Tips Menghilangkan Gigitan Cinta

Assalamualaikum...

Nampak cambest jak tajuk diatas tu kan? Tapi sebenarnya "gigitan cinta" yang aku maksudkan disini adalah gigitan nyamuk. Rasa-rasa ada yang marah ka aku buat tajuk entri macam tu?hehehe... Jan marah-marah, lau marah nanti ketahuan. huhuhu...

Okey, terus kepada tujuan sebenar entri. Hari ni aku nak kongsi ngan korang suma tips-tips untuk menghilangkan atau melegakan gigitan nyamuk atau serangga lain pun bleh jugak. Tips ni sangat-sangat berguna kepada sapa-sapa yang rumahnya banyak nyamuk tu, biar da spray Ridsect pun masih jugak ramai nyamuk-nyamuk yang datang bertandang. Mungkin rumah tu banyak darah manis, tu yang encik nyamuk suka tu.hehehe...

Seperti yang semua maklum, gigitan nyamuk akan meninggalkan kesan bengkak dan berwarna merah. Pastu akan rasa gatal, bila dah gatal confirm rasa nak garu kan? Kalau ada yang boleh tahan tu aku salute la. hehehe... Ada sesetengah orang akan garu bekas gigitan nyamuk tu sampai luka, bila luka tu kering pastinya akan meninggalkan parut. Gigitan cinta nyamuk ini boleh diubati dengan :


Lidah Buaya (Aloe Vera)



Korang tau kan aloe vera ni banyak khasiatnya. Selain untuk menegangkan kulit muka, ia juga boleh digunakan untuk melegakan gigitan nyamuk. Caranya, patahkan lidah buaya untuk mengambil gelnya. Kemudian sapukan dibahagian kulit yang digigit nyamuk. Gel lidah buaya akan membuatkan kulit terasa dingin sekaligus melembap dan membantu melegakan kulit dari gigitan nyamuk. 

Minyak Serai



Selain digunakan dalam masakan, serai ada banyak kegunaannya. Untuk menghalau nyamuk, bakar batang serai dengan menggunakan lilin. Manakala, produk seperti minyak serai boleh digunakan untuk menghindari gigitan nyamuk. Mungkin nyamuk tak suka bau serai ni. hehehe...

Baking Soda


Baking Soda ni bahan campuran untuk buat kuih atau kek. Baking soda ni beza ngan baking powder tau? Nak tau apa bezanya boleh klik sini. Aku malas nak terangkan sebenarnya, nanti terkeluar tajuk plak.hehehe... Tapi dalam menghilangkan gigitan nyamuk ni aku rasa dua-dua pun boleh guna kot. Caranya, bancuh baking soda tu ngan sedikit air then sapukan pada bahagian kulit yang terkena gigitan nyamuk. Untuk melegakan gigitan nyamuk yang banyak, ( hah, ni khas untuk sapa-sapa yang baru balik dari bertapa dalam hutan ) bolehlah try cara ni. Berendam dalam air mandian yang dah dicampur dengan baking soda dengan nisbah 1:3. Campuran ini akan membantu mengatasi rasa gatal pada kulit.

Ubat Gigi


Ahli holistik, Jennifer Crain, dari Greenspiralherbs.com mengatakan bahawa ubat gigi, khususnya yang mengandung peppermint, dapat menghilangkan rasa gatal. Peppermint dapat memberikan rasa dingin pada kulit yang gatal. Caranya simple jak, cuma sapukan ubat gigi tersebut di bahagian kulit yang digigit nyamuk.

Madu


Selain bagus untuk tekak, madu juga berguna untuk melegakan gigitan nyamuk. Campurkan madu dengan sedikit air, dan sapukan pada kulit menggunakan cotton bud


Sebenarnya ada banyak lagi petua untuk melegakan gigitan nyamuk, contohnya uncang teh, bawang putih, lemon dan ais. And, korang perasan tak semua bahan ni kita boleh jumpa kat dapur umah kita? Tak perlu susah-susah beli ubat sapu di kedai, cari je kat dapur. Mudah dan jimat kan? hehehe... Lepas ni boleh la try. Lagi-lagi musim hujan ni, ramai nyamuk-nyamuk yang berkeliaran. Nyamuk-nyamuk sekarang pun tahan bantai, spray la sampai habis satu tin, bakar la lingkaran sampai habis satu kotak, masih ada gak tu. Apa-apa pun, jom sama-sama kita membanteras pembiakan nyamuk terutama nyamuk Aedes. Jom ganyang Aedes. huhuhu...


Anne bilang :: Lau adik aku, dia conteng jak bekas gigitan nyamuk tu ngan pen. Confirm hilang rasa gatal tu. Cuba la lau mau... hehehe...

Sumber dari :
wong168.wordpress.com
rizki.situsmesin.com

2 comments:

  1. bgus jg ko share mcm ni..
    ngam2 skrg ni byk nyamuk,
    musim ujan kan

    ReplyDelete
  2. iya..
    abis satu bdan kena gigit..
    trus t'pikir mo buat post mcm ni..
    sharing is caring bilang org bha..
    ehehehe...

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain