Showing posts with label ChurpChurp. Show all posts
Showing posts with label ChurpChurp. Show all posts

Cashout ChurpChurp kali kedua

Assalamualaikum my sweety2 pie nyum nyum..


Hahaha.. Ada rasa geli gelimat tak kat tengkuk korang? Hahaha.. Anyway, faktor penyebab 'sweety2 pie' tu adalah kerana aku tengah lapar.. Baru je makan nasik lauk ayam-masak-kicap-tengah-hari-punya time maghrib tadi. Tapi sekarang ni dah lapar balik. Perut apakah ini?? Sekarang terasa nak makan pizza, aiskrim, kepsi, cheese cake, kekacang, pizza, aiskrim, kepsi, ehh?? Hahaha.. 


Sebenarnya bukan nak cerita pasal makan ponn tapi dah terlanjur lapar, cerita la sekali kan? Hekhekhek.. Oleh kerana hari ni dah hari terakhir dalam bulan Mac, maka aku pun telah membuat keputusan untuk cash out aku punya Churpchurp.. Kenapa tunggu hujung bulan? Sebab kalau ikut prosedur Churpchurp, sebarang cashout dalam bulan tu akan di proses di hujung bulan.. So, bagi tidak membazirkan masa bagus hold dulu & tunggu hujung bulan.. Dan, inilah hasilnya....



Earning dah reset pegi kosong kosong kooosoonggg balik.. Huhuhu.. Start esok kumpul earning baru lagi.. Kali ni aku nak kumpul sampai RM500 pulak baru cash out. Azam ni, jangan main2.. Azam bulan baru.. Hehehe.. 


Ada yang berminat tak nak join Churpchurp ni? Jom la daftar sekarang. Klik SINI kalau nak daftar ye? Earning memang tak menentu, kalau rajin share, ada orang klik link baru la earning tu akan bertambah. Memang kena sabar laa.. Earning aku yang baru2 ni pun aku kumpul dari bulan 8 tahun lepas.. Alhamdulillah, banyak la jugak.. Boleh la buat sara hidup.. Kehkehkeh..



Tips untuk Churpchurpers~




Cara detect spammer di Cbox

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :D


Aku tau mesti ramai yang memang dah geram sangat2 ngan individu2 yang 
suka tinggalkan link iklan di Cbox kan?? 
Lebih2 lagi iklan-klik-dapat-duit macam 8Share & Churpchurp..
Tapi kan, jangan la sampai nak tipu..

Letak nama Syasya tapi link bukan URL blog, dia letak link iklan pulak..
Cari duit biar ikut cara yang betul ek?
Nak ke makan duit haram hasil menipu orang lain??
Lain kali inform je kalau nak mintak tolong klik kan iklan..

Takyah nak mengelirukan sekaligus menipu blogger sebab 
some blogger tak tahu yang link tu sebenarnya link iklan..
Ingatkan ada kawan blogger datang gi blog, then kononnya nak la BW balik ke blog orang tu..
Sekali klik, eh, iklan rupanya..
Tertipu sudaaaa..
Hehehe..

Bagi yang belum tahu nak detect link spam ni, caranya senang je..
Tengok printscreen yang aku dah highlight kat bawah ni..




Just halakan cursor korang gi nama kat Cbox tu..
Then tengok kat bawah sebelah kiri browser korang..
Kat situ korang boleh tengok URL @ link tu sama ada link iklan atau blog..
Kalau aku baik hati memang aku klik je link tu tapi kalau aku malas....
Hmm.. Faham2 la ya?? Owner blog ni pemalas orangnya..
Kehkehkeh..



Tutorial Letak Iklan 8Share & Churp2 (Teks)

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera..


Hari ni nak bagi tuto simple pulak..
Tuto ni Hariz Hilman yang tanya..


Hariz ni blogger baru lagi..
Sila terjah blog beliau eh? 
Jom support new blogger.. hihihi..


Bagi korang2 yang ada akaun 8Share atau ChurpChurp tu 
korang boleh la letak link iklan korang dalam blog.. 
Kot2 ada orang nak klik kan? 
Rezeki tuu.. hehehe..


Tuto yang ni untuk iklan dalam bentuk TEKS.. 
Kalau nak yang dalam bentuk imej, nanti aku buat.. Hehehe..


1. Dashboard > Layout > Add a Gadget  > HTML/JavaScript

2. Masukkan coding kat bawah ni..
<a href="URL Iklan"> Teks </a>
 URL Iklan : Link iklan 8Share @ Churp2 korang..
Teks : Ayat yang korang nak letak.. Apa2 pon boleyy.. hehe..


3. Kalau nak bagi teks tu kat tengah kotak, just tambah  <center> kat depan coding dan </center> kat belakang coding..


4. Kalau nak bold kan tulisan, just tambah <b> kat depan coding dan penutup, </b> kat belakang coding.. Nanti coding korang akan jadi macam ni..

<center><b> <a href = "URL"> Ayat korang </a> </b> </center>


5. Kalau nak letak banyak link, copy & paste coding tu banyak kali.. Hehehe..

6. Satu lagi cara yang senang iaitu guna Text.. Add a Gadget > Text.


7. Taip ayat yang korang nak, pastu klik pada ikon macam dalam kotak merah tu untuk create a link.



8. Masukkan link korang dan tekan OK dan SAVE.. Senang kan?? 

9. TAPI kan... Teks ni duduk kat tepi, kalau nak dia duk kat tengah, korang kena masukkan jugak coding center tu. Hehehe.. Caranya pun senang je, klik Edit Html yang kat atas kotak tu pastu paste kan <center> & </center> tu kat depan dan belakang coding.. hehehe..


10. Save & tengok jadi ke tak.. Kalau tak jadi, bagitau aku eh? Nanti aku tolong.. hehehe..






Jenis ganjaran atau rewards dari ChurpChurp

Assalamualaikum WBT..


Hai uolls! Apa khabar? Harap sihat la ye?
Hari ni nak buat entri pasal Churp2 lagi.. Harap takde la yang bosan ye? Entri ni sebagai panduan je buat mereka yang baru join Churp2 ni.. Untuk yang dah lama join pon boleh jugak.. Kalau yang baru nak join pon tersangat la boleh.. Tapi kena daftar dulu okei? Klik je kat menu yang ada kat sebelah kiri blog ni. Hihihi..


Okei, straight to the point.. Entri hari ni adalah untuk mencirikan, ecehh ayat macam nak buat esei je.. Hehehe.. Sebenarnya, just nak explain kat Churpers sekalian tentang jenis2 rewards yang Churp2 'akan' bagi. Kenapa 'akan' bagi? Sebabnya, ada jenis2 rewards yang kadang-kadang je boleh dapat.


Ringkasan jenis-jenis ganjaran


Jenis-jenis ganjaran :

1. SOCIAL SHARE
Ni yang biasa punya rewards. *apa punya ayat daa* Memang akan dapat.. Pilih mana2 campaign @ iklan, share kat mana2 social media, then dapat earning.. Tu pun kalau ada orang klik la.. Hehehe..



2. SOCIAL SEED
Kempen untuk Churpers yang terpilih sahaja.. Contoh kempen macam kat bawah ni..


Ni campaign untuk social seed yang aku dapat


Untuk rewards yang ni, korang kena cipta ayat sendiri dan masukkan beberapa ayat wajib yang ditentukan oleh Churp2.. Lepas dah send ayat yang korang cipta tadi, kena tunggu pihak Churp2 approve. 


Dalam kotak merah tu adalah ayat wajib yang kena ada dalam tweet ciptaan korang..

Rajin2 la jenguk Twitter korang.. Kalau ayat yang korang cipta tu dah ada kat status twitter korang, itu bermakna ayat ciptaan korang dah di approved. Maka, korang akan dapat la ganjaran yang dijanjikan. Senang kan? hihihi..



3. SNAP SHARE
Yang ni aku tak da rezeki lagi nak dapat. Hehe.. Ni pun senang je.. Just amik gambar pastu upload kat instagram & sertakan sekali keywords yang diberi oleh Churp2. Siappp!! 

Contoh snap share campaign dari Churp2 Singapore



4. CAMPAIGN SEED
Yang ni pun aku belum pernah dapat lagi.. Mungkin pernah tapi masa tu aku sombong dengan Churp2. Padan muka.. Hahaha.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pegi blog Cik Itah, dia dah buat entri pasal ni sebab dia dah pernah dapat.. Jeles I taww.. Hihihi..



Sekian, tu je yang mampu dikongsikan bersama.. Ada mana2 part yang tak paham sila angkat kening dan tanya soalan ye? Kalau cikgu boleh jawab, insya Allah cikgu jawab.. Kalau tak dapat jawab, kita tanya pacik Google ramai2.. Muehehehe..





p/s : Isi tabung plisss.. hihi..


Cara nak share iklan ChurpChurp


Assalamualaikum WBT..


Hai korang!! Hari ni aku nak buat tutorial sikit.. Tuto ni tentang cara nak share iklan dari ChurpChurp.. Kenapa Churp2 saja? Sebab aku memang aktif kat Churp2 je.. 8Share kadang2 je aku share.. Hihihi.. Ni untuk tolong korang yang dah sign up Churp2 tapi tak tahu cane nak share iklan tu.. Hehehe..


Okei, first of all mestilah korang kena sign in dulu bagi yang dah daftar.. Yang baru nak daftar bolehlah klik kat menu sebelah kiri blog ni ek?? Lepas sign in, korang akan nampak ni.. Ni kira macam dashboard korang la, asal buka Churp2 je mesti nampak ni, asal nampak ni je mesti buka Churp2.. Hahaha..


Ni la dia senarai reward @ iklan yang perlu di share


Tapi jangan risau kalau rewards korang sikit ke, takde ke.. Korang tunggu je, nanti adalah tu iklan yang baru. Hihihi.. Sekarang cara nak share pulak.. Kalau nak mulakan share iklan, korang hanya perlu klik EARN MORE kat bawah sebelah kanan setiap iklan. Macam gamba kat bawah ni haa..


Contoh ads yang nak di share


Pastu korang akan nampak macam paparan kat bawah ni.. Bagi iklan yang korang tak pernah share lagi korang kena klik 'Share Message' kalau nak mulakan sharing.. Maap ler aku takde iklan baru nak tunjuk kat korang. Semua iklan aku dah pernah share, so paparan macam ni je la yang aku dapat tengok hari2.. Kehkehkeh..



Kat sini korang akan nampak step by step nak share.. Just ikut je step yang diorang bagi.. Copy mana-mana mesej pastu paste kat pesbuk korang, then post.. Senang bukan? Tapi kalau korang just nak amik link untuk share kat platform lain, contohnya nak letak kat blog macam yang aku buat kat bawah ni....


Dah nampak? Tolong ler klik.. Hihihi


 Atau nak share ngan kawan2 korang guna chat @ private message.. Pon senang cik kak.. Hihi.. Ikut je step kat bawah ni haa.. 


Highlight link kat atas tu pastu copy & paste kat mana2 kesukaan korang.. hihi


Amacam, boleh follow tak?? Kalau ada sebarang kemusykilan sila angkat kening tinggi2.. Hahaha.. Gurau je.. Komen je kat bawah.. Tanya banyak2 pun I tak kisah.. Huhuhu..





Ada yang nak join tak??


Assalamualaikum & hai korang!!


Uwaaa rindu giler kat blog!!
*padahal baru je update blog semalam*
Aku rindu nak pegi menjerit, melalak & bergolek-golek kat blog blogger yang lain..
Hahaha.. Hilang keayuan, kesopanan dan ketatasusilaan ku sekejap..
Mohon maap ye.. 
Okei, back to 'ayu' mode..


Ekceli kan, aku macam teringin pulak nak buat segmen klik2 iklan.. Ramai tak pengunjung blog ni yang join  ChurpChurp, 8Share atau apa jua jenis iklan yang perlukan klik?? Kalau ramai, boleh jugak buat segmen untuk tolong-menolong  meningkatkan earning sesama blogger kan? Kalau ada yang berminat, sila komen 'saya cantik / saya comel / saya ensem' kat bawah.. Biar semua perahsantan cantik-comel-ensem sama2.. Hahaha..  Harap2 ramai la yang nak join.. :D


Bagi sesiapa yang belum ada akaun ChurpChurp boleh la klik menu kat sebelah kiri blog ni.. Ce jeling sikit ke sebelah kiri.. Nampak tak? Perasan tak? Haa.. Silalah daftarkan diri anda dengan kadar sepantas Usain Bolt ye?? Hehehe..


Cari menda alah ni kat sebelah kiri.. :)


Haa.. Tu kalau nak daftar Churp2. Kalau nak daftar 8Share pulak klik kat SINI je.. 
Ada apa2 nak tanya sila angkat tangan ye?
Takut cikgu tak perasan kamu pulak..
Almaklum la cikgu ni pun tak tinggi orangnya..
Hihihi..





Cash out ChurpChurp


Assalamualaikum WBT..


Awal bulan 7 hari tu duit kat Churp2 dah boleh cash out..
Tapi aku cash out hujung bulan sebab kalau buat awal2 pun Churp2 akan proses di akhir bulan tu jugak..
Cek aku sampai minggu lepas..
Hepi kemain mak jemah tau??


Walaupun tak banyak mana tapi boleh la untuk sara diri sendiri..
Dah beso ni rasa segan plak nak mengharap duit mak bapak..
Lagipun aku sambung study atas kehendak sendiri, semua aku urus sendiri..
So, taknak la susah kan mak bapak aku..
Hihihi..




Thanks Churp2!!
Thanks jugak pada rakan2 yang tolong klik2 my ads..
Hihihi..


Bagi yang belum register Churp2 & berminat nak jana pendapatan pasif macam aku bolehlah klik gambo kat bawah ni untuk register..
Nanti aku akan guide korang cmana nak share link.. :)





Support my online biz! :)


Churp Churp?? Jom join!!


Ada akaun Churp Churp tak??
Kalau xda, haaa.. 
Apa kata klik SINI & join jadi Churp Churpers sekarang jugak!!
Hohohoho~~

Kemain semangat lagi aku kan.. Aku bukan apa, sejak kebelakangan ni aku dah start balik sharing campaign Churp Churp ni.. Sebelum ni susah sangat orang nak klik campaign yang aku share.. Mungkin masa tu dorang tak tau lagi kot.. Tapi sejak dua menjak ni, earning aku dah bertambah dengan jayanya.. Kalau masa mula-mula sign up dulu, berbulan-bulan tak lari dari RM1.20.. Tu pun sebab aku malas, lupa & selalu takda masa nak online.. 

Sekarang dah hampir 24 jam depan laptop, agak membazir jugak kalau tak berkongsi kempen/iklan2 dari Churp Churp ni kan? So, aku pun start la merajinkan diri ku yang kekadang malas tahap bapak gaban ni untuk share campaign.. At least dalam beratus-ratus  kawan kat FB tu (yepp, kawan aku takat ratus2 je, sesungguhnya aku bukan retis sampai nak beriban peminat. Huhuhu...), harapnya ada la kan yang klik & view campaign tu.. Dapat jugak aku reward.. Muehehehehe~~ 

Kat bawah ni contoh kempen yang kena share.. 
Klik je kalau nak tahu kempen ni pasal apa.. :D

Crabtree & Evelyn Concept Store

Master Chef Musim ke-2

Xperia Ion
(uwaaaa... i want this!!!)

Tu je la dulu setakat ni, time to sleep..
Esok kelas pukul 8 pagi kat kampus baru, so kena gerak awal..
Gigih lagi update blog kan?
Padahal mata dah nak tertutup dah ni..
Hehehehe..


Anne Nurain