Showing posts with label Awan. Show all posts
Showing posts with label Awan. Show all posts

Jerebu di Tanjung Malim

Assalamualaikum WBT..



Hai semuaaa!!! Sihat tak? Sekarang ni dah musim jerebu, kemarau & opkos la jugak musim demam kan? Camna jerebu kat tempat korang? Kitorang kat Tanjung Malim ni tak menentu jerebunya.. Kadang boleh nampak banjaran Tititwangsa, kejap lagi banjaran tu hilang.. Betul2 macam chipsmore, kejap ada kejap takda.. hehehe..


Banjaran yang hilang.. hehe..

Tengok gambar atas ni.. Nampak macam kabus kat tanah tinggi je kan? Sampai tak nampak banjaran kat belakang tu. Padahal sebenarnya jerebu.. Bau asap dia kuat sangat. Sampai kitorang pun tutup pintu.. Terbiar la kitorang masak dalam rumah yang dah macam sauna.. Kipas volume 5 pun still rasa macam takda kipas.. Hehehe..


Pemandangan depan rumah


Huuu tak nampak apa dah.. Teruk ni..


Gambar2 ni semua semalam punya.. 
Bawah ni bacaan IPU semalam berserta petunjuknya..











Nampak tak betapa tidak sihatnya IPU kat tempat kitorang? Tempat korang pulak macam mana? Setakat ni Pelabuhan Kelang yang paling tinggi iaitu >300. Teruk kan?? Sentiasa la berdoa semoga Allah SWT turunkan nikmat hujan untuk kita di Malaysia.. Tak lupa jugak untuk penumpang & anak kapal MH370.. Dah seminggu tak ada berita.. Harap hari ni adalah berita baik.. I hope..... :(


So, time jerebu ni kurangkan la aktiviti luar.. Jom jadi anak dara duk umah lipat kain, kemas umah, tido sepuas-puasnya.. hihiks.. Banyakkan minum air, selalu cuci muka, mandi.. Aku buat semua ni tau? Supaya kurang sikit panas dalam badan aku ni.. Aku takleh panas2 ni, mesti akan muncul ulser kat lidah, bibir, pastu mata bengkak.. Hidung berdarah je lagi yang tak pernah.. Hehehe.. 



Jom tengok IPU kat tempat korang -----> SINI


Wordless Wednesday ~25~ : Keluar masuk awan

Assalamualaikum & salam sejahtera uolls~


Sebelum, semasa dan selepas awan tebal.. hehe..




Gambar awan-awanan

Assalamualaikum & salam sejahtera uollsss.. 


Tengok +Affy Afiqah post pasal gambar pemandangan dari umah dia tetiba aku teringat kat hobi aku dulu masa aku tinggal kat KK..
Rumah kitorang nama University Condo Apartment (UCA), kat area Sepanggar.. Orang2 KK tau la tempat tu kat mana.. Semua apartment kat sana ada 4 tingkat, kitorang blok belakang & rumah kitorang pulak paling atas iaitu tingkat 4.. Walaupun penat mendaki tangga tiap2 hari, tapi view dari tingkap umah kitoran tak mengecewakan.. Very the beautiful u know? Hehehe..



Gambar ni masa matahari baru nak naik.. Sebab tu boleh nampak cahaya matahari yang terang benderang tu.. Aku lepak kat tepi tingkap tu dari subuh semata2 nak tengok sunrise ni.. Hehehe..  


Sebenarnya bukit tu jauh & kalau tak silap bukit2 tu sebahagian daripada banjaran yang aku pun tak sure banjaran apa.. Lemah betul geografi aku.. Hehehe.. 





Ni aku zoom out sikit, baru boleh nampak keseluruhan awan2 yang sangat2 cantik..


Klik gambar untuk pemandangan yang cantik.. hehe


Gambar sebelum hujan.. 
Tengok awan tebal tu, puncak bukit tu dah hilang ditelan awan.. 
Tau tak kat atas tu ada orang tinggal, ada kampung?? 
Mesti best diorang tinggal kat sana kan?? hehehe..


Bangunan yang banyak2 tu plak bangunan sekolah, SMK Bandaraya.. 
Kat sebelah kanan gambar ni ada bangunan baru, apartmen jugak tapi masa ni masih dalam pembinaan.. 
Boleh tengok entri ni, 'Gambar sama tapi masa yang berbeza'.. 
Ada banyak lagi gambar awan tapi semua kat laptop lama..
Hihihi..

Tetiba rindu pulak nak tinggal kat sana..
Banyak sangat kenangan tinggal kat umah tu..
Sekarang rumah tu kosong, xda orang sebab kitorang adik beradik semua ada kat kampung..
Kampung kat Lahad Datu..
LD ke KK jauhnya 400km lebih..
Lebih kurang 7-8 jam perjalanan naik keta atau bas..
Naik flight 45 minit ja tapi tiket mahal..
Hehehe..



Wordless Wednesday ~24~ : Dah langit ke berapa ni??

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. :D









Ku di awang-awangan~
^___^


Guess where am I??


Assalamualaikum W.B.T


Jawab salam dulu bagi yang muslim.. hihi..


Hari ni nak tepek gambar ni ja..
Nanti next post aku buat entri panjang beratus meter..
Hahaha..


Oh My Tudung!!




Apa Itu Awan Mammatus??

Assalamualaikum..

Okeh murid2, hari ni kita akan belajar pasal awan. First, kita kenali dulu jenis2 awan. Rujuk gambar dibawah untuk mengenali jenis2 awan dan ketinggian dimana awan itu berada. *b'trep jadi cigu sekejap* Hahahaha...


Balik p normal.. Tadi aku gugel2 cari pic awan, tetiba tertengok n terpandang satu pic awan yang bagi ku pelik tapi comel.. Hehe.. Camana rupa nya? Tengok pic dibawah ni..



Nama awan ni ialah awan Dania Mammatus. Maksud bagi nama awan ni bagus korang gugel sendiri la kalau korang nak tau sangat. Ada sesuatu yang menghalang aku daripada memberitahu apakah maksud nama Mammatus ni.. Ngeh..Ngeh..Ngeh... 

Awan ini selalu dikaitkan dengan tanda-tanda akan turunnya hujan. Ketika hujan, biasanya awan ini akan mengeluarkan ribut yang sangat kuat atau angin taufan yang gila2 seramnya.. *Macam jak pernah mengalami* Hahaha...

Awan yang dikatakan comel oleh aku ni sebenarnya sangat merbahaya kepada lalulintas kapal terbang, helikopter, jet, piring terbang dan semua benda yang boleh terbang. So, kalau ada antara kamu naik kapal pastu ternampak awan ni bagus kamu cepat2 suruh tu pilot u-turn. Muahahahaha...

Kalau korang perasan la, awan ni xda dalam jenis2 awan kat atas tu. Ini kerana awan ni adik-beradik ngan awan Cumulonimbus. Hehehe... Itu sajalah aku mo share. Mo tau lebih lanjut boleh cari sendiri, okehh?? Bak kata AqueZyezye, "Aku tidak malas, aku hanya menjimatkan tenaga". Hehehe...

Jom layan pic2 awan Mamamia Mammatus nih... Klik untuk kuasa pembesaran yang maksima.. *takda la besar mana pon..* Hehehe...











Anne bilang :: Segala yang ajaib dan pelik sama ada di langit atau pun di bumi merupakan kuasa Allah SWT. So, kita sebagai umatnya wajib merenungi ciptaan-ciptaanNya..



>> Thanks sudi baca!! <<
Anne Nurain