Showing posts with label cabaran 10 hari. Show all posts
Showing posts with label cabaran 10 hari. Show all posts

Day 8 - 10 of your favourite songs



Assalamualaikum semua!!

Masuk cabaran hari ke 8 sudahhhh...
Ceh, ke'eksaited'an yang melebih-lebih..
Macam la hari ni hari last suda.. kekeke..
 Ada 2 hari lagi la cik kak oii..

10 lagu kegemaran atau bahasa kasarnya, 10 lagu yang aku suka dengar biar ulang beribu kali pun ndak bosan..

1. Kelmarin - Zureda
2. She's Gone - Steelheart
3. Leaving On The Jetplane - Chantal Kreviazuk
4. Permata (Untuk Isteriku) - Kopratasa
5. Gadis Bertudung Putih - May
6. Kasih Kekasih - In Team
7. One In A Million - Ne Yo
8. Bisa - Search
9. Punk Rock Jalanan - Unknown
10. Perfect Two - Auburn

Most of the song adalah lagu-lagu yang aku suka dengar dari aku start couple ngan Kanda ku sampai la sekarang.. 
Kira lagu kenangan kitorang la konon.. Ahakss!!

Lagu no.1, no.4 dan no.6 lagu yang aku suka dengar dari aku kecik..
Lagu tu banyak menyimpan memori masa aku kanak-kanak ribena..
Dulu-dulu aku tak ambik kisah lirik lagu tu pun, aku cuma suka dengar muzik jak..
Hehehe..

Lagu favourite korang plak apa?
Meh la share2.. =D
 

Day 7 - 10 important people

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.. Hah, jawab jangan tak jawab.. Dosa tau kalau tak jawab.. Hihihi..

Cabaran untuk hari ke 7 ni pasal orang-orang yang penting bagi aku.. At first aku tak sure lagi sama da list secara individu or grouping.. Sebab kalau nak list family aku, dah ada 8 orang plus enchek Kekanda dah 9 orang.. In the end tinggal 1 last spot ja lagi which is untuk bestfriend2 aku.. Hehehe..

Tapi, aku buat random ja la.. Just taip apa yang terlintas di kepala otak ku yang comel ni.. Hahaha..

Gambar kat KKIA masa nak hantar aku  pegi UPSI


1. Bapa aku. Sumber inspirasi untuk nak jadi cikgu di masa depan and sumber kewangan jugak.. Kekeke...

2. Mak aku. My shopping partner. Hahaha... And, cikgu memasak aku.. Aku suka kacau mak aku masak masa aku kecik-kecik dulu.. Hihihi..

Dari Gaya Street, beli hamster yang comelsss


3. Kakak aku. Orang yang bertanggungjawab sponsor makan and tengok wayang.. Hahaha..

Identiti yang tidak dapat dikenalpasti.. Hehehe


4. Kanda ku. Buah hati. Hahaha.. Merangkap bestfriend & coursemate ku masa di Politeknik dulu and sekarang, di UPSI.. 

5. Naminiaijarien Vasulara. Hah, yang ni mungkin pelik bagi korang. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa benda 'Naminiaijarien Vasulara' ni? Sebenarnya ni adalah gabungan nama 10 orang geng kamceng aku masa sekolah menengah dulu. Nanti la aku buat entri pasal geng-geng aku ni.. Kalau cerita sekarang nanti jadi karangan ilmiah plak. Hehehe...

Geng makan-makan.. Hahaha


6. Geng-geng time study di Poliku (Politeknik Kuching) dulu. Yang ni takda nama khas tapi boleh panggil geng makan jugak la coz kitorang selalu berkumpul time makan. Tak kira la makan malam ka, makan tengah hari ka, sarapan ka, supper ka.. Almost all the time kitorang makan. Asal makan ja berkumpul, asal berkumpul ja makan.. Hahaha..

7. Umie & husband.. Bestfriend jugak ni. Umie ni aku kenal masa praktikal di kolej Cosmopoint KK, classmate & housemate kakak aku. Husband dia plak bestfriend & housemate Kanda ku, sama-sama study kat Poliku dulu. Dia keja cikgu Tabika Kemas, dah ada anak sorang and sorang lagi 'on the way'. Hihihi.. Insya Allah...

8. 'Org Bg Keja'. Aku tak tau nama orang ni, kitorang just berhubung via email and phone ja. Dia ni sumber kewangan aku jugak. Bukan sugardaddy ya?? Hahaha.. Sebelum sambung study aku keja kat advertising agency, sekarang aku jadi freelance ja. Orang ni la yang selalu bagi aku keja design banner & trace logo. Adalah income sikit.. Hihihi...

Okei, ada 2 lagi tapi aku tak tau dah sapa lagi orang-orang yang penting bagi aku.. Dah dekat sejam aku pikir ni. Hihihi...

9. Lecturer-lecturer kat UPSI. Hah, amekawww... Penting jugak ni, student macam aku ni sentiasa dahagakan ilmu. Cewahh.. Ayat tak boleh blah.. :P  Oleh kerana kitorang ni bakal pendidik maka adalah penting untuk kami mengajar benda yang betul, bukan yang main hentam keromo jak. So, study kenalah serius. No play-play, understand?? 

10. Pembaca blog ni. Huhuhu... Aku terharu sebenarnya, ada jugak orang yang datang blogku & baca post2 ku yang kebanyakannya merapu dan syok sendiri ni.. Thanks korang!! Kamsahamnida.. Arigato Gozaimas.. Thank you.. Terima kasseyyyy!!!! (Alleycats version) Hahaha...


Cabaran 10 Hari yang tertunda...

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaa...

Its July oredi, rite? Cepatnya masa berlalu.. Makin cepat jugak kita tua kan? Tapi aku tak kisah, aku kan awet muda.. Hahaha.. Haktuihhhh... Okei, aku memang kuat perasan orangnya.. :P

Aku baru teringat yang aku belum habiskan lagi cabaran 10 hari blogging tu.. Bila aku godek-godek balik entri lama, aku start cabaran ni 1 Ogos, hampir setahun jugak la aku tinggalkan.. Hehehe.. Last post cabaran ni ialah pada hari ke 6, nak tengok boleh klik SINI. Pastu aku dah bz dengan segala macam benda yang aku pun tak jangka. Hehehe..

Memandangkan aku cuti sekarang dan belum berjumpa dengan keja part time, maka aku akan cuba habiskan cabaran tu. Tinggal 4 hari ja pun, kan?? Hehehe...

Kalau nak view cabaran yang sebelum ni, boleh la klik link kat bawah ni ekk? :)











Day 6 - 10 Items You Can't Live Without

Assalamualaikum & selamat malam..

First sekali, thanks coz sudi singgah d blog ku yang x best ni.. (merendah diri la plak..hehehe..)

Second, aku hampir lupa yang aku ada Cabaran 10 Hari yang belum siap lagi.. Hahaha.. Ni mesti kes excited balik kampung ni kan? Ish..Ish..Ish.. Aku baru teringat tadi lepas aku belek2 buku nota kesayangan aku ni.. Sambung dulu la ya??

Day 6 :: 10 items you can't live without

1. Handphone. Memudahkan aku berhubung dengan orang tersayang & kawan2 aku.. Selain tu, hp yang ada kalendar ngan jam jugak sangat2 memudahkan aku.. Aku xda jam tangan, so harap pada hp jak la.. hehehe..

2. My lappy. Wui kalau xda ni konpem boring gilak aku.. Kalau sebelum ni aku x kisahkan sangat laptop ku ni sebab aku lebih suka tengok tv.. Tapi sejak aktif dalam blogging ni, lappy ku ni jadi benda yang sangat penting bagi ku..

3. Wallet yang mengandungi IC, kad ATM & DUIT !! Kalau xda duit tak bleh makan tauk?? Kalau x dapat makan maka akan mati lah kan? Aku berharap wallet ku sentiasa dipenuhi duit.. Ah boleh ka begitu?? Hahahaha..

4. Cermin. Hahaha.. Yang ni penting jugak.. Penting untuk apa? Opkos la untuk menambah keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.. Kalau pakai tudung wajib tengok cermin, pakai lip balm pun mesti tengok cermin jugak.. Kalau tengah berjalan-jalan tetiba ada angin kuat terus cari cermin, mana la tau tudung dah senget ka, ada benda asing menyangkut kat tudung ka.. Kan? Kan? Hehehe..

5. Sweater. Aku ni jenis yang x tahan sejuk. Kalau lama-lama dalam bank pun aku x tahan.. Sebab tu la aku sangat2 perlukan sweater ni.. Aku suka beli sweater @ jaket yang tebal2 pastu ada bulu2 tu.. Terus rasa macam d luar negara la plak.. Hahaha.. Berangan jak kan? Tapi best la jaket tebal2 tu, dapat menghalang aku dari kesejukan yang mencucuk ke tulang itam.. hehehe..

6. Tisu. Aku ni sensitif ngan habuk @ debu.. Sikit2 nak bersin.. Lepas tu mula la selesema yang 1 @ 2 hari baru sembuh.. Kalau kat tempat sejuk pun tiba2 jak boleh selesema.. Contoh macam kat kampung sekarang ni.. Sejuk sangat2 terutamanya waktu subuh.. Nasib baik la ada bekalan tisu.. hehehe..

7. Makanan. Yang ni semua pun x boleh hidup kalau benda ni xda kan?? Ke aku sorang jak?? Hahaha..

8. Kamera. Ambik gambar adalah salah satu hobi ku.. Asal pegi mana2 pun mesti bawak kamera.. Sekarang aku masih guna kamera yang biasa2 jak, insya Allah kalau ada rezeki mo angkat DSLR la plak. Hihihi.. Kadang-kadang aku terlupa bawak.. Time tu la jugak ada view yang cantik tapi oleh kerana kamera xda, maka diriku ini akan rasa menyesal yang amat.. Sayang sangat2 kalau x dapat ambik gambar.. :(

9. Mp3 player. Aku suka dengar lagu.. Lagu2 apa2 pun aku layan, yang penting telinga ku suka.. hehehe.. Aku x suka dengar lagu dari hp.. Ada jak gangguan, orang kol la, mesej la.. Nanti tengah feeling2 dengar lagu  Agnes Monica tiba2 ada plak lagu Waka Waka Eh Eh tanda ada mesej masuk.. hahahaha...

10. Beg. Tak kisah la beg macamana pun.. Sling bag ka, handbag ka, backpack ka.. Yang penting barang-barang penting ku boleh masuk. Aku ni kalau berjalan p mana-mana banyak barang aku mo bawak.. Bukan macam orang lelaki, bawak wallet, hp, rokok ngan lighter jak.. Hahahaha...

Tu jak la benda2 yang aku x bleh hidup kalau benda2 tu xda.. Abaikan yang no. 7 tu sebab tu kan perkara basic yang semua orang pun boleh mati kalau xda benda tu.. Aku cuma x tau nak letak apa lagi.. Ampunkan patik ya? Hahahaha...

Well, happy reading ya!!
^_____^

Day 5 - 10 Wishes

Assalamualaikum & selamat petang dear friend.. :)


Jom sambung cabaran untuk hari kelima ni.. Banyak hari sudah tertangguh, baru2 ni aku busy download drama Korea. Tak dapat nak update sebab line tenet adalah sangat slow macam siput vavi.. Hahaha.. Bha, jom tengok apa wishes ku, manatau ada yang mo jadikan kenyataan.. Huhuhu...

1. Menamatkan pengajian dengan jayanya dan seterusnya menjadi cikgu yang berwibawa macam bapa aku.. Hihihi..

2. Memiliki DSLR sendiri then belajar ilmu photography & poyography.. *kan Sudir Suichi?? kehkehkeh..*



3. Aku nak baiki rumah kami yang kat kampung..

4. Belikan bapa aku sebuah bot, boleh pegi memancing satu keluarga.. X payah nak tarik2 pukat lagi.. Hahaha...

5. Hantar mak & bapa p naik haji.. *Semoga dipanjangkan umur..*

6. Mo buat bungee jumping, paragliding & skydiving..



7. Mo hidup bahagia ngan keluarga n kanda ku.. huehuehue...

8. Mo pegi Eiffel Tower, Millau Bridge, gunung Roraima ngan tempat2 menarik yang lain.. *Baaaaaanyaak lagi.. Hehehe..*

Jambatan Millau @ Millau Viaduct

9. Mo memiliki sebuah Mini Cooper kaler apa2 pon boleh.. Hihihi..


10. Aku nak tanah yg luas supaya boleh tanam manggis, mangga, tembikai.. Hmm.. Tanam sayur jugak la, walaupun aku x berapa suka sayur.. Hehehe..


Yess!! Siap sudah..
Huhuhu...
^______^

Day 4 - 10 Things You Want To Say To 1 Person

Assalamualaikum dan selamat tengah hari..


Selamat berpuasa di hari yang ke 12.. :)
Sekarang ni aku tengah layan lagu2 raya..
Sejak akhir2 ni mood raya semakin membuak-buak..
Lagi seminggu nak balik kampung..
Rasa x sabar sangat..

Okehh balik p tujuan asal entri iaitu menyambung cabaran 10 hari yang telah terbengkalai selama beberapa hari.. 
Cabaran dihari ke 4 ni agak susah sikit sebab aku xtau lagi sapa orang yang terpilih ni.. 
Wajib sorang jak ka? 
Dua tiga orang x boleh ka? Hehehe..
Aku pilih Kanda ku laa.. Senang sikit.. Hehe..

P/s :: AMARAN!! Entri kali ni mungkin ada sikit memualkan so sila lah baca entri lain kalau xmo baca yang ini..
Hehehe...


Wahai kekanda ku yang jauh d mata namun dekat dihati, meh sini baca apa yang aku mo sampaikan ngan kanda ni.. hekhekhek...


1. Hai, pa kabar? *Boleh ka mula begini??* Hahaha...
 
2. Mula2 aku mo berterima kasih ngan ko sebab bersabar ngan perangai ku yang amatlah manja & kebudak-budakan dari dulu.. Banyak kali dah buat ko marah tapi ko tetap sabar ngan aku..

3. Thanks sebab ndak merempit sudah.. Hehehe.. Kasi cantik la tu motor, x payah kasi laju.. Banyak menyimpan kenangan tu.. Hihihi.. Lagipun aku x suka tengok ko bingung2 lagi mo cari duit untuk kasi bagus motor tu.. 

4. Raya datang p rumah bha.. Taun ni ramai suda kawan-kawan mu yang aku kenal, so xda lagi alasan xda teman p beraya aa? 

5. Kalau ada masalah share2 bha.. Aku x suka tengok ko susah hati sendiri2.. Walaupun mungkin aku ndak dapat tolong selesaikan masalah tu, sekurang-kurangnya aku boleh faham keadaanmu.. Dulu2 aku selalu buat ko marah & tertekan sebab aku x tau apa yang ko hadapi masa tu.. 

6. Tahniah dapat sambung study jugak.. Rajin2 belajar aa?? Jangan jadi macam di poli dulu, banyak main jak dari belajar.. Hehehe... Ingat betapa eksaited dan gembira nya aku punya future mother-in-law bila ko dapat UPSI.. Jangan hampakan harapan dorang ya? 

7. Masuk UPSI nanti rajinkan diri join apa2 aktiviti yang diadakan.. Dari sekolah menengah lagi ko begitu kan? Selalu x nampak muka kalau ada majlis2 d asrama.. Aku pun terus xda semangat sebab ko xda.. Hehehe..

8. Semoga apa yang ko impikan akan tercapai.. Wahh, macam ucapan birthday jak.. Hehe..

9. Kurangkan merokok ya! Jadilah bakal cikgu yang sihat dan bebas dari rokok.. Hihihi..

10. Sayang ko berjuta-juta lemon.. Hahaha..


Siap akhirnya surat cinta untuk kanda ku.. Hehehe..
Kalau x suka baca boleh klik 'X' laju2..

 

Day 3 - 10 Things You Hate

Assalamualaikum & selamat pagi semua.. ^___^



Aku hampir lupa yang aku ada 8 cabaran lagi mo buat.. 
Hari ni buat yang ketiga, pasal benda yang aku benci @ x suka.. 
Setelah d pikir masak semasak-masaknya, ni la antara yang aku benci.. Hihihi...


1. Serangga especially nyamuk yang terbang dekat telinga ku.. Paling aku x suka la ni.. Tengah siuk2 tengok drama Korea tiba2 ada plak bunyi2 dekat telinga.. Mo tampar rasa was-was plak sebab takut tertampar diri sendiri.. Terpaksa la halau2 camtu jak, x pun guna spray Ridsect.. Huhuhu...


2. Road block.. Tapi bukan road block yang abang2 polis buat tu ya? Aku maksudkan sini orang yang suka halang jalan.. Time2 aku mo cepat d sana la dia lenggang2 kangkung d depanku.. Kalau laluan tu luas xpa la jugak.. Kadang-kadang orang depan tu macam tau-tau jak, aku mo mencelah dari sebelah kiri, dia p sebelah kiri, mo mencelah dari sebelah kanan, tiba2 dia p sebelah kanan jugak.. Adess!! Bikin panas joo...


3. Laptop hang @ lagging.. Uii pantang kalau aku tengah buat keja yang urgent.. Kalau masa tu mood ok, aku bole gak sabar.. Tunggu jak sampai ok balik, siap menari-nari lagi.. TAPI, kalau bad mood n keja tu mesti siap cepat then laptop tu slow, merasa la laptop tu kena lempar p luar tingkap.. Hahaha..

huhu.. canteeeekkkknyaaaa....
4. Kasut yang baru beli tapi bila pakai boleh melukakan kaki.. Hahaha.. Ni aku selalu alami.. Masa try test d kedai, ok jak.. Tak sakit pun kaki tapi bila pakai pegi kelas ka, pegi jalan-jalan ka, tiba-tiba sakit plak kaki sampai luka-luka ni.. :P


5. Jerawat.. Hahaha.. Ni mesti ramai yang x suka jugak kan? Tambah2 lagi kalau yang besar punya.. Tersentuh sikit konpem la sakit.. Lagipun aku ni jenis x suka kacau2 jerawat ni.. Ada jak timbul aku biarkan ja tu sampai hilang dengan sendirinya.. Tapi kadang-kadang tangan ni suka cari pasal, time tengah betulkan tudung ka, inner ka, boleh2 plak tangan tu terkena jerawat.. Adoi laa.. T____T


Apa lagi aku benci ya.....??


6. Nombor yang ndak d kenal tiba2 call @ sms mo berkenalan.. Aku bukan sombong tapi aku just x senang mo berkenalan dengan cara begitu.. Bazir kredit jak mo layan orang tu, tengok2 ndak ikhlas jugak mo kawan ngan aku.. Huhuhu..


7. Habuk.. Dekat-dekat raya nanti mula la sibuk bersihkan rumah. Buang segala habuk n sawang2 yang ada pastu mulalah bersin non-stop sampai hidung merah2.. Sebab tu la kalau raya aku lebih suka jadi tukang buat kuih raya. Bab2 bersihkan rumah ni bagi ngan adik-beradik ku yang lain.. Biar dorang yang bersin2.. Hahaha..


8. Serangga yang masuk dalam rumah.. Terutamanya lipas, tebuan, ngan lain2 serangga yang berbahaya. Kalau dah masuk dalam rumah terus x tenang jiwa raga.. Rumah kat kampung la selalu.. Masuk jak tebuan terus lari cari raket bikin pukul.. Tu pun kalau berani la.. Hahaha..


9. Obor-obor.. Sorry la obor-obor sebab aku x suka ko.. Hehehe.. Aku selalu ikut bapa ku pegi memukat d pantai dekat kampung kami tu.. Kami pakai pukat tarik, bapa aku tarik d hujung sana di tempat yang dalam, aku plak hujung sini di tempat yang cetek.. Kalau ada obor-obor rasa berat jak pukat tu, sampai sakit tangan ngan kaki menarik.. Bukan sekor tapi berpuluh-puluh ekor tauk?! *Eh, obor2 ada ekor ka?* Hehehe.. Kalau yang bikin berat tu ikan xpa la, senang jugak hati banyak tangkapan, ni obor-obor la plak.. Hampess betul...


10. Peminjam barang yang xtau etika meminjam.. Cewah, pinjam2 barang pun ada etika ka? Hehehe.. Aku dah d didik sejak kecil, kalau orang tu yang pinjam barang aku, orang tu mesti datang tempat ku untuk pinjam barang tu.. Bukan aku yang pegi hantar ngan dia.. Ada paham ka? Hehehe.. Lagi satu, aku paling x suka orang yang pandai pinjam tapi x pandai nak jaga bagus2 barang aku yang kena pinjam tu.. Konpem aku mengamuk.. Hehehe..


Yahuuuu!! Siap akhirnya.. 
Banyak betul gangguan masa mo siapkan cabaran ni tau.. 
Capek deh.. Huhuhu..

Day 2 - 10 Things You Love

Assalamualaikum..

Jom sambung cabaran 10 hari.. Hehe.. 

Day 2 :: 10 Things You Love 



1. My Lappy.. Sudah banyak berjasa sepanjang aku study d poli Kuching.. Ni bapa aku yang belikan.. Masa tu lappy aku la lappy pertama yang ada webcam.. Bangga gilak aku masa tu, hidung kembang kempis tapi cover laa skit kan.. Nanti lari kanda ku.. Hahaha... Sekarang nazak suda tu lappy, speaker pecah, CD pn x dapat detect suda, webcam rosak.. Tapi masih boleh guna la.. ^___^


2. Engagement ring.. Hahaha.. Takda laa.. Cincin biasa2 jak tapi special sebab Kanda ku yang bagi.. Dia jugak yang sarungkan p jari manis ku.. Muahahaha.. Okeh, sila abaikan yang tadi tu ya? Tu masa muda2 lagi, lomentik kononnya.. *Malu i* Hahaha... Aku sayang cincin tu, tapi longgar suda d jari ku.. Kalau pakai, pandai terpusing-pusing dia.. T____T


3. Digital camera.. Yang ni bapa aku jugak yang belikan.. Brand Sony, pandai mengumpul cap jari sapa2 yang menggunakannya.. Hahaha.. Camera tu jenis touch screen laa.. Sekarang masih ok lagi tapi aku merancang untuk belikan dia kawan yang lagi besar.. Harap dia ndak kecik ati ngan kawan barunya nanti.. Hahaha...


4. Helmet.. Helmet ni Kanda ku yang bagi.. Masuk yang ni, dua sudah helmet yang Kanda ku bagi.. Tapi yang first tu hilang masa kami praktikal.. Bila balik poli time sem 5, ada lagi Kanda ku belikan helmet.. Siap suruh jaga bagus2 lagi, jangan bagi orang len pinjam.. Hahaha.. 


5.  Teddy bear.. Ni pun orang yang sama jugak yang bagi.. Masa kami sem 2 rasanya.. Mula2 dia mo belikan aku jeans Levi's tapi aku xmau sebab mahal.. *Padahal sekarang itu yang aku mau sgt2* Hahaha.. Sempat merajuk jugakla c Kanda sampai makan pun xmau.. Aku ngan Sarjan Isa jak yang makan sementara dia buat muka kencang ndak tegur aku pun.. Minggu depannya kuar lagi ngan dia n roommate ku.. Terus pegi Wisma Satok beli teddy bear.. Hehehe..


6. Pink rabbit.. Yang ni mak aku plak yang belikan.. Sekarang teddy bear ku dah ada kawan, pink rabbit.. Mula-mula aku x pasti hewan jenis apakah yang kaler pink ni.. Adik aku kata ni vavi tapi bila aku tengok price tag nya, tertulis "Pink Rabbit". Maka yakinlah aku bahawasanya bendalah  ni ialah arnab. Hehehe...


7. Koleksi buku nota.. Aku memang suka kumpul buku2 nota dari dulu.. Asal nampak buku nota yang comel2 jak terus rasa mo beli.. Kalau duit x cukup, sana la aku berdiri lama2 depan buku tu.. Tengok sampai puas, x pun aku sembunyikan buku tu. Bila dah ada duit baru aku p sana balik & cari buku tu.. Hehehe..


8. Seluar, baju, kasut berjenama.. Biasalah kan kalau orang susah ni, bukan selalu dapat beli barang berjenama yang mahal2 ni.. Dapat beli satu pun bahagia sudah.. Hehehe..


9. Koleksi gambar.. Semua gambar yang aku snap aku simpan. Even gambar yang kabur2 pun aku simpan jugak.Hehehe.. Termasuklah gambar aku ngan family ku, Kanda ku ngan kawan2 ku.. Semua tu penting bagi aku.. Gambar artis kalau hilang senang mo cari, just Google jak.. Tapi gambar yang menyimpan memori kita susah mo cari. Takkan mo upload semua p internet kan? :P


10.  Mesej2 dari Kanda ku.. Tak kisah la samada SMS, email atau mesej d pesbuk.Hehehe...


Okehh, siap jugak akhirnya cabaran kedua ni setelah beberapa hari tertangguh. Hehehe.. Tapi, susah jugak mo senaraikan apa yang aku sayang ni.. Banyak yang aku sayang tapi x tau mana satu yang mo di ceritain.. Hahaha..

Day 1 - 10 things about me :)

Assalamualaikum & selamat berpuasa bagi yang muslim.. :)

Hari ni aku mo mulakan cabaran 10 hari yang aku war-warkan hari tu.. Cewahh.. 

10 things about me

1. Suka makan.. Bila2 masa pun boleh terpikir mo makan itu la, mo makan ini la.. Napsu.. Napsu.. Hahaha.. Tapi siyes, aku memang suka makan.. Kalau orang tanya aku suka makan apa, susah aku mo bagi jawapan.. Aku suka marshmallow, coklat, burger, roti canai, nasi, mee, ciken chop, buah-buahan, cheese cake dan banyak lagi la.. See? Aku tatau la macamana mo ringkaskan jawapan aku ni.. Hehehe..

Balik keja nanti mo beli marshmallow la.. hihi

2. Cengeng @ kuat nangis.. Sikit2 nangis.. Tengok wayang sedih nangis, lapar nangis, ndak d ajak pegi jalan2nangis,  potong bawang pun nangis jugak.. Alahai, anak sapa la kuat nangis ni.. Hahaha.. Tapi sekarang dah kurang sikit la, jarang dah nangis2 ni..Bakal cikgu mesti kuat & tabah.. Tapi kalau tengok drama memang x boleh tahan laa.. Hehehe..


3. Aktiviti lasak.. Yeaahh!! I love it.. Walaupun aku ni kecik, kurus n nampak cam lembik jak, aku suka aktiviti lasak sangat2.. Setakat ni aku pernah rasa pengalaman 4x4 jak la.. Tapi bukan yang ramai2 join macam dalam tv tu.. Dua kereta jak, pegi Kg Dagat melalui jalan Tabin Wildlife Park.. Kondisi jalannya memang teruk, sakit2 jugak la badan.. Hehehe.. Masa akan datang, aku mo try paragliding, bungee jumping ngan sky diving.. Huh! Boleh ka aku ni? Hihihi..

wahhh.. bestnya... ^___^

4. Tak tahan sejuk.. Asal sejuk sikit konpem aku selesema & sakit kepala.. Sekarang ni pun opis tersangat la sejuk aku rasa, sedangkan staff lain macam xda rasa jak.. Hehehe.. Berangan mo melancong p tempat2 yang sejuk tapi sendiri jugak ndak tahan sejuk.. Hahaha...


5. Bermusuh dengan ubat sejak kecil.. Hahaha.. Ni mesti dah ramai yang tau sebab aku pernah cerita di SINI.. 


6. Suka jalan-jalan p tempat yang best2 & tengok keindahan alam.. Cewahh... Tempat best yang aku pernah pegi ialah Tambisan.. Tempat tu memang x familiar sangat sebab jauh d pedalaman.. Sana banyak kenangan ngan team pembanci ku.. :)


7. Anak bapa.. Aku ada banyak persamaan ngan bapa aku.. Sama2 selalu kena ugam, cepat marah, muka serius sepanjang masa tapi hati baeekkk... Ngeh3x...


8. Ada kuku kaki second edition.. X paham? Kuku ibu jari kaki aku pernah tercabut dulu, gara-gara bergurau senda dengan Kanda ku pastu terpaksa tunggu 8 bulan untuk kuku second edition tu tumbuh jadi macam yang asal.. Hehehe..


9. Merupakan seorang yang memakai gigi pelesu.. Hehe.. Aku kecik2 dulu malas gosok gigi, alasan takut pegi tandas.. Tau2 jak la rumah kampung, tandas bukan macam rumah banglo.. Hehehe.. Mula-mula malu jugak mo berhadapann dengan orang yang baru kenal, tapi setakat ni xda jugak yang kisah. Puas jugak la kena kutuk dulu masa sekolah menengah, tapi aku ni kan penyabar orangnya.. Hahaha...


10. Selalu marah2 tapi pastu akan rasa bersalah & kesian dengan orang yang kena marah tu.. 

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Fuhh! Dapat jugak aku siapkan cabaran d hari pertama ni walaupun jari jemari ku hampir kaku dek kerana sejuknya aircond opis ni.. Hehehe.. Kalau ada pa pa nak tanya, tanya jak la.. Aku x makan orang jugak, puasa kan hari ni? Hahaha..  

Cabaran 10 hari..

Assalamualaikum & camat petang cume!!

Hahaha.. Gelinya pakai ayat2 b'trep comel ni walaupun pada hakikatnya aku comel.. Hahaha.. Okehh, sila ambik selipar korang & aim aku cepat2 sebelum aku lari.. :P

Tetiba plak mo buat Cabaran 10 Hari ni.. Lama sudah ndak kena cabar kan.. Hehehe.. Tapi belum tau la bila mo mula.. Tunggu jak la.. Hehehe..

Cabaran 10 Hari

Day 1 :: 10 things about you

Day 2 :: 10 things you love

Day 3 :: 10 things you hate

Day 4 :: 10 things you want to say to one person
Day 5 :: 10 wishes

Day 6 :: 10 items you can't live without

Day 7 :: 10 important people

Day 8 :: 10 of your favourite songs

Day 9 :: 10 ways to win your heart

Day 10 :: 10 final words

Anne :: Harap2 boleh kasi habis cabaran ni.. ^___^
Anne Nurain