Showing posts with label Gong Hyo Jin. Show all posts
Showing posts with label Gong Hyo Jin. Show all posts

Review Drama : It's Okay, That's Love (K-Drama)

Assalamualaikum & haluuuu chuollss!!



Agak lama jugak aku tak buat review drama especially drama Korea ni kan? Eh, review drama aku  memang semua K-drama la.. Hehehe.. Dalam laptop aku sekarang ada 23 drama Korea yang dah siap donlod. Belum masuk lagi yang dalam waiting list untuk didonlod. Hehehe.. Dah banyak drama aku tengok sampai tak tau mana satu aku nak buat review dulu. Tapi biar la kita mula dengan drama yang baru ja aku layan time cuti sekolah ritu..


The title is ............ tengok tajuk entri nih.. Hahaha.. Barisan pelakon adalah seperti berikut..


Hero : Jo In Sung 
Amboii gambar, nak yang macho je kan?
Credit to Google Images

Heroin : Gong Hyo Jin



Antara pelakon yang lain...

D.O (EXO), Sung Dong Il & Lee Kwang Soo (Running Man)


Drama ni ada 16 episod. Genre pulak romance & medical.. Watak si hero dalam drama ni adalah seorang penulis novel misteri yang terkenal. Dia jugak seorang DJ radio. Manakala si heroin ni pulak seorang pakar psikiatri. Jalan cerita drama ni bertemakan psikologi dimana si hero ni rupanya ada penyakit psikologi yang aku takkan bagitau nanti tak surprise la.. Hehehe.. Aku bagitau ja yang si hero ni ada Obsessive-Compulsive Disorder (OCD). Nak tau boleh google ye?? Hehehe..


Diorang (hero & heroin) jumpa dalam satu rakaman untuk rancangan temu bual la katanya.. Start dari situ la cerita pasal diorang ni berkembang.. Aku malas nak cerita banyak, better korang yang sukakan drama Korea tu terus masukkan drama ni dalam list korang.. Hehehe...


Bagi korang yang layan Running Man mesti korang kenal Kwang Soo ni kan? Hehehe.. Watak Kwang Soo dalam cerita ni ialah seorang yang menghidap sindrom Tourette.. Nak tau apa jenis sindrom ni sila google sekali lagi. Hehehe.. Kwang Soo ni tinggal serumah dengan heroin & sorang lagi doktor psikiatri iaitu Sung Dong Il (lelaki baju oren dalam gambar atas ni).


Bagi aku drama ni memang best sebab banyak benda yang kita tak jangka. Tambahan pula, ada banyak pendedahan pasal psikologi. So bertambah la jugak pengetahuan kita kan? Tu yang penting tu.. Hehehe..


Sedikit screenshot dari drama ni..
Credit to Google Images



Bagi peminat K-drama selamat menonton!! 
Nak download boleh cari kat sini ------> GetDrama




Anne Nurain