Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Think before upload.. Ceh, dah macam kempen plak...


Assalamualaikum & salam ramadhan semuaaa~~



Awak, awak tau tak hari ni hari apa? 
Hari ni hari Selasa.. 
Maknanya... 
Dah seminggu kita berpuasa.. 
Yeaaaahhhh... 
Dah seminggu dah...............



Okei, done with the parody Budak Baru Couple Seminggu. Hehehe... Femes betul video adik tu kan? Mula2 tengok video tu memang dah boleh agak benda tu akan jadi viral kat FB. Nasib ko la dik, sayang sangat kan kat bf seminggu ko tu.. Kan dah kena bash.. Isk.. Isk.. Isk.. 

Kalau ya pun sayang takyah la nak upload video bagai.. Buat je video pastu simpan kat laptop @ hp buat harta karun. Nanti dah tua2 nanti boleh la tengok balik video tu pastu bolehla imbas kembali zaman2 jahiliah adik tu..

Aku pernah jugak buat video untuk Min tapi aku x tunjuk kat sapa pun. Kenapa tak tunjuk? Sebab aku MALU. Lagipun benda tu adalah private life aku. Takkan nak tunjuk kat orang lain kan?? Takda sapa pun yang tau aku ada buat video untuk Min. Lepas rekod video tu aku terus delete.. Rasa tak patut je nak buat video cam tu, lainlah kalau buat untuk suami kan? hehehe.. 

Kita takleh jugak nak salahkan orang-orang yang bash adik tu sebab semua orang ada hak nak komen. Lagi pun Facebook tu kan laman sosial, Youtube plak tempat share video yang membenarkan user meninggalkan komen. Dua2 ni adalah suatu tempat yang open & ada ramai manusia kat dalam tu. Upload la apa saja confirm akan ada orang komen, like & share. Lain lah kalau orang yang upload tu seorang yang FOREVERALONE.. Takda lah orang nak kisah kan? Hehehe.. 

So, moral of the story, jangan lah upload benda-benda yang tak berfaedah sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Kalau pun nak share jugak, share la dengan orang-orang yang sepatutnya. Jangan publickan kalau tak nak kena bash kaw2 punya. Just remember, kat dunia ni ada macam2 jenis orang. Ada yang kisah, ada yang takisah & ada jgk yang terlebih kisah. Dan realitinya, yang terlebih kisah tu sangat ramai bilangannya.. 




Kandaku?? Dialah orangnya..


Semua orang tau hari ni hari pertama umat Islam berpuasa..
Fb pun penuh dengan status update pasal puasa..
U all puasa tak hari ni?
Aku, Alhamdulillah dapat gak puasa di hari pertama..
Tapi tak tau la dapat full ka tidak..
Mana tau tiba-tiba ada gap plak di pertengahan bulan..
Ekekeke~~

Semalam baca novel sampai tertidur..
Dalam mamai-mamai tu sempat jugak aku bookmark page mana last aku baca..
Tapi tak tau la betul ka jugak tempat aku selit bookmark tu..
He He He..

Pastu tiba-tiba tersedar, rupanya ada bunyi mesej masuk..
Kandaku mesej rupanya..
Mata dah cukup berat, payah yang amat nak buka..
Baca mesej pun susah..
Bak kata lagu, terkapai-kapai~~ aku kelemasan~~
Ha ha ha..

Dia mesej cam ni...

Selamat menyambut bulan ramadhan..
Ambil la peluang ni untuk kita beribadah..

p/s: sms di edit sedikit untuk mengelakkan rasa mual dan pening2 di bulan ramadhan.. :D

Dalam keadaan mamai tu sempat jugak aku tersenyum..
Sejak akhir-akhir ni dia dah dekat dengan ciri-ciri asben idaman..
Apakah.....???
Apa-apa pun semoga semua perubahan ni membawa kepada berita gembira.. :)


Ni 1st time aku letak gambar kandaku dalam blog..
And, 1st time jugak amik gambar berdua depan adik2 dia..
Maluuuuu... muehehehe~~
Thanks to tukang amek gambar, adik ipar masa depan yang cumilll~~




Entry Perasan!! haha..

Assalamualaikum & selamat tengah hari kawan2 blogger.. :)


Selamat menjalani ibadah puasa di hari yang ketiga.. Ada yang x posa ka? Syukur aku sempat posa di hari pertama.. Hehe.. 

Kemarin adalah hari yang sangat membosankan sebab aku x dapat log in belog ku yang tersayang ni.. Tension jugak la, try banyak kali tapi x dapat2 jugak.. Alhamdulillah hari ni dapat buka sudah.. Boleh suda p komen2 d belog yang lain.. Hihihi..

Pastu tadi pagi tiba2 teringin mo letak Facebook Like di belog ku ni.. Hehe.. Orang len ada Facebook Like, aku pun menggedik jugak mo buat.. Hahaha.. Page untuk belog ku ni dah lama ada tapi hari tu aku remove sebab memberatkan belog ku yang sudah sedia berat masa tu.. *Err.. sekarang da ringan ka atau masih berat jugak??* Hehehe..

Benda ni x penting sebenarnya kan?  Tapi aku mo jugak tau berapa ramai yang suka belog ku.. Betebiat ja kan?? Sekali-sekala bha, nanti boring aku remove la balik.. Hahaha..Apa lagi, sapa yang suka belog ku ni cepat2 la Like ya? Hehehe..

Okehh, hari ni Wordless Wednesday tapi aku lum jumpa lagi gambar yang aku mau.. Petang sikit la baru aku post.. Cabaran 10 Hari tu pun nanti malam ckit aku buat.. Sudah tertangguh kemarin, mana boleh tangguh lagi kan? Nanti ada yang tertunggu-tunggu.. Wahh, bajet pemes la plak.. Hahaha..

Bha, mo sambung buat keja dulu ni.. Mesti rajin2 buat keja, mana tau bos baik hati bagi aku bonus sempena perletakan jawatan ku ujung2 bulan ni.. *Perasan!!* Muahahahahaha...


Anne ::  Ndak posa pun macam posa jugak.. Huhuhu..
Anne Nurain