Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Birthday GiveAway by Cik Ayue

Assalamualaikum & salam jumaat eberibadi! :D


Jom join GA ni!
Hadiah best2 tau? Syarat pun senang je..
Just follow blog, twitter, like page & add to circle..
Very the simple right?
Hehehe..


Klik banner untuk join! :)


GA ni jugak bertujuan nak bagi laaaagi banyak pilihan pelamin & baju pengantin
untuk Cik Ayue kita ni..
So, jom join reramai bagi cik Ayue pening nak pilih..
Hahahaha.. Gurau je eh cik Ayue sayang.. :D

Ni baju pengantin pilihan aku, tapi baju pengantin lelaki tak jumpa plak.. hehehe..
Mula2 tadi nak cari baju kaler2 tapi bila nampak je baju ni aku terus jatuh cinta..
Bila la aku nak kawin ni.. Tak sabar nak pakai baju macam ni..
Kehkehkeh...

Sumber : Ezzad Zikry Haute Couture


Ni plak pelamin pilihan aku..
Aku memang suka simple2..
*Padahal hari tu dah bincang ngan Min, konon tanak sanding..*
Hahaha..
The reason aku pilih seat macam ni sebab nanti bride & groom boleh duduk rapat2..
Kalau kerusi asing2 tak best laa..
Hahahaha...

Sumber : Lyianaz Bridal

Okehh, sekarang nak tag sape ek??
Aku nak tag...

1. Niesa
2. Kinah
3. Kak Lieya


GA ni terbuka untuk semua blogger tau?
Tak semestinya B2B je boleh join..
Bakal & future B2B pun boleh join..
Hehehe..
Salam.. ^___^

Hasil DIY veil yang tak siap

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera uollss!!


Rasanya tajuk dah ok hari ni..






Sebenonye la kan...
The veil is not ready yet..
Baru siap letak manik kat atas tu ja..
Sepatutnya nak letak lace kat bahagian2 tepi veil..
Pastu jahit manik randomly atas kain tu..
TAPI kan...
Tak sempat nak buat!!!!
I is busy merehatkan diri kat kampung.. hehehe..
Lagi pula, I is tak pandai guna mesin jahit..
Hahaha..
Nak jahit tangan tak larat bhai..
Abih la patah pinggang & pedih mata nanti..
Hehehe..


Dan sebenarnya lagi....
That veil is for my sister's wedding..
Aku saja ja nak bikin saspen walaupun tak ramai pon yang saspen..
Poor me~ Hahaha..
Siap tak siap akak aku pakai je..
Ohh my..
Me is sangat terpengaruh, eh terharu..
Thanks much2 to my sister & selamat menjadi isteri orang..
Nanti aku update sedikit demi sedikit pasal the wedding pulak ye?
Sekarang ni minggu terakhir kuliah, banyak esaimen nak kena hantar..
So, agak busy jugak la 2 3 hari ni..


1 of my fav pic
hehe~

Hobi baru adik aku kalau bergambar..
Tengoklah apa dia buat tu..
-___-'



Salam.. :D

DIY Veil

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :D



Sepatutnya tajuk tu macam ni, "DIY veil yang tak siap". Hahaha..
Punya la semangat nak buat hari tu.. 
Konon tak sabar nak tengok hasilnya sebab ni my first DIY veil.. 
Kononnya laa~ Hehe.. 
Tapi oleh kerana kitorang sekarang dah semakin menghampiri minggu2 terakhir sebelum final exam, 
maka esaimen yang perlu disiapkan pun turut bertimbun2 banyaknya..


Baju tak siap lagi, veil pun tak siap.. 
Majlis 14hb ni.. Habis la.. 
Tu la, nak sangat jahit lace pakai tangan kan? 
Konon2 handmade lebih kemas lettew, tapi badan sakit woo.. 
Kena jahit lace tu keliling baju & keliling veil tu jugak.. 
Nak sangat kan? Rasalah akibatnya.. 
Tu belum letak manik lagi tu.. 
Tapi rasanya sempat kot sebab hari ni aku balik kampung..
Hoyeahh!! Sempat suruh orang kat rumah tolong jahit. 
Muehehehehe~




Tengok tuhh..
Veil tu baru jahit lace kat bahagian kepala ja..
Kat tepi2 bawah tu masih kosong lagi..
Hehehe..
Nanti dah siap baru aku amik gambar & upload..
Nak jugak ada koleksi DIY sendiri..
Kehkehkeh..



Doakan semoga perjalanan aku balik ke kampung lancar eh?
Thanks korang! Rajin2 klik la tabung aku tu.. Hehehe..
Salam.. ^___^

Kehidupan Sebuah Perkahwinan :)

Assalamualaikum WBT...


Hai semuaaaa.... Apa khabar? Harap sihat la ye.. Macam menarik je kan tajuk kat atas tu? Menarik sangat2 terutamanya bagi aku yang belum kawin ni.. Hahaha.. Apa punya intro daaa.. -__-


Sebenarnya, aku nak share something yang aku dapat dari ceramah motivasi yang aku pegi hari tu.. Ceramah tu masa 27 Oktober hari tu lagi tapi baru ingat nak citer pasal tu sekarang.. 
Cerita basi.. -___- Hahaha.. Tapi pengisian dalam ceramah tu takkan pernah basi sebab masih segar dalam ingatan.. Almaklum la, tajuk "Kehidupan Sebuah Perkahwinan", mesti semua pun suka kan? Termasuklah aku yang nak sangat kahwin tapi tak sedar diri tu belum ready.. Ahakss!


Penceramah jemputan untuk ceramah ni adalah Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang beliau boleh la merajinkan diri tu tanya cik Google eh? Aku sempat tengok fb page ustaz tadi, ustaz belajar guna Bitstrip woo.. Komik yang ustaz buat pun sejibik macam muka dia.. Hihi.. Nak terjah fb page ustaz boleh klik ------> SINI


Antara student yang hadir..


Antara pengisian yang aku dapat tangkap sepanjang ceramah tu ialah : 

1. Mahar @ mas kahwin

Mestilah berupa sesuatu yang bermakna.. Bukannya seperti ayat2 mat jiwang nak tackle awek, "Cukup la kasih sayang ku sebagai mahar buat mu" <---- Yang ni, NO! Tak boleh dikira sebagai mahar. Contoh mahar yang boleh diterima selain daripada wang adalah sepersalinan kelengkapan solat dan sebuah Al-Quran.. Contoh je la, boleh lagi la pikir benda lain lagi.. Hehehe..


2. Persiapan sebelum nak kahwin

i. Perancangan kewangan
Menurut ustaz, sebelum nak kahwin pastikan buat perancangan kewangan terlebih dahulu terutama pada yang kurang mampu. Maksudnya disini, takyah la nak kawin grand sangat kan? Fikirkan kehidupan selepas kahwin tu yang lebih penting.. 


ii. Kenali diri sendiri baru kenali pasangan..
Sebelum kahwin pastikan korang kenal diri korang sendiri.. Apa yang korang suka, tak suka, boleh terima, tak boleh terima... Kenal pasti apa kelebihan dan kekurangan diri korang.. Lepas tu baru la kenali pulak pasangan korang. Mesti kenal diri dia yang sebenar-benarnya.. Jangan bila dah kahwin baru keluar semua yang buruk2 dari pasangan korang.. Time tu la baru menyesal la, nak cerai la.. So, cari la pasangan yang benar2 boleh terima diri korang seadanya.. :)


3. Istikharah & istisyarah

Sebelum nak kahwin lakukan istikharah & juga istisyarah.. Istikharah mesti dah ramai yang tahu kan? Tapi ramai yang salah faham yang solat sunat istikharah ni dilakukan semata-mata bila nak kawin je, sedangkan ianya adalah sebagai kemudahan untuk kita memohon pertolongan pada Allah sekiranya hendak membuat apa saja keputusan..  Manakala istisyarah pulak adalah seperti kita meminta pendapat orang lain contohnya ibubapa, mengumpul maklumat dan pandangan terhadap situasi yang sedang kita hadapi.


Hanya mampu bergambar dengan banner.. hehehe

Tu saja yang dapat aku share.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la cari kat google eh. Banyak je ceramah2 motivasi pasal perkahwinan ni.. Dari korang je rajin ke tak nak cari dan baca @ dengar.. Sekian sahaja dari saya, segala yang baik tu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari pihak tokey blog ini.. Sekiangggg!!! Wassalam.. :D




Aku yang dulu & aku yang sekarang

Assalamualaikum WBT..


Entri ni bukan nak cerita pasal Tegar, penyanyi "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" tu. Jauh sekali nak menyanyi. Tapi kalau korang suka lagu tu nyanyi je la.. Lagu tu best jugak kan? Hehehe..


Tadi aku godek2 album lama kat pesbuk aku sebab aku baru teringat yang aku pernah upload gambar aku ngan kawan2 aku masa sekolah menengah dulu.. 
Bila tengok balik gambar-gambar tu semua... 
Ya Allah... Rindunya time sekolah dulu.. Rindunya dengan kawan-kawan aku.. Aku dari form 1 sampai la form 5 still kat sekolah yang sama & setia menjadi budak hostel.. Hehehe.. Teringat pulak kat komik kartunis Ubi tu.. Korang pernah baca tak?? Hehehe..





Ni gambar masa form 5 kalau tak silap.. Amik gambar pagi2 sebelum gi kelas sebab tu la muka putih suci melepak macam opera cina.. Dalam 5 orang ni, dua orang dah kawen.. Dua2 kawen dalam tahun ni jugak.. Dua2 wedding aku tak dapat pegi.. Wuwuwu.. TT___TT





Ni gambar kat depan kelas aku. Tapi bukan semua ni classmate aku. Kira gabung la kawan kat hostel ngan kawan kat kelas.. Tapi semua jugak kawan aku.. Hehehe..





Gambar di tempat yang sama tapi angle yang lain.. Haha.. Dulu2 amik gambar pakai kodak.. Tak boleh amik gambar sesuka hati.. Mesti nak jimat kodak.. Dah la mahal pastu mesti nak guna kodak yang paling banyak, kalau tak silap yang 36 keping punya.. Eh, korang paham tak apa aku merepek pasal kodak ni?? Hehehe..




Dah macam gambar keluarga pulak kan? Hahaha.. Ni masa kitorang jadi fasilitator dalam orientasi asrama. Kitorang pegi tolong handle jungle trekking kat dalam hutan belakang asrama kitorang.. Best tengok orang berendam dalam kolam berlumpur.. Hehehe..




Haa, gambar last ni masa aku form 3 kalau tak silap, ke time form 1? Aku pun tak pasti.. Ni one of my bestfriend, A-rien. Dah kawin & ada anak 2 dah pun sekarang.. Aku je still single.. Takpe, belum ada rezeki nak kawin kan? Sabor je laa~ Hehehe..


Nampak tak perubahan aku yang dulu dengan aku yang sekarang?? Mohon senaraikan perubahan yang anda lihat. Hahaha..


Seriously, aku rindu kawan2 aku. Lepas SPM kitorang dah jarang jumpa. Bila sambung degree, kawan2 aku ramai yang dah keja.. Sebab tu kalau nak jumpa pun susah.. Nak pegi wedding diorang pun tak dapat.. Maap la yer kawan2.. Nanti wedding aku jangan tak datang pulak.. Hehehe..



Salam.. ^__^

7 tahun sudaaaaa...


Assalamualaikum...


Ehem.. Ehemm.. Tau tak apa yang dah 7 taun tu?? 
Hehehe.. 
Segan la pulakk.. 
Tengok ja la gambar bawah ni..






We're in love for 7 years oredi!!
Hehehe..
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT, hubungan kitorang dapat bertahan sampai tahun yang ke 7..
Walaupun makin naik tahun mesti soalan paling pemes di alam semesta akan kerap berkumandang di gegendang telinga..


"Bila nak kahwin??"


Pastu dengan poyo nya aku akan jawab,


"No comment.."


Haa kau, ala2 artis giteww..
Sabor je la ye, ada jodoh kawin la kitorang..
Sekarang ni fokus ngan study dulu, ada setahun lebih lagi di UPSI..


Oleh yang demikian...

Jom semua wish aku ngan Min supaya dipercepatkan jodoh, dipermudahkan urusan & cepat kawen..

Aamiin...

Muehehehehe~~




Suka perfume??
Jom LIKE Gojess Boutique!!

Usha baju raya jom!!

Assalamualaikum & salam ramadhan yang ke 14~~

Dah 2 minggu kita berpuasa kan? Dats means ada 2 minggu lagi nak raya!!!! Hoyeaaahhhh!!!

Hahh, tu diaa~~ Semangat gila aku kan? Tapi yang sebenarnya aku dalam dilema ni.. Aku sekarang buat latihan industri (LI) kat fakulti.. Fakulti aku kat Perak, kampung aku plak kat Sabah.. Nak balik Sabah kena la beli tiket flight kan?? Takkan nak naek sampan balik Sabah kan?? TAPI, yang bikin aku pening sekarang ni.. Tiket flight mahal yang amat!!! Uwaaaa!!! Tanak raya sorang2 kat sini.. Nak balik kampung!! 

Padahal sebelum ni aku cakap kat mak aku yang aku malas nak balik sebab tiket mahal.. Pergi balik ja dah seribu lebih. Kalau nak murah sikit kena la balik awal dari tarikh  yang sepatutnya cuti.. Tapi bila pikir2 kan balik, tak sanggup la nak tinggal sorang-sorang kat umah sewa tu sambil dengar lagu raya.. Confirm nanges air mata darah ni nanti.. T____T

Tapi abaikan tu semua. Sakit kepala ja pikir.. Nanti aku pikir lagi laa.. Sekarang jom kita usha baju2 raya dulu.. Ni satu terapi jugak ni untuk hilangkan tekanan kemungkinan tak dapat balik beraya.. Hehehe..


Peplum Kurung Collection

Putih suci..
Boleh buat baju nikah ni..
hehehe

Auww.. Combination color yang ohsemm..

Ni pon sama..  Mai peberet kaler..

Ni pon cantik.. Aku tak penah lagi ada baju kaler kuning.. hehe

Purple yang gojes..

Wahh pink kalerrr!!


Hah, amacam? Cantik tak? Bestnya kalau leh beli semua baju2 ni.. Tu diaa, tamak haloba sungguh.. Kalau korang berminat ngan baju2 ni boleh lah jenguk2 kat page Gojess Boutique. Ada banyak design & kaler lain lagi kat sana.. Ni kira tolong promote gak ni.. Moh ler support bisnes aku & kawan aku ni.. Hehehe..




Dah layak ke nak kahwin??


Ramainya kawan-kawan aku kawin dalam masa terdekat ni..
Minggu lepas sorang, minggu ni plak 2 orang..
Entah-entah minggu depan pun ada lagi..


PERSOALANNYA...
Aku bila lagi?????

Biar aku jawab..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Errr.... No komen kot..
Muehehehehe...

Bila pikir-pikir balik, jeles gak ngan kawan-kawan yang dah kawin ni..
Ye la, diorang dah ada hubungan yang halal..
Dah xde lagi orang yang pandang serong kalau jalan berdua, nek motor berdua, keluar sampai tengah malam pun xde sapa nak bising..

Tapi, bila fikir pasal tanggungjawab suami isteri tu, rasa macam tak ready lagi kot..
Masih banyak kekurangan dalam diri ni..
Masak nasi pun kadang-kadang jadi bubur..
Masak lauk plak kadang-kadang terlebih masin la, masih mentah la..
Buat kerja rumah pun masih ada rasa malas2 lagi.. Aish, anak sapa la ni.. hehehe..

Agak-agak korang la kan, macam mana nak tau kalau seseorang tu dah layak kawin??
Apa syarat-syarat yang melayakkan seseorang tu untuk kawin??
Perlu ke orang tu sorang yang dah berkerjaya?
Dah ada 5 6 bijik kereta?
Banglo di setiap negeri?
Gaji 5k sebulan?
Umur mesti 30 taun ke atas?

Korang tolong la jawab eh?
TAPI kan..... Apsal aku tiba-tiba je buat entri kawin2 ni?
Konpius aku~~
Muehehehehehe......



Anne Nurain