Assalamualaikum & salam sejahtera uollsss..
Tengok +Affy Afiqah post pasal gambar pemandangan dari umah dia tetiba aku teringat kat hobi aku dulu masa aku tinggal kat KK..
Rumah kitorang nama University Condo Apartment (UCA), kat area Sepanggar.. Orang2 KK tau la tempat tu kat mana.. Semua apartment kat sana ada 4 tingkat, kitorang blok belakang & rumah kitorang pulak paling atas iaitu tingkat 4.. Walaupun penat mendaki tangga tiap2 hari, tapi view dari tingkap umah kitoran tak mengecewakan.. Very the beautiful u know? Hehehe..
Gambar ni masa matahari baru nak naik.. Sebab tu boleh nampak cahaya matahari yang terang benderang tu.. Aku lepak kat tepi tingkap tu dari subuh semata2 nak tengok sunrise ni.. Hehehe..
Sebenarnya bukit tu jauh & kalau tak silap bukit2 tu sebahagian daripada banjaran yang aku pun tak sure banjaran apa.. Lemah betul geografi aku.. Hehehe..
Ni aku zoom out sikit, baru boleh nampak keseluruhan awan2 yang sangat2 cantik..
Klik gambar untuk pemandangan yang cantik.. hehe |
Gambar sebelum hujan..
Tengok awan tebal tu, puncak bukit tu dah hilang ditelan awan..
Tau tak kat atas tu ada orang tinggal, ada kampung??
Mesti best diorang tinggal kat sana kan?? hehehe..
Bangunan yang banyak2 tu plak bangunan sekolah, SMK Bandaraya..
Kat sebelah kanan gambar ni ada bangunan baru, apartmen jugak tapi masa ni masih dalam pembinaan..
Boleh tengok entri ni, 'Gambar sama tapi masa yang berbeza'..
Ada banyak lagi gambar awan tapi semua kat laptop lama..
Hihihi..
Tetiba rindu pulak nak tinggal kat sana..
Banyak sangat kenangan tinggal kat umah tu..
Sekarang rumah tu kosong, xda orang sebab kitorang adik beradik semua ada kat kampung..
Kampung kat Lahad Datu..
LD ke KK jauhnya 400km lebih..
Lebih kurang 7-8 jam perjalanan naik keta atau bas..
Naik flight 45 minit ja tapi tiket mahal..
Hehehe..
cantikkkkkkkkk! suka sangat :) subhanalllah!
ReplyDeletecantik kan? hehe..
Deletea'ah, variasi warna yang pelbagai tu sebenarnya yang subhanallah, hebat sangat! :)
Deletebetul tu.. macam2 bentuk awan kita boleh nampak.. kalau bertuah boleh nampak yang pelik2.. hehe..
DeleteCantiknya gmbr2 awan tu ain...rasa nyaman je bila tgk gmbr cmni...i like ♥
ReplyDeletehihi.. thanks sya.. memang best wlupun hari2 tgk pmandangan yang sama, tapi corak awan lain2.. lagi best time2 nak ujan.. hehe..
DeleteCantik pemandangan...masa kat poli pn mmg suka tgk pemandangan sbb poli kuching dekat kaki gunung..btw, ktk pandey klaka sarawak or mmg org sarawak?hihi
ReplyDeletekmk pandey klaka jak sebab dulu kmk pun study poli kuching juak.. ktk amik kos apa & batch bila? hehe.. poli kuching pun best bcoz dekat kaki gunung Serapi walau pun gunung tu tak la tinggi mana pun kan? hehehe..
DeleteCantik awan tu..
ReplyDeleteBole make over kan blog akak x?
memang cantik.. hehe..
Deleteboleh je, nanti akak pm anne kat fb boleh? hehe
Ok.baru add fren,,tggu anne accept je..hihi
Deletedah accept dah.. hehe..
DeleteEhhhh cantik lah kak anne :DDDDDDDDDD <3
ReplyDeletehahahaa banjaran apa tu kak anne ? :p
tu banjaran crocker dear, baru google tadi.. hehehe..
DeleteSubhanallah,cantiknya..kan best boleh tengok dengan mata sendiri,hehe~
ReplyDeletesangat cantik.. tengok hari2 pun tak boring.. hehe..
Deletelawa nyer pemandangan dari University Condo Apartment.. Sabah memang lawa sesangat.. :D
ReplyDeletethanks, bangga jadi orang sabah.. kehkehkeh..
Deleteow..tahu3x tempat tuh..hehee..rumah sdnrikah d uca tu yunk?
ReplyDeleteiya, rumah sendiri tp lama suda tu ndak berpenghuni.. hehehe..
Deletecantik sangat :)
ReplyDeletecantik kan?
Deletemasa ni memang agak lama lepak tepi tingkap semata-mata nak tengok pemandangan ni..hehehe
hana suka pemandangan waktu senja. terserlah ciptaan ALLAH. pernah berangan nak bergambar dengan bakal husband bila matahari hampir terbenam. hik2. :D
ReplyDeleteececeh.. bestnya angan2.. nak jugak la.. kihkihkih~~
Deletecantik gambar awan tu.. gambar ketiga tu, rasa sejuk ja tengok awan tu hehe :)
ReplyDeletemasa tu memang musim hujan jadi memang hari2 ada awan tebal..
Deletememang best tengok.. kadang2 boleh tengok awan sebelum hujan.. hehe
subhanallah..indah kan :) sy pun suka tengok langit, awan2..kdg2 ambil gmbr juga. especially masa petang2..hehe. tenang hati kalau tengok
ReplyDeleteiya, ciptaan Allah memang semuanya indah..
Deletetenang jak kan, memang boleh hilang semua rasa2 yang tak best.. hihihi
Akakpun suka gambar sunset jugak, terutamanya yang tepi laut...banyak gambar sunset dalam koleksi...hihi
ReplyDeletewahh, upload la kat blog akak.. nak tengok jugak.. hihi..
Deletevery beautiful and i know where is this. babe bila dtg kk. nnt bgtau k. ble hangout sm2.
ReplyDeletetak tau lagi bila dapat dtg kk lg, tapi apa2 pun nanti aku gtau eh? hehehe..
DeleteSubhanallah.. cantiknya awan.. Allahuakbar..
ReplyDeletesangat cantik kan? maha suci Allah yang menciptakan keindahan.. :)
Deletesuasana senja mmg indah... cantik sgt..
ReplyDeleteciptaan Allah memang cantik tak kira la sunset ke sunrise ke kan? hehehe..
Deletecantiknya..
ReplyDeleteciptaan Allah semestinya cantik kan? hehe..
Delete