Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

The Liebster Award from Aimi Syafiqah

Assalamualaikum WBT..



Hai semuaaaa!!! Hari ni nak bayar hutang jawab Liebster Award dulu.. Kali ni dapat soalan dari blogger satu uni ngan aku tapi tak pernah jumpa.. Hahaha.. Blogger tersebut bernama Aimi Syafiqah.. Nama blog dia Mawar Khayalan.. Dia terer edit blog tau?? Nak blog cecantik, cecomel, kekacak boleh contact Aimi laju2 okei??



Okei, masa untuk jawab soalan!!


1. Nama Manja
- Takde kot sebab aku tak manja.. hahaha.. Cuma sesetengah orang panggil aku dengan nama Nang, iaitu nama yang family, Min dan bestfriend aku guna. 


2. Favourite genre of book and contoh buku.
- Novel cintan cintun. Muehehehehe~ Contoh, novel ahkak Melur Jelita & Acik Lana.. Selain itu, aku layan komik jugak especially Lawak Kampus.


3. Mana best? Zaman bebudak, zaman sekolah, zaman uni or zaman kerja? *Tu pun kalau dah kerja.* Bagitahu sebab kenapa.
- Semua best kot. Ada pro & kontra la.. Zaman bebudak takde masalah nak pikir, main je banyak. Zaman sekolah best sebab kat sana la aku jumpa bestfriend & BBFF aku iaitu Min.. Muahahaha.. Zaman uni pun best sebab boleh dapat kawan2 dari seluruh negara selain boleh join macam2 aktiviti & jalan2 ke sana sini.. Zaman kerja best sebab pengalaman jumpa dengan macam2 ragam klien.. Pastu best sebab tiap2 bulan duit masyukk.. Tetiba rindu nak keja balik.. Hehehe..


4. What are your interest or passion (Skema jawapan : As for me, I love arts, photography, poetry and philosophy.)
- I love food, nature & outdoor activities..


5. Vanilla of chocolate? | Coffee or Tea? | Novel or Poetry | Online or TV |
- Chocolate | Tea | Novel | Both online & TV.. Hahaha..


6. Moment terindah dalam hidup.
- Bila dapat berkumpul satu family.. Cliche sungguh jawapan kan? Tapi ianya benar belaka.. Sebab aku dari form 1 memang jarang ada kat rumah.. Lagipun adik-adik aku yang lain belajar kat tempat yang berasingan, memang susah la nak berjumpa 1 family.. Hehehe..


7. Your favourite quote (mutiara kata).
- Ada, tapi aku tak ingat.. Hahaha.. Tapi ada satu yang aku selalu ingat, "Sabar itu indah".. Ni lah ayat yang selalu aku ingat bila aku rasa down @ ada problem.. Hehe..


8. Application yang paling kerap korang gunakan dekat smartphone/tablet/laptop.
- Phone : Instagram, Whatsapp, Wechat, Instasquare, Dropbox
- Laptop : Adobe Photoshop, Photoscape, GOM Player, IDM


9. Apa benda yang korang cherish daripada korang kecik sampai lah ke besau? 
Skema jawapan: Bantal busuk. Selimut busuk. Napkin etc. Heheh^^
- Unfortunately takde.. Huhuhu.. 


10. What do you think of my blog?
- Kemas, comel sebab pink kaler.. haha..



Okehh selesai akhirnya.. Hehehe.. 
Kali ni takde la nak tag sesapa.. 
Tak larat nak tag dan buat 11 soalan lagi.. 
Hehehe..

It's November oredi!! :D


Assalamualaikum WBT.. =D


Entri yang agak terlambat..
Ingat nak post awal pagi tadi tapi terlewat disebabkan ke'busy'an menyiapkan tempahan HP pouch yang mesti disiapkan sebelum esok..
Nak tengok hasilnya?
Hah? Tanak? Okei, takpe.. 
T___T






Its November oredi..
Lagi sebulan nak masuk tahun baru..
Cuti mid sem pun dah mula..
Selamat bercuti to my housemate..
*Untung laa balik kampung.. wuwuwu*

Semoga bulan November ni penuh dengan kebaikan buat kita semua.. =D

Okehh, sambung jahit balik.. -___-


Bakal Mak mertua, saya dah pandai anyam ketupat.. hihihi


Assalamualaikum..


Yaaa... tu diaaa!! Sebelum tido tangan ni gatal lagi pegi taip blogger.com, pegi jenguk2 follower dah berapa riban walopon sebenarnya tak sampai tahap riban lagi, riben pon tak.. Aku saja je nak tengok kot2 ada komen yang nak di publish.. Pahtu blogwalking la kejap, cuci mata tengok blog orang len..


Tadi pegi makan ngan Mr. Min lagi. "Lagi" tu sebab entri sebelum ni pon aku cerita pasal pegi makan & lepak2 dengan Mr. Min. Harapnya takda la yang muak ye? Kalau ada rasa nak muntah2 tu, haaa.. Adalah tu yang kena.. hohoho..


Aku saja ja nak makan kat luar. *walhal aku malas masak* hehehe.. Lagipun lusa aku dah balik Sabah. Mr. Min plak beraya sorang2 kat sini.. huhu.. Rasa tak sampai ati ja nak tinggalkan dia kat sini tapi keluarga ku lebih perlukan aku.. Perghhh.. Ayat dramatik yang amat. Memang la keluarga aku perlukan aku, kalau aku takda memang takda la kuih raya taun ni. Memang akan kurang la anggota gotong-royong bersihkan rumah & akan kurang la jugak makhluk2 yang akan melantak ketupat rendang mak aku.


Satu hari ni kat opis keja kitorang buat props untuk photoshoot raya fakulti kitorang. Tapi takdak plak aku amik gambar. Memang happening la kat opis tadi. Awal2 tu ramai staff takdak sebab diorang pegi gotong-royong masak bubur lambuk. Kitorang budak praktikal ngan 2 orang technician ja yang tinggal jaga opis. Sebelah petang baru ramai. Aku ngan Tihah buat props, Mr. Min ngan Shamsul plak buat ketupat. Terer tak diorang buat ketupat?? Opkos la terer.. Sebab aku yang ajar. Muahahaha.. 


Aku pun baru ja semalam belajar buat ketupat ni. Masa berjaya buat tu, ya Allah, happy yang amat. Macam perasaan masa mula2 dapat U dulu. Haa,gitu plak kan? Tapi memang happy sangat la sebab dah bertahun2 aku belajar buat, baru semalam aku berjaya menganyam seketul ketupat riben. Ni balik kampung nanti bolehlah offer diri sendiri untuk buat ketupat. Mesti mak aku bangga dengan aku ni. Lagi satu, dah boleh tambah satu lagi ciri-ciri menantu pilihan mak mertua sebab dah pandai anyam ketupat.. Kehkehkeh..


Dah habis luahkan perasaan bangga diri  ni tetiba rasa mengantuk pulak. Haha.. Okei la, tido2 nanti tak terbangun time sahur plak. Esok ada sesi photoshoot raya, pahtu petang plak majlis berbuka posa ngan staf fakulti kitorang. Jom pakai baju raya taun lepas esok!! hohoho..




Bangun lewat punya pasal...


Hari ni dah hari selasa, lagi 3 hari aku keja kat sini. Friday will be my last day. Pastu aku nak enjoy sisa-sisa dan saki-baki cuti semester yang ada ni dengan berpoya-poya with my family di kampung dan tak lupa jugak Kanda ku & kawan-kawan rapat masa sekolah dulu.. Tak sabar plak rasanya.. hihihi..

Pagi tadi aku lewat bangun. Tu pun nasib baik tersedar pukul 7, kalau pukul 9 tadi memang aku tak pegi keja terus.. Hehehe.. Lepas celik ja aku terus memaksa otak ku yang aku amat pasti dan yakin sedang dalam keadaan mamai.

Hari ni hari apa ya?
Aku cuti ka hari ni?
Pukul berapa sekarang ni?
*tengok jam kat hp*
Hahh??
Aku dah lambat weyyyy...
*sambil lari laju-laju masuk bilik mandi*

Aku rasa hari ni la hari paling express aku bersiap pegi keja.. Bangun pukul 7.09, mandi (yang ni xda istilah express okehh??), bersiap lelaju.. Pakai tshirt lengan panjang yang tak ber'iron', tudung syria pastu pakai selipar-pink-yang-comel then... Tadaaaa... Pukul 7.35 aku dah ada kat luar tunggu bas.. Sampai opis kul 8 setengah, nasib baik bos belum sampai.. Hekhekhek..



Karangan bergambar : OTW balik keja...


Hari ni malas nak cakap banyak..
Eh, bukan cakap la..
Malas nak taip bebanyak sebenarnya.. he he he..
So, layan gambar je la ye?
Ni gambar2 yang aku amik masa aku on the way balik dari keja nak pegi terminal bas..
I jalan kaki je tau?? (Tetiba ber'I' 'U' la plak kan?)
Tapi takpa la, jalan kaki kan bagus untuk jantung.. 
(Walaupun rasa penat gilerrrrrr)
Terlebih 'r' menunjukkan penat tu memang gila..
Hahahaha...
Maap la kualiti gambar sangat menyakitkan mata, maklum la phone cikai jewww..
Malas (sebenarnya malu) nak kuarkan kamera dari dalam beg..
Huahuahuahua...

Kg Air - Tengok kanan, tengok kiri, pastu melintas.. Okei, aku tipu.. Ni jalan sehala je.. Tengok keta dari 1 arah je la.. hihi..

Ni pun Kg Air - Lepas melintas tadi, melintas lagi.. Aku balik keja memang banyak jalan nak kena seberang.. hehehe..

Traffic light dekat Centre Point tapi tak termasuk dalam gambar.. hehe

Gambar pakai phone cikai je.. Tetiba rasa horror la plak.. huuu~~~

Marina Court. Tak sure la apartment ka kondomaniam. Ke sama jak?? hehehe

Laluan pejalan kaki kat belakang Promenade Hotel

Sampai pun kat Terminal Wawasan.. Aku naik bas besar, bas mini tambang nya rm2. Bas besar rm1 je..  Jom balik! hihihi..

Okeii tu saja karangan bergambar aku untuk hari ni..
Daaa~~ ^_____^


Tolong jawabkan phone untuk aku..


Aku tak tau la kalau aku sorang ja yang ada penyakit tak suka jawab phone ni..
Korang pun ada yang sama macam aku ka?

Aku tak suka bercakap dalam phone..
Mungkin sebab aku ni ada sound trouble sikit kot. He he he..
Pastu kadang-kadang aku boleh gagap time cakap tu..
Kalau ngan family atau Kanda ku, aku tak kisah la..
Aku nak gagap ka, melalut ka, salah dengar ka..
Dorang jugak yang dengar, bukan orang lain.
Takda la malu betul kan?? Hehehe..

Tapi kat tempat keja ku ni, aku yang jadi operator..
Aku la designer, aku la jugak tukang jawab phone and call customer..

Aku tak suka bila phone bunyi..
Rasa mo lari jak..
Tak pun cepat-cepat bagi phone ngan bos..
Kalau buat-buat pekak plak mesti bos sangka aku takda dalam opis..

Ish.. Ish.. Ish..
Acaner ni aa??



Lelaki Gelojoh

Assalamualaikum...

Last update dari opis coz hari ni hari terakhir aku keja kat sini.. Sedih gak la sebab bos n isteri bos baik sangat2.. Dorang pun macam berat jak mo lepaskan aku.. Tapi apa boleh buat kan?? Sabor je lah~~

Ok, balik p tajuk.. Aku bukan nak cerita pasal lelaki gelojoh part makan2 tapi gelojoh dalam berkenalan atau lebih tepat lagi kalau nak tackle pompuan.. Aku cerita ni dari pengalaman aku la.. Aku ni boleh la jugak dikatakan sombong sebab aku memilih kawan.. Memilih tu perlu ya? Jangan nak kawan ngan orang sembarangan, nanti tersalah pilih kawan baru tau.. 

Aku suka berkawan tapi kalau ngan lelaki susah sikit sebab banyak yang x ikhlas n gelojoh.. Baru kenal terus tanya...

>> Tinggal d mana?
>> Berapa orang adik-beradik?
>> Mak bapa kerja apa?
>> Masih study ka atau dah keja?
>> Suda ada boyfriend ka belum?
bla..bla..bla..bla..

Sambil diselitkan dengan,
... aktiviti puji memuji yang amatlah memualkan tekak..
... bercerita pasal diri sendiri tanpa mengambil kira sama ada aku teringin nak tahu atau tidak..
... panggil aku dengan nama yang aku x biasa guna, konon mo lain dari yang lain.. *lain la sangattt*
... tiba-tiba mintak no. phone.. Alasan, mo kenal dengan lebih rapat lagi..

APAKAH?? Ko ni ikhlas mo berkawan ka atau semata-mata mo cari makwe jak?? Baru kenal tiba-tiba mintak no. phone.. Ntah berbaloi ka tidak kalau aku mesej ngan ko nanti.. Ntah2 bazir kredit jak.. 

Kesimpulannya, kalau ada yang nak kenal ngan aku x payah la mo tanya soalan2 kat atas tu.. Buat macam dah lama kenal jak la, kalau ada benda mo tanya pun boleh tanya bila2.. Tak perlu la kelam kabut tanya semua soalan tu.. Slow & steady jak bha.. Hehehe... 

Tu jak la, mo balik dah ni.. Sedih lak tiba2.. Ok,bai! 

Jangan Baca :: Aku marah ni..

Assalamualaikum & selamat tengah hari...


Hari ni mood tiba2 ndak bagus.. Tadi semangat suda mo buat cabaran untuk hari kedua tu, tiba2 datang plak sorang customer ni.. Betul2 bikin aku sakit hati owh.. Bikin rosak mood betul..

Hari tu dia suruh aku buat 2 design untuk stall burgernya. Satu mo print as a stiker & satu lg as a banner. Bila suda print terus dia bilang dia  mo stiker dua2.. Padahal masa dia kol, aku tanya kalau dua2 print as a stiker, dia bilang bukan. Satu jak stiker.. 

Aku lagi yang disalahkannya.. Mula2 memang aku yang salah sebab aku lupa yang kami ada bincang & suda confirmkan yang dua2 design tu print jadi stiker (yang sebenarnya aku pun x pasti ada ka jugak kami bincang pasal itu..) Suka2 hati dia jak mo salahkan aku. 

Sebelum print tu dia ada kol, time tu la aku tanya dia mo dua2 design tu print jadi stiker ka atau satu banner.. Dia iyakan jak apa yang aku tanya.. Pastu bila sudah salah print aku yang disalahkan.. Macam2 dia cakap ngan aku. Siap salahkan aku lagi kenapa tanya pasal tu time dia kol tadi. Mestilah mo tanyakan? Untuk kepastian.. Takkan dia kol tapi aku p tanya, ko suda makan? Ko apa kabar? Ko mau aku belanja kepsi ka?? *P mampus la ko sana!*

Last week dia datang lagi. Kali ni stiker tu lagi yang salah print. Dia kata stiker tu terbalik la plak.. Aku pun x paham macamana terbaliknya stiker tu. Aku gtau la dia yang aku akan tanya isteri bos nanti sebab isteri bos yang handle printer tu. Hari ni dia datang lagi tapi kebetulan bos n his wife mo keluar makan, aku malas la mo panggil2 bos bincang ngan dia sebab bos tu selalu kelam kabut, selalu mo cepat.. Ndak jugak tu dia kena layan oleh bos. Sapa la dia tu, bukan VIC (Very Important Customer) pun.. :P

Macam2 dia cakap ngan aku tadi. Semua aku yang salah.. Sebelum ni apa yang dia minta buat x pernah salah , x pernah ada masalah. Sekali dia deal ngan aku baru plak banyak problem. So, maksud ayat tersirat tu, aku la yang salah 100% ni?? Aku sakit hati gak la dengar dia membebel tu tapi aku sabar jak.. Aku dengar lagu kuat2 guna headphone, aku langsung x tengok dia bila dia bercakap. Aku tau perbuatan begitu tu biadap, tapi aku peduli apa.. Dia bukan orang tua yang mesti d hormat.. Cuma customer yang sebenarnya "not always right"..

Dari first dia datang lagi aku suda ndak suka mo deal ngan dia tauk! Aku ndak suka perangai macam dia. Ish, rasa mo lempar jak dia guna Yellow Pages tadi. Nasib aku masih boleh bersabar. Sakit betul rasanya tahan marah ni.. Aku istighfar jak banyak2 tadi.. Biasanya aku akan nangis kalau dah tak tahan marah sangat.. Syukur aku boleh tahan tadi..

Selama aku keja ni, ramai dah customer yang deal ngan aku tapi semua ok2 jak, xda yang x puas hati. Aku tau, dia sengaja nak salahkan aku sebab dia tak mo bayar untuk second stiker ni nanti. Sendiri yang salah, mo minta free la plak..


Entry Perasan!! haha..

Assalamualaikum & selamat tengah hari kawan2 blogger.. :)


Selamat menjalani ibadah puasa di hari yang ketiga.. Ada yang x posa ka? Syukur aku sempat posa di hari pertama.. Hehe.. 

Kemarin adalah hari yang sangat membosankan sebab aku x dapat log in belog ku yang tersayang ni.. Tension jugak la, try banyak kali tapi x dapat2 jugak.. Alhamdulillah hari ni dapat buka sudah.. Boleh suda p komen2 d belog yang lain.. Hihihi..

Pastu tadi pagi tiba2 teringin mo letak Facebook Like di belog ku ni.. Hehe.. Orang len ada Facebook Like, aku pun menggedik jugak mo buat.. Hahaha.. Page untuk belog ku ni dah lama ada tapi hari tu aku remove sebab memberatkan belog ku yang sudah sedia berat masa tu.. *Err.. sekarang da ringan ka atau masih berat jugak??* Hehehe..

Benda ni x penting sebenarnya kan?  Tapi aku mo jugak tau berapa ramai yang suka belog ku.. Betebiat ja kan?? Sekali-sekala bha, nanti boring aku remove la balik.. Hahaha..Apa lagi, sapa yang suka belog ku ni cepat2 la Like ya? Hehehe..

Okehh, hari ni Wordless Wednesday tapi aku lum jumpa lagi gambar yang aku mau.. Petang sikit la baru aku post.. Cabaran 10 Hari tu pun nanti malam ckit aku buat.. Sudah tertangguh kemarin, mana boleh tangguh lagi kan? Nanti ada yang tertunggu-tunggu.. Wahh, bajet pemes la plak.. Hahaha..

Bha, mo sambung buat keja dulu ni.. Mesti rajin2 buat keja, mana tau bos baik hati bagi aku bonus sempena perletakan jawatan ku ujung2 bulan ni.. *Perasan!!* Muahahahahaha...


Anne ::  Ndak posa pun macam posa jugak.. Huhuhu..

Gaduh ngan pakcik

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.. ^___^

Mode : Tears - X Japan
Lokasi : Opis laa.. o__0

Dalam bas otw pegi keja tadi pagi aku sempat lagi gaduh ngan sorang pakcik ni.. Hehe.. X pernah2 aku bergaduh ngan orang tua2 ni.. First time la tu tadi pagi tu.. Begini bha tu ceritanya..

Bas tu berenti sebab ada penumpang yang duduk sebelah ku ni turun. Tiba2 ada sorang pakcik ni mo duduk sebab sakit kakinya. Pakcik tu pun duduk la.. TAPI, ya ada tapinya.. Pakcik tu duduk macam aku xda jak disebelahnya.. Terjepit bha aku terus dekat dinding.. Tau la aku kurus, badan kecik2 jak, pakcik tu gemuk, badan besar, jangan la buat tempat duduk dalam bas tu macam sofa single di rumah pakcik tu..

Lalu aku pun dengan sopan dan penuh ayu sekali *ayu la sangat* minta pakcik tu ketepi sikit supaya bahu ku dengan bahunya tidak bersentuh.. Ok, dia gerak tapi gerak2 gitu jak.. Masih jugak pun bersentuh bahu.. Terpaksa la aku mengecikkan lagi ruang ku supaya ndak tersentuh sudah.. Tapi masih jugak kena..

Pakcik ni x paham2 lagi ka yang aku ni mau more space lg?? Pastu aku pura2 betulkan kedudukan beg ku, konon mo letak di antara aku dengan pakcik tu tapi x muat la plak.. Kang penyek plak tapau nasi aku dalam beg tu.. Bila dua2 cara ndak berkesan aku hampir putus asa, putus napas, putus semangat dan putus segala-galanya laa.. Banyak la ko punya putus.. 

Sekali sampai dekat satu selekoh ni, tiba2 pakcik tu marah2 aku.. 

"Kau ni kenapa tolak2? Kau pikir bas ni bas mu ka??"

Aku blur sekejap.. Apa salah ku ni? Takda pun aku p tolak dia..

"Kenapa apa plak ni pakcik? Tiba2 jak marah orang.." 

Rawwwrrr!!!

Rupa-rupanya masa belok tu bahu ku TERtolak bahunya.. Kan kalau belok kat selekoh, badan kita pun akan ikut jugak, apa lagi kalau selekoh tajam.. 

Huh pakcik ni, aku bagi hint ndak paham2.. Sekali ndak sengaja tiba2 plak dia  marah.. Nasib dia terus diam, xda la terkeluar ayat2 yang ndak sedap d dengar dari mulut ku ni..Sabar jak aku.. Tapi yang bestnya kan, pakcik tu dah duduk jauh sikit dari aku.. Baru selesa sikit aku duduk.. 


Anne :: Aku bukannya baeeeekk sangat pun.. :P

Jawatan Kosong a.k.a Vacancy

Assalamualaikum & nite2 semuaa... ^___^


Thanks sudi singgah yep!

Oleh kerana aku mo menyambung pengajian ku bulan 9 ni nanti, maka dengan ini diisytiharkan ada kekosongan di tempat keja ku.. 



Nama Company :: Gala Advertising Agency
Nama Jawatan :: Kerani Pengiklanan a.k.a Pereka Grafik
Kemahiran :: Adobe Photoshop & Corel Draw

Company tempat aku keja ni terlibat dengan pembuatan signboard, signage, banner, business card, stiker & macam-macam lagi la..

Kalau ada yang berminat, sila komen yerr.. 
Boleh jugak PM aku d pesbuk..
Cepat tau! Aku keja sampai 20hb Ogos ja ni.. 
Bos ku hari2 tanya kalau aku dah jumpa pengganti.. Hehehe..

Best keja sini tau, bos ngan lady bos baik wa cakap sama lu.. 
Selama aku keja aku x pernah kena marah.. 
Kalau ada salah buat keja pun bos tegur bagus2..
Memang sayang la mo tinggalkan keja yang sekarang ni.. Hukhukhuk..
Tapi apa boleh buat kan?
Cita-cita ngan impian ku lebih penting.. 
 Hihihi...   :)


Aku tak tau apa tu notis berenti keja... Asi ka??

Assalamualaikum & selamat malam kawan2 blogger ku yang disayangi..


Wahh, intro macam surat cinta zaman kanak2 jak.. Opss!! Hehehe...

Sekarang ni dalam kepala hotak aku asik terpikir pasal urusan masuk UPSI jak.. 
Macam2 aku pikir.. 
Mana mo beli tiket lagi, urus penangguhan PTPTN lagi, bayar yuran, notis berenti keja lagi..
Iya, benda last ni yang aku tengah pikir sekarang..
Aku x pernah lagi terlibat ngan notis berenti keja ni..
Ndak kisah la notis 1 jam ka, 24 jam ka, 1 minggu ka atau 1 bulan..
Keja yang sebelum ni aku berenti begitu jak..
Just mesej manager tu gtau aku mo berenti...
Senang jak gitu kan?
Hehehe...

Kat tempat keja aku sekarang ni mo notis 1 bulan..
Maksudnya, aku kena bagi notis tu sebulan sebelum aku berenti la kan?
Pliss correct me if i'm wrong ya??
Sapa2 yang ada pengalaman tu, tulung2 la saya ya...

Okehh la, tu saja la..
Nite2 eberibadi! 
^___^



Malas yang mengelakkan pembaziran...

Assalamualaikum n selamat pagi..


Dah pagi dah pun.. Sekarang ni jam menunjukkan pukul 1:37 am dan aku langsung x terasa nak tidur pun.. Ni mesti sebab aku dah tidur tadi ni.. Lepas berbuka tadi aku baring2 jap cek2 mesej kat henpon cikai aku ni.. Delete mana2 mesej yang dah basi & x penting.. Bikin semak inbox jak kan? Hehehe... 

Pastu aku x sedar yang aku tertidur.. Seingat aku sebelum tidur tu aku sempat lagi dengar azan Isyak. Tapi berat betul badan mo bangun, mandi pun belum jugak masa tu.. Sampai2 rumah jak terus prepare juadah berbuka.. Err.. Boleh kira juadah berbuka ka jugak tu ya apa yang aku makan tadi?? Mo tau apa yang aku makan? Hehe.. Ndak payah la, malu I.. Hahaha..

Aku makan mi sedap jak tadi.. Malas betul aku mo singgah beli makanan time otw balik tadi.. Ko bayangkan jak la, masa d opis macam2 suda terlintas d pikiran ku ni.. Konon mo singgah CP la nanti untuk beli nasi lauk sambal tempe kegemaranku, tapi xda singgah2  pun. Terus jak p terminal.. Pastu konon mo singgah 1B lagi tempat kakak ku tapi direct jak tadi, tiba2 malas mo singgah la plak.. Nanti turun jak d UA, beli kuih d sana pastu jalan kaki balik rumah.. Tapi x da jugak singgah akibat kemalasan menekan bell dan berjalan kaki balik rumah walaupun jarak dari UA p rumah ku dekat jak.. Memang dekat tapi terlalu banyak dugaan d sepanjang perjalanan.. 

Whoaa.. Ayat macam karangan.. Hahaha.. 

Bukan apa, aku kalau dah singgah kedai runcit macam2 aku mo beli.. Nampak ice cream ka, coklat ka, keropok2 ka, terus mo beli semua. Biasa la kan kalau puasa ni, nafsu makan tu terlebih sikit.. Duit pun macam air jak mengalir.. Kalau la dompet tu pandai menghilangkan dirinya sendiri time mo membeli kan bagus.. Ndak la aku membazir membeli makanan yang tidak menyihatkan tubuh badan.. 

Nasib baik la tadi aku d landa penyakit kemalasan yang melampau, jadi xda la singgah mana2 kedai atau restoran untuk membazir.. Makan mi Sedaap pun nikmat apa, mengenyangkan jugak kan? Buktinya, pas makan aku terus tertidur untuk jangka masa yang agak panjang d tambah lagi xda sebarang gangguan time tidur tadi.. Alangkah indahnya dunia.. Hahaha...

Okehh la dear2 sekalian, aku mo cuba try test tidur dulu.. Nanti ada mata panda lagi pagi ni.. Hehehe... Assalamualaikum.. ^____^

Opss.. Aku tertarik ngan pic ni.. Trus x jadi letak pic panda.. hihihi..

Nite2! Or gud morning?! watever... (^_^)v


Sungguh tidak jujurnya diriku....

Assalamualaikum & selamat tengah hari ^__^


Aku tengah keboringan ni.. Ndak tau mo buat apa, nasib tangan ni rasa mo menaip jak.. Maka tertaip la entry belog untuk hari ni.. Masuk hari ni sudah dua hari aku xda benda mo design.. Just buat keja2 biasa jak, jawab telefon, faks quotation, online, donlod cita korea... Hehehe...

Fuhh, ndak lama lagi.. Hehehe... -Gugel-

Macam best jak kalau xda keja kan? Tapi rasa bersalah plak ngan bos.. Konon buat keja padahal online jak dari tadi.. Asal bos masuk opis jak, terus kelam kabut minimize window pastu pura2 buka Photoshop, ndak pun Corel Draw.. Padahal kosong jak, xda pun design apa2.. Kalau bos masuk lagi sekali, pura2 buka folder itu folder ini.. Bila bos keluar trus sambung online.. Aduhh... Sungguh tidak jujurnya aku kan??

Tapi aku rasa lady bos tau jugak yang aku ndak buat keja sebab biliknya sebelah bilik ku jak.. Walau pun cermin yang memisahkan bilik opis kami ni ada banyak kertas2 d tampal, masih ada ruang untuk ku berbicara kecil untuk dia mengintai apa yang aku tengah buat.. Aku tau la, sebab aku penah masuk bilik lady bos pastu aku curi2 tengok kalau2 boleh nampak apa yang aku buat d sebelah... Muahahaha...

Mungkin dia selalu peratikan apa aku buat tapi dia diam2 jak.. Sebab bos & lady bos ni jarang marah2.. Kalau marah pun sekejap jak, 5 minit pastu terus ok balik.. Pernah jugak aku kedapatan online time keja ni tp lady bos diam2 jak.. Muehehehe... Mungkin dia faham jugak aku xda keja masa tu.. Lady bos pun xda benda mo design jugak tapi oleh kerana dia ada bisnes lagi satu maka ada la jugak kejanya.. Aku yang langsung xda apa2 bisnes ni duk diam2 jak la d opis..

Okehh.. Tu jak la.. Mo p test2 tutorial Photoshop dulu.. At least ada jugak bos nampak aku guna Photoshop nanti.. Hehehe... 


P/s :: Jeans Levi's ku suda lusuh yang amat sangat..  Ada sapa2 mo belikan yang baru ka?? Hakhakhak....


Jom lawat belog kawan saya.. ^_____^

Apa nak buat ngan lelaki macam ni??

Assalamualaikum n nunyte!! ^__^

Firstly, entry ni adalah sangat panjang ya? Harap kamu ndak boring membacanya.. Hehehe... http://www.emocutez.com

Apa perasaan kamu kalau ada orang main2 ngan kamu?? Ada nombor yang kamu x kenal tiba2 kol and dengan ndak segan silu lagi mengaku dia tu boipren kamu? Pastu ndak sedar diri tu Sabahan tapi mo jugak speaking semenanjung yang bunyi nya amatlah ketara Sabahan.. 
Bagi aku," jelek banget!!" http://www.emocutez.com

Lepas kamu dah reject panggilan orang tu, dia miskol2 lagi dengan harapan kamu kol dia balik sedangkan masa tu kamu langsung takdak kedit pun?? Pastu orang tu tetap ndak putus asa.. Dia kol kamu ndak layan, dia miskol kamu ndak kol dia balik, pastu dia mesej plak.. 

Lebih kurang begini la mesej yang dia send...

NAPA X SMBT? AKU BF MU NIE?  -  mesej pertama

JAGAN LA MARA SAYAG  - mesej kedua

Bagi aku,  "adeii... Mo kena penampar orang ni tau.." http://www.emocutez.com

Bayangkan dalam satu hari tu, orang tu asik miskol n kol kamu jak.. Bila dah abis keja, tiba2 lelaki yang satu kerja ngan kamu sambil tersengih-sengih, tanya kalau ada nombor kosong satu kosong kol kamu sedangkan tiada satu orang pun yang tahu nombor yang kacau kamu tu??
Bagi aku,  "Konpem la dia yang mengacau tu.." Grrrrr.......


Apa kamu buat bila dah tau sapa orang bertuah yang telah mengganggu dan merosakkan mood kamu sepanjang hari tu?? Tambah lagi, orang tu memang selalu peratikan kamu & paling rajin tegur kamu time d opis?

Ok, ekceli benda ni happen to me.. Lelaki tu memang selalu peratikan aku, gurau2 ngan aku.. Masa mula2 aku ok jak ngan gurauan nya,lama2 aku boring, aku ndak suka dan aku malas mo layan dia sebab he's not the type of man that can be my friend.. Mo tau napa? Sebab beza umur ku ngan dia 5-6 tahun n FYI, aku ndak pandai berkawan ngan lelaki yang lebih tua dari aku.. So, aku hanya akan anggap dia rakan sekerja jak.. Aku cuma akan tegur dia time keja jak n kalau terjumpa d mana2.. (aku bukan la sombong sangat ya?!)

TAPI kan... Sejak 2 minggu lepas dia selalu jalan sama2 ngan aku p terminal.. Nasib baik bas lain2.. Aku pun heran, dari aku start keja aku ndak pernah pun nampak dia guna laluan yang biasa aku guna & ndak pernah jugak aku jumpa dia d terminal. Tiba-tiba ada pulak mengejar d belakang pastu jalan beriringan p terminal..

http://www.emocutez.com
Sekadar hiasan semata-mata

Oh God, aku sangatlah tidak selesa dengan dia.. Aku rasa dia peratikan aku dari belakang n aku rasa dia scan aku dengan matanya.. Ohhemmgeee... Rasa mo lari masa tu jugak.. Aku geli sangat2 ngan lelaki macam dia.. Pervert!!!!! Rasanya lelaki macam tu kalau kamu pakai baju kurung pun matanya tetap akan scan kamu dari atas sampai bawah..

Aku bagi alasan mo singgah p ATM dengan harapan dia akan jalan terus p terminal tapi harapan ku itu hanya tinggal harapan jak... Dia tunggu jugak aku walaupun masa tu ada ramai orang beratur depan ATM tu.. Ndak pandai faham bha ni orang.. Aduiii....  http://www.emocutez.com

Masa aku sudah tau yang dia tu yang kacau aku, aku terus ndak layan dia. Aku jalan laju2 p terminal, kalau boleh lari  aku lari tu, nasib aku penat betul masa tu.. Sampai terminal aku ndak nampak suda bayangnya, apa lagi orangnya.. Dia kol aku lagi tapi aku biarkan jak.. Mungkin ada yang akan cakap tindakan ku melampau tapi aku memang ndak suka orang main2 begitu ngan aku.. 

http://www.emocutez.com
Sekadar hiasan semata-mata

Esoknya malamnya dia kol lagi, kebetulan masa tu aku baru balik dari jumpa kanda ku. Terus aku cerita ngan kanda ku.. Bila aku ndak jawab panggilannya, orang tu mesej..

KENAPA TIDAK SAMBUT? SY BINI. AZMI..

Mula-mula aku terkejut yang amat.. Hah, bini?? Aku takut bininya tau pasal dia selalu kol aku pastu fikir aku ada skandal ngan lakinya plak.. Uii.. Na'uzubillah min zalik.. Palis2... Tapi bila aku tengok cara mesejnya sama macam mesej2 sebelum ni, aku boleh agak mesej tu dia jugak yang send.. 
http://www.emocutez.com

Sampai sekarang aku ndak layan dia.. Aku cuba jugak mo buat macam biasa tapi aku ndak boleh.. Aku rasa menyampah n meluat betul ngan dia.. Dia ingat aku baik2 ngan dia boleh la dia gurau2 begitu ngan aku? Aku ndak paham la napa dia suka tengok2 aku? Geli bha ngan cara dia tengok aku tu.. Aku buat2 ndak nampak jak.. Hari Selasa baru-baru ni PC ku ada problem so aku langsung xda keja la.. Bos pun jarang ada d opis, aku plak rasa ngantuk betul sampai ndak sedar aku tertidur.. Aku bangun tidur then kebetulan orang tu baru buka pintu opis ku. Automatik terus kena jeling lelaki tu oleh ku. Ndak jadi dia masuk opis ku.. Aku ndak tau apa tujuannya masuk tu.. Terus aku pikir macam2 ni.. 

Kanda ku pun risau sudah ngan aku.. Menyesal jugak aku cerita, sian kanda ku risau terus ngan aku d sini.. Terus rajin dia sms aku.. Hehehe... http://www.emocutez.com

Tu jak la aku mo cerita dulu.. Ada pa pa nanti update lagi.. Aku xtau la cmana mo layan lelaki begini ni.. Aku ndak mau nanti makin d layan makin menjadi-jadi perangainya.. Sombong susah, peramah pun susah jugak...


Daaaa... Assalamualaikum... ^______^


Diriku di hari Jumaat.. ^_^

Assalamualaikum & selamat hampir tengah hari!! ^__^


Liatnya mo bangun pagi tadi.. 
Aku set alarm pukul 4.45 tapi aku bangun pukul 5.30.. Hehehe.. 
Masa mo solat Subuh sibuk lagi cari sejadah.. 
Biasanya ada dalam bilik adik aku tapi takda plak.. 
Sampai berpeluh2 aku mencari sejadah tu. 
Rupanya ada dalam bilik parents ku.. Hehehe..

Lepas mandi pulak lama lagi termenung depan almari, memikir mo pakai baju yang mana.
Ingat hari ni mo pinjam baju ala-ala punjabi kakak ku yang kaler merah pastu pakai shawl merah itam tapi aku ndak jumpa plak baju tu.. 
Rupanya dia dah pakai baju tu.. 
Ada suda aku nampak tu baju dalam bakul pakaian kotor.. 
Hehehe..

Last2 pakai t-shirt jak aku. 
Mo iron baju kurung ndak sempat suda. 
Shawl yang aku pakai ni pun belum d iron lagi. 
Tapi mo cepat punya pasal, sambar jak.. 
Nasib ada bapa ku, boleh jugak hantar aku p keja. 
Kalau jam 7.30 suda konpem lambat aku datang keja.. Hehehe...



Sebelum p keja tadi sempat lagi ambik gambar guna laptop adik ku..
Peace sana peace sini..
Btrep kiut macam dia yang paling kiut suda d dunia..
Hahaha..
Sebenarnya aku tunggu mak ku siap goreng nasi..
Aku tolong buat air jak..
Lau aku yang menggoreng memang lama..

Nasib baik aku sampai awal p tempat keja..
Siuk tidur dalam keta tadi masa otw p tempat keja..
Pedulik la orang keta sebelah nampak, yang penting aku dapat tidur..
Huhuhu...

Hari ni menu lunch aku ialah nasi goreng berlaukkan ikan tulai goreng dan d tambah dengan sambal kicap berlada.. 
Yummm... Cepat la bos keluar p makan...
Aku mo buat opis ku macam rumah sendiri hari ni.. 

"MAKAN BIAR SELESA..."

Hohohoho... ^____^


Tukar header lagi!! hehehe....

Assalamualaikum & selamat petang..

pink domo-kun!!

Nampak ka? Nampak? Lau yang selalu datang blog ku mesti perasan kan?
Aku tukar header lagi!! Ngeh..ngeh..ngeh..
Dari minggu lepas lagi keja ku asik dengan Photoshop jak..
Boring nih.. Sakit mata tengok kaler2 terang.. Buta la ndak lama ni.. Hehehe..

Bila ilang idea mo buat banner, datang plak idea mo buat header blog..
Maka terhasil la header belog ku yang sekarang ni..
Mula2 mo letak pic ku sendiri tapi malas plak..
Nanti ramai yang tepikat ngan aku bila tengok pic ku.. hakhakhak...
Cukup2 la orang ngorat aku d opis ngan dekat2 opis ni..
Cukup2 la 1 orang psiko kacau aku..
Dan....
Cukup2 la aku merepek mintak puji dan bangga diri sendiri.. Muahahaha....

Okehh, gurau jak ya!! 
Aku mo promote something.. Hehehe...

---->>Ada sapa2 mo buat banner ka, signboard ka, signage ka, sticker ka..
           Datang jak p tempat keja ku.. Nanti pm jak lau mo tau lebih lanjut.. =)


>> Thanks sudi baca! <<


Aku takut tengok muka ko laa...

Assalamualaikum dan selamat petang.. ^ ^

Ingat mo apdet pasal jenis-jenis sakit kepala tadi, sekalinya dapat keja bertimbun-timbun macam gunung Kinabalu la plak.. Len keja dari big bos, keja dari wife bos, keja dari customer2... Fuhh... Sakit la mata tengok skrin PC lepas ni..

Sekarang ni ada 3 wedding banner mo buat, 4 banner persatuan & 2 banner untuk bos punya backpackers.. Dan pada masa yang sama, aku tengah dilanda penyakit kemalasan dan kepeningan yang telah menghilangkan mood keja ku.. 

Ohh mood.. Datanglah balik.. Aku mo buat keja ni... Huhuhu...

Satu benda yang aku ndak berapa suka pasal design2 ni ialah bila aku d suruh edit atau potong gambar yang ada muka orang.. Aku takut tengok MATA dorang.. Rasa macam orang dalam gambar tu tengah tengok aku jak. Pastu boleh terbayang-bayang plak pic tu tiba2 cakap camni.. 

"Hoi manusia! Potong gambar aku bagus2 aa.. Awas kalau terpotong telinga ka, jari ka.. Aku geget ko nanti!"  

Adess!! Terlebey imejin la plak.. Hakhakhak... 

Ada satu gambar ni, kualiti ndak berapa bagus mayb pakai camera phone.. Gambar pasangan baru bertunang, pompuannya pakai baju serba putih.. Ok la jugak, sedap mata memandang.. Lelaki lak baju melayu kaler ijau lumut.. Muka ndak la ensem macam Anuar Zain, boleh2 la bilang orang.. Rambutnya hambur, macam baru bangun tidur jak.. Hehehe... Kualiti gambar yang kabur2 tu buat muka lelaki tu nampak macam orang yang dikehendaki polis jak. Biasa kan kalau dalam surat khabar tu, gambar kabur2, rambut ndak kemas, muka orang bersalah... Hah, gitu la tu..

Sambil aku potong tu, aku tutup muka lelaki tu pakai Layers window macam gambar kat bawah ni. Hikhikhik... Tapi yang ni contoh jak ya? Bukan gambar sebenar..


Aku bukan mo kutuk rupa dorang ndak ensem ya? Even gambar Robert Pattinson pun aku takut jugak tengok matanya. Takut jatuh cinta plak nanti.. Hahaha...  Gurau2 jak yaa.. 

comey nya dia rambut pendek.. ^_^   - Google

Tapi siyes aku ndak boleh edit gambar dan tertengok mata orang dalam gambar tu, ndak kira lelaki ka pompuan, tua ka muda, cantik ka kurang cantik ka... Pasni tutup jak la mata dorang. Hehehe..

Anne bilang :: Tapi rasa biasa jak kalau edit pic orang yang rapat ngan aku.. Hehehe..



>> Thanks sudi baca! <<

Good News = Bad News

Assalamualaikum & selamat tengah hari.. ^_^

Tadi pagi Kanda ku kol. Masa tu aku masih dalam bas lagi. Tiba2 jak dia kata,

"Wui cerahnya cuaca d KK hari ni.."

Aku yang baru mo cakap hello terus kebingungan kejap.. Eh, dia d KK ka ni? Pastu dia sambung lagi,

"Bestnya ni jalan2, cerah jak cuaca, ndak hujan.."

Aku rasa macam ndak percaya jak Kanda ku ada d KK. Aku yang tengah eksaited + ndak percaya terus tembak soalan bertubi-tubi macam M-16 ke Kanda ku.. Terus ndak da ruang untuknya mo menjawab.. Hihihi.. 

Rupanya dia ikut kawannya p hantar sapi tapi aku ndak tau hantar p mana. Hari tu dia ada gtau jugak tapi aku ingat ndak jadi.. Dia kol tadi pun guna phone kawannya, konpem kanda ku xda kedit ni..

Aku hepi sudah, ingatkan dapat jumpa rupanya tidak sebab dorang balik LD hari ni jugak.. Wuwuwu.. T___T 
Sedih banget nih.. Tapi xpa la, lau aku dapat Medsi tu dapat jugak aku balik kampung jumpa dia.. Hehehe..


Anne bilang :: Teringin betul mo jumpa dia.. Sabar la wahai hati... =_=

Tiada Idea Tapi.....

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Aku xda idea mo update pasal apa hari ni tapi tangan ni ringan jak mo menaip.. Mo cerita apa ya hari ni? Idea.. Idea.. Cepat laa datang hinggap p otak ku ni.. hehehe..

Sebenarnya aku tengah kekenyangan ni.. Sebelum tu, Alhamdulillah dulu.. Hihihi.. Walaupun lunch hari ni ndak sesedap dan seenak lunch orang lain, aku tetap rasa bersyukur sebab dapat jugak aku lunch hari ni. Tahniah perut, anda tidak kelaparan hari ni. ^_^

Semalam lepas makan nasi lauk telur dadar, tapak tanganku terus rasa gatal-gatal. Tapak kaki pun ikut jugak gatal tapi ndak la segatal tapak tangan ku. Heran gak aku, takkan la aku alergik ngan telur.. Kan tu makanan peberet aku.. Tapi orang tua2 bilang, lau tapak tangan gatal tu maksudnya mo dapat duit nanti.. Kan bagus kalau betul.. Hahaha...

Tadi pagi plak, aku nek city bus p keja. Aku dapat seat d depan, sebelah driver.. Yang lucunya, driver nya moody pastu penumpang pun moody jugak. Macam2 suda ayat keluar dari mulut dorang, aku senyum jak dengar dorang membebel..

Aku selalu pastikan hari-hari ku bermula dengan baik, dengan perasaan yang gembira, no moody2.. Bangun tidur jak terus pikir benda-benda positif.. Kalau terlewat bangun, sedapkan hati sendiri.. 

"Ndak pa, bos lambat masuk jugak.. Ndak jugak tu dia marah.."  

Elakkan pikir masalah di waktu pagi, biar berat cmana pun masalah tu cuba elakkan.. Kalau mo pikir pun, pikir la di waktu lain.. Setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya.. ^_^ 




>> Thanks sudi baca! <<


Anne Nurain