Showing posts with label journey. Show all posts
Showing posts with label journey. Show all posts

Wordless Wednesday ~24~ : Dah langit ke berapa ni??

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. :D









Ku di awang-awangan~
^___^


Off to Kuala Kubu Baru


Assalamualaikum..


Esok aku ngan semua housemate aku pegi kem kat Kuala Kubu Bharu. Kitorang ada kem Pemantapan Rakan Exco MMKLK & Perlantikan Rakan Exco. Fuhh panjang siot nama kem yang aku nak pegi ni.. Hehehe.. Kat umah kitorang ni ada 2 orang exco, kitorang yang lain ni jadi rakan exco ja.. Boleh la kan kalau nak timba pengalaman..


Sekarang ni housemate aku semua bz packing, aku lak bz update blog.. Hehehe.. Haruslah update blog dulu sebelum packing barang kan? Nanti lepas penat packing boleh terus tido.. Esok kena bangun awal.. Kitorang kuar rumah pukul 9, sarapan dulu pastu pukul 10 baru gerak ke KKB..


Kem ni 3 hari 2 malam.. Start esok sampai hari khamis.. So, xda la tengok blog dalam 3 hari ni. Dont miss me ya?? Hahaha.. Perasan sungguh mak jemah ni.. Tak dapat jugak la nak blogwalking.. Huhuhu.. Nanti balik dari kem baru aku update lagi, tu pun kalau larat laa.. Huhuhu...


Okei, doakan aku & kawan2 selamat pergi & kembali tau?? Babaiiii uollsss...



Follow blogshop saya!


Like page online shop saya!


Home Sweet Home.. Katanyaaa~~


Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera.. ^___^

Haluuuuuuu guys!!
Hari ni hari Isnin, bersamaan 5 Ogos & 27 Ramadhan 1434H..
Tak lama lagi raya & lagi beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita..
Huhuhu.. Sedih la, rasa sekejap ja kan?
Tup tup dah nak raya..


Sekarang aku dah ada kat rumah..
Lepas tragedi flight delay hari tu, eh, tragedi la sangat kan??haha..
Aku sampai KKIA pukul 3 pagi..
Masa dalam flight aku asik tidur ja..
Nasib baik masa nak makan tu ada chinese girl yang duduk sebelah tu kejutkan aku..
Kalau tak melepas la nak makan..
Hehehe..


Keluar ja dari balai ketibaan terus cari mak aku..
Dah jumpa then pegi cari teksi..
Mahal gila tambang teksi pegi Kampung Air, RM 45 derr..


Sampai hotel, makan sikit untuk sahur pastu tidur..
Penat yang amat, sampai nak bersihkan diri pon tak sempat..
Tak sanggup aku nak mandi, air cond hotel tu sejuk gila..
Aku ni kan jenis tak tahan sejuk..
Kena lagi masa tu KK baru lepas hujan..
Mungkin sebab tu la flight kitorang delay..
Agaknya la kan... Hehehe..


Esok paginya plak teruskan perjalanan balik ke Lahad Datu..
Kitorang naik bas Tung Ma..
Kalau kat Sabah, bas dari syarikat Tung Ma ni memang femes sebab dah lama, pastu jarang eksiden walaupun diorang bawak laju.
Tapi ntah mana silapnya, perjalanan yang biasanya 6 ke 7 jam kalau naik bas Tung Ma tiba2 jadi 9 jam..
Tuhan jak yang tau betapa bosannnya perjalanan 9 jam dari KK ke LD tu..
Aku kat dalam bas tu tido bangun tido bangun ja memanjang..
Habis la makruh posa aku..
Hehehe..

Dah la dalam bas tu ramai student poli, lelaki plak tu..
Tapi, ah pedulik apa aku..
No control2 ayu, tido ja yang penting aku selesa..
Aku berpegang pada prinsip aku..
Secomel mana pun sorang awek tu, kalau tido terlentok sana sini pon insya Allah akan tetap comel jugak..
Betol tak? Keyakinan tu PENTING!!
Hahahahaha~~

Sebenarnya, aku tak kisah pun semua tu..
Malas la nak control2 ayu bagai..


Tapi, syukur Alhamdulillah la..
Walaupun perjalanan ambik masa yang lama, akhirnya selamat sampai jugak ke destinasi iaitu my home sweet home..
Yihaaaaaa!!!!
Selain tu, thanks jugak for Mr. Min sebab menemani daku dengan SMS beliau di saat2 aku kebosanan dalam perjalanan.. 
Hehehehe...





Jelajah KL bah...



Muehehehe~~ Nak sengih2 dulu sebelum memulakan topik hari ni.. Hehehe... Sengih lagi.. CUKUP!! Hahaha.. Rasanya aku agak happy hari ni sebab tu lah sikit2 nak sengih pastu ketawa(syok sendiri nampak..hehe..) Okey, stop sengih2.. Nanti orang pikir aku gila plak..

Hari ini hari Sabtu.. Ok, fine.. Ada apa dengan hari ni? Jeng..Jeng...Jeng... Hari ni kitorang student Sabah n Sarawak ada program Jelajah KL.. Sebenarnya takde la jelajah sangat coz kitorang just pegi Muzium Negara, Planetarium ngan Sunway Piramid je.. 

View dari jejantas nak pegi Muzium

First kitorang pegi Muzium Negara dulu. Ada la dalam sejam kat sana, round2 muzium dengan encik kekanda sambil ambik gambar sesuka ati dan jiwa raga kami.. Dan sudah tentu la gambar aku paling banyak.. Huhuhu... 

Ho-Yeah!! Suda sampai Muzium Negara nye pun.. XD

Dah puas round muzium, kitorang jalan kaki lak pegi Planetarium.. Sebelum tu singgah jap beli makanan & minuman.. Lapar kot xda sarapan.. Lepas isi perut, aku ngan encik Kekanda mendaki tangga menuju puncak ke planetarium. Semput owh..
 

Masa kat planetarium kitorang dibawa pegi menonton teater pasal angkasa lepas.. Best giler tapi pening laa.. Rasa macam kita pun berada kat tempat dalam teater tu.. Kitorang pegi angkasa, tengok roket dekat-dekat, pegi bulan, tengok bintang.. Memang best lah.. Asal part yang memeningkan kepala mesti aku tutup mata. Hahaha... 

Tapi kitorang kejap je kat sana, lepas teater terus berkumpul kat luar sebelum naik bas pegi Sunway Piramid. Dapat tangkap gambar sikit je, ramai giler orang kat sana tadi.. Nak ambik gambar pun ada macam-macam halangan.. Orang lalu lalang macam kat pasar.. Hahaha...

Rehat sebentar bersama encik Kekanda.. ^___^

Lama kitorang kat Sunway, semua dah berpecah ikut haluan masing-masing.. Tinggal aku ngan encik Kekanda ja round2 sekitar Sunway Piramid tu.. Sekadar cuci mata dan melonggarkan sendi-sendi lutut.. Hahaha... Dalam pukul 6 begitu baru kitorang bertolak balik ke Tanjung Malim..

Syukurlah aktiviti kami berjalan dengan lancar walaupun tak dapat pegi banyak tempat.. Tiga pun dah kira banyak la tu kan?? Hehehe... Thanks to encik Kekanda yang sudi temankan aku ke sana ke mari pastu jadi photographer tak berbayar lagi.. Hahaha...


A new life begin ~~ Part 1 ~~

Assalamualaikum..


Yuhuuuuuu eberibadi !! Akhirnya dapat jugak aku apdet blog aku ni.. Huhuhu.. Kebetulan hari ni aku langsung xda kelas, so ambik la sikit masa untuk apdet blog kesayangan aku ni.. Banyak yang aku nak cerita ni, dats means entry kali bakal memakan masa anda selama berjam-jam untuk membacanya.. Haha.. Melampau kan? Suka ati aku la kan? Tak nak baca pegi jau2.. hihi.. :P

Flight aku hari tu 6hb pukul 3.55 petang, tapi delay sampai pukul 4.25.. Yang bestnya, bukan family aku jak yang hantar aku tau? Mak n adik Kanda ku pun datang jugak.. Aku ingatkan Kanda ku jak yang datang, rupanya mak mertua ngan adik ipar masa depan pun ada sekali.. Hehehe.. Sebenarnya masa dekat2 raya hari tu aku ngan enchek kekanda ada gaduh skit (sikit jerr.. hihi..), tapi bila dia datang jumpa aku kat airport hari tu, aku tau dia dah x marah aku lagi dah.. Hehehe... Sebelum masuk balai berlepas sempat la dating jap ngan dia, padahal esok jumpa jugak d UPSI.. Hahaha.. Xda la, dia tau aku tengah berperang dengan perasaan masa tu.. Aku sedih sebab nak pergi jauh dari family aku, tapi dia sengaja buat aku happy2 jak.. Bila nak masuk balai berlepas tu, aku tahan jak perasaan aku.. Aku xnak nangis, nanti mak aku pun ikut nangis jugak.. Huhuhu.. 

Masa menunggu flight delay tu, ada sorang akak ni mintak aku tolong jaga anak dia yang baru berumur 10 bulan.. Geram tengok budak tu, comel giler.. Tiba2 aku rasa macam pernah nampak lak budak tu, tapi x ingat laa.. Huhuhu..

Anak aku yang baru berusia 10 bulan.. muahahaha...
Boring giler kat kapal.. Dahlah xda kawan nak cerita2, sejuk n lapar lagi.. Hehehe.. Tido pun kejap jak.. Bila dah sampai KLIA, aku dah mula bersemangat.. Ingatkan sampai jak terus naik bas UPSI, rupanya kena tunggu student lain lagi.. Sekali lagi aku merasa bosan yang amat sebab terpaksa stay airport yang sejuk tu sampai pukul 1.30 pagi.. Fuhh, 6 jam d airport sangatlah menyeksa jiwa dan raga ku.. Dah la x kenal sapa2 lagi masa tu.. First time lagi sampai sana.. Luckily, i'm survive.. Hahaha.. Pukul 1.30 baru naik bas pegi kolej kediaman masing2.. Perjalanan lebih kurang 2 jam, aku sempat gak tidur.. Aircond bas pun sejuk yang amat, nasib baik aku boleh tahan.. Penatnya, Tuhan jak yang tau.. Sampai d KHAR terus di bagi bilik sementara ngan budak sabahan yang lain.. Sempat berkenalan sekejap sebelum menidurkan diri masing2.. Hahaha...

Tu jak la dulu, aku x larat mo taip panjang2 ni.. Nantikan Part 2 di masa akan datang.. (Aku malas sebenarnya..) Hahaha..



Anne Nurain