Showing posts with label Photos. Show all posts
Showing posts with label Photos. Show all posts

Ke pulau ke kiterr??

Assalamualaikum & hai semuaaaa....


Sekarang ni dok heboh pasal event IWTTAD tu kan?
Tapi aku taknak komen pape..
Serahkan je pada yang pakar..
Kita yang tak pakar ni just amik pengajaran dari apa yang berlaku..


Asalnya hari ni nak mula 30 Days Photo Challenge tu..
Tapi lupa plak esok aku nak gi Pulau Payar, Langkawi..
Sekolah aku ada program kat sana..
Nama program tu, Kem Pendidikan Marin..
Aku sebagai cikgu praktikal haruslah terlibat sama..
Markah tu beb! Hehehe..
Aku bertolak esok dan balik sini hari Jumaat pagi..
Doakan perjalanan pergi balik kami selamat ye?


Pulau tu orang selalu pegi untuk snorkeling..
Takde la besar mana pun, pastu takda orang tinggal sana..
Sebab pulau tu dah diwartakan sebagai taman laut..
Kalau dah namanya taman laut opkos la pulau tu cantik, kaya dengan batu karang & hidupan laut yang unik, yang jarang kita jumpa kat mana2 pantai..


So, aku eksaited jugak la..
Tapi nebes at the same time..
Ntah napa, aku pun tak sure.. Hahaha..










All image credit to Google..
Pic dari aku kena tunggu aku balik dari pulau..
Hehehe..


Wordless Wednesday ~33~ : Bingo!!

Assalamualaikum..





Terobekk~
Aktiviti elak mengantuk time kuliah yang boring.. 
Hehehe..

Review Drama : Hotel King (K-Drama)

Assalamualaikum..


Hai semuaaaa... Hehe.. Eksaited gila bila akhirnya dapat jugak aku apdet blog hari ni.. Kat entry sebelum ni aku dah gtau kan website untuk download drama Korea? Perasan tak gambar boiprengg aku kat hujung entry tu?? Yeahh, aku tau.. Tu bukan boipren aku sorang.. Ramai lagi yang mengaku lelaki tu boipreng diorang..Takpe, kita share okeii?? Hehehe..


Pernah tengok tak drama Korea yang bertajuk My Girl?? Kalau pernah, mesti korang kenal kan hero ngan heroin dalam cerita tu? Haaa, dalam drama terbaru ni diorang digandingkan sekali lagi.. Ohmaiiii... Aku memang suka sangat ngan couple ni sejak diorang berlakon sama2 dalam cerita My Girl tu.. Rasa macam nak cari balik cerita tu.. Hihihi..


Ok, first jom kita tengok the hero & heroin of this drama..

Haa kauu.. Besar gedabak punya gambar aku bagi.. hehe
Lee Dong Wook a.k.a Cha Jae Wan


Lee Da Hae a.k.a Ah Mo Ne


Drama ni bergenrekan romantik, melodrama dan jugak dendam.. Jarang2 aku layan drama genre melodrama & dendam kesumat ni sebab banyak sangat air mata & sakit hati.. Hehehe.. Tapi oleh kerana hero & heroin ni peberet aku, so aku layankan je la.. Walaupun ada 32 episod kesemuanya.. Gigih jugak aku men'download'nya pun.. 


Sinopsis drama : 

"This drama portrays the story of a heiress, Ah Mo Ne who lives a sheltered life like a princess but a catastrophe pushes her to do all she can to protect her h0tel. She and the general manager of the h0tel, Cha Jae Wan who appears cold on the outside but carries emotional baggage, fall in love. Cha Jae Wan and his mother were abandoned by his father. As an adult, he begins to work at a h0tel and becomes an enemy to his father who abandoned him."

Setakat entri ni ditaip, drama ni baru episod 12.. Bagi aku, drama ni memang best sebab watak hero dan heroin tu berbeza sangat. Watak Cha Jae Wan ni seorang yang dingin, penuh dengan dendam & sentiasa serius sepanjang masa.. Susah sangat nak tengok dia senyum dalam drama ni.. Hehehe.. Watak heroin pulak, sorang yang gila-gila, comel & agak berlagak sikit sebab dia kan anak pemilik hotel.. Hehehe..


Oleh kerana drama ni masih on-going lagi, so tak banyak la yang dapat aku ceritakan.. Moh ler kita sama2 menontonnya pun.. Kalau korang nak download, boleh cari kat link yang aku bagi kat entry sebelum ni.. Cari je kat website yang aku bagi tu.. Don't worry, English subtitle is available.. Hehehe..


Jom layan gambar ckit.. Hehehe..











Thanks for reading!! ^__^

Novel-novel Melur Jelita

Assalamualaikum WBT & hai korang semuaaa!!!


Hari ni nak sembang pasal novel pulak..
Ada tak antara pembaca blog aku ni yang suka baca novel macam aku??
Ce angkat kening ala2 kak Ziana Zain jap, nak buat survey ni..
Hekhekhek..


Sebelum ni aku ada cerita pasal novelis yang aku suka kat SINI..
Hari ni nak stori mori lagi kat korang tentang sorang lagi novelis yang aku suka..
Suka sangat sangat.. Hihiks.. Dont worry, aku straight orangnya.. Hahaha..


Aku suka penulisan kak Melur Jelita ni sebab details sangat sampai kita pun senang je nak imagine apa yang diceritakan olehnya.. Pastu lagi, penulisan dia sangat matang.. Dia banyak masukkan unsur2 keagamaan, tu yang jarang jumpa dalam banyak2 novel yang ada kat pasaran sekarang ni.. Sambil baca novel, kita pun boleh belajar tentang kehidupan..  Tu yang paling aku suka..


Setakat ni, akak Melur Jelita ni baru ada 3 novel iaitu..








Aku dah baca ketiga-tiga novel ni.. 
Novel 1st yang aku baca, Awak Suka Saya Tak?..
Sumpah best giler.. I'm fall in love with Hilman.. 
Tapi aku belum ada novel tu, hari tu baca roomate punya..
Takpa, nanti aku beli jugak untuk koleksi novel kesayangan aku.. Hihihi..


Pastu, hari tu aku beli I Love You Stupid pulak.. 
This time aku jatuh cinta pulak ngan abang pedas iaitu Inspektor Firman Ebrahim..
Tapi tak puas baca sebab novel ni ada kesinambungannya iaitu My Precious Iris..
So, aku sasau & angau selama seminggu sebelum dapat beli novel My Precious Iris ni..
Hahaha.. Over sangat la kan sampai sasau & angau..
Ada sakit mental ke apa?? Hehehe..


Aku ada baca kat page kak Melur Jelita semalam..
Insya Allah tak lama lagi kak Melur Jelita akan terbitkan novel keempat beliau..
Auww.. Tak sabarnya.. Tajuknya dah ada, The Unsung Hero..
Perghhh.. Adakah aku akan jatuh cinta lagi dengan hero yang ketiga ini??
Just wait & see.. Hekhekhek..


Ada tak pembaca blog ni yang dah baca novel2 kak Melur Jelita ni??
Jom share2 pendapat korang!! :)


Baucer buku!!

Assalamualaikum & hai hai korang!!


Hari ni baru ada kesempatan nak update blog.. Sori la tak sempat nak balas kunjungan korang2 yang datang ke blog ni.. Komen2 pun aku publish je, tak sempat nak reply.. Ampunkan patik ya kawan2? Hehehe.. Bagi yang baru follow blog aku ni, aku ucapkan billion2 terima kasih sebab sudi follow blog yang serba kekurangan ini.. Hehehe.. Insya Allah kalau ada masa aku follow korang balik eh? Kalau sudi, join la jugak GA aku eh? Banyak hadiah best2 tau? Nak join klik -------> SINI.


Semalam kitorang dah dapat baucer buku.. Hooreeyyyyy!!! Jom joget2 happy sekali.. Hehehe.. Sepatutnya turn semester 6 amik baucer hari Jumaat & Sabtu ni. Tapi kebetulan kaunter tempat amik baucer tu tak ramai orang, so kami pun pegi la menyibuk jugak nak ambik. Nasib baik boleh ambik awal.. 

Eh kenapa RM150 je??


Pastu kebetulan lagi minggu ni ada event kat kampus, anjuran kursus Geografi kot, banyak la gerai2 baju, buku, kerongsang & makanan kat kampus.. Alang2 dah keluar dari tempat persembunyian (rumah la.hehe..) kami pun ronda2 la sekitar tapak jualan tu.. Dan dengan pantasnya, baucer aku dah habis RM100.. Kehkehkeh.. Nak tau aku beli apa? Ni ha, kat bawah ni.. Hehehe..


Buku rujukan yang sangat penting.. :P


Ni baru 3 novel dari senarai aku yang very the panjang.. Hihihi.. Ada 4 novel lagi yang aku tengah target sekarang ni.. Harap2 dapat la novel2 tu jatuh ke tangan aku.. Hohohohoho... Gelak sin chan jap.. Thank u soooo much la kerajaan sebab bagi kitorang BB1M ni.. Harap2 tahun depan naik la pulak pegi RM300.. Muehehehehe...


Hari ni result SPM dah kuar kan? Huhu.. Mesti blogger2 yang lepasan SPM ni nebes gila especially adik aku yg nun jauh d kampung. Dan tak lupa jgk +Akeyla Azmi , +Ninaa Hassan & semua la yang berkenaan.. Yang perasan nak jadi lepasan SPM pun boleh jugakk.. Hehehe.. Semoga dapat result yang hebat2 debabomb gituu.. Kalau tak dapat seperti yang dijangka pun takpe, semua tu ketentuan Allah.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. :D



Jerebu di Tanjung Malim

Assalamualaikum WBT..



Hai semuaaa!!! Sihat tak? Sekarang ni dah musim jerebu, kemarau & opkos la jugak musim demam kan? Camna jerebu kat tempat korang? Kitorang kat Tanjung Malim ni tak menentu jerebunya.. Kadang boleh nampak banjaran Tititwangsa, kejap lagi banjaran tu hilang.. Betul2 macam chipsmore, kejap ada kejap takda.. hehehe..


Banjaran yang hilang.. hehe..

Tengok gambar atas ni.. Nampak macam kabus kat tanah tinggi je kan? Sampai tak nampak banjaran kat belakang tu. Padahal sebenarnya jerebu.. Bau asap dia kuat sangat. Sampai kitorang pun tutup pintu.. Terbiar la kitorang masak dalam rumah yang dah macam sauna.. Kipas volume 5 pun still rasa macam takda kipas.. Hehehe..


Pemandangan depan rumah


Huuu tak nampak apa dah.. Teruk ni..


Gambar2 ni semua semalam punya.. 
Bawah ni bacaan IPU semalam berserta petunjuknya..











Nampak tak betapa tidak sihatnya IPU kat tempat kitorang? Tempat korang pulak macam mana? Setakat ni Pelabuhan Kelang yang paling tinggi iaitu >300. Teruk kan?? Sentiasa la berdoa semoga Allah SWT turunkan nikmat hujan untuk kita di Malaysia.. Tak lupa jugak untuk penumpang & anak kapal MH370.. Dah seminggu tak ada berita.. Harap hari ni adalah berita baik.. I hope..... :(


So, time jerebu ni kurangkan la aktiviti luar.. Jom jadi anak dara duk umah lipat kain, kemas umah, tido sepuas-puasnya.. hihiks.. Banyakkan minum air, selalu cuci muka, mandi.. Aku buat semua ni tau? Supaya kurang sikit panas dalam badan aku ni.. Aku takleh panas2 ni, mesti akan muncul ulser kat lidah, bibir, pastu mata bengkak.. Hidung berdarah je lagi yang tak pernah.. Hehehe.. 



Jom tengok IPU kat tempat korang -----> SINI


Lazy monday??

Assalamualaikum & happy monday u guys!! :)






No malas-malas pliss..
No monday blues jugak.. Hihiks~



Persediaan

Assalamualaikum WBT & hai korang~





Ni roommate aku tolong buatkan kat kedai tadi..
Bila dah ada nametag ni tetiba rasa nervous la pulak..
Macam nak gi ngajar dah pulak.. 
Hehehe..


Semester ni kitorang akan belajar cara nak mengajar..
Lepas tu semester 7 iaitu semester depan nanti, kitorang akan pegi Latihan Mengajar (LM) kat sekolah..
Tapi tak tau lagi la sekolah mana nak pegi..


Oleh kerana aku & the geng amik kursus IT maka kitorang kena la cari sekolah kat negeri2 yang dah ditetapkan contohnya Perak, Pahang, Penang & lain2 yang ada subjek ICT..
Sabah/Sarawak tak leh sebab jauh.. 
Susah lecturer nak gi observe nanti..
Kalau la boleh, alangkah bahagianya daku~
Huhuhu..


Aku bercadang nak buat GA, ada yang join jadi sponsor tak?
Kalau nak, gtau kat komen nanti eh? :)




Wordless Wednesday ~27~ : Warna warni

Assalamualaikum WBT..







Yuhuuu~ I'm backkkk!!!

Assalamualaikum uollsss!!!


Hihihi.. Eksaited sangat dah jumpa blog kesayangan ni..
Meh nak pelok ciom dulu.. Muah muah kat blog.. Kekeke~
Sawang2 takde sebab dah ada yang rajin tolong bersihkan time aku takde..
Thanks to those yang rajin singgah blog ni walaupun cik punya blog tak aktif..
Thanks jugak yang rindu2 kat aku tu..
Rindu korang jugakkk!! Mihmihmih..


Sekarang aku dah ada kat Tanjung Malim..
So, sape2 nak jumpa & belanja aku makan, dipersilakan..
Pinjaman tak masuk lagi nih..
Muahahahaha..


Esok dah start kuliah..
Macam tak caya ja aku dah semester 6..
Ada baki 2 semester lagi, insya Allah..


Okeh, nanti aku update lagi..
Ni just untuk gtau je yang aku dah balik..
Bajet pemes betol kan??
Hehehe..
Nanti aku jalan2 g blog korang eh?
Nak reply komen2 dulu nih..
Hihihi..


Selfie - amik dari Instagram.. hehe


Birthday GiveAway by Cik Ayue

Assalamualaikum & salam jumaat eberibadi! :D


Jom join GA ni!
Hadiah best2 tau? Syarat pun senang je..
Just follow blog, twitter, like page & add to circle..
Very the simple right?
Hehehe..


Klik banner untuk join! :)


GA ni jugak bertujuan nak bagi laaaagi banyak pilihan pelamin & baju pengantin
untuk Cik Ayue kita ni..
So, jom join reramai bagi cik Ayue pening nak pilih..
Hahahaha.. Gurau je eh cik Ayue sayang.. :D

Ni baju pengantin pilihan aku, tapi baju pengantin lelaki tak jumpa plak.. hehehe..
Mula2 tadi nak cari baju kaler2 tapi bila nampak je baju ni aku terus jatuh cinta..
Bila la aku nak kawin ni.. Tak sabar nak pakai baju macam ni..
Kehkehkeh...

Sumber : Ezzad Zikry Haute Couture


Ni plak pelamin pilihan aku..
Aku memang suka simple2..
*Padahal hari tu dah bincang ngan Min, konon tanak sanding..*
Hahaha..
The reason aku pilih seat macam ni sebab nanti bride & groom boleh duduk rapat2..
Kalau kerusi asing2 tak best laa..
Hahahaha...

Sumber : Lyianaz Bridal

Okehh, sekarang nak tag sape ek??
Aku nak tag...

1. Niesa
2. Kinah
3. Kak Lieya


GA ni terbuka untuk semua blogger tau?
Tak semestinya B2B je boleh join..
Bakal & future B2B pun boleh join..
Hehehe..
Salam.. ^___^

Wordless Wednesday ~25~ : Keluar masuk awan

Assalamualaikum & salam sejahtera uolls~


Sebelum, semasa dan selepas awan tebal.. hehe..




Gambar awan-awanan

Assalamualaikum & salam sejahtera uollsss.. 


Tengok +Affy Afiqah post pasal gambar pemandangan dari umah dia tetiba aku teringat kat hobi aku dulu masa aku tinggal kat KK..
Rumah kitorang nama University Condo Apartment (UCA), kat area Sepanggar.. Orang2 KK tau la tempat tu kat mana.. Semua apartment kat sana ada 4 tingkat, kitorang blok belakang & rumah kitorang pulak paling atas iaitu tingkat 4.. Walaupun penat mendaki tangga tiap2 hari, tapi view dari tingkap umah kitoran tak mengecewakan.. Very the beautiful u know? Hehehe..



Gambar ni masa matahari baru nak naik.. Sebab tu boleh nampak cahaya matahari yang terang benderang tu.. Aku lepak kat tepi tingkap tu dari subuh semata2 nak tengok sunrise ni.. Hehehe..  


Sebenarnya bukit tu jauh & kalau tak silap bukit2 tu sebahagian daripada banjaran yang aku pun tak sure banjaran apa.. Lemah betul geografi aku.. Hehehe.. 





Ni aku zoom out sikit, baru boleh nampak keseluruhan awan2 yang sangat2 cantik..


Klik gambar untuk pemandangan yang cantik.. hehe


Gambar sebelum hujan.. 
Tengok awan tebal tu, puncak bukit tu dah hilang ditelan awan.. 
Tau tak kat atas tu ada orang tinggal, ada kampung?? 
Mesti best diorang tinggal kat sana kan?? hehehe..


Bangunan yang banyak2 tu plak bangunan sekolah, SMK Bandaraya.. 
Kat sebelah kanan gambar ni ada bangunan baru, apartmen jugak tapi masa ni masih dalam pembinaan.. 
Boleh tengok entri ni, 'Gambar sama tapi masa yang berbeza'.. 
Ada banyak lagi gambar awan tapi semua kat laptop lama..
Hihihi..

Tetiba rindu pulak nak tinggal kat sana..
Banyak sangat kenangan tinggal kat umah tu..
Sekarang rumah tu kosong, xda orang sebab kitorang adik beradik semua ada kat kampung..
Kampung kat Lahad Datu..
LD ke KK jauhnya 400km lebih..
Lebih kurang 7-8 jam perjalanan naik keta atau bas..
Naik flight 45 minit ja tapi tiket mahal..
Hehehe..



Cerita gambar seminar ICT@Edu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ekceli kan, dah lama nak post pasal gambar ni..
Ntah kenapa aku suka gambar ni.. Hehehe..
Ni gambar masa kitorang join jadi AJK Teknikal time Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan yang berlangsung hari tu..  Eceh, dah macam ayat karangan sekolah menengah la pulak.. hehe..
Rasanya dah cerita sikit dalam entry Tun M hari tu.. Hehehe..




Kat ujung kiri tu Puan Maryati, kitorang jadi AJK under dia la.. Puan ni la yang jadi penyelia kitorang berempat time latihan industri hari tu.. Dia jugak yang suruh kitorang jadi AJK Teknikal. Hehehe..
Sebelah puan tu, Tihah.. Pastu Shamsul, aku & Min, my buah doyan.. *Malu nak cakap buah hati lettew* Hahaha.. Mohon abaikan..


Ni masa dah habis buat keja, sebab tu mungkin muka ada nampak macam penat sikit..
Kitorang kira bertuah sangat sebab dapat join seminar ni.. Walaupun hanya sebagai penjaga masa untuk pembentang tapi banyak input yang kami dapat. *Selain dapat makan free selama 2 hari.hehehe..* Lagipun isi kandungan seminar ni memang bersangkut paut dengan bidang kitorang pun, kitorang kan bakal pendidik.. Hehehe.. Insya Allah.. :D


Mereka2 yang join seminar ni terdiri daripada student yang amik master & PhD. Diorang dikehendaki untuk membentang hasil kajian & perisian yang diorang buat.. Memang best la, sebab semua hebat2.. Seminar ni buat aku berfikir nak sambung lagi ke lepas degree ni?? Tapi aku tak tau lagi camna.. Insya Allah.. Nanti difikirkan semula.. 


Sekarang ni nak fikir pasal kit ABBM aku yang tak siap lagi oi~ Hari Jumaat ni ada kuiz KPD 3016, hari Jumaat ni jugak ada speaking test & hari Jumaat ni jugak hari terakhir kuliah.. Yuhuuuu!!! Study week seminggu pastu final exam 2 minggu, pastu balik Sabah lagi!! But this time balik Sabah with my buah doyan.. Muehehehehe~



Salam.. ^___^

Wordless Wednesday ~24~ : Dah langit ke berapa ni??

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. :D









Ku di awang-awangan~
^___^


Bubur keledek serba kekurangan

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera...



Petang2 yang sejuk macam ni memang best kalau makan bubur kan?
So, dengan kegigihan dan kerajinan yang jitu aku pun pegi la dapur..
Kenapa serba kekurangan??
Sebab sagu takdak.. Huhuhu..
Sian bubur aku tak cantik, plain je dia..




Ubi keledek ni kaler purple, tapi ni bukan keladi tau? 
Ni pestime aku jumpa keledek kaler purple..
Aku siap tanya pacik google lagi kot2 ubi ni jenis lain ke apa ke..
Hehehe..




Tadaaa~
Ni la dia bubur keledek yang serba kekurangan ituu.. 
Cantik nau kaler dia, purple gituu~
Walaupun serba kekurangan, tapi nasib baik sedap..
Ahahaha.. 


Tun M dan punca kesibukan

Aku memang fail kalau nak buat tajuk.. Hentam saja la labuu.. :P


Assalamualaikum W.B.T


Awal2 nak gitau, ni entry autopublish yang ditaip pada pukul 12.44 pagi di kala tuan punya blog tengah menahan mulut dari terbuka seluas-luas alam time menguap.. Ngantuk bebeno dah ni tapi gigih lagi nak update blog.. Jangan ditanya kenapa buat autopublish kerana jawapannya pasti menyakitkan hati dan jantung korang iaitu, "Sukati aku la, blog aku.Huh!!"
Sakit ati tak? Sakit tak? Sakit tak? Lempang dulu sedas dua.. Hewhewhew..
Apa aku merepek ni?? Hehe..


Time korang baca ni aku ada kat bangunan fakulti kitorang sebab aku, Min, Shamsul ngan Tihah jadi AJK Teknikal untuk Seminar ICT Dalam Pendidikan yang bermula hari ni.. Petang semalam pegi setup tempat, pastu pagi ni pegi siapkan kerja yang tak siap tadi. Awal pulak tu kena pegi, dalam pukul 7.30 pagi mesti dah ada kat fakulti. Awal kot.. Biasanya kalau kelas pukul 8 pagi, 7.30 aku baru pegi mandi. Alaa, apa ada hal, kampus kat belakang rumah sewa aku je. Hehehe..


My Idol :)



Cantik tak? Cantik tak? Cantik tak yang kat dalam frame tu? Ni kat bahagian pameran hasil karya student2 seni kalau tak silap. Oleh kerana takde satu pun part2 komputer kat sana, so jelas sangatlah bukan hasil karya budak IT macam kami ni. Huhuhu.. Nampak tak yang poster ni gabungan dari gambar2 Tun M yang banyak? Kreatip sungguh orang yang buat poster ni.. Student UPSI kalau nak tengok poster ni atau nak amik gambar macam yang tokey blog ni buat, sila lah ke bangunan E-Learning, tingkat 5. Tapi tak tau la sampai bila poster ni ada kat sana.. Hehehe..


My BFF :D


Ni bukan nak suruh fokus kat insan pakai baju petak2 tu.. Kat gambar ni boleh nampak yang poster tu sebenarnya diorang buat guna teknik anyaman.. *Mohon betulkan kalau tersilap* Rajin orang tu anyam poster kan? Kemas pulak tu. Hehehe..


Seminar ni berlangsung selama 2 hari, 26 Nov sehingga 27 Nov. Maka dengan ini, aku ingin mengisytiharkan yang minggu ni aku akan jarang update dan jarang golek2 pegi blog korang. Kalau ada pun mungkin autopublish jugak macam entry yang ni. Hehehe..


Oh ya, pilihanraya kampus untuk uni kitorang dah start semalam.. Kalau tak silap, kitorang akan mengundi 29 Nov nanti. So mula hari ni, akan busy la kampus & kolej2 kediaman dengan kempen2 manifesto dari calon2 yang bertanding. Good luck la untuk mereka2 yang bertanding. Hehehe..


Kalau ada sedikit masa terluang, aku akan singgah mana2 blog yang sempat, okei?? :D



P/s : Isi tabung plisss.. hihi..

Hari sabtu aku

Assalamualaikum W.B.T


Hai uollss!! Weee rindunya kat blog..
Kalau sehari tak update rasa macam ada yang tak lengkap je.. Hehehe..
Apa aktiviti korang hari ni?


Hari sabtu aku minggu ni agak tenang sikit sebab takde pikir pasal assignment pun. Hahaha.. Penat la satu minggu bertungkus lumus siapkan assignment, so ari ni kira hari rehat la.. Esok baru sambung buat assignment lagi.. Best tak aku atur jadual? Hahaha..


Aktiviti hari ni, bangun pagi, cuci kain, sidai kain pastu bekpes biskut cicah ngan milk tea.. Pastu terleka berjam-jam menghadap blog & pesbuk.. Dah dekat tengah hari baru kelam kabut potong kain chiffon sebab nak pegi hantar kedai jahit, suh jahit tepi. Ku pikirkan senang nak potong kain chiffon tu, rupanya berpeluh jugak aku nak potong kain tu.. 


Lepas potong kain, bersiap nak pegi pekan. Hari ni kan ada pasar malam kat Tanjung Malim, so kami sebagai penghuni Tanjung Malim yang setia haruslah pegi ke pasar malam untuk memeriahkan lagi pasar malam disamping menghabiskan duit membeli makanan untuk sang perut tersayang.. Aku ingat nak amik gambar suasana pasar malam tapi sampai kat sana je terus lupa. Panas gila kat pasar malam tadi.. Nama je pasar malam tapi kitorang pegi dalam pukul 3 lebih macam tu.. Opkos la panas kan? Hohoho..




Hasil tangkapan di pekan tadi selain daripada laksa utara ngan ayam Uncle Bob yang dah selamat masuk dalam perut. Bunga kaler biru & merah tu brooch.. 3 ketul untuk RM5. Banyak sangat pilihan, last2 design tu je yang aku amik. Manik2 ni beli kat kedai jahit tempat aku hantar kain chiffon yang nak jahit tepi tu. Ada projek besar bakal menyusul selepas ni. Harap2 menjadi jugak.. Hehehe..


So, how was ur saturday? 
Kalau  +Aefa Aerisya aku tau hari dia tak best hari ni.. 
Kitak sabar jak owh? Hehehe..



Program Convoy & Charity Pangkor


Assalamualaikum W.B.T


Hai korang!! Harap korang sihat je hari ni.. :D

Program ni time 19-20 Oktober hari tu.. Dah berkurun duk dalam draft baru hari ni terasa nak publish. Hahaha.. Nampak bebeno tokey blog ni pemalas.. Bukan apa, banyak sangat gambar sampai aku pun terkeliru gambar yang mana satu nak masukkan dalam blog.Hehehe..


Program konvoi ni terbuka untuk lelaki sahaja, kitorang yang gegurl ni naik bas. Ingatkan dapat la tengok konvoi ni sepanjang perjalanan pegi Pangkor, rupanya tak. Kitorang ikut jalan kampung, diorang ikut highway.. Tak puas hati sungguh sebab tak nampak kekacakan & ke'cool'an BFF aku.. Huhu..


Apa-apa pun, jom kita tengok gambar2 ni dulu..
Hehehe...


Peserta konvoi warming up dulu sebelum memulakan perjalanan.. Jaket biru is my bf.. haha..



Antara peserta konvoi.. Eh, jaket biru ada lagi? hehehe..



Aku ngan housemate aku yang pegi..



Program tanam pokok dan pembersihan pantai



Isi perut sambil menyibukkan diri.. haha



It's him again! Kyaaa!! XD


Overall program ni memang best..
Walaupun tak dapat naik banana boat.. Wuwuwu  TT___TT
Dapat pengalaman tanam pokok dalam hujan lebat, makan tengah hari ramai-ramai sambil duduk kat atas pasir dan menghadap pantai, spent time with my dearest housemate, semua ni dah cukup.. :D
Next time ada program jalan2 lagi mesti join punya.. hehe..



Anne Nurain