Pencarian sponsor untuk GA


Assalamualaikum & hai semua!!


Aku bercadang nak buat GA atau nama dalam IC, Give Away..
GA ni sempena bulan kelahiran aku iaitu bulan Mac..
Kiranya GA sempena birthday aku la ni..
Kekeke~


Dah terbalik dah kan?
Dulu2 birthday girl dapat hadiah, sekarang birthday girl pulak yang bagi hadiah..
Tapi tak salah kan?? Hehehe..
GA ni jugak bertujuan untuk menghargai korang2 yang dah singgah kat blog aku ni..
Gara2 korang la blog aku dapat CPUV..
Walaupun sekarang dah takde CPUV yang melekat.. 
Isk.. Isk.. Isk.. Sedeyy makcik..

Google

Oleh itu, aku nak juga cari sponsor untuk GA aku ni..
Ni pestaim aku buat GA, pestaim jugak cari sponsor..
So, mohon maap in advance kalau2 ada tersilap kata @ cara..


Kelebihan menjadi sponsor

1. Boleh menjana trafik ke blog korang.
2. Dapat mengeratkan silaturahim.. 


Syarat menjadi sponsor

1. Mestilah seorang blogger warganegara Malaysia..
2. Sebarang bentuk hadiah adalah dibenarkan.. 
Sukati la nak topup ke, nak edit blog ke, nak bagi wallpaper buatan sendiri ke.. 
Asalkan bukan hadiah yang mencarut, eh mengarut ye??
3. Hanya 2 syarat je boleh, follow @ like.. 
No klik2 iklan eh? Terpulang la nak suruh follow blog ke, twitter ke, instageram ke.. 
Tak pun like gamba ke, like page ke.. Mana2 pun boleyyy tapi limit 2 je taw? 
Auww, tergedik sikit.. Hahaha~


Pencarian sponsor ni sampai hujung bulan ni je eh?
Sebab GA ni akan berlangsung selama sebulan, bermula pada 1 Mac..
So, tunggu apa lagi? Cepat2 la PM aku kat pesbuk Nang Nur Ain.
Nak add as friend pon boleyy.. ^___^
Nanti PM gtau nak sponsor apa & gtau jugak syarat2 korang eh?





Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March

Assalamualaikum & hai uollss~


Jom join bloglist ni, support sesama blogger.. :)



Klik banner kalau nak join eh?? :)


Jawapan kiriman misteri

Assalamualaikum & hai semuaaaa~


Misteri la sangat kan?? Hehehe..
Sebenarnya, kiriman tu adalah benda kat bawah ni...




Taraaaaa!!!!!!!
Nampak tak apa benda atas ni??
Hehehe.. Ni la kain cotton yang aku beli & nak jual nanti..
Aku belum cukup bertuah lagi nak menang GA.. Hukhukhuk..


Kain ni semuanya ada 6 pasang..
Kain ni kain matching, means ada 2 jenis kain yang dipadankan (2m+2m).
Cantik tak? Cantik tak?? Terlebih eksaited dah ni.. 
Sebab kain2 ni cantikkkk sangatttt.. Hihihi..


Agak2 ada yang berminat tak nak beli?
Kalau ada, nanti aku upload gambar kain yang sejibik-sejibik..
Baru puas mata memandang & berat dompet melepaskan duit pergi..
Hahahahaha..


Maybe next day pun akan ada abam pos laju datang umah hantar something..
Yang tu pun tak sabar nak tunggu..
Nak tau apa?? Nanti aku update belog eh? Hihihi..


Oh ya, ada lagi tak yang nak jadi sponsor?
Aku cari lagi 2 orang..
Tapi tak leh la sponsor topup coz yang tu dah ada 3 orang yang sponsor..
Hihihihi..





Wordless Wednesday ~28~ : Kiriman misteri

Assalamualaikum & hai semua geng2 blog.. hehehe..






Jawapannya tunggu malam ni..
Hehehe..



Lazy monday??

Assalamualaikum & happy monday u guys!! :)






No malas-malas pliss..
No monday blues jugak.. Hihiks~



Persediaan

Assalamualaikum WBT & hai korang~





Ni roommate aku tolong buatkan kat kedai tadi..
Bila dah ada nametag ni tetiba rasa nervous la pulak..
Macam nak gi ngajar dah pulak.. 
Hehehe..


Semester ni kitorang akan belajar cara nak mengajar..
Lepas tu semester 7 iaitu semester depan nanti, kitorang akan pegi Latihan Mengajar (LM) kat sekolah..
Tapi tak tau lagi la sekolah mana nak pegi..


Oleh kerana aku & the geng amik kursus IT maka kitorang kena la cari sekolah kat negeri2 yang dah ditetapkan contohnya Perak, Pahang, Penang & lain2 yang ada subjek ICT..
Sabah/Sarawak tak leh sebab jauh.. 
Susah lecturer nak gi observe nanti..
Kalau la boleh, alangkah bahagianya daku~
Huhuhu..


Aku bercadang nak buat GA, ada yang join jadi sponsor tak?
Kalau nak, gtau kat komen nanti eh? :)




COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG

Assalamualaikum WBT...





Klik banner kalau nak join..
Syarat senang je..



Collagen Plus Vit E berbahaya??

Assalamualaikum WBT & selamat petang.. :D


Baru je terbaca artikel pasal "bahayanya produk Collagen Plus Vit E " ni tadi..
Korang baca sendiri kalau nak tau pa citaa~ hehehe..


Sumber : Google


Siyesly, terkejut sangat sebab aku pakai produk ni sekarang..
Tapi aku guna sabun dia je la sebab aku memang tak suka pakai krim siang & krim malam ni..
Leceh.. Terutamanya krim malam.. Hehehe..
Memang krim malam tu mencurigakan sebab susah nak sapu kat muka, berkilat then muka tak selesa, melekit-lekit & gatal2 jadinya..
Sebab tu aku tak pakai dah..


Kesian la sabun tu kena buang..
Isk..isk..isk.. Membazir dah aku beli sabun tu..
Tapi takpe la kan? Takkan nak teruskan jugak, kang rosak kulit muka aku..


Mungkin orang akan cakap produk tu produk tiruan sebab tu jadi macam tu..
Tapi walaupun produk tu ori, kandungan bahan kimia tu tetap dari bahan yang merbahaya..
So, better hentikan la dan guna produk yang diiktiraf KKM dan halal..
Kan? Kan? Hehehe..


Nampaknya terpaksa la aku cari produk pencuci muka yang baru..
Takut sangat kulit muka jadi macam diorang2 yang dah jadi mangsa..
Habis kulit muka tumbuh bintik2 kasar walaupun kulit dah cerah..


Korang tau tak produk apa yang selamat nak pakai?
Tanak dah pakai produk2 yang jual kat pasar malam ni..
Salah aku jugak, cepat sangat terpengaruh ngan produk2 yang menjanjikan kesan sepantas kilat ni.. Kesan tu memang betul ada tapi kesan jangka panjang daripada bahan2 kimia merbahaya tu kita tak tau lagi cane.. So, better ambil langkah berjaga-jaga..
Huhuhu~


Okey, stop kat sini dulu.. 
Nak kol mak aku suh stop pakai produk tu.. Hehehe..



Wordless Wednesday ~27~ : Warna warni

Assalamualaikum WBT..







Yuhuuu~ I'm backkkk!!!

Assalamualaikum uollsss!!!


Hihihi.. Eksaited sangat dah jumpa blog kesayangan ni..
Meh nak pelok ciom dulu.. Muah muah kat blog.. Kekeke~
Sawang2 takde sebab dah ada yang rajin tolong bersihkan time aku takde..
Thanks to those yang rajin singgah blog ni walaupun cik punya blog tak aktif..
Thanks jugak yang rindu2 kat aku tu..
Rindu korang jugakkk!! Mihmihmih..


Sekarang aku dah ada kat Tanjung Malim..
So, sape2 nak jumpa & belanja aku makan, dipersilakan..
Pinjaman tak masuk lagi nih..
Muahahahaha..


Esok dah start kuliah..
Macam tak caya ja aku dah semester 6..
Ada baki 2 semester lagi, insya Allah..


Okeh, nanti aku update lagi..
Ni just untuk gtau je yang aku dah balik..
Bajet pemes betol kan??
Hehehe..
Nanti aku jalan2 g blog korang eh?
Nak reply komen2 dulu nih..
Hihihi..


Selfie - amik dari Instagram.. hehe


Anne Nurain