Showing posts with label latihan mengajar. Show all posts
Showing posts with label latihan mengajar. Show all posts

Ke pulau ke kiterr??

Assalamualaikum & hai semuaaaa....


Sekarang ni dok heboh pasal event IWTTAD tu kan?
Tapi aku taknak komen pape..
Serahkan je pada yang pakar..
Kita yang tak pakar ni just amik pengajaran dari apa yang berlaku..


Asalnya hari ni nak mula 30 Days Photo Challenge tu..
Tapi lupa plak esok aku nak gi Pulau Payar, Langkawi..
Sekolah aku ada program kat sana..
Nama program tu, Kem Pendidikan Marin..
Aku sebagai cikgu praktikal haruslah terlibat sama..
Markah tu beb! Hehehe..
Aku bertolak esok dan balik sini hari Jumaat pagi..
Doakan perjalanan pergi balik kami selamat ye?


Pulau tu orang selalu pegi untuk snorkeling..
Takde la besar mana pun, pastu takda orang tinggal sana..
Sebab pulau tu dah diwartakan sebagai taman laut..
Kalau dah namanya taman laut opkos la pulau tu cantik, kaya dengan batu karang & hidupan laut yang unik, yang jarang kita jumpa kat mana2 pantai..


So, aku eksaited jugak la..
Tapi nebes at the same time..
Ntah napa, aku pun tak sure.. Hahaha..










All image credit to Google..
Pic dari aku kena tunggu aku balik dari pulau..
Hehehe..


LM Day #2 - Sesi menyesuaikan diri..

Assalamualaikum..


Holaaaa uolls!! Cikgu Aini disini.. Hahaha..
Intro tah pa pe.. Mohon abaikan.. -__-
Hari ni aku takda kelas, so duk dalam lab seharian memang sangat memenatkan..
Walaupun keja aku cuma duduk dan online semata-mata.. *Sigh*


Hari ni datang sekolah pukul 7.15..
Aku sewa bilik kat umah depan sekolah ni ja..
So, kalau TERawal kuar dari rumah aku boleh berlenggang kangkung ja pi sekolah..
And, kalau tiba2 TERlambat, boleh la lari lelaju ala2 Usain Bolt..
Korang bayangkan la camna aku nak lari sambil bawak beg lappy yang seberat beras 5 kilo tu kat belakang pastu handbag ala2 retiss gitu kat tangan kanan, then buku RPH kat tangan kiri..
Fuhhh.. Hilang la kemachoan aku di depan anak2 murid.. Hahaha..


Hari ni jugak kawan2 aku yang lain lapor diri kat sekolah memasing..
Kawan2 itu termasuklah BBFF aku, Min.. Hekhekhek..
Time praktikum ni kitorang berdua memang jauh terpisah.. 
Isk3x.. Sedeyy.. T___T
Aku kat Kedah, dia kat Klang.. 
Sekolah pompuan pulak tuhh.. Hmph!! *Jeles*
Kalau semalam dia yang sibuk2 tanya aku, camna 1st day kat sekolah, hari ni turn aku plak p banyak tanya kat dia.. 
Dia risaukan aku, aku plak risaukan dia..
Seswai sangat la tuh kan, sama2 risau, sama2 lega, sama2 rindu.. Opss!! Hahaha..


Masa sampai kat makmal komputer tadi, sempat jugak la sembang dengan macik cleaner tu..
Nasib baik macik tu gtau yang kat sekolah ni setiap hari ada perhimpunan ringkas..
Hari Khamis pulak ada bacaan Yasiin..
Pastu tadi sempat jugak berkenalan ngan guru2 yang lain. 
Walaupun tak ingat sangat nama & rupa cikgu2 tu. Hehehe..


Oh ya, rumah tempat aku sewa bilik tu setakat ni ok ja..
Semalam berbuka sama2, sahur pun sekali jugak ngan orang rumah tu..
Walaupun rasa segan sangat, tapi lama2 biasa la tu kot kan?? Hehehe..
Aku duk kat bilik atas sorang2, so ada jugak la privacy sikit..
Nak tido golek2 dari katil sampai depan tv pun takpa, xda orang nampak..
Hahaha..

LM Day #1 - Praktikum start!!

Assalamualaikum WBT..


Hai semua!!
'Semua' means sapa2 la yang singgah atau tersesat kat blog aku ni..Hehehe..


Hari ni aku dah start praktikal kat sekolah..
Nebes takyah cakap laa..
Dari start cuti semester hari tu lagi dah nebes, siap menghitung hari lagi..
And today, finally, hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba..
Aku datang lewat ke sekolah sebab urusan bilik sewa aku tak selesai lagi..
Harap lepas sekolah ni dah boleh masuk la..
Kalau tak jadi gelandangan la aku kat sekolah ni.. Hehehe..


Untuk hari pertama ni, aku tak ngajar lagi..
Just some briefing dari Pengetua, PK HEM & guru pembimbing aku..
Oleh kerana course aku adalah IT, so kat sekolah ni aku akan mengajar subjek ICT tingkatan 4 dan jugak ICTL tingkatan 1 dan 2..


Guru pembimbing aku cakap, nanti ajar form 1 @ 2 kena tunjuk muka garang & strict sikit ngan diorang..
Tapi, aku tak tau camna nak garang2 ni..
Aku kalau nebes aku banyak senyum ja.. Hahaha..
Korang ada tips tak cane nak buat ala-ala cikgu garang ni??
Share la korang punya onion opinion..
Hehehe..


Sepatutnya hari ni aku ada kelas ICT tingkatan 4..
Tapi oleh kerana baru lapor diri, RPH tak tulis lagi, tatau nak ajar apa..
So, hari ni just sesi berkenal-kenalan sahaja..
Aku perkenalkan diri kat diorang, then diorang perkenalkan diri balik kat aku..
Buat benda senang tu pun aku nebes tahap petala langit yang ketiga tau??
Takut tershashul terkeluar bahasa Sabah aku.. Hehehe..


Dugaan betul mengajar dalam bulan posa ni..
Kering tekak cikgu oii nak bercakap ngan student2..
Nasib baik hari ni tak ngajar lagi..
Tak tau lagi la esok lusa camna..
Hehehe..


Ohh latihan mengajar...

Assalamualaikum...


Ekceli taktau nak update apa pun..
Tapi aku nak jugak update something kat blog aku ni..
Ye la, aku kan selalu busy sekarang ni.. Nanti blog ni terasa kurang kasih sayang pulak..
Eh, blog pun ada perasaan tau?? Tak caya?? Caya je laa~ Hehehe..


Sekarang ni kitorang dah dalam minggu ke-14 a.k.a minggu terakhir kuliah..
Minggu depan study week seminggu, then final exam..
Lepas final exam, baaaaalikkkk kampungggg!!!!!!
Tapi tak boleh nak happy2 sangat..
Orang lain cuti 3 bulan, kitorang cuti sebulan je..
Wuwuwuwu.. T____T


Kenapa sebulan je??
Sebab aku dan kawan2 yang sama batch ngan aku akan mula praktikum bulan Julai ni..
Tak tau praktikum tu apa?? Okeii, aku bagi bahasa mudah....


~ LATIHAN MENGAJAR ~


Student yang ambil bidang pendidikan wajib pegi latihan mengajar (LM) ni..
Kitorang start awal bulan 7 sampai la bulan 11..
Nervous tau tak??
Boleh ke aku mengajar ni??
Dapat ke tak nak sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah tu??
Sekolah tu ok ke tak??
Dan macam2 soalan lagi...
Aishhhh...


Dag.. Dig.. Dug.. Di dalam dada~~
Jantung berdebar, hati berbunga.. Amboiii~~


Ewahh.. Nebes2 boleh lagi nyanyi lagu dangdut kan?? Hahaha..
Okei, nak sambung buat esaimen..
Padahal ngantuk macam nak tido je ni..
Hahahaha..

Mood kacau bilau..
Meh nak tepek gambo selpish waddepish sebijik..


Salam... ^___^


Anne Nurain