Kenapa orang Islam sembah Kaabah

Assalamualaikum & selamat hari Jumaat semua.. ^_^

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku mo share samting yang menarik.. Ni aku dapat dari fb kawan.. Aku copy paste jak tapi ada la jugak edit2 dan tokok tambah ckit..  Dia suruh share, jadi aku pun share la dengan senang hati.. Hehehe.. Pa pa pun, jom baca!! ^_^

A : Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
B : Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah.
A : Baitullah tu apa?
B : Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah
A : Allah ada dalam tu?
B : Tak..
A : Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
B : Yang saya sembah bukannya bangunan tu..
A : Kamu sembah apa?
B : Saya sembah Allah swt 
A : Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
B : Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..
A : Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..
B : Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
A : Pernah.. selalu..
B : Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?
A : Tengok perlawanan bola la..
B : Di mana?
A : Dalam tv la.. 
B : Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.. 
A : Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.. 
B : Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..
A : So..?
B : Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?
A : Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..
B : Peliknya..
A : Sebab apa pulak pelik?
B : Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..
A : Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..
B : Hurm.. jadi tak peliklah ni..? 
A : Ya.. tak pelik.. 
B : Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..
A : Erk.. kau betul..
_________________________________________________________________________________

Sebab kenapa orang Islam sembah Kaabah..

Surah Al-Baqarah 2:144 ada menyebut :
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”


1. Islam menganjurkan perpaduan

Jika orang Islam ingin menunaikan solat, berkemungkinan ada orang yang ingin menghadap utara, ada yang ingin menghadap selatan. Untuk menyatukan umat Islam dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada, umat Islam disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Jika ada umat Islam yang tinggal di sebelah barat Kaabah, mereka menghadap ke timur. Begitu juga, jika mereka tinggal di sebelah timur Kaabah, mereka menghadap ke barat.

2. Tawaf mengelilingi Kaabah menandakan satu Tuhan

Apabila orang muslim pergi ke Masjidil Haram di Mekah, mereka tawaf ataupun membuat pusingan mengelilingi Kaabah. Perbuatan ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat. Maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.

3. Kaabah terletak di tengah peta dunia

Orang Islam merupakan orang pertama melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian selatan menghala ke atas dan utara menghala ke bawah. Kaabah terletak di tengah-tengah. Kemudian, ahli kartografi barat pula melukisnya terbalik, utara menghala ke atas dan selatan pula menghala ke bawah. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, Kaabah terletak di tengah-tengah peta dunia.


Anne bilang :: Hanya mampu share jak, sharing is caring rite? Kalau ada mo tambah, just share it.. Semoga bertambah ilmu kita.. ^_^


>> Thanks sudi baca! <<

3 comments:

  1. nice....banyak lagi fakta kenapa kita mengadap kaabah dan bertawaf mengelilingi kaabah. google ja. kehkehkeh.

    very good.

    ReplyDelete
  2. salam
    info yang sgt berguna...
    terima kasih kerana sudi berkongsi...

    ReplyDelete
  3. PK :: yup,rajin google luas pengetahuan.. hehehe...

    hElfiS :: sama2.. =)

    ReplyDelete

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain