Showing posts with label Happy. Show all posts
Showing posts with label Happy. Show all posts

Happy Birthday To Me !!

Assalamualaikum..


Morning uolls!!
Hari ni birthday aku yang ke ____..
Sila isi tempat kosong.. Hahaha..


Semalam housemate aku buat surprise kat aku..
Memang tak sangka sangat sebab mula2 ingat tu majlis makan2  ngan our lecturer yang jugak merupakan pemilik rumah sewa kitorang..
Patut la sampai majlis nak mula pun lecturer tak datang2..
Alih2 diorang bawak keluar kek dari bilik..
Ish3x... Tokojut den.. Hehehe..


Apa2 pun, thanks a lot my kesayangan semua..
Tak sangka sampai Min pun ikut subahat sekali..
Rupanya Min pun dah tau yang majlis tu surprise birthday party untuk aku ngan Iyqa yang kebetulan sama bulan lahir ngan aku..
Cuma dia tak datang la, segan katanya.. Hehehe..






Ni la dia muka2 yang telah men'surprise'kan aku ngan Iyqa semalam..
Memang "thorrrrbaeeeekk" la korang punya plan..
Mo bagi berapa bintang yaa??
Hehehe..


Sebelum nak hantar tetamu balik kolej, kitorang sempat ber'groufie' beramai2 kat luar rumah..
Tak kisah dah ngan jiran2 sekeliling..
Orang dok lalu lalang pun mungkin senyum2 kambing ja tengok gelagat budak final year yang tak matang ni.. Hahaha..
Ada banyak lagi gambar groufie, dari dalam rumah sampai la ke luar..
Asik aku jaa yang pegang monopod tuh..
Sampai naik lenguh tangan pegang monopod..
Tapi demi kekawan, I sanggup nokss!!
Hahaha..


Dear friends, aku harap persahabatan kita akan kekal sampai bila2..
Walau dah kawen, anak berderet, aku harap kita semua still kamceng lagi..
Sedih sebab ni last semester kita together-geder..
Korang semua duk Semenanjung, senang la nak jumpa..
Aku sorang ja Sabah.. Hukhukhuk..


Jom habiskan semester terakhir kita dengan kenangan2 yang manis sampai semut pun tak larat. Hahaha..



Much love, 
~Anne Nurain~

Awat comel sangat ni???

Assalamualaikum & hai semuaaaa...


Tajuk tu bukan tujukan kat korang ye?
Jangan nak perasan.. Hahaha..
Sebenarnya ayat kat tajuk tu aku tujukan kat budak kat bawah ni...




Comel kan?? Kan??
Ya Allah, tak sabar sangat nak balik jumpa budak tecik ni..
Nak tau tak? Tiap2 hari adik2 & akak aku akan send gambar budak ni kat wechat..
Kalau tak puas tengok gambar, aku suh diorang send video plak..
Dan tiap2 hari jugak la aku rasa nak fly balik Sabah..
Hehehe..


Maapkan ke'eksaited'an aku ni ye?
Kot2 ada yang menyampah dengan aunty Anne ni kan?


Okei Anne, teruskan menghitung hari habis praktikum..
Teruskan menanda "X" kat kalendar..
Seminggu terakhir mohon packing barang awal2..
Hahaha..



CPUV : SME Micro Finance

Assalamualaikum W.B.T


Tau tak dalam sehari berapa kali aku cek Nuffnang aku??
Banyak kali tau? Hahahaha..
Motip jenguk Nuffnang banyak kali adalah semata2 untuk cek ada tak CPUV yang masyukkk..
Tetiba tengok hari ni, ada jugak iklan baru yang lekat..




Alhamdulillah syukur, murah rezeki bulan ni..
Banyak nau CPUV yang tengah ongoing..



CPUV kali ni adalah dari Maybank..
Maybank sekarang ada buat pembiayaan untuk Mikro PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana)..
So, sesapa yang teringin nak buat pinjaman boleh la klik iklan Maybank tu then dia akan tunjukkan syarat-syarat untuk dapatkan pembiayaan..
Tapi ni pembiayaan untuk perniagaan tau? 
Bukan personal loan.. Hehehe..



Okei, jom join Segmen Bloglist Exchange saya jom!! ^__^


Wordless Wednesday ~32~ : I love.......

Assalamualaikum..





Sekian... ^___^

Baucer buku!!

Assalamualaikum & hai hai korang!!


Hari ni baru ada kesempatan nak update blog.. Sori la tak sempat nak balas kunjungan korang2 yang datang ke blog ni.. Komen2 pun aku publish je, tak sempat nak reply.. Ampunkan patik ya kawan2? Hehehe.. Bagi yang baru follow blog aku ni, aku ucapkan billion2 terima kasih sebab sudi follow blog yang serba kekurangan ini.. Hehehe.. Insya Allah kalau ada masa aku follow korang balik eh? Kalau sudi, join la jugak GA aku eh? Banyak hadiah best2 tau? Nak join klik -------> SINI.


Semalam kitorang dah dapat baucer buku.. Hooreeyyyyy!!! Jom joget2 happy sekali.. Hehehe.. Sepatutnya turn semester 6 amik baucer hari Jumaat & Sabtu ni. Tapi kebetulan kaunter tempat amik baucer tu tak ramai orang, so kami pun pegi la menyibuk jugak nak ambik. Nasib baik boleh ambik awal.. 

Eh kenapa RM150 je??


Pastu kebetulan lagi minggu ni ada event kat kampus, anjuran kursus Geografi kot, banyak la gerai2 baju, buku, kerongsang & makanan kat kampus.. Alang2 dah keluar dari tempat persembunyian (rumah la.hehe..) kami pun ronda2 la sekitar tapak jualan tu.. Dan dengan pantasnya, baucer aku dah habis RM100.. Kehkehkeh.. Nak tau aku beli apa? Ni ha, kat bawah ni.. Hehehe..


Buku rujukan yang sangat penting.. :P


Ni baru 3 novel dari senarai aku yang very the panjang.. Hihihi.. Ada 4 novel lagi yang aku tengah target sekarang ni.. Harap2 dapat la novel2 tu jatuh ke tangan aku.. Hohohohoho... Gelak sin chan jap.. Thank u soooo much la kerajaan sebab bagi kitorang BB1M ni.. Harap2 tahun depan naik la pulak pegi RM300.. Muehehehehe...


Hari ni result SPM dah kuar kan? Huhu.. Mesti blogger2 yang lepasan SPM ni nebes gila especially adik aku yg nun jauh d kampung. Dan tak lupa jgk +Akeyla Azmi , +Ninaa Hassan & semua la yang berkenaan.. Yang perasan nak jadi lepasan SPM pun boleh jugakk.. Hehehe.. Semoga dapat result yang hebat2 debabomb gituu.. Kalau tak dapat seperti yang dijangka pun takpe, semua tu ketentuan Allah.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. :D



Jawapan kiriman misteri

Assalamualaikum & hai semuaaaa~


Misteri la sangat kan?? Hehehe..
Sebenarnya, kiriman tu adalah benda kat bawah ni...




Taraaaaa!!!!!!!
Nampak tak apa benda atas ni??
Hehehe.. Ni la kain cotton yang aku beli & nak jual nanti..
Aku belum cukup bertuah lagi nak menang GA.. Hukhukhuk..


Kain ni semuanya ada 6 pasang..
Kain ni kain matching, means ada 2 jenis kain yang dipadankan (2m+2m).
Cantik tak? Cantik tak?? Terlebih eksaited dah ni.. 
Sebab kain2 ni cantikkkk sangatttt.. Hihihi..


Agak2 ada yang berminat tak nak beli?
Kalau ada, nanti aku upload gambar kain yang sejibik-sejibik..
Baru puas mata memandang & berat dompet melepaskan duit pergi..
Hahahahaha..


Maybe next day pun akan ada abam pos laju datang umah hantar something..
Yang tu pun tak sabar nak tunggu..
Nak tau apa?? Nanti aku update belog eh? Hihihi..


Oh ya, ada lagi tak yang nak jadi sponsor?
Aku cari lagi 2 orang..
Tapi tak leh la sponsor topup coz yang tu dah ada 3 orang yang sponsor..
Hihihihi..





Wordless Wednesday ~28~ : Kiriman misteri

Assalamualaikum & hai semua geng2 blog.. hehehe..






Jawapannya tunggu malam ni..
Hehehe..



CPUV lagikkk.. hihihi..

Assalamualaikum & salam sejahtera uollss..


Hehehe.. Sengih2 jap.. Muehehehe~
Thanks Incik Nuffnang sebab bagi CPUV lagi..
Happy gila dapat iklan baru, walaupun dapat 1 je..
Alhamdulillah rezeki.. :)
Hari ni ramai yang dapat CPUV dari Nuffnang kan??
Tahniah la buat korang semua & tahniah jugak buat blog pinky aku..




Aku dapat CPUV untuk INTI Cycle 1 Degree Exten... (Extended kot?? hehee)
Kalau ternampak iklan tu kat blog aku ni cepat2 la korang klik eh?
Iklan lain pun klik jugak la kalau rajin.. Kehkehkeh..
Lepas dah klik sila inform, nanti aku terjah blog korang laju2..
Hehehe..


Bagi yang belum dapat tu jangan putus asa tau??
Aku dah nak 4 tahun berblog baru dapat 2 CPUV, tu pun baru je dapat bulan lepas..
Alhamdulillah, syukur sangat2..
Hehehe..


Cerita presentation tadi..

Assalamualaikum W.B.T


Hai uollss!! Hehehe.. Nampak macam happy je kan? Memang pon happy sebab presentation dah lepas tadi.. Alhamdulillah, presentation tadi berjalan dengan lancar. Walaupun tak sempat nak gabung slide PowerPoint tu masuk dalam Prezi. Hehehe..


Muka happy lepas present.. kuikuikui


Lecturer memang tak banyak bising sebab lecturer tu memang sempoi habis.. First time jumpa lect pompuan yang macam tu.. Bawak sling bag pastu silang kat badan macam budak sekolah selalu buat. Tapi lect tu memang baik. Tak cerewet macam sesetengah lect yang aku kenal.. Hehehe..



Ni memang muka2 satu group ngan aku dari sem 2 lagi.. hehe


Lagipun kelas untuk subjek Advanced IT Application ni memang sikit je student dier, semua coursemate aku jugak cumanya tak ramai sebab ni subjek untuk student yang amik minor programming. Coursemate yang lain ada yang amik minor B. Melayu, Perdagangan, Geografi  & banyak lagi la.. 


Haa!! Main candy crush! Report lect kang.. huhuhu..


Kat Malaysia ni tak semua sekolah menengah ada subjek ICT kan? Sebab tu kami kena amik jugak minor subjek lain. Adik2 yang masih bersekolah tu, sekolah korang ada tak subjek ICT? Kalau ada boleh jugak akak nak apply praktikum kat sana untuk tahun depan nanti.. Hehehe.. Nak jadi akak2 jap, nanti semester 7 jadi cikgu2 pulak.. Berdebar pulak rasanya.. Hihihi..


Insya Allah kalau berkesempatan nanti aku share sedikit sebanyak tentang tajuk presentation kami tadi iaitu "Aplikasi ICT dan Kesannya Terhadap Kehidupan". Banyak input yang berguna tau? Lebih2 lagi untuk para blogger yang rasanya paling banyak menghabiskan masa depan komputer/laptop. Hehehe..



Salam.. ^___^


Program Convoy & Charity Pangkor


Assalamualaikum W.B.T


Hai korang!! Harap korang sihat je hari ni.. :D

Program ni time 19-20 Oktober hari tu.. Dah berkurun duk dalam draft baru hari ni terasa nak publish. Hahaha.. Nampak bebeno tokey blog ni pemalas.. Bukan apa, banyak sangat gambar sampai aku pun terkeliru gambar yang mana satu nak masukkan dalam blog.Hehehe..


Program konvoi ni terbuka untuk lelaki sahaja, kitorang yang gegurl ni naik bas. Ingatkan dapat la tengok konvoi ni sepanjang perjalanan pegi Pangkor, rupanya tak. Kitorang ikut jalan kampung, diorang ikut highway.. Tak puas hati sungguh sebab tak nampak kekacakan & ke'cool'an BFF aku.. Huhu..


Apa-apa pun, jom kita tengok gambar2 ni dulu..
Hehehe...


Peserta konvoi warming up dulu sebelum memulakan perjalanan.. Jaket biru is my bf.. haha..



Antara peserta konvoi.. Eh, jaket biru ada lagi? hehehe..



Aku ngan housemate aku yang pegi..



Program tanam pokok dan pembersihan pantai



Isi perut sambil menyibukkan diri.. haha



It's him again! Kyaaa!! XD


Overall program ni memang best..
Walaupun tak dapat naik banana boat.. Wuwuwu  TT___TT
Dapat pengalaman tanam pokok dalam hujan lebat, makan tengah hari ramai-ramai sambil duduk kat atas pasir dan menghadap pantai, spent time with my dearest housemate, semua ni dah cukup.. :D
Next time ada program jalan2 lagi mesti join punya.. hehe..



1st CPUV? Biar betik??

Assalamualaikum WBT..


Eh terketar2 pulak tangan aku menaip.. Bukan sebab takut ke hape tapi sebab excited gila babeng.. Ahaha.. Apa punya bahasa la bakal cikgu ni pakai kan? Abaikan je la ek?? Sebenarnya aku terlebih eksaited adalah disebabkan oleh Cik Nuffnang kita tu haa..


Sebelum ni asal terbaca orang update blog pasal dapat CPUV dari Nuffnang mesti diorang akan dapat komen macam ni dari aku.. "Wahhh..", "Bestnyer", "Tahniah"... Pastu lama sikit jadi macam hambar dan jeles bunyinya.. "Untunglaaaa".. Pastu jadi makin teruk dengan timbulnya suara2 dari dalam hati yang berkata.. "Perlukah buat entri setiap kali dapat CPUV???" Tension homak kau.. Aku tak pernah2 lagi dapat CPUV.. T___T


TAPI.... Lepas habes je sesi dengki mendengki dalam hati tu tadi, aku pegi la melawat Cik Nuffnang and guess what?? Tetiba je aku ada 2 ketul CPUV!! Omaigad! Baiknya hati Cik Nuffnang bagi seprais kat aku.. Macam tau2 je apa yang ada kat ati aku ni.. Hihihi.. And then, after that aku pun jadi salah sorang dari mereka2 yang up entri setiap kali dapat CPUV.. Baru aku faham perasaan korang2 yang dapat CPUV.. Mesti hepi & eksaited kan?? Hihihi..




Syukur Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah.. Thanks sangat2 pada yang sudi berkunjung ke blog aku sama ada yang tinggalkan komen mahupun yang suka bergosip kat shoutbox aku.. Hihihi.. Dan tak lupa jugak buat silent reader blog ni.. *kalau ada la.. Hehehe..* Harap2 la CPUV ni duk lama2 kat blog aku.. hihihi..


Bila dapat CPUV ni tetiba bertambah pulak semangat nak update blog ni. Padahal esaimen botingkek-tingkek nak disiapkan.. Takpe, nanti pandai2 la bahagikan masa kan?? Pada yang dah banyak kali dapat CPUV tu dan berpengalaman, molek la kiranya menurunkan sedikit tips, nasihat, petua, pemuda untuk aku & mereka2 yang tak pernah dapat CPUV lagi.. hehehe..


Bagi sesiapa yang nak melanjutkan pelajaran tu boleh la jenguk2 course hospitality kat INTI International University & College ni yek??



Salam.. ^___^

Housemate kesayangan + review blog


Assalamualaikum W.B.T..


Hari tu roomate tanya bila nak masukkan gambar diorang dalam blog..
Nak jugak femes katanya..
Hehehe..

So, moh ler kita berkenal-kenalan dengan housemate2 kesayangan aku ni..


Dari kiri : Iyqa, Pika, Nurul, Murni, Pina, Nad, aku & Zalia..

Sebenarnya, ada lagi housemate aku yang lain..
Tapi ni ja yang kamceng..
Lagipun kitorang menyewa sama2 dari semester lepas lagi..

Murni ngan Nurul ambik Pendidikan Seni..
Aku ngan yang lain pulak Pendidikan Teknologi Maklumat..
Tapi kitorang bawah 1 fakulti yang sama..

Gamba ni masa pegi kem hari tu..
Kitorang kan tak duduk kolej..
Student yang menyewa kat luar diletak bawah jagaan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK)
Zalia ngan Iyqa ni exco UKLK..
Kitorang yang lain ni rakan exco je..
Hihihi..

Okei, sekarang jawab soalan ni..
Tetiba pulak ada kuiz kan?
Hehehe..

Antara ramai2 tu, ada sorang yang umur terlebih..
Maksud aku, yang paling tua..
Pastu cari yang korang rasa paling muda..
Kalau paling comel rasanya dah tau da sapa..
Hahaha...

Ce teka.. Ce teka..
Sapa jawab dengan betul dapat hadiah review blog.. :D



Cash out ChurpChurp


Assalamualaikum WBT..


Awal bulan 7 hari tu duit kat Churp2 dah boleh cash out..
Tapi aku cash out hujung bulan sebab kalau buat awal2 pun Churp2 akan proses di akhir bulan tu jugak..
Cek aku sampai minggu lepas..
Hepi kemain mak jemah tau??


Walaupun tak banyak mana tapi boleh la untuk sara diri sendiri..
Dah beso ni rasa segan plak nak mengharap duit mak bapak..
Lagipun aku sambung study atas kehendak sendiri, semua aku urus sendiri..
So, taknak la susah kan mak bapak aku..
Hihihi..




Thanks Churp2!!
Thanks jugak pada rakan2 yang tolong klik2 my ads..
Hihihi..


Bagi yang belum register Churp2 & berminat nak jana pendapatan pasif macam aku bolehlah klik gambo kat bawah ni untuk register..
Nanti aku akan guide korang cmana nak share link.. :)





Support my online biz! :)


7 tahun sudaaaaa...


Assalamualaikum...


Ehem.. Ehemm.. Tau tak apa yang dah 7 taun tu?? 
Hehehe.. 
Segan la pulakk.. 
Tengok ja la gambar bawah ni..






We're in love for 7 years oredi!!
Hehehe..
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT, hubungan kitorang dapat bertahan sampai tahun yang ke 7..
Walaupun makin naik tahun mesti soalan paling pemes di alam semesta akan kerap berkumandang di gegendang telinga..


"Bila nak kahwin??"


Pastu dengan poyo nya aku akan jawab,


"No comment.."


Haa kau, ala2 artis giteww..
Sabor je la ye, ada jodoh kawin la kitorang..
Sekarang ni fokus ngan study dulu, ada setahun lebih lagi di UPSI..


Oleh yang demikian...

Jom semua wish aku ngan Min supaya dipercepatkan jodoh, dipermudahkan urusan & cepat kawen..

Aamiin...

Muehehehehe~~




Suka perfume??
Jom LIKE Gojess Boutique!!

Raya 2013 kami.. :)


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Warning : Tuan punya blog memang suka letak gambo beso gedabak kat blog.. hehehe..

Rasanya belum terlambat kan nak post entri pasal raya ni? Sekarang ni masih dalam bulan Syawal lagi. Tun M pun baru buat open house hari ni. Tapi x berkesempatan plak nak pegi, jauh laa.. Kalau pegi agak2 dapat duit raya tak? hehehe..


Okei la, malas nak cakap banyak.. Layankan je la gambar2 raya kitorang kat bawah ni berserta caption2 yang ntah pape..hehehe.. Ohh ya, the tema for this raya is blue, turquoise, biru skirt skolah menengah, biru sikit2 nak ijau.. Hahaha... Tapi tak berapa nampak la sebab lighting.. Lagipun kitorang amik gambar kat ruang tamu dengan pintu rumah yang ternganga luas.. Silau yang amat sebab tu edit dengan Camera360 bagi pic tu redup2 sikit.. hehehe..


The only girls in da family

Ni siblings yang pompuan. Sebelah kiri tu kakak aku, yang duduk sebelah kiri tu adik yang selepas aku & yang duduk sebelah aku tu adik pompuan bongsu kitorang. Sekarang da form 5, SPM 'victim' kata budak2 sekarang. Hehehe..



The girlssss with le mami

Ni plak gambar ngan mak aku.. Hobi kami sama iaitu SHOPPING!! hehehe..



Ni la family kitorang..  :)

Gambar sekeluarga yang ada macam2 gaya. Freestyle katanya~ hehe.. Adik bongsu aku dah macam join perbarisan rumah sukan ja.. hahaha..



Lepas ambik gambar ala2 skema terus buat freestyle.. suka sangat la tuhh.. hehe..

Ni pun gambar freestyle jugak. Gambar skema 1 kali ja ambik, freestyle plak yang banyak.. hehe..
Oh ya, thanks to tunang akak aku coz jadi photographer tak bertauliah.. hahaha..



Ni la kitorang adik-beradik.. Ni susunan ikut ketinggian eh? hehe..

One of my favourite pic.. Buat2 terkejut kononnya pastu siap beratur ikut ketinggian lagi. Tinggi kitorang lebih kurang ja, cuma yang hujung ni memang terlebih tinggi. kekeke...



Ni la bapak aku.. Idola ni.. Sorang cikgu yang garang.. hehe..

Haa, ni la dia idola aku. Cikgu ni memang garang wa cakap lu..
Dulu masa aku sekolah rendah bapak aku ni guru disiplin pastu aku ni plak nakal.
Banyak kali jugak la merasa kena denda, kena rotan ngan bapak sendiri.. hehehe..



Le adik yang tinggi

Ni adik lelaki aku yang pertama. Masa kecik2 mata dia memang sepet tak sama macam kami adik beradik yang lain..
Dulu2 pernah sampai nangis2 balik umah sebab kawan dia cakap dia ni anak angkat..
Hahaha..


Comel tak aku punya baju?? Polkadot gitu lohh..

 Ni saja ja nak promote baju polkadot yang comel ni.. Beli online ja, xda masa nak gi cari baju raya kat kedai. Confirm sesak yang amat.. Dah la posa, kang ada yang ter...buka posa nanti.. Hahaha..


And...
Last but not least....


Geng KPOP, KDrama & Running Man.. hehe..
Ni adik yang selepas aku..
Baru lepas habis study kat Politeknik..
Terer masak western yuu...
Tapi malas.. hahaha...


Setakat ni ja la, takleh share banyak2 nanti lenguh nak skrol ke bawah. hehehe..
Raya tahun ni memang terasa agak meriah sebab family mak aku suma ada kat kampung..
Walaupun cuti aku sekejap saja tapi tetap rasa berbaloi..

So...

Selamat hari raya untuk readers blog ni..
Mintak maap banyak2 sekiranya ada yang tersakit hati dengan post2 atau komen2 dari aku..
Manusia memang tak lari dari buat kesilapan tapi jangan la jadikan amalan..

Salam...


Bakal Mak mertua, saya dah pandai anyam ketupat.. hihihi


Assalamualaikum..


Yaaa... tu diaaa!! Sebelum tido tangan ni gatal lagi pegi taip blogger.com, pegi jenguk2 follower dah berapa riban walopon sebenarnya tak sampai tahap riban lagi, riben pon tak.. Aku saja je nak tengok kot2 ada komen yang nak di publish.. Pahtu blogwalking la kejap, cuci mata tengok blog orang len..


Tadi pegi makan ngan Mr. Min lagi. "Lagi" tu sebab entri sebelum ni pon aku cerita pasal pegi makan & lepak2 dengan Mr. Min. Harapnya takda la yang muak ye? Kalau ada rasa nak muntah2 tu, haaa.. Adalah tu yang kena.. hohoho..


Aku saja ja nak makan kat luar. *walhal aku malas masak* hehehe.. Lagipun lusa aku dah balik Sabah. Mr. Min plak beraya sorang2 kat sini.. huhu.. Rasa tak sampai ati ja nak tinggalkan dia kat sini tapi keluarga ku lebih perlukan aku.. Perghhh.. Ayat dramatik yang amat. Memang la keluarga aku perlukan aku, kalau aku takda memang takda la kuih raya taun ni. Memang akan kurang la anggota gotong-royong bersihkan rumah & akan kurang la jugak makhluk2 yang akan melantak ketupat rendang mak aku.


Satu hari ni kat opis keja kitorang buat props untuk photoshoot raya fakulti kitorang. Tapi takdak plak aku amik gambar. Memang happening la kat opis tadi. Awal2 tu ramai staff takdak sebab diorang pegi gotong-royong masak bubur lambuk. Kitorang budak praktikal ngan 2 orang technician ja yang tinggal jaga opis. Sebelah petang baru ramai. Aku ngan Tihah buat props, Mr. Min ngan Shamsul plak buat ketupat. Terer tak diorang buat ketupat?? Opkos la terer.. Sebab aku yang ajar. Muahahaha.. 


Aku pun baru ja semalam belajar buat ketupat ni. Masa berjaya buat tu, ya Allah, happy yang amat. Macam perasaan masa mula2 dapat U dulu. Haa,gitu plak kan? Tapi memang happy sangat la sebab dah bertahun2 aku belajar buat, baru semalam aku berjaya menganyam seketul ketupat riben. Ni balik kampung nanti bolehlah offer diri sendiri untuk buat ketupat. Mesti mak aku bangga dengan aku ni. Lagi satu, dah boleh tambah satu lagi ciri-ciri menantu pilihan mak mertua sebab dah pandai anyam ketupat.. Kehkehkeh..


Dah habis luahkan perasaan bangga diri  ni tetiba rasa mengantuk pulak. Haha.. Okei la, tido2 nanti tak terbangun time sahur plak. Esok ada sesi photoshoot raya, pahtu petang plak majlis berbuka posa ngan staf fakulti kitorang. Jom pakai baju raya taun lepas esok!! hohoho..




Dia dah berubah.. But, I like it..

Assalamualaikum WBT...

Haippp!! Selamat malam semuaaa....

Kesian aku ngan blog ni, dah lama tak ber'update'.. Bak kata blogger lain, dah bersawang blog ni. Walaupun aku tak nampak pun celah mana yang ada sawang tu, tapi layankan je la kan? hekhekhek..

Sekarang ni student UPSI cuti mid semester tapi cuti dah nak habis dah pun.. Terasa cepat betul masa berlalu.. Tak terasa pun yang namanya cuti seminggu. Aku tak balik kampung.. Ye la, kampung I kan nun jauh kat Lahad Datu.. Ececehh, pasni tak yah lagi dah nak gtau  Lahad Datu tu kat mana. Mesti semua dah tau kan? Terima kasih yang tak terhingga la buat Kiram & the gang sebab dah popularkan LD. *Tangan ke bahu, mata ke atas*


Oh ya, tujuan nak update ni sebab nak gtau something kat blog yang disayangi ni.. hehe..

Sejak kebelakangan ni, Min dah berubah. Bukan la berubah ke arah yang tak baik. Kalau yang tu aku tak bagi. Nehi, nehi karungga.. Hahaha.. Apa aku mengarut ni.. Min sekarang dalam proses berhenti merokok. Sekarang kan dah pemes yang rokok elektrik tu.. Dia guna yang tu la.. Benda tu ada nikotin je, tu pun kandungan nikotinnya rendah ja kalau banding dengan rokok biasa yang bukan saja ada nikotin, tapi ada tar dan segala macam bahan campuran lagi. Min dah tak boleh nak isap rokok biasa.. Pahit katanya.. Alhamdulillah, syukurlah Min dah ada keinginan untuk berhenti merokok.. Hepi nya I... Hohoho~~


Pastu tadi masa Min teman aku pegi pasar malam, dia ada cakap nak potong rambut. Sapa2 yang kenal Min memang tahu yang Min suka simpan rambut panjang dari dulu lagi. Rempit katanya.. hehehe.. Sebelum masuk UPSI hari tu rambut Min lagi panjang dari rambut aku. Sekarang ni plak rambutnya memang la nampak pendek tapi bila tengok kat belakang, ada ekor panjang yang tersembunyi disebalik kolar baju. Nasib baik pak guard ngan lecturer tak perasan.. Pandai sungguh bakal laki aku ni.. ahahaha...


Nanti dia nak suruh kawan serumah dia potongkan rambut tapi dia nak tinggalkan rambut yang panjang tu dalam 2 3 helai camtu.. Tapi aku nak suruh kawan dia tu potong habis.. No more long hair.. Hahaha..


Kitorang ada 2 tahun lagi kat sini.. Fuhh.. Lamanya lagi nak kawen.. Hahahahaha... Tapi takpe la kan? Boleh enjoy puas-puas sebelum memikul tanggungjawab bila dah kawin nanti.. Ingat tanggungjawab tu senang?? Tak ye kawan-kawan?? Selagi tanggungjawab sebagai anak & student tu tak terlaksana dengan baik, jangan harap nak kawin.. Peringatan untuk diri aku sendiri.. Hohoho...



nota kecik : sabar menunggu 2 tahun lagi.. hekhekhek..

Ujian Kenaikan Bengkung


Assalamualaikum  & haiippp!!!

Seperti yang telah dijanjikan, cewahhh... 
Hari ni nak update pasal ujian kenaikan bengkung hari tu..
Gambar ada banyak tapi takkan nak masukkan semua kan?
Hehehe..

pancung leher

Gambar kat atas ni adalah asas elakan 1 nombor 7 yang dipanggil Juring Pelipat Balas Pancung.. Haa, nampak tak tu? Kaki kanan kat pelipat lutut lawan pastu pancung kat leher dia..



Yahhh!!! Hambik kauu!! 

Atas ni plak Asas Gerakan 1 nombor 5 yang dipanggil Tolak Lintang @ Tendang Juring.. Yang duduk kat kerusi tu kitorang punya cikgu, dia la yang menilai kitorang..
Walaupun dah biasa ngan cikgu tu tapi masa kena uji pun nebes tu tetap ada... Hehehe...



Latihan jap untuk ingat balik gerakan2

Yang atas ni dah bengkung putih dah, nak amik bengkung hijau plak..
Lagi banyak gerakan yang nak kena ingat..



Opss!! Jaga2 seluar, koyak kang.. hehehe..

Ni la dia pahlawan2 Melayu dan juga bakal cikgu.. hehehe... Gerakan ni namanya Lambung Kemudi atau senang nak ingat time latihan kitorang panggil tendang lurus depan..



Sebelum dan selepas

Ni lompatan harimau kalau x salah aku.. Yang 3 orang tu jadi penghalang atau nama glamornya, anak kambing.. Hehehe.. Selagi orang tu boleh lepas halangan tu, selagi tu la bilangan anak kambing akan ditambah.. Masa ujian ni, rasanya ada yang boleh lompat sampai 10 anak kambing.. Jauh tuu.. Kitorang jadi tukang sorak masa ni.. Bukan selalu dapat tengok kan.. Lebih-lebih lagi bila ada yang dapat lepasi halangan anak kambing tu.. Eksaited tengok bilamana diri sendiri tidak mampu untuk melompat sejauh itu.. Kehkehkeh...



Ni antara srikandi2 (cewahhh) yang terlibat dalam ujian hari tu..


Ni fevret aku.. hehe..

Gambar tak berapa jelas sebab muka aku tak clear dalam gambar ni..
Hahaha.. Kidding okei??
Ni sebelum balik, ujian mula pukul 8 pagi, habis dalam pukul 6 camtu la lebih kurang..
Sepatutnya ada ramai lagi tapi ada yang balik awal sebab ada program lain lagi..
Dapat satu lagi kenangan paling best dalam sem ni..
Semoga kita semua lulus ujian ni & dapat naik bengkung..
Hihihi...

Sila cari aku kalau leh jumpa..
Hehehe..





Abis dah sem 3!! huhuhu~~


Haluuuuuu!!! Assalamualaikum uolsss!!!


Pergghhhh... Dah macam retis la plak.. Kehkehkeh... Honestly, aku rindu yang amat dengan blog & kawan-kawan blogger aku.. Abis je paper 3P tadi maka berakhirlah semester 3 aku kat UPSI ni. Syukur alhamdulillah, dapat jugak aku lalui satu lagi semester yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Cewahh... Ada 5 semester lagi.. Huhuhu...

Lebih kurang sebulan jugak la aku tinggalkan blog ni dengan last entry yang pasal teaser2  bagai tu.. Hohoho.. Nanti lepas ni baru buka cerita pasal tu eh? Tu pun kalau ada yang nak baca la. Tapi kalau takde yang nak baca pun aku tetap nak update pasal tu jugak.. Hohoho...


Sebenarnya... 


Ni ja yang aku nak bagitau.. Kot-kot la ada yang rindu kat aku kan?? Ahakss!! Mana yang dah follow blog aku tu, aku ucapan terima kasih setinggi Burj al-Arab untuk korang sebab sudi follow.. Walaupun ada antaranya yang follow secara tak ikhlas (mintak follow balik).. Ah-ha... Terasa tak? Terasa tak? Kalau blog korang best aku follow la balik, kalau tak korang unfollow la aku balik.. Senang cerita, takyah nak marah2 bagai kan??

Aku bukannya nak kejar follower ramai, aku cuma nak berkawan, bermesra dan berkenal-kenalan ngan korang yang ikhlas nak follow blog aku yang tak best ni.. Dah la jarang update kan? Syok sendiri plak tu.. Ahahaha~~

Adehh laa.. Dah lama x update ni tetiba macam nak buat karangan 3500 patah perkataan la plak.. Better aku stop dulu. Nanti sambung kat entri seterusnya.. Nak pegi blogwalking dulu.. Daaa~~ Assalamualaikum.. ;)





Teaser utk next update.. cehhh~~


Banyaklah aku punya teaser2 kan?
Ekceli, nak update pasal ujian kenaikan bengkung hari sabtu baru2 ni..
Tapi sekarang esaimen masih taknak meninggalkan aku..
So, next time la aku update ya?
Ni gambar pendahuluan..
kehkehkeh...

Dari kiri - Pina, Zalia, aku laa~~


Muka-muka fresh sebelum ujian..
Tunggu la lepas ujian nanti cmana..
hohoho~~


Anne Nurain