Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Jawapan kiriman misteri

Assalamualaikum & hai semuaaaa~


Misteri la sangat kan?? Hehehe..
Sebenarnya, kiriman tu adalah benda kat bawah ni...




Taraaaaa!!!!!!!
Nampak tak apa benda atas ni??
Hehehe.. Ni la kain cotton yang aku beli & nak jual nanti..
Aku belum cukup bertuah lagi nak menang GA.. Hukhukhuk..


Kain ni semuanya ada 6 pasang..
Kain ni kain matching, means ada 2 jenis kain yang dipadankan (2m+2m).
Cantik tak? Cantik tak?? Terlebih eksaited dah ni.. 
Sebab kain2 ni cantikkkk sangatttt.. Hihihi..


Agak2 ada yang berminat tak nak beli?
Kalau ada, nanti aku upload gambar kain yang sejibik-sejibik..
Baru puas mata memandang & berat dompet melepaskan duit pergi..
Hahahahaha..


Maybe next day pun akan ada abam pos laju datang umah hantar something..
Yang tu pun tak sabar nak tunggu..
Nak tau apa?? Nanti aku update belog eh? Hihihi..


Oh ya, ada lagi tak yang nak jadi sponsor?
Aku cari lagi 2 orang..
Tapi tak leh la sponsor topup coz yang tu dah ada 3 orang yang sponsor..
Hihihihi..





DIY Veil

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :D



Sepatutnya tajuk tu macam ni, "DIY veil yang tak siap". Hahaha..
Punya la semangat nak buat hari tu.. 
Konon tak sabar nak tengok hasilnya sebab ni my first DIY veil.. 
Kononnya laa~ Hehe.. 
Tapi oleh kerana kitorang sekarang dah semakin menghampiri minggu2 terakhir sebelum final exam, 
maka esaimen yang perlu disiapkan pun turut bertimbun2 banyaknya..


Baju tak siap lagi, veil pun tak siap.. 
Majlis 14hb ni.. Habis la.. 
Tu la, nak sangat jahit lace pakai tangan kan? 
Konon2 handmade lebih kemas lettew, tapi badan sakit woo.. 
Kena jahit lace tu keliling baju & keliling veil tu jugak.. 
Nak sangat kan? Rasalah akibatnya.. 
Tu belum letak manik lagi tu.. 
Tapi rasanya sempat kot sebab hari ni aku balik kampung..
Hoyeahh!! Sempat suruh orang kat rumah tolong jahit. 
Muehehehehe~




Tengok tuhh..
Veil tu baru jahit lace kat bahagian kepala ja..
Kat tepi2 bawah tu masih kosong lagi..
Hehehe..
Nanti dah siap baru aku amik gambar & upload..
Nak jugak ada koleksi DIY sendiri..
Kehkehkeh..



Doakan semoga perjalanan aku balik ke kampung lancar eh?
Thanks korang! Rajin2 klik la tabung aku tu.. Hehehe..
Salam.. ^___^

Raya 2013 kami.. :)


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Warning : Tuan punya blog memang suka letak gambo beso gedabak kat blog.. hehehe..

Rasanya belum terlambat kan nak post entri pasal raya ni? Sekarang ni masih dalam bulan Syawal lagi. Tun M pun baru buat open house hari ni. Tapi x berkesempatan plak nak pegi, jauh laa.. Kalau pegi agak2 dapat duit raya tak? hehehe..


Okei la, malas nak cakap banyak.. Layankan je la gambar2 raya kitorang kat bawah ni berserta caption2 yang ntah pape..hehehe.. Ohh ya, the tema for this raya is blue, turquoise, biru skirt skolah menengah, biru sikit2 nak ijau.. Hahaha... Tapi tak berapa nampak la sebab lighting.. Lagipun kitorang amik gambar kat ruang tamu dengan pintu rumah yang ternganga luas.. Silau yang amat sebab tu edit dengan Camera360 bagi pic tu redup2 sikit.. hehehe..


The only girls in da family

Ni siblings yang pompuan. Sebelah kiri tu kakak aku, yang duduk sebelah kiri tu adik yang selepas aku & yang duduk sebelah aku tu adik pompuan bongsu kitorang. Sekarang da form 5, SPM 'victim' kata budak2 sekarang. Hehehe..



The girlssss with le mami

Ni plak gambar ngan mak aku.. Hobi kami sama iaitu SHOPPING!! hehehe..



Ni la family kitorang..  :)

Gambar sekeluarga yang ada macam2 gaya. Freestyle katanya~ hehe.. Adik bongsu aku dah macam join perbarisan rumah sukan ja.. hahaha..



Lepas ambik gambar ala2 skema terus buat freestyle.. suka sangat la tuhh.. hehe..

Ni pun gambar freestyle jugak. Gambar skema 1 kali ja ambik, freestyle plak yang banyak.. hehe..
Oh ya, thanks to tunang akak aku coz jadi photographer tak bertauliah.. hahaha..



Ni la kitorang adik-beradik.. Ni susunan ikut ketinggian eh? hehe..

One of my favourite pic.. Buat2 terkejut kononnya pastu siap beratur ikut ketinggian lagi. Tinggi kitorang lebih kurang ja, cuma yang hujung ni memang terlebih tinggi. kekeke...



Ni la bapak aku.. Idola ni.. Sorang cikgu yang garang.. hehe..

Haa, ni la dia idola aku. Cikgu ni memang garang wa cakap lu..
Dulu masa aku sekolah rendah bapak aku ni guru disiplin pastu aku ni plak nakal.
Banyak kali jugak la merasa kena denda, kena rotan ngan bapak sendiri.. hehehe..



Le adik yang tinggi

Ni adik lelaki aku yang pertama. Masa kecik2 mata dia memang sepet tak sama macam kami adik beradik yang lain..
Dulu2 pernah sampai nangis2 balik umah sebab kawan dia cakap dia ni anak angkat..
Hahaha..


Comel tak aku punya baju?? Polkadot gitu lohh..

 Ni saja ja nak promote baju polkadot yang comel ni.. Beli online ja, xda masa nak gi cari baju raya kat kedai. Confirm sesak yang amat.. Dah la posa, kang ada yang ter...buka posa nanti.. Hahaha..


And...
Last but not least....


Geng KPOP, KDrama & Running Man.. hehe..
Ni adik yang selepas aku..
Baru lepas habis study kat Politeknik..
Terer masak western yuu...
Tapi malas.. hahaha...


Setakat ni ja la, takleh share banyak2 nanti lenguh nak skrol ke bawah. hehehe..
Raya tahun ni memang terasa agak meriah sebab family mak aku suma ada kat kampung..
Walaupun cuti aku sekejap saja tapi tetap rasa berbaloi..

So...

Selamat hari raya untuk readers blog ni..
Mintak maap banyak2 sekiranya ada yang tersakit hati dengan post2 atau komen2 dari aku..
Manusia memang tak lari dari buat kesilapan tapi jangan la jadikan amalan..

Salam...


Bawal, Syria @ Shawl??



Assalamualaikum sekalian alam!!

Apa khabar?? 
Dah makan??  
Dah mandi??
Dah melabur?? Oopss.. Hihihi..

Hari ni dengan penuh rasa takabbur takbur dan bangga diri, aku telah meng'upload' gambar dahku sendiri. Ahakss.. Gurau ja ya.. Aku just nak minta pendapat, mana satu yang sesuai untuk aku.. 

Bawal, syria or shawl??

Tudung Bawal 

Syria + inner

Shawl + inner

Cara vote : Taipkan kod B untuk Bawal, kod Y untuk Syria dan kod S untuk Shawl dan hantarkan ke mana-mana nombor anda suka termasuklah nombor IC dan kad matrik anda.. HAHAHA..

Domo-kun!! ^_^

Assalamualaikum n salam sejahtera ^_^

Domo yang kebingungan

Just want to share, aku sudah mula suka n minat sama Domo-kun @ Domo ni.. Sejak bla aku pun ndak perasan.. Mungkin sejak aku tengok dah ramai yang pakai beg Domo, keychain Domo, tshirt Domo dan yang sewaktu dengannya la..

Domo ni asal dari Jepun. Jepun kan memang femes ngan benda-benda yang kiut miut ni. Oh ya, hari tu aku ada beli sarung tangan comel d Daiso. Kawaiii!!!! ^_^   Pada yang ndak tau tu, Daiso ni kedai yang jual barang2 dari Jepun & semua benda kat kedai tu harga RM5 sajerr... Murahkan? Tapi bagi yang berjimat macam aku ni, RM1 pun mahal jugak bagi ku.. Hehehe...

Jom layan pic2 Domo yang aku pinjam dari incik Gugel nih.. Jom! Jom!

Mari belajar lukis Domo yang cumel!


Pen drive Domo..  Mana mo carik ya??


Straw untuk Slurpee... Comelnya, macam2 gaya ada.. ^_^



Domo hoodie.. Mo cari jugak ni nanti.. Hihi..


Hah, ni mission tuk ujung bulan ni.. Huhuhu....


Anne bilang : Harap2 Kanda ku baca ni pastu belikan aku Domo besar punyerrrr... Hihihi T____T


>> Thanks sudi baca!! <<

Fesyen-fesyen pelik...

, Salam n selamat hari Selasa. Eh, Selasa ka ari ni? Ter"konpius" aku seketika.hehehe... Aku rasa down betul sekarang ni. So, untuk menghilangkan ke"down"an aku ni, aku cari la something yang bisa menggembirakan ati ku yang tengah berduka lara ni. Aku buka new tab, taip alamat uncle google then taip "fesyen pelik"... Tu yang terlintas kat fikiran aku masa tu. Bila dah nampak jak fesyen yang pelik-pelik ni aku terus terpanggil, cey terpanggil knun... hehehe... Sambung balik cerita ku tadi. Aku tergerak ati mo tengok lebih banyak pesen pelik yang ada kat dunia ni. Banyak yang aku dapat, ni yang mo share ni... Magsabal paminat aa?huhuhu...

Okay, sekarang aku akan memperkenalkan barisan model-model ku yang ntah dari mana jak asal dorang ni. Tiba-tiba jak p opis, minta kerja jadi model ku.... hahahaha.... Ok.. Ok... Jom serius dua-rius tiga-rius... hehehe...





Yang ni namanya Jamlah Jamil. Ngam la tu namanya ngan baju yang aku bagi dia pakai. Baju ni direka khas untuk orang2 yang pentingkan masa."Masa itu emas" bilang cigu ku dulu masa sekolah rendah.hehehe... Sapa2 yang sibuk memanjang, banyak appointment, takut lambat p dating, digalakkan pakai baju ni. Ada banyak jam tu, boleh tengok masa New York, India, Korea, Tawau, Lahad Datu... Ops, merepek da aku ni... hehehe... Tapi hati-hati la coz baju ni macam susah jak mo nampak depan, kiri, kanan dan apatah lagi belakang...



Yang ni pulak model aku dari China, nama dia Yong Tau Foo. Aku pun tak pasti mo panggil apa benda yang dia pakai ni, baju ka ni atau kelambu atau payung?? Macam telekung pun ada jugak.kakakaka.... Baju ni sesuai dipakai time musim hujan, x payah bawak payung. Stay jak dalam baju tu, material dia lau x silap kalis air jugak ni.hahahaha.......



Hah, yang ni Kety Ferry nama mak bapak dia bagi. Dia ni obses ngan lampu, sebab tu la dia mo baju yang ada lampu skali. Dia x kisah berat ka, kena karan ka, yang penting mukanya berseri-seri dek panahan cahaya lampu pentas yang dia curik dari backstage ni.Tengoklah betapa bangga jak mukanya tu... Tapi dia ndak sedar, skirt a.k.a tabir  yang dia pakai ni memudahkan kaki skodeng untuk menskodeng dirinya yang x berapa seksi tu.hahahaha....



Ececey... Macam hebat jak dia rasa dirinya tu. Model ni aku lupa da namanya, asal pun aku ndak ingat sudah. Kedekut ni dia, sebab tu aku x ingat pa pa pasal dia.hehehe.... Ni fesyen sesuai untuk mereka2 yang pemalu & takut kena panas. Nampak topi besar yang sejibik ngan kuali atau belanga tu? Ha, tu la kegunaan benda tu. Boleh cover muka korang dari terkena pancaran matahari, habuk kat tempat pembinaan... apa aku merepek lagi ni.hehehe... Pakai p berperang pun boleh ni, bukan perang real punya tau? Lau perang real confirm x selamat.. hehe..

Tu jak la setakat ini, penat da aku merepek ni. Perasaan down aku pun da ilang ni. So, enjoy
la ya. Pic2 ni aku dapat dari pacik Google, lau kamu mo lagi banyak gambar 
pesen pelik kamu google jak senang cita.hehehe...




Anne Nurain