Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Kisah orang tak balik kampung

Assalamualaikum WBT...

Sumber : FB UMP Troll


Hai uolls~ Rindu aku tak? Muahahaha.. Perahsantan nya aku.. Macam ja ada yang rindu kan?? Kekeke.. Oleh kerana adik +Akeyla Azmi  dah bising tanya bila aku nak update personal post, maka aku pun dengan rajinnya update la satu entri merang kerapu merang sekeper khas untuk Qila yang tersayang.. Hekhekhek..


Cuti midsem kitorang selama seminggu dah habis.. Huhuhu..
Sedih je rasa bila dah takde cuti.. Tak rasa puas pun nak bersenang lenang time cuti hari tu..


Kononnya... 
Sebelum cuti dah plan nak update blog lima ploh ratus kali sehari, tapi habuk pun tarak.. Pastu lagi, konon nak buat nota untuk subjek Game Development, tapi tengok tajuk bab 1 pun takda.. Aishh la semangat-sebelum-cuti, berkobar-kobar sungguh kau kan?? Pastu boleh pulak terlupa assignment untuk subjek Interactive Programming.. Dah habis cuti baru teringat pasal esaimen tu.. Nasib baik hantar minggu depan.. Selamat ahkak dari kena marah.. Hekhekhek..


Tapi memang best jugak la cuti baru2 ni.. 
Walaupun aku tinggal sorang2 kat umah sewa, yang lain balik kampung..


Berani jugak rupanya aku ni kan?? Meh tepuk2 bahu sendiri.. Syabas meri bete.. Ternyata diriku begitu berani.. Kalau diikutkan, rumah kami ni memang banyak jin bertandang.. Tapi syukur la takda jugak kena apa2 gangguan.. Gangguan dari manusia yang tergolong dalam golongan psiko & pencuri pun takda sepanjang cuti hari tu.. Padahal taman perumahan kami ni memang femes dengan kes2 yang sedemikian ghupe.. Hehehe.. Sekali lagi, aku bersyukur sangat sebab Allah SWT jaga & lindungi aku.. Alhamdulillah...


Tapi korang tau tak?? 
Seraaaam gila kot tinggal sorang2 kat rumah.. Lebih2 lagi bila aku mimpi ada orang panjat bumbung rumah nak naik gi balkoni bilik aku.. Sumpah tu mimpi paling seram & terasa macam real ja.. Aku terus terjaga & tengok jam.. Ohhh dah pukul 5, berani sikit la sebab dalam pikiran aku masa tu.. "Ah mana ada orang nak buat jenayah pukul 5 pagi camni.." Optimis gila aku kan? Hahahaha..


Okei, sekian kisah aku yang tak balik kampung.. Muehehehe...



Baucer buku!!

Assalamualaikum & hai hai korang!!


Hari ni baru ada kesempatan nak update blog.. Sori la tak sempat nak balas kunjungan korang2 yang datang ke blog ni.. Komen2 pun aku publish je, tak sempat nak reply.. Ampunkan patik ya kawan2? Hehehe.. Bagi yang baru follow blog aku ni, aku ucapkan billion2 terima kasih sebab sudi follow blog yang serba kekurangan ini.. Hehehe.. Insya Allah kalau ada masa aku follow korang balik eh? Kalau sudi, join la jugak GA aku eh? Banyak hadiah best2 tau? Nak join klik -------> SINI.


Semalam kitorang dah dapat baucer buku.. Hooreeyyyyy!!! Jom joget2 happy sekali.. Hehehe.. Sepatutnya turn semester 6 amik baucer hari Jumaat & Sabtu ni. Tapi kebetulan kaunter tempat amik baucer tu tak ramai orang, so kami pun pegi la menyibuk jugak nak ambik. Nasib baik boleh ambik awal.. 

Eh kenapa RM150 je??


Pastu kebetulan lagi minggu ni ada event kat kampus, anjuran kursus Geografi kot, banyak la gerai2 baju, buku, kerongsang & makanan kat kampus.. Alang2 dah keluar dari tempat persembunyian (rumah la.hehe..) kami pun ronda2 la sekitar tapak jualan tu.. Dan dengan pantasnya, baucer aku dah habis RM100.. Kehkehkeh.. Nak tau aku beli apa? Ni ha, kat bawah ni.. Hehehe..


Buku rujukan yang sangat penting.. :P


Ni baru 3 novel dari senarai aku yang very the panjang.. Hihihi.. Ada 4 novel lagi yang aku tengah target sekarang ni.. Harap2 dapat la novel2 tu jatuh ke tangan aku.. Hohohohoho... Gelak sin chan jap.. Thank u soooo much la kerajaan sebab bagi kitorang BB1M ni.. Harap2 tahun depan naik la pulak pegi RM300.. Muehehehehe...


Hari ni result SPM dah kuar kan? Huhu.. Mesti blogger2 yang lepasan SPM ni nebes gila especially adik aku yg nun jauh d kampung. Dan tak lupa jgk +Akeyla Azmi , +Ninaa Hassan & semua la yang berkenaan.. Yang perasan nak jadi lepasan SPM pun boleh jugakk.. Hehehe.. Semoga dapat result yang hebat2 debabomb gituu.. Kalau tak dapat seperti yang dijangka pun takpe, semua tu ketentuan Allah.. Pasti ada hikmah disebaliknya.. :D



Jerebu di Tanjung Malim

Assalamualaikum WBT..



Hai semuaaa!!! Sihat tak? Sekarang ni dah musim jerebu, kemarau & opkos la jugak musim demam kan? Camna jerebu kat tempat korang? Kitorang kat Tanjung Malim ni tak menentu jerebunya.. Kadang boleh nampak banjaran Tititwangsa, kejap lagi banjaran tu hilang.. Betul2 macam chipsmore, kejap ada kejap takda.. hehehe..


Banjaran yang hilang.. hehe..

Tengok gambar atas ni.. Nampak macam kabus kat tanah tinggi je kan? Sampai tak nampak banjaran kat belakang tu. Padahal sebenarnya jerebu.. Bau asap dia kuat sangat. Sampai kitorang pun tutup pintu.. Terbiar la kitorang masak dalam rumah yang dah macam sauna.. Kipas volume 5 pun still rasa macam takda kipas.. Hehehe..


Pemandangan depan rumah


Huuu tak nampak apa dah.. Teruk ni..


Gambar2 ni semua semalam punya.. 
Bawah ni bacaan IPU semalam berserta petunjuknya..











Nampak tak betapa tidak sihatnya IPU kat tempat kitorang? Tempat korang pulak macam mana? Setakat ni Pelabuhan Kelang yang paling tinggi iaitu >300. Teruk kan?? Sentiasa la berdoa semoga Allah SWT turunkan nikmat hujan untuk kita di Malaysia.. Tak lupa jugak untuk penumpang & anak kapal MH370.. Dah seminggu tak ada berita.. Harap hari ni adalah berita baik.. I hope..... :(


So, time jerebu ni kurangkan la aktiviti luar.. Jom jadi anak dara duk umah lipat kain, kemas umah, tido sepuas-puasnya.. hihiks.. Banyakkan minum air, selalu cuci muka, mandi.. Aku buat semua ni tau? Supaya kurang sikit panas dalam badan aku ni.. Aku takleh panas2 ni, mesti akan muncul ulser kat lidah, bibir, pastu mata bengkak.. Hidung berdarah je lagi yang tak pernah.. Hehehe.. 



Jom tengok IPU kat tempat korang -----> SINI


Oh tukang paip...

Assalamualaikum & salam sejahtera uollss!!


Hari ni aku bangun awal dari yang biasa..
Sebab ada tukang paip nak betul kan paip kat tandas bilik kitorang..
Tapi tunggu punya tunggu sampai sekarang tak datang2 lagi..
Penat dah tunggu..
Dah la tak mandi lagi ni..
Semua aktiviti pun terbengkalai gara2 tukang paip tu..
Cepatlah datang wehh..
Orang nak mandi & cuci kain baju ni..
Dah sejam lebih dah tunggu..
Lapar pulak tetiba..
Wuwuwu..


Tepek gambar budak busuk sekeping kat sini..
Hahaha..




Gambar awan-awanan

Assalamualaikum & salam sejahtera uollsss.. 


Tengok +Affy Afiqah post pasal gambar pemandangan dari umah dia tetiba aku teringat kat hobi aku dulu masa aku tinggal kat KK..
Rumah kitorang nama University Condo Apartment (UCA), kat area Sepanggar.. Orang2 KK tau la tempat tu kat mana.. Semua apartment kat sana ada 4 tingkat, kitorang blok belakang & rumah kitorang pulak paling atas iaitu tingkat 4.. Walaupun penat mendaki tangga tiap2 hari, tapi view dari tingkap umah kitoran tak mengecewakan.. Very the beautiful u know? Hehehe..



Gambar ni masa matahari baru nak naik.. Sebab tu boleh nampak cahaya matahari yang terang benderang tu.. Aku lepak kat tepi tingkap tu dari subuh semata2 nak tengok sunrise ni.. Hehehe..  


Sebenarnya bukit tu jauh & kalau tak silap bukit2 tu sebahagian daripada banjaran yang aku pun tak sure banjaran apa.. Lemah betul geografi aku.. Hehehe.. 





Ni aku zoom out sikit, baru boleh nampak keseluruhan awan2 yang sangat2 cantik..


Klik gambar untuk pemandangan yang cantik.. hehe


Gambar sebelum hujan.. 
Tengok awan tebal tu, puncak bukit tu dah hilang ditelan awan.. 
Tau tak kat atas tu ada orang tinggal, ada kampung?? 
Mesti best diorang tinggal kat sana kan?? hehehe..


Bangunan yang banyak2 tu plak bangunan sekolah, SMK Bandaraya.. 
Kat sebelah kanan gambar ni ada bangunan baru, apartmen jugak tapi masa ni masih dalam pembinaan.. 
Boleh tengok entri ni, 'Gambar sama tapi masa yang berbeza'.. 
Ada banyak lagi gambar awan tapi semua kat laptop lama..
Hihihi..

Tetiba rindu pulak nak tinggal kat sana..
Banyak sangat kenangan tinggal kat umah tu..
Sekarang rumah tu kosong, xda orang sebab kitorang adik beradik semua ada kat kampung..
Kampung kat Lahad Datu..
LD ke KK jauhnya 400km lebih..
Lebih kurang 7-8 jam perjalanan naik keta atau bas..
Naik flight 45 minit ja tapi tiket mahal..
Hehehe..



Tragedi malang di KLIA

Assalamualaikum..


Fuh tragik kemahen lagi tajuk kan? hehehe.. 
Hari tu aku ada gtau nak cerita pasal kisah malang aku kat airport KLIA.. 
Malang laa sangat kan.. Ecehh.. 
Aku malas nak buat karangan, so aku letak poin2 je la ek??
Tapi tetap panjang macam karangan 3500 patah perkataan jugak..
hehehe..


Aku balik 10hb Ogos, hari Sabtu, raya ketiga.
Flight from Sandakan to KL pukul 7.30 malam sampai KL pukul 10 lebih.. 
Tak berpa ingat the actual time.. Hehehe..


  • Problem pertama, takda transport nak pegi Sandakan.. Nasib baik jiran belakang umah bagi pinjam keta.. Dah tu jalan pegi Sandakan jem gila2.. Sampai airport tepat2 pukul 6 petang.. Nasib baik sempat cek in..


  • Masa dalam flight, jus oren tertumpah kat atas baju & seluar.. Pegi tandas bersihkan tapi still basah & tak selesa.. So duduk je la dalam flight tu tunggu sampai mendarat. Bukannya boleh singgah mana2 pun kan?? hehehe..


  • Sampai airport, bagasi pulak takda!! Entah melencong pergi mana pun aku tak tau. Sesuka ahti ja beg aku tu nak melancong tanpa tuan dia.. So, bila beg takda tak dapat lah nak salin baju & seluar yang basah kena jus tu.. Sabor je lah nakk... Pegi buat report & orang tu cakap nanti kalau jumpa diorang akan hantar terus pegi rumah.. Tapi memang akan jumpa punya la.. 


  • Sampai airport dalam pukul 10.30 malam.. Nak gi Pudu memang tak guna la sebab bas pegi Tanjung Malim sampai pukul 8 ja.. So, bermalam la aku di airport sendirian dengan baju & seluar yang lembab.. Min tak suruh pegi Pudu atau KL Sentral sebab lagi selamat kalau aku tunggu kat airport.


  • Handphone low bat tapi charger takda!! Arrgghhhh.. Apesal semua yang aku bayangkan jadi kenyataan ni?? Pasal bagasi tu memang aku dah plan masa dalam flight lagi. Kononnya sampai KLIA nanti nak tukar baju tapi aku bayangkan bagasi aku hilang.. Sekali betul2 bagasi aku hilang.. Demm!! Charger phone pulak aku yakin ada dalam beg laptop, sekali check2 takda pulakk.. Ya Allah, dugaan apakah ini??


  • Nasib baik ada laptop. Tapi laptop tu pulak takda bateri! Maka terpaksalah aku berjalan2 sambil mata tengok sana sini cari tempat duduk yang ada soket.. Nasib baik jumpa! Syukur Alhamdulillah.. Dapat jugak berhubung dengan Min. Masa tu dah tengah malam.. Min sanggup berjaga semata-mata nak teman aku walaupun sekadar melalui Skype. Dia risau sangat2 sampai takleh tidur, taknak makan pastu tak suruh aku tidur takut nanti ada jadi apa2.. Terharu jap.. Isk.. Isk.. 


  • Bila cas laptop dah full aku gi McD beli burger & minum hot tea bagi segar sikit mata ni.. Pastu sambung online lagi.. Ingatkan Min dah tidur sebab sebelum tu aku cakap aku nak cari surau, so takyah la dia risau.. Kot2 la boleh tidur kat surau kan.. Tapi tetiba ja rasa tak yakin sebab tu aku pegi makan. Min baru nak tidur tapi ternampak status skype aku masih online terus kitorang video call lagi.. Masa tu muka Min memang dah serabut yang amat.. Nampak sangat mengantuknya.. Tapi dia nak jugak temankan aku.. Hehehe..Adalah dalam sejam lebih aku lepak McD sambil skype ngan Min.. Pastu aku paksa dia tidur.. Aku bagi alasan konon aku nak gi surau.. Tapi sebenarnya aku merayau2 kat dalam KLIA tu tanpa hala tujuan.. Hehehe..



Ni ja pic masa kat McD..
Nampak dah panda eyes kat situ.. hehe..


  • Aku taknak tidur so aku pun pegi la jalan2 round KLIA tu.. Turun naik balai berlepas ngan balai ketibaan.. Pastu keluar jap ambik angin kat luar balai berlepas tu.. Ramai siot pekerja asing nak balik kampung.. Penuh kaunter flight SriLankan Airlines tu..


  • Dalam pukul 3 camtu aku turun bawah kat tempat aku cas laptop tadi.. Sambung online balik kat sana.. Boring online, aku main game pulak.. Sampai satu tahap tu aku dah tak tahan sangat, aku terlelap sekejap time main game.. 2 kali jadi macam tu.. Nasib baik aku sempat tersedar.. Dahlah masa tu aku duduk kat hujung troli, laptop pulak atas riba aku.. Nasib laptop tak jatuh.. Masa tu dah pukul 5 pagi, aku memang dah mengantuk tahap gaban. Tak pernah2 aku berjaga sampai macam tu lamanya.. Aku paksa ja kaki ni pegi jalan2.. 


  • Nak dekat pukul 6 baru aku pegi stesen bas & ambik bas pegi Pudu. Sempat jugak tidur2 ayam masa otw nak gi Pudu.. Aku ingat pesan Min, dia tak suruh tidur nanti bas tu tak gi Pudu. Tengok2 betul jugak! Bas tu berenti kat KL Sentral la pulak.. Alasan driver tu, kitorang tak cakap nak turun Pudu. Sedangkan aku dah tanya betul2 kat orang yang jual tiket tu kalau bas turun Pudu. Ingat kan orang jual tiket tu dah bagitau ngan driver.. Ishh.. Tak efisien langsung buat keja.. Nasib baik diorang memang ada sediakan van untuk hantar penumpang tersesat macam aku ni pegi Pudu. Hehehe.. 


  • Sampai Pudu terus pegi kaunter bas SKS-KL beli tiket ke Tanjung Malim. Nasib baik ada bas yang memang nak jalan dah.. Masa tu aku memang pikir nak sampai rumah cepat ja.. Tak larat dah mata aku ni.. Bila bas jalan ja aku terus tidur.. Memang heaven yang amat la bila dapat tido walaupun tak lama..


  • Sampai stesen Tanjung Malim terus ambik teksi & balik rumah.. Dah sampai rumah baru cerita kat family aku.. Hehehe..



Syukur alhamdulillah, Allah SWT melindungi aku di sepanjang perjalananku. Nasib baik takda perkara buruk yang berlaku. Semua yang terjadi sebelum ni, yang jus tertumpah, bagasi hilang & sebagainya tu semua dugaan & cabaran dari Allah SWT.. Memang susah nak lupa la pengalaman ni.. Hehehe.. 


Memang betul, setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Dari pengalaman ni aku jadi lebih bersabar, bersyukur pastu tahu yang Min ni betul2 sayangkan aku.. Bila jumpa ja terus membebel salahkan aku sebab ambik tiket flight balik sini waktu malam.. Dah tu ja yang murah, apa boleh buat.. Muehehehehe~


Tahniah sangat2 buat sapa2 yang gigih membaca dari mula sampai akhir..
Hehehe...



Raya 2013 kami.. :)


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Warning : Tuan punya blog memang suka letak gambo beso gedabak kat blog.. hehehe..

Rasanya belum terlambat kan nak post entri pasal raya ni? Sekarang ni masih dalam bulan Syawal lagi. Tun M pun baru buat open house hari ni. Tapi x berkesempatan plak nak pegi, jauh laa.. Kalau pegi agak2 dapat duit raya tak? hehehe..


Okei la, malas nak cakap banyak.. Layankan je la gambar2 raya kitorang kat bawah ni berserta caption2 yang ntah pape..hehehe.. Ohh ya, the tema for this raya is blue, turquoise, biru skirt skolah menengah, biru sikit2 nak ijau.. Hahaha... Tapi tak berapa nampak la sebab lighting.. Lagipun kitorang amik gambar kat ruang tamu dengan pintu rumah yang ternganga luas.. Silau yang amat sebab tu edit dengan Camera360 bagi pic tu redup2 sikit.. hehehe..


The only girls in da family

Ni siblings yang pompuan. Sebelah kiri tu kakak aku, yang duduk sebelah kiri tu adik yang selepas aku & yang duduk sebelah aku tu adik pompuan bongsu kitorang. Sekarang da form 5, SPM 'victim' kata budak2 sekarang. Hehehe..



The girlssss with le mami

Ni plak gambar ngan mak aku.. Hobi kami sama iaitu SHOPPING!! hehehe..



Ni la family kitorang..  :)

Gambar sekeluarga yang ada macam2 gaya. Freestyle katanya~ hehe.. Adik bongsu aku dah macam join perbarisan rumah sukan ja.. hahaha..



Lepas ambik gambar ala2 skema terus buat freestyle.. suka sangat la tuhh.. hehe..

Ni pun gambar freestyle jugak. Gambar skema 1 kali ja ambik, freestyle plak yang banyak.. hehe..
Oh ya, thanks to tunang akak aku coz jadi photographer tak bertauliah.. hahaha..



Ni la kitorang adik-beradik.. Ni susunan ikut ketinggian eh? hehe..

One of my favourite pic.. Buat2 terkejut kononnya pastu siap beratur ikut ketinggian lagi. Tinggi kitorang lebih kurang ja, cuma yang hujung ni memang terlebih tinggi. kekeke...



Ni la bapak aku.. Idola ni.. Sorang cikgu yang garang.. hehe..

Haa, ni la dia idola aku. Cikgu ni memang garang wa cakap lu..
Dulu masa aku sekolah rendah bapak aku ni guru disiplin pastu aku ni plak nakal.
Banyak kali jugak la merasa kena denda, kena rotan ngan bapak sendiri.. hehehe..



Le adik yang tinggi

Ni adik lelaki aku yang pertama. Masa kecik2 mata dia memang sepet tak sama macam kami adik beradik yang lain..
Dulu2 pernah sampai nangis2 balik umah sebab kawan dia cakap dia ni anak angkat..
Hahaha..


Comel tak aku punya baju?? Polkadot gitu lohh..

 Ni saja ja nak promote baju polkadot yang comel ni.. Beli online ja, xda masa nak gi cari baju raya kat kedai. Confirm sesak yang amat.. Dah la posa, kang ada yang ter...buka posa nanti.. Hahaha..


And...
Last but not least....


Geng KPOP, KDrama & Running Man.. hehe..
Ni adik yang selepas aku..
Baru lepas habis study kat Politeknik..
Terer masak western yuu...
Tapi malas.. hahaha...


Setakat ni ja la, takleh share banyak2 nanti lenguh nak skrol ke bawah. hehehe..
Raya tahun ni memang terasa agak meriah sebab family mak aku suma ada kat kampung..
Walaupun cuti aku sekejap saja tapi tetap rasa berbaloi..

So...

Selamat hari raya untuk readers blog ni..
Mintak maap banyak2 sekiranya ada yang tersakit hati dengan post2 atau komen2 dari aku..
Manusia memang tak lari dari buat kesilapan tapi jangan la jadikan amalan..

Salam...


Please #PrayForLahadDatu..

Assalamualaikum..
Selamat malam semuaaa... ;)

1 Mac 2013..
Hari yang paling merisaukan bagi aku..
Tengah hari tadi buka fb then terkejut bila ramai orang update status pasal Lahad Datu (LD)..
Sebelum ni memang dah tau yang bila2 masa ja serangan tu akan berlaku..
Tapi tak sangka ia betul2 berlaku..

Aku cepat2 sms adik aku kat kampung..
Nak kol tp tak dapat plak..
Pelik aku..
Tanya keadaan kat kampung..
Oh ya, kampung aku jauh jugak la dari tempat kejadian..
Cumanya, kampung tu dekat dengan pantai..
And kebanyakan kampung kat sana pun dekat pantai..
So, agak membimbangkan jugak la..

Tetiba teringat kat bapa aku yang mengajar kat Tanjung Labian..
Kampung yang dekat dengan tempat kejadian..
Bila tanya adik aku, lega ckit...
Sebab dia kata bapa aku ada kat Felda Sahabat 2, solat jumaat kat sana..
Alhamdulillah lega...

Lepas tu aku buka twitter..
Fuhh dah trending dah #PrayFor LahadDatu..
Terima kasih pada yang mendoakan..
Terima kasih pada yang kisah..
Tapi kecewa dengan media tempatan yang agak lambat menyiarkan berita pasal kejadian ni..
Terpaksa harapkan media luar negara dengan video berbahasa tagalog..
Sikit ja yang paham, tu pun sebab selalu tengok cita tagalog dulu2..

Balik dari kelas pukul 7 tadi terus buka fb nak tengok update..
Ada pejuang kita yang terkorban..
Takziah & al Fatihah untuk mereka & keluarga.. :(

10 Penceroboh - Ditembak Mati
1 dari 10 Penceroboh Yang Mati - Adalah Wanita (Cuba Menyerang Menggunakan Parang)
10 Penceroboh lagi - Menyerah Diri
Lain-lain Penceroboh - Melarikan diri dan berlari ke pantai tanpa arah.

"Melarikan diri dan berlari ke pantai tanpa arah."

Dengan senjata atau tidak???
Agak2 apa akan jadi kalau penceroboh tu  melarikan diri & membawa senjata??

Hmm... Risau sangat2...
Kat kampung sekarang pun dah ada perintah berkurung..
Tak bole keluar rumah, helikopter berlegar2 kat atas..
Kat jalan raya ada kenderaan polis ngan tentera ja..

Sama-sama la kita berdoa semoga semua ni cepat berakhir tanpa ada melibatkan sebarang pertumpahan darah lagi..

Please #PrayForLahadDatu.. 

Gambar yang sama, cuma masa yang berbeza..






1st July 2012
The making of University Prime Condominium 

Ni kat belakang kawasan rumah aku..
Pagi-pagi pukul 7 aku memang dah bangun sebab pekerja kat tapak pembinaan ni dah mula bekerja..
Macam-macam bunyi kau boleh dengar..
Dari bunyi anjing sampai la ke bunyi besi-besi berlaga..
Memang sakit telinga..

Tapi, di sini jugak kau boleh nampak orang-orang yang gigih bekerja..
Sanggup berjemur di bawah matahari terik..
Bekerja dengan habuk-habuk ditambah lagi dengan cuaca yang penuh jerebu sekarang ni..
Tapi aku tengok dorang happy jak..
Siap bergurau-gurau sesama dorang lagik..

So, sapa-sapa yang selalu mengeluh penat kerja walhal seharian duduk opis tu, apa kata korang try test keja ni??


Nota kecik :: Mo jalan-jalan cari pasal pegi 1B tapi malas bebeno nak bersiap.. Muehehehe~~

'Rumahsakit' melanda...

Assalamualaikum...

Homesick sebenarnya.. Tapi bila translate ikut suka suki terus jadi macam tu.. Bukan rumah sakit yang hospital tu tau.. 

Kredit to : everycollegegirl.com

Cuti sempena Deepavali dah start hari ni. Ramai dah yang balik kampung, kolej pun sunyi sepi je.. Padahal semalam riuh je sebab ada PC Fair kat sini.. 

Dah lama tak rasa berjauhan ngan family macam ni.. Tetiba rasa homesick la pulak.. Sebelum ni ok je pun, mungkin sebab busy sangat kot.. Selalu time hari kuliah kurang sikit masa nak ingat-ingat kampung ni tapi bila dah cuti ni, ditambah lagi dengan housemate yang lepas sorang, sorang balik kampung, hati tetiba rasa sedih pulak.. Terus sentimental la pulak perasaan ni.. Tak suker laa... Rasa nak nanges je... T____T

Hope my family tak baca ni, nanti ada jiwa-jiwa yang ikut sentimental macam aku especially my mom.. Hehe.. Kalau kakak atau adik aku terbaca ni, jangan gtau mak ya? Awas korang!! Hahaha..

Aku belum ada apa-apa plan lagi untuk cuti ni, maybe kat umah je kot buat esaimen ngan group project yang dah beratur panjang dalam to-do list aku ni.. IKSAS ada buat aktiviti gak hari Rabu ni untuk student Sabahan yang tak balik kampung.. Aku tak sabar nak pegi, tak tahan la duk umah terus.. Nak jalan-jalan gi KL pun takde duit.. Haihh~~ Bila la PTPTN nak datang ambik borang kelompok kedua ni?? Pokai tahap papa kedana dah ni.. Hahaha...

Sekarang tengah pikir nak buat apa esok.. Kalau ada mood, nak siapkan esaimen la.. Harap-harap la cuaca ok je esok.. Kalau ujan confirm la tido je keje.. Kehkehkeh...


Hujan Batu Di UCA

Assalamualaikum dan selamat petang eberibadi.. ^___^

Sekarang kita dah berada d pertengahan bulan ramadhan.. Lagi 2 minggu mo raya sudah.. Minggu ni adalah minggu terakhir aku keja d sini.. Insya Allah hujung minggu ni aku balik LD suda.. Yeah, BALIK KAMPUNG woo!!! huhuhu..

Mo tau?? Semalam aku, adik n kawan adik ku, Ena buat keja gila.. Hahaha.. Ekceli xda la gila sebenarnya, bodoh jak kali.. Hahaha..

Gini ceritanya...

Petang kemarin aku defrost peti sejuk kat umah sebab mo buang ais yang sudah menebal dalam ruang sejuk beku tu. Aku defrost dari pagi sampai malam baru boleh cabut ais tu.. Ada 4 keping ais semuanya.. Besar2 lagi tu..

Lebih kurang camni la ais di peti sejuk kami. Hehe..

Tiba-tiba Ena bagi idea buang ais tu ke bawah. Mula-mula aku x mau sebab takut nanti kena bumbung tempat parking d bawah tu. Tapi Ena kata buang la jauh2 dari bumbung tu.. Pastu kami pegi ambik ais then lempar ke bawah..

Pap!! Pecah berderai ais tu.. Tiba-tiba rasa seronok plak.. Adik ku yang tengah buat keja lain pun terus mo join kami jugak.. 

Macam buduh2 jak rasa.. Tiga2 berlari p dapur ambil ais pastu lari2 p tingkap. Adik ku orang first buang ais tu. Dah la bongkah aisnya paling besar, x kuat lagi dia lempar. Aku dah larang awal2 supaya ambil yang kecil tapi dia kata dia larat jugak.. Nah, sekali kena bumbung tempat parking tu.. Punya kuat bunyi nya.. Aku pun terkejut woo.. Lepas tu giliran Ena lagi. Kali ni kena jugak bumbung. Aku terus ndak berani buang jauh2, aku buang tepat2 kat bawah tingkap tu jak.. Tapi tetap ada bunyi la jugak..

Masa tu kami langsung x pikir pasal jiran2 blok kami tu.. Pikir mo happy jak.. Tiba2 ada suara lelaki marah2 dari bawah. Fuhh, terkejut kami.. Macam2 la lelaki tu cakap.. Kami d atas senyap2 jak.. Suda tau buat salah kan, ketakutan la apa lagi.. Jantung pun DUP DAP DUP DAP.. Lepas 10 minit tunggu macam xda pa pa.. Tiba2 ada orang ketuk pintu.. Masa tu masing2 takut suda.. Adik ku siap x mo buka pintu lagi..

Tapi aku terpaksa jugak buka. Takut nanti tambah teruk lagi masalah tu.. Buka jak pintu terus disajikan dengan muka2 kencang jiran bawah rumah.. Nasib student jak, kalau mak @ bapak budak tadi habislah aku kena ceramah free.. Dalam 7 orang tu, cuma 2 orang jak yang bersuara.. Sorang tu ok, cakap pun penuh sopan tapi yang satu lagi tu kencang jak owh.. Siap sindir2 lagi.. Padahal malam semalam dorang la paling bising d bawah, melalak macam orang gila.. Orang gila pun ndak melalak macam dorang.. Hahaha...

Masa mendengar luahan ketidakpuasan hati budak2 tu aku cuma boleh cakap "Sorry" jak.. Ndak tau mo cakap apa lagi sebab memang terang2 kami yang salah.. Tahan malu jak la.. Mungkin kalau kami ni lelaki jugak konpem ada yang bertumbuk tu semalam.. Mesti dorang sangka hujan batu ba tu sebab kebetulan semalam kan KK hujan.. Kalau tengok pun memang macam hujan batu jak sebab bertabur ais kat atas jalan tu.. Hehehe...

Buat adik2 d bawah rumah tu, mana la tau kamu terbaca blog ku ni kan, kakak minta maap ya.. Len kali ndak buat lagi.. Kalau mo buat pun kakak inform dulu.. Ndak pun ajak kamu sekali ka.. Bwahahahahaha...


Anne :: Thanks pada yang sudi singgah & follow belog ni.. Nanti aku singgah blog kamu pulak ya? Sekarang ni busy ckit.. Harap maap yer... ^___^

Sejenak aku teringat.. Perghhhh....

Assalamualaikum & selamat petang..


Selamat berpuasa jugak bagi yang puasa tu.. Hehehe..
Hari ni aku mo share pic tempat aku study dulu..

Rindu plak time study dulu..
Rindu kawan-kawan..
Rindu belajar sama-sama..
Rindu makan sama-sama..
Mengutuk pun sama-sama.. 
Hehehe..

Pic ni aku ambil dari group kelas aku.. 
"Geng DIP :: Batch Kami Paling Best"
Sejak bulan puasa ni, classmate ku yang lain sangat aktif dalam group ni..
Dah lama ndak bergosip kali..
Lepas upload pic jak terus komen beramai-ramai..
Time tu la keluar semua kenangan2 masa kat poli..
Hehehe..


Ni depan poli.. 
Nampak tu pondok pak guard?
Hehehe..
Kat belakang tu Gunung Serapi..
Asrama kitorang dekat kaki gunung tu la..
Sejuk wehh.. 
Terutamanya waktu pagi n lepas hujan..
Paling siuk tidur time sejuk2 kan??
Hehehe..



Yang ni plak jalan pegi Kamsis Desa Serapi a.k.a asrama..
Sebelah kiri pic ni ada asrama lelaki, koperasi ngan kafe..
Sebelah kanan plak ada asrama perempuan, rumah warden ngan masjid..
Ini la laluan kitorang pegi n balik kelas hari-hari..
Cuaca masa ni sejuk, cuba tengok putih2 kat atas tu..
Aku x pasti la tu awan ka kabus.. 
Hahaha...


Ni pic masa kat networking lab..
Nampak macam x ramai student kan?
Ramai lagi kat depan tu cuma terlindung oleh PC..
Aku plak kat tepi sebelah kanan..
Out of the photo..
Hehehe...



Hah, yang ni bukan pic poli..
Pic ni cuma nak tunjukkan gunung Serapi yang dilitupi awan *atau kabus kali..* hehehe..
Ni kawasan rumah sewa budak poli..
Sebelah kiri S.M Agama.... 
*aku x ingat nama sekolah tu* Hehehe...
Sebelah kanan flat Batu 9, S.M Teknik Matang & Taman Palma.. *Tempat kitorang menyewa*

Tiga tahun kat sana memang banyak kenangan kitorang..
Pahit, manis, masam, masin dan tawar pun ada..
Semua tetap sekepala..
Ponteng perjumpaan kelab IT pun sama2..
*Tak sabar sebab pinjaman dah kuar*
Hahahaha...

To budak DIP06, aku rindu korang semua..
Bila la mo jumpa lagi kan?
Balik2 sebut pasal reunion tapi xda pa pa jugak..
Habuk pun tarak..
Sampai Nurul pun boring suda dengar perkataan 'reunion' tu..
Hahaha...
Sabar la ya, tunggu semua dah abis study baru kita jumpa ramai2..
Just keep in touch ya.. ^__^


Malas yang mengelakkan pembaziran...

Assalamualaikum n selamat pagi..


Dah pagi dah pun.. Sekarang ni jam menunjukkan pukul 1:37 am dan aku langsung x terasa nak tidur pun.. Ni mesti sebab aku dah tidur tadi ni.. Lepas berbuka tadi aku baring2 jap cek2 mesej kat henpon cikai aku ni.. Delete mana2 mesej yang dah basi & x penting.. Bikin semak inbox jak kan? Hehehe... 

Pastu aku x sedar yang aku tertidur.. Seingat aku sebelum tidur tu aku sempat lagi dengar azan Isyak. Tapi berat betul badan mo bangun, mandi pun belum jugak masa tu.. Sampai2 rumah jak terus prepare juadah berbuka.. Err.. Boleh kira juadah berbuka ka jugak tu ya apa yang aku makan tadi?? Mo tau apa yang aku makan? Hehe.. Ndak payah la, malu I.. Hahaha..

Aku makan mi sedap jak tadi.. Malas betul aku mo singgah beli makanan time otw balik tadi.. Ko bayangkan jak la, masa d opis macam2 suda terlintas d pikiran ku ni.. Konon mo singgah CP la nanti untuk beli nasi lauk sambal tempe kegemaranku, tapi xda singgah2  pun. Terus jak p terminal.. Pastu konon mo singgah 1B lagi tempat kakak ku tapi direct jak tadi, tiba2 malas mo singgah la plak.. Nanti turun jak d UA, beli kuih d sana pastu jalan kaki balik rumah.. Tapi x da jugak singgah akibat kemalasan menekan bell dan berjalan kaki balik rumah walaupun jarak dari UA p rumah ku dekat jak.. Memang dekat tapi terlalu banyak dugaan d sepanjang perjalanan.. 

Whoaa.. Ayat macam karangan.. Hahaha.. 

Bukan apa, aku kalau dah singgah kedai runcit macam2 aku mo beli.. Nampak ice cream ka, coklat ka, keropok2 ka, terus mo beli semua. Biasa la kan kalau puasa ni, nafsu makan tu terlebih sikit.. Duit pun macam air jak mengalir.. Kalau la dompet tu pandai menghilangkan dirinya sendiri time mo membeli kan bagus.. Ndak la aku membazir membeli makanan yang tidak menyihatkan tubuh badan.. 

Nasib baik la tadi aku d landa penyakit kemalasan yang melampau, jadi xda la singgah mana2 kedai atau restoran untuk membazir.. Makan mi Sedaap pun nikmat apa, mengenyangkan jugak kan? Buktinya, pas makan aku terus tertidur untuk jangka masa yang agak panjang d tambah lagi xda sebarang gangguan time tidur tadi.. Alangkah indahnya dunia.. Hahaha...

Okehh la dear2 sekalian, aku mo cuba try test tidur dulu.. Nanti ada mata panda lagi pagi ni.. Hehehe... Assalamualaikum.. ^____^

Opss.. Aku tertarik ngan pic ni.. Trus x jadi letak pic panda.. hihihi..

Nite2! Or gud morning?! watever... (^_^)v


Aku rindu dorang...

Assalamualaikum & salam sejahtera! ^_^

Happy betul bila dapat balik kampung hari tu. Dapat jumpa orang2 yang aku sayang, dapat makan sedap-sedap, jalan2 cuci mata dan macam2 lagi la..

Adikku yang bongsu dah semakin gelap gara2 suka berpanas. Tambah2 lagi bila basikalnya yang pancit suda tukar tiub baru, puas la dia main basikal nanti. Makin gelap la dia pasni. Nasib d kampung selalu ujan jadi ndak da can nya mo main basikal d halaman rumah. Terpaksa main d ruang tamu jak dia. Hehehe..

Ni yang bongsu, Ayong.. ^ ^

Adik ku yang form 3 sekarang suda ada notebook, yang kerajaan bagi tu. Kecik, ringan,hardisk besar jugak la.. Macam mo tukar jak ngan laptopku yang usang tu.. Ngehngehngeh.. Dia pun pandai guna M. Office jugak. So senang la mo ajar bapa ku menaip nanti. ^ ^

B'trep baca buku lagi.. ini Pika.. =)

Mak aku selalu boring d rumah. Sebab kalau hari  sekolah, tinggal dia jak d rumah. Aku mo belajar buat felt craft pastu ajar mak aku buat. Boleh gak isi masa lapangnya. Sebelum ni mak aku buat sulaman manik tapi tu pun lau ada orang minta buat. Baju kurung kami d rumah semua suda ada sulaman manik. So kuranglah kerja mak aku.. Nanti kakak aku dah beli broadband, aku mo bagi broadband ku ngan mak aku. Boring2 boleh jugak chat ngan mak aku.. Hehehe..

my gorgeous mom.. hihi..

Bapa aku plak selalu sibuk setiap hari Selasa dan Khamis sebab ada kelas untuk orang dewasa pada sebelah petang. Kalau hari cuti, rajin dia p memukat. Jimat kata bapa ku.. Untung la kami sebab dapat makan ikan, ketam & pari segar dari laut.. Hehehe..

bapa aku yg garang.. ngeh3x..

Kanda ku sudah potong rambutnya yang panjang tu. Mula2 masa dia ambil aku tu,baru potong sikit jak, masa pegi test MEdSI baru dia potong pendek. Terus macam cikgu suda aku tengok dia. Dengan kemeja lengkap ngan tali leher, misai n janggut yang seciput.. Hensem dan nampak kemas.. *pada pandangan ku la..* Ailaikk!! Ngeh..ngeh..ngeh..

Tapi yang ndak bestnya, terus la ada cewek2 yang jeling2 Kanda ku. Mentang2 dia bawak Myvi pastu pakai kemeja ala2 pegawai kerajaan, terus kamu mo pandang laa? Cuba kalau dia masih berambut panjang, baju tshirt & seluar jeans bundle pastu bawak RXZ dengan bunyi2 yang menyakitkan telinga, mau kamu tengok?? Aku jak tu yang suka tengok dia. Hehehe..

mekap baru.. ^ ^

Rasa mo balik kampung lagi, ndak puas laa.. Tapi apakan daya, keja ku lebih memerlukan aku d sini.. Sabar jak la wahai hati... ^_^

Sebenarnya, adik beradik aku ada 3 orang lagi tapi aku ndak rindu dorang coz kami tinggal sama2 sekarang.. Jadi buat apa mo rindu2 kan, hari2 jugak jumpa dorang. Miahahahaha.... Tapi kalau semua dah berkumpul, rumah kami la paling meriah.. Ndak kira la rumah d KK atau d kampung.. Ndak sabar tunggu cuti sekolah ni.. Hihihi....

>> Thanks sudi baca! <<

Yeayy!! Balik kampung!!

Assalamualaikum...


Eksaited betul plak tajuk d atas tu kan?Hehehe.. Aku balik kampung malam ni, insya Allah lau ada kosong la.. Hihihi.. Rasa macam lama betul aku ndak balik kampung bha.. Jap, kira-kira dulu.. Hmm.. Aku d KK dari ujung bulan 10 lagi. Sekarang suda ujung bulan 4, maksudnya suda 6 bulan ndak balik kampung. Sama dengan 1 sem.. Ceh, macam student plak rasa.. Hahaha...


Aku balik ni bukan sukati2 mo balik.. Sabtu ni aku ada test MEdSI d SM Teknik LD. Aku saja jak pilih pusat ujian d sana supaya aku ada alasan untuk balik kampung. Hehehe.. So, untuk beberapa hari ni aku ndak dapat apdet pa pa.. Beee, macam jak ada orang cari aku lau aku ndak apdet kan? Sot.. Sot..

Time ujian MEdSI nanti, calon2 dikehendaki memakai pakaian yang menggambarkan profesion keguruan. AKu okehh jak coz aku memang biasa pakai baju kurung tapi aku tunggu2 Kanda ku ni.. Bila la dia potong rambut panjangnya tu ya? Eh, salah soalan.. Soalan sepatutnya --> Dia mau ka jugak potong rambutnya tu ya??

Degil betul ba tu orang. Masa konvo hari tu pun bukan dia mo potong rambutnya, dia tapuk jak dalam songkok. Lecturer nampak pun geleng2 kepala jak. Mo marah pun susah sebab masa tu dah habis majlis konvo tu. Sabar saja la cik.. ^_^

Aku baru mo kol bas ekspress ni. Harap2 la ada kosong jugak coz budak2 poli KK ada yang suda habis exam. Kalau xda kosong terpaksa la balik esok pagi.. Ndak sukanyaa... Balik malam best, boleh tidur puas2. Tapi kalau balik pagi susah mo tidur, kena lagi aku yang selalu mabuk nek bas ni. Doa2 jak la supaya aku ndak termuntah dalam bas nanti.. Hakhakhak...

Okehh la, mo sambung keja. Bos ni, suda tau aku mo cuti besok sengaja lagi dia bagi keja banyak2 ngan aku.. Hurmm.. Sabo aje laa.. Ngeh3x..

Anne bilang :: Tengah mencari sapa2 yang sudi hantar aku p terminal Inanam.. Ada yang sudi ka?? Kol me ya?? huhuhu...

>> Thanks sudi baca!!<<

Aku rindu........

Assalamualaikum...

Hari ni banyak tul aku tengok status2 rindu d pesbuk..
Rindu parents la, rindu boipren gelpren, rindu rumah, rindu kampung, rindu rinduan jadi kenang2an la..
Pastu ramai jugak yang menghitung hari..
32 hari lagi la, 11 hari lagi, 22 hari lagi, 1000 hari lagi la.. *Tipu jak..*

Memang musim merindu ka sekarang? 
Yang hitung2 hari tu kebanyakannya student..
Ndak lama lagi cuti semester ba pulak kan?

Aku pun tergolong jugak dalam golongan mereka2 yang merindu ni..
Tapi aku ndak post d pesbuk laa..
Sebab aku suda post awal2, hari tuuu lagi... 
*konpem mulut muncung kan?hehehe..*


Ni bukti aku suda post.. hihihi ^_^
Lau setiap kali rindu mesti pos d pesbuk, penuh la wall ku dengan perkataan rindu-rindu ni..
So, pendam jak la..

Orang len boleh la kira-kira berapa hari lagi balik..
Aku xtau bila aku dapat balik kampung ni..
Asal cuti jak family ku yang datang sini..
Asal datang sini jak cuti.. 
Hahaha...

Rindu lak ngan kampung..
Walopun kampung ku itu tidaklah cantik, xda benda menarik & xda yang rindu aku, aku tetap mo balik jugak sebab aku rindu rumah ku!!!

Ni la rumah usang tempat kami sekeluarga berteduh..
Ndak da aku jumpa gambar full, ni jak ada..
Mereng(senget) lagi tu gambarnya..
Hehehe...

Rindunya ngan suasana dirumah..
Makan sama-sama 1 family..
C itu tukang masak nasi, c ini cuci piring, c kakak cuci kain..
Aku?? Apa aku buat??
Aku ikut bapa ku p memukat.. Hihihi...

Anne bilang :: Uwaaaa!!!!!!!! Rinduuuuuuuuu!!!!!!! ^_^



>> Thanks sudi baca!! <<

Anne Nurain