Day 6 - 10 Items You Can't Live Without

Assalamualaikum & selamat malam..

First sekali, thanks coz sudi singgah d blog ku yang x best ni.. (merendah diri la plak..hehehe..)

Second, aku hampir lupa yang aku ada Cabaran 10 Hari yang belum siap lagi.. Hahaha.. Ni mesti kes excited balik kampung ni kan? Ish..Ish..Ish.. Aku baru teringat tadi lepas aku belek2 buku nota kesayangan aku ni.. Sambung dulu la ya??

Day 6 :: 10 items you can't live without

1. Handphone. Memudahkan aku berhubung dengan orang tersayang & kawan2 aku.. Selain tu, hp yang ada kalendar ngan jam jugak sangat2 memudahkan aku.. Aku xda jam tangan, so harap pada hp jak la.. hehehe..

2. My lappy. Wui kalau xda ni konpem boring gilak aku.. Kalau sebelum ni aku x kisahkan sangat laptop ku ni sebab aku lebih suka tengok tv.. Tapi sejak aktif dalam blogging ni, lappy ku ni jadi benda yang sangat penting bagi ku..

3. Wallet yang mengandungi IC, kad ATM & DUIT !! Kalau xda duit tak bleh makan tauk?? Kalau x dapat makan maka akan mati lah kan? Aku berharap wallet ku sentiasa dipenuhi duit.. Ah boleh ka begitu?? Hahahaha..

4. Cermin. Hahaha.. Yang ni penting jugak.. Penting untuk apa? Opkos la untuk menambah keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.. Kalau pakai tudung wajib tengok cermin, pakai lip balm pun mesti tengok cermin jugak.. Kalau tengah berjalan-jalan tetiba ada angin kuat terus cari cermin, mana la tau tudung dah senget ka, ada benda asing menyangkut kat tudung ka.. Kan? Kan? Hehehe..

5. Sweater. Aku ni jenis yang x tahan sejuk. Kalau lama-lama dalam bank pun aku x tahan.. Sebab tu la aku sangat2 perlukan sweater ni.. Aku suka beli sweater @ jaket yang tebal2 pastu ada bulu2 tu.. Terus rasa macam d luar negara la plak.. Hahaha.. Berangan jak kan? Tapi best la jaket tebal2 tu, dapat menghalang aku dari kesejukan yang mencucuk ke tulang itam.. hehehe..

6. Tisu. Aku ni sensitif ngan habuk @ debu.. Sikit2 nak bersin.. Lepas tu mula la selesema yang 1 @ 2 hari baru sembuh.. Kalau kat tempat sejuk pun tiba2 jak boleh selesema.. Contoh macam kat kampung sekarang ni.. Sejuk sangat2 terutamanya waktu subuh.. Nasib baik la ada bekalan tisu.. hehehe..

7. Makanan. Yang ni semua pun x boleh hidup kalau benda ni xda kan?? Ke aku sorang jak?? Hahaha..

8. Kamera. Ambik gambar adalah salah satu hobi ku.. Asal pegi mana2 pun mesti bawak kamera.. Sekarang aku masih guna kamera yang biasa2 jak, insya Allah kalau ada rezeki mo angkat DSLR la plak. Hihihi.. Kadang-kadang aku terlupa bawak.. Time tu la jugak ada view yang cantik tapi oleh kerana kamera xda, maka diriku ini akan rasa menyesal yang amat.. Sayang sangat2 kalau x dapat ambik gambar.. :(

9. Mp3 player. Aku suka dengar lagu.. Lagu2 apa2 pun aku layan, yang penting telinga ku suka.. hehehe.. Aku x suka dengar lagu dari hp.. Ada jak gangguan, orang kol la, mesej la.. Nanti tengah feeling2 dengar lagu  Agnes Monica tiba2 ada plak lagu Waka Waka Eh Eh tanda ada mesej masuk.. hahahaha...

10. Beg. Tak kisah la beg macamana pun.. Sling bag ka, handbag ka, backpack ka.. Yang penting barang-barang penting ku boleh masuk. Aku ni kalau berjalan p mana-mana banyak barang aku mo bawak.. Bukan macam orang lelaki, bawak wallet, hp, rokok ngan lighter jak.. Hahahaha...

Tu jak la benda2 yang aku x bleh hidup kalau benda2 tu xda.. Abaikan yang no. 7 tu sebab tu kan perkara basic yang semua orang pun boleh mati kalau xda benda tu.. Aku cuma x tau nak letak apa lagi.. Ampunkan patik ya? Hahahaha...

Well, happy reading ya!!
^_____^

No comments:

Post a Comment

komen la banyak mana pun, i like comments!! muehehehe~~

Anne Nurain