Showing posts with label Hampeh.... Show all posts
Showing posts with label Hampeh.... Show all posts

Collagen Plus Vit E berbahaya??

Assalamualaikum WBT & selamat petang.. :D


Baru je terbaca artikel pasal "bahayanya produk Collagen Plus Vit E " ni tadi..
Korang baca sendiri kalau nak tau pa citaa~ hehehe..


Sumber : Google


Siyesly, terkejut sangat sebab aku pakai produk ni sekarang..
Tapi aku guna sabun dia je la sebab aku memang tak suka pakai krim siang & krim malam ni..
Leceh.. Terutamanya krim malam.. Hehehe..
Memang krim malam tu mencurigakan sebab susah nak sapu kat muka, berkilat then muka tak selesa, melekit-lekit & gatal2 jadinya..
Sebab tu aku tak pakai dah..


Kesian la sabun tu kena buang..
Isk..isk..isk.. Membazir dah aku beli sabun tu..
Tapi takpe la kan? Takkan nak teruskan jugak, kang rosak kulit muka aku..


Mungkin orang akan cakap produk tu produk tiruan sebab tu jadi macam tu..
Tapi walaupun produk tu ori, kandungan bahan kimia tu tetap dari bahan yang merbahaya..
So, better hentikan la dan guna produk yang diiktiraf KKM dan halal..
Kan? Kan? Hehehe..


Nampaknya terpaksa la aku cari produk pencuci muka yang baru..
Takut sangat kulit muka jadi macam diorang2 yang dah jadi mangsa..
Habis kulit muka tumbuh bintik2 kasar walaupun kulit dah cerah..


Korang tau tak produk apa yang selamat nak pakai?
Tanak dah pakai produk2 yang jual kat pasar malam ni..
Salah aku jugak, cepat sangat terpengaruh ngan produk2 yang menjanjikan kesan sepantas kilat ni.. Kesan tu memang betul ada tapi kesan jangka panjang daripada bahan2 kimia merbahaya tu kita tak tau lagi cane.. So, better ambil langkah berjaga-jaga..
Huhuhu~


Okey, stop kat sini dulu.. 
Nak kol mak aku suh stop pakai produk tu.. Hehehe..



Cara detect spammer di Cbox

Assalamualaikum & salam sejahtera.. :D


Aku tau mesti ramai yang memang dah geram sangat2 ngan individu2 yang 
suka tinggalkan link iklan di Cbox kan?? 
Lebih2 lagi iklan-klik-dapat-duit macam 8Share & Churpchurp..
Tapi kan, jangan la sampai nak tipu..

Letak nama Syasya tapi link bukan URL blog, dia letak link iklan pulak..
Cari duit biar ikut cara yang betul ek?
Nak ke makan duit haram hasil menipu orang lain??
Lain kali inform je kalau nak mintak tolong klik kan iklan..

Takyah nak mengelirukan sekaligus menipu blogger sebab 
some blogger tak tahu yang link tu sebenarnya link iklan..
Ingatkan ada kawan blogger datang gi blog, then kononnya nak la BW balik ke blog orang tu..
Sekali klik, eh, iklan rupanya..
Tertipu sudaaaa..
Hehehe..

Bagi yang belum tahu nak detect link spam ni, caranya senang je..
Tengok printscreen yang aku dah highlight kat bawah ni..




Just halakan cursor korang gi nama kat Cbox tu..
Then tengok kat bawah sebelah kiri browser korang..
Kat situ korang boleh tengok URL @ link tu sama ada link iklan atau blog..
Kalau aku baik hati memang aku klik je link tu tapi kalau aku malas....
Hmm.. Faham2 la ya?? Owner blog ni pemalas orangnya..
Kehkehkeh..



Kebaikan mandi tengah malam

Assalamualaikum W.B.T & salam sejahtera.. :D



Mandi tengah malam pun ada kebaikan eh?
Bukan tak bagus ke mandi tengah malam ni?
Eh, mana satu betul ni??
Hahaha..
Berapa banyak soalan daaa..


Kebaikan mandi tengah malam adalah :

1. Jimat air
Kenapa jimat?? Sebab kalau mandi waktu tengah hari, mesti nak mandi lama2 sebab panas. Kalau malam kan sejuk, mesti nak mandi cepat2 sebab tak tahan sejuk. Hehehe..


2. Tak kelam kabut
Kalau mandi waktu siang mesti nak cepat je.. Nak pegi keja la, nak pegi kelas la, nak kemas rumah la.. Pendek kata, siang banyak keja nak kena buat. So takleh mandi slow2. Hehehe.. Kalau tengah malam dah kurang keja, lepas mandi boleh terus tido.. Tido pun mesti lena sebab sejuk kan? Hehehe..


3. Senang nak tido 
Ni sesuai diaplikasikan bila cuaca panas di waktu malam, atau pun kipas @ air-cond korang rosak. Kalau dah cuaca malam tu panas, kipas @ air cond rosak mesti korang tak selesa kan? Badan berpeluh, melekit sana sini, tergaru sana tergaru sini.. Haa, so apa kata korang mandi? Lepas mandi air sejuk, badan korang akan segar & selesa. Nak sambung buat keja, siapkan asgnment @ update blog pun boleh..


Bestnye mandi.. Segarrrr...


Haa tu ja yang mampu aku kongsikan. 
Ni sebenarnya entri merapu sebab tuan punya blog ni tak mandi lagi. 
Hahahaha~
Please don't try this at home ya? Kat opis takpe..


Oo tak mandi lagi eh?


Tak bagus sebenarnya mandi lewat malam ni.. 
Tak baik untuk kesihatan..
Kalau nak tau kenapa tak bagus mandi lewat malam p tanya pokcik Google..
Don't ask me sebab aku tak layak nak nasihat korang sebab aku pun selalu mandi lewat malam.. 
Huhuhu..




Pic credit to pokcik Google

Salam.. ^__^

Kempunan nak pegi sana....


Assalamualaikum..


Hai! Hai! Hai korang!!!
Rasa macam dah lama sangat tak update blog..
Hehehe..
Tadi baru siapkan flyers untuk program Jelajah Pulau Lagenda..
Best woo..
Mula-mula baca paperwork memang excited sangat2 sebab diri ku yang kesian ini
 belum berkesempatan lagi nak gi jalan-jalan kat Langkawi..
 Aktiviti program tu best2 belaka contohnya pegi Langkawi cable car, Telaga Tujuh & banyak tempat-tempat menarik yang lain..
Aku just mention 2 tempat ni ja sebab 2 tempat ni ja yang aku nak pegi..
Hehehe..


TAPI kan....


Rupa-rupanya semua itu adalah dusta semata-mata..
Eh, bukan dusta tapi aku baru dapat tahu yang tu adalah pakej percutian anjuran
 oleh MMKLK atau kepanjangannya..
'Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus'


Harga pakej 3 hari 2 malam tu RM 260..
Mahal woo..
Aku ingatkan FREE..
huhuhu..
Sedeyyy... Takda can la aku nak gi Langkawi ni..

Hanya mampu melihat gambar semata-mata.. :(


Ada tak sapa2 nak belanja aku pegi Langkawi??
Plishhh.. Plishh.. Plishh..


Muehehehe~~




Jom shopping perfume wangi2 kat SINI.. :D




Officially Semester 5!!


Assalamualaikum & hai uollss!!


Tadi baru ja register untuk semester akan datang ni.. And now, i'm officially semester 5!! Tak sedar dah 2 tahun aku kat UPSI ni eh.. Ada lagi baki 2 tahun pengajian.. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah SWT.. Jom aminkan ramai2.. Hihihi..

Ni timetable untuk semester 5..


Banyaknya masa untuk tidooo.. haha.. :P


Ok dah jadual ni tapi hari Isnin tu agak kelam kabut sebab 2 subjek tu kat tempat yang berlainan.. Pukul 8 - 11 kat kampus lama, pukul 11 - 1 pulak kat kampus baru.. Langsung xda gap.. Dahlah dua2 kampus ni jauh.. Terpaksa la tukar jadual.. Tak pun mintak jasa baik lecturer untuk kuar awal & masuk lambat.. Tu pun kalau dapat lect yang bagus la..


Penat la, tiap2 sem dapat jadual xda gap macam ni.. Kalau aku ada kenderaan sendiri takpa la, ni terpaksa mengharap dengan bas kitaran tu ja.. 


Setakat ni semua kelas aku sama dengan Min.. Cuma subjek ko-kurikulum je la tak sama.. Aku ambik persatuan Multimedia, Min pulak ambik unit beruniform bomba & penyelamat. Kelas dia hari Sabtu, aku pulak tak da kelas hari Sabtu.. Boleh bangun lewat la nanti.. huhuhu...


Isnin depan dah start semester baru.. Time tu la baru boleh add & drop subjek.. Harap2 la boleh tukar jadual dengan mudahnya. Semoga subjek minor yang student nya cuma 7 orang tu tak di cancel. Kalau tak, 14 jam kredit ja la sem ni.. Rugi tau, dah la sem panjang.. Tunggu dan lihat ja la nanti cmana.. Hehehe..



Follow blogshop saya!


Like page online shop saya!

Apa nak jadi dengan industri filem Malaysia sekarang???


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera uollss...


Baru ja tadi terbaca kat blog Relevan Sokmo pasal isu adegan ranjang Marsha ngan Wan Hanafi Su dalam filem Laga tu.. Baca penerangan dorang rasa macam, what the ..... ??? Sambung ja la sendiri eh?



"babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno" - Wan Hanafi Su.

- Agak2 korang la kan, kalau yang tengok filem ni golongan remaja yang baru nak kenal dunia, sesuai tak didikan seks ni ngan diorang? Agak2 diorang pikir tak yang babak tu hanya untuk mendidik semata-mata bukannya untuk dicuba??



"Ini kerana dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada katakan, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan." - Wan Hanafi Su.

-  Kalau korang baca kat blog Relevan Sokmo tu, WHS tu cakap macam ni. Tapi persoalannya disini, cewah.. Dah macam forum la plak.. hehehe.. Benda macam tu penting sangat ka sampai nak masukkan dalam filem? Bukan ka benda macam tu pun semua orang leh belajar dari bidan kampung sendiri atau pun tanya ja pokcek Google. 



"memang sepanjang kerjaya lakonan inilah kali pertama dan saya gembira dapat melakonkan babak sedemikian. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol." - Wan Hanafi Su.

- OMG!!! Astaghfirullah al azim.. Gembira plak dia kan?? Ish pelik2.. 
- Agaknya dia ingat babak rogol ja ka yang mendatangkan kesan tak baik?? Jadi adegan ranjang laki bini tu ada kesan positif laa?? Astaghfirullah al azim.. 



"Nama pun berlakon, jadi apabila berada dalam set penggambaran, saya profesional. Saya tidak fikir orang akan mempertikaikan kerana babak tersebut sebenarnya tidaklah seperti orang fikirkan." - Marsha

- PROFESIONAL... Okei, fine.. Alasan artis yang langsung takleh di terima akal.



Kalau tengok, industri filem Malaysia memang masih di tahap rendah lagi sekarang ni. Dah banyak filem2 yang kontroversiallll macam ni tapi tak naik2 jugak tahap industri filem negara ni. Lagi banyak cerita bodoh ada la.. Filem2 sekarang ni, kalau tengok hari ni, 2 3 bulan pastu mula la dilupakan. Tapi kalau filem allahyarham P.Ramlee, sampai sekarang tengok tak bosan. Jalan cerita ngan babak filem tu pun suma dah hafal sebab best. Orang tengok pun masih terasa lawak lagi.. 

Kepada penerbit2 filem kat luar sana, tolonglah buat filem yang betul2 berkualiti, ada mesej yang berguna, sensitif dengan budaya Melayu & agama Islam. Paling penting jangan la belakangkan islam eh? Kalau boleh hentikan la buat filem yang diselitkan dengan adegan2 panas & ganas sebab filem la yang paling banyak mempengaruhi orang ramai sekarang. Bukan setakat remaja ja tau? Tapi semua golongan.. Baby tak la kot sebab kecik lagi. hehehe..

Okei la, malas nak ulas panjang2.. Sakit ahti ja nanti.. hehe.. Aku bukannya nak kutuk, ni cuma pandangan peribadi. Maaflah jika ada terkasar bahasa.. *memang ada pun.hehe..* Mintak maap mintak ampun.. Selamat hari raya!! hehehe..






Like page tu, like page ni, follow tu, follow ni..


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera semua.. 
^___^


Just now i wondering... Cess kau, speaking konon.. hehe.. Takda la, aku just heran ja mengapa banyak Giveaway (GA) yang terlalu banyak syarat nak kena buat, tapi ramai jugak yang join?? 


Terlebih dahulu nak minta maaf pada siapa yang invite aku join GA tu ye? Kalau GA simple2 bolehlah aku join.. Tapi kalau yang jenis kena like berbelas ratus ribu pages ngan follow orang tu orang ni tu.. Sorry to say la, but the answer is NO!!


Tapi tadi masa tengah scroll2 wall FB aku nak carik benda best tetiba ternampak la sorang blogger ni post, "Simple GA".. Aku pun tengok ja perkataan "simple" tu teruslah terasa nak join.. Laju2 la klik link blog tu.. Bila baca ja isi kandungan post tu, mak aihhhh.. Memang.. Memang "simple" sangat2.. Sigh..


Pastu pikir positip la konon.. Owh, mungkin hadiah GA  ni mesti gempak2 punya.. Bila tengok ja senarai hadiah.. Aduyaaiii.. *facepalm* .. Memang.. Memang gempak habis la.. Rugi yang amat kalau tak join.. Memang akan menyesal seumur hidup kalau tak join GA tu..


Maaflah pada yang terasa.. Aku bukan nak condem ka, bash ka, atau apa ka... Cuma mo bagi pendapat sikit.. Tu pun kalau korang ni jenis yang boleh terima teguran dan pendapat dari hamba Allah yang serba kekurangan macam aku ni..


Kalau ya pun mo buat GA, biar la ikhlas nak give away something tu. Jangan la jadi macam blogger tadi tu.. Letak nama GA, GA simple.. Syarat GA, jangan risau.. Syarat simple je.. A'ah, simple la sangat kan~~ 

Pada yang join tu, aku tabik spring la kat korang diatas kesanggupan korang untuk mengikuti syarat yang sangat2 simple tu.. Kalau setakat like 5 pages, follow 5 sponsor tu boleh lagi aku terima. Ni sampai berbelas.. Tu baru yang suruh like FB page penganjur dengan sponsor, belum tambah lagi yang suruh follow blog, twitter, instagram ngan klik iklan bagai tu.. Memang salute abis la..


Dearies sekalian, buat GA biarlah berpatutan syarat & hadiah nya.. Lagi bagus kalau letak syarat yang betul2 simple, bukan yang konon2 simple.. Tu ja la aku nak bebel hari ni.. Kalau ada yang terasa dengan entri ni aku mintak maap banyak2.. Jangan lah "butthurt" plak ya? Terima la teguran dengan fikiran yang terbuka. Jangan ikutkan hati, nanti mati. Maklum la, orang kita ni kan suka sangat bash2 orang.. Ramai sangat yang perasan diri dorang tu lebih baik dari orang lain. Peace yaww!!


Mari la kita sama-sama mendoakan saudara2 kita di Mesir.. Semoga Allah SWT memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.. Aamiin..



Aku serabutttt.......

Assalamualaikum & selamat sejahtera.. :)

Baru lepas makan murtabak maggi tadi.. Tak sempat plak ambil gambar.. Pestaim masak sendiri tauuu.. Hohoho.. Bangga gila aku bila berjaya masak murtabak maggi tu walaupun dengan sifu kat sebelah.. Okeii, over kan aku? kehkehkeh...

Hari ni kelas ada satu jam ja, lab untuk numerical methods.. Naaasib baik laa paham jugak walaupun kelas yang semalam menyebabkan otak dan mata aku penat.. Masuk kelas semangat gila, habis kelas ja semua serabut kepala macam sabut kelapa jadinya.

Hahahahaha...

Okei, tu serabut yang semalam punya..

Tadi petang pegi pekan. Ingat nak cari kasut sukan taaaapi kan... Tak jumpa pun kasut sukan yang aku nak.. Wuwuwu.. Dah penat aku round satu pekan tu tapi tak jumpa jugakk.. Dah cari kat Al-Ikhsan semalam tapi takda saiz la plak.. Hampehh tul aku.. Habis laa bola jaring sabtu ni tak pakai kasut.. Hihihi...

Masa nak balik tu singgah jap kat farmasi.. Niat dihati yang suci lagi bersih ni nak beli ubat sapu untuk jari jemari ku yang alergik ngan air paip ni tapi terbeli benda lain la plak.. Padahal kat depan kampus banyak kedai jual benda alah yang aku beli ni..

Percaya tak total semua barang kat atas ni RM 54.90????

Terkejut aku.. Mahal gila bangang.. Serabut makk..

Orang mau jimat tapi terbeli plak benda-benda mahal ni.. Habis la aku makan megi sepanjang sem ni.. Lepas ni terpaksalah guna pencuci muka & toner kat atas ni secara berhemah.. Pakai sikit-sikit, biar lambat habis, baru tak payah beli lagi.. Hahaha...





#PrayForSabah...
- Walaupun keadaan dah pulih sikit, tapi saki baki penceroboh tu masih ada dimana-mana.. 


Tak tahu p bunuh diri..



Kredit : Hampeh e-Cards


Syafiq.. Syafiq..
Isk.. Isk.. Isk..
 *tunduk geleng2 pala*

Semoga tahun ni membawa lebih banyak kebaikan buat kita semua.. :D
Selamat tahun baru Hijrah 1434..
Marilah berhijrah ke arah kehidupan yang lebih diredhai Allah SWT..


I like Monday.. You??

Tapak kaki gatal.. 
Malas nak garu ngan tangan.. 
Solusinya?? 
Garu dengan ibu jari kaki lagi satu..
Hahaha..

Ok, fine.. 
Ayat diatas sangat tak sesuai dijadikan pendahuluan karangan mahupun entri di blog..
Please don't try this at school or in ur blog..
Hihihi..

Aku just rasa mo update ja malam ni tapi tak tau mo update pasal apa..
Sebab tu la tetiba ja cakap pasal tapak kaki yang gatal..
Sangat tak selesa tau tak?
Nak garu tapi geli..
Tapi terpaksa garu jugak sebab tak tahan gatal..
Aishhh~~

Credit to Google Image :)

Haha.. Sadis sungguh..
Selamat hari Senin yuolss...
Aku suka Isnin..
Sebab aku memang takda kelas hari Isnin..
Muehehehehe...


Aku dah gemuk.. Yeahh....


Kemarin lepas kelas singgah jap kat kedai di Taman U tu..
Jalan sorang2 sambil window shopping..
Ahakss..
Pastu ternampak satu baju tshirt ni..
Kebetulan baju tshirt aku banyak yang dah buruk(hahaha), so aku pun teringin la beli yang baru setelah ternampak harganya yang agak murah sedikit..
Hehehe..
Setelah puas belek-belek baju tu, aku pun membuat keputusan untuk membelinya..
Masa belek2 tu ingatkan baju ni longgar kat badan aku..
Sampai umah aku terus basuh baju tu..
Hari ni bila dah kering, eksaited yang amat nak pakai..
Maklum la baju baru..
Kehkehkeh...
TAPI.... 
Baju tu kecik aaaaa....
Takda la kecik betul pun, cuma ngam2 kat badan..
Ingatkan longgar macam baju Angry Bird kaler pink aku kat bawah ni..

Kitorang dulu geng budak hostel.. hihi....

Boleh pakai kat bilik je baju ni..
Takleh pakai kat luar, cekci..
Ketara montot..
Hahaha...
Tapi, bila pikir2 balik..
Aku rasa, aku dah gemuk..
Sebab tu baju tu ngam2 kat badan..
Sedapkan hati sendiri..
Hahaha...


Nak jadi jahat...


Berjumpa lagi kita di hari Sabtu yang boring..
=_='

Seperti biasa, hari ni ada pasar malam kat Tanjung Malim.. Aku dari semalam lagi semangat nak pegi.. Dalam kepala dah rancang nak beli macam-macam.. Esoknya mesej la sorang kawan ni.. Kononnya nak ajak supaya ada jugak teman aku pegi pasar malam.. Faktor kenapa aku mesej kawan ni adalah kerana sem-sem lepas dia rajin ajak aku pegi pasar malam.. Dan semasa sem-sem lepas tu aku rajin jugak teman dia.. So, kononnya tadi mesej la dia dengan 38% perasaan yakin dan selebihnya lagi ragu-ragu.. Ragu-ragu sama ada si kawan tu tadi nak teman atau tidak..

Aku mesej pukul 11 kot.. Dia reply pukul 2-3 gitu.. Aku pun dah lupa, malas nak ingat balik.. Dengan alasan 'ada keja' dia menolak ajakan ku.. Aku pun redha ja la kan.. Orang tak dapat teman, takkan kau nak paksa jugak kan?? Aku bukan jenis yang suka paksa-paksa orang..

Waktu-waktu yang biasa orang pegi pasar malam tu adalah dalam pukul 5 sebab masa tu rasanya cuaca dah kurang panas sikit.. Masa dah dekat-dekat pukul 5 tu aku solat asar dulu la.. Tapi masa tu hati aku dah berbelah-bagi.. Macam malas ja nak pegi pasar malam sorang-sorang.. Masa aku baru nak baca Al-Fatihah di rakaat pertama, bunyi ringtone kat hp aku tanda ada mesej.. Ni yang buat aku susah nak khusyuk solat ni.. Asyik terpikir-pikir siapa yang mesej.. Kot2 ada hal penting kan.. Tapi kalau ada hal penting, mesti orang tu akan kol.. Sebaik ja aku habis salam terakhir, hp bunyi, ada orang kol.. Sekali jawab....... Kawan tu rupanya yang kol.. Ingat tanya aku dah pegi pekan ke belum ni sebab dia nak teman.. Rupanya nak KIRIM....

Aku takdelah jahat sangat sampai orang nak kirim pun aku tanak tolong.. TAPI.... Masa tu aku dah rasa down sangat.. Semangat yang sebelumnya membara, menyala-nyala bak obor sukan komanwel + obor sukan olimpik, masa tu dah hilang, lenyap, terbang entah ke mana.. Tetiba dia nak kirim ja.. Huhh.. Memang tak laa.. Sekarang masih not in the mood nak layan sapa2.. Siap menanam azam yang kejam..

"Kalau kawan tu nak minta tolong len kali, aku tanak tolong lagi dah..."

Jahat tak jahat hati aku kan?? TAPI..... Biasanya benda ni, yakni kekejaman ni hanya mampu bertahan 1 hari setengah cuma.. Kejap lagi kawan datang minta tolong itu ini.. Gerenti aku akan tolong.. Kenapa aku baik sangat?? Bagilah aku peluang jadi jahat sekejap...

Tapi tak la sekejam ini.. - credit to WeHeartIt

Day 3 - 10 Things You Hate

Assalamualaikum & selamat pagi semua.. ^___^



Aku hampir lupa yang aku ada 8 cabaran lagi mo buat.. 
Hari ni buat yang ketiga, pasal benda yang aku benci @ x suka.. 
Setelah d pikir masak semasak-masaknya, ni la antara yang aku benci.. Hihihi...


1. Serangga especially nyamuk yang terbang dekat telinga ku.. Paling aku x suka la ni.. Tengah siuk2 tengok drama Korea tiba2 ada plak bunyi2 dekat telinga.. Mo tampar rasa was-was plak sebab takut tertampar diri sendiri.. Terpaksa la halau2 camtu jak, x pun guna spray Ridsect.. Huhuhu...


2. Road block.. Tapi bukan road block yang abang2 polis buat tu ya? Aku maksudkan sini orang yang suka halang jalan.. Time2 aku mo cepat d sana la dia lenggang2 kangkung d depanku.. Kalau laluan tu luas xpa la jugak.. Kadang-kadang orang depan tu macam tau-tau jak, aku mo mencelah dari sebelah kiri, dia p sebelah kiri, mo mencelah dari sebelah kanan, tiba2 dia p sebelah kanan jugak.. Adess!! Bikin panas joo...


3. Laptop hang @ lagging.. Uii pantang kalau aku tengah buat keja yang urgent.. Kalau masa tu mood ok, aku bole gak sabar.. Tunggu jak sampai ok balik, siap menari-nari lagi.. TAPI, kalau bad mood n keja tu mesti siap cepat then laptop tu slow, merasa la laptop tu kena lempar p luar tingkap.. Hahaha..

huhu.. canteeeekkkknyaaaa....
4. Kasut yang baru beli tapi bila pakai boleh melukakan kaki.. Hahaha.. Ni aku selalu alami.. Masa try test d kedai, ok jak.. Tak sakit pun kaki tapi bila pakai pegi kelas ka, pegi jalan-jalan ka, tiba-tiba sakit plak kaki sampai luka-luka ni.. :P


5. Jerawat.. Hahaha.. Ni mesti ramai yang x suka jugak kan? Tambah2 lagi kalau yang besar punya.. Tersentuh sikit konpem la sakit.. Lagipun aku ni jenis x suka kacau2 jerawat ni.. Ada jak timbul aku biarkan ja tu sampai hilang dengan sendirinya.. Tapi kadang-kadang tangan ni suka cari pasal, time tengah betulkan tudung ka, inner ka, boleh2 plak tangan tu terkena jerawat.. Adoi laa.. T____T


Apa lagi aku benci ya.....??


6. Nombor yang ndak d kenal tiba2 call @ sms mo berkenalan.. Aku bukan sombong tapi aku just x senang mo berkenalan dengan cara begitu.. Bazir kredit jak mo layan orang tu, tengok2 ndak ikhlas jugak mo kawan ngan aku.. Huhuhu..


7. Habuk.. Dekat-dekat raya nanti mula la sibuk bersihkan rumah. Buang segala habuk n sawang2 yang ada pastu mulalah bersin non-stop sampai hidung merah2.. Sebab tu la kalau raya aku lebih suka jadi tukang buat kuih raya. Bab2 bersihkan rumah ni bagi ngan adik-beradik ku yang lain.. Biar dorang yang bersin2.. Hahaha..


8. Serangga yang masuk dalam rumah.. Terutamanya lipas, tebuan, ngan lain2 serangga yang berbahaya. Kalau dah masuk dalam rumah terus x tenang jiwa raga.. Rumah kat kampung la selalu.. Masuk jak tebuan terus lari cari raket bikin pukul.. Tu pun kalau berani la.. Hahaha..


9. Obor-obor.. Sorry la obor-obor sebab aku x suka ko.. Hehehe.. Aku selalu ikut bapa ku pegi memukat d pantai dekat kampung kami tu.. Kami pakai pukat tarik, bapa aku tarik d hujung sana di tempat yang dalam, aku plak hujung sini di tempat yang cetek.. Kalau ada obor-obor rasa berat jak pukat tu, sampai sakit tangan ngan kaki menarik.. Bukan sekor tapi berpuluh-puluh ekor tauk?! *Eh, obor2 ada ekor ka?* Hehehe.. Kalau yang bikin berat tu ikan xpa la, senang jugak hati banyak tangkapan, ni obor-obor la plak.. Hampess betul...


10. Peminjam barang yang xtau etika meminjam.. Cewah, pinjam2 barang pun ada etika ka? Hehehe.. Aku dah d didik sejak kecil, kalau orang tu yang pinjam barang aku, orang tu mesti datang tempat ku untuk pinjam barang tu.. Bukan aku yang pegi hantar ngan dia.. Ada paham ka? Hehehe.. Lagi satu, aku paling x suka orang yang pandai pinjam tapi x pandai nak jaga bagus2 barang aku yang kena pinjam tu.. Konpem aku mengamuk.. Hehehe..


Yahuuuu!! Siap akhirnya.. 
Banyak betul gangguan masa mo siapkan cabaran ni tau.. 
Capek deh.. Huhuhu..

Jangan Baca :: Aku marah ni..

Assalamualaikum & selamat tengah hari...


Hari ni mood tiba2 ndak bagus.. Tadi semangat suda mo buat cabaran untuk hari kedua tu, tiba2 datang plak sorang customer ni.. Betul2 bikin aku sakit hati owh.. Bikin rosak mood betul..

Hari tu dia suruh aku buat 2 design untuk stall burgernya. Satu mo print as a stiker & satu lg as a banner. Bila suda print terus dia bilang dia  mo stiker dua2.. Padahal masa dia kol, aku tanya kalau dua2 print as a stiker, dia bilang bukan. Satu jak stiker.. 

Aku lagi yang disalahkannya.. Mula2 memang aku yang salah sebab aku lupa yang kami ada bincang & suda confirmkan yang dua2 design tu print jadi stiker (yang sebenarnya aku pun x pasti ada ka jugak kami bincang pasal itu..) Suka2 hati dia jak mo salahkan aku. 

Sebelum print tu dia ada kol, time tu la aku tanya dia mo dua2 design tu print jadi stiker ka atau satu banner.. Dia iyakan jak apa yang aku tanya.. Pastu bila sudah salah print aku yang disalahkan.. Macam2 dia cakap ngan aku. Siap salahkan aku lagi kenapa tanya pasal tu time dia kol tadi. Mestilah mo tanyakan? Untuk kepastian.. Takkan dia kol tapi aku p tanya, ko suda makan? Ko apa kabar? Ko mau aku belanja kepsi ka?? *P mampus la ko sana!*

Last week dia datang lagi. Kali ni stiker tu lagi yang salah print. Dia kata stiker tu terbalik la plak.. Aku pun x paham macamana terbaliknya stiker tu. Aku gtau la dia yang aku akan tanya isteri bos nanti sebab isteri bos yang handle printer tu. Hari ni dia datang lagi tapi kebetulan bos n his wife mo keluar makan, aku malas la mo panggil2 bos bincang ngan dia sebab bos tu selalu kelam kabut, selalu mo cepat.. Ndak jugak tu dia kena layan oleh bos. Sapa la dia tu, bukan VIC (Very Important Customer) pun.. :P

Macam2 dia cakap ngan aku tadi. Semua aku yang salah.. Sebelum ni apa yang dia minta buat x pernah salah , x pernah ada masalah. Sekali dia deal ngan aku baru plak banyak problem. So, maksud ayat tersirat tu, aku la yang salah 100% ni?? Aku sakit hati gak la dengar dia membebel tu tapi aku sabar jak.. Aku dengar lagu kuat2 guna headphone, aku langsung x tengok dia bila dia bercakap. Aku tau perbuatan begitu tu biadap, tapi aku peduli apa.. Dia bukan orang tua yang mesti d hormat.. Cuma customer yang sebenarnya "not always right"..

Dari first dia datang lagi aku suda ndak suka mo deal ngan dia tauk! Aku ndak suka perangai macam dia. Ish, rasa mo lempar jak dia guna Yellow Pages tadi. Nasib aku masih boleh bersabar. Sakit betul rasanya tahan marah ni.. Aku istighfar jak banyak2 tadi.. Biasanya aku akan nangis kalau dah tak tahan marah sangat.. Syukur aku boleh tahan tadi..

Selama aku keja ni, ramai dah customer yang deal ngan aku tapi semua ok2 jak, xda yang x puas hati. Aku tau, dia sengaja nak salahkan aku sebab dia tak mo bayar untuk second stiker ni nanti. Sendiri yang salah, mo minta free la plak..


Gaduh ngan pakcik

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.. ^___^

Mode : Tears - X Japan
Lokasi : Opis laa.. o__0

Dalam bas otw pegi keja tadi pagi aku sempat lagi gaduh ngan sorang pakcik ni.. Hehe.. X pernah2 aku bergaduh ngan orang tua2 ni.. First time la tu tadi pagi tu.. Begini bha tu ceritanya..

Bas tu berenti sebab ada penumpang yang duduk sebelah ku ni turun. Tiba2 ada sorang pakcik ni mo duduk sebab sakit kakinya. Pakcik tu pun duduk la.. TAPI, ya ada tapinya.. Pakcik tu duduk macam aku xda jak disebelahnya.. Terjepit bha aku terus dekat dinding.. Tau la aku kurus, badan kecik2 jak, pakcik tu gemuk, badan besar, jangan la buat tempat duduk dalam bas tu macam sofa single di rumah pakcik tu..

Lalu aku pun dengan sopan dan penuh ayu sekali *ayu la sangat* minta pakcik tu ketepi sikit supaya bahu ku dengan bahunya tidak bersentuh.. Ok, dia gerak tapi gerak2 gitu jak.. Masih jugak pun bersentuh bahu.. Terpaksa la aku mengecikkan lagi ruang ku supaya ndak tersentuh sudah.. Tapi masih jugak kena..

Pakcik ni x paham2 lagi ka yang aku ni mau more space lg?? Pastu aku pura2 betulkan kedudukan beg ku, konon mo letak di antara aku dengan pakcik tu tapi x muat la plak.. Kang penyek plak tapau nasi aku dalam beg tu.. Bila dua2 cara ndak berkesan aku hampir putus asa, putus napas, putus semangat dan putus segala-galanya laa.. Banyak la ko punya putus.. 

Sekali sampai dekat satu selekoh ni, tiba2 pakcik tu marah2 aku.. 

"Kau ni kenapa tolak2? Kau pikir bas ni bas mu ka??"

Aku blur sekejap.. Apa salah ku ni? Takda pun aku p tolak dia..

"Kenapa apa plak ni pakcik? Tiba2 jak marah orang.." 

Rawwwrrr!!!

Rupa-rupanya masa belok tu bahu ku TERtolak bahunya.. Kan kalau belok kat selekoh, badan kita pun akan ikut jugak, apa lagi kalau selekoh tajam.. 

Huh pakcik ni, aku bagi hint ndak paham2.. Sekali ndak sengaja tiba2 plak dia  marah.. Nasib dia terus diam, xda la terkeluar ayat2 yang ndak sedap d dengar dari mulut ku ni..Sabar jak aku.. Tapi yang bestnya kan, pakcik tu dah duduk jauh sikit dari aku.. Baru selesa sikit aku duduk.. 


Anne :: Aku bukannya baeeeekk sangat pun.. :P

Error 400 - Bad Request

Assalamualaikum...


Kamu pun ada alami masalah ni ka?
Ni ambik dari kawan aku, Finie Ramos..


Lepas telur, beras lagi??

Assalamualaikum..


Aku suka makan nasi. Nasi kosong, nasi lemak, nasi ayam, nasi minyak, nasi kuning.. Semua aku suka makan.. Kamu pun mesti suka kan? Sebab nasi tu makanan ruji orang kita. Aku x tahan lau 1 hari ndak makan nasi. Rasa ndak lengkap jak idup ni.. Hehehe.. 

Tapi nasi yang aku suka makan tu telah di tiru oleh negara yang terkenal ngan copy-paste-edit brand2 terkemuka dan cipta benda2 tiruan ni.. Ndak payah la aku mention d sini, kamu tau jugak tu kan? Hehehe...

Jom tengok video ni dulu..



Ingatkan baru lagi ni cerita, aku tengok video ni d Youtube ada yang 2 bulan lalu & ada jugak yang 8 bulan lalu. Lama suda rupanya ya? 

Makan 3 mangkuk nasi  plastik ni bersamaan dengan makan 1 guni  plastik. Semua pun tau kan yang plastik ni ambil masa yang sangat lama untuk dihapuskan. Agak-agak la kan, apa jadi lau kita termakan beras plastik ni? 

Oleh itu, makan la beras tempatan. Beras tanam sendiri lagi bagus! Hehehe..

>> Thanks sudi baca!! <<

Hati Yang Kau Panaskan...

Assalamualaikum n gud morning u olls...

Sampai jak opis, on pc trus rasa mo apdet plak.. hihihi.. Bukan apa, ada yang aku x puas hati tadi masa on the way p cni..

Macam biasa, setiap pagi aku akan tunggu bas kat depan perumahan aku tu. Hari ni aku awal ckit coz xda aku buat roti bakar macam yang biasa aku buat setiap pagi.Aku lupa mo suruh kkak aku beli semalam.. So tadi pagi aku bekpes sosej ngan telur greng jak.. Takda bekal p keja ari ni.. Terpaksa la aku merajinkan diri ku yang sangat pemalas ni untuk beli makanan kat restoran belakang opis aku..

Hah, lari sudah dari topik asal.. hehehe...

Gini, tadi masa lam bas, ada penumpang naik.. Macik n anak2 nya 4 orang, 3 perempuan 1 lelaki.. Kecik2 lagi semua, yang paling tua rasanya lam lingkungan umur 8-10 taun n yang paling muda maybe lam 5 @ 6 taun la gitu.. Bila dah naik tu, yang c ibu ngan anak2 ppuan jak yang dapat duduk. Maka, berdiri jak la yang budak lelaki ni. Sian aku tengok dia, mo bagi seat aku, aku xmo la plak berdiri d kalangan lelaki2 yang ada kat dalam bas tu. So, aku berharap jak la ada orang turun nanti.. 

Masa bas tu berenti depan Alamesra, ada orang nek.. ramai jugak la.. Budak lelaki tu hampir tersepit suda sebab setiap kali ada penumpang naik, jarang la ada yang mo p belakang2, semua mo d depan. Aku pun x pasti napa.. Hehehe...

Pastu bas tu berenti lagi depan UMS, penumpang yang duduk depan tu turun. Aku pikir dapat lah budak lelaki tu duduk sebab seat tu dekat ngan dia. Nah, sekali ada plak satu pompuan x sedar diri ni p menolak budak tu.. Aish.. Panas tul aku tengok perbuatan pompuan tu. Budak tu mo duduk tiba2 pompuan tu p tolak dia pastu duduk dengan gembira n tanpa rasa bersalah.. Arghhh... rasa macam mo tarik jak tudung pompuan tu, nasib aku jauh.. Apalah salahnya dia bagi budak tu duduk, bukan dia sorang jak pompuan yang berdiri, ada jugak pompuan len tapi xda la dorang mo berebut tempat duduk ngan budak kecik...



Aku tatau da pa nasib budak tu coz ramai tul orang kat depan tu. Ndak dapat aku tengok budak tu lagi. Aku harap dia ok jak.. Then, masa bas tu berenti dekat Shell yang ada McD drive-thru tu, aku tengok budak tu dah dapat duduk.. Syukur Alhamdulillah, dapat jugak dia duduk.. Hihihi...

Bila dah sampai terminal, aku pun ikut jugak la bersesak2 mo turun. Nasib ada gak gentleman bagi laluan ngan aku. Tapi belum sempat mo turun tangga, ada lagi pompuan yang macam harem tadi tu potong jalan aku.. Huh, x pandai bersabar tul pompuan ni ba.. Nasib aku x jahat, lau ndak sudah aku tolak dia dari bas tu.. Bikin panas jak.. 

Okeh, tamat cerita bikin panas.. 

Masa lam bas tadi, tiba2 aku terpikir mo buat satu segmen la.. Tajuk segmen aku lum pikir lagi.. Nanti da ada idea aku gtau.. Tapi ada ka jugak orang mo join segmen aku ni ya?? Huhuhu.... Try test jak la, belum cuba belum tau kan?? Hehehe...


>> Thanks sudi baca!! <<

Siapa Mau Keja??

Assalamualaikum... ^_^

First of all, selamat hari Sabtu!!!

Cepatnya masa berlalu kan?? Macam baru jak semalam hari Isnin.. Tup.. Tup.. Hari ni Sabtu sudah... Dan aku lum dapat keja lagi... Adoyaii... Sabar jak aku ni, lum ada rezeki la ni.. Apply sana, apply sini... Interbiu sana, interbiu sini... Xda jugak yang sangkut.. Hmm... Xpa la, aku redha... Aku hanya mampu berdoa... Huhuhu... Emo la plak...

Macam ayat kat bawah ni,

"Jika Allah SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya..
 Jika Allah SWT menangguhkan doamu, maka Allah menguji kesabaranmu..
 Jika Allah SWT tidak memakbulkan doamu, maka Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu..."

Yup, aku yakin 100%!! Konpem ada hikmah disebalik semua ni.. Walopun adakalanya aku naik lemak lemas, fed up, baccat, sakit hati, sakit jiwa dan yang sewaktu dengannya bila terjadinya perkara seperti dibawah..

SITUASI 1

Orang : Dah keja ka?
Aku : Belum..
Orang : Napa x cari?? Banyaknya tu keja, d news ada, d internet ada...
Aku : *Sabar*
Orang : Atau ko yang malas ni? Anak manja la katakan..
Aku : *idung dah kembang kempis tahan marah*
Orang : Cari la, tolong jugak beliau tu cari duit..
Aku : *sikit lagi mo meletup*
Orang : Orang yang tahap SPM ngan sijil pun dah dapat keja bagus2,ada keta.. Apa lagi ko yang ada diploma ni.. Takkan xda biar satu pun??
Aku : Arrrggghhhhh!!!!! Woi, ko diam. Boleh ka?? *dush dush dush*


SITUASI 2

Macik : Eh, c ***** ba ni... 
Aku : Iya, macik... *sambil sengih-sengih*
Macik : Apa ko buat sekarang? Keja uda ka?
Aku : Belum lagi, tengah mencari ni..
Macik : Oo, anak macik tu keja suda. 
Aku : Owh yakah? Keja apa dia macik? *purak2 meramahkan diri*
Macik : Keja kerajaan, gajinya seribu lebih.. *duh, bangganya ni macik.macam serombong asap suda idungnya* hakhakhak...
Aku : Owh, bagus la tu..
Macik : Ko napa lum ada keja lagi? Ko ndak apply macam anak macik tu.. Ko apply d SPA8..  Anak macik tu, ndak lama mo kasi kuar keta suda tu..
Aku : Iya la, macik..
Macik : Ko tengok jugak d surat kabar sama di intenet.. Banyak tu sana keja2 kosong..
Aku : Iya macik...
Macik : Ok la, macik jalan dulu. Menunggu suda anak macik tu. Dia bawak keta bapanya. Ada suda lesen nya.. Huh, ko ada?? *sila abaikan ayat yang terakhir ni, tipu jak* hahaha... 
Aku : Ok, macik.. Hati2 ya... *senyum penuh kepalsuan*

Mencabar kewibawaan tul macik ni.. Ingat aku tatao ka apa tu SPA? Surat kabar lama? Internet?? Ingat kalau apply SPA tu terus dapat ka??

Aku bukan malas, bukan x cari keja.. Aku cari, aku send resume, aku kol, aku pegi interbiu.. Sekarang ni ada financial problem, tambang 1 ringgit pun aku pikir masak2 lagi.. Ah, aku cerita pun bukan ada yang paham.. Masih jugak mo label aku ni malas berusaha.. Say la what ever u want..

Korang pernah ka alami situasi macam diatas tuh?? Susah nya jadi graduan menganggur ni.. *Uish, x bagus mengeluh* Usaha camana pun kalau xda rezeki.. Kalau ada rezeki, adalah keja.. Lau xda, sabar sajalah.. Tu jak aku mo cerita di pagi Sabtu ni.. Lega sikit suda membebel... Huhuhu...

Sapa mo?? Cepat2 kol... hahahaha...


Anne bilang : Thanks sudi baca!! =)

What Goes Around, Comes Around

Salam...


Betul kah jugak tajuk tu??
Aku lupa2 ingat bha..
Ni lah lau otak berkarat ni..

Sapa faham apa maksud ayat yang menjadi tajuk entry ku tu??
Dah aku google tadi, betul la tu..
Tak dapat di sangkal lagi kebenaran ayat tu..
Xda salah eja, salah susun, salah sangka dan macam2 salah lagi..

Cari di wiktionary tadi..
Berikut adalah ayat yang mempunyai maksud yang lebih kurang sama jak ngan ayat diatas tu..
*ayat.. ckit ndak skema*

"the way you call into the wood is the way it will echo back at you"

"what comes singing, will leave whistling"

Dan ini plak maksud bagi ayat diatas tu..
"A person's actions, whether good or bad, will often have consequences for that person."

Aku share ni bukan sebab mo ajar English..
Sapa la aku ni mo ajar2 orang..
Sendiri pun ndak pass be'speaking' mo ajar orang..
Buang laut lah...
Hahahaha...

Orang yang buat x baik ngan kita akan mengalaminya jugak satu hari nanti..
Kira macam buat jahat dibalas jahat la tu kan??
Macam kes aku sekarang ni la..

Tapi xda la jahat..
Macam kejam ckit la..
Hahaha...

Biasa lau kita susah, kawan2 yang merupakan orang asing bagi kita akan mengelak..
Tapi ni tidak..
Keluarga sendiri yang mengelak..
Bila dorang susah kita tolong..
TAPI.....
Bila kita susah dorang plak xmo tolong...
Dasar jual ikan betul...

Bukan mo mengungkit...
Kita tolong ikhlas seikhlas ikhlasnya...
Ndak mengharap apa2 balasan...
Cuma harap dorang ada time kita susah..
Setakat bagi sokongan ka, nasihat ka...
Bukan susah pun...

Tapi pa boleh buat..
Mana boleh paksa2 orang...
Mungkin dorang ada sebab musabab sendiri kenapa dorang melarikan mengelakkan diri...
*kasi sedap ati sendiri*
ngeh..ngeh..ngeh..


Xpa la...
Hidup ni macam roda..

Saya putar Halim!!!!
Wang besar!! Wang besar!! Wang besar!!
Teettttttt.... MUFLIS!!! :p
wawawawawawa....

Eii, bukan roda impian larr...

Macam tayar..
Tayar kereta, tayar basikal, tayar motor, tayar beca...
Lau ada singgam (chewing gum) melekat di tayar tu..
Kamu dapat tengok tu..
Lau tayar tu berpusing, singgam tu kejap di atas, kejap di bawah...
Hahh, gitu la jugak idup...

Apa yang penting??
Kerjasama!! 
Bukan larr...
Yang penting kita sentiasa berSABAR...

"Magsabal ka ndek" bilang arwah nenekku...
Huhuhu... Rindu lak tiba2...

K la, mo lepak CRB dulu..
Siuk owh...
Daaaa....

Anne Nurain