Showing posts with label Perayaan. Show all posts
Showing posts with label Perayaan. Show all posts

It's November oredi!! :D


Assalamualaikum WBT.. =D


Entri yang agak terlambat..
Ingat nak post awal pagi tadi tapi terlewat disebabkan ke'busy'an menyiapkan tempahan HP pouch yang mesti disiapkan sebelum esok..
Nak tengok hasilnya?
Hah? Tanak? Okei, takpe.. 
T___T






Its November oredi..
Lagi sebulan nak masuk tahun baru..
Cuti mid sem pun dah mula..
Selamat bercuti to my housemate..
*Untung laa balik kampung.. wuwuwu*

Semoga bulan November ni penuh dengan kebaikan buat kita semua.. =D

Okehh, sambung jahit balik.. -___-


Raya Haji dan bermalas-malasan


Assalamualaikum W.B.T..


Sumber : Google

Haipp! Rasanya belum terlambat kalau nak ucap kan?
BTW, selamat hari raya aidil adha!! 
Gambar cedok dari Google menandakan aku takda mood nak buat wallpaper sendiri..
Hehehe..
Dah 5 hari aku tak update blog..
Last post pun pasal teka-teki umur housemate aku..
Nak try jawab?
Kalau betul dapat review blog dari aku..
Kalau nak try suka2 pon boleh je..
Hehehe..


Aku tak update blog bukan sebab aku busy ngan esaimen ponn..
Kitorang cuti raya haji sampai hari ni ja tapi confirm ramai 
yang sambung cuti sampai ahad..
Hehehe..
Memandangkan aku sorang ja Sabahan kat rumah ni, 
memang sah2 la aku tak balik beraya..
Nasib baik ada 3 orang lagi housemate aku yang tak balik..
Tiga2 ni orang utara, tak balik pon sebab tiket train habis.. Hehehe..
Nasib baiklah ada teman kat rumah..
Tapi cuti midsem akan datang tak tau lagi camana..
Ntah2 semua balik kampung..
Huhuhu..


Okei la, tu ja catatan untuk hari ni..
Masih dalam mood bermalas-malasan sempena cuti..
Esok dikira masih cuti sebab aku takda kelas langsung..
Kbai!!







Raya 2013 kami.. :)


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Warning : Tuan punya blog memang suka letak gambo beso gedabak kat blog.. hehehe..

Rasanya belum terlambat kan nak post entri pasal raya ni? Sekarang ni masih dalam bulan Syawal lagi. Tun M pun baru buat open house hari ni. Tapi x berkesempatan plak nak pegi, jauh laa.. Kalau pegi agak2 dapat duit raya tak? hehehe..


Okei la, malas nak cakap banyak.. Layankan je la gambar2 raya kitorang kat bawah ni berserta caption2 yang ntah pape..hehehe.. Ohh ya, the tema for this raya is blue, turquoise, biru skirt skolah menengah, biru sikit2 nak ijau.. Hahaha... Tapi tak berapa nampak la sebab lighting.. Lagipun kitorang amik gambar kat ruang tamu dengan pintu rumah yang ternganga luas.. Silau yang amat sebab tu edit dengan Camera360 bagi pic tu redup2 sikit.. hehehe..


The only girls in da family

Ni siblings yang pompuan. Sebelah kiri tu kakak aku, yang duduk sebelah kiri tu adik yang selepas aku & yang duduk sebelah aku tu adik pompuan bongsu kitorang. Sekarang da form 5, SPM 'victim' kata budak2 sekarang. Hehehe..



The girlssss with le mami

Ni plak gambar ngan mak aku.. Hobi kami sama iaitu SHOPPING!! hehehe..



Ni la family kitorang..  :)

Gambar sekeluarga yang ada macam2 gaya. Freestyle katanya~ hehe.. Adik bongsu aku dah macam join perbarisan rumah sukan ja.. hahaha..



Lepas ambik gambar ala2 skema terus buat freestyle.. suka sangat la tuhh.. hehe..

Ni pun gambar freestyle jugak. Gambar skema 1 kali ja ambik, freestyle plak yang banyak.. hehe..
Oh ya, thanks to tunang akak aku coz jadi photographer tak bertauliah.. hahaha..



Ni la kitorang adik-beradik.. Ni susunan ikut ketinggian eh? hehe..

One of my favourite pic.. Buat2 terkejut kononnya pastu siap beratur ikut ketinggian lagi. Tinggi kitorang lebih kurang ja, cuma yang hujung ni memang terlebih tinggi. kekeke...



Ni la bapak aku.. Idola ni.. Sorang cikgu yang garang.. hehe..

Haa, ni la dia idola aku. Cikgu ni memang garang wa cakap lu..
Dulu masa aku sekolah rendah bapak aku ni guru disiplin pastu aku ni plak nakal.
Banyak kali jugak la merasa kena denda, kena rotan ngan bapak sendiri.. hehehe..



Le adik yang tinggi

Ni adik lelaki aku yang pertama. Masa kecik2 mata dia memang sepet tak sama macam kami adik beradik yang lain..
Dulu2 pernah sampai nangis2 balik umah sebab kawan dia cakap dia ni anak angkat..
Hahaha..


Comel tak aku punya baju?? Polkadot gitu lohh..

 Ni saja ja nak promote baju polkadot yang comel ni.. Beli online ja, xda masa nak gi cari baju raya kat kedai. Confirm sesak yang amat.. Dah la posa, kang ada yang ter...buka posa nanti.. Hahaha..


And...
Last but not least....


Geng KPOP, KDrama & Running Man.. hehe..
Ni adik yang selepas aku..
Baru lepas habis study kat Politeknik..
Terer masak western yuu...
Tapi malas.. hahaha...


Setakat ni ja la, takleh share banyak2 nanti lenguh nak skrol ke bawah. hehehe..
Raya tahun ni memang terasa agak meriah sebab family mak aku suma ada kat kampung..
Walaupun cuti aku sekejap saja tapi tetap rasa berbaloi..

So...

Selamat hari raya untuk readers blog ni..
Mintak maap banyak2 sekiranya ada yang tersakit hati dengan post2 atau komen2 dari aku..
Manusia memang tak lari dari buat kesilapan tapi jangan la jadikan amalan..

Salam...


Usha baju raya jom!!

Assalamualaikum & salam ramadhan yang ke 14~~

Dah 2 minggu kita berpuasa kan? Dats means ada 2 minggu lagi nak raya!!!! Hoyeaaahhhh!!!

Hahh, tu diaa~~ Semangat gila aku kan? Tapi yang sebenarnya aku dalam dilema ni.. Aku sekarang buat latihan industri (LI) kat fakulti.. Fakulti aku kat Perak, kampung aku plak kat Sabah.. Nak balik Sabah kena la beli tiket flight kan?? Takkan nak naek sampan balik Sabah kan?? TAPI, yang bikin aku pening sekarang ni.. Tiket flight mahal yang amat!!! Uwaaaa!!! Tanak raya sorang2 kat sini.. Nak balik kampung!! 

Padahal sebelum ni aku cakap kat mak aku yang aku malas nak balik sebab tiket mahal.. Pergi balik ja dah seribu lebih. Kalau nak murah sikit kena la balik awal dari tarikh  yang sepatutnya cuti.. Tapi bila pikir2 kan balik, tak sanggup la nak tinggal sorang-sorang kat umah sewa tu sambil dengar lagu raya.. Confirm nanges air mata darah ni nanti.. T____T

Tapi abaikan tu semua. Sakit kepala ja pikir.. Nanti aku pikir lagi laa.. Sekarang jom kita usha baju2 raya dulu.. Ni satu terapi jugak ni untuk hilangkan tekanan kemungkinan tak dapat balik beraya.. Hehehe..


Peplum Kurung Collection

Putih suci..
Boleh buat baju nikah ni..
hehehe

Auww.. Combination color yang ohsemm..

Ni pon sama..  Mai peberet kaler..

Ni pon cantik.. Aku tak penah lagi ada baju kaler kuning.. hehe

Purple yang gojes..

Wahh pink kalerrr!!


Hah, amacam? Cantik tak? Bestnya kalau leh beli semua baju2 ni.. Tu diaa, tamak haloba sungguh.. Kalau korang berminat ngan baju2 ni boleh lah jenguk2 kat page Gojess Boutique. Ada banyak design & kaler lain lagi kat sana.. Ni kira tolong promote gak ni.. Moh ler support bisnes aku & kawan aku ni.. Hehehe..




'Rumahsakit' melanda...

Assalamualaikum...

Homesick sebenarnya.. Tapi bila translate ikut suka suki terus jadi macam tu.. Bukan rumah sakit yang hospital tu tau.. 

Kredit to : everycollegegirl.com

Cuti sempena Deepavali dah start hari ni. Ramai dah yang balik kampung, kolej pun sunyi sepi je.. Padahal semalam riuh je sebab ada PC Fair kat sini.. 

Dah lama tak rasa berjauhan ngan family macam ni.. Tetiba rasa homesick la pulak.. Sebelum ni ok je pun, mungkin sebab busy sangat kot.. Selalu time hari kuliah kurang sikit masa nak ingat-ingat kampung ni tapi bila dah cuti ni, ditambah lagi dengan housemate yang lepas sorang, sorang balik kampung, hati tetiba rasa sedih pulak.. Terus sentimental la pulak perasaan ni.. Tak suker laa... Rasa nak nanges je... T____T

Hope my family tak baca ni, nanti ada jiwa-jiwa yang ikut sentimental macam aku especially my mom.. Hehe.. Kalau kakak atau adik aku terbaca ni, jangan gtau mak ya? Awas korang!! Hahaha..

Aku belum ada apa-apa plan lagi untuk cuti ni, maybe kat umah je kot buat esaimen ngan group project yang dah beratur panjang dalam to-do list aku ni.. IKSAS ada buat aktiviti gak hari Rabu ni untuk student Sabahan yang tak balik kampung.. Aku tak sabar nak pegi, tak tahan la duk umah terus.. Nak jalan-jalan gi KL pun takde duit.. Haihh~~ Bila la PTPTN nak datang ambik borang kelompok kedua ni?? Pokai tahap papa kedana dah ni.. Hahaha...

Sekarang tengah pikir nak buat apa esok.. Kalau ada mood, nak siapkan esaimen la.. Harap-harap la cuaca ok je esok.. Kalau ujan confirm la tido je keje.. Kehkehkeh...


Ucapan Hari Guru yang tidak seberapa...

Assalamualaikum..


Sempena hari guru ni aku pun mo buat ucapan jugak walaupun sebenarnya aku ndak pandai bagi ucapan. Tapi yang penting aku ikhlas kan?? Betul tak?? Hehehe...

SELAMAT HARI GURU untuk insan2 yang bergelar cikgu, teacher, sir, ustaz, ustazah, lecturer dan tak kisah la sama ada insan tu cikgu sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, universiti, politeknik, kolej, sekolah memandu, kelas jahitan, kelas memasak, kelas komputer dan yang sewaktu dengannya..

Khas untuk my dad, thanks banyak2 coz dah ajar aku dari kecil sampai sekarang.. Bapa lah idola ku walaupun bapa sangat2 garang sampai student lain pun takut ngan bapa.Hehehe..  Tapi aku tabik spring bertubi-tubi2 la dengan kegigihan bapa mengajar.. Luv u sooooo much dad!! ^___^

Untuk cikgu2 d SK Telisai dan SMK Agaseh serta pensyarah2 d Politeknik Kuching yang pernah mengajarku, terima kasih banyak2 sebab dah ajar aku macam2.. Start dari zero sampai la macam2 benda yang aku dah belajar, sampai lulus exam dengan cemerlang n dapat sambung study d IPTA pastu dapat keja yang bagus2.. Ntah camana mo balas jasa cikgu2 dan lecturer2 semua.. May god bless u all.. ^___^

Hah, ndak lupa jugak untuk blogger2 yang dah jadi cikgu dan bakal jadi cikgu iaitu kak Lily @ Nelly Ixora, Pinung, Nieza, mr&mrs mikko, wan TAN ho, dan ramai lagi la.. Sorry la, tak tertaip nama korang d sini, penat cari url blog kamu.. Hehehe...


Anne bilang :: Hope can be 1 of them.. ^___^

Happy Chap Goh Mei

Assalamualaikum suma...

sekadar gambar hiasan

First of all, Happy Chap Goh Mei kepada mereka yang menyambutnya. 
Patutlah banyak bunga api meletup malam ni. 
Tapi apa2 pun, aku enjoy tengok bunga2 api tu suma. 
Macam kebaruan pun ada. Sikit2,
Wahhhhh!!!! 
Woww!!!
Cantiknyaaa!!!
Ee, mo lagi.. Mo lagi...
Ops, melebih2 la plak.. Hehehe...

Tanglung yang comey2..

Lepas bunga api, ada lagi benda2 terbang... 
Ntah apa namanya pun aku tak tau...
Kakak ku bilang benda tu tanglung. 
Eh, tanglung boleh terbang eh?? 
Apalah jahil betul aku ni.. Hahaha..
Ah, nevermind la tu suma..
Yang penting aku enjoy tengok benda tanglung tu..
Cantik wa shakap sama lu..
 Ada dalam 10 buah tapi jauh laa..
Lebih kurang 500 meter gitu..
Wahh, pandai2 jak aku mengagak..
Hehehe...

Jom kita share info sikit pasal Chap Goh Mei... 

Chap Goh Mei disambut 15 hari selepas Tahun Baru Cina. Sambutan ini menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Mereka akan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, bakar colok besar dan makan besar bersama keluarga. Suma besar2 kan? Hehehe... 

Selain itu, Chap Goh Mei juga dianggap sebagai Chinese Valentine's Day. Gadis2 akan berpakaian cantik dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke tasik, laut atau sungai. Secara tradisional nya, ia menandakan gadis tu masih single & available for marriage tetapi di zaman serba moderen ni, dorang akan tulis nama, phone number and anything else pada buah limau yang mo di lontar tu untuk mencari teman lelaki. Sooo sweet... (^_^)

Comelnya... budak kat belakang jangan perasan.. hahaha..

Persembahan kebudayaan Cina seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina dan mengimbang bendera besar iaitu 'Chingay' juga akan diadakan bagi menandakan perayaan ini. 

Bestnyaaa... 
Mo tengok tapi takda orang leh bawak jalan. 
Kanda ku sudah balik LD tadi. Huhuhu...
Sory la ek lau ada info yang salah atau kurang tepat..
Just rujuk bahan yang ada jak..
Aku xmo ganggu kawan2 Cina aku..
Tanya pasal itu ini..
Konpem kena lempar aku pakai limau..
Lau pakai angpow ndak pa jugak..
Gurau2 jak ya, jan ambil hati..

Anne bilang :: Aku suka Tahun Baru Cina.. Macam2 ada.. (^_^)v
Thanks to:

Anne Nurain