tu dah takde, korang try la pulak cari kat file hosting yang lain eh?


Memang leceh tapi tu je la cara tuan punya website tu nak dapatkan income untuk maintain kan website serta web hosting dia.. Nak video yang clear & bukan part by part korang kena la banyak bersabar.

Kalau korang takde IDM (Internet Download Manager), fail2 tu semua akan dimuaturun direct ke browser korang.. Kalau nak tau cara install IDM sila google ek? Aku takda buat tuto untuk install IDM. Hehehe..



Okei dear, thats all for the tuto.. 
Should you encounter any problem, dont shy shy cat..
Tanya je eh? Hehehe..
Kalau malu & malas bertanya, maka tak dapat la download drama kegemaran korang.. 
Hehehe..


Tutorial Letak Iklan 8Share & Churp2 (Teks)

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera..


Hari ni nak bagi tuto simple pulak..
Tuto ni Hariz Hilman yang tanya..


Hariz ni blogger baru lagi..
Sila terjah blog beliau eh? 
Jom support new blogger.. hihihi..


Bagi korang2 yang ada akaun 8Share atau ChurpChurp tu 
korang boleh la letak link iklan korang dalam blog.. 
Kot2 ada orang nak klik kan? 
Rezeki tuu.. hehehe..


Tuto yang ni untuk iklan dalam bentuk TEKS.. 
Kalau nak yang dalam bentuk imej, nanti aku buat.. Hehehe..


1. Dashboard > Layout > Add a Gadget  > HTML/JavaScript

2. Masukkan coding kat bawah ni..
<a href="URL Iklan"> Teks </a>
 URL Iklan : Link iklan 8Share @ Churp2 korang..
Teks : Ayat yang korang nak letak.. Apa2 pon boleyy.. hehe..


3. Kalau nak bagi teks tu kat tengah kotak, just tambah  <center> kat depan coding dan </center> kat belakang coding..


4. Kalau nak bold kan tulisan, just tambah <b> kat depan coding dan penutup, </b> kat belakang coding.. Nanti coding korang akan jadi macam ni..

<center><b> <a href = "URL"> Ayat korang </a> </b> </center>


5. Kalau nak letak banyak link, copy & paste coding tu banyak kali.. Hehehe..

6. Satu lagi cara yang senang iaitu guna Text.. Add a Gadget > Text.


7. Taip ayat yang korang nak, pastu klik pada ikon macam dalam kotak merah tu untuk create a link.



8. Masukkan link korang dan tekan OK dan SAVE.. Senang kan?? 

9. TAPI kan... Teks ni duduk kat tepi, kalau nak dia duk kat tengah, korang kena masukkan jugak coding center tu. Hehehe.. Caranya pun senang je, klik Edit Html yang kat atas kotak tu pastu paste kan <center> & </center> tu kat depan dan belakang coding.. hehehe..


10. Save & tengok jadi ke tak.. Kalau tak jadi, bagitau aku eh? Nanti aku tolong.. hehehe..






Tutorial pasang widget nRelate

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera uollss..


Hari ni nak buat tutorial khas untuk kak Atien..
Kalau korang nak try pon boleyy.. ^___^
Widget nRelate ni sama macam Linkwithin tapi yang ni lagi best kot..
hehehe..


Contoh widget nRelate kat blog aku

Langkah-langkah :

1. Pegi nrelate.com, cari button LOG IN. Bagi yang belum ada account tu, sila la create account ye? Lepas dah isi segala yang diminta, nRelate akan hantar activation link kat email korang. Kena tunggu jugak la, kekadang email tu lambat sampai. Kalau tak sabar sila la refresh email korang banyak kali.. Hehehe..


2. Bila account korang dah aktif, sila la klik INSTALL kat menu atas tu.. Pastu pilih platform blog yang korang nak masukkan widget tu.


Pilih platform



3. Dah pilih platform, masukkan pulak URL blog.

Masukkan URL blog


4. Pastu pilih nak widget yang macam mana.. Honestly, aku tak sure apa beza 3 benda ni.. Hehehe.. Just try & error je la eh? 

Pilih versi widget


UPDATE : Kalau pilih 'Posts only', widget tu akan kuar kat setiap post korang.. Kalau 'Posts and Homepage', widget tu akan kuar kat post & kat Home @ laman utama blog korang.. Kalau 'All pages' pulak, widget tu akan ada kat pages lain kat blog korang.. hehe.. Sory & thanks jugak to +Affy Afiqah sebab dah try tutorial ni & dari situ la aku tau apa beza version2 widget ni.. hehe..



5. Lepas dah pilih & klik hok mano yang berkenan tu, korang akan dibawa ke page element macam kat bawah ni.. Pilih blog mana yang korang nak letak widget ni & klik Add Widget.


Pilih blog


6. Lepas tu korang dah boleh nampak yang widget ni dah ada kat layout blog korang. Tapi bila korang preview, kekadang widget ni belum muncul lagi. Korang kena tunggu dalam 10 minit camtu. Untuk tidak membuang masa, apa kata korang pegi page nRelate tadi dan klik SETTING. Pastu akan kuar macam kat bawah ni..

Status widget


7. Tengok kat status tu, kalau dah 'ready to go' tu maksudnya widget nRelate tu dah ada kat blog korang! Yippieee!!! Hip hip horeyy!! Sori, over pulak.. Hehehe..  TAPI, eh ada tapi lagi? Widget korang tu akan nampak bosan macam kat bawah ni..


Plain, boring~



8. So, the solutions is..... Skrol bawah lagi kat setting tu then korang akan jumpa cara nak mencantikkan lagi widget nRelate korang..


Sedikit panduan nak setting widget



9. Kalau dah puas hati dengan segala perubahan dalam settings ni, klik SAVE.. Pastu refresh blog korang.. Ni contoh yang aku buat kat blogshop aku..


Dah menjadi pun! hihi



Hah, tu je la cara2 nak masukkan widget ni.. Takde la susah mana pun, just try & error.. Hehe.. Selamat mencuba! Kalau ada yang tak paham, jangan malu jangan segan, tanya cepat2. Cekgu Anne sedia membantu.. Hikhikhik..




Cara nak share iklan ChurpChurp


Assalamualaikum WBT..


Hai korang!! Hari ni aku nak buat tutorial sikit.. Tuto ni tentang cara nak share iklan dari ChurpChurp.. Kenapa Churp2 saja? Sebab aku memang aktif kat Churp2 je.. 8Share kadang2 je aku share.. Hihihi.. Ni untuk tolong korang yang dah sign up Churp2 tapi tak tahu cane nak share iklan tu.. Hehehe..


Okei, first of all mestilah korang kena sign in dulu bagi yang dah daftar.. Yang baru nak daftar bolehlah klik kat menu sebelah kiri blog ni ek?? Lepas sign in, korang akan nampak ni.. Ni kira macam dashboard korang la, asal buka Churp2 je mesti nampak ni, asal nampak ni je mesti buka Churp2.. Hahaha..


Ni la dia senarai reward @ iklan yang perlu di share


Tapi jangan risau kalau rewards korang sikit ke, takde ke.. Korang tunggu je, nanti adalah tu iklan yang baru. Hihihi.. Sekarang cara nak share pulak.. Kalau nak mulakan share iklan, korang hanya perlu klik EARN MORE kat bawah sebelah kanan setiap iklan. Macam gamba kat bawah ni haa..


Contoh ads yang nak di share


Pastu korang akan nampak macam paparan kat bawah ni.. Bagi iklan yang korang tak pernah share lagi korang kena klik 'Share Message' kalau nak mulakan sharing.. Maap ler aku takde iklan baru nak tunjuk kat korang. Semua iklan aku dah pernah share, so paparan macam ni je la yang aku dapat tengok hari2.. Kehkehkeh..



Kat sini korang akan nampak step by step nak share.. Just ikut je step yang diorang bagi.. Copy mana-mana mesej pastu paste kat pesbuk korang, then post.. Senang bukan? Tapi kalau korang just nak amik link untuk share kat platform lain, contohnya nak letak kat blog macam yang aku buat kat bawah ni....


Dah nampak? Tolong ler klik.. Hihihi


 Atau nak share ngan kawan2 korang guna chat @ private message.. Pon senang cik kak.. Hihi.. Ikut je step kat bawah ni haa.. 


Highlight link kat atas tu pastu copy & paste kat mana2 kesukaan korang.. hihi


Amacam, boleh follow tak?? Kalau ada sebarang kemusykilan sila angkat kening tinggi2.. Hahaha.. Gurau je.. Komen je kat bawah.. Tanya banyak2 pun I tak kisah.. Huhuhu..





Tutorial : Menu tab di tepi blog


Assalamualaikum & holaa uollss!!


Hari ni rajin sikit nak buat tutorial.. Hehehe.. Sebenarnya aku nak ubah menu tab aku tukar ke jenis imej.. Untuk memudahkan aku di lain hari, kot2 la nak cari balik tuto buat benda ni better aku buat tutorial camna nak buat kan? Tak la susah nak cari nanti.. 


Tu haa menu tab yang kat sebelah kiri tuu..

Caranya senang saja..

1. Add a gadget > HTML/JavaScript..

2. Copy & paste coding ni ke dalam HTML tu tadi.


<div style='display:scroll; position:fixed; top:200px; left:-20px;'>
<style>
.menu-vertikal, .menu-vertikal li ul{
list-style-type: none;
margin: 40px;
width: 145px;} //lebar kotak menu
.menu-vertikal li{position: relative;}
.menu-vertikal li a{
background: #FFC9EE; //warna kotak menu
border: 2px dotted #000000;
font: bold 12px Verdana, Helvetica, sans-serif;
color: #000000; display: block; width: auto;
padding: 5px 0;padding-left: 5px; text-decoration: none;}
.menu-vertikal li ul{position: absolute; width: 250px; display: none;}
.menu-vertikal li ul li{float: left;}
.menu-vertikal li ul a{width: 145px;}
.menu-vertikal li a:visited, .glossymenu li a:active{color: white;}
.menu-vertikal li a:hover{
background: #6BC1FB;} //warna kotak menu bila dihalakan cursor
</style>
<ul id="verticalmenu" class="menu-vertikal">
<li><a href="URL"> LABEL MENU</a></li>
</ul>
</div>


3.  Untuk URL tu masukkan link untuk menu tu. LABEL MENU tu pulak nama menu yang korang nak. Contohnya macam ni..
<li><a href="http://anne-nurain.blogspot.com"> HOME</a></li>

4. Korang bolehlah copy & paste coding kat atas ni banyak kali. Ikut korang la nak ada berapa menu.

5. Kalau nak ubah warna background ke, jenis border ke, jenis font atau lain2 lagi, korang just tukar nilai yang ada kat dalam coding atas tu.. Pandai2 la try & error.. Jangan terus save, preview dulu tau?? Kalau dah OK, dah kena dengan citarasa korang, baru la save..



Follow blogshop saya!


Like page online shop saya!



Tutorial : Letak imej di footer blog


Assalamualaikum & selamat pagi uollss~~


Sejak 2 menjak ni aku jadi rajin plak nak buat tutorial blog..
Adakah gejala ini disebabkan oleh keboringan-takda-keja-kat-opis??
Mungkin jugak la.. hehe..

Tutorial ni simple sangat2..
Contoh macam dalam kotak merah kat bawah ni.




1. Sebelum tu, pastikan korang dah expand semua coding tu ye? Untuk dashboard baru ni kan dah takda "Tick to expand widget", so korang kena cari arrow kecik kaler itam macam kat bawah ni. Klik je semua sampai jumpa coding yang berkenan di hati & sanubari korang.. hehehe~~





2. Cari coding ni, <footer> . Kalau malas nak scroll, tekan ja Ctrl + F, masukkan kan coding ni pastu Enter.


3. Dah jumpa? Lepas dah jumpa tu, silalah copy & paste coding ni kat bawah <footer> tuh..

<center><imgsrc='URL GAMBAR' style='width: 1000px; height: 300px;'/></center> 

URL GAMBAR - sila ganti dengan url gambar yang korang nak letak
Width - Lebar gambar tu
Height - Tinggi gambar tu.


Hah, camni la rupa bentuk coding yang telah dipastekan kat bawah <footer>


4. Preview dulu, kalau dah ok baru save..


Amacam?? Boleh ikut tak?? Kalau tak dapat, komen cepat. Biar Cikgu Anne ajar korang.. kehkehkeh..



Tutorial : Scroll box untuk Bloglist & Archive

Assalamualaikum & salam 17 ramadhan.. ^__^


Posa tak hari ni??
Jangan tak posa tau? Especially orang lelaki, pompuan takpa, ada cuti khas.. hehehe..

Hari ni aku nak buat tutorial pasal nak letak scroll box kat bloglist.
Aku memang nak buat scroll box kat bloglist aku sebab leceh la nak klik Show all tu..
Kena scroll jauh sampai bawah blog sebab bloglist aku kan banyak.. 
hehehe..

Senang ja nak buat ni.


1. Macam biasa la, pegi DASHBOARD > TEMPLATE > Edit HTML.
2. Klik Jump to widget, then pilihlah bloglist mana satu yang korang nak letak scroll box.




3. Nampak yang aku gariskan dengan line merah tebal kat gambar bawah ni? Tu lah nama bloglist korang. Lepas tu, cari coding yang macam dalam petak. 


4. Jumpa tak?? Kalau jumpa, korang just gantikan coding tu ngan coding yang kat bawah ni.

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>


5. Height tu untuk tinggi scroll box korang. Ubahlah ikut suka hati & jiwa raga korang ye? Preview dulu, kalau jadi macam kat bawah ni, baru save tau??



6. Coding atas tu pun boleh guna untuk semua widget. Contohnya macam yang aku buat kat Archive ni. Asalkan korang ada jumpa coding <div class ='widget-content'> kat dalam widget tu, mesti boleh guna punya.. hihihi..



7.  Selamat mencuba!! ^___^



Tutorial : Tukar font blog cara mudah


Assalamualaikum..

Rasanya ni first time aku buat tutorial. Biasanya aku buat ja sendiri kat blog, malas mo buat tutorial.. Aku ni kan pemalas orangnya. Hahaha~~

Tadi jalan2 la pegi satu blog ni, sekali aku tertarik la plak dengan font yang blog tu guna. Ala, font Century Gothic ja pun.. Takda spesel sangat.. hehe..

Okei, jom start!

1. Buka siap2 korang punya HTML editor.. Cane?? Pegi DASHBOARD > TEMPLATE > Edit HTML.



2. Lepas tu cari  <head>. Biasanya coding ni ada kat bahagian atas, senang je nak carik.


3. Bila dah jumpa kepala (<head> la) tu, boleh la paste @ tampalkan coding seterusnya ni kat bawah <head> ..
<style>
h3 { font-family: 'Century Gothic', arial, serif; font-size:22px;} 
.post-body { font-family: 'Century Gothic', arial, serif; font-size:35px;}
.sidebar {  font-family: 'Century Gothic', arial, serif; font-size:14px; }
</style>

- h3 tu untuk tajuk post korang.
- .post-body plak untuk font dalam entri @ post.
- .sidebar tu untuk sidebar la.kekeke~~
- nama font tu bolehlah tukar ke font yang menjadi idaman kalbu korang.
- saiz tu bolehlah adjust, nak kecik ka, besar gedabak ka.. Terpulang.. :)

4. Dah siap tu bolehlah preview template. Jangan save dulu tau? Dah puas hati baru save.

5. Selamat mencuba! Kalau tak jadi jangan ragu2, jangan segan, jangan malas, silalah bertanya. Kalau tak bertanya kang sesat jalan plak kan? hehehe..



Anne Nurain