Showing posts with label Sad. Show all posts
Showing posts with label Sad. Show all posts

Ke mana kan ku bawa diri...

Assalamualaikum W.B.T...


Tajuk je dah drama queen sangattt.. 
But, seriously aku masih dalam dilema sekarang..
Kedah cuti raya Haji sampai hari Isnin..
So, dats mean aku ada 4 hari cuti iaitu Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin..


Nak balik KL ke atau duk bilik sewa aku ja..
Kalau balik KL, mesti penat naik bas berjam-jam..
Tapi kalau aku duk sini ja, confirm aku bosan yang amat..
Dah la duk kat kawasan kampung, nak kuar gi mana2 pun tak boleh..
Takda kenderaan, public transport pun takda..


Aku tanya Min, dia tak suh balik KL..
Katanya nanti penat, sampai KL Jumaat pagi..
Pastu Isnin pagi dah balik Alor Setar lagi..
Dia suh aku download ja drama Korea banyak2 untuk hilangkan bosan..


Duduk kat sini tak best, aku sorang2 ja..
Ada kawan tapi aku segan, nanti menyusahkan ja..


Kalau tak balik KL, terpaksalah aku sorang2 kat sini..
Dapat kah aku tahan kebosanan cuti 4 hari dengan hanya stay kat bilik ja??
Boleh jadi gila kot kalau dah stress sangat..
Tambah2 lagi emosi aku sekarang tak menentu..
Emosional + sensitif sangat aku sekarang ni..


Hmm.. Kalau la boleh balik kampung kan best..
Sebelum ni aku ok je kalau beraya kat umah sewa masa kat uni..
Sebab aku ada kawan..
Tapi raya Haji taun ni aku takda sapa2 kat sini..


So, patut ka aku balik KL??
Atau stay kat sini ja??



WAJIB BACA!! KENAPA MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR BANTUAN KETENTERAAN KEPADA NEGARA ISLAM YANG DALAM KRISIS?


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.. ^___^

Sekarang ni memang tengah heboh tentang pertumpahan darah yang berlaku di Mesir..
Dan sudah semestinya golongan 'cerdik pandai' pun akan lantang bersuara, eh bukan..
Lantang ber'komen' melontarkan buah fikiran masing-masing yang hanya berdasarkan ilmu yang seciput tu saja.. Masing-masing nak hentam kerajaan, hentam pihak tu pihak ni.. Pastu ada jugak golongan yang tak tahu apa-apa *jahil* yang pegi update status macam ni,


Maafkan kami MESIR, ROHINGYA, PALESTIN, SYRIA dan sewaktu dengannya.

Kereta kebal kami simpan untuk perarakan KEMERDEKAAN,
JET Pejuang ada , tapi terbang waktu D5 Langkawi.
PISTOL kami buat tembak sesama sendiri....


Ni ada ulasan yang sangat menarik dari admin page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad...


Bercakap mengenai dakwaan bahawa kenapa kita tidak menghantar jet pejuang kita untuk menolong mereka di Mesir misalnya, kenapa tidak menghantar kereta kebal kita misalnya untuk menolong rakyat Palestine, kenapa kita tidak menghantar askar-askar kita untuk menolong kaum Rohingya. Saya rasa ini adalah pemikiran mereka yang dungu akalnya. Kenapa saya bertanya demikian? Mari, saya ajak kalian untuk berfikir. 

Dalam isu ini, bukan jet pejuang kita yang menjadi persoalan tetapi bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza dan negara-negara yang berkaitan? Pernah dengar tak mengenai Air Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu ketika melintasi negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh hasil cadangan beliau. 

Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut Pesawat’. Bentuknya sebegini, dan ini adalah contohnya:




Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.

Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.

Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi, bukannya melulu macam cadangan MELEIS yang akan memberikan semua hak yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah satu taktikal perang.

Hayati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mahu menawan Kota Konstatinople, bukan sehari dua perancangan. Sudha banyak raja-raja sebelum ini yang tewas dan tidak berjaya menawan kubu kuat umat Kristian itu. Apakah kita melulu untuk pergi menyerang? Tidak! Sultan Muhammad Al-Fateh memastikan askar-askarnya menjadi antara yang terhebat dengan latihan demi latihan. Bahkan bukan dengan itu sahaja, baginda turut melengkapkan askarnya dengan teknologi canggih seperti Meriam yang dicipta oleh rakyat Byzantine yang memeluk Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh membuat kajian demi kajian mengenai kelemahan-kelemahan kota yang disebutkan. 

Mengenai isu Mesir, tahukah yang berlaku di sana adalah isu dalaman? Apabila kita masuk campur, maka ini bermakna kita mencabul kehormatan negara demikian. Kita bukannya negara seperti USA yang mempunyai kuasa VETO. Kita hanya boleh masuk tanpa diserang oleh tentera-tentera bersekutu PBB melalui tentera pengaman yang akan dibentuk oleh PBB sendiri. Apabila ini berlaku, tahukah anda bahawa Malaysia tidak pernah terlepas dalam membantu umat Islam? 

Tentera pengaman di Bosnia, Somalia dan Lubnan misalnya, siapakah yang negara yang menjadi wira menyelamatkan umat Islam bahkan menyelamatkan tentera USA dalam pertempuran? Malaysia! Siapakah yang mengajar anak-anak Bosnia ilmu pengetahuan mengenai dunia bahkan akhirat? Malaysia! Siapakah yang menghantar pasukan komando Khas ke Bosnia untuk membuat kerja 'kotor'? Malaysia! 

Tolonglah fahami bahawa JIHAD itu bukan BERMAKSUD, ANDA "BERBOGEL" memasuki negara orang lalu mengajak berperang! Ya, tentera Islam memenangi peperangan dengan bantuan ALLAH. Tetapi ingatkah kalian janji ALLAH bahawa ALLAH tidak akan membantu sesuatu bangsa andai bangsa itu tidak mengubahnya? 

Tentera Islam dulu berperang bukan dengan semangat sahaja, tetapi TEKNOLOGI DAN AKAL! Pedang lengkung yang digunakan oleh umat Islam mampu memotong BENANG SUTERA! Akal fikiran nabi Muhammad, Khalid Al-Walid dan Sultan Muhammad Al-Fateh merancang taktikal dalam peperangan itu membantu umat Islam!

Tolong! Saya seru kita jangan jadi MEREKA YANG RENDAH IQ! Anda bijak! Saya tahu! Gunakan akal sebelum bercakap mengenai satu perkara!

Islam mengajar kita jangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Tetapi kenapa cara kalian berfikir sebaliknya? 

Hayati kata-kata dari genius yang merangka strategi perang:

"Victorious warriors win first before going to war, defeated warriors go to war then seek to win." Sun Tzu.



One word for this statement... TERBAEEEKKK...


Like page tu, like page ni, follow tu, follow ni..


Assalamualaikum WBT & salam sejahtera semua.. 
^___^


Just now i wondering... Cess kau, speaking konon.. hehe.. Takda la, aku just heran ja mengapa banyak Giveaway (GA) yang terlalu banyak syarat nak kena buat, tapi ramai jugak yang join?? 


Terlebih dahulu nak minta maaf pada siapa yang invite aku join GA tu ye? Kalau GA simple2 bolehlah aku join.. Tapi kalau yang jenis kena like berbelas ratus ribu pages ngan follow orang tu orang ni tu.. Sorry to say la, but the answer is NO!!


Tapi tadi masa tengah scroll2 wall FB aku nak carik benda best tetiba ternampak la sorang blogger ni post, "Simple GA".. Aku pun tengok ja perkataan "simple" tu teruslah terasa nak join.. Laju2 la klik link blog tu.. Bila baca ja isi kandungan post tu, mak aihhhh.. Memang.. Memang "simple" sangat2.. Sigh..


Pastu pikir positip la konon.. Owh, mungkin hadiah GA  ni mesti gempak2 punya.. Bila tengok ja senarai hadiah.. Aduyaaiii.. *facepalm* .. Memang.. Memang gempak habis la.. Rugi yang amat kalau tak join.. Memang akan menyesal seumur hidup kalau tak join GA tu..


Maaflah pada yang terasa.. Aku bukan nak condem ka, bash ka, atau apa ka... Cuma mo bagi pendapat sikit.. Tu pun kalau korang ni jenis yang boleh terima teguran dan pendapat dari hamba Allah yang serba kekurangan macam aku ni..


Kalau ya pun mo buat GA, biar la ikhlas nak give away something tu. Jangan la jadi macam blogger tadi tu.. Letak nama GA, GA simple.. Syarat GA, jangan risau.. Syarat simple je.. A'ah, simple la sangat kan~~ 

Pada yang join tu, aku tabik spring la kat korang diatas kesanggupan korang untuk mengikuti syarat yang sangat2 simple tu.. Kalau setakat like 5 pages, follow 5 sponsor tu boleh lagi aku terima. Ni sampai berbelas.. Tu baru yang suruh like FB page penganjur dengan sponsor, belum tambah lagi yang suruh follow blog, twitter, instagram ngan klik iklan bagai tu.. Memang salute abis la..


Dearies sekalian, buat GA biarlah berpatutan syarat & hadiah nya.. Lagi bagus kalau letak syarat yang betul2 simple, bukan yang konon2 simple.. Tu ja la aku nak bebel hari ni.. Kalau ada yang terasa dengan entri ni aku mintak maap banyak2.. Jangan lah "butthurt" plak ya? Terima la teguran dengan fikiran yang terbuka. Jangan ikutkan hati, nanti mati. Maklum la, orang kita ni kan suka sangat bash2 orang.. Ramai sangat yang perasan diri dorang tu lebih baik dari orang lain. Peace yaww!!


Mari la kita sama-sama mendoakan saudara2 kita di Mesir.. Semoga Allah SWT memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.. Aamiin..



Lone Ranger?? Anne tak kisah~~

Assalamualaikum

Tadi ada kelas 3P. Nak tau 3P tu pa benda? 3P stands for Pembelajaran & Perkembangan Pelajar. Subjek ni subjek wajib universiti untuk student yang amik program pendidikan. Dalam kelas ni kitorang study pasal remaja sebab nanti kitorang posting, kitorang akan ajar sekolah menengah yang opkos la semuanya remaja ye dak?? Pastu masa kelas tadi our lecturer ada sebut pasal Lone Ranger. Yang kitorang semua paham, Lone Ranger ni semacam gelaran untuk orang yang selalu menyendiri. 

Masa lecturer tu sebut ja Lone Ranger ni, kawan aku, Shamsul terus tunjuk aku.. Aku dah jangka dia akan buat camtu tapi aku still terkejut.. Dunno why~~

Aku memang suka menyendiri.. Bukan sebab aku sombong (walaupun orang tengok aku ni sombong) tapi aku macam tak tahu @ tak pandai nak rapat-rapat ngan orang lain. Bukan sebab aku taknak berkawan.. Aku ada kawan tapi bukan sahabat.. 'KAWAN' for me means somebody yang aku kenal, selalu bertegur sapa,  ada nombor phone diorang dalam phone aku and pernah duduk dekat2 masa dalam kelas. Manakala, 'SAHABAT' pula ialah orang yang memahami and selalu ambik berat pasal aku, berkongsi minat yang sama, pegi mana-mana selalu ngan aku, selalu lepak sama-sama & banyak lagi la..

Aku suka berkawan.. Kadang-kadang aku sunyi sebab kalau kat kelas aku selalu duduk sorang-sorang, pegi kelas pun selalu sorang-sorang.. Nasib baik kat kelas ada Kanda ku ngan geng2 nya, Shamsul & Pian. Dengan dorang la aku rapat, duduk dekat2 ngan diorang, tugasan berkumpulan pun dengan diorang jugak sejak semester lepas. 

Kanda ku perasan benda ni & dia selalu tegur aku. And now, aku jadi sangat sensitif bila ada orang tegur pasal ni.. Even time menaip ni pun aku dah rasa sedih sangat sebab aku baru perasan yang aku tak penah cerita atau luahkan apa yang aku rasa dengan sesiapa pun, even dengan Kanda ku.. Maybe that's the reason kenapa aku ada blog. Tapi tak semua jugak aku cerita kat sini, aku still pendam apa yang aku rasa.

Lecturer aku ada mention yang orang-orang macam aku ni, seorang yang berdikari & tak terlalu bergantung dengan kawan-kawan. Ada sesetengah orang, nak beli makanan pun mesti ada kawan, kalau tak, sanggup la tak pegi makan. Aku selalu pegi beli makanan sorang-sorang. Tak jauh pon, depan kolej ni je.. Hikhikhik~~

Kanda ku sangat risau aku jadi camni. Hari tu masa kat kelas aku duduk sorang tapi masa tu lecturer lum datang lagi. Tiba-tiba bunyi mesej dari Kanda ku, aku heran la sebab dia duduk tak jauh pun dari aku, tetiba ada mesej plak.. Hihihi.. Rupanya dia tanya kenapa aku duduk sorang, kat belakang plak tu.. Tak sempat nak balas mesej dah ada orang duduk sebelah aku. Kawan aku jugak tapi tak rapat la coz dia ada geng lain. 

Balik dari kelas tadi, makan pastu google cari maksud lone ranger tu. Tapi benda len yang aku dapat..


lone ranger = lone AIZAT??  waddepish!! o.O



The Lone Ranger - watak fiksyen omputih


But, i think this one yang lebih sesuai untuk gambarkan orang yang suka menyendiri.

Serigala Tunggal?? Watever la kan?? :D

Maybe i'm a lone wolf but i'm not forever alone because i have Allah SWT, my family and my Kanda, Muhaimin Hanip.. :D


Nak jadi jahat...


Berjumpa lagi kita di hari Sabtu yang boring..
=_='

Seperti biasa, hari ni ada pasar malam kat Tanjung Malim.. Aku dari semalam lagi semangat nak pegi.. Dalam kepala dah rancang nak beli macam-macam.. Esoknya mesej la sorang kawan ni.. Kononnya nak ajak supaya ada jugak teman aku pegi pasar malam.. Faktor kenapa aku mesej kawan ni adalah kerana sem-sem lepas dia rajin ajak aku pegi pasar malam.. Dan semasa sem-sem lepas tu aku rajin jugak teman dia.. So, kononnya tadi mesej la dia dengan 38% perasaan yakin dan selebihnya lagi ragu-ragu.. Ragu-ragu sama ada si kawan tu tadi nak teman atau tidak..

Aku mesej pukul 11 kot.. Dia reply pukul 2-3 gitu.. Aku pun dah lupa, malas nak ingat balik.. Dengan alasan 'ada keja' dia menolak ajakan ku.. Aku pun redha ja la kan.. Orang tak dapat teman, takkan kau nak paksa jugak kan?? Aku bukan jenis yang suka paksa-paksa orang..

Waktu-waktu yang biasa orang pegi pasar malam tu adalah dalam pukul 5 sebab masa tu rasanya cuaca dah kurang panas sikit.. Masa dah dekat-dekat pukul 5 tu aku solat asar dulu la.. Tapi masa tu hati aku dah berbelah-bagi.. Macam malas ja nak pegi pasar malam sorang-sorang.. Masa aku baru nak baca Al-Fatihah di rakaat pertama, bunyi ringtone kat hp aku tanda ada mesej.. Ni yang buat aku susah nak khusyuk solat ni.. Asyik terpikir-pikir siapa yang mesej.. Kot2 ada hal penting kan.. Tapi kalau ada hal penting, mesti orang tu akan kol.. Sebaik ja aku habis salam terakhir, hp bunyi, ada orang kol.. Sekali jawab....... Kawan tu rupanya yang kol.. Ingat tanya aku dah pegi pekan ke belum ni sebab dia nak teman.. Rupanya nak KIRIM....

Aku takdelah jahat sangat sampai orang nak kirim pun aku tanak tolong.. TAPI.... Masa tu aku dah rasa down sangat.. Semangat yang sebelumnya membara, menyala-nyala bak obor sukan komanwel + obor sukan olimpik, masa tu dah hilang, lenyap, terbang entah ke mana.. Tetiba dia nak kirim ja.. Huhh.. Memang tak laa.. Sekarang masih not in the mood nak layan sapa2.. Siap menanam azam yang kejam..

"Kalau kawan tu nak minta tolong len kali, aku tanak tolong lagi dah..."

Jahat tak jahat hati aku kan?? TAPI..... Biasanya benda ni, yakni kekejaman ni hanya mampu bertahan 1 hari setengah cuma.. Kejap lagi kawan datang minta tolong itu ini.. Gerenti aku akan tolong.. Kenapa aku baik sangat?? Bagilah aku peluang jadi jahat sekejap...

Tapi tak la sekejam ini.. - credit to WeHeartIt

Anne Nurain