Showing posts with label praktikum. Show all posts
Showing posts with label praktikum. Show all posts

Ke pulau ke kiterr??

Assalamualaikum & hai semuaaaa....


Sekarang ni dok heboh pasal event IWTTAD tu kan?
Tapi aku taknak komen pape..
Serahkan je pada yang pakar..
Kita yang tak pakar ni just amik pengajaran dari apa yang berlaku..


Asalnya hari ni nak mula 30 Days Photo Challenge tu..
Tapi lupa plak esok aku nak gi Pulau Payar, Langkawi..
Sekolah aku ada program kat sana..
Nama program tu, Kem Pendidikan Marin..
Aku sebagai cikgu praktikal haruslah terlibat sama..
Markah tu beb! Hehehe..
Aku bertolak esok dan balik sini hari Jumaat pagi..
Doakan perjalanan pergi balik kami selamat ye?


Pulau tu orang selalu pegi untuk snorkeling..
Takde la besar mana pun, pastu takda orang tinggal sana..
Sebab pulau tu dah diwartakan sebagai taman laut..
Kalau dah namanya taman laut opkos la pulau tu cantik, kaya dengan batu karang & hidupan laut yang unik, yang jarang kita jumpa kat mana2 pantai..


So, aku eksaited jugak la..
Tapi nebes at the same time..
Ntah napa, aku pun tak sure.. Hahaha..










All image credit to Google..
Pic dari aku kena tunggu aku balik dari pulau..
Hehehe..


Awat comel sangat ni???

Assalamualaikum & hai semuaaaa...


Tajuk tu bukan tujukan kat korang ye?
Jangan nak perasan.. Hahaha..
Sebenarnya ayat kat tajuk tu aku tujukan kat budak kat bawah ni...




Comel kan?? Kan??
Ya Allah, tak sabar sangat nak balik jumpa budak tecik ni..
Nak tau tak? Tiap2 hari adik2 & akak aku akan send gambar budak ni kat wechat..
Kalau tak puas tengok gambar, aku suh diorang send video plak..
Dan tiap2 hari jugak la aku rasa nak fly balik Sabah..
Hehehe..


Maapkan ke'eksaited'an aku ni ye?
Kot2 ada yang menyampah dengan aunty Anne ni kan?


Okei Anne, teruskan menghitung hari habis praktikum..
Teruskan menanda "X" kat kalendar..
Seminggu terakhir mohon packing barang awal2..
Hahaha..



Ke mana kan ku bawa diri...

Assalamualaikum W.B.T...


Tajuk je dah drama queen sangattt.. 
But, seriously aku masih dalam dilema sekarang..
Kedah cuti raya Haji sampai hari Isnin..
So, dats mean aku ada 4 hari cuti iaitu Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin..


Nak balik KL ke atau duk bilik sewa aku ja..
Kalau balik KL, mesti penat naik bas berjam-jam..
Tapi kalau aku duk sini ja, confirm aku bosan yang amat..
Dah la duk kat kawasan kampung, nak kuar gi mana2 pun tak boleh..
Takda kenderaan, public transport pun takda..


Aku tanya Min, dia tak suh balik KL..
Katanya nanti penat, sampai KL Jumaat pagi..
Pastu Isnin pagi dah balik Alor Setar lagi..
Dia suh aku download ja drama Korea banyak2 untuk hilangkan bosan..


Duduk kat sini tak best, aku sorang2 ja..
Ada kawan tapi aku segan, nanti menyusahkan ja..


Kalau tak balik KL, terpaksalah aku sorang2 kat sini..
Dapat kah aku tahan kebosanan cuti 4 hari dengan hanya stay kat bilik ja??
Boleh jadi gila kot kalau dah stress sangat..
Tambah2 lagi emosi aku sekarang tak menentu..
Emosional + sensitif sangat aku sekarang ni..


Hmm.. Kalau la boleh balik kampung kan best..
Sebelum ni aku ok je kalau beraya kat umah sewa masa kat uni..
Sebab aku ada kawan..
Tapi raya Haji taun ni aku takda sapa2 kat sini..


So, patut ka aku balik KL??
Atau stay kat sini ja??



Pensyarah datang observe

Assalamualaikum...


Memula letak tajuk 'penyeliaan kali kedua' tapi terasa diriku ini skema la plak..
Terus tukar ke tajuk macam kat atas tu..
Straight.. Direct to the point.. Mihmihmih..


Hari ni pensyarah penyelia aku datang nak tengok aku mengajar..
Ni dah kali kedua.. 
Kali pertama pertengahan bulan 8 hari tu..
Masa first lect nak datang tu, nebes gila bakhang..
Tapi bila kali kedua ni, nebes sikit ja..
Mungkin sebab dah biasa mengajar kat depan, dah kenal ngan student..
So, tahap keyakinan tu dah level super saiya dah..
Kehkehkeh...


Aku bernasib baik sebab dapat pensyarah yang baik..
Segala macam komen dari lect aku terima dengan hati yang terbuka..
Ohh myyy.. Memang banyak lagi yang kena baiki..
Sometimes ada yang lupa nak buat..
Dalam buku rekod mengajar dah plan cantik dah..
Tapi bila dah kat ngajar otomatik terlupa dan terbuat benda lain..


Betul la kan, kita hanya mampu merancang.. 
Allah SWT yang tentukan samada jadi ke tak plan kita tuh..
Hehehe..


Cuti dah habissss~

Assalamualaikum..


Tolonglah terima kenyataan wahai diriku..
Cuti dah habis..
Tapi mood cuti tu masih berkeliaran dalam diriku..
Membuatkan aku merasa macam2 perasaan yang opkos la tersangat tidak best perasaan ituuu..
Wuwuwuwu.. T___T


Aku balik Alor Setar lewat sehari disebabkan ada masalah sikit..
Aku baru sampai semalam dari KL..
Dalam perjalanan yang sejuk tu aku melayan perasaan..
Sedih kottt.. Sedih sangat.. 
Tambah2 lagi aku ni jenis yang emosional..
Bila Min, Ika (adik Min) n Kak Lina (kakak Min) lambai ja pun terus sedih bagai..
Apekehellll... T___T


Korang pernah rasa tak perasaan bilamana sebelum ni kau happy ja..
Takde rasa stress, bebas nak buat apa yang kau suka..
Kau boleh keluar jalan2 pegi mana2 yang kau suka..
Spend time dengan orang2 yang kau sayang atau lebih tepat lagi family..
Kau gelak sesama, makan apa yang kau nak makan, selfie sesama..
Ya Allah, heaven sungguh perasaan tu..


Tapi bila tetiba (walaupun tak tiba2 sangattt) terpaksa berpisah dan berjauhan.......
 Ya Allah, kenapa tetiba macam basah je mata ngan pipi aku ni??
Over reacting je ayaq mata ni tauu~ Lempang nakk??


Sabaq Anne, praktikum tinggal sebulan lebih je lagi..
Aku & housemate aku sibuk kira berapa minggu je lagi praktikum..
Oh my dear housemate, akak rindu korang jugak..
Rindu nak sembang ngan korang, p cari makan sesama, p kelas sesama, gosip sesama..
Muehehehehe..


Ni memang entry rindu rinduan jadi kenang kenangan kot..
Hehehe..



Cuti sekolahhhh...

Assalamualaikum WBT..


Sejak aku menjalani praktikum ni, tiap kali cuti sekolah aku la yang paling eksaited nak cuti..
Jap, buat checklist dulu..


Tiket bas - dah beli
Transport - dah mintak tolong ngan makcik tuan rumah
Packing - Belum.haha.. 
Buku rekod mengajar - Siap!!
Soalan Sivik - Dah edar ngan form 2
Skema jawapan - Pun dah bagi kat cikgu2


Ala, cuti seminggu ja.. 
Baju pun tak banyak nak bawak..
Cuti ni mungkin aku akan online sepanjang masa, kecuali time tido..
Insya Allah..  Hehehe..


So, boleh la jenguk blog selalu..
Selain tu, boleh menambahkan duit tabung ChurpChurp jugak..
Pssttt.. Korang rajin2 kan la klik iklan2 aku tu eh?
Hehehe..


Hari ni jugak merupakan ulang tahun aku ngan Min yang ke 8..
Selamat ulang tahun untuk kami berdua!!!! Hohoho~




Okei, japg ada kelas..
Selamat bercuti kepada sapa2 yang terlibat ngan cuti sekolah ni ek??
Doakan perjalanan aku balik KL lancar dan selamat ye?




Lagu tema hari kemerdekaan

Assalamualaikum WBT..


Hai hai hai semuaaaaa...
Mesti korang dah dengar kan lagu tema hari merdeka tahun ni?
Alaaa yang tajuk "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" tuuu...
Siyesly, ni la first lagu patriotik yang aku sukaaaa sangat..
Nak nyanyi pun terasa semangat patriotik tu tetiba muncul dari hati dan sanubari aku..
Perggghhhh.... Terasa bhai~


Sebelum mula kelas ICTL tingkatan 2 pun tadi aku ajak student aku karoks..
Nyanyi lagu tu la.. Diorang pun suka lagu tu.. Hihihi..
Korang suka tak lagu ni?? 
Kalau suka jom nyanyi sama2!! 






Fuhhh.. Sedapnya sora I nyanyi..
Kekeke~

Tenggelam timbul

Assalamualaikum...


Hai semua, ingat aku lagi tak? Hehehe..
Camna tajuk camtu la aku sekarang ni..
Ingatkan time praktikum ni banyak masa free so bolehla rerajin apdet blog..
Tapi haktuihhh je la, xdak masa pon..
Busy manjang.. Balik dari sekolah aku terus memengsankan diri kat bilik..
Malam plak aku siapkan rancangan pengajaran untuk kelas esoknya..
Tapi tu pun kalau xda rancangan best la kat tv..
Aku memang buat semua keja depan tv, tu yang susah nak siap keja tu.. 
Hehehe..


Masih tak terlambat rasanya nak ucap Selamat Hari Raya kan??
Okei, aku sebagai pemilik blog ni ingin mengucapkan...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Mintak maap la ye kalau ada terkasar bahasa, tersilap komen, terlupa follow balik, terlupa nak BW balik pegi blog korang.. Sooooo sorry ye syg2 semua.. Hikhikhik..
Mana2 yang singgah blog aku nanti aku g terjah korang balik ye?
Hari ni ada masa sikit, keja pun dah siap..
Sebelum ni banyak keja tak siap sebab suka tangguh2 keja...
Ish..ish..ish.. Tak baik tau tabiat suka menangguh2 keja ni..
Ingat pesan cikgu ni ye??
Hehehe..


Selpie sedasss sebelum mula kelas.. hehe..


LM Day #2 - Sesi menyesuaikan diri..

Assalamualaikum..


Holaaaa uolls!! Cikgu Aini disini.. Hahaha..
Intro tah pa pe.. Mohon abaikan.. -__-
Hari ni aku takda kelas, so duk dalam lab seharian memang sangat memenatkan..
Walaupun keja aku cuma duduk dan online semata-mata.. *Sigh*


Hari ni datang sekolah pukul 7.15..
Aku sewa bilik kat umah depan sekolah ni ja..
So, kalau TERawal kuar dari rumah aku boleh berlenggang kangkung ja pi sekolah..
And, kalau tiba2 TERlambat, boleh la lari lelaju ala2 Usain Bolt..
Korang bayangkan la camna aku nak lari sambil bawak beg lappy yang seberat beras 5 kilo tu kat belakang pastu handbag ala2 retiss gitu kat tangan kanan, then buku RPH kat tangan kiri..
Fuhhh.. Hilang la kemachoan aku di depan anak2 murid.. Hahaha..


Hari ni jugak kawan2 aku yang lain lapor diri kat sekolah memasing..
Kawan2 itu termasuklah BBFF aku, Min.. Hekhekhek..
Time praktikum ni kitorang berdua memang jauh terpisah.. 
Isk3x.. Sedeyy.. T___T
Aku kat Kedah, dia kat Klang.. 
Sekolah pompuan pulak tuhh.. Hmph!! *Jeles*
Kalau semalam dia yang sibuk2 tanya aku, camna 1st day kat sekolah, hari ni turn aku plak p banyak tanya kat dia.. 
Dia risaukan aku, aku plak risaukan dia..
Seswai sangat la tuh kan, sama2 risau, sama2 lega, sama2 rindu.. Opss!! Hahaha..


Masa sampai kat makmal komputer tadi, sempat jugak la sembang dengan macik cleaner tu..
Nasib baik macik tu gtau yang kat sekolah ni setiap hari ada perhimpunan ringkas..
Hari Khamis pulak ada bacaan Yasiin..
Pastu tadi sempat jugak berkenalan ngan guru2 yang lain. 
Walaupun tak ingat sangat nama & rupa cikgu2 tu. Hehehe..


Oh ya, rumah tempat aku sewa bilik tu setakat ni ok ja..
Semalam berbuka sama2, sahur pun sekali jugak ngan orang rumah tu..
Walaupun rasa segan sangat, tapi lama2 biasa la tu kot kan?? Hehehe..
Aku duk kat bilik atas sorang2, so ada jugak la privacy sikit..
Nak tido golek2 dari katil sampai depan tv pun takpa, xda orang nampak..
Hahaha..

LM Day #1 - Praktikum start!!

Assalamualaikum WBT..


Hai semua!!
'Semua' means sapa2 la yang singgah atau tersesat kat blog aku ni..Hehehe..


Hari ni aku dah start praktikal kat sekolah..
Nebes takyah cakap laa..
Dari start cuti semester hari tu lagi dah nebes, siap menghitung hari lagi..
And today, finally, hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba..
Aku datang lewat ke sekolah sebab urusan bilik sewa aku tak selesai lagi..
Harap lepas sekolah ni dah boleh masuk la..
Kalau tak jadi gelandangan la aku kat sekolah ni.. Hehehe..


Untuk hari pertama ni, aku tak ngajar lagi..
Just some briefing dari Pengetua, PK HEM & guru pembimbing aku..
Oleh kerana course aku adalah IT, so kat sekolah ni aku akan mengajar subjek ICT tingkatan 4 dan jugak ICTL tingkatan 1 dan 2..


Guru pembimbing aku cakap, nanti ajar form 1 @ 2 kena tunjuk muka garang & strict sikit ngan diorang..
Tapi, aku tak tau camna nak garang2 ni..
Aku kalau nebes aku banyak senyum ja.. Hahaha..
Korang ada tips tak cane nak buat ala-ala cikgu garang ni??
Share la korang punya onion opinion..
Hehehe..


Sepatutnya hari ni aku ada kelas ICT tingkatan 4..
Tapi oleh kerana baru lapor diri, RPH tak tulis lagi, tatau nak ajar apa..
So, hari ni just sesi berkenal-kenalan sahaja..
Aku perkenalkan diri kat diorang, then diorang perkenalkan diri balik kat aku..
Buat benda senang tu pun aku nebes tahap petala langit yang ketiga tau??
Takut tershashul terkeluar bahasa Sabah aku.. Hehehe..


Dugaan betul mengajar dalam bulan posa ni..
Kering tekak cikgu oii nak bercakap ngan student2..
Nasib baik hari ni tak ngajar lagi..
Tak tau lagi la esok lusa camna..
Hehehe..


Anne Nurain