Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Yuhuuu~ I'm backkkk!!!

Assalamualaikum uollsss!!!


Hihihi.. Eksaited sangat dah jumpa blog kesayangan ni..
Meh nak pelok ciom dulu.. Muah muah kat blog.. Kekeke~
Sawang2 takde sebab dah ada yang rajin tolong bersihkan time aku takde..
Thanks to those yang rajin singgah blog ni walaupun cik punya blog tak aktif..
Thanks jugak yang rindu2 kat aku tu..
Rindu korang jugakkk!! Mihmihmih..


Sekarang aku dah ada kat Tanjung Malim..
So, sape2 nak jumpa & belanja aku makan, dipersilakan..
Pinjaman tak masuk lagi nih..
Muahahahaha..


Esok dah start kuliah..
Macam tak caya ja aku dah semester 6..
Ada baki 2 semester lagi, insya Allah..


Okeh, nanti aku update lagi..
Ni just untuk gtau je yang aku dah balik..
Bajet pemes betol kan??
Hehehe..
Nanti aku jalan2 g blog korang eh?
Nak reply komen2 dulu nih..
Hihihi..


Selfie - amik dari Instagram.. hehe


DIY Veil

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :D



Sepatutnya tajuk tu macam ni, "DIY veil yang tak siap". Hahaha..
Punya la semangat nak buat hari tu.. 
Konon tak sabar nak tengok hasilnya sebab ni my first DIY veil.. 
Kononnya laa~ Hehe.. 
Tapi oleh kerana kitorang sekarang dah semakin menghampiri minggu2 terakhir sebelum final exam, 
maka esaimen yang perlu disiapkan pun turut bertimbun2 banyaknya..


Baju tak siap lagi, veil pun tak siap.. 
Majlis 14hb ni.. Habis la.. 
Tu la, nak sangat jahit lace pakai tangan kan? 
Konon2 handmade lebih kemas lettew, tapi badan sakit woo.. 
Kena jahit lace tu keliling baju & keliling veil tu jugak.. 
Nak sangat kan? Rasalah akibatnya.. 
Tu belum letak manik lagi tu.. 
Tapi rasanya sempat kot sebab hari ni aku balik kampung..
Hoyeahh!! Sempat suruh orang kat rumah tolong jahit. 
Muehehehehe~




Tengok tuhh..
Veil tu baru jahit lace kat bahagian kepala ja..
Kat tepi2 bawah tu masih kosong lagi..
Hehehe..
Nanti dah siap baru aku amik gambar & upload..
Nak jugak ada koleksi DIY sendiri..
Kehkehkeh..



Doakan semoga perjalanan aku balik ke kampung lancar eh?
Thanks korang! Rajin2 klik la tabung aku tu.. Hehehe..
Salam.. ^___^

Daging payau yang sedap

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera uolls~~


Tadi baru lepas call my mom.. 
Eceh, my mom la sangat..
Okei, tadi baru lepas kol mak aku..
Just tanya khabar orang kat kampung & nak inform pasal tracking number untuk novel yang adik aku beli.. Mentang2 dah habis SPM berabis betul dia baca novel.. Hehehe..


Memula kol mak aku tak dapat, pastu kol akak aku..
Dapat pun.. Pastu tanya la dia buat apa..
Dia cakap dia tengah masak..
Aku tanya masak apa?
Dia gtau dia masak daging payau!!!
Uwaaaaaarggghhh.. 
Jeles mak nokk..
Bagi sapa2 yang tak tahu, payau tu means rusa..
Daging rusa memang sangat sedap, lebih2 lagi kalau masak kicap..
Omaigaddd..
Terliur dah ni.. 
Orang kat sini makan bubur keledek serba kekurangan je, diorang makan daging rusa..
Terus tak sabar nak balik kampung.. Hehehe..


Oh ya, next week aku balik kampung weyyy!!!
Hepi sesangat..
Tapi kan... 
Banyak nau keja nak kena siapkan sebelum nak balik tu..
Sebab uni kitorang tak cuti lagi masa tu..
Aku je yang memandai nak ponteng kelas seminggu..
Hehehe..


Ni la dia budak yang nak ponteng tu.. hehe..



QOTD : Quote Of The Day #3

Assalamualaikum WBT..







Smileeeeee.. :)


Aku yang dulu & aku yang sekarang

Assalamualaikum WBT..


Entri ni bukan nak cerita pasal Tegar, penyanyi "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" tu. Jauh sekali nak menyanyi. Tapi kalau korang suka lagu tu nyanyi je la.. Lagu tu best jugak kan? Hehehe..


Tadi aku godek2 album lama kat pesbuk aku sebab aku baru teringat yang aku pernah upload gambar aku ngan kawan2 aku masa sekolah menengah dulu.. 
Bila tengok balik gambar-gambar tu semua... 
Ya Allah... Rindunya time sekolah dulu.. Rindunya dengan kawan-kawan aku.. Aku dari form 1 sampai la form 5 still kat sekolah yang sama & setia menjadi budak hostel.. Hehehe.. Teringat pulak kat komik kartunis Ubi tu.. Korang pernah baca tak?? Hehehe..





Ni gambar masa form 5 kalau tak silap.. Amik gambar pagi2 sebelum gi kelas sebab tu la muka putih suci melepak macam opera cina.. Dalam 5 orang ni, dua orang dah kawen.. Dua2 kawen dalam tahun ni jugak.. Dua2 wedding aku tak dapat pegi.. Wuwuwu.. TT___TT





Ni gambar kat depan kelas aku. Tapi bukan semua ni classmate aku. Kira gabung la kawan kat hostel ngan kawan kat kelas.. Tapi semua jugak kawan aku.. Hehehe..





Gambar di tempat yang sama tapi angle yang lain.. Haha.. Dulu2 amik gambar pakai kodak.. Tak boleh amik gambar sesuka hati.. Mesti nak jimat kodak.. Dah la mahal pastu mesti nak guna kodak yang paling banyak, kalau tak silap yang 36 keping punya.. Eh, korang paham tak apa aku merepek pasal kodak ni?? Hehehe..




Dah macam gambar keluarga pulak kan? Hahaha.. Ni masa kitorang jadi fasilitator dalam orientasi asrama. Kitorang pegi tolong handle jungle trekking kat dalam hutan belakang asrama kitorang.. Best tengok orang berendam dalam kolam berlumpur.. Hehehe..




Haa, gambar last ni masa aku form 3 kalau tak silap, ke time form 1? Aku pun tak pasti.. Ni one of my bestfriend, A-rien. Dah kawin & ada anak 2 dah pun sekarang.. Aku je still single.. Takpe, belum ada rezeki nak kawin kan? Sabor je laa~ Hehehe..


Nampak tak perubahan aku yang dulu dengan aku yang sekarang?? Mohon senaraikan perubahan yang anda lihat. Hahaha..


Seriously, aku rindu kawan2 aku. Lepas SPM kitorang dah jarang jumpa. Bila sambung degree, kawan2 aku ramai yang dah keja.. Sebab tu kalau nak jumpa pun susah.. Nak pegi wedding diorang pun tak dapat.. Maap la yer kawan2.. Nanti wedding aku jangan tak datang pulak.. Hehehe..



Salam.. ^__^

Bestfriend la sangattt.. hihi


Assalamualaikum W.B.T


Semalam hampir semua kawan uni main benda alah ni kat FB..
Sementara tunggu nak daftar subjek pukul 12 tengah malam nanti..
Aku pun nak la jugak try test..
Dan, inilah keputusannya..
Hehehe..



Besfriend merangkap BF jugak.. kihkihkih.. :D



Ekceli kan, aku memang dah boleh agak pon resultnya..
Sebab apps ni ambil kira dengan sapa yang kita selalu chat, share link & macam2 lagi la..
Tapi saja ja nak menambah keyakinan diri..
Hahaha..



Tragedi malang di KLIA

Assalamualaikum..


Fuh tragik kemahen lagi tajuk kan? hehehe.. 
Hari tu aku ada gtau nak cerita pasal kisah malang aku kat airport KLIA.. 
Malang laa sangat kan.. Ecehh.. 
Aku malas nak buat karangan, so aku letak poin2 je la ek??
Tapi tetap panjang macam karangan 3500 patah perkataan jugak..
hehehe..


Aku balik 10hb Ogos, hari Sabtu, raya ketiga.. 
Flight from Sandakan to KL pukul 7.30 malam sampai KL pukul 10 lebih.. 
Tak berpa ingat the actual time.. Hehehe..


  • Problem pertama, takda transport nak pegi Sandakan.. Nasib baik jiran belakang umah bagi pinjam keta.. Dah tu jalan pegi Sandakan jem gila2.. Sampai airport tepat2 pukul 6 petang.. Nasib baik sempat cek in..


  • Masa dalam flight, jus oren tertumpah kat atas baju & seluar.. Pegi tandas bersihkan tapi still basah & tak selesa.. So duduk je la dalam flight tu tunggu sampai mendarat. Bukannya boleh singgah mana2 pun kan?? hehehe..


  • Sampai airport, bagasi pulak takda!! Entah melencong pergi mana pun aku tak tau. Sesuka ahti ja beg aku tu nak melancong tanpa tuan dia.. So, bila beg takda tak dapat lah nak salin baju & seluar yang basah kena jus tu.. Sabor je lah nakk... Pegi buat report & orang tu cakap nanti kalau jumpa diorang akan hantar terus pegi rumah.. Tapi memang akan jumpa punya la.. 


  • Sampai airport dalam pukul 10.30 malam.. Nak gi Pudu memang tak guna la sebab bas pegi Tanjung Malim sampai pukul 8 ja.. So, bermalam la aku di airport sendirian dengan baju & seluar yang lembab.. Min tak suruh pegi Pudu atau KL Sentral sebab lagi selamat kalau aku tunggu kat airport.


  • Handphone low bat tapi charger takda!! Arrgghhhh.. Apesal semua yang aku bayangkan jadi kenyataan ni?? Pasal bagasi tu memang aku dah plan masa dalam flight lagi. Kononnya sampai KLIA nanti nak tukar baju tapi aku bayangkan bagasi aku hilang.. Sekali betul2 bagasi aku hilang.. Demm!! Charger phone pulak aku yakin ada dalam beg laptop, sekali check2 takda pulakk.. Ya Allah, dugaan apakah ini??


  • Nasib baik ada laptop. Tapi laptop tu pulak takda bateri! Maka terpaksalah aku berjalan2 sambil mata tengok sana sini cari tempat duduk yang ada soket.. Nasib baik jumpa! Syukur Alhamdulillah.. Dapat jugak berhubung dengan Min. Masa tu dah tengah malam.. Min sanggup berjaga semata-mata nak teman aku walaupun sekadar melalui Skype. Dia risau sangat2 sampai takleh tidur, taknak makan pastu tak suruh aku tidur takut nanti ada jadi apa2.. Terharu jap.. Isk.. Isk.. 


  • Bila cas laptop dah full aku gi McD beli burger & minum hot tea bagi segar sikit mata ni.. Pastu sambung online lagi.. Ingatkan Min dah tidur sebab sebelum tu aku cakap aku nak cari surau, so takyah la dia risau.. Kot2 la boleh tidur kat surau kan.. Tapi tetiba ja rasa tak yakin sebab tu aku pegi makan. Min baru nak tidur tapi ternampak status skype aku masih online terus kitorang video call lagi.. Masa tu muka Min memang dah serabut yang amat.. Nampak sangat mengantuknya.. Tapi dia nak jugak temankan aku.. Hehehe..Adalah dalam sejam lebih aku lepak McD sambil skype ngan Min.. Pastu aku paksa dia tidur.. Aku bagi alasan konon aku nak gi surau.. Tapi sebenarnya aku merayau2 kat dalam KLIA tu tanpa hala tujuan.. Hehehe..



Ni ja pic masa kat McD..
Nampak dah panda eyes kat situ.. hehe..


  • Aku taknak tidur so aku pun pegi la jalan2 round KLIA tu.. Turun naik balai berlepas ngan balai ketibaan.. Pastu keluar jap ambik angin kat luar balai berlepas tu.. Ramai siot pekerja asing nak balik kampung.. Penuh kaunter flight SriLankan Airlines tu..


  • Dalam pukul 3 camtu aku turun bawah kat tempat aku cas laptop tadi.. Sambung online balik kat sana.. Boring online, aku main game pulak.. Sampai satu tahap tu aku dah tak tahan sangat, aku terlelap sekejap time main game.. 2 kali jadi macam tu.. Nasib baik aku sempat tersedar.. Dahlah masa tu aku duduk kat hujung troli, laptop pulak atas riba aku.. Nasib laptop tak jatuh.. Masa tu dah pukul 5 pagi, aku memang dah mengantuk tahap gaban. Tak pernah2 aku berjaga sampai macam tu lamanya.. Aku paksa ja kaki ni pegi jalan2.. 


  • Nak dekat pukul 6 baru aku pegi stesen bas & ambik bas pegi Pudu. Sempat jugak tidur2 ayam masa otw nak gi Pudu.. Aku ingat pesan Min, dia tak suruh tidur nanti bas tu tak gi Pudu. Tengok2 betul jugak! Bas tu berenti kat KL Sentral la pulak.. Alasan driver tu, kitorang tak cakap nak turun Pudu. Sedangkan aku dah tanya betul2 kat orang yang jual tiket tu kalau bas turun Pudu. Ingat kan orang jual tiket tu dah bagitau ngan driver.. Ishh.. Tak efisien langsung buat keja.. Nasib baik diorang memang ada sediakan van untuk hantar penumpang tersesat macam aku ni pegi Pudu. Hehehe.. 


  • Sampai Pudu terus pegi kaunter bas SKS-KL beli tiket ke Tanjung Malim. Nasib baik ada bas yang memang nak jalan dah.. Masa tu aku memang pikir nak sampai rumah cepat ja.. Tak larat dah mata aku ni.. Bila bas jalan ja aku terus tidur.. Memang heaven yang amat la bila dapat tido walaupun tak lama..


  • Sampai stesen Tanjung Malim terus ambik teksi & balik rumah.. Dah sampai rumah baru cerita kat family aku.. Hehehe..



Syukur alhamdulillah, Allah SWT melindungi aku di sepanjang perjalananku. Nasib baik takda perkara buruk yang berlaku. Semua yang terjadi sebelum ni, yang jus tertumpah, bagasi hilang & sebagainya tu semua dugaan & cabaran dari Allah SWT.. Memang susah nak lupa la pengalaman ni.. Hehehe.. 


Memang betul, setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Dari pengalaman ni aku jadi lebih bersabar, bersyukur pastu tahu yang Min ni betul2 sayangkan aku.. Bila jumpa ja terus membebel salahkan aku sebab ambik tiket flight balik sini waktu malam.. Dah tu ja yang murah, apa boleh buat.. Muehehehehe~


Tahniah sangat2 buat sapa2 yang gigih membaca dari mula sampai akhir..
Hehehe...



Wordless Wednesday ~15~ : Ada apa dengan kasut??







Kisah Min & budak suka makan & membazir..


Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera...


3.35 petang, 22 Ogos 2013......


Baru nak menaip dah menguap.. Bukan sekali, berkali-kali pulak tuh.. Mengantuk sangat dah ni.. Waktu2 sekarang ni memang masa yang sesuai untuk tidur kan?? Lepas dah kenyang, opis sejuk, memang tinggal letak kepala kat atas meja ja ni.. Konpem lena.. 


Padahal tadi tak makan banyak pun.. Makan nasi lemak Pn. Nurul bawak, pastu kul 11 kuar gi minum, tadi plak Pn. Zai bagi cup cake sorang satu. Memang best kat opis ni, asyik ada makan2 ja.. Aku memang suka bab2 makan ni.. Semalam pun kitorang ada makan2 jugak kat opis. Pn. Zai ngan Pn. Lia buat open house diorang kat opis ja. Ada daging masak black pepper my feveret, ada tomyam campur, ada sambal sotong.. Macam2 lagi la.. Pendek kata memang kenyang la makan..


Tiap kali kitorang kena ajak makan mesti Min suruh aku pegi dulu sebab aku ja yang kurang pemalu sikit lau bab2 makan ni.. hehehe.. Dah orang ajak banyak kali kan? Takkan nak biarkan ja? Mesti la aku pun pegi join makan kan?? Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.. hehehe...


Aku memang suka makan.. Tapi aku jenis makan banyak tapi x pandai gemuk.. Syukur la kan sebab xyah risau nak diet & turunkan berat badan. Kena jaga kesihatan ja la.. Tapi masalah nya aku ni makan ikut suka hati. Dahla makan sayur pun dua tiga jenis ja, suka minum ais, makan x kira masa & macam2 lagi la tabiat makan yang x sihat..




1.00, 23 Ogos 2013......


Ni dah jadi 2 hari dalam satu entri ni.. Ni la jadinya kalau nak update blog tapi tertangguh2.. hehehe..


Tadi pegi makan ngan Min lagi. Aku yang ajak.. Alasan, malas masak.. Min siap panggil aku budak membazir lagi.. hehehe.. Tadi makan kat restoran yang kitorang selalu pegi kalau aku rasa nak makan nasi goreng thai.. Takda la sedap mana pun tapi ok laa.. Hehehe..


Pastu main ngan kucing kat sana.. Kucing tu dah kenal kami kot.. Asal pegi makan kat sana mesti kucing tu datang kat tempat kami pastu nak manja2. Miau tu manja2 ngan Min dulu pastu baru manja2 ngan aku.. Miau gegurl kot.. Gedik lettew.. kekeke~


Tadi packing barang.. Tapi bukan packing sebab nak balik kampung.. Esok, eh hari ni hari last kitorang LI.. Ada lebih kurang 2 minggu lagi sebelum buka sem baru. Teha balik kampung, so aku terpaksalah balik umah sewa aku balik. And, kebetulan jugak hari sabtu nanti housemate aku balik. Nasib baik.. Kalau tak sendiri2 ja la aku kat TM ni.. Min pulak nak gi umah kawan dia di Sunway.. Taktau bila balik sini.. Mesti aku rindu dia nanti.. :(


Harap2 aku tak bosan la nanti bila Min xda kat sini.. Kena rajin masak.. Kalau malas masak takda Min nak teman makan kat luar. Kena jaga diri jugak, nanti Min risau aku kat sini. Teringat masa aku balik sini hari tu.. Min sanggup x tidur & x makan sebab risaukan aku sorang2 kat airport. Nanti la ada masa aku cerita detail pasal kisah malang tu.. Malang la sangat kan.. hehehe..


Okei, tido dulu.. Ngantuk tahap gaban dah ni.. Daa... Assalamualaikum..



Sedih mo tinggalkan dia.. huhuhu..


Assalamualaikum..


Sekarang aku dah kat KLIA..
Flight sepatutnya pukul 8.05 tadi tapi delay la plak sampai kul 11.30..
Tapi syukur Alhamdulillah, perjalanan agak lancar tadi walaupun KL jem gila2..
Dari TM tadi pukul 2, Teha yang hantar pegi stesen bas..
Min lambat datang tadi.. Ingat kan kul 2 tu bas terus jalan..
Nasib baik belum..
Sempat la jugak cerita2 ngan Mr. Min..
Sedihnya mo tinggalkan dia..
Dia sengaja lagi buat aku nangis..
Dah la orang tengah sedih2, dia sengaja lagi cakap macam ni ngan aku..

"Lepas ni takda orang temankan aku lepak"
"Sampainya hati orang tu tinggalkan aku"

Dia ni kan, suka buat aku sedih2..
Sengaja buat aku nangis..
Dia tau aku ni cengeng, lagi dia suka buat aku begitu..
Masa bas dah gerak kami sambung SMS plak..

Dia memang sengaja bagi aku tacink2 dengan SMS nya..

"Kasut sapa lagi aku mo tapuk (sembunyi) lepas ni??"
"Takda suda orang temankan pegi bazar beli cucur cempedak"
"Takda suda kawan ku lepak" *ulang lagi*


Ni first time aku balik Sabah tanpa Mr. Min..
Kalau masa kat poli dulu dah biasa balik sorang2 tapi tu pun Mr. Min yang hantar pegi airport..
Tapi hari ni aku pegi airport sorang2..
Mr. Min pun dah risau sangat2 aku balik sorang2..
Tu la, orang ajak balik kampung ndak mau..

Cuti seminggu ja tapi kami rasa macam lama betul..
Aku suruh Mr. Min tunggu aku balik baru kami pegi lepak sama2..
Tapi dia kata lama lagi nak tunggu aku balik padahal cuti seminggu jak..
Hehehe..

Jadi aku suruh dia stay rumah jak jadi anak dara..
Hehehe..
Tak payah jalan2 naik motor pegi mana2..
Musim perayaan ni macam2 boleh jadi..
Aish.. Risau nya ngan Mr. Min..

Sepanjang perjalanan Mr. Min tak berenti mesej..
Balik2 ingatkan aku supaya hati2..
IC ngan duit suruh letak kat dalam poket seluar, jangan tidur dalam bas *tapi aku tertidur jgk*, kalau kat airport duduk kat tempat yang ramai orang, jaga barang dalam beg jangan sampai ada yang hilang..
Pastu balik2 tanya kalau duit aku cukup ke tak..

Mr. Min, jangan la risau sangat..
Buat aku terharu jak tau..
Huhuhu..
Anyway, thanks sangat2 la sebab ambil berat pasal aku..
Ni yang buat aku makin sayang ni..
Muehehehe~~




Bakal Mak mertua, saya dah pandai anyam ketupat.. hihihi


Assalamualaikum..


Yaaa... tu diaaa!! Sebelum tido tangan ni gatal lagi pegi taip blogger.com, pegi jenguk2 follower dah berapa riban walopon sebenarnya tak sampai tahap riban lagi, riben pon tak.. Aku saja je nak tengok kot2 ada komen yang nak di publish.. Pahtu blogwalking la kejap, cuci mata tengok blog orang len..


Tadi pegi makan ngan Mr. Min lagi. "Lagi" tu sebab entri sebelum ni pon aku cerita pasal pegi makan & lepak2 dengan Mr. Min. Harapnya takda la yang muak ye? Kalau ada rasa nak muntah2 tu, haaa.. Adalah tu yang kena.. hohoho..


Aku saja ja nak makan kat luar. *walhal aku malas masak* hehehe.. Lagipun lusa aku dah balik Sabah. Mr. Min plak beraya sorang2 kat sini.. huhu.. Rasa tak sampai ati ja nak tinggalkan dia kat sini tapi keluarga ku lebih perlukan aku.. Perghhh.. Ayat dramatik yang amat. Memang la keluarga aku perlukan aku, kalau aku takda memang takda la kuih raya taun ni. Memang akan kurang la anggota gotong-royong bersihkan rumah & akan kurang la jugak makhluk2 yang akan melantak ketupat rendang mak aku.


Satu hari ni kat opis keja kitorang buat props untuk photoshoot raya fakulti kitorang. Tapi takdak plak aku amik gambar. Memang happening la kat opis tadi. Awal2 tu ramai staff takdak sebab diorang pegi gotong-royong masak bubur lambuk. Kitorang budak praktikal ngan 2 orang technician ja yang tinggal jaga opis. Sebelah petang baru ramai. Aku ngan Tihah buat props, Mr. Min ngan Shamsul plak buat ketupat. Terer tak diorang buat ketupat?? Opkos la terer.. Sebab aku yang ajar. Muahahaha.. 


Aku pun baru ja semalam belajar buat ketupat ni. Masa berjaya buat tu, ya Allah, happy yang amat. Macam perasaan masa mula2 dapat U dulu. Haa,gitu plak kan? Tapi memang happy sangat la sebab dah bertahun2 aku belajar buat, baru semalam aku berjaya menganyam seketul ketupat riben. Ni balik kampung nanti bolehlah offer diri sendiri untuk buat ketupat. Mesti mak aku bangga dengan aku ni. Lagi satu, dah boleh tambah satu lagi ciri-ciri menantu pilihan mak mertua sebab dah pandai anyam ketupat.. Kehkehkeh..


Dah habis luahkan perasaan bangga diri  ni tetiba rasa mengantuk pulak. Haha.. Okei la, tido2 nanti tak terbangun time sahur plak. Esok ada sesi photoshoot raya, pahtu petang plak majlis berbuka posa ngan staf fakulti kitorang. Jom pakai baju raya taun lepas esok!! hohoho..




Apa beza dating ngan lepak? Ce jawab..


Assalamualaikum semua.. :)


Hari dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan kan? Cepatnya masa berlalu.. Kejap ja dah nak habis posa.. Untungla sapa yang dapat posa penuh kan? Jeles i taww!! Muehehehe.. Agak gedik d situ.. Takpa, abaikan..


Sementara menunggu Running Man ep. 156 habis download, tangan ni rasa gatal-gatal plak nak menaip. Ada ja yang nak ditaip. Pastu kalau aku tak luahkan apa yang aku fikir sekarang ni mesti masa nak tido nanti susah tido. Contohnya macam semalam. Dah dekat pukul 2 aku tak dapat tido lagi. Ntah kenapa susah sangat nak tido. Macam2 yang aku pikir. Pikir pasal balik kampung nanti, pasal report LI, pasal kuih raya apa nak buat kalau balik kampung nanti, pasal Ashraff Muslim yang kawin lagi satu. Eh, tetiba plak.. *__*


Semalam pegi lepak ngan Mr. Min. Oh ya, kami bukan dating yep? Kami pegi lepak, santai-santai sambil minum-minum & makan kentang goreng. Eh, tu bukan dating jugak ke namanya? Bukan kot.. Hahaha..


Aku ngan Mr. Min selalu kuar gi makan ja. Kalau gi jalan-jalan jaaaaarang sangat2. Lagipun kan kami ni duk kat Tanjung Malim? Apa sangatlah yang ada kat TM ni. Paling-paling pun kuar jenjalan gi pasar malam setiap hari Sabtu. Eh tu bukan jenjalan, tu pegi beli stok barang dapur.. Wahh, bunyi macam laki bini pegi beli barang dapur kan? *Perasan laki bini jap* hahaha..


Terus teringat masa dulu2 kat poli Kuching. Dulu la sangat kan? Eh, tapi memang dah lama pun. Kitorang habis diploma tahun 2009, sekarang dah 2013. Sila kira sendiri dah berapa tahun tapi jangan kira umur aku dah berapa. Hahaha.. 


Asal stok makanan & barang keperluan peribadi dah habis mesti ajak Mr. Min pegi bandar. Tak pun gi pekan yang berdekatan. Dia kan ada motor, aku ni beskal pun tarak.. Mr. Min ja la harapan aku.. Macehh Mr. Min. Sayang ko lebih.. Muehehehe~~


Rasanya dating tu lebih kepada pegi jenjalan makan angin kot. Contohnya jalan2 tepi pantai, sana kan banyak angin? Eh, gitu pulak kan? Haha.. Kesimpulannya, layakkah Elfira Loy jadi heroin citer Demi Dia? Sedangkan Nora Danish kemungkinan akan beraya dengan Fasha Sandha taun ni?? Ni abang mekanik punya pasal la ni. 




Nak tau apa cerita pasal abang mekanik ni? Ce tengok SINI cepat.. hehe..



Jom sihat & cantik dengan Blinq Beauty Drink!
100% produk muslim dan bumiputera..
Berasaskan pemakanan sunnah..

How I Plan To Spend My Life With You :)




Sooooo adorable...
Isn't it??

Muhaimin Hanip...
This is how i plan to spend my life with you..


Insya Allah.. ;)


Credit : Google Image

Blog terabai terbiar tersisih ter..ter..ter..


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. ^__^

Dah lama tak update blog kan? Jeling-jeling kat archive pun, alahai pemalasnya blogger ni.. Update blog pun 2 3 entri je sebulan.. Mood blog pun dah bertukar 100%.. Sebelum ni nampak blog gegurl gitu, PINK kalerrr~~ Tapi sekarang ni, mata aku suka tengok yang simple2 je.. Adakah mungkin kerana dipengaruhi oleh tekanan di ujung semester?? Hmm.. Maybe la kot.. Dah serabut tengok esaimen & group project, bila tengok blog yang dah kaler pucat lesi ni bolehlah... Kurang jugak la tension mata bulat aku ni.. Eh, bulat eh?? he he he~~


Aku pelik la, time aku takdak keja, takdak esaimen, langsung tade selera nak update blog.. Tapi sekarang ni, esaimen dah bertimbun macam timbunan baju tak cuci, deadline pun dah mengejar kat belakang, time2 macam ni la aku banyak idea nak update kat blog.. Ish.. Ish.. Ish..


Sekarang ni kitorang ada 2 minggu lagi sebelum final exam.. Dua minggu tu cik kak oii!!!  Dah la sem ni tade study week.. Lepas habis je minggu ke 14, hari Isnin tu terus final.. Tak sempat nak bernafas.. Subjek Numerical plak tu 1st paper.. Killer tu bhai.. Ehemm.. Killer la bagi golongan-golongan kurang pandai dan anti nombor-simbol-matematik ni.. Ehehehe..


Sebenonyerr kan.. Aku kannn.. Dah ngantuk sangat ni.. Hohoho.. Jom tido.. Esok kelas, esok Khamis, esok  Hari Guru.. Yeayy!! Selamat hari guru special untuk my dad yang tersayang.. Selamat hari guru jugak untuk guru2 yang penah ajar budak-comel-tak-cukup-ketinggian ni.. Selamat hari guru jugak untuk bakal-bakal guru especially AKU.. Hahaha.. Boleh plak kan ucap kat diri sendiri.. Tapi kata-kata tu kan satu doa? Meh cepat ramai-ramai doakan aku jadi cikgu..  :D



note : Tau tak apa tema Hari Guru tahun ni? Hah?? Tak tau? P cari cepattt!! kehkehkeh..


semester 4 dah weyyy...

Assalamualaikum & selamat malam...

Hai! Hai! Hai!
Aku update balik setelah sebulan bercuti semester dan cuti blogging jugakk.. hehehe.. 
Almaklum la, kat kampung takleh online.. 
Ada berokband pon takleh guna, line macam siput khinzir.. 
Sekarang ni dah ada kat Tanjung Malim da.. 
Sem ni aku dah tak duduk kolej sebab kitorang dah pindah ke kolej baru kat kampus baru.. 
Aku ngan kawan-kawan aku duk kat Taman U, dekat depan kampus lama je.. 
Fakulti kitorang masih kat kampus lama lagi, kelas untuk subjek major pun banyak kat kampus lama.. 
So, senang la nak ulang alik. 
Takyah buang2 masa tunggu bas & berebut nak naik bas lagi.. hehehe..

Untuk semester ni aku amik 2 subjek major, 2 minor, 2 subjek U ngan sukan bola jaring.. 
Dah lama aku tak main bola jaring ni, ntah masih larat lagi ke tak ni.. hehehe..  
Tak terasa dah masuk tahun kedua aku kat UPSI ni.. 
Ada 2 tahun lagi.. 
Lama lagi nak kawen.. 
Hahaha..

Lepas ni dah boleh blogwalking dengan aman damai..
Line tenet kat umah sewa ni pun boleh tahan laju jugak..
Kalau rajin boleh la aku update banyak kali dalam sehari, kan??
Hehehe...




Balik kampung! Oyeahhh...


Assalamualaikum WBT...

Masa ter'publish'nya post ni aku dah ada kat dalam kapal terbang nak balik Sabah..
Ececehh.. 
Bajet nak gtau orang yang ko dah pandai buat auto-publish la tu kan??
Ha ha ha.. Aku jarang2 buat post yang auto publish ni..
Most of the post aku taip then terus publish..


Masa ni dah ada kat LCCT da..
Baru pukul 4 pagi, sedangkan flight pukul 9.40..
Urghhh.. Lamanya lagi..
Mengantuk.. Nak tido tapi tak selesa..
Time2 macam ni dah ramai orang kat sini..
Min dah tido dah kat sebelah tu.. hehe..

Ok, stop..
Otak aku dah jem sebab mengantuk yang amat..
Balik2 menguap, rasa macam nak terkoyak je mulut ni..
Hahaha..

Abis dah sem 3!! huhuhu~~


Haluuuuuu!!! Assalamualaikum uolsss!!!


Pergghhhh... Dah macam retis la plak.. Kehkehkeh... Honestly, aku rindu yang amat dengan blog & kawan-kawan blogger aku.. Abis je paper 3P tadi maka berakhirlah semester 3 aku kat UPSI ni. Syukur alhamdulillah, dapat jugak aku lalui satu lagi semester yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Cewahh... Ada 5 semester lagi.. Huhuhu...

Lebih kurang sebulan jugak la aku tinggalkan blog ni dengan last entry yang pasal teaser2  bagai tu.. Hohoho.. Nanti lepas ni baru buka cerita pasal tu eh? Tu pun kalau ada yang nak baca la. Tapi kalau takde yang nak baca pun aku tetap nak update pasal tu jugak.. Hohoho...


Sebenarnya... 


Ni ja yang aku nak bagitau.. Kot-kot la ada yang rindu kat aku kan?? Ahakss!! Mana yang dah follow blog aku tu, aku ucapan terima kasih setinggi Burj al-Arab untuk korang sebab sudi follow.. Walaupun ada antaranya yang follow secara tak ikhlas (mintak follow balik).. Ah-ha... Terasa tak? Terasa tak? Kalau blog korang best aku follow la balik, kalau tak korang unfollow la aku balik.. Senang cerita, takyah nak marah2 bagai kan??

Aku bukannya nak kejar follower ramai, aku cuma nak berkawan, bermesra dan berkenal-kenalan ngan korang yang ikhlas nak follow blog aku yang tak best ni.. Dah la jarang update kan? Syok sendiri plak tu.. Ahahaha~~

Adehh laa.. Dah lama x update ni tetiba macam nak buat karangan 3500 patah perkataan la plak.. Better aku stop dulu. Nanti sambung kat entri seterusnya.. Nak pegi blogwalking dulu.. Daaa~~ Assalamualaikum.. ;)





Bahagia sekejap ponn boleyy~~

Assalamualaikum WBT..


Muka orang bahagia sekejap
Yeahhh, x jadi bentang projek hari ni..
hohoho~~


Lone Ranger?? Anne tak kisah~~

Assalamualaikum

Tadi ada kelas 3P. Nak tau 3P tu pa benda? 3P stands for Pembelajaran & Perkembangan Pelajar. Subjek ni subjek wajib universiti untuk student yang amik program pendidikan. Dalam kelas ni kitorang study pasal remaja sebab nanti kitorang posting, kitorang akan ajar sekolah menengah yang opkos la semuanya remaja ye dak?? Pastu masa kelas tadi our lecturer ada sebut pasal Lone Ranger. Yang kitorang semua paham, Lone Ranger ni semacam gelaran untuk orang yang selalu menyendiri. 

Masa lecturer tu sebut ja Lone Ranger ni, kawan aku, Shamsul terus tunjuk aku.. Aku dah jangka dia akan buat camtu tapi aku still terkejut.. Dunno why~~

Aku memang suka menyendiri.. Bukan sebab aku sombong (walaupun orang tengok aku ni sombong) tapi aku macam tak tahu @ tak pandai nak rapat-rapat ngan orang lain. Bukan sebab aku taknak berkawan.. Aku ada kawan tapi bukan sahabat.. 'KAWAN' for me means somebody yang aku kenal, selalu bertegur sapa,  ada nombor phone diorang dalam phone aku and pernah duduk dekat2 masa dalam kelas. Manakala, 'SAHABAT' pula ialah orang yang memahami and selalu ambik berat pasal aku, berkongsi minat yang sama, pegi mana-mana selalu ngan aku, selalu lepak sama-sama & banyak lagi la..

Aku suka berkawan.. Kadang-kadang aku sunyi sebab kalau kat kelas aku selalu duduk sorang-sorang, pegi kelas pun selalu sorang-sorang.. Nasib baik kat kelas ada Kanda ku ngan geng2 nya, Shamsul & Pian. Dengan dorang la aku rapat, duduk dekat2 ngan diorang, tugasan berkumpulan pun dengan diorang jugak sejak semester lepas. 

Kanda ku perasan benda ni & dia selalu tegur aku. And now, aku jadi sangat sensitif bila ada orang tegur pasal ni.. Even time menaip ni pun aku dah rasa sedih sangat sebab aku baru perasan yang aku tak penah cerita atau luahkan apa yang aku rasa dengan sesiapa pun, even dengan Kanda ku.. Maybe that's the reason kenapa aku ada blog. Tapi tak semua jugak aku cerita kat sini, aku still pendam apa yang aku rasa.

Lecturer aku ada mention yang orang-orang macam aku ni, seorang yang berdikari & tak terlalu bergantung dengan kawan-kawan. Ada sesetengah orang, nak beli makanan pun mesti ada kawan, kalau tak, sanggup la tak pegi makan. Aku selalu pegi beli makanan sorang-sorang. Tak jauh pon, depan kolej ni je.. Hikhikhik~~

Kanda ku sangat risau aku jadi camni. Hari tu masa kat kelas aku duduk sorang tapi masa tu lecturer lum datang lagi. Tiba-tiba bunyi mesej dari Kanda ku, aku heran la sebab dia duduk tak jauh pun dari aku, tetiba ada mesej plak.. Hihihi.. Rupanya dia tanya kenapa aku duduk sorang, kat belakang plak tu.. Tak sempat nak balas mesej dah ada orang duduk sebelah aku. Kawan aku jugak tapi tak rapat la coz dia ada geng lain. 

Balik dari kelas tadi, makan pastu google cari maksud lone ranger tu. Tapi benda len yang aku dapat..


lone ranger = lone AIZAT??  waddepish!! o.O



The Lone Ranger - watak fiksyen omputih


But, i think this one yang lebih sesuai untuk gambarkan orang yang suka menyendiri.

Serigala Tunggal?? Watever la kan?? :D

Maybe i'm a lone wolf but i'm not forever alone because i have Allah SWT, my family and my Kanda, Muhaimin Hanip.. :D


Aku dah gemuk.. Yeahh....


Kemarin lepas kelas singgah jap kat kedai di Taman U tu..
Jalan sorang2 sambil window shopping..
Ahakss..
Pastu ternampak satu baju tshirt ni..
Kebetulan baju tshirt aku banyak yang dah buruk(hahaha), so aku pun teringin la beli yang baru setelah ternampak harganya yang agak murah sedikit..
Hehehe..
Setelah puas belek-belek baju tu, aku pun membuat keputusan untuk membelinya..
Masa belek2 tu ingatkan baju ni longgar kat badan aku..
Sampai umah aku terus basuh baju tu..
Hari ni bila dah kering, eksaited yang amat nak pakai..
Maklum la baju baru..
Kehkehkeh...
TAPI.... 
Baju tu kecik aaaaa....
Takda la kecik betul pun, cuma ngam2 kat badan..
Ingatkan longgar macam baju Angry Bird kaler pink aku kat bawah ni..

Kitorang dulu geng budak hostel.. hihi....

Boleh pakai kat bilik je baju ni..
Takleh pakai kat luar, cekci..
Ketara montot..
Hahaha...
Tapi, bila pikir2 balik..
Aku rasa, aku dah gemuk..
Sebab tu baju tu ngam2 kat badan..
Sedapkan hati sendiri..
Hahaha...


Anne Nurain