Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Awat comel sangat ni???

Assalamualaikum & hai semuaaaa...


Tajuk tu bukan tujukan kat korang ye?
Jangan nak perasan.. Hahaha..
Sebenarnya ayat kat tajuk tu aku tujukan kat budak kat bawah ni...




Comel kan?? Kan??
Ya Allah, tak sabar sangat nak balik jumpa budak tecik ni..
Nak tau tak? Tiap2 hari adik2 & akak aku akan send gambar budak ni kat wechat..
Kalau tak puas tengok gambar, aku suh diorang send video plak..
Dan tiap2 hari jugak la aku rasa nak fly balik Sabah..
Hehehe..


Maapkan ke'eksaited'an aku ni ye?
Kot2 ada yang menyampah dengan aunty Anne ni kan?


Okei Anne, teruskan menghitung hari habis praktikum..
Teruskan menanda "X" kat kalendar..
Seminggu terakhir mohon packing barang awal2..
Hahaha..



Jangan lupa aku..

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :)


Hai korang!! Pe kabar? Harap sihat la yek?
Dah macam tulis surat zaman kanak2 dulu pulak kan? Hehehe..
Sekarang ni aku dah ada kat LCCT, tunggu flight ke Tawau pukul 12 nanti..
So, dengan ini patik mengumumkan.....
Jeng.. Jeng.. Jeng...
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||
||

Patik akan bercuti dari BW & hapdet blog patik..
So please, dont miss me..
Hahaha.. Perasan je kan, macam je ada orang yang rindu aku.. Hehehe..
Kat kampung susah nak online, kalau dapat online pun kejap je..
Lepas tu tension sebab line selloooww melloooww..
Kalau ada apdet pun mungkin auto publish atau pun entri ringkas dari aku..


Harap korang tak lupakan aku selama sebulan ni.. T___T
Boring2 nanti singgah la blog aku, kesian dia nanti terbiar selama sebulan..
Nanti korang tolong la bersihkan habuk2, sawang2 & segala bagai yang ada kat blog ni..
Sambil2 tu klik la tabung kawen & google ads aku ek? Muehehehehe..


Okey la korang, jaga diri baik2.. Jangan nakal2.. 
Kalau rindu aku baca la post2 lama kat blog ni.. Hehehe..
Salam.. ^___^ 




Cerita gambar seminar ICT@Edu

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ekceli kan, dah lama nak post pasal gambar ni..
Ntah kenapa aku suka gambar ni.. Hehehe..
Ni gambar masa kitorang join jadi AJK Teknikal time Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan yang berlangsung hari tu..  Eceh, dah macam ayat karangan sekolah menengah la pulak.. hehe..
Rasanya dah cerita sikit dalam entry Tun M hari tu.. Hehehe..




Kat ujung kiri tu Puan Maryati, kitorang jadi AJK under dia la.. Puan ni la yang jadi penyelia kitorang berempat time latihan industri hari tu.. Dia jugak yang suruh kitorang jadi AJK Teknikal. Hehehe..
Sebelah puan tu, Tihah.. Pastu Shamsul, aku & Min, my buah doyan.. *Malu nak cakap buah hati lettew* Hahaha.. Mohon abaikan..


Ni masa dah habis buat keja, sebab tu mungkin muka ada nampak macam penat sikit..
Kitorang kira bertuah sangat sebab dapat join seminar ni.. Walaupun hanya sebagai penjaga masa untuk pembentang tapi banyak input yang kami dapat. *Selain dapat makan free selama 2 hari.hehehe..* Lagipun isi kandungan seminar ni memang bersangkut paut dengan bidang kitorang pun, kitorang kan bakal pendidik.. Hehehe.. Insya Allah.. :D


Mereka2 yang join seminar ni terdiri daripada student yang amik master & PhD. Diorang dikehendaki untuk membentang hasil kajian & perisian yang diorang buat.. Memang best la, sebab semua hebat2.. Seminar ni buat aku berfikir nak sambung lagi ke lepas degree ni?? Tapi aku tak tau lagi camna.. Insya Allah.. Nanti difikirkan semula.. 


Sekarang ni nak fikir pasal kit ABBM aku yang tak siap lagi oi~ Hari Jumaat ni ada kuiz KPD 3016, hari Jumaat ni jugak ada speaking test & hari Jumaat ni jugak hari terakhir kuliah.. Yuhuuuu!!! Study week seminggu pastu final exam 2 minggu, pastu balik Sabah lagi!! But this time balik Sabah with my buah doyan.. Muehehehehe~



Salam.. ^___^

Wordless Wednesday ~24~ : Dah langit ke berapa ni??

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. :D









Ku di awang-awangan~
^___^


Raya 2013 kami.. :)


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Warning : Tuan punya blog memang suka letak gambo beso gedabak kat blog.. hehehe..

Rasanya belum terlambat kan nak post entri pasal raya ni? Sekarang ni masih dalam bulan Syawal lagi. Tun M pun baru buat open house hari ni. Tapi x berkesempatan plak nak pegi, jauh laa.. Kalau pegi agak2 dapat duit raya tak? hehehe..


Okei la, malas nak cakap banyak.. Layankan je la gambar2 raya kitorang kat bawah ni berserta caption2 yang ntah pape..hehehe.. Ohh ya, the tema for this raya is blue, turquoise, biru skirt skolah menengah, biru sikit2 nak ijau.. Hahaha... Tapi tak berapa nampak la sebab lighting.. Lagipun kitorang amik gambar kat ruang tamu dengan pintu rumah yang ternganga luas.. Silau yang amat sebab tu edit dengan Camera360 bagi pic tu redup2 sikit.. hehehe..


The only girls in da family

Ni siblings yang pompuan. Sebelah kiri tu kakak aku, yang duduk sebelah kiri tu adik yang selepas aku & yang duduk sebelah aku tu adik pompuan bongsu kitorang. Sekarang da form 5, SPM 'victim' kata budak2 sekarang. Hehehe..



The girlssss with le mami

Ni plak gambar ngan mak aku.. Hobi kami sama iaitu SHOPPING!! hehehe..



Ni la family kitorang..  :)

Gambar sekeluarga yang ada macam2 gaya. Freestyle katanya~ hehe.. Adik bongsu aku dah macam join perbarisan rumah sukan ja.. hahaha..



Lepas ambik gambar ala2 skema terus buat freestyle.. suka sangat la tuhh.. hehe..

Ni pun gambar freestyle jugak. Gambar skema 1 kali ja ambik, freestyle plak yang banyak.. hehe..
Oh ya, thanks to tunang akak aku coz jadi photographer tak bertauliah.. hahaha..



Ni la kitorang adik-beradik.. Ni susunan ikut ketinggian eh? hehe..

One of my favourite pic.. Buat2 terkejut kononnya pastu siap beratur ikut ketinggian lagi. Tinggi kitorang lebih kurang ja, cuma yang hujung ni memang terlebih tinggi. kekeke...



Ni la bapak aku.. Idola ni.. Sorang cikgu yang garang.. hehe..

Haa, ni la dia idola aku. Cikgu ni memang garang wa cakap lu..
Dulu masa aku sekolah rendah bapak aku ni guru disiplin pastu aku ni plak nakal.
Banyak kali jugak la merasa kena denda, kena rotan ngan bapak sendiri.. hehehe..



Le adik yang tinggi

Ni adik lelaki aku yang pertama. Masa kecik2 mata dia memang sepet tak sama macam kami adik beradik yang lain..
Dulu2 pernah sampai nangis2 balik umah sebab kawan dia cakap dia ni anak angkat..
Hahaha..


Comel tak aku punya baju?? Polkadot gitu lohh..

 Ni saja ja nak promote baju polkadot yang comel ni.. Beli online ja, xda masa nak gi cari baju raya kat kedai. Confirm sesak yang amat.. Dah la posa, kang ada yang ter...buka posa nanti.. Hahaha..


And...
Last but not least....


Geng KPOP, KDrama & Running Man.. hehe..
Ni adik yang selepas aku..
Baru lepas habis study kat Politeknik..
Terer masak western yuu...
Tapi malas.. hahaha...


Setakat ni ja la, takleh share banyak2 nanti lenguh nak skrol ke bawah. hehehe..
Raya tahun ni memang terasa agak meriah sebab family mak aku suma ada kat kampung..
Walaupun cuti aku sekejap saja tapi tetap rasa berbaloi..

So...

Selamat hari raya untuk readers blog ni..
Mintak maap banyak2 sekiranya ada yang tersakit hati dengan post2 atau komen2 dari aku..
Manusia memang tak lari dari buat kesilapan tapi jangan la jadikan amalan..

Salam...


Kesian kat dorang...

Assalamualaikum, selamat sejahtera.. :) 

Nampaknya aku dah jarang sesangat jenguk blog aku ni.. Blogwalking pn dah jarang yang amat.. Aku xda la bz mana pun tapi.. ntah la.. aku pun tatau apsal aku jadi gini.. Mood blogging tu dah pudar.. Sepudar lagu Rossa la lebih kurang..

Oh ya, birthday aku dah lepas.. And now, i'm OFFICIALLY.... 2* years old.. Ce teka.. Ce teka.. Hehe.. Muda remaja lagi ni.. Hahaha..

Setakat hari ini keadaan kat Lahad Datu dah semakin pulih.. Walau masih ada sisa-sisa penceroboh tu kat sana, sekolah-sekolah dah banyak yang buka, orang ramai pun dah mula lalui hidup dorang macam yang sebelum ni.. CUMA.... Sekolah-sekolah yang dekat zon merah belum buka lagi.. Orang kampung yang dari zon merah pun masih tinggal kat penempatan sementara lagi.. Kesian dorang... :(

 Aku kagum dengan semangat guru-guru kat sekolah rendah yang terjejas tu especially sekolah tempat bapa aku mengajar, SK Tanjung Labian.. Walaupun sekolah tu kena tutup, pastu pelajar2 sekolah tu pulak terpisah, ada yang kat pusat penempatan sementara di Embara Budi, Fajar Harapan, Cenderawasih dan menumpang di rumah keluarga kat tempat2 lain, sekolah tetap diteruskan jugak..

Caranya, dorang buat khemah khas dekat tempat pusat penempatan sementara tu. Student yang ada kat sana dibahagikan mengikut tahun/darjah. Pastu ada la cikgu yang akan ajar dorang. Kadang-kadang cikgu tu akan pergi ke pusat penempatan sementara yang kat Fajar Harapan sebab sana pun ada jugak student dari SK Tanjung Labian..

Aku terharu dengan kegigihan guru-guru ni especially bapa aku walaupun terpaksa ulang-alik dengan jarak dari rumah ke sekolah yang bukannya dekat, pastu kereta plak selalu buat hal.. Semoga bapa ku dan guru-guru lain sentiasa dilindungi oleh Allah SWT..

Kesian kat penduduk kampung yang terlibat.. Most of family Min orang kampung Tanjung Labian.. Nasib baik sempat keluar dari kampung tu.. Sekarang dorang tinggal kat rumah Min.. Setiap hari buka fb mesti mo cari update pasal penceroboh tu dulu.. Risau sangat2.. 

Sejak insiden pencerobohan tu, Lahad Datu dah semakin terkenal.. Asal orang tahu ja aku asal LD konpem terkejut.. Kawan silat, housemate, pekerja kedai komputer, pekerja kedai buku & yang baru-baru ni budak SUKSIS ntah dari U mana tah.. 


Cara yang betul menyanyikan lagu Firman - Kehilangan

First, nak gelak dulu..
Hahahahahahaha~~
Sapa yang tahu lagu Firman bertajuk Kehilangan tu mesti kenal lirik ni kan?
Ok, jom tengok bawah..


Sumber : Sabahan Troll


Camni la kot korang time nyanyi lagu ni kan?? 
Aku jumpa ni time tengah hari tadi..
Tengah sedih2 and takda mood haruslah layan Sabahan Troll kan supaya tergeletek jantung dan geli hati..
Sampai sekarang kalau aku tengok ni balik sure aku ketawa tapi tak da la ketawa terbahak-bahak..
I ketawa ayu2 ja, no sound..
Kehkehkeh..

AKU GILA!!!!!
hahahahaha...


Kbai! XD

Q & A about Sabah

Kat sini ada tempat karaoke tapi awak tak dialu-alukan sebab confirm suara tak sedap.. haha :P



Q : Kenapa Sabah tiada LRT?

A : Sebab kalau dipasang LRT nda juga diguna sebab orang Sabah kurang2 pakai Viva,mana ada pakai motor apa lagi mau naik LRT.Nda percaya kamu boleh tengok ditraffic light,boleh dikira berapa biji ja motor.

Q : Kenapa Sabah tiada shopping complex power-power macam 1Utama,Sunway Pyramyd,Times Square?

A : Sebab orang yang melancong pergi Sabah bukan mau tengok bangunan,durang mau tengok orang utan,mau tengok penyu,mau tengok hutan simpan,mau panjat gunung dan lain-lain lagi.Kalau mau tengok bangunan bagus durang nda payah melancong,dinegara durang lagi tinggi-tinggi lagi power-power shopping complex.

Q : Betulkah orang Sabah tinggal di pokok?

A : BETUL!tapi yang tu bukan orang,itu orang utan.Bulu orang utan coklat jingga perang,bulu manusia warna hitam.Kena tahu beza tu,jangan jadi bangang.

Q : Sabah tiada highway?Oh My God.Mesti jalan jammed.

A : Baguslah tiada highway.NO HIGHWAY NO TOL ! Nda la kami membazir duit mau bayar duit semata-mata mau limpas jalan.Duit TOL pergi kerja RM1.20,pulang kerja pun RM1.20,cuba kamu kumpul-kumpul dalam masa 1 bulan,dapatlah RM72.RM72 boleh sudah bayar Astro.Ada highway disana pun ada juga jammed,sia-sialah kamu bayar duit TOL.Who's smart?

Q : Dengar-dengar di Sabah selalu blackout.REALLY??

A : Ya..Kami nda jakun mau sambut EARTH HOUR setiap 31 Mac,sebab kadang-kadang selalu blackout kan.Baguslah juga begitu,dapat mengasi jimat sikit duit kami hujung bulan.Tapi kalau itu karan nda pandai hidup-hidup sampai 3 jam,itu bukan sudah mengasi jimat,tu mengasi PANAS sudah tu.

Q : LAST QUESTION!Apa yang bagusnya SABAH yang kamu bangga-bangga ni?

A : Di Sabah ni tiada apa-apa.Kuno bah..Tiada LRT,tiada Highway LDP,Federal Highway,Terowong Smart,Jambatan Putrajaya,KLCC,KL Tower,Sunway Pyramyd,Sunway Lagoon. Tapi di Sabah ada Rumah Terbalik.Cuba kamu kasi terbalik Sunway Pyramyd tu,berani ka? Kami nda bangga pun mahu ada bangunan sebab hasil koko,petroleum,sawit,getah,kayu balak dan lain-lain dari negeri ni lah yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan-bangunan disana. Untuk apa mau berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil usaha orang lain. 

Susah mau diexplain kamu klik sajalah wikipedia ni.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Sabah


Jumpa ni kat FB. Rasanya memang jawapan untuk soalan cik adik kat atas ni. Sama ada FB dia kena hack atau tidak, Wallahu' alam.. Tak payah la nak kutuk-kutuk negeri orang, mana-mana tempat kat Malaysia ni ada keistimewaan yang tersendiri, dat's why la Malaysia ni negara yang unik..

Anne Nurain