Showing posts with label Coret-coret. Show all posts
Showing posts with label Coret-coret. Show all posts

Kisah orang tak balik kampung

Assalamualaikum WBT...

Sumber : FB UMP Troll


Hai uolls~ Rindu aku tak? Muahahaha.. Perahsantan nya aku.. Macam ja ada yang rindu kan?? Kekeke.. Oleh kerana adik +Akeyla Azmi  dah bising tanya bila aku nak update personal post, maka aku pun dengan rajinnya update la satu entri merang kerapu merang sekeper khas untuk Qila yang tersayang.. Hekhekhek..


Cuti midsem kitorang selama seminggu dah habis.. Huhuhu..
Sedih je rasa bila dah takde cuti.. Tak rasa puas pun nak bersenang lenang time cuti hari tu..


Kononnya... 
Sebelum cuti dah plan nak update blog lima ploh ratus kali sehari, tapi habuk pun tarak.. Pastu lagi, konon nak buat nota untuk subjek Game Development, tapi tengok tajuk bab 1 pun takda.. Aishh la semangat-sebelum-cuti, berkobar-kobar sungguh kau kan?? Pastu boleh pulak terlupa assignment untuk subjek Interactive Programming.. Dah habis cuti baru teringat pasal esaimen tu.. Nasib baik hantar minggu depan.. Selamat ahkak dari kena marah.. Hekhekhek..


Tapi memang best jugak la cuti baru2 ni.. 
Walaupun aku tinggal sorang2 kat umah sewa, yang lain balik kampung..


Berani jugak rupanya aku ni kan?? Meh tepuk2 bahu sendiri.. Syabas meri bete.. Ternyata diriku begitu berani.. Kalau diikutkan, rumah kami ni memang banyak jin bertandang.. Tapi syukur la takda jugak kena apa2 gangguan.. Gangguan dari manusia yang tergolong dalam golongan psiko & pencuri pun takda sepanjang cuti hari tu.. Padahal taman perumahan kami ni memang femes dengan kes2 yang sedemikian ghupe.. Hehehe.. Sekali lagi, aku bersyukur sangat sebab Allah SWT jaga & lindungi aku.. Alhamdulillah...


Tapi korang tau tak?? 
Seraaaam gila kot tinggal sorang2 kat rumah.. Lebih2 lagi bila aku mimpi ada orang panjat bumbung rumah nak naik gi balkoni bilik aku.. Sumpah tu mimpi paling seram & terasa macam real ja.. Aku terus terjaga & tengok jam.. Ohhh dah pukul 5, berani sikit la sebab dalam pikiran aku masa tu.. "Ah mana ada orang nak buat jenayah pukul 5 pagi camni.." Optimis gila aku kan? Hahahaha..


Okei, sekian kisah aku yang tak balik kampung.. Muehehehe...



Macam dah bertahun... Ececeh...

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera uollss..


Tajuk agak over sikit.. Hehehe..
Padahal baru sehari tak update blog..
Perasaan dah macam kucing ilang anak..
Eh, macam tau2 ja kan perasan mama meow kalau kehilangan anak..
Hehehe..


Last entry masa 1 Disember, tu pun entry GA je..
Pastu menghilang jap, tengok blog pun kekadang je..
Hehehe..
Ampun dan maap kepada mereka2 yang berkunjung @ follow blog tapi aku tak follow balik & tak BW balik ke blog korang..
Nanti dah banyak masa free aku pegi golek2 kat blog korang eh?


Aku busy sebab start ahad malam tu aku marathon drama korea tajuk 'Secret Love'..
Nanti aku cerita pasal drama tu bila free eh?
Tu pun kalau ada yang nak tau la..
Kehkehkeh..
Tapi drama tu memang best!!


Nanti sambung lagi, gadis ayu nak gi sidai kain..
Hahaha..



Salam.. ^__^


Berhenti mengeluh & bersyukurlah...

Assalamualaikum W.B.T



Mendengar isteri membebel di rumah, bermaksud aku masih ada keluarga...

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bermaksud aku masih ada suami...

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bermaksud aku masih ada mak dan ayah...

Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bermaksud aku mampu bekerja keras...

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tetamu di rumah, itu bermaksud aku ada kawan-kawan...

Pakaianku terasa agak sempit, itu bermaksud aku cukup makan...

Mencuci dan menseterika baju yang banyak, itu bermaksud aku memiliki pakaian...

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bermaksud aku ada tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bermaksud aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi ekzos & hon itu bermaksud aku boleh mendengar..

Mendengar bunyi Azan di pagi hari, itu bermaksud aku masih hidup..

Mendapat banyak komen di blog, itu bermaksud blog aku masih ada pengunjung.. hehehe..



Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. 
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Semoga yang membaca post ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.. :D




Jumpa kat pesbuk & edit sikit.. hihi.. :D


Hari sabtu aku

Assalamualaikum W.B.T


Hai uollss!! Weee rindunya kat blog..
Kalau sehari tak update rasa macam ada yang tak lengkap je.. Hehehe..
Apa aktiviti korang hari ni?


Hari sabtu aku minggu ni agak tenang sikit sebab takde pikir pasal assignment pun. Hahaha.. Penat la satu minggu bertungkus lumus siapkan assignment, so ari ni kira hari rehat la.. Esok baru sambung buat assignment lagi.. Best tak aku atur jadual? Hahaha..


Aktiviti hari ni, bangun pagi, cuci kain, sidai kain pastu bekpes biskut cicah ngan milk tea.. Pastu terleka berjam-jam menghadap blog & pesbuk.. Dah dekat tengah hari baru kelam kabut potong kain chiffon sebab nak pegi hantar kedai jahit, suh jahit tepi. Ku pikirkan senang nak potong kain chiffon tu, rupanya berpeluh jugak aku nak potong kain tu.. 


Lepas potong kain, bersiap nak pegi pekan. Hari ni kan ada pasar malam kat Tanjung Malim, so kami sebagai penghuni Tanjung Malim yang setia haruslah pegi ke pasar malam untuk memeriahkan lagi pasar malam disamping menghabiskan duit membeli makanan untuk sang perut tersayang.. Aku ingat nak amik gambar suasana pasar malam tapi sampai kat sana je terus lupa. Panas gila kat pasar malam tadi.. Nama je pasar malam tapi kitorang pegi dalam pukul 3 lebih macam tu.. Opkos la panas kan? Hohoho..




Hasil tangkapan di pekan tadi selain daripada laksa utara ngan ayam Uncle Bob yang dah selamat masuk dalam perut. Bunga kaler biru & merah tu brooch.. 3 ketul untuk RM5. Banyak sangat pilihan, last2 design tu je yang aku amik. Manik2 ni beli kat kedai jahit tempat aku hantar kain chiffon yang nak jahit tepi tu. Ada projek besar bakal menyusul selepas ni. Harap2 menjadi jugak.. Hehehe..


So, how was ur saturday? 
Kalau  +Aefa Aerisya aku tau hari dia tak best hari ni.. 
Kitak sabar jak owh? Hehehe..



Hujan redakan sakit hatiku

Assalamualaikum WBT





Alhamdulillah, Allah turunkan hujan di Tanjung Malim..
Kali ni mungkin Pina pulak yang tak dapat pegi kelas sebab hujan lebat.. Kehkehkeh..
Kebetulan hati tengah panas sekarang ni, mungkin hujan ni mampu tolong redakan sakit hati & amarah yang tengah menggelegak ni.. Eceh, ayat.. Hehehe..
Aku tengah panas hati sekarang ni, menggigil dah tangan nak control rasa marah ni..
Nanti dah reda rasa marah ni baru aku cerita ngan korang eh?
Takut kang dapat dosa mencarut ja kalau cerita sekarang.. Hehehe..
Keep calm bebeh.. Aku ni dah dewasa, so mesti timbang dulu baik buruk sesuatu perkara sebelum buat apa2 tindakan.. Think wisely kata orang barat.. hehehe..
Tarik nafas dalam2 & tenangkan fikiran dulu..
Okei, nak siapkan presentation untuk esok. hehehe..


Salam.. ^___^

Ada yang nak join tak??


Assalamualaikum & hai korang!!


Uwaaa rindu giler kat blog!!
*padahal baru je update blog semalam*
Aku rindu nak pegi menjerit, melalak & bergolek-golek kat blog blogger yang lain..
Hahaha.. Hilang keayuan, kesopanan dan ketatasusilaan ku sekejap..
Mohon maap ye.. 
Okei, back to 'ayu' mode..


Ekceli kan, aku macam teringin pulak nak buat segmen klik2 iklan.. Ramai tak pengunjung blog ni yang join  ChurpChurp, 8Share atau apa jua jenis iklan yang perlukan klik?? Kalau ramai, boleh jugak buat segmen untuk tolong-menolong  meningkatkan earning sesama blogger kan? Kalau ada yang berminat, sila komen 'saya cantik / saya comel / saya ensem' kat bawah.. Biar semua perahsantan cantik-comel-ensem sama2.. Hahaha..  Harap2 ramai la yang nak join.. :D


Bagi sesiapa yang belum ada akaun ChurpChurp boleh la klik menu kat sebelah kiri blog ni.. Ce jeling sikit ke sebelah kiri.. Nampak tak? Perasan tak? Haa.. Silalah daftarkan diri anda dengan kadar sepantas Usain Bolt ye?? Hehehe..


Cari menda alah ni kat sebelah kiri.. :)


Haa.. Tu kalau nak daftar Churp2. Kalau nak daftar 8Share pulak klik kat SINI je.. 
Ada apa2 nak tanya sila angkat tangan ye?
Takut cikgu tak perasan kamu pulak..
Almaklum la cikgu ni pun tak tinggi orangnya..
Hihihi..





Hujung semester 4 dahhh...

Assalamualaikum..

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.. Tapi as a student, berjaga sampai pukul 2 3 pagi ni dah biasa sangat.. Ada jugak yang tak tidur langsung.. Tapi aku tak penah la sampai langsung tak tidur.. Sleep is very important to me tau?? Ececehh..

Minggu ni last kuliah & tadi last class untuk sem ni.. Next week dah start final, hari Isnin. Paper Numerical Method lak tu.. Next paper lak Selasa, then Rabu.. Langsung takda gap, study dah la last minit.. huhuhu.. Harap-harap boleh la jawab jugak.. Wish me luck k, guys?? :)

Alhamdulillah segala bagai projek pun dah hantar & dah present. Alhamdulillah jugak walaupun masih ada final exam tapi sem 4 ni dah nak berakhir. Syukur la sebab dah hampir habis 4 semester kat UPSI ni. Ada 4 semester lagi nak habiskan. Lepas final ni, aku ada cuti 2 minggu ja. Balik kampung jap pastu balik sini lagi sebab aku ada LI (Latihan Industri). Aku LI kat UPSI ni jugak, kat bangunan fakulti kitorang. 

Nanti dapat la aku merasa posa kat sini. Jauh dari family, kawan2 pun takda.. Ada Min, Shamsul ngan Fatihah ja kawan aku LI nanti.. Tapi takpa la, Min ada pun dah cukup bagi aku. Kan dia pun dah aku anggap macam family aku sendiri. Insya Allah, akan jadi keluarga jugak satu hari nanti.. Aamiin.. Jom aminkan ramai2.. hihihihi..






Penunggu lab yang setia


Hari ni kelas mula pukul 11, subjek HCI - Human-Computer Interaction. Tapi tunggu sampai pukul 12 lecturer tak datang pun. Pastu tunggu la kat luar lab sebab ada lab Pentadbiran Sistem pukul 1 nanti. Nak pegi makan malas sebab takda kawan. Lagi pun dari lab tu ke Pintu Timur jauh yang amat. Tambahan pula, dahku ketika itu memakai heels. Opkos la selera nak melangkah dengan penuh gaya tu langsung takda. Dah nasib badan, tu je kasut bertutup yang aku ada. Nak beli yang flat, mahal kemain. Padahal pakai tak sampai sebulan terus rosak.. Ish..Ish..Ish..

Bila dah pukul 1, baru dapat tahu lab tu di anjak ke pukul 1.30.. Aishhh... Tunggu lagi.. Kalau la ada tilam ngan bantal kat situ, boleh dah tidur sementara tunggu student lain datang.. Hewhewhew.. Lab Pentadbiran Sistem ni sampai pukul 4. Kitorang belajar pasal Linux, pastu try2 command line kat laptop masing2.. Sambil-sambil tu sempat plak aku curi2 amik gambar pakai webcam laptop aku. Huahuahua...

ni la dia muka penunggu lab

penunggu lab bajet kiut jap.. hahaha..

Nampak tangan kat sebelah aku tu?? Ah ha~~ Tangan sapa kah ituuu?? Hehehe.. Tu tangan enchek Muhaimin merangkap kanda ku.. Aku amik gambar ni sembunyik2 tauk? Malu aa dengan orang sebelah menyebelah. Tapi rasanya kanda ku nampak apa aku buat ni.. Buat-buat tak tau sudah.. Hehehehe~~

Lepas lab ni kitorang ada tutorial Operating System plak selama sejam. Masuk kelas tu cuma jawab soalan pastu bincang pastu balik. Cepat kan? Hehehe.... Maka, dengan itu berakhirlah suda kelas ku untuk hari ni.. Berakhirlah jugak penantian perut comel kesayangan yang telah dibiarkan kosong sejak pagi lagi. Nasib baik la aku takda gastrik.. :)


Kandaku?? Dialah orangnya..


Semua orang tau hari ni hari pertama umat Islam berpuasa..
Fb pun penuh dengan status update pasal puasa..
U all puasa tak hari ni?
Aku, Alhamdulillah dapat gak puasa di hari pertama..
Tapi tak tau la dapat full ka tidak..
Mana tau tiba-tiba ada gap plak di pertengahan bulan..
Ekekeke~~

Semalam baca novel sampai tertidur..
Dalam mamai-mamai tu sempat jugak aku bookmark page mana last aku baca..
Tapi tak tau la betul ka jugak tempat aku selit bookmark tu..
He He He..

Pastu tiba-tiba tersedar, rupanya ada bunyi mesej masuk..
Kandaku mesej rupanya..
Mata dah cukup berat, payah yang amat nak buka..
Baca mesej pun susah..
Bak kata lagu, terkapai-kapai~~ aku kelemasan~~
Ha ha ha..

Dia mesej cam ni...

Selamat menyambut bulan ramadhan..
Ambil la peluang ni untuk kita beribadah..

p/s: sms di edit sedikit untuk mengelakkan rasa mual dan pening2 di bulan ramadhan.. :D

Dalam keadaan mamai tu sempat jugak aku tersenyum..
Sejak akhir-akhir ni dia dah dekat dengan ciri-ciri asben idaman..
Apakah.....???
Apa-apa pun semoga semua perubahan ni membawa kepada berita gembira.. :)


Ni 1st time aku letak gambar kandaku dalam blog..
And, 1st time jugak amik gambar berdua depan adik2 dia..
Maluuuuu... muehehehe~~
Thanks to tukang amek gambar, adik ipar masa depan yang cumilll~~




Pertengahan exam dahhhhh...

Assalamualaikum.. Selamat malam.. =)

Kesian blog ni, dah lama terbiar tanpa sebarang post dari tuan punya blog..
Maklum la bizi yang amat..
Bizi ngan esaimen serta projek yang berlambak macam lambakan pendatang asing kat Malaysia ni..
Hekhekhek..

Bila dah setel segala esaimen dan projek tu, tuan punya blog bizi lak dengan final exam..
Yup, kitorang kat UPSI tengah final exam sekarang ni..
Dah masuk minggu kedua dah..
Next week aku dah ada kat Sabah dahhh...
Uni lain ada yang tengah study week sekarang kan?
Untung laaaa... Kitorang xda study week..
Habis ja minggu 14 trus exam..
Bekakai jugak la mo ulang kaji semua subjek..

Tapi, as we know...
Student U kan hebak-hebak belaka...

Pelajar universiti ialah golongan yang sangat hebat kerana mampu mengulangkaji pelajaran yang diajar selama satu semester hanya dalam satu malam

Kan? Kan? Betul tak? Hehehe..
Okeii~~ Enough, nak sambung study..
Gud luck pada sapa-sapa yang nak exam nanti.. =)
Daaaa....


Aku penat giler.. =_='

Assalamualaikum.. Selamat malam korang...


Just nak gtau..
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


Aku PENATTTTTT sangat.....
Hari ni kelas dari pukul 8 pagi sampai kul 10 malam..
Nasib baik la lab kul 8 malam td cancel, boleh la balik awal ckit.. Huhuhu..
Insya Allah, esok nak hapdet pasal aktiviti with my ex-housemate hari Sabtu lepas..
Malam ni gua tak larat derr...

Ce teka sapa ni?? hihi..

Okeiiii.. Gud nite u olsss...
Sayang korangggg....
Muahhhhhxxxx..

~babai~


Silent Reader.. Really??


Perrggghhhh.... Lama gila aku tak update blog ni kan? Ceh, macam ja ada orang yang perasan. Hehehe.. Aku memang tak update blog tapi hari-hari aku buka blog ni, nak tengok sama ada blog ni sihat lagi ke tak.. hikhikhik..

Tak lama lagi kitorang final exam, sekarang ni pun dah ada kelas yang dah abis. Assignment pun tinggal assignment berkumpulan yang aku rasa takde la stress sangat kot.. Minggu ni rasanya aku ada banyak masa free, insya Allah nanti aku rajin-rajin update blog ni.. Rasa sunyi sangat kalau tak dapat luahkan apa yang terpendam kat ati & fikiran ni. 

Oh ya, aku baru tau yang aku ada silent reader.. Hihihi.. Tak sangka plak tau, ada jugak orang yang suka baca blog merapu ku ni.. Kalau ada yang perasan, *kalau ada laa...* dulunya blog ni ada selitkan info-info sikit selain personal story pasal aku.. Tapi sekarang aku langsung takda masa nak sharing info kat sini.. Banyak cerita pasal aku ja kan? Huhuhu... Thanks la pada sapa2 yang rajin singgah & baca blog aku ni eh? ^___^

Tapi, macam blogger lain selalu cakap, "blog aku, aku punya suka la..". Tapi sebagai peringatan, sendiri punya suka pun jangan la sampai nak malukan diri sendiri dan orang lain kan?? And 1 thing yang sangat-sangat important, please la, jangan sesekali sebarkan cerita-cerita yang korang sendiri tak tahu dan tak pasti kebenaran cerita tersebut.. Kalau korang sebarkan then tetiba cerita tu tak benar, korang dah dikira memfitnah tau tak?? 

"Dan sesungguhnya memfitnah itu lebih kejam dari membunuh"

Tapi kalau benda tu fakta, contohnya,

Sebenarnya... Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya....

Kalau macam ni takpe kot.. Am I right, peeps?? Ok la, tu je la. Nak tidooo... Huhuhu...

Entry Perasan!! haha..

Assalamualaikum & selamat tengah hari kawan2 blogger.. :)


Selamat menjalani ibadah puasa di hari yang ketiga.. Ada yang x posa ka? Syukur aku sempat posa di hari pertama.. Hehe.. 

Kemarin adalah hari yang sangat membosankan sebab aku x dapat log in belog ku yang tersayang ni.. Tension jugak la, try banyak kali tapi x dapat2 jugak.. Alhamdulillah hari ni dapat buka sudah.. Boleh suda p komen2 d belog yang lain.. Hihihi..

Pastu tadi pagi tiba2 teringin mo letak Facebook Like di belog ku ni.. Hehe.. Orang len ada Facebook Like, aku pun menggedik jugak mo buat.. Hahaha.. Page untuk belog ku ni dah lama ada tapi hari tu aku remove sebab memberatkan belog ku yang sudah sedia berat masa tu.. *Err.. sekarang da ringan ka atau masih berat jugak??* Hehehe..

Benda ni x penting sebenarnya kan?  Tapi aku mo jugak tau berapa ramai yang suka belog ku.. Betebiat ja kan?? Sekali-sekala bha, nanti boring aku remove la balik.. Hahaha..Apa lagi, sapa yang suka belog ku ni cepat2 la Like ya? Hehehe..

Okehh, hari ni Wordless Wednesday tapi aku lum jumpa lagi gambar yang aku mau.. Petang sikit la baru aku post.. Cabaran 10 Hari tu pun nanti malam ckit aku buat.. Sudah tertangguh kemarin, mana boleh tangguh lagi kan? Nanti ada yang tertunggu-tunggu.. Wahh, bajet pemes la plak.. Hahaha..

Bha, mo sambung buat keja dulu ni.. Mesti rajin2 buat keja, mana tau bos baik hati bagi aku bonus sempena perletakan jawatan ku ujung2 bulan ni.. *Perasan!!* Muahahahahaha...


Anne ::  Ndak posa pun macam posa jugak.. Huhuhu..

Gaduh ngan pakcik

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.. ^___^

Mode : Tears - X Japan
Lokasi : Opis laa.. o__0

Dalam bas otw pegi keja tadi pagi aku sempat lagi gaduh ngan sorang pakcik ni.. Hehe.. X pernah2 aku bergaduh ngan orang tua2 ni.. First time la tu tadi pagi tu.. Begini bha tu ceritanya..

Bas tu berenti sebab ada penumpang yang duduk sebelah ku ni turun. Tiba2 ada sorang pakcik ni mo duduk sebab sakit kakinya. Pakcik tu pun duduk la.. TAPI, ya ada tapinya.. Pakcik tu duduk macam aku xda jak disebelahnya.. Terjepit bha aku terus dekat dinding.. Tau la aku kurus, badan kecik2 jak, pakcik tu gemuk, badan besar, jangan la buat tempat duduk dalam bas tu macam sofa single di rumah pakcik tu..

Lalu aku pun dengan sopan dan penuh ayu sekali *ayu la sangat* minta pakcik tu ketepi sikit supaya bahu ku dengan bahunya tidak bersentuh.. Ok, dia gerak tapi gerak2 gitu jak.. Masih jugak pun bersentuh bahu.. Terpaksa la aku mengecikkan lagi ruang ku supaya ndak tersentuh sudah.. Tapi masih jugak kena..

Pakcik ni x paham2 lagi ka yang aku ni mau more space lg?? Pastu aku pura2 betulkan kedudukan beg ku, konon mo letak di antara aku dengan pakcik tu tapi x muat la plak.. Kang penyek plak tapau nasi aku dalam beg tu.. Bila dua2 cara ndak berkesan aku hampir putus asa, putus napas, putus semangat dan putus segala-galanya laa.. Banyak la ko punya putus.. 

Sekali sampai dekat satu selekoh ni, tiba2 pakcik tu marah2 aku.. 

"Kau ni kenapa tolak2? Kau pikir bas ni bas mu ka??"

Aku blur sekejap.. Apa salah ku ni? Takda pun aku p tolak dia..

"Kenapa apa plak ni pakcik? Tiba2 jak marah orang.." 

Rawwwrrr!!!

Rupa-rupanya masa belok tu bahu ku TERtolak bahunya.. Kan kalau belok kat selekoh, badan kita pun akan ikut jugak, apa lagi kalau selekoh tajam.. 

Huh pakcik ni, aku bagi hint ndak paham2.. Sekali ndak sengaja tiba2 plak dia  marah.. Nasib dia terus diam, xda la terkeluar ayat2 yang ndak sedap d dengar dari mulut ku ni..Sabar jak aku.. Tapi yang bestnya kan, pakcik tu dah duduk jauh sikit dari aku.. Baru selesa sikit aku duduk.. 


Anne :: Aku bukannya baeeeekk sangat pun.. :P

Entry Penuh Kekesalan.. Apekahh??

Assalamualaikum & selamat petang semuaaaa!!! ^___^


Ceh, semangat kunun.. Padahal sakit kepala ni sekarang.. Sakit sebab pikir banyak betul urusan yang mo d urus ni.. Ndak tercapai akal ku bilang Elyana.. Ish.. Ish.. Ish..

Tapi yang bestnya balik keja nanti kakak ku ajak p tengok Harry Potter pastu aku mengharap untuk d belanja makan jugak.. Sebab aku sekarang adalah sangat lapar dan kebulur.. Hahaha.. Tengok gambar makanan terus mo makan jugak.. Bila tengok gambar yang banyak terus semua jugak mo d makan.. Punya laa.. Kempunan ndak lama ni budak.. Silap2 ada yang jatuh tangga bas nanti.. Hahaha...

Baru jak tadi bos bagi roti Gardenia suruh bawak balik, makan.. Apakah?? Mungkin kah bos terperasankan garis-garis kelaparan di wajahku ini?? Watever la, yang penting dapat roti free.. Bila la bos mo bagi duit free ni? Ada jugak bikin bayar yuran pengajian nanti.. Hahaha...

Okehh la, mo kemas2 dulu.. Mo balik laju2, Harry Potter start jam 6.10. Harap2 awal sampai jadi boleh mintak belanja makan dulu sama tukang belanja.. Hahaha.. Sampai terminal nanti mo cari bas yang paling laju sampai 1B. Ada ka?? Cuba rekemen dulu.. Boleh naik hari2.. Hahaha..

Okehh2, last suda ni.. Daaaa...Assalamualaikum... ^____^

Anne :: Mo tau sesuatu?? Aku menaip sambil memasang kasut.. Hahaha...


Malas yang mengelakkan pembaziran...

Assalamualaikum n selamat pagi..


Dah pagi dah pun.. Sekarang ni jam menunjukkan pukul 1:37 am dan aku langsung x terasa nak tidur pun.. Ni mesti sebab aku dah tidur tadi ni.. Lepas berbuka tadi aku baring2 jap cek2 mesej kat henpon cikai aku ni.. Delete mana2 mesej yang dah basi & x penting.. Bikin semak inbox jak kan? Hehehe... 

Pastu aku x sedar yang aku tertidur.. Seingat aku sebelum tidur tu aku sempat lagi dengar azan Isyak. Tapi berat betul badan mo bangun, mandi pun belum jugak masa tu.. Sampai2 rumah jak terus prepare juadah berbuka.. Err.. Boleh kira juadah berbuka ka jugak tu ya apa yang aku makan tadi?? Mo tau apa yang aku makan? Hehe.. Ndak payah la, malu I.. Hahaha..

Aku makan mi sedap jak tadi.. Malas betul aku mo singgah beli makanan time otw balik tadi.. Ko bayangkan jak la, masa d opis macam2 suda terlintas d pikiran ku ni.. Konon mo singgah CP la nanti untuk beli nasi lauk sambal tempe kegemaranku, tapi xda singgah2  pun. Terus jak p terminal.. Pastu konon mo singgah 1B lagi tempat kakak ku tapi direct jak tadi, tiba2 malas mo singgah la plak.. Nanti turun jak d UA, beli kuih d sana pastu jalan kaki balik rumah.. Tapi x da jugak singgah akibat kemalasan menekan bell dan berjalan kaki balik rumah walaupun jarak dari UA p rumah ku dekat jak.. Memang dekat tapi terlalu banyak dugaan d sepanjang perjalanan.. 

Whoaa.. Ayat macam karangan.. Hahaha.. 

Bukan apa, aku kalau dah singgah kedai runcit macam2 aku mo beli.. Nampak ice cream ka, coklat ka, keropok2 ka, terus mo beli semua. Biasa la kan kalau puasa ni, nafsu makan tu terlebih sikit.. Duit pun macam air jak mengalir.. Kalau la dompet tu pandai menghilangkan dirinya sendiri time mo membeli kan bagus.. Ndak la aku membazir membeli makanan yang tidak menyihatkan tubuh badan.. 

Nasib baik la tadi aku d landa penyakit kemalasan yang melampau, jadi xda la singgah mana2 kedai atau restoran untuk membazir.. Makan mi Sedaap pun nikmat apa, mengenyangkan jugak kan? Buktinya, pas makan aku terus tertidur untuk jangka masa yang agak panjang d tambah lagi xda sebarang gangguan time tidur tadi.. Alangkah indahnya dunia.. Hahaha...

Okehh la dear2 sekalian, aku mo cuba try test tidur dulu.. Nanti ada mata panda lagi pagi ni.. Hehehe... Assalamualaikum.. ^____^

Opss.. Aku tertarik ngan pic ni.. Trus x jadi letak pic panda.. hihihi..

Nite2! Or gud morning?! watever... (^_^)v


~~Tips Cintan Cintun~~

Hahaha.. Tips jugak aku rasa.. Macam hebakk jak... hehehe..

Assalamualaikum & salam sejahtera... ^___^


Tadi pagi aku datang awal p opis.. Semangat pakai baju baru ngan shawl baru kali.. Tambah2 lagi peberet kaler, PINK.. Hehehe... Nanti mo ambik gambar pastu upload, mo tayang kasi tengok online shop tempat aku shopping tu.. Ngee~~ Mo kena siku ni..


Tadi my-future-sister in-law mesej aku tanya pasal abang dia.. Tiba2 jak tanya bila abangnya balik dari KK.. Aku kebingungan kejap.. Sejak bila plak Kanda ku ada d KK ni, semalam dia gtau dia d Tawau.. Hehe.. Rupanya Kanda ku ndak gtau pun adiknya yang dia p Tawau.. Aku jak yang tau di mana keberadaan nya.. Tu pun nasib baik aku kol, kalau ndak sama la aku ngan adiknya, kebingungan.. Hehehe..

Aku rasa bersyukur sangat sebab hubungan aku ngan Kanda ku di terima jugak oleh family masing2.. Dari awal berkawan sampai la sekarang.. Adik-adik Kanda ku pun ok jugak ngan aku.. Aku ingat lagi masa mula2 kapel, Kanda ku malu2 lagi ngan family ku.. Tapi sekarang ndak suda.. Ndak suda dia takut mo jumpa bapaku yang garang itu.. Hehehe..

Setakat ni belum ada halangan-halangan besar yang kami hadapi.. Cuma terpaksa berjauhan jak la.. Aku bukan la mo mintak2 tapi bila d pikir2 balik, mungkin halangan tu tetap ada cuma belum sampai masanya lagi.. Rasa macam mustahil jugak kan kalau satu2 hubungan tu tiada cubaan atau halangan langsung? 

Ada sorang kawan ku ni, banyak tul halangan dorang masa bercinta. Sudah la ndak d restu, kena guna2, kena fitnah, pastu terpaksa berjauhan lagi.. Macam2 la bha halangan dorang.. Memang teruk sampai ndak boleh cerita d sini.. Hehehe.. Tapi berkat kesabaran dorang, lama2 direstui jugak hubungan dorang & sekarang dorang dah kawin.. Yang ndak bestnya tu, aku ndak dapat pegi wedding dorang.. Padahal dua2 tu kawan baik ku ngan Kanda ku.. T_____T

Kanda ku pernah cakap, kena tegas kalau mau berkekalan.. Dia cakap gitu ngan aku sebab dulu2 aku selalu buat dia marah.. Dia ndak suruh buat itu ini tapi aku buat jugak.. Aku cakap macam2 sampai dia marah.. Pastu kalau dia dah marah, dia langsung ndak tegur aku.. Aku mesej ka, kol ka, ndak jugak dia layan.. Limpas depan ku pun buat2 x nampak aku jak.. Agak sandi la jugak perasaan ku masa tu.. Tapi salah sendiri kan, terima jak la hukuman.. Hehehe...


Kadang2 aku takut jugak kalau jadi macam pasangan lain, gaduh jak terus putus.. Putus jak terus gaduh.. Eh, merepek suda.. Hehehe.. Tapi syukur la Kanda ku bukan jenis yang begitu.. Tahan jugak dia ngan perangai kebudak-budakan ku ni.. Dalam 1 - 2 taun kapel selalu la jadi gitu, gaduh2, kena marah, ndak d layan, tekanan perasaan dan macam2 lagi la.. Sekarang mungkin makin matang suda kan, ndak da suda kami gaduh2.. Kena lagi selalu berjauhan... Rindu jak yang ada.. Cewahh... Hahahaha...

comey nyaa.. pink n black.. ^__^


Aku ndak la pakar dalam cintan cintun ni tapi bagi yang mahu hubungan dorang tu berkekalan, tak kira la c lelaki ka c perempuan ka, kamu mesti tegas n sabar banyak2.. Kena tegas ngan pasangan kamu, jan terlampau ikut apa cakap dorang.. Jangan pikir untuk kasi senang hati dorang jak, pikir jugak pasal diri kamu sendiri..

Contohnya kalau c cewek ni mo p jalan2 tapi c cowok penat atau ada hal lain, jangan la ikut jak kehendak c cewek tu.. (Ndak best tauk jalan2 ngan orang yang terpaksa ni..) Huhuhu... Cuba kasi faham dia bagus2 yang kamu penat, jan plak terus p marah2.. Kalau gitu konpem la gaduh terus tu.. 
"Huh, ada bf/gf macam xda bf/gf jak.. Bagus xda langsung!!"
Ada ka antara kamu yang pernah cakap ayat d atas tu? Atau bf/gf kamu pernah cakap gitu ngan kamu? Pastu apa perasaan kamu kalau bf/gf kamu tujukan ayat tu ngan kamu? 

Okehh, tu jak aku mo share.. Mo sambung keja yang sengaja ditinggalkan demi meng'update belog tadi.. Daaa.... ^____^


.:: Thanks sudi baca!! ::.

Sangat tidak selesa owh....

Assalamualaikum...


Macam lama suda rasanya  ndak update blog ni.. *pdhal ada update pasal GA td* hehehe... Tapi kalau aku ndak update pun rasanya xda jugak orang cari ni.. Blog ku ni pun bukannya best macam blog2 femes tu.. Personal blog, banyak merepek, luahan emosi yang tidak menentu, perasaan mintak puji yang tersangat la tinggi.. Hah, tu la ciri2 blog ku.. Hahaha.. 

Sekarang ni tengkuk, leher & tekak ku rasa betul2 ndak selesa.. *apa beza tengkuk & leher??* Aku ndak pasti apa penyebabnya.. Mungkin...

....lenguh ni, seharian menghadap PC sambil ditemani mouse yang sangat2 bikin panas.. Bila la bos mo belikan mouse baru ni.. Kamu rasa patut ka aku kasi rosak mouse ni betul2 baru bole dapat mouse yang baru?? I means kasi rosak yang nyata kerosakannya? Masalah mouse ni sekarang ialah left click nya, klik 1 kali tiba2 double click.. Double click jadi triple click.. Adess!! Kadang2 ok plak dia.. Betul2 menguji kesabaran owh.. 

http://www.emocutez.com

....shawl yang aku pakai ni buat aku rasa ndak selesa.. Tapi aku rasa selesa ja pun pakai shawl ni.. Ndak jugak ketat sampai mencekik leher.. 

....lapar.. Hah? Lapar pun boleh jadi penyebab tengkuk ndak selesa ka? Hehehe.. 

Apa2 jak la.. Yang aku tau sekarang ni aku mo kasi rehat kepala ni d bantal yang empuk.. Tapi mana ada bantal d opis ni.. T___T


tulung sayaaa~~~



Boring laa ngan blog ni...

Assalamualaikum...


Aku apdet lagi.. Maka, tadi bilang mo buat keja.. Hehehe...
Aku rasa macam boring suda tengok rupa paras blog ku ni..
Mo tukar background ngan header..
Tapi....
Aku xda masa laa...
Baru jak mo start buat header, ada lagi customer mintak itu mintak ini..
Mo buat background tadi tapi bila pikir2 customer mo banner nya cepat, terpaksa la lupakan jak..
Padahal ada macam2 suda idea tadi..

Hurmm.. Banyak betul penghalang ni..
Mungkin blog ku belum ready lagi mo tukar rupa kali..
Hehehehe...
Lagi pun aku belum terpikir lagi mo guna kaler apa plak kali ni..
Mo maintain PINK ka atau tukar kaler lain??

Any idea please??
Atau buat kalerpul jak?
Hihihihi..

Susah-susah, bagus guna jak background yang ada d internet kan?
Berlambak lagi..
Google jak "Blogger Background" terus macam2 rupa keluar..
Just wait n see jak la..

Antara yang menarik hati dan menyentap mata

Pink lembut... ^__^


Merah polka dot.. Auummmm....


Hijau.. Simple jak.. Ailaikk... >_<


Merah & ada lop lop... 


Yang mana cantik aa??
Jom buat undian..
Hehehe..
First pilih background dulu, baru buat header..
Sabar ya blog, nanti aku ubah ko pelan2..


Thanks for reading!!


Sungguh tidak jujurnya diriku....

Assalamualaikum & selamat tengah hari ^__^


Aku tengah keboringan ni.. Ndak tau mo buat apa, nasib tangan ni rasa mo menaip jak.. Maka tertaip la entry belog untuk hari ni.. Masuk hari ni sudah dua hari aku xda benda mo design.. Just buat keja2 biasa jak, jawab telefon, faks quotation, online, donlod cita korea... Hehehe...

Fuhh, ndak lama lagi.. Hehehe... -Gugel-

Macam best jak kalau xda keja kan? Tapi rasa bersalah plak ngan bos.. Konon buat keja padahal online jak dari tadi.. Asal bos masuk opis jak, terus kelam kabut minimize window pastu pura2 buka Photoshop, ndak pun Corel Draw.. Padahal kosong jak, xda pun design apa2.. Kalau bos masuk lagi sekali, pura2 buka folder itu folder ini.. Bila bos keluar trus sambung online.. Aduhh... Sungguh tidak jujurnya aku kan??

Tapi aku rasa lady bos tau jugak yang aku ndak buat keja sebab biliknya sebelah bilik ku jak.. Walau pun cermin yang memisahkan bilik opis kami ni ada banyak kertas2 d tampal, masih ada ruang untuk ku berbicara kecil untuk dia mengintai apa yang aku tengah buat.. Aku tau la, sebab aku penah masuk bilik lady bos pastu aku curi2 tengok kalau2 boleh nampak apa yang aku buat d sebelah... Muahahaha...

Mungkin dia selalu peratikan apa aku buat tapi dia diam2 jak.. Sebab bos & lady bos ni jarang marah2.. Kalau marah pun sekejap jak, 5 minit pastu terus ok balik.. Pernah jugak aku kedapatan online time keja ni tp lady bos diam2 jak.. Muehehehe... Mungkin dia faham jugak aku xda keja masa tu.. Lady bos pun xda benda mo design jugak tapi oleh kerana dia ada bisnes lagi satu maka ada la jugak kejanya.. Aku yang langsung xda apa2 bisnes ni duk diam2 jak la d opis..

Okehh.. Tu jak la.. Mo p test2 tutorial Photoshop dulu.. At least ada jugak bos nampak aku guna Photoshop nanti.. Hehehe... 


P/s :: Jeans Levi's ku suda lusuh yang amat sangat..  Ada sapa2 mo belikan yang baru ka?? Hakhakhak....


Jom lawat belog kawan saya.. ^_____^

Anne Nurain