Assalamualaikum WBT...
Hai semuaaaa.... Apa khabar? Harap sihat la ye.. Macam menarik je kan tajuk kat atas tu? Menarik sangat2 terutamanya bagi aku yang belum kawin ni.. Hahaha.. Apa punya intro daaa.. -__-
Sebenarnya, aku nak share something yang aku dapat dari ceramah motivasi yang aku pegi hari tu.. Ceramah tu masa 27 Oktober hari tu lagi tapi baru ingat nak citer pasal tu sekarang..
Cerita basi.. -___- Hahaha.. Tapi pengisian dalam ceramah tu takkan pernah basi sebab masih segar dalam ingatan.. Almaklum la, tajuk "Kehidupan Sebuah Perkahwinan", mesti semua pun suka kan? Termasuklah aku yang nak sangat kahwin tapi tak sedar diri tu belum ready.. Ahakss!
Penceramah jemputan untuk ceramah ni adalah Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang beliau boleh la merajinkan diri tu tanya cik Google eh? Aku sempat tengok fb page ustaz tadi, ustaz belajar guna Bitstrip woo.. Komik yang ustaz buat pun sejibik macam muka dia.. Hihi.. Nak terjah fb page ustaz boleh klik ------> SINI
Antara student yang hadir.. |
Antara pengisian yang aku dapat tangkap sepanjang ceramah tu ialah :
1. Mahar @ mas kahwin
Mestilah berupa sesuatu yang bermakna.. Bukannya seperti ayat2 mat jiwang nak tackle awek, "Cukup la kasih sayang ku sebagai mahar buat mu" <---- Yang ni, NO! Tak boleh dikira sebagai mahar. Contoh mahar yang boleh diterima selain daripada wang adalah sepersalinan kelengkapan solat dan sebuah Al-Quran.. Contoh je la, boleh lagi la pikir benda lain lagi.. Hehehe..
2. Persiapan sebelum nak kahwin
i. Perancangan kewangan
Menurut ustaz, sebelum nak kahwin pastikan buat perancangan kewangan terlebih dahulu terutama pada yang kurang mampu. Maksudnya disini, takyah la nak kawin grand sangat kan? Fikirkan kehidupan selepas kahwin tu yang lebih penting..
ii. Kenali diri sendiri baru kenali pasangan..
Sebelum kahwin pastikan korang kenal diri korang sendiri.. Apa yang korang suka, tak suka, boleh terima, tak boleh terima... Kenal pasti apa kelebihan dan kekurangan diri korang.. Lepas tu baru la kenali pulak pasangan korang. Mesti kenal diri dia yang sebenar-benarnya.. Jangan bila dah kahwin baru keluar semua yang buruk2 dari pasangan korang.. Time tu la baru menyesal la, nak cerai la.. So, cari la pasangan yang benar2 boleh terima diri korang seadanya.. :)
3. Istikharah & istisyarah
Sebelum nak kahwin lakukan istikharah & juga istisyarah.. Istikharah mesti dah ramai yang tahu kan? Tapi ramai yang salah faham yang solat sunat istikharah ni dilakukan semata-mata bila nak kawin je, sedangkan ianya adalah sebagai kemudahan untuk kita memohon pertolongan pada Allah sekiranya hendak membuat apa saja keputusan.. Manakala istisyarah pulak adalah seperti kita meminta pendapat orang lain contohnya ibubapa, mengumpul maklumat dan pandangan terhadap situasi yang sedang kita hadapi.
Hanya mampu bergambar dengan banner.. hehehe |
Tu saja yang dapat aku share.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la cari kat google eh. Banyak je ceramah2 motivasi pasal perkahwinan ni.. Dari korang je rajin ke tak nak cari dan baca @ dengar.. Sekian sahaja dari saya, segala yang baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari pihak tokey blog ini.. Sekiangggg!!! Wassalam.. :D
wahh. anne nak kawen dah ke :P :P dulu aefa blaja perkara ni kat U. aefa join Kekeluargaan Islam. Dari A sampai Z dia ajar hihi.
ReplyDeleteeh tak la.. tapi kalau nak doakan pun boleh jugak.. haha.. :D
Deletepenting sebenarnya belajar pasal perkahwinan ni.. bukannya ingat nak halal je.. hihi..
mmg menarik isi ceramah nie.. nie yg xsabar nak kawen nie!
ReplyDeletebetul tu.. bila ustaz tu buka untuk sesi soal jawab je terus ramai yang tanya soalan..
Deletesemua nak kawin.. hihi.. ^___^
wah ... bagus ni ...
ReplyDeletetq .. :)
ur welcome dear.. semoga berguna.. :)
Deletenice entry.. :) thanks for sharing it.. xsia2 msuk blog ni td..
ReplyDeleteur welcome.. hihi..
Deletethanks jugak.. semoga bermanfaat ya? ^__^
no 2 yang item (ii) tu menarik perhatian saya..kekadang kita terlalu nak mengenali orang tanpa mengambil masa untuk mengenal diri sendiri...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
betul tu.. kadang2 kita tak sedar sifat yang kita tak suka tu rupanya ada pada diri kita sendiri..
Deletedah sedia nak kawen laa ni ehh . hihi :D
ReplyDeleteni nak mengumpul persediaan la ni.. kot2 jodoh sampai sebelum grad kan? kehkehkeh..
Deletehehe fae learnt a lesson dah.. dulu i knew someone for a month pastu terus couple.. blm kenal hati budi dia dalam2.. lama2 nampak true color dia.. huhu..
ReplyDeletenasib baik cepat nampak sifat sebenar dia kan? tu la sekarang ni kena hati2 pilih pasangan.. hihi.. ^__^
Deleteaiii...smart lebai dalam banner tu sesuai ngan orang yang bergambaq tuuu
ReplyDeleteeh tu ustaz la, dah kahwin dah pun.. hihi..
Deletewah.. :) bestnya kalau dpt join ceramah2..
ReplyDeletekalau kat u memang banyak diorang buat ceramah2.. kalau rajin boleh pegi semua.. hihi
DeleteIngat ka pi kursus kahwin.. Haha. Waa.. tips yg bagus.. :D
ReplyDeletehaha.. yang tu belum lagi.. ni kursus free dulu.. hehehe
Deletesebelum kawen kita kena nuntut ilmu dulu. Tu pasai kena pi kursus, tapi kursus 2 hari tak cukup sebenaqnya untuk preparekan diri kita menempuh alam perkahwinan. Beruntung anne dapat join ceramah sebegini. Kenit dulu po kursus kawen ja hehehehe .
ReplyDeletetu la, ustaz tu pun cakap.. kalau nak cerita pasal kahwin ni memang tak cukup 2 hari.. memang kena prepare dengan ilmu perkahwinan awal2 lagi.. hihi..
Deletejap..nak serap masuk kepala..hihi..thanks dear!
ReplyDeleteur welcome dear.. :D
Deletepersediaan sebelum nak kawin.. hehehe
mcm tak lama lagi je nk merasa nasi minyak ni.. hehe
ReplyDeletehaha.. doakan je la eh? hihi.. :D
DeleteFirst time dengar istilah "istisyarah" tu.
ReplyDeleteLepas ni nak rajin-rajin solat sunat istikharah la. Mintak petunjuk untuk macam-macam benda. Nak mulakan pelaburan ke, nak beli rumah ke, amik keputusan projek ke.
Huhu
From: Bila Karipap Boleh Bercakap
sama la, anne pun first time dengar.. selama ni selalu dengar pasal istikharah je.. hehe
Delete